Monday, September 24, 2012

Salam Takziah Kepada Keluarga Blogger P#eoniX

Salam duhai teman..
Di sini Mak Dara ingin ucapkan salam takziah kepada Blogger P#eoniX atas pemergian ayahanda tercintanya beberapa hari yang lepas.. Mak Dara pun dapat tahu berita tentang pemergian ayah P#eoniX apabila dia tinggalkan komen di kotak komen mak dara beberapa hari yang lalu..

 

Salam takziah buat P#eoniX sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yg beriman. Marilah kita sama sama sedekahkan Alfatihah kepada allahyarham... Al Fatihah....



Sunday, September 23, 2012

Kenangan Terindah ...SAPPORO

Tadi Mak Dara dan somi bersama anak anak dok layan tengok match badminton antara Dato Lee Chong Wei dan seorang pemain Thailand yang bertempat di Sapporo Jepun.. 

Malaysia vs Thailand


Waduhhh bila terdengar aje Sapporo teringat kenangan Mak Dara bersama Somi yang telah ke Sapporo Jepun 4 tahun yang lalu.. Kami ke sana kerana filem pendek terbitan dan arahan suami mak telah mewakili Malaysia ke Saporro Short Film festival.. Teringin mak nak share gambar gambar mak di Sapporo tu tai almaklumlah time tu mak masih lagi free hair maka mak pun edit le sikit gambor mak tu harap maklum lah ye hehehe


Mak Dara di hadapan Sapporo Shoet Fest


sekitar Sapporo

somi mak dara ;)


somi mak dara bersama pengarah filem 4BIA dr Thailand


Tak sah kalau keluar tanpa map di tangan hehe

Somi mak dara bersama artis terkenal Jepun
somi mak dara bersama pengarah terkenal hollywood

somi mak dara semasa mempersembahkan filem pendeknya

Mak Dara dan somi bersama Dato Bandar Sapporo

Itulah antara kenangan Mak Dara di Bandar Sapporo Jepun semasa kami menghadiri acara SAPPORO SHORT FEST tahun 2008 dahulu.. Memang satu bandar yang sangat cantikkkkkkk..Pasal gambar mak edit tu faham2 aje lah ye hehe.. Tapi kalau nak tahu mak dara menghadiri majlis gilang gemilang tu pakai baju tradisional baju kebaya tau.... sangat bangga dapat temankan somi mak dara menjadi satu satunya wakil dari Malaysia ke Sapporo... Oh bilalah agaknya akan ke sana lagi huhuhu... 







PENANTIAN ANDA KINI BERAKHIR!

HM Malaysia. Photo by La Vogue Femme
Asyik sibuk dok ketuk ketuk keyboard untuk menyiapkan skrip terbaru Mak Dara yang bertajuk PLANET KIARA yang akan diarahkan oleh Abang BAde Hj Azmi dan akan ditayangkan di TV3 tak lama lagi membuatkan Mak Dara terlupa tentang H&M.. Siapa tak tahu dengan H&M satu brand shoping yang tersohor di luar negara.. Sekarang tak payah nak susah susah untuk ke luar negara lagi sebab H&M telah pun dibukak semalam di LOT 10 KL!!!!!


Jadi apa lagi kejap lagi nak pegi kat somi mak dan kembongkan pipi dan muncungkan mulut kasi kiutttt sikit dan nak ajak dia bawa mak dara ke H&M Lot 10.. oh please please pleaseeeeeee hehehe 

Saturday, September 22, 2012

Jalan Jalan Hong Kong - AVENUE OF STARS


Ini adalah sambungan dari entry HONG KONG GETAWAY dan Jalan Jalan Hong Kong - THE PEAK mak dara yang lalu.. Entry mengenai perjalanan Mak Dara dan Somi di Hong Kong sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 pada 12hb September yang lalu.. Pejam celik pejam celik dah 10 hari sejak mak pulang dari Hong Kong tapi masih lagi teringat semua kenangan manis di Hong Kong terutamanya masa jalan jalan di AVENUE OF STARS Hong Kong..

AVENUE OF STARS ni lebih kurang macam yang berada di Hollywood jugak di mana tapak tangan para artis dan selebriti disemadikan di simen dan diletakkan di sepanjang jalan itu.. Ada lebih 100 handprints yang sudah ‘tercetak’ di sana antaranya Jackie Chan,  Chow Yun Fat, Andy Lau, Jet Li, Maggie Cheung, Stephen Chow, Yu So Chow,  Miranda Yang, Patrick Tse Yin, Grace Chang, Gong Li dan Aaron Kwok. Avenue of Stars terletak di dataran Kowloon dekat daerah Tsim Tsa Tsui di belakang SOGO Victoria Harbour.Tempat ini sangat dekat dengan Hotel Imperial yang Mak Dara dan somi mak tinggal. Maka kami jalan kaki je sana. Atas nasihat beberapa pekerja hotel itu maka Mak ke sana pada waktu malam kerana mahu melihat pertunjukkan Symphony of Lights iaitu sebuah pertunjukkan lampu yang sangat menarik.. Oklah dari dok pot pet pot pet moh mak dara sharekan gambar gambar mak dara dan somi semasa kami ke sana..








cap jari Jacky Chan ;)

Actionnnn!!! hehe 



Dah puas snap snap pic kami pun tunggu lah show iaitu 'Symphony Of Lights'. Show yang menggabungkan lampu lampu dan laser beam dari 40 jenis bangunan dari kedua-dua arah yang bertentangan di Pelabuhan Victoria.

sempat posing sebelum show 'Symphony Of Lights bermula hehe

Show bermula jam 8 malam..Tapi sayangnya muzik yang dipasangkan amat slow jadi layan tengok lampu ajelah hehe. Kalau nak tahu show ini telah tercatit di Guiness World Record sebagai "World's Largest Permanent Light and Sound Show" .Jadi kalau anda ke Hong Kong rugi kalau tak datang dan tengok show ni..





Memang menarikkk dan sangat cantikkk persembahan lampu lampu itu memang patut le masuk Guiness World Record.. Rasanya kalau kat Malaysia pun buat macam tu mesti lagi ramaiiii pelancong datang.. Anyhow ini sajalah laporan Mak Dara dari AVENUE OF STARS. Manalah tahu kalau ada yang nak ke hong kong boleh le pegi ke sana nanti ye.. Nantikan entry Mak Dara tentang makanan halal pulak di Hong Kong tungguuuu....

Friday, September 21, 2012

Kenapa Mesti Tangkap Gambar Bila Dalam Kereta?

Entah kenapalah habbit terbaru Mak Dara sekarang ialah tangkap gambar dalam kereta.. Asal nak kemana mana bila jejak je kaki dalam kereta terus nak snap snap gambar hahahaha meroyan tahap kereta lah pulak mak sekarang ni hahaha

snap snap tak habis habis hahaha

Mak ingatkan mak sorang aje yang macam tu tapi bila dibelek belek balik gambar yang diupload oleh adik beradik mak dara dan juga teman teman fb mak.. KOMPOMMM! mak tak keseorangan dalam hal ni.. memang ramai bebenor kena simptom tangkap gambor dalam kereta ni.. macam macam pose dalam kereta di uploadnya...

Entah le kenapa jadi macam tu kan.. maybe pencahayaan dalam kereta lebih bagus ke.. atau sebab bila nak keluar muka masih fresh dan makeup pun masih baru lagi dan belom comot comot lagi ke mak pun tak pasti tapi yang pasti belum sempat kereta bergerak dah mulalah meroyan snap snap klik klik  datang hahaha..

Anda suka tangkap gambor dalam kereta macam mak tak?



Thursday, September 20, 2012

Bila Avengers Lapar

Adoiiiila.. mau kejang perut Mak Dara dibuatnya bila melihat satu viral video di youtube yang sedang dishare berleluasa di facebook sekarang.. Sebuah video dari filem AVENGERS yang telah dialih bahasa ke bahasa melayu.. Kisah avengers yang lapar dan nak makan di restoran Barra di Shah Alam.. Tak pernah pulak dengar nama restoran tu sebelum ni tapi dengar cerita lepas saja video tu meletup letup dan hampir ditonton oleh lebih 200 ribu orang di laman youtube restoran tu menjadi jadi popularnya haha.. nak tengok video itu moh mak dara share kepada anda..


Amacam? kelakor betul kannnn.. Siapalah yang bikin video ni patutnya dibayar oleh pihak restoran ni kerana telah naikkan dan promosikan restoran dia tu .. mak pun tadi nak jugak tahu hebat sangat ke restoran Barra ni jadi mak pun google lah...


fanpabe Restoran Barra

Perghhh hebatnya restoran ni siap ada fanpage tuuu.. Bukan seratus dua yang like fanpage dia tapi lebih dari 17 ribu orang.. Ada antara uols yang dah pernah makan di sana? Apa komen anda? Sedap ke idok? Hmmmm tak boleh jadi ni nak kena ke sana jugaklah nanti.. nak rasa kehebatan makanan di restoran ini... 



Masa Berharga Bersama Keluarga

Walau sesibuk mana pun Mak Dara dan somi mak.. Walaupun banyak lagi skrip skrip drama yang belum kami siapkan walaupun duedate semakin hampir tapi kami berdua tetap akan cuba luangkan masa berharga bersama keluarga terutama bersama 4 orang anak anak kami... Beberapa hari lalu Mak Dara dan Somi telah beri beberapa cadangan untuk anak anak kami sama ada nak tengok wayang.. jalan jalan ke KL.. atau makan makan.. tapi rupanya kesemua anak anak mak dara rupanya dah pakat dan ada plan sendiri iaitu BOWLING hehehe.. Jadi apa lagi Mak Dan somi bawalah mereka main bowling di Wangsa Walk Mall :) Moh mak share gambar gambar kandid anak anak mak main bowling..

Mak Dara, Somi dan anak anak @ bowling

Adza Danial Haiqal

sama tak muka mak dara dengan anak teruna mak si Eqal ni hehe


Mak Dara & Adza Danina Kirana

somi mak sedang ajarkan Nina

Mak Dara dan Adza Kasih Safea

Somi mak sedang ajar Kasih pegang bola bowling

Mak Dara dan Adza Isabella

mana nak masukkan jari ni hehe

sempat posing lagi si Bella sebelum lontar bola bowling tu hehe

yeayyy masuk longkang hahahaha

semua asyik check markah masing masing hehe

kita minummmmm duluuuu hehehe

dah habisssssss

Setelah bola bola banyak masuk longkanggggg akhirnya habis le game tu.. Nak disambung untuk game seterusnya masing masing dah mengeluh sakit tangan lah sakit jarilah maka terhenti disitu aje lah.. Minggu depan nak plan ke tempat lain pulak hehehe





THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK