Sunday, November 25, 2012

Asia's Next Top Model

Mak Dara merupakan antara peminat tegar AMERICAN'S NEXT TOP MODEL yang telah dihoskan oleh Tyra Bank dari season pertama hinggalah ke season 18 British Invation.


 
Tyra Bank Host AMERICA'S NEXT TOP MODEL

Dan paling besttttt apabila baru menonton ASIA'S NEXT TOP MODEL yang baru sahaja ditayangkan episod pertamanya di channel Starworld 711 sebentar tadi.. Wahhhhh peserta dari Malaysia pon ada okayy.. Meh Mak Dara kongsikan bersama anda para peserta untuk ASIA'S NEXT TOP MODEL INI..
 
Nadya Hutagalung hos ASIA'S NEXT TOP MODEL


http://www.timeoutkl.com/uploadfiles/image/Events/Film/Big/asias_nexttopmodel.jpg
Host dan semua peserta ASIA'S NEXT TOP MODEL
 
MELISSA - Malaysia

JEE - Korea
KATE - Taiwan
AASTHA - Nepal
 
MONICA - Thailand
 
RACHEL - India
 
HELENA - Hong Kong
 
 STEPHANIE - Philippines
 
SOFIA - Japan
BEI SI - China 
 
FILANTROPI - Indonesia  
 
JESSICA - Thailand
 
TRANG - Vietnam
Haaaa itulah antara peserta Asia's Next Top Model 2012.. Dan pada episod pertama malam ini peserta dari Singapore telah menjadi peserta pertama yang tersingkir..
 
KYLA - Singapore  

Apa apapun ayuh kita terus support Melissa peserta dari Malaysia.. Semoga menjadi pemenang  Asia's Next Top Model . Jangan lupa untuk menonton Asia's Next Top Model setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Starworld :)


#gambar hakcipta terpelihara https://www.facebook.com/AsiasNextTopModel

Sejuk Perut Ibu !

Ohhhhhh sejuk perut ibu sesejuk air terjun yang mengalir Mak Dara rasai apabila tengah sedap sedap menonton TV dan tiba tiba anak sulong Mak Dara Adza Haiqal datang dari arah dapur dan membawakan ini untuk Mak Dara...



Tak perlu diminta tak juga meminta tapi tiba tiba Eqal bawakan mee goreng sedap yang telah dimasaknya sendiri untuk Mak Dara.. Siap dengan telur gorengnya siap dengan limau siap dengan cili api.. Macam tau tau aje yang mama dia ni memang sukaaaaa makan pedas pedasssssssssss... Eqal memang minat sangat memasakkkk.. Harap harap besor nanti dia jadi Chef yang berjaya mudah mudahan..

Ohhhh lengkap hujung minggu ku dengan kasih sayang dari anak anak.. Dah besar panjang dah dah bujang anak ku ini.. Pandai ambil hati mak.. Siapa yang nak buat menantu sila tinggalkan detail di bawah ye hehehehe..

To Eqal.. Terima kasih Eqal.. Sedapppp sangat meggi goreng yang eqal masakkan untuk mama.. Sayanggg Eqal ;)

Nota khas kepada yang bergelar Menantu


Mak Dara terjumpa satu nota yang telah dikongsikan oleh teman Mak Dara di facebooknya dan Mak Dara terpanggil untuk kongsikan nota ini bersama sama anda. Semoga kita semua mendapat manfaat dari pembacaan nota ini mudah mudahan insyaallah...


Di suatu hari Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Saturday, November 24, 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com




As salam duhai temannnnn . Malam ni Mak Dara nak menjoinkan diri dalam sebuah segmen yang dianjurkan oleh teman Mak Dara yang paling rapat iaitu Blogger Mia Liana yang dah Mak anggap seperti ahli keluarga mak dara sendiri. Mia telah mengadakan sebuah segmen iaitu segmen Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com. 

 JUMLAH FOLLOWER 2859



Jumlah Follower di Blog Mak Dara 2859


Blog Mia memang TERBAEK.. Banyak yang Mak Dara telah pelajari dari Mia mengenai dunia blog melalui blognya di alam maya dan juga secara face to face semasa bertemu dengan Mia.. Blog Mia ni sangat blogger friendly dan blog yang paling best dan sungguh ceriaaaaaaaaa!!! Mia tak pernah lokek dengan ilmunya dan selalu akan kongsikan bersama tip tip untuk berjaya dalam dunia blog.. Mia banyak membantu dalam kejayaan blog Mak dara ini.. Untuk Miaaaa you are sooo special to me.. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke jannah insyaallah..

Salam perkenalan untuk blogger blogger yang menyertai segmen ini semoga ikatan ukhwan terjalin antara kita insyaallah... Pada yang mahu menyertai segmen ini sila klik di SINI ya..



Mau Kena Belasah Kalau Begini Adoi...

Assalam duhai teman.. Haaaa anda pernah guna GOOGLE TRANSLATE? Mak memang SELALUUU gunakannya almaklumlah English Mak Dara always under construction gitew.. OH MY ENGLISH! haha dan terbaru Mak Dara telah gunakan Google Translate ini semasa Mak Dara mahu menyertai sebuah contest yang dianjurkan oleh Denaihati.com iaitu iphone 5 gadget impian.. Nak lihat ayat ayat yang Mak nak translatekan dari bahasa malaysia ke bahasa english? sila baca dibawah..




Adoiii pecah perut mak dara dibuatnya selepas baca ayat versi bahasa english yang telah di translatekan itu.. Mau kena belasah kalau begini adoiiiiiii hahaha "SUPPORTERS MAK DARA" jadi MAK Supporters VIRGIN" "peserta yang lain" jadi "goddamn other participants dan macam macam lagi.. Fuhhh kalaulah mak ni betul betul tak reti omputih dan main belasah copy paste je translate dari google ni mau bergadoh peserta lain dengan mak dara ni hehe. Tapi mak tak salahkan jugak google translate ni tengok ajelah ayat mak dara pun ayat penuh dengan meroyan macam manalah dia nak translate dengan ayat yang proper kan hahaha 


Thursday, November 22, 2012

TEASER Sebelum Dan Selepas

Haaaaa ini ala ala teaser MAK DARA versi SEBELUM dan SELEPAS.. Apa yang belum apa yang selepas??? kejap ye...


SEBELUM
 MAk Dara dan Kumpulan CAREFREE

Mak Dara dan Dee

OK ini adalah gambar Mak Dara bersama kumpulan legend CAREFREE dan juga Dee di sebuah majlis pelancaran album CAREFREE yang telah berlangsung pada 12hb September lalu 2012..

SELEPAS

Mak Dara di Majlis Pelncaran Web Majalah Hijabista @ Red Box


Haaaaa di bawah pulak adalah versi selepassss.. Ada nampak apa yang Mak Dara cuba nak tonjolkan di sini...Ada yang perasan? Ya betulllll mak pakai jaket yang sama !! Tapi walaupun jaket yang sama tapi ada satu PERBEZAAN YANG AMAT KETARA!!!!! apakah ia????

Kalau anda perasan Jaket yang mak pakai semasa bulan 9 yang lalu jangankan nak butangkan pon tak boleh tapi nak tutup bahagian depan badan Mak pun tak sampaiiiiiiiiiiiiii... Jenuh le mak tarik tarik untuk tutup sedikit bahagian depan badan mak tu dengan jaket tu tapi tak boleh.. 

TAPIIII semalam setelah hanya 6 hari sahaja mengenakan PREMIUM BEAUTIFUL.... Mak Dara bukan sahaja dapat tutup bahagian depan Mak Dara tapi dapat BUTANGKANNYA!!!! OMG!! memang satu perubahan yang amat ketaraaaaaa... Itu baru 6 hari memakai PREMIUM Beautiful tu.. Kalau 6 minggu.. 6 bulan.. setahun... Wahhhhhhhh ni yang lebih bersemangat nak buat perubahan besar pada diri Mak ni.. Ini hanyalah teaser je.. Nanti Mak Dara tuliskan beberapa perkara lagi yang telah mak dara terima dari pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL ini... tungguuuuuu... Ohhhh memang satu pelaburan yang amat amat amat BERBALOI BALOI.. Syukur alhamdullilah.. Mak Dara sudah PB? Anda bila pula hehe?


.Pada yang ingin tahu lebih lanjut tentang Premium Beautiful ni bolehlah contact SOFEA .

SOFEA : 019 - 3734 118

Wednesday, November 21, 2012

Blog Anda Dalam Bloglist Mak Dara.. Anda Mahu?

Haaa yang rapat mari dekat yang dekat mari rapat!! errr bukan sama je ke maksudnya tu hehe.. Ok kini tiba masanya untuk Mak refresh kembali bloglist Mak Dara untuk bulan Nov-Dec ni. Kepada teman blogger yang mau link blognya dimasukkan ke dalam bloglist terbaru Mak, jangan segan segan ye.. Mak ni peramah tak makan orang.. Mak ni cuma makan cekodok aje heehe.. Berminat sila tengok cara cara di bawah ye..

1) TAK PERLU buat entry.
2) TAK PERLU follow blog Mak Dara 
(tapi kalau tertarik menariks dan nak follow syukur alhamdullilah tapi kepada yang dah folow jangan pulak unfollow)


Hmmmm semua pun TAK PERLU jadi apa yang PERLU anda lakukan? Sonang ajo..

1) Klik link ini iPhone 5 gadget impian
2) kemudian klik lah g+ di akhir entry itu...

3) Sila tinggalkan komen "Saya dah klik g+ untuk MD" . contoh seperti dibawah:

Setelah anda tolong klik g+ di entry Mak Dara iPhone 5 gadget impian itu dan tinggalkan komen di kotak komen di bawah entry ini, Mak Dara akan masukkan link blog anda ke dalam BLOGLIST terbaru Mak Dara iaitu bloglist "SUPPORTERS MAK DARA"  macam yang anda dapat sekarang di side bar Mak Dara sampai bulan depan.. Amacam ada yang sudi? 

Harap haraplah ada yang sudiiiii....  Mak Dara sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana nak join bloglist di sebuah blog yang sungguh meroyan tahap dewa ini dan juga kerana secara tidak langsung sudi menolong Mak Dara dengan menekan butang g+ di entry mak dara iPhone 5 gadget impian itu.. Semoga impian mak untuk pogang  dan monang iphone 5 tu tercapai amin... lap yuuuuu very the high you knowww hehe

TARIKH TUTUP pada  jam 11.59 pm, 24/12/12.

# pssttt.. klik g+ di entry iPhone 5 gadget impian tau bukan entry ini hehe


WW : BAU KETIAK YANG MELAMPAU

"HEHEHE"

WW - HIJABISTA WOWWWW TERUJA!



Tuesday, November 20, 2012

Demam Terus Kebah Dengan PB Syukur

Sejak kebelakangan ni sorang demi sorang anak Mak Dara jatuh sakit, demam, batuk dan selsema termasuklah Mak Dara sendiri.. Terlantar dibuatnya penangan high fever. Ubat doktor dah puas kami telan tapi sakitnya masih lambat nak baik.. Bagi mak kalau sakit biarlah Mak Dara yang tanggung janganlah anak anak yang sakit, risau dibuatnya. Mak rasa perasaan ni pasti ada pada setiap ibu dan bapa.. Rela diri jatuh sakit dari lihat anak menanggung sakit kan.. dua hari berlalu syukur Mak Dara, anak sulung Mak Adza Haiqal dan adiknya Adza Kasih beransur sihat namun anak kedua Mak iaitu Adza Danina masih tak kebah kebah demamnya. Bila tiba waktu malam sampai meracau racau.. Dah le somi Mak Dara belum balik lagi dari Cambodia buatkan Mak Dara semakin resah.. Biasalah bila resah tu tak ingat saat indah lagi dah macam lagu Anuar Zain tu.... Bila resah.. Mak pun apalagi luahkanlah pada teman Mak Dara si Sofea.. 

Adza Danina demam.. :(

Mak khaborkan lah tentang anak Mak Dara yang tak bak baik demam lagi tu.. Terus kata Sofea . Akak kan pakai Premium Beautiful.. Akak balutkan aje Waist Nipper PB tu pada anak akak.. Terus terdetik dalam hati..kenapa nak kena pakaikan anak akak dengan waist nipper Beautiful tu,nak kasi dia kurus jugak ke?Maklumlah Mak pun baru je pakai Premium Beautiful ni baru beberapa hari aje maka tak berapa tahu sangatlah tentang kehebatan PB ni.. Kata sofea cuba pakaikan pada badan anak akak insyaallah demamnya akan kebah.. Sebagai Ibu Mak dara sanggup cuba apa saja asalkan anak mak sihat.. selagi tak melanggar hukum agamalah. jangan ingat mak sanggup gi jumpa mak esah pulak hehe.. Maka mak pun pakaikanlah pada malamnya tu....

Balutkan waist nipper pada badan Adza Danina

Pada malam Mak pakaiakan bengkung - waist nipper tu badan Danina asyik berpeluh peluh.. Suspen juga Mak dara dibuatnya tapi syukur sebab dia tidak lagi merengek rengek meracau racau seperti malam sebelumnya sebaliknya Danina nyenyak tidur sampai ke pagi walaupun asyik berpeluh.. Keesokkan paginya Mak Dara dapati yang demamnya dah kebah. Terkejut melihat begitu pantasnya kebah demam Danina bila mak pakaikan bengkung tu.. Kalau mak tahu, awal awal lagi mak dah balutkan dia dengan bengkung tu hehe... Syukur alhamdullilah ini juga berkat dengan izin tuhan yang maha esa.  Lepas tu apa lagi.. Budak budak bila dah sihat aje apa lagi ajak keluar jenjalan lah kejenya. Mak pun turutkan aje asalkan mereka gembira dan sihat mak bersyukur. Mak pun bawa mereka jalan jalan ke Wangsa Walk Mall yang letakknya hanya 3 minit je dari rumah Mak Dara..

makan makan bersama semua anak anak Mak Dara
dari kiri: Adza Haiqal, Adza Danina, MD, Adza Kasih, Adza Isabella

siap pergi main game dekat pusat permainan kanak kanak lagi hehe

Memang betul lah kata orang yang bengkung ni 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikkan.. Bukannya semata mata pakai Premium Beautiful ni untuk nampak cantekkk je dan bukannya untuk diri sendiri sahaja bahkan boleh memberi kebaikan pada seluruh keluarga.. Kiranya ini hanyta satu dari banyakk kebaikan dari Premium Beautifull ni.. Memang tak salah mak memilih untuk mendapatkannya! Mak dara ucapkan terima kasih kepada Sofea kerana sudi beri tips ini pada Mak Dara.

Mak Dara memang syorkan anda semua dapatkan premium beautiful ni.. Memang berbaloi baloiiiiii...Pada yang ingin tahu lebih lanjut tentang Premium Beautiful ni bolehlah contact SOFEA di blog Sofea @ http://www.sofiashazrizat.com/



Monday, November 19, 2012

Tolong!! SOS!! HELP!! من فضلك!!

Tolong!! தயவு செய்து!! 하시기 바랍니다!! 
SOS!!  من فضلك!! 请!! HELP!!

Haaaa sekali semua ayat dari bahasa melayu ke bahasa tamil , bahasa cina, bahasa arab, bahasa k pop korea dan macam macam lagi bahasa mak dara dah keluorkan dah di atas.. Cuma nak menyebutnye aje yang Mak Dara tak berape nak pandai.. Pendek kata entry ni Mak Dara nak... MINTAK TOLONG... haaa tu pendek yang kata..

Panjang kata pulak.. Meh Mak Dara ceritakan apakah pertolongan yang Mak Dara nak minta.. Ingat lagi tak Mak Dara pernah join segmen iPhone 5 gadget impian yang telah di anjurkan oleh  Denaihati idok lame dulu.. Haa tugasan seterusnya memerlukan setiap peserta iPhone 5 gadget impian  perlu mengumpulkan sebanyak mungkin klik G +1 untuk entri penyertaan anda.
Screen Shot 2012 11 16 at 2.55.21 PM iPhone 5 Gadget Impian Cabaran Bermula
Haaa tu yang Mak Dara malas nak suruh panjang ni berkata kata kan panjanggg tu hehehe.. Ya itulah al kisahnyaaaa.. Jadinya Mak Dara nak mintak tolong anda semua untuk.. emmmm.. untuk emmmmm.... Jap nak kembungkan pipi, muncungkan mulut kasi kiut sikit...
Errr ternyata tak comel langsung bila Mak buat macam tu.. Karang dari anda semua nak tolong mak terus je muntah pink pangkah dan tutup blog mak.. Emm pakai plan B lah kalau macam tu..
Haaa pakai gambor anak bongsu Mak Dara si Isabella baru ok kot hahaha... Haa so setelah kembungkan pipi dan muncungkan mulut kami anak beranak... Mak Dara nak minta tolong anda untuk klik g+di link iPhone 5 gadget impian boleh?? Meh Mak Dara beritahu caranya ya. Caranya..

1) Klik link ini iPhone 5 gadget impian
2) kemudian klik lah g+ di akhir entry itu...

Namun takkan lah mak nak minta tolong je kan.. Mesti lah ada sedikit present mak untuk anda yang sudi tolong mak yang mengidam sangat nak merasa pakai iPhone 5 gadget impian tu hehe.. Setelah anda tolong klik g+ di entry Mak Dara itu sila tinggalkan komen "Saya dah klik g+ untuk MD" dan kemudian tinggalkan link blog anda di kotak komen di bawah .. Dannnnnnnn Mak Dara akan masukkan link blog anda ke dalam BLOGLIST terbaru Mak Dara iaitu bloglist "SUPPORTERS MAK DARA"  macam yang anda dapat sekarang di side bar Mak Dara sampai bulan depan.. Amacam? win win situation lah kan.. You scracth my back.. I scrach your back tapi itu cara orang putih mana boleh yang bukan muhrim main sedap nak scracth scrath aje kan karang ada jugak periuk belanga terbang melayang layang.. Sama sama saling membantu.. Jadiiii boleh ke tolong Mak....??? Harap haraplah ada yang sudiiiii.... Pssttt tinggalkan komen di entry ni ye.. Mak Dara sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi menolong Mak Dara lap yuuuuu very the high you knowww hehe
#pssstt ini idea MD untuk dapatkan g+ dari teman blogger MD.. Macam mana pulak dengan peserta yang lain ye..kompom lagi kreatip lagi hebat namun harap harapnya tak samalah macam cara meroyan mak ni hehehe 

SENARAI SUPPORTER MAK DARA ;)
) mungkinkah anda hehe

ps: Pstttt bukan klik g+ di entry ni tau di entry di link iPhone 5 gadget impian  ini ya.. tenkiuuuuuuuuu!!!!

Bertuah Punya Bibik!

Hmmmm... bau semacam je nih... Bau hangit ke.. bau terbakar ke.. ke aku masih mimpi lagi ni.. Apasal pulak mimpi aku ni boleh sampai ada bau??? Ahh sudahhh ni mesti bukan mimpi lagi dah ni!! Sebaik mak dara buka mata dari tidur memang sah!! sah!!! memang ada benda hangit ada benda yang terbakar.. Mak cepat cepat turun ke bawah dan terkejut bila tengok apa yang dah terjadi pada rice cooker Mak Dara...




Habissss keliling rice cooker tu cair... melting sampai periuk nasi jatuh senget sebelah ... Bila Mak Dara jerit panggil bibik.. Dia pun act surprise.. Ish macam mana bisa jadi begini.. Saya baru aje masa sejam tadi.. Ok.. Part ni memang mak mengaku darah mak naik tahap dewa dah... At least nampak terus say sorry sejuk gak hati ni kan.. 

betuah memang bertuahhhh.. Ni bukan keja sejam ni kompom dia tak tutup suiz dari semalam ni.. Sekurangnya cakap le maaf.. Mak tak kisah sangat pasal rice cooker mak tu.. Cap pon cap ayam jer.. Tapi kalau lah Mak Dara tak sedar dan terus dibuai mimpi ke pepagi buta tadi mau terbakor satu rumah macam mana... Ni nasib baik dpt majikan melayu kalau majikan lain mau kena marah kaw kaw dah ni ishhhhhh mintak nyawaaaaaaa... mintak nyawaaaaaaaaa....

Sunday, November 18, 2012

Baroque Inspired

Apa lah pulak entry Mak dara ni.. Apakah maknanya "Baroque Inspired" yang Mak Dara maksudkan.. Terus terang Mak Dara ni agak rabun/buta fesyen hehe.. Ini semua timbul apabila Mak dara menerima sebuah undangan khas dari sebuah majalah fesyen terkenal malaysia.. Apa nama majalah tu biarlah dirahsiakan dulu biar selesai dulu majlis itu barulah nama majalah itu dapat mak dara bongkarkan.. Jadi al kisahnya majlis gilang gemilang itu yang akan berlangsung pada 21hb Nov depan ada temanya yang sungguh unik sekali iaitu Baroque Inspired.. Haaaa apa lagi gigih le Mak Dara mengoogle cari fesyen apakah yang di maksudkan dengan Baroque Inspired itu.. Dan hasilnya.. Tadaaaaaaaaa...


bbroque by Acalva



Haaaa itulah antara fesyen fesyen bertemakan Baroque Inspired.. Majlis oleh sebuah Majalah Fesyen terkemuka mestilah tetamu yang hadir juga harus stylo milo dan menepati tema kannn? Maka sekarang mak dara gigih mencari pakaian untuk menepati tema itu.. Tapi belum lagi berjumpa.. Sempatkah nanti huhuhu.. nebesssss mak.... Doakan moga mak dara dapat cari pakaian yang sesuai mengikut tema ini ya.. 


Doa Ku Buat Mereka



Ya Allah selamatkanlah palestin!!!
Ya Allah selamatkanlah al-aqsa!!
Ya Allah selamatkanlah muslim ya Allah!!!
Ya Allah bantulah mujahid Palestin!!
Doaku Bersama Mereka...

Hari Pertama Bersama PB BERJAYA!

Yeayyyy syukur alhamdullilah hari pertama Mak Dara memakai korset PREMIUM BEAUTIFUL telah berjaya !!

Sebelum menggunakan PREMIUM BEAUTIFUL

Selepas menggunakan PREMIUM BEAUTIFUL

Lama jugak Mak pikir sama ada nak upload atau tak pic mak yang teramat lah keboroiannnnn keterlampauan tak terhengattt itu.. Tapi untuk beri testimoni kepada pembaca blog Mak Dara maka mak harus jujur dan telus kan.. Tapi sila put in a corner of your mind.. Perut yang gebu lagu boroiiii itu telahpun melahirkan empat orang cahayamata hehehehehe uhuk uhuk nak jugak cober line tak mengaku memang diri tu GEMOK hahahaha... Haaaa gambor kat atas tu tak berapa nak clear kan resultnya al maklum sebab mak snap gambar dengan gunakan kamera handphone aje.. Esok esok lah baru mak snap gambor yang betul betul ye.Tapi masih boleh nampak perbezaan yang amat ketara kannnn...

Teman Mak Dara iaitu Sofea yang memperkenalkan PB ni pada Mak sarankan Mak untuk pakai PB ni minimum 8 jam sehari.. Tapi dek kerana semangat meroyan mak yang tak hengat nak kuruskan badan maka Mak Pakai hampir 10 jam lebih hari ni hehe.. Kalau tak menjadi jugak tak tahu lah kan hahahahaha

Ini baru hari pertama pakai PREMIUM BEAUTIFUL ni.. Kalau lagi lama lagi menjadi lah mudah mudahan ye.. Nantikan DIARY BP MAK DARA di entry seterusnya..


Pada yang ingin tahu lebih lanjut tentang Premium Beautiful ni bolehlah contact SOFEA di blog Sofea @ http://www.sofiashazrizat.com/

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK