Wednesday, June 27, 2012

Demam Instagram

Kejap kejap klik klik klik.. kejap kejap snap snap snap.. Nak makan snap gambar makanan.. Nak minum ambil gambar gelas minuman.. nak jalan jalan ambik gambar shoping mall waduhhh memang dah demam Instagram benor mak dara sekarang hehehe.. 


"Instagram" ni khas untuk pengguna Apple products or smart phone.. Dia khas untuk kongsi gambar.. Tapi memang best sangat sangat! Meh Mak Dara share sikit gambor gambor instagram Mak Dara ye hehe..




 mug peberet hadiah dr bff mak dara ;)





Haaaa macam macam gambor kan yang mak ambik dan gunakan instagram ni dari gambar muka sendiri, gambar family, ke makanan sampai le kasut hehehe boleh naik meroyan bila melayan instagram ni hehe.. Kalau nak tengok gambar meroyan mak yang lain boleh le ke laman instagram mak ye just search adzairdawati ok..


Anda ada instagram? letak le link di komen box di bawah ni boleh le mak search anda dan terjah nengok gambor instagram anda pulak ;)


BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI

Assalam duhai teman.. 
Rasanya agak lama juga kan Mak Dara tak buat entry ""BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI" di mana setiap hari Mak Dara akan memilih seorang blogger atau lebih dan higlightkan dan promotekan di satu entry istimewa. Blogger pilihan Mak Dara boleh terdiri dari blogger blogger baru.. blogger blogger lama, follower mak dara, pengomen blog Mak Dara.. Blogger yang menyentuh hati mak dara dengan komen komennya yang sungguh touching.. blogger yang ada membuat entry istimewa untuk Mak Dara dan macam macam lagi kriteria boleh membuatkan Mak Dara memilih mereka untuk menjadi BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI.. 


Pada hari ini Mak Dara telah memilih adik SUE dan blognya SUE LOVELY HAND sebagai BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI.. 



Adik Sue ni memang sanagt sweet apabila membuat entry mengenai segmen yang Mak Dara adakan beberapa hari lepas iaitu segmen Ini Link Saya.. Sila Promote! sedangkan mak tak minta pun peserta buat sebarang entry, follow blog mak atau apa apa pun cuma yang perlu letakkan aje url di kotak komen dan mak akan promote blog para peserta .. So bila Sue buat entry terasa terharu dan mak rasa amat dihargai sekali hehe


Terima kasih ye dik kerana sudi buat entry istimewa untuk Mak Dara di blog Sue itu ya.. Sweet sangatttt ;) Ok jom terjah ramai ramai ke blog Sue @ http://suelovelyhand.blogspot.com/ jommmm!!! 
Hmmm siapa bakal mak pilih untuk jadi BLOGGER PILIHAN MAK DARA esok ye.. mungkin juga anda.. insyaallah tungguuuuuuuuu 


Monday, June 25, 2012

Nak Beli Baju Raya Awallll Tahun Ni.

Di tengah malam macam ni pasti yang ramai dah terlelap ada yang tengah layan tengok TV tapi mak... haaaaa mak dara tengah dok search online shop untuk beli baju raya.. 

Haaaa jangan heran jangan terkejut.. Angin meroyan mak pun tak datang malam ni mak memang dalam keadaan waras malam ni hahaha.. Cuma tahun ni mak dara agak sibuk dengan menulis beberapa skrip drama terbaru yang akan bermula minggu depan sehinggalah bulan ogos nanti maknanya nak raya baru kerja mak dara siap.. Makanya tahun ni mak berazam nak beli baju raya awalllll... Memang awal bebenor sebab puasa pun belum mula mak dah pegi cari baju raya hahaha... Takpe biar cepat takut nanti terburu buru pula kannnn...Cuma agak konfius nak warna tema apa tahun ni..

Tahun 2009 tema warna MERAH, tahun 2010 warna GOLD dan HITAM dan tahun lepas warna KELABU

Aidikfitri 2009

Aidilfitri 2010

Aidilfitri 2011

Apalah gamaknya warna tema mak tahun ni ye.. Rasa macam nak kaler turquoise aje hehe.. Namun rasanya tahun ni lebih bermakna dan agak berbeza juga untuk Mak Dara kerana pada tahun ini Mak Dara akan beraya bersama imej baru.. Imej "penghijrahan" mak dara ini.. So tahun ni kena masukkan selendang atau tudung dalam list pakaian untuk baju raya.. waduhhh tak sabar pulak nak raya hehe


Ini Link Saya.. Sila Promote!

Hari ni Mak Dara nak cuba promote blog uols .. Kali ini merupakan kali ke 3 mak adakan sesi promote mempromote ini.. Bagi yang belum sertai boleh le join.. Bagi yang dah join boleh join lagi takde masalah... Bagaimana nak sertai? Senang aje tak perlu buat entry.. tak perlu nak follow blog mak.. tapi kalau yang dah sedia ada folow tu jangan le unfollow mak pulak ye hehe.. 

Nak sertai? Senang aje Tinggalkan url link anda di komen box di bawah.. Dan Mak akan masukkan dalam senarai list di bawah entry ni. Terbuka hanya sampai pukul 6:00 petang aje..Tapi kalau mak rajin mak akan lanjutkannya ye hehe.. Ok namun satu aje syarat untuk menyertai ini.. semua yang join diminta untuk terjah menerjah ke semua blog yang bakal mak senaraikan ok. Harus terjah tau! Selain mak promot blog anda sambil sambil tu blog anda diterjah dan menerjah.. kan banyak kebaikkan boleh diperolehi selain trafik, boleh juga mendapat kenalan baru ye dak .. Ok jom mulakan

21) http://flavorness.blogspot.com/
22) http://inassyuhaidah-mystory.blogspot.com/
23) http://hadifar-fyda.blogspot.com/
24) http://permataperjuangan.blogspot.com/
25) http://damaipeace.blogspot.com/
26) http://aniswany.blogspot.com
27) http://flavorness.blogspot.com/
28) http://inassyuhaidah-mystory.blogspot.com/
29) http://hadifar-fyda.blogspot.com/
30) http://suelovelyhand.blogspot.com/
31) http://idazaidi.blogspot.com/
32) http://maszull.blogspot.com/
33) joel-leslie.blogspot.com
34) http://zamani84.blogspot.com/
35) http://damaipeace.blogspot.com/
36) http://mymatatajam .blogspot.com/
37) http://permataperjuangan.blogspot.com/
38) http://hatyhaqjiwa.blogspot.com

Kini tepat jam 6 petang maka masa telah tamat.. 
Terima kasih kepada 37 blogger yang sudi join ye.. Saja je mak nak try buat dalam masa yang singkat .. nanti nanti buat yang lama sikit ye hehe.. Saja nak test tengok Ok seperti yang telah termaktub kini masanya untuk acara terjah menerjah!! semoga ukhwah terjalin antara kita ye...


Sunday, June 24, 2012

Sangap Sangat Ke??

Malam ni mendidih didih hati Mak Dara dibuatnya.. Maunya tak mendidih bila seharian menghabiskan masa bersama anak anak dan tiba malam buka blog Mak Dara terjumpa ini di kotak shoutbox Mak Dara..


Sangap Dara Ketat?? Kenapa Melampau Sangat! Melampau benar sampai sanggup tulis macam ni di shoutbox Mak Dara ni!!!!! Siapa lah yang tulis ni..!!! Tak tahukah bahawa yang membaca blog Mak ni terdiri dari pelbagai peringkat umur.. Budak budak dan pelajar sekolah pun ada.. Ini tulis pakai lutut agaknya sampai urat ke otak tak digunakan langsung!!!!

Mak Dara dah dapat dah Unique ID dia iaitu 1551513314.. boleh ke kita trace siapa yang tulis dengan gunakan Unique ID ni ek..? Atau ada sesiapa yang boleh tolong ajarkan Mak untuk block je mangkuk tingkat ni?



Hmmm kenapa kotor sangat otak itu bila nampak perkataan Mak Dara atau Dara mesti nak kona..! mesti nak fikir benda lucah sampai sanggup tulis benda macam ni di blog mak?! Kenapa sempit sangat pemikiran tu! Masyaallah......

(maaf atas kata kata kasar mak pada entry ni ye tapi memang gerammmmmmmmmmmm sangat2 tuhan aje yang tahu...)


S.I Yummy Cheese Powder Memang Power!!

Assalammualaikum duhai teman.. 

Haaa ini adalah "Entry Sponsor" . Entry Sponsor bermakna entry yang disponsor oleh teman atau juga pihak usahawan kepada Mak Dara dan Mak Dara akan promote bahan jualan mereka di blog Mak Dara ini uwahhh memang suka tau bila dapat produk untuk dicuba nak nak lagi produk itu adalah produk makanan.. I LOVE FOOOOOD! hehehe. Sebelum Mak Dara review produk CHEESE POWDER ini Mak ingin berterima kasih kepada adik Muhamad Razeef Che Shamah yang sudi sponsor produk jualannya iaitu S.I Yummy Cheese Powder yang telah diposkan kepada Mak Dara tak berapa lama dulu.. 

 Bungkusan CHEESE POWDER yang diterima Mak Dara
CHEESE POWDER

Mak Dara kalau ke KFC makanan yang wajib mak makan selain dari ayamnya ialah CHEEZY WEDGESnyaa.. kenapa? sebab cheese yang terdapat pada wedges itu.. Tapi tiap kali makan pasti rasa macam tak cukup aje cheesenya.. Dan terujaaaa nya mak dara mengetahui bahawa ada teman FB mak yang menjual S.I Yummy Cheese Powder yang sebijik macam yang dijual di KFC tu.. Bertambah terujaaa bila adik Razeef menghubungi Mak Dara untuk mak dara test produknya itu. Apa lagi Mak Dara pun cobalah.. Dan hasilnya.... Tadaaaaa...



Haaaa itulah hasilnya wedges yang Mak Dara masak di letakkan sekali S.I Yummy Cheese Powder ok tak plating Mak Dara itu. Mak pun nak juga rasa rasa ala ala macam Masterchef tu kan hehe.. Memang mudahhhhh benar nak buat cheezy tu cuma tambah air panas, kacau dan siap!!! Terus terang Mak dara katakan bahawa S.I Yummy Cheese memang sedapp dan powerrr sebijik macam yang dijual di KFC tu tapi yang best boleh dibuat dirumah..

Berminat nak dapatkan S.I Yummy Cheese Powder? Anda boleh hubungi adik Muhamad Razeef Che Shamah  hotline 0122054844 atau di FB page ini @S.I Yummy Cheese Powder ye dan harganya ‎satu paket 200g berharga RM10.



p/s: jika ada yang berminat untuk masukkan produk anda dalam "entry sponsor" boleh hubungi mak dara @mrs_martias@yahoo.com ;)

Saturday, June 23, 2012

Selamat Tinggal "Isteri Isteri Terdesak"

"Isteri Isteri Terdesak" atau dalam bahasa Inggerisnya "DESPERATE HOUSEWIFES" bakal menayangkan episod terakhirnya tak lama lagi.. Waduhhh dah hampir bertahun tahun Mak Dara mengikuti rancangan ini sejak dari musim pertama hingga ke musim ke lapan dan macam tak percaya aje yang drama ini akan tamat pada hari Jumaat hadapan.


Dan bersempena dengan tamantnya rancangan ini saluran STARWORLD telah mulakan rancangan "DESPERATE HOUSEWIFE MARATHON" Coundown To Finale yang bermula pada hari ini yang menayangkan semua episod musim ke 8 dan mak antara yang tidak lepaskan peluang tercongon di depan TV menonton marathon ini...


Dah banyak episod mak tonton hari ini.. Bagus jugak ada ulangan semua episod ni dapat lah mak dara menonton episod episod yang mak terlepas tonton tu hehe.

Barisan pelakon Desperate Housewife bersama MARCH CHERRY
memenangi Golden Globe Award

March Cherry adalah creator , penulis dan eksekutif producer bagi rancangan hebat ini. Suami Mak Dara berkesempatan bertemu dengan Marc Cherry semasa beliau telah menjadi satu satunya peserta yang mewakili Malaysia bagi menghadiri Screen Writing Expo yang bertempat di Los Angeles pada tahun 2006 yang lalu..

Somi Mak Dara Martias Ali bersama Marc Cherry

Semasa dalam Screen Writing Expo itu Marc Cherry menceritakan bagaimana dia mendapat idea untuk rancangam DESPERATE HOUSEWIFE itu.. Katanya satu hari dia pulang kerumah ibunya dan di sana dia melihat ibunya setiap pagi dan setiap hari pasti akan bertemu dengan para jiran jirannya dan mulai bergossip antara mereka dan mereka juga saling bantu membantu antara mereka maka lahirlah DESPERATE HOUSEWIFE!!!! memang kreatifffkannnnn....

Namun sayangnya setiap yang bermula pasti akan berakhir dan masanya untuk kita ucapkan selamat tinggal kepada DESPERATE HOUSEWIFE pada Jumaat nanti.. Hmmmm habis ni mak dara tak tahu lah nak tengok cerita apa lagi huhu.. Anda bagaimana? Ada yang suka dengan cerita ini?


Award Terjah MakLady of the Month





Haaaaa amacam Mak Lady.. Ok tak entry mak dara yang di ambang kemeroyanan yang melampau ini hahahahaha. Ok semua kawan kawan jom le join contest "Award Terjah MakLady of the Month" yang menariks tertariks ini.. Untuk join sila klik di SINI ye.. all the best semuaa...


Friday, June 22, 2012

Kain Batik Masihkah Dipakai Setiap Hari


Pagi pagi ni terasa lain dan semacam pula jadinya mak dara.. Kenapa? Dek kerana mak dara mengenakan kain batik dan bukannya seluar jeans atau seluar slacks atau skirt panjang macam yang selalu Mak dara pakai hehe.. Entah kenapa hari ni mood nak berkain batik dan merasakan diri ala ala perempuan melayu terakhir gitu..

Memang paling selesa adalah memakai kain batik di rumah namun mungkin batasan waktu dan kerja membuatkan mak jarang jarang kadang kadang pakai kain batik.. Dan bila dah pakai ni terdetik juga dihati.. masih adakah wanita yang memakai kain batik setiap hari? Pastiiiiii ramaiii kan.. atau ada yang macam mak hanya pakai sekali sekala ataupun time mak mertua datang aje baru kalut nak sarung kain batik tu haha.. Anda macam mana?

Hmmm rasanya jap lagi nak buat segmen AKU , KAIN PELIKAT DAN KAIN BATIK..haaa senang lelaki dan wanita boleh join nanti. cepat tangkap gambar anda pakai kain pelikat atau batik dan nantikan segmen ini tak lama lagi hokayyy hehe
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 21, 2012

Sehari Bersama Makeup Artis Selebriti Epie Temerloh

Epie Temerloh adalah satu nama besar dalam bidang tatarias di dalam dunia seni tanah air.. Kebanyakkan artis artis popular tak kira pelakon mahupun penyanyi telah mendapat sentuhan makeup oleh Epie antaranya Rozita Che Wan, Ramlah Ram, Fasha Sanda, Maya Karim dan ramaiiiii lagi semuanya yang top top gitu tau..

Tak lama dulu Mak Dara dan band mak dara iaitu D`ADZA telah mendapat sentuhan makeup Epie untuk cover album kami.. Tapi itu duluuu le hehe..

Hari ini adik mak dara di makeupkan lagi oleh Epie dalam satu photoshoot untuk sebuah jenama tudung yg bakal dilancarkan tak lama lagi..

sekarang mak dara di rumah epie bersama adik mak si tuty untuk sesi fotografi ni... sktg maaih sedang dimakeupkan.. nanti mak dara update tentanh photoshoot itu kelak.. tungguuuuu hehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

KARIPAP LORI Mengatasi Kehebatan Burger Bakar ?

Tak lama dahulu demam burger bakar memang menjadi jadi fenomenanya kan.. sampai ada yang sanggup beratur berjam jam bagi membeli burger bakar itu.. Mak Dara pun antara yang terkena demam burger bakar itu namun mak dara tak berkesampaian untuk membelinya kerana tidak bertahan kaki dan lutut untuk berdiri menanti selama itu.. Namun kini difahamkan bahawa ada satu lagi fenomena yang telahpun mengatasi kehebatan burger bakar iaitu KARIPAP LORI! perghhhhh macam tak percaya aje apabila mendengar bahawa ramai pelanggan yang beratur panjanggggg semata mata untuk membeli KARIPAP LORI yang dijual di sebuah kedai di cyberjaya. Namun itulah yang berlaku di mana teman Mak Dara sendiri telah ke sana dan terpaksa beratur panjang untuk membeli KARIPAP LORI itu..

Mesti anda tertanya tanya apakah KARIPAP LORI itu.. Mak pun mulanya ingat lori yang menjual karipap namun sebenarnya karipap itu dijual di sebuah kedai dan nama kedai itu KARIPAP LORI.. Dengar khabar resepi karipap itu diperolehi turun temurun oleh keluarga pemilik kedai itu.. Perghh patutlah hebattt kannn...


Mak Dara ni jenis yang pantang dengar makanan yang sedap sedap kompom mak akan terjah walaupun jauh.. Jadi beberapa hari lepas mak ada mesyuarat di Ibu Pejabat SPRM mengenai sebuah drama yang berkisarkan pegawai SPRM alang alang berada di Putrajaya on the way mak nak pulang tu Mak singgah le ke kedai Karipap Lori namun kedai pada waktu itu baru saja di buka dan orang pun belum banyak lagi yang datang.. Cantekkk lee tak payah beratur panjang panjang hehe.. Apa lagi terus mak mencuba KARIPAP LORI yang famous amos itu..

 
Man Maharajalawak pun antara pelanggan Karipap Lori ni tauuu ;)

Apa yang Mak Dara boleh katakan tentang KARIPAP LORI ini.. memangggggggg sedapppppp sebijik pun dah boleh kenyang bila dimakan.. memang melatopsss..Apa lagi kalau anda berada di kawasan Cyberjaya jangan lupa untuk ke kedai ini di 49A, Neocyber, Cyberjaya,, 63000 atau nak tahu lebih lanjut tentang Karipap Lori ini boleh le ke page fb nya @ https://www.facebook.com/karipapLori . Selamat menjamu seleraaaaaa ;)



Levi's Anjurkan Award Khas Untuk Para Blogger


As salam duhai teman.. Pernah dengar jenama Levi's?  ate kompom le semua pun pernah kan.. Rasanya rakyat satu malaya setiap mereka pasti dalam semumur hidup pernah pakai sekali seluar jeans jenama levi's kan.. Kalau tak pernah tu pun kena juga baca entry mak ni sampai habis hahaha paksaaaaa nampak mak dara pepagi buta ni kan.. jangan marah mak gurau aje ye.. Haaa cube dengor ape Mak Dara nak khabor kan ni.. ate nape cakap perak pula mak dara pepagi bute ni hahaha... Alkisahnya... LEVIS'S telah anjurkan satu contest Award khas untuk Para Blogger yang dipanggil... drum roll please...

levis


Nak dijadikan cerita anak saudara Mak Dara iaitu Elia si JEJARI RUNCING  telah dijemput oleh majalah EH! untuk join contest ni. 

PERINGATAN: Gambar yang telah di submit oleh Elia ni sememangnya gambar yang lama sebelum "penghijrahan" nya lagi. Mak Dara difahamkan bahawa Elia tak sempat nak edit apa sebab dah memang kelam kabut masa tu. hope anda faham la ye. Harap anda sudilah undi Elia setiap hari untuk tempoh masa 9 hari ni ye 

Cara VOTING adalah:

~Mula mula Klik LINK ni


~Lepas tu klik VOTE kat gambar Elia seperti di bawah ni


~lepas tu anda scroll down dan klik lagi butang VOTE


~Sebelum vote kena register dulu yang mana belum pernah register lagi
(buat sekali je lepas dah register lain kali nak vote just login je)


~lepas dh register dia akan hantarkan email link ke your email then anda klik je kat link tu dan akan membawa kepada voters login form mcm kat bawah ni


~lepas tu setiap kali anda nak vote just login je. mudah kan?

Mari pakat pakat ajak sedara mara sepupu sepapat adik abang kakak jiran scandal anda semua VOTE elia untuk contest ni. VOTE SETIAP HARI TAU!(9 hari je lagi) sampai 28 JUNE...pweaseeee.. (sambil muncungkan bibir dan kembungkan pipi kasi nampak kiut sikit hehehe)


Aiseymen banyak kali mak cuba tapi tak jadi .. maka mak hantorkan wakil ajelah ye .. ni anak mak si isabella tolong muncungkan mulut dan kembongkan pipi bagi pihak maknye yang kurang kiut ini hahahaha

* Pengundi yang bertuah bakal memenangi baucer Levi's bernilai RM300 wooo! Mana tahu anda adalah salah seorang dari pengundi bertuah itu kan.. Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia nampak di.. seluar levis nye hehe

P/S: Kepada Ya.. Aunty dah pun kerahkan bala tentera aunty siapa lagi kalau bukan si Eqal untuk vote semua akaun akaun adik beradik, tok, wan, makcik makcik yang lain untuk vote Ya.. All the best ye ;) 

Wednesday, June 20, 2012

Cinta Ku Di Gunung Kinabalu

Wahh tajuk entry Mak dara kali ni dah macam boleh dijadikan tajuk drama dah kan.. Yup cinta hati mak dara iaitu somi mak Martias Ali kini sedang berada di Gunung Kinabalu.. Waduh waduh besttnya nengok gambar somi mak yang shooting di sabah itu dan antara lokasi penggambarannya ialah di kawasan gunung kinablu..




Hari ni merupakan hari pertama penggambaran dokumentari yang diarahkan oleh somi mak . Katanya esok lusa akan ada shooting underwater fuhhhh pasti bestttt ni.. Wish i was there hehe.. kawan kawan tolong doakan semoga shooting somi mak itu berjalan dengan baik ya. terima kasih...


Mesyuarat Bersama Serina Redzuawan Di Rumah Mak Dara

Semalam Mak Dara telah menerima satu lawatan istimewa dari anak selebriti Chef Wan iaitu Serina yang telah datang bertandang ke rumah Mak Dara untuk bincangkan projek terkini untuk saluran Astro. Mak Dara dah beberapa kali bertemu Serina tapi ini merupakan pertama kali Serina datang ke rumah Mak Dara.

Rupanya Serina ni memang banyakkkkk ideanya.. Dia mahu membuat 2 rancangan memasak di mana dia menjadi host rancangan itu dan seorang cef selebriti dari Moroco menjadi chef di rancangan itu.. Fuhhh memang hebatttt... Serina juga meminta Mak Dara untuk buatkan sebuah rancangan dokomentari 13 episod mengenai sambutan perayaan.. Kalau Mak nak buat sorang sorang memang tak sempat le nasib baik adik Mak Dara Adza Emie akan membantu mak untuk siapkan semua proposal itu bersama sama..

Mak Dara sedang berbincang dengan Serina di meja makan ;)

Bincang punya bincang sampai makan pun kami masih berbincang.. Fuhhhh memang best la dapat bekerjasama dengan Serina ni sebab dia memang banyak idea and she is soooo sweet .. Sayangnya perbincangan kami tak boleh lama lama sebab Mak kena pergi ke sambutan hari jadi Ibu Mak dara yang ke 61 semalam.

Mak Dara bersama Serina

Ibu Mak Dara bersama Serina

Sebelum Serina pulang sempat juga ia mengucapkan selamat harijadi kepada Ibu Mak Dara.. Happyyyyy le Ibu mak dara sebab dia memangggg minat Chef wan hehe..

Ok doakan semoga Mak dan adik Mak Dara berjaya siapkan proposal proposal rancangan memasak dan rancangan dokumentari itu ya.. ;)



Tuesday, June 19, 2012

Selamat Tinggal....

Waduh pepagi ni emo pulak Mak Dara dibuatnya.. Kenapa? Maunya tak emo, somi mak Martias Ali telah pun bertolak sebentar tadi ke LRT Sri Rampai seterusnya ke KL Central.. seterusnya ke Airport dan seterusnya ke Sabah pada pagi ini.. 

Somi mak ke sana kerana untuk arahkan sebuah rancangan dokumentari di sebuah tempat di Sabah.. Dah lama juga dia tak jadi pengarah sejak kebelakangan ni asyik sibuk dengan projek projek menulis skrip yang tak habis habis itu hehe.. Sebelum somi mak bertolak sempat le mak snap beberapa keping gambar untuk tatapan anak anak yang pasti akan rindukan papa mereka yang akan pergi selama seminggu itu.. errr sebenor benornya untuk tatapan mak juga lah hahaha sapa tak rindu somiii oiiiii seminggu tuuuu hehehe

haa tangan tu better means peace 
bukan tanda nak cari cawangan ke dua ye bang hahaha...


time ni rasa macam nak nyanyi lagu akademi fantasia pun ada haha

selamat tinggal.. tata titi tutu

Somi mak akan shoot dokumentari mengenai SISTEM TAGAL di Sungai Morroli Sabah.. Mengenai ikan ikan yang dilindungi di sebuah sungai di sabah.. Dokumentari ini untuk disiarkan di RTM tak lama lagi .

Apa apapun selamat tinggal dan bon voyage untuk somi mak.. semoga shooting nanti akan berjalan dengan lancarnya insyaallah...



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK