Thursday, July 5, 2012

BERCAMPING BERSAMA MAK DARA

Pada hujung minggu yang lepas Mak dara telah ke Port Dickson bagi menyertai satu event yang telah dikendalikan oleh somi mak dara Martias Ali dan group MALAYSIAN BACKPACKERS dimana somi mak merupakan president bagi kelab itu hehe. Event itu adalah MBC MEGA GATHERING 2012.

Ini pertama kali Malaysian Backpackers Group buat acara camping.. selalunya kami akan buat event backpacking di dalam dan luar negara tapi akan bermalam di hostel ataupun rumah tumpangan atau homestay namun kali ini yang pertama akan bermalam dalam khemah.. Namun yang sedihnya seramai 139 ahli Malaysian Backpacker kompom akan menyertai acara camping ini last last nan hado... Tak sampai 20 orang yang hadir tu pun setelah dicampur dengan ahli keluarga mak dan anak anak mak dara hahaha.. Tu lah jadinya bila buat event guna facebook diorang pakai klik je kata "attending" tapi datangnya idok haha.. Takpe takde masalah yang penting the show must go on.. Err ade show ke hahaha.. Ok moh mak sharekan sedikit gambar gambar perkhemahan kami tu ye.. enjoys...

antara peserta camping.. setengah lagi tengah pasang khemah hehe

sempat lagi mak posing ngan somi sedangkan semua org tgh psg khemah ;)

khemah dah siap pasanggggg >_*

di hadapan khemah khemah kami.. mak bersama somi & anak anak

acara waktu ptang.. mandiiiiiiii... haa nampak tak kepala hitam tu
itu mak dara tengah berenang ye bukan dugong hahaha

underwater pic with anak dara mak ;)

bercanda di pasiran pantai hehe

naik banana boat bersama anak sulong mak Adza Haiqal

naik boat bersama anak anak

somi mak (tengah) bersama ahli mbc naik "DONUT"

suasana kawasan perkhemahan waktu malam

malam aktiviti bbq dijalankan.. dimaklumkan semua ayam2 ini habis di makan

anak anak mak dara di hadapan khemah mereka

anak anak tido dalam khemah.. 
panas punya pasal sampai koyak kotak buat kipas hahaha

panas punya pasal sampai mintak tido kat luar khemah haha

good morning.. we survive campingggggg!!!! 

anak anak jerit yeayy boleh balik tido atas katil hahaha

jom balikkkk!!! Yeaaa yeahhhhhh (anak bongsu mak si Isabella)

Maka itulah antara rentetean yang berlaku sepanjang acara perkhemahan 2 hari satu malam itu.. Memang seronok dan besttt.. Ini mak cuma uploadkan gambar gambar mak bersama family je.. Kalau masukkan aktiviti mak bersama geng mbc perghh mau sampai 2 kilometer panjang jelanya kena scrool sampai ke bawah haha...

Pada sesiapa yang minat mengembara cara backpacking boleh le join group Malaysian Backpackers Group ye.. Group somi mak ni ahlinya dah lebih 8 ribu ahli.. Dan hampir setiap hari pasti ada saja yang postkan pengalaman backpacking mereka di wall group itu.. Tidak kurang jugak banyak event event backpacking.. Ok pastinya mata anda pun dah berpinau pinau dek kerana banyak sangat nengok gambor yang mak upload..  tankiuuu ye sudi layan entry mak kali ni... sayang korang ketat ketat ;)

Wednesday, July 4, 2012

MANGKALA HARI RABU, HANG JANGAN CAKAP APA APA!



MANGKALA HARI RABU MAI KALU HANG JANGAN CAKAP APA APA naa!.. Haaa ini bukan ayat nak cari gaduh ye.. ini ayat versi mak dalam bahasa KEDAH.. Kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil WORDLESS WEDNESDAY.  suspengg tak? suspengggg tak hehehe

 

RED VELVET CUPCAKE my peberetttttttttt ;)

KEBAYA KAK JEMAH, KURUNG KAK KIAH




MEMPERSEMBAHKAN
SEBUAH DRAMA RAYA KOMEDI MEROYAN

DARI KARYA ADZA NASYAEMIE & MAK DARA


Malam ini bertempat di RTM Mak Dara serta Adik Mak Adza Nasya (yang gambarnya telah mak dara crop dan lekatkan di atas belah kiri tu hehehe) bakal pitchkan proposal drama komedi bertajuk KEBAYA KAK JEMAH, KURUNG KAK KIAH . Doa doakan semoga pihak RTM meluluskan cadangan menerbitkan drama ini ya.. Kalau dah lulus proposal drama ni barulah boleh mula shooting tak lama lagi.. Wish us luck ya...

Puhhhh kiriiii Puhhhhh Kanan... hehehehe


Tuesday, July 3, 2012

PINTU TAUBAT

Drama PINTU TAUBAT adalah sebuah drama bersiri hasil skrip Mak Dara dan suami iaitu Martias Ali. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Drama ni telah pun ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 dan telah pun diulang tayang lagi sebentar tadi di ASTRO OASIS . Syukur alhamdulilah drama ini sering dan kerap benar diulang tayang oleh Astro Oasis.




Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja. 
.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman. Ada tak yang pernah menonton drama mak ni hehehe..


Macam Macam Ragam

Namanya Bella.. Adza Isabella... berumur 5 tahun 6 bulan tapu perangainya mak aiii ngalahkan baby hehehe.. Aktiviti yang paling disukai oleh bella ialah...

 posing.. 

 posing.. 

dan posing.. 

maknanya pantang nampak kamera mesti nak posing je kejenya.. Maybe sebab masa mak ngandungkannya dulu mak memang suka bebenor lah hai nangkap gambar sendiri.. Kejap kejap snap snap kejap kejap klik klik sampai somi mak naoik heran tapi dah terbiasa dengan angin meroyan mak maka dibiorkan aje mak dengan peel mak tu.. Tak sangka pulak bila dah bersalin penyakit gila posing depan kamera dah terkenan pada anak bongsu mak dara tu pulak hahahaha...Sampai dalam akaun  instagram mak ni penuh dengan gata posing nye aje..

Tapi yang buatkan mak tak tahan perut bantai gelak dengan keluarga mak apabila mak snap pic ini...


waduhhh makkk... dengan ekspersi wajahnya dengan tangan peace signnya adoiiiiii macam macam ragam betul anak dara mak sorang ni kan.. Bila memandang akan gambor ni teringat akan mak sekeping gambar yang sering menjadi comment di zaman myspace dulu.. anda tahu yang mana satu.. jap mak kasi upload...


Haaaa kannn lebih kurang aje riaksi wajah Bella dengan baby ni kannnn hahahahahaha...


Jangan HINA Permulaan Seseorang..


Jadi Pesan Mak Dara... Don't Judge People...

Monday, July 2, 2012

Trafik Blog Bicara Mak Dara Petang Ini

Haaa ini dia report card mak untuk petang ni.. Nak report apa? bukan report exam ye sebab mak dah lama tinggalkan sekolah hehe.. Ni nak report tentang trafik ke blog  picisan mak ni hehe..Trafik ke blog mak ni idok le sekencang blogger blogger hebat dan otai dan blog mak ni hanyalah blog personal dan penuh dengan entry meroyan hehe namun walaubagaimanapun mak amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada setiap seorang dari anda yang sudi singgah ke blog mak ni tau...



Berikut adalah pageview blog BICARA MAK DARA  untuk hari ini iaitu dari pagi sampai pukul 5  petang tadi..Syukur alhamdullilah.. Tak sangka ada juga yang sudi singgah dan melawat mak di rumah orang tua err silap di blog mak ni hehe.. Jutaan terima kasih mak ucapkan kepada semua yang sudi datang singgah ye.. sayang korang ketat ketat...muahhhhhh

Sesi Photografi Underwater Bersama Mak Dara

Is it a bird? Is it a plane.. Is it a dugonggg? No!! Its Mak Daraaaa hehehe..

Haaa warning sebelum meneruskan niat untuk membaca entry ini nak dikhaborkan bahawa entry ini  terdapat unsur unsur meroyan.. Ibu mengandung dan teman yang mempunyai lemah jantung harap harap berhati hati ketika membaca ye.. Hahahaha macam seriusss je entry ni siap ada warning lagi.. kau hadoooo hahahaha maap le ye.. Sejak balik camping dari Port Dickson bersama geng MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB dan juga keluarga, kepala mak ada sikit ting tong.. Maunya tak ting tong kak jemah oiii gatai sangat nak buat underwater shoot gunakan kamera GoPro yang baru saja somi mak belikan.. Kata somi mak tak sesuai nak tangkap kat laut pd ni sebab airnya tak clear sangat, kalau kat swiming pool ok lah. Namun dek ketegaq ya amat bak kata orang kedah mak nakkkk jugak.. Dan dek maleh nak layan meroyan isterinya diturutkan juga oleh somi mak dara tu.. Nak tengok hasilnya.... tadaaaaaaa....

perhatian ini bukan dugong ye hahahaha
ini Mak Dara dan anak Mak si Adza Danina 

haaa macam dalam adengan filem jaws tu tak hahaha

anak teruna mak si Eqal pun nak join hehe

Nina dengan sepupunya Nadhirah

nina memang teror le bukak mata dalam air laut haha

mak nak cuba bukak mato tapi podeh ya amat

feeling ala ala dalam americas next toip model wakakakakakaka
dapat bukak mata kocikkk jo.. jadilah daghi takdo langsung haha

Bermula dongan mak lopeh tu habis semua ahli keluarga mak kalut nak menyelam untuk ambik gambar diorang dalam air.. macam macam style ade haha.. Yang tensionnya bila air masuk telinga sampai sekarang mak rasa bongap lagi telinga mak ni ha.. pekak sebelah dibuatnya kalau tak baik lagi nanti petang nak ke klinik.. Haaa underwater punya penangan kauuuuu hehe... Takpelah ini kiranya percubaan pertamalah nak buat sesi photografi underwater dalam laut PD.. hehehe mmg meriah.. ini gambor dalam air kat atas darat nanti mak kasi upload ye..Sekarang tengah rancang nak buat kat swiming pool pulak maybe kat K KLUB Melawati kot insyaallah.. Tak pun meh mak pinjam atau sewa kolam ko porigi kat umah ekau untuk fotoshoot boleh hahaha.. 

Sunday, July 1, 2012

Gambar Eksklusif majlis Perkahwinan Wartawan Melodi Saiful Azmi Jamsari & Dalina

Siapa yang tidak kenal dengan semua wartawan dari rancangan Melodi yang terkenal dengan cerita cerita panas artis dan sesi TERJAH menerjahnya kan.. Dan antara wartawan yang berada dalam skuad melodi itu pastinyalah Saiful Azmi Jamsani yang terkenal juga dengan soalan panassnya dan juga sesi terjahan beliau ketika menemuramah para artis tempatan.. Namun malam ini nampak gayanya pastinya Saiful Azmi pula yang bakal di terjah oleh skuad melodi kerana malam ini merupakan malam Saiful Azmi melangsungkan majlis perkahwinannya dengan gadis pilihannya iaitu Rose Dalina Hermiza..

 Saiful Azmi Jamsari & Dalina sedang bersanding

 Skuad Melodi (Saiful Azmi Jamsari paling kanan)

Nak dijadikan cerita pulak pengantin perempuan iaitu Rose Dalina Hermiza merupakan sepupu kepada adik ipar Mak Dara makanya pada tika dan saat ini adik mak dara serta adik ipar serta anak anak mereka sedang menghadiri majlis perkahwinan ini.. 

Adik Mak Dara, Adza Emie dua dari kiri di majlis perkahwinan itu

Majlis persandingan Saiful Azmi Jamsari & Dalina sedang berlangsung pada malam ini di SUNWAY PUTRA HOTEL dan khabarnya ramai artis artis turut dijemput ke majlis perkahwinan Saiful Azmi dan dalina ini.. Ok moh mak sharekan gambar gambar yang eksklusif sekitar persandingan Saiful Azmin dan Dalina..

dewan yang masih kosong sebelum kedatangan tetamu
cantik bebenor le hai pelaminnya tu kannn

Pengantin baru menaiki pelamin

 Saiful Azmi Jamsari & Dalina sedang bersanding

 menu makanan

 ciuman untuk sang isteri ;)



AR Badul dan Nabil menjadi pengacara bagi majlis itu

 Amy Search pun ada

 Isma AF sedang mendendangkan lagu

Adira sedang ditemubual sebelum memulakan persembahan

 Saiful Azmi bersama isteri

Di akhir akhior majlis itu semua tetamu dikejutkan apabila Saiful Azmi menghadiahkan sebuah lagu khas buat Dalina yang diberikan tajuk CINTAKU DALINA yang ditulis sendiri olehnya.. waduhhhh sweet sangatkan pasangan ini...


Adik Ipar Mak Dara Zainal tapi keluarganya di Sabah panggilnya Donny
bersama anak buah mak dara si Qhamilia ;)

Akhir sekali sebelum berakhirnya majlis perkahwinan itu sempatlah adik mak dara bersama sominya yang merupakan sepupu kepada Dalina bergambar bersama pengantin dan keluarga mereka..

dari kiri adik ipar mak dara bersama adik mak Adza Emie
bersama keluarga dan pengantin ;)

Mak Dara ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Saiful Azmi Jamsari & Dalina dan semoga kekal ke anak cucu amin... Dan kepada adik Mak Dara Adza Emie tankiuuu for all this exclusive picture babe. dah boleh jadi paparazi nih hehehe


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK