Wednesday, September 19, 2012

Jalan Jalan Hong Kong - THE PEAK

Ini adalah sambungan dari entry HONG KONG GETAWAY mak dara yang lalu.. Entry mengenai perjalanan Mak Dara dan Somi di Hong Kong sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 pada 12hb September yang lalu.. Walaupun dah balik sini 4 hari yang lalu tapi masih teringat ingat permandangan permandangan menarik yang terdapat di Hong Kong. Dan antara semua permandangan yang cantik di Hong Kong pastinya permandangan dari atas THE PEAK yang paling memukauuuu...


Tempat ini  memang terkenal dengan viewnya, di sini kita boleh menikmati pemandangan seluruh kota Hong Kong dari atas bukit itu. Untuk ke THE PEAK mak dara dan somi menggunakan tiga pengangkutan ini iaitu  Star FerryCity Bus danPeak Tram.

Dari Hotel yang Mak Dara tinggal iaitu Hotel Imperial ke pelabuhan Ferry (Star Ferry Pier) sangat dekat, jalan kaki je untuk ke sana. Pelabuhan ini dekat juga dengan Terminal Bus. Sampai di sana kami terus menaiki Ferry. Tambang naik ferry ni memang murah iaitu dalam HK2-3 je .  Perjalanan menaiki ferry ini hanya mengambil masa selama 9 minit sahaja. Yang bestnya bila menaiki ferry ini kita dapat permandangan dari dua buah pulau utama di Hong Kong yaitu HongKong Island danKowloon Island

pic dari atas ferry

Apabila tiba saja di Central Ferry Pier kami terus ke pemberhentian bus di Pier 7, untuk menanti Bus yang akan membawa kami ke Peak Tram Terminal. Sebagian besar Bus adalah bus dua tingkat. Mak Dara dan somi mengambil keputusan untuk duduk di bahagian atas sebab boleh mengamati permandangan sambil menghirup udara segar di Hong kong...


somi mak di hadapan Bus untuk ke THE PEAK

atas bas sambil mendengar info2 menarik mengenai Hong Kong dgn gunakan 
earphone yg telah disediakan oleh pihak bas tour tu

akhirnya selamat tiba di hadapan THE PEAK TRAM

Tak lama setelah menaiki bas itu kami turun dihadapan THE PEAK TRAM.. Ingatkan dah sampailah ke tempat tu tapi rupanya kami kena menaiki tram/tren  untuk menaiki ke atas bukit itu..

Mak dihadapan tram/tren

sempat lagi posing dalam tram tu hehe

Menaiki tram ke untuk ke atas puncak bukit tu memang sangat menarik.. Setelah perjalanan dengan menggunakan Peak Tram, tibalah kita di The Peak...

yeayy akhirnya tiba jua di puncak THE PEAK

di belakang somi mak adalah permandangan indah HONG KONG


ada dijual barang cenderahati 

punya eksited nak tengok permandangan sampai nak beli t shirt pun tak jadi hehe


Memang cantekkkkkk sangat permandangan dari atas THE PEAK ni.. Memang puas hati lah naik ke sini .. Bila dah letih jalan jalan di atas bukit tu kami kemudian ke sebuah lagi tarikan menarik yang terdapat di THE PEAK iaitu sebuah galeri patutng lilin yang dinamakan Madame Tussaud .. Tapi itu akan mak masukkan dientry yang seterusnya pulak.. Karang kalau masukkan semuanya dalam satu entry mau muntah pink korang nak baca pulak kan hehehe..

masa untuk pulanggggg :)

terus menaiki tour bas untuk ke destinasi seterusnya...

Kepada yang akan ke Hong Kong jangan lupa untuk ke THE PEAK ye pasti berbaloi baloi apabila melihat permandangan yang indah dari atas bukit itu.. ;)

THE PEAK I LOVE YOU ;)

Bila Somi Mula Pasang Badan


Jangan ingat kaum wanita aje yang mementingkan kesihatan dan penampilan.. Kaum lelaki juga begitu jua.. Somi mak dara sendiri pun dah mula nak "pasang badan" bak kata orang orang tua hehehe.. Takdelahhh sebenarnya somi mak dara mula masuk gym balik untuk naikkan semula staminanya kerana dia dan groupnya bakal mendaki Gunung Kinabalu pada 25hb depan.. 


Seronok jugak tengok somi mak bersemangat di gym.. Teringat masa mak sign up di Celebrity Fitness tak lama dulu.. Memang bestttt membuang lemak disana hinggalah mak injured dalam gym tu.. Tapi rasanya mak pun teringin nak join somi mak di gym nanti insyaallah. Boleh le sama sama kami laki bini pasang badan balik kekeke

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 18, 2012

Teruja Dapat Bertemu Dengan Penulis Skrip Filem JAWS - CARL GOTTLIEB

Tengah hari tadi Mak Dara telah menghadirkan diri di sebuah majlis  ’DIALOG INDUSTRI KANDUNGAN KREATIF CCIG 2012’ yang bertempat di Finas siang tadi.. Pada yang tidak tahu Creative Content Industry Guild (CCIG) adalah sebuah badan yang ditubuhkan dari inisiatif kerajaan bertujuan memperkasa peranan yang dimainkan oleh pengamal, karyawan dan tenaga kerja industri filem, televisyen, digital, multimedia dan teknologi kreatif tempatan. Fokus utama dialog ini ialah berkaitan dengan kepentingan, peluang dan cabaran kerjaya tenaga kerja, karyawan dan pengamal industri kreatif tempatan dalam hubungannya dengan CCIG dan matlamat negara. 

Sebagai salah seorang yang terlibat dalam industri ni makanya mak tak lepaskan peluang untuk sertai majlis ini.. Tapi yang paling menarik terdapat dalam aturcara majlis itu ialah sesi Dialog dan ‘sharing session’ bersama seorang wakil dari luar negara, CARL GOTTLIEB, setiausaha Screen Writers Guild of America dan penulis skrip filem “JAWS” . 

Terujanya bila dapat bertemu dengan penulis skrip filem JAWS.. 
Iaitu antara scriptwriter tersohor di hollywood iaitu Carl Gottlieb di majlis CCIG @ #FINAS 


Filem JAWS siapa yang tak pernah tengok kan..(maybe remaja muda mudi ada yang tak pernah tengok hehe) Sebabkan filem ni masa mak kecik kecik dulu buatkan mak fobia nak mandi di laut gara gara takut dibaham jaws macam dalam filem ni hahaha.. Dan itulah wajah penulis skrip itu.. Dia merupakan teman rapat kepada pengarah Steven Spielberg dan sama sama menjayakan filem itu.

somi mak dara Martias Ali sempat bertanyakan 
beberapa soalan kepada Carl Gottlieb

Seronok betul bila mendengar kisah kisah dan pengalamannya sebagai penulis skrip filem Jaws yang sangat popular itu. Banyak pengajaran dapat diperolehi dalam sesi dialog itu.. Bukan senang kita nak menimba ilmu dari orang orang kuat Hollywood.. Syabas kepada pihak CCIG dan Finas kerana berjaya mengadakan majlis yang sungguh hebat itu.. 

Sayangnya card reader mak tak tahu di mana letaknya.. Kalau tak mak nak jugak sharekan pic mak dara bersama Carl Gottlieb yang gunakan kamera tu.. Gambar di atas tangkap dengan handphone huhu.. Takpe nanti kalau dah jumpa card reader mak kasi upload ye.. Fuhhh bukan senang nak bersama dengan film player dari Hollywood ni kan hehehe

Doa Ku Buat Mu Teman - AFIEY ZAKARIA

Assalammualaikum duhai teman..

Hari ini 18hb September 2012 pada tika dan waktu ini.. Seorang teman baik Mak Dara yang Mak Dara anggap seperti adik beradik Mak Dara iaitu Afiey Zakaria sedang menjalani pembedahan yang bermula dari pukul 10 pagi tadi.. Banyak teman teman terkejut apabila mendengar berita ini.. Mak masih teringat apabila pertama kali mendengar berita tentang penyakit yang dialami oleh Afiey . Masih terngiang ngiang lagi perbualan kami di telefon apabila Afiey menerangkan apa yang sedang dia alami itu.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.. Mak masih teringat lagi reaksi mak pada ketika itu.. Im soooo speechless.. 

Mak Dara and my dear darl Afiey

Afiey telah didiagnosis dengan "meningioma Sellae Tuberculum" Glicoma Suprasellar tumor / Otak tumor dengan saiz kira-kira diameter 3cm ... Ia tumbuh di sebalik kedua-dua matanya dan ia telah berkembang dalam saiz sedemikian yang sedang terjejas saraf optik dan telah menghadkan penglihatannya. Pertumbuhan ini juga bergerak ke arah otaknya. Akibat dari itu, Afiey mungkin mengalami kebutaan separa dan sakit kepala yang teruk.Maka jalan terbaik adalah menjalani pembedahan bagi membuang tumor itu..

pic by http://theafword.wordpress.com/

Pada hari merdeka yang lalu semua teman terapatnya termasuk mak dan juga keluarga telah meraikan hari itu dengan sebuah gathering yang kami buat di sebuah resort Glass House di Sekeping Serendah. Salah satu tujuan utama ialah untuk bersama sama bersama Afiey sebelum dia menjalani pembedahannya yang jatuh pada hari ini..

rumah kaca @ Sekeping Serendah

dari kiri anak mak Adza Isabella, Mak Dara, Roziya, AFIEY, kak Mai 
dan berdiri di belakang ialah Melissa

My darling Afiey ;) (pic by https://www.facebook.com/afiey.zakaria)

afiey dan suami Azali di tengah2 ;)

semua teman teman Mak Dara bersama AFIEY having BBQ



Memang meriah benar gathering kami itu apabila hampir semua teman teman rapat kami hadir. Kami gelarkan group kami ni dengan nama "MY HOTZ BUDDIES" hehehe . Paling best bila semua yang hadir menggenakan pakaian all white memang sesuai benor dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan hutan dan pokok pokok dan juga kehijauan.. Terasa bagai sekejap saja masa berlalu .. Terasa bagaikan semalam sahaja kami bersama sama dan kini tepat pada waktu dan ketka ini AFIEY sedang menjalani pembedahannya itu. Pembedahan ini bakal mengambil masa selama 10 jam. 

Kepada Afiey.. My dear darl Afiey.. Be strong..Insyaallah..doa ku mengiringi mu.doa dan byk berzikir. InsyaALLAH HE will be with you all the way.Lots and lots of love darl.. Kepada Azali (suami Afiey) dan juga my dear princess Ally (anak Afiey) be srong ya.. Semuanya pasti akan baik baik saja insyallah...

Afiey di wad semalam - pic by Azali Zabri

Kepada semua teman teman Mak Dara mari kita sama sama doakan semoga pembedahan Afiey berjalan dengan lancar ya..

"Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani." amin..

*blog milik Afiey http://theafword.wordpress.com/ .. 

Monday, September 17, 2012

HONG KONG Getaway

Assalam duhai teman.. Syukur alhamdullilah Mak Dara dah selamat tiba kerumah 16hb Sept pada pukul 2:30 pagi semalam setelah 3 hari berada di Hong Kong.. Terima kasih le kerana ada yang masih sudi jalan jalan ke blog mak dara ni selama mak tiada lebih lebih lagi yang tolong tengok tengokkan blog mak ni dari berhabuk dan bersawang hehe.. Terima kasih juga kerana sudi membaca entry entry autopublished mak selama mak di sana.. Tapi memang lain bebenor feelnye bila tulis entry autopublish dengan tulis dan publish secara live ni.. Rasanya tulis dan publish secara live lagi dekat dengan pembaca hehe.. Kalau autopublish kepala asyik ingat ada ke yang dah baca entry aku tu.. apa reaksi diorang.. ada tak yang nak komen kan kan.. Ok meroyan dah datang al maklumlah dah lama tak tulis punyalah panjang mukadimah mak kali ini.. Rasanya cukup lah berceloteh let's the gambor tell you the story mory ye.. Moh le mak upload gambor mak di Hong Kong.. Tapi kalau nak upload sepanjang perjalanan 3 hari ke sana mau muntah pink korang baca makanya mak buat part by part le.. Hari ni moh mak cerita part nak ke Hong Kong dulu.. perjalanannya hinggalah sampai ke hotel yang mak menginap...

bermula lah cerita 15 tahun ulang tahun perkahwinan pada 12hb sept

husband mak hadiahkan tiket honeymoon ke Hong Kong ngeee ;)

otw ke airport cermin kereta pecah dek mamat potong rumput :(

ata flight muka teruja tak hengat hehe

bersama somi mak dara sebelum takeoff

makan timeeee

somi mak sempat tulis skrip dramanya yg bertajuk 
WA AI NI BATU FERINGGI atas flight hehe

flight ke hong kong mengambil masa hampir 4 jam

belum sampai dah letih hahahah

yeayyy sampai di Hong Kong airport

seperti biasalah cari map duluuuu hehehe

naik bas dr airport utk ke Hotel Imperial @ Nathan Road

plg best semua bas di Hong Kong ada wifi tenet
sempat tgk map sambil update status kat fb hehe

almost 45 minit naik bas akhirnya sampaiii

depan Hotel Imperial

selesai Checked in keluar cari makan


pening jugak nak cari makanan halal tp beli roti siap2 incase kalau tak jumpa haha

Haaaa gitulah ceritanya mak dara dari rumah, naik flight, turun flight, naik bas dan akhirnya tiba juga ke destinasi.. Nanti nanti mak update tentang tempat tempat menarik yang ada di Hong Kong.. Mana lah tau ada yang nak ke sana kan boleh jugak tau macam mana keadaan Hong Kong tu kan.. hehehe


Sunday, September 16, 2012

BANIFSHA


Salam duhai teman... Sengaja mak khaborkan pada anda semua kalau yang tengah free free tu audi sudikanlah menonton drama yang bertajuk BANIFSHA yang sedang di Astro Oasis pada tika dan waktu ini.. Skrip drama ini ditulis oleh somi mak dara iaitu Martias ali .. Baru je mila ni.. Jom tengok jom jommm hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.8

Selamat Hari Jadi Sayang Sayangku Dan Selamat Hari Malaysia

As salammualaikum kepada semua .. Haa hari ni dan tarikh ini 16hb September merupakan tarikh keramat tarikh penting juga pada semua rakyat Malaysia iaitu tarikh HARI MALAYSIA.. Namun tarikh ini amat bermakna dalam keluarga Mak Dara sendiri bukan kerana Hari Malaysia tetapi kerana ia juga merupakan tarikh hali lahir dua orang anak Mak Dara iaitu Adza Danial Haiqal(13thn) dan Adza Danina Kirana(10thn).. Yaaa Mak telah lahirkan kedua dua anak mak tu pada tarikh yang sama cuma tahun je lain lain hehe.. Kata kawan, mak ni terror haha tapi bagi mak ini semua satu kebetulan dan kebetulan yang amatttt le best sekali.. Mau tak best dah le abang dan adik sama tarikh lahir.. sama pulak dengan Hari Malaysia dah tu tiap kali harijadi diorang adalah cuti umum.. Gilaa tak bestt.. kompom best kan hehehe... 




Adza Danial Haiqal

Adza Danina Kirana


Disini Mama nak ucapkan selamat harijadi kepada Carl & Nina.. May all ur birthday wish comes true.. Lob\ve both of you more than anything.. Jadilah anak yang soleh dan solehah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat insyaallah... amin.....


Saturday, September 15, 2012

Jom Layan Video Sebelum Tido..

As Salam.. Semua dah tido ke? Errr kalau yang dah tido menjawap soalan mak ni haru jugak kan hehe.. Ok lah bagi yang belum rasa nak tido apakata layan dulu video yang mak buat ni.. Sejak gunakan tool One True Media memang senang nak bikin video sendiri.. Yelah dulu dulu ada jugak teringin nak jadi model video klip tapi nan adoooo maka mak pun buat le video sendiri hehe.. So sila lah layanzzz jika sudi ye.. Video ini dedikasi kepada insan yang amat mak sayang dan cintai...

Video ni Mak Dara buat tahun lepas makanya tahun ni Haiqal akan sambut harijadinya yang ke 14 dan Kirana akan sambut harijadinya yang ke sebelas hehe
Happy Birthday Adza Danial Haiqal & Adza Danina Kirana!!!

Selamat Tinggal Hong Kong

Pejam celik pejam celik dah tiga hari mak dan somi berada di hong kong.. Perghhhhh memang banyak kenangan di sini.. Memang syurga dunia shopping lebih lebih lagi barangan elektronik.. Murahhhhhhhhh tak ingattttt.. Kamera dia pun kat sini jual murahhhh dari yang dijual di malaysia hampir half price harganya dgn kamera di malaysia.. Kalau tahu bawak duit lebih sikit .. Tak dapat beli kamera dapat tangkap lense pon jadilah heehe..

Pada tika dan saat ini mak dara dan somi berada di airport hong kong kejap lagi akan boarding dan pulang ke malaysia.. Selamat tinggal hongkong.. Harap harap dapat datang ke sini lagi insyaallah...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Happy Birthday Untuk Adikku yang manis Adza Rina



HAPPY BIRTHDAY TO YOU
YOU ARE BORN IN THE ZOO
WITH MONKEY AND KANGGAROO
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....

Hari ini 15hb September adalah hari ulang tahun kelahiran adik mak Dara iaiatu ADZA RINAWATI.. Rina merupakan adik dan anak yang sangat sangat bertanggungjawab dan amat sayang pada family dan paling taat. Dia akan mendahulukan keluar dalam apa juapun..Macam moto negara kita jugak lah.. Rakyat didahulukan hehehehe.. 

adik2 Mak Dara Adza Rina dan Adza Edie

cukop korum kami 6 beradik.. siap beratur ikut dr sulong hingga ke bongsu
dr kiri- Adza Yanie, Adza Irda(makdara), Adza Tuty, Adza Rina,Adza Edie & Adza Emie

Happy Birthdayyyyyy Rina.... May all your birthday wish comes true.. Semoga cepat mendapat jodoh ya hehehe.. Luvsssssssssssssss you so much.. Shyyyy... dont tell others.. You are my favvvvvv sister heheheheehe..


Friday, September 14, 2012

Fantasia Bulan Madu

Assalam duhai teman

Mak Dara dan somi masih lagi berada di HONG KONG pada tika dan waktu ini..Masih dalam mood berbulan madu ngehngehngeh... Banyakkkk benda mak nak update sebenarnya tapi almaklumlah masa tak mengizinkan.. Stay tune mak akan updatekan semua perjalanan Mak Dara ke Hong Kong bila mak dara pulang nanti ye.. Sementara itu jom layanz lagu ini dulu hehee


Thursday, September 13, 2012

syukur alhamdullilah selamat tiba

Syukur alhamdullilah setelah hampir 4 jam berada dalam penerbangan mak dan somi akhirnya telah tiba di Hong Kong .. Sekarang sedang dalan perjalanan ke Hotel Imperial di Tsim Sha Tsui bwrdekatan dengan Victoria Horbour.. Ambil masa dalam 50 minit juga dari airport ke Hotel tu.. Macam dari KLIA ke KL juga jauhnya.. Malam ni nak rest kaw kaw besok shopinggggg time hehehee

Published with Blogger-droid v2.0.8

Boarding timeeee


Tibalah masa utk boarding untuk menaiki pesawat ke Hong Kong.. Keterujaan bertambah tambah.. Doakan semoga flight mak dara selamat sampai ye.. Gonna miss you guys
Published with Blogger-droid v2.0.8

Malang Tidak Berbau..

Ohhhh sedih bebenor rasa di hati.. Dalam dok teruja nak ke Hong Kong ni tiba tiba kereta mak dara yg dipandu oleh adik ipar mak dara tiba tiba cerminnya pecah retak seribuuuu.. Terkejut jugak mak dara tiba tiba je boleh pecah macam tu then secepat kilat baru perasan pecah tu di sebabkan oleh sorang mamat yang sedanh potong rumput di tepi highway yg menyebabkan hingga batu besar terpelanting ke arah cermin kereta mak dara hingga menyebabkan cermin pecah.. Adesssssss... Nasib baik tak terkena pada adik mak yang duduk di depan tu... Memang malang tidak berbau kann..

Hmm sempat jugak mak update blog masa sok tunggu masa untuk boarding ni kan ...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Selamat Tinggal Semua...

Selamat tinggal Mak Dara ucapkan kepada semua pembaca Mak Dara semoga kalian selalulah ingatkan Mak Dara sementara ketiadaan Mak Dara ini ye.. Perghhh syahdu betul entry pepagi ni kan.. Ye mak dara akan meninggalkan anda dan juga meninggalkan blog kesayangan mak dara ini... ohhhh tapi bukan tinggal selama lamanya... tapi tinggalkan selama 3 hari aje hehehe.. Al kisahnya somi mak dara telah berikan hadiah anniversary untuk mak untuk ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 iaitu Honeymoon ke Hong Kong!!! yezzerrrrrrrrrrr.... 

Maka mak akan bertolak ke Hong Kong pada pukul 2 petang ini dan dijangka akan sampai di Hong kong pada pukul 6 petang karang insyaallah...


Jadi mak nak mintak tolong dengan anda semua tolong le tengok tengokkan blog mak ni sementara mak di Hong Kong ye pweaseeee sambil kembungkan pipi dan muncungkan mulut kasi nampak kiuttt sikit hehehe.. Doakan semoga mak dan somi selamat pegi dan selamat pylang ye.. Jumpa lagi anda Ahad depan.. muahhhhh.....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK