Wednesday, November 28, 2012

Somi Mak Dara Mengalami Slip Disc

Sejak kebelakangan ini sekembalinya saja somi Mak Dara dari kerjanya di Kambodia dia asyik mengadu sakit sakit pinggang belakangnya.. Makin hari jadi makin sakit sehingga untuk tunduk sedikit pun dia pasti sakit. Jadi semalam Mak temani somi mak ke Hospital Ampang Puteri untuk periksa apakah yang terkadi pada tulang belakang somi Mak Dara itu.. 

Somi mak sedang menunggu giliran 

somi mak dara sedang membuat pendaftaran

Tidak lama kemudian tibalah masanya somi Mak Dara masuk dan bertemu doktor iaitu Doktor pakar Otopedik iaitu DatoDrSyed Abdul Latiff Alsagoff   iaitu seorang doktor pakar dalam bidang Orthopaedic Surgery dan Trauma Surgery Setelah membuat pemeriksaan yang amat teliti dan mengambil masa yang amat lama akhirnya Doktor mengesahkan bahawa somi Mak Dara mengalami penyakit Slip Disc.. Masyaallah terkejut somi dan Mak mendengarnya... 


Apa itu slip disc?
Banyak istilah digunakan, antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama prolapsed disc, atau herniated disc .Seperti dalam gambar, kita boleh lihat mana tulang dan mana disc. Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit belakang seperti sengal-sengal sahaja. Walaubagaimanapun, lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan upaya. Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5 (L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah. Dan inilah bahagian yang paling banyak berlaku slip disc dan masalah saraf kerana tekanan badan tertumpu di bahagian tersebut, dan apabila ini berlaku ada yang akan menghadapi kekebasan, kesukaran menggerakkan kaki, jalan perlahan, dan jika parah sehingga tidak boleh berjalan.


Namun syukur alhamdullilah kerana somi Mak Dara dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan dapat diubati dengan makan ubat sahaja.. Nasib baik somi mak tak membiarkan sahaja sakitnya itu dan terus membuat pemeriksaan, jika tidak pasti keadaan sakitnya menjadi lebih teruk. Kata doktor kalau dah teruk kena buat pembedahan..Syukur alhamdullilah belum ke tahap itu. Somi Mak Dara tidak mahu dimasukkan ke dalam wad dan meminta untuk pulang berehat di rumah. Namun doktor menasihatkan jika keadaan sakit somi mak dara tidak baik juga atau semakin teruk dalam masa 2 minggu, dia dinasihatkan untuk terus bertemunya secepat mungkin.. 

somi mak dara menunggu untuk mengambil ubat

masa untuk mengambil ubat

Terkejut juga apabila menerima ubat yang sebegitu banyakkkk.. Tapi tak apa demi untuk kesihatan somi mak janji akan habiskan kesemua ubat ubat itu.. Untuk kebaikan terpaksa lah kan...

haaaa banyak bebenorkan ubatnya

masa untuk makan ubat ye sayang.. :(

Sekarang somi mak terpaksa berehat untuk tempoh tertentu.. Katanya sebaik bangun tidur tadi.. Ubat yang diberikan doktor tu sungguh kuat rasa macam nak demam dibuatnya.. Alaaaaa kesiannya melihat wajah somi mak.. Rasa macam nak tanggung juga sakit yang dihadapinya tu.. 

Doakan semoga somi mak segera sembuh ya.....

Tuesday, November 27, 2012

10 Hari Hilang 3 Kilogram!!! Terima Kasih PB!

OH MAK GAYAH!! OH MAK GAYAH!! OH MAk GAYAH!!! Mau orang yang bernama Gayah tersedak sedak dek kerana disebut oleh Mak Dara .. Mashaallah macam tak percaya aje apa yang berlaku.. Betul ke mata ni ke tak betul ni.. Betul kah berat Mak Dara telah turun sebanyak 3 KILOGRAM sejak memakai PREMIUM BEAUTIFUL!!!

Tak puas hati punya pasal Mak Dara betul kan alat penimbang badan tu sekali lagi eh sama! Tak puas hati panggil bibik suruh tengok jugak nombor pada tempat timbang tu.. Ya betul... Emmmm nak beritahu tak berat badan Mak Dara berapa ek.. Segan pun ada malu pun ada.. Tapi takkan namanya testimoni kalau detail tak jujur kan.. Tapi rata rata semua pembaca blog Mak dara tahu bahawa berat Mak Dara dan berat peti ais dua pintu tu lebey kurang sama je kan hehehe.. Makanya Mak Dara revealkan bahawa berat Mak Dara sebelum ini ialah.. jeng jeng jeng.. 86KG 

Mak Dara pada september lalu honeymoon ke Hong Kong 
(SEBELUM)

Macam orang mengandung je kan huhuhuhu
(SEBELUM)

Dan hari ini.. tika dan saat ini.. setelah 10 hari memakai PREMIUM BEAUTIFUL.. Berat badan Mak Dara ialah...... 83 KG!!!!


(SELEPAS)

Waduh waduh... Patutlah dalam sehari dua ni Mak Dara rasa macam seluar premium beautiful yang Mak Dara pakai ada rasa longgar sedikit di peha. Jadi Mak Dara pun hubungi Sofea yang telah menjualkan PREMIUM BEAUTIFUL ini kepada Mak Dara dan bertanya adakah seluar ni semakin membesar atau peha Mak Dara yang makin mengecil.. Kata Sofea Mak Dara baru saja pakai dalam masa 8 hari mana boleh seluar itu membesar.. Masa itu hati dah berbunga dah dah perasan kurus sikit dah tapi Mak Dara tetapkan untuk timbang berat badan setiap 10 hari.. Maka tepat hari ini hari yang kesepuluh barulah Mak Dara timbang badan dan sangkaanku benar belaka memang ada perubahan mendadak sejak memakai PREMIUM BEAUTIFUL ni.. 

Kalau tak pakai PB ni nak turunkan sekilo dalam sebulan pun susahhhh ya amat.. Ini yang buatkan Mak Dara lebih gigih nak pakai dan pakai dan pakai PB ni.. Mudah mudahan dapatlah turunkan berat ke angka 70an.. Oh dah lama tak tengok angka tujuh di depan setiap kali menimbang berat badan.. Doakan untuk mak ya.. Terima kasih yang tak terhinggalah kepada Sofea yang memperkenalkan PB pada Mak Dara.. Kalau tidak selamanyalah Mak Dara terperangkap dalam angka berat 80KG++ .. Terima kasih sofea!!! 

Mak Dara memang syorkan pada anda untuk mencuba PREMIUM BEAUTIFUL ni. Sangat BERBALOI BALOI!!!!! Untuk keterangan lanjut mengenai PREMIUM BEAUTIFUL ini anda bolehlah hubungi sofea seperti detail di bawah ya... Cepat cepatttt mari menguruskan badan bersama Mak Daraaaaa hehehe

SOFEA : 019 - 3734 118



Anak Pengarah Drama Terkenal Meninggal Dunia


Petang semalam Mak dan dan somi terkejut apabila menerima panggilan telefon dari kenalan somi Mak yang menyatakan bahawa anak kepada pengarah drama terkenal  iaitu Abang Jurey Rosli yang merupakan teman rapat somi mak dara telah mengalami kemalangan dan anaknya yang menunggang motorsikal telah berlanggar dengan sebuah lori di sebuah jalan Pandan Indah lalu telah meninggal dunia di tempat kejadian 

Abang Jurey Rosli

Inna Lillah wa Inna Ilayhi Raji'oon. Memang terkejut mendengar berita itu.. Anak Abang Jurey baru sahaja berusia 16 tahun. Masih muda masih belia.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggungnya.. Ternyata Tuhan lebih menyayanginya....

Mak Dara dan somi telah lama bekerjasama menulis skrip untuk Abang Jurey hampir 30 buah skrip drama kami telah di terbit dan diarahkan oleh Abang Jurey. Kalau nak tahu Abang Jurey inilah pengarah bagi filem LIBAS.

Mak Dara dan somi terus bergegas ke Hospital Kuala Lumpur bagi melawat jenazah. Keadaan sayu dan sedih menyelubungi tatkala melihat semua ahli keluarga allahyarham termasuk Abang Jurey bersama sama keluarga terdekat berdiri di sisi jenazah anaknya itu. Hati ayah mana yang tidak sedih apabila melihat anak yang terpaku sepi begitu.. Masyaallah mereka sungguh tabah dan sungguh kuat menghadapi kehilangan ini.. 

Mak Dara amat amat memahami perasaan mereka kerana Mak Dara juga baru sahaja kehilangan arwah ayah 48 hari yang lalu. Dan semasa arwah ayah Mak Dara disahkan meninggal dunia Abang Jurey dan keluarganya ada datang ke hospital bagi melawat jenazah arwah ayah mak dara dan tidak sekali kali menjangkakan untuk kami pula yang pergi melawat jenazah ahli keluarga Abang Jurey sebulan lebih kemudian.. Ini semua telah tertulis dan ketentuannya.. Sesungguhnya Allah swt telah menetapkan segala galanya... 

Diharapkan semoga Abang Jurey serta keluarga tabah menghadapi kehilangan ini dan Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkn dikalangan orang orang yang beriman.... Al Fatihah....

Monday, November 26, 2012

MAJLIS PELANCARAN LAMAN WEB HIJABISTA - Memang Stylo Dan Sopan

MAJALAH HIJABISTA merupakan sebuah majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab. HIJABISTA, datangnya dari ungkapan slanga yang menggabungkan dua perkataan iaitu hijab dan fashionista.

Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini. Mak Dara telah menerima jemputan untuk ke Majlis Pelancaran Web bagi Majalah Hijabista ini pada 21hb November yang lalu dan bertempat di RED BOX 101 Mall Puchong. Mak Dara telah membawa bersama rakan rakan blogger Mak Dara iaitu ACIK TOPI , Aimi Hazerin, Blogger DEAR LADY dan juga Yana Yassin ke majlis itu.. Mari Mak Dara kongsikan gambar gambar kemeriahan sepanjang majlis itu ya..
Mak Dara dan teman antara yang pertama tiba di majlis itu.
kedatangan kami disambut oleh edoitor majalah HIJABISTA Nursuziana Zulkifli
Mak Dara bersama Yana Yassin, Aimi dan Blogger Dear Lady
Mak Dara bersama Acik Topi yang memeriahkan majlis
"Anuar Zain" in da house uols hehe
Mak Dara and the gang
Suzi bersama pengacara majlis Farrah
Web Launch Majalah Hijabista 

Nursuziana bersama banner pelancaran web Majalah Hijabista

Orang orang kuat Majalah Hijabista
Irma Hasmi dan suami yang baru tiba ke majlis 
Acik Topi masuk pertandingan "Gangnam Style"
Ewahhhh Acik Topi.. Gangnam jangan tak Gangnam hehe
Dan akhirnyaaaa... Acik Topi menangggggg!
Mak Dara pun nak berGangnam jugak hehe
makan makan timeeee
memang sedappp . all you can eat buffet ;)
antara jelitawan yang hadir pada majlis itu
sempat posing lagi semasa majlis berlangsung hehe
Aimi Hazerin dan blogger Dear Lady
para hijabista dan fashionista di majlis itu
Mak Dara bersama blogger hebat AmiSchaheera
Ohhh sungguh teruja bila Ami mengenali dan mengingati nama Mak Dara auwww. tks Ami it really means a lot to me!!!!
Mak Dara dan Farrah
Hijabista dan fashionista bergabung meletop!
Orang orang kuat Majalah Hijabista ;)
Bertepatan dengan tagline majalah Hijabista.. Majlis itu berlangsung dengan penuh stylo dan sopan sekali.. Seramai 125 orang tetamu telah menghadiri majlis ini. Mereka terdiri daripada para selebriti , blogger dam semua yang terlibat dalam majalah Hijabista ini. Hampir semua yang hadir ke majlis itu telah mengikut tema yang telah diberikan iaitu Barouque Inspired. Tahniah kepada editor majalah Hijabista Nursuziana Zulkifli serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis serta majalah yang sungguh hebat itu.. !! 
Mak Dara juga mempunyai kenangan Manis bersama sama Majalah Hijabista tak lama dulu apabila gambar Mak Dara turut dimasukkan ke dalam artikel keluaran pertama majalah ini dulu . 

Pic Mak Dara bertudung leopart di majalah Hijabista Edisi 1 ;)

Wahhh sempat juga promo gambor sendiri kan hehe.. Mari kita terus support MAJALAH HIJABISTA dan semoga majalah HIJABISTA menjadi majalah nombor satu Malaysia dan seterusnya membawa nama negara ke mata dunia!


pssstttt jangan lupa dapatkan Majalah Hijabista edisi 6!! dan jangan lupa untuk layari laman web MAJALAH HIJABISTA iaitu di http://hijabista.karangkraf.com/

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK