Friday, November 16, 2012

CINTAKU DI CAMBODIA

Seawal pagi tadi somi Mak Dara telahpun berangkat dari KLIA ke Cambodia.. Somi Mak Dara mengikuti sebuah persatuan perfileman Malaysia ke sana bagi menghadirkan diri di majlis ASEAN FILM FESTIVAL yang diadakan di sana pada tahun ini...


wajah letih somi Mak Dara di Airport Cambodia setelah beberapa jam dlm kpl terbang;)


sampai hotel. Obama di jangka tiba kam 1pm.

Somi mak akan berada di Cambodia selama 5 hari . Waduhhh meroyan lah mak dara dalam 5 hari ni hehehe...

Hmmm tiba tiba terpandang aje TAJUK entry ni terus dapat idea buat satu drama .. Tajuknya CINTAKU DI CAMBODIA.. ok tak hehe


Bertemu Rakan Blogger Memang Sempoi!

Mak Dara baru saja pulang ke rumah dari bertemu dua rakan blogger Mak Dara iaitu Sofea & Watie.. Kami bertemu di Jaya Jusco Aeon AU2..

Dari kiri Sofea, Mak Dara dan Watie

Haaa itulah wajah teman blogger baru Mak Dara iaitu Sofea dan Watie..(sila abaikan muka Mak yang sememeh dan tak bersiap itu ye hahaha ala ala santai le kononnya hahaha) Kelakar jugak bila Mak Dara menunggu ketibaan Sofea dan Watie yang dah call dan katakan mereka dah sampai di hadapan Starbuck Jaya Jusco itu namun puas le Mak Dara cari tapi tak berjumpa.. Rupa rupanya Mak Dara dah salah tempat daa.. Mereka nak jumpa Mak Dara di Jaya Jusco AU bukannya di Jaya Jusco Alpha Angle Wangsa Maju tu hehe.. Sorry le bila malam menjelma meroyan Mak Dara pon tiba kira nak terjahhh je mana mana tempat yang rasa dekat dengan rumah Mak hahaha.. Dan syukur alhamdullilah akhirnya kami berjumpa juaaa...

Memang cunnn kannn mereka berdua.. Tetiba terasa diri Mak Dara gergasi pulak bila diapit oleh dua wanita yang sungguh gojesss dan kecil molek itu...Macam tak percaya aje bila Watie beritahu yang dia mempunyai 3 orang anak.. What tiga orang? Ingatkan masih bujang dan belom berkahwin lagi... Apa rahsianya kekal lansing macam tu? Haaaaa lepas habis soal jawab Watie dan Sofea masing masing berkongsi rahsia bagaimana  mereka kekal langsing pada Mak Dara... Nak tahu rahsia mereka kekal langsingggg? Haaa itu kena tunggu dalam next entry Mak Dara.. Ala ala macam menonton drama bersiri pulak kan Mak Dara malam ni.. Takpelah baru ada suspengnya kannn... Almaklumlah kalau dah penulis skrip tu memang susah nak buang habbit kasi orang suspen je keje mak hehe..

Apa apa pun terima kasih kepada Sofea dan Wati kerana sudi untuk melayan celoteh Mak Dara yang nonstop tu dan semoga tak serik bertemu dengan Mak Dara lagi ye.. Dan semoga kerjasama kita berjaya Insyaallah.. "KERJASAMA" apa? Tunggguuuuuu hehehe

#hmm bilalah boleh bertemu dengan anda semua pulak ye.. Ada ke yang sudi bertemu dengan Mak Dara ni hehehe


Thursday, November 15, 2012

Kisah Di Sebalik Lagu Maal Hijrah




Setiap kali tibanya Maal Hijrah pastinya lagu MAAL HIJRAH ini akan dinyanyikan dan berkumandang. Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah ni sebenarnya..  kalau anda nak tahu somi Mak Dara, Martias Ali antara yang menyanyikan lagu ini bersama rakan rakan MUSIC SCHOOL UITM Shah Alam pada tahun 80an dahulu.. Merekalah yang original menyanyikan lagu ini dan dirakam di Studio Filem Negara dan mulalah lagu itu berkumandang di radio di seluruh Malaysia... 

Masa kecik kecik dulu Mak Dara selalulah menyanyikan lagu ini bila tibanya Maal Hijrah tanpa mengetahui bahawa Mak Dara bakal mengahwini salah seorang dari penyanyi yang menyanyikan lagi itu bila mak besar kelak hehehe.. What a small world kan hehe..

Kini lagu Mal Hijrah dah banyak versinya.. Dan banyak dinyanyikan semula dan salah satunya adalah dari kumpulan Al Ajiba di ataslah.. Mak cuba juga cari versi original yang dinyanyikan oleh somi Mak Dara tu tapi tak ada.. Syang betul kan.. Kalau tak boleh le anak anak mak dara dengar suara papa mereka hehehe

Mak Dara ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 dari Mak Dara sekeluarga....


Wednesday, November 14, 2012

SELAMAT HARI LAHIR KASIH...



Kejap aje masa berlalu dah pun 8 tahun berlalu.. Mak Dara ingat lagi saat saat melahirkannya pada 8 tahun yang lalu... Betul betul pada pagi hari raya aidilfitri.. Masa tu orang tengah sibuk beraya Mak Dara sibuk bergegas ke Klinik Bersalin Subang.. Siap dengan pakai baju raya lagi hehehe.. Ohhh memang lain pengalaman bila bersalin di hari raya ni.. Mak dara lahirkan Kasih secara C-Section/ pembedahan. Lepas aje bersalin siap semua adik beradik datang melawat pun dengan berpakaian baju raya.. Dah macam open house dah kat klinik tu.. Penuh dengan adik beradik Mak Dara .. 

Tapi paling sedih pun masa bersalin time raya jugak sebab apa? Sebab lepas balik aje dari klinik kena pantang kan.. Habis tu orang tengah raya.. tau tau ajelah menu hari raya ohhhh terliurrr wooo.. Sedangkan Mak Dara hanya dapat makan nasi, sayur ngan ikan kering aje huhuhu.. Dah tu air pun Ibu mak dara suruh minum sikit sikit je.. Fuhh seksa berpantang ni hehehe...

Dalam banyak banyak anak.. Kasih yang paling manja dengan Mak Dara.. Mungkin ini kerana Mak menyusukannya selama hampir 3 tahun.. So bonding tu kuat .. Hmm Ok lah Mak Dara terpaksa undur diri dulu.. Mak kena siapkan birthday party untuk Kasih petang ini..

Untuk anak mama ADZA KASIH SAFEA.. Mama luvssss you so much sayang.. Selamat Hari Jadi Yang Ke Tujuh sayangku...


Hukum mengucapkan Selamat Deepavali

Assalammualaikum duhai teman..

Dalam Mak Dara sibuk seharian mengucapkan Selamat Deepavali kepada teman teman Mak Dara yang beragama Hindu di Facebook dan di blog tetiba tertanya tanya jugak Mak Dara boleh ke kita mengucapkan selamat bagi perayaan selain dari perayaan kita? Ye lah dah tua tua mcam ni kadang kadang perkara perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya perlu juga tahu hukum hakamnya kan tak boleh main bedal lagi sebab sebagai ibubapa kita menjadi teladan pada anak anak dalam setiap apa yang kita lakukan.. Maka apa lagi teruslah Mak google... Dan mak jumpa artikel ini dalam blog Ustaz Love...


Soalan :
Apakah hukum mengucapkan Selamat Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu?


ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم 
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya  : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”


Jelas, bahawa mengucapkan selamat deepavali kepada kenalan dan kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang di dalam Islam. Apa yang mustahak di dalam hal ini ialah tujuan kita mengucapkannya bukan untuk menyambutnya bersama. Malah yang demikian adalah demi menghormati budaya dan adat orang lain.

Maknanya dengan menghormati hari-hari kebesaran orang bukan Islam sedikit sebanyak dapat memecahkan tembok salah faham Islam. Dengan demikian agama Islam akan menambat hati-hati mereka kerana kaindahan ajarannya yang sarat dengan ihsan dan kebijaksanaan sekali gus menjadikan Islam agama yang dihormati.


Pendek kata tak salah kalau kita nak ucapkan Happy Deepavali ke, Merry Christmas ke, Happy Chinese New Year ke atau mana mana perayaan lagi. Lagipun negara kita kan negara majmuk banyak agama dan budaya katakan...Maka ucapkanlah selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik dan membawa kepada kecacatan akidah.


#Mak Dara bukanlah bijak pandai dalam hal agama cuma Mak Dara mahu sharekan apa yang Mak Dara baru tahu/pelajari.. Jika ada yang salah silalah betulkan Mak Dara ye..


Tuesday, November 13, 2012

SALAM DIWALI

Mak Dara ingin mengucapkan SALAM DIWALI kepada teman teman dan blogger blog Mak Dara yang beragama Hindu di mana sahaja anda berada..


SKY FALLS - LANGIT RUNTUH

Semalam Mak Dara , somi dan anak anak go on our movie date.. Filem yang menjadi pilihan adalah SKY FALL aka Langit Runtuh hehe.. Di mana lagi untuk kami menonton jika tidak di TGV Wangsa Walk Mall yang hanya 2 minit sahaja dari rumah Mak Dara..

Mak Dara dan anak anak

Dan inilah antara aksi aksi anak anak dan somi Mak Dara yang teringin nak berlawan dengan si Jebon errr James Bond hahaha

somi Mak Dara
                         Adza Haiqal & Adza Isabella 

Adza Danina                                             Adza Kasih

Ok kita tinggalkan aksi aksi ganas keluarga Mak Dara dan berbalik pada filem ini.. Pada pendapat Mak Dara filem Bond terbaru ini bagus dan tidak menghampakan .. Ia sama menghiburkan seperti filem filem Bond yang sebelumnya. 5 minit permulaan filem membuatkan degupan jantung berdegup kencang sehinggalah ke akhirnya... Filem kali ini membawa banyak kelainan dari segi jalan cerita , lokasi, gadget dan banyak lagi.. Bagi Mak lokasi baru bagi pejabat HQ MI6 yang berada di bawah tanah memang amat berlainan dari filem filem Bond yang lain di mana HQ di filem yang lain sungguh canggih dan sofistikated. Begitu juga dengan gadget yang digunakan oleh Bond.. Dalam filem Bond kali ini hanya sedikit saja yang digunakan seperti senjata pistol yang hanya dapat dipakai oleh Bond seorang sahaja dan juga "radio" kecil yang dapat menjejak lokasi Bond dan beberapa gadget lagi.. Berbanding dengan Filem Bond yang lain di mana gadget gadget canggih menjadi antara prob utama filem filem itu.

Lain orang lain pendapatnya namun bagi pendapat Mak Dara tentang heronya.. Hmmm Daniel Craig memang bagus membawakan watak sebagai Bond namun Mak Dara tetap meminati Pierce Brosnan sebagai Bond sampai bila bila ;)

pierce-brosnan-james-bond
DANIEL VS PIERCE

Begitu juga dengan Bond Girl.. Berbanding Bond Girl yang terbaru ini iaitu Naomi Harris.. Mak Dara lebih meminati Halle Berry...


NAOMI HARRIS VS HALLE BERRY

Namun keseluruhannya SKY FALL memang antara filem Bond yang terhebat. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton Filem James Bond ini ya...


Monday, November 12, 2012

Terharu Dengan Profile Picture FB Angah Rajalawak

Waduhhhh sebentar tadi mak terkejut apabila melihat satu notivication di FB.. Angah Rajalawak baru saja update profile picturenya di FB.. Nak tengok profile picture terbarunya? Jap Mak Kasi uplaod..



dari kiri Saiful APek, Adza Rina, Adza Irda(MD),
Adza Tuty, Adza Yanie dan Angah

Haaa pasti ada yang tertanya tanya kenapa pulak Mak Dara nak terharu dengan gambor profile picture Angah tu.. Maunya tak terharu gambar itu adalah gambar Mak Dara bersama band Mak Dara D'ADZA ketika kami menjadi jemputan dalam rancangan AC? bersama sama dengan boss kami Saiful Apek dan juga Angah... Harap maaf ye mak dara time tu berimej lain dari yang sekarang .. Sebab tu lah mak dara terkejut bila terbaca notivication di FB mak dara tu ;)


Sebenarnya Angah dan keluarga Mak Dara dah lama kenal sebelum Angah menyertai Raja Lawak lagi.. Dan kami sama sama berada dalam satu bumbung pengurusan di GITU GITU PRODUCTION yang dimiliki oleh Saiful Apek.. Waduhhh memang kenangan terindah betul masa sama sama berlakon dan sama sama merakamkan album bersama sama dahulu.. Kenangan yang amat terindah...

Angah sekarang tetap seperti Angah masa Mak Dara jumpa dulu dulu..  Dia tetap humble.. baik hati seperti dulu..  Tiada banyak berubah.. kecuali kejayaannya dalam bidang seni sekarang semakin menyerlah.. Mak Dara turut berbangga dengan pencapaian Angah dan semoga angah bertambah tambah maju jaya dan menjadi artis tersohor di tanah air.. All the best Angah!!


Selamat Harijadi Buat Blogger Eqbal Zack

Hari ini bertarikh 12.11.12 adalah hari yang amat bermakna buat blogger hebat iaitu Adik Eqbal Zack kerana hari ini beliau meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 38!! 

Siapa Eqbal Zack? Mustahil takde seorang blogger yang tak kenal dengan beliau..Baik blogger yang lama mahupun blogger yang baru pasti semua mengenali beliau..  Adik EQ memang seorang blogger yang hebat dan blognya http://www.eqbalzack.com merupakan antara blog yang terhebat di Malaysia.

Walaupun usia Mak Dara muda 3 tahun daripada Adik Eqbal, namun Mak Dara lebih selesa bahasakan diri Mak Dara sebagai Kakak . Almaklumlah sesuai dengan diri Mak Dara yang dah ada ramai anak ni kan hahaha... Mak Dara pertama kali bertemu dengan beliau pada malam anugerah World Bloggers & Social Media Awards 2012 pada awal tahun yang lalu..

Mak Dara & EQ @ World Bloggers & Social Media Awards 2012 

Dan kali kedua ketika Mak Dara dan keluarga telah pergi ke rumah terbuka sempena Aidilfitri yang lalu...

Mak Dara dan family bersama EQ dan kakaknya

Adik Eqbal memang seorang yang sungguh peramah, baik hati dan rendah diri.. Oleh kerana itu dia amat dihormati oleh semua orang termasuklah Mak Dara dan keluarga.. Mak Dara rasa amat berbesar hati dapat mengenali Adik Eqbal ni..  Akhir kata...Selamat Harijadi Dik.. Semoga semua impian dan cita cita adik akan tercapai ya.. Dan semoga pengajian PHD adik  di AUstralia berjalan dengan amat baik sekali..




Kisah Isabella

Asyik asyik dengan entri meroyan Mak Dara aje kan.. Takut pulak kalau banyak sangat entry meroyan nanti anda semua terjangkit hehehehe... Ok hari ini Mak Dara nak kongsikan kisah Isabella.. Siapa Isabella....?


Budak busyukkk ni lah Isabella.. Adza Isabella.. Anak bongsu.. anak keempat Mak Dara hehe.. Kisahnya pada Sabtu yang lalu kami sekeluarga ke sekolah tadika Isabella . Isabella dan rakan kelas nya ada membuat persembahan untuk Majlis Ihtifal di sekolahnya.. Isabella dan kawan sekelasnya membuat persembahan di majlis itu dengan menarikan sebuah tarian dengan lagu ibuk ibuk bapak bapak (lupa lah pulak tajuk lagu tu haha) .. Macam tak sesuai le pulak cikgunya memilih lagu itu untuk ditarikan oleh kanak kanak umur 5 tahun hahaha tapi rasanya mesti lagu itu lagu peberet cikgunya hehe.. Ok moh layan gambar Isabella joget ye..


Isabella dan kawan kawan menanti untuk membuat persembahan

Hahaha belom naik pentas si busyuk ni dah mula gojet haha

Its show time..

sambil menari sambil cikgu betulkan position hehehehe


Tiba tiba dia blur pulak hehehe

Nak pecah perut juga dibuatnya melihat keletah Isabella dan rakan rakannya membuat persembahan.. Sorang ke kiri sorang kekanan.. Takpe.. Janji happyyyyyy kann.. Sooo proud of you my Isabella.....


Sunday, November 11, 2012

Maal Hijrah 1434H Dan Impian Ku..

Assalammualaikum duhai teman..
Pada malam ini Mak Dara terpanggil untuk menyertai sebuah segmen dari blogger hebat dan juga antara sifu Mak Dara dalam dunia Blog ini iaitu Blogger Hasrul Hassan atau Mak selalu memanggilnya dengan HH sahaja.. Memang menarik segmennya yang memerlukan setiap peserta membuat sebuah entri ringkas kurang daripada 100 patah perkataan, menyatakan apa yang ingin anda capai sebagai seorang Muslim di tahun baru 1434H, dan apa yang anda tidak mahu ulangi di tahun 1433H.




Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut  Maal Hijrah 1434H ini. Bagi umat Islam, sambutan ini untuk kita memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah .. Pada tahun  ini Mak Dara ada menyimpan satu impian.. Impian Mak Dara untuk tahun baru 1434H ini ialah untuk melakukan umrah bersama suami dan Ibu Mak Dara yang tercinta.. Impian ni dah lama tersimpan sejak arwah ayah Mak Dara masih bernyawa lagi namun apa kan daya tuhan lebih menyayanginya..Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya itu namun impian ini tidak akan mak dara ketepikan begitu sahaja.. Mak Dara tetap mahu menunaikan impian Mak Dara itu walaupun Ibu Mak Dara terpaksa pergi tanpa arwah abah.. Insyaallah

Dan di tahun 1433H yang mulia ini Mak Dara tidak lagi mahu mengabaikan TANGGUNGJAWAP Mak Dara SEBAGAI... 

ISTERI kepada seorang suami yang amat Mak sayang dan cintai.... 


sebagai IBU kepada 4 orang anak anak Mak Dara...


sebagai ADIK dan KAKAK kepada 5 orang saudara Mak Dara 


dan akhir sekali Mak Dara ingin menjadi seorang ANAK 
yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya 
dan mahu lebih berjasa kepada Ibu Mak Dara..


Mudah mudahan segala impian ini mendapat keredhaannya dan semoga dipermudahkan Insyaallah...selamat menyambut Maal Hijrah 1434H kepada semua rakan blogger yang beragama Islam. Marilah kita menyambutnya dalam suasana penuh kesyukuran.


Pada yang mahu menyertai segmen ini sila klik di SINI ya 

Saturday, November 10, 2012

Ikut Rasa Binasa.. Ikut Hati Mati


Sesungguhnya dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa seakan roda ada turun dan naiknya... Maka semua pasti tidak akan terlepas dari rasa suka duka gembira sedih dan sebagainya. Masa sedang bergembira selalunya rasa macam dunia ni kita yang punya.. Diri terasa seakan berada di awang awangan. Segalanya indah belaka.. Seperti sempurna semuanya.. Namun apabila duka datang mengetuk.. Dunia yang dulu luas terasa sempit, Nafas yang panjang menjadi singkat, kaki yang gigih melangkah terasa lemah..  segala impian menjadi hancur, masa depan nan cerah menjadi kelam.. segala yang dipunyai makin hilang dari gengaman.. 

Pernah anda berasa seperti ini? Jika ya... Jangan diturutkan kata hati.. Tatkala anda dalam keadaan seperti ini sesungguhnya syaitan akan menjadi peneman sejati.. Ya benar berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. namun sedarlah bahawa Allah swt tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.. 


Semua manusia pasti tidak akan terlepas dari menerima ujianNya kerana Allah swt memberi peluang untuk kita bagi mendapatkan anugerahNya. Janganlah menganggap bahawa hanya diri kita sahaja yang diberi ujian yanng amat dasyat kerana pastinya ada yang menerima ujian yang lebih berat dan dasyat daripada kita ini. Terpulang kepada kita bagaimana penerimaan dan cara kita menghadapi ujian tersebut. Namun satu pesanku.. Jangan terlalu ikutkan perasaan kerana Ikut Rasa Binasa.. Ikut Hati Mati...

Hanya untuk renungan...

Friday, November 9, 2012

Kecoh ANUGERAH SKRIN 2012

Kecoh memang kecoh satu rumah Mak Dara sebentar tadi semasa sedang menonton ANUGERAH SKRIN 2012 yang disiarkan secara langsung di saluran TV3 sekarang ini... Maunya tak kecoh tengah sedap layannnn Anugerah SKRIN 2012 ni tiba tiba sampai pada PENCALONAN untuk ANUGERAH LAKON LAYAR TERBAIK tiba tiba nama somi Mak Dara iaitu MARTIAS ALI adalah salah seorang dari calon calonnya!!!


I mean what??? Jangankan nak dapat undangan ke majlis itu tapi langsung tak diberitahu akan pencalonannya itu oleh pihak penganjur.. Very funny lah juga kannnn nominee tak tahu dirinya di nominatekan sehingga tengok di TV tadi baru dapat tahu.. Itu kalau tengok.. Kalau tak tengok sampai sudah tak tahu agaknya.. Hehehe kejadian macam ni pertama kali terjadi pada somi Mak dara selama dia bergiat lebih 20 tahun dalam bidang seni.. 


Calon calon untuk Lakon Layar Terbaik






Walau apapun Tahniah kepada filem BUNOHAN kerana telah memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik.. Memang you deserve it..!!! Filem ini memang antara filem favourite Somi dan Mak Dara memang terbaekkk tahun 2012 ni.. Tahniah..


status update FB somi Mak Dara Martias Ali

somi mak MARTIAS ALI ;)

Buat somi Mak Dara MARTIAS ALI... What ever it is... Im soooo proud of you sayang..Filem LIBAS sebuah lakon layar yang ditulis oleh Abang antara 5 finalist dari 70 buah filem yang dipertandingkan.. It's biggg sayanggg... :) Tapi memang besttt aje tengok abang cool dan tersengih aje bila tahu diri dicalonkan tapi langsung tak tahu menahu tentangnya sebenarnya hehe.. You are super cool.. That's why I love you .. Insyaallah cuba lagi tahun depan ye.. Harap harap tahun depan kalau lah ada rezeki sekurang kurangnya diberitahu oleh pihak penganjur ye mudah mudahan...

Kepada pihak penganjur harap harap tak terlepas pandang akan hal ini.. Bak kata somi Mak Dara tak harapkan langsung jemputan ke majlis tak harapkan langsung untuk menang namun sekurang kurangnya calon diberitahu lah akan pencalonannya.. Ye lah bukan senang nak tercalon kannnn.. Apa apapun semoga tiadalah calon calon yang tercalon pada malam ini menerima nasib seperti somi Mak Dara.. Dan Mak Dara doakan agar ANUGERAH SKRIN terus maju dan maju menjadi antara Anugerah Terhebat Malaysia... Uols memang TERBAEKKKKKK lah...


# to my fellow blogger friends feel free to copy and paste this entry no prob, 
the more entry from you guys about this the merrier ;)

 Entry tanda support dari rakan blogger

1) Calon Tidak Dijemput Ke Majlis Anugerah Skrin 2012! Blog E'RAZ FADLI
2) Kecoh Anugerah Skrin 2012 ! Blog Puan Gojes
3)Kecoh  ANUGERAH SKRIN 2012 - Blog Ranting Patah
4) Kecoh Anugerah Skrin Via Bicara Mak Dara - Blog Apa Apa Saja Tentang Aku
5) http://www.mialiana.com/2012/11/kecohanugerahskrin2012.html- Blog Mia Liana
6) Kecoh Kerana Anugerah Skrin - Blog Nurul Aini
7)Anugerah Skrin 2012 TV3 : Anugerah Atau Teater ANugerah - Blog Mr Jocko

p/s: jika anda ada membuat entry mengenai ini sila tinggalkan link anda ya tq

Salam Takziah Buat Abang Ayie Sekeluarga..

Sebentar tadi Mak Dara dan somi dikejutkan dengan berita sedih iaitu Biras Mak Dara iaitu Abang Ayie baru sahaja kehilangan Ibunya yang tercinta petang tadi.. Ibu Abang Ayie menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Asunta Petaling Jaya..

gambar kenangan allahyarhamah semasa majlis perkahwinan cucunya tahun lalu
paling kiri biras Mak Dara berbaju melayu hijau dan sebelahnya adalah kakak ipar Mak Dara dan duduk bersama sama di kerusi pengantin adalah anak anak saudara Mak Dara Shasha dan TJ bersama arwah Makcik..


Kak Yati (kakak ipar MD) bersama suami (biras MD) Abang Ayie

Mak Dara amat amat memahami perasaan mereka kerana Mak Dara juga baru sahaja kehilangan arwah ayah 32 hari yang lalu. Diharapkan semoga Abang Ayie serta keluarga tabah menghadapi kehilangan ini dan Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkn dikalangan orang orang yang beriman.... Al Fatihah....

Kisah Danina...

Syukur alhamdullilah anak kedua Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana telah menerima hadiah Peningkatan Prestasi Terbaik Darjah 5 2012 . 

Danina sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas



Time ni nama Danina baru diumumkan

Danina setelah mengambil hadiahnya


Fuhhhh i'm a proud Mama bila lihat anak Mak Dara naik ke pentas di sekolahnya dan menerima hadiah itu.. Dalam hati menjerit.. That's My Girl hehe.. Tapi yang bestnya terlalu over exited sampai time Danina terima hadiah dari cikgunya anak Mak Dara si Haiqal boleh lupa nak snap gambar adiknya tu sebab asyik dok tersengih dan sakan tepuk kat dia...bila time Danina nak turun stage baru teringat nak snap gambar adoyaiiii hahaha takpe janji adalah juga gambarnya dari takde kannn :) 

Adza Danina dan adiknya  Adza Kasih

Adza Danina dan abangnya Adza Haiqal 


Tahniah anak mama Adza Danina Kirana.. Mama so proud of you ;)



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK