Thursday, December 20, 2012

Suntikan Vaksin ACYW 135

Syukur alhamdullilah Mak Dara dan Somi Mak Martias Ali telah selesai mendapatkan suntikan Vaksin ACYW 135 sebentar tadi di klinik MEDIKALAM di Wangsa Maju.Mak Dara dan somi Martias Ali mendapatkan suntikan ini sebagai memenuhi tututan untuk mendapatkan visa bagi mengerjakan umrah pada tahun depan..

http://raudahmawaddah.com/wp-content/uploads/2012/04/acyw135.jpg 
 Vaksin ACYW 135

Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan 'Meningococcal Meningitis di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajibkan mendapatkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan. Peraturan mewajibkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis ke atas bakal jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi.

Pada mulanya Mak agak nebes jugak sebab dah lama tak kena suntik.. Bila jejak aje kaki ke klinik MedikAlam di Wangsa Maju darah mak terus gemuruh..

 
Mak Dara yang nebess hehe

 
somi mak slumber je 

 
Doc sedang siapkan jarum suntikan

 
alamakkkk tiba giliran Mak Dara 

Muka mak time nak kena cucuk tu memang kelakar sangat kata somi mak.. Maunya tak kelakar muka panik tu.. Somi mak mentang mentang dia dulu yang kena suntik lepas tiba time mak aje dia siap cakap cucuk kuat kuat Doktor.. Lepas tu cakap sakitttt mau lah tak kecut perut mak dibuatnya... Last last masa dicucuk tu takdelah sakit mana pon.. Somi mak ni memang suka takutkan mak dara gerammm betul hahaha.. Akhirnya selesai sudah dan dapatlah buku kuning ini dan akan diserahkan sekali semasa proses dokumen umrah nanti.. 


Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye..   

 Turunkan Berat Badan Bersama Premium Beautiful
SOFEA : 019 - 3734 118

Passport Lama Tukar Baru..

Tilam..tilam.. tilam lama tukar baru.. Haa macam pernah dengarkan bila ada lori jual tilam masuk ke kawasan perumahan rumah kita.. Ha itu kisah tilam.. Ini kisah Mak Dara dan passport Mak.. Syukur alhamdullilah akhirnya Mak Dara telah pun selesai renew/memperbaharui Passport Mak Dara sebentar tadi di Pejabat Imigresen Cawangan Sri Rampai Wangsa Maju. Passport lama dah bertukar baru..


 

 

Mak Dara renew passport untuk tujuan melakukan umrah bersama somi Mak pada tahun depan.. Insyaallah kalau tak ada aral melintang kami akan berlepas pada 6hb Februari 2013.

 
Passport Lama Sudah Bertukar Baru

Dengan passport baru ni tidak lah mak rasa janggal berada di kaunter imigresen tiap kali mak out station ke luar negara seperti yang berlaku pada mak ketika ke Hong Kong dan Thailand baru baru ni bila pegawai imigresen terpaksa ambil masa yang lama untuk kenalpasti gambar mak dara yang free hair yang terdapat pada passport dan wajah Mak Dara yang bertudung ketika mak ke hongkong baru baru ni.. Hehe almaklumlah mak baru je berhijrah maka tak sama lah gambar free hair dan bertudung .. Sekarang dah senang kompom takde kekeliruan lagi mudah mudahan hehehe...

Selepas ini Mak Dara perlu memngambil suntikan vaksin ACYW 135 yang telah diwajbkan untuk setiap orang yang inginmengerjakan umrah.. Adess Mak Dah lama tak kena suntik suntik ni..Mintak mintak le tak sakit.Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya.. 


 Turunkan Berat Badan Bersama Premium Beautiful
SOFEA : 019 - 3734 118
 

Tuesday, December 18, 2012

Kuala Lumpur Aku Datang



Mak Dara dalam perjalanan pulang dari Kangar ke Kuala Lumpurrrr.. Sempat gak mak dapat update blog sementata somi mak gigih driving.. Jauh lagi wooo lebih 300km lagi.. Dari mata ngantok baik update blog dulu hehe.. Anak anak dah selamat zzzzz dah kat dalam kereta ni.. Cuaca pon dah makin gelap.. Doakan semoga kami sekeluarha selamat tiba di rumah ya..
KUALA LUMPUR AKU DATANG!! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Menziarah Pusara Adikku Tersayang



As salam duhai teman.. Selama empat hari ini mak jarang update blog kerana mak menghadiri perkahwinan sepupu mak di Kangar Perlis. Dan semasa dalam perjalanan pulang ke KL mak singgah sebentar ke kampung halaman mak di Kulim Kedah.. Di sana mak dan anak anak menziarah pusara arwah adik mak dara iaitu allahyarhamah Adza Suzyriani.. Sayu hati tatkala tiba di sana.. Agak lama mak dan keluarga tidak menziarah hampir dua tahun lamanya.. Walaupun arwah telah meninggal dunia lebih 18 tahun yang lalu namun terasa masih baru diingatan.. Walaupun jauh di mata namun dekat dihati..

Alfatihah buatmu Gee.. Ketahuilah yang kami akan merindui gee dan arwah abah selagi masih bernyawa.. Tenanglah kalian di sana.. Sesungguhnya tuhan lebih sayangkan kalian.. Al Fatihah..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Khap Khun Khaa


Salam dari hadyai
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, December 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Salina dan Yazi


Pukul la taboh.. Pukul la taboh.. Pukul rebana.. Kalau la jodoh.. Kalau lah jodoh.. Tidak kemana...Haaa yang selebihnya mak dara tak tau liriknya bagi lagu selamat pengantin baru ni hehe.. Apa apa pun mak dara nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu mak dara iaitu kak ina dan pasangannya Yazi.. Semoga kekal ke anak cucu dan. Ernahagia selaluuuuuuuuuu...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Selamat Pagi Kangar

Selamat oagi Kangarrrr.. Oh besttnya dapat bangun dan menghirup udara segar di tepian sawahhhh..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 15, 2012

Kisah Pelamin Dan Pukul Tiga Pagi



As salam duhai teman pada tepat pukul tiga pagi ini mak dara bersama somi dan sepupu mak baru sahaja selesai membuat pelamin untuk majlis pernikahan sepupu mak dara esok.. Kenapa baru nak buat pelamin? Kisahnya sepupu mak dara iaitu Kak Na sepatutnya menjalankan akad nikahnya di sebuah masjid di kangar ni tup tup ada masalah sikit maka plan b terus bertukar lokasi di rumah.. Nak sewa pelamin memang tak sempat dahhh maka apa lagi kami pun mulakan projek pelamin dan akhirnya berjaya adakan sebuah pelamin serba ringkas dan simple.. Untuk majlis nikah je rasanya memadai... Nak tengok pelamin tu jap mak kasi upload..
Ha pelamin yang pertama tu untuk pengantin perempuan.. Yang kedua tu untuk pengantin dan tok kadi jalankan akad nikah.. Buat pun tadi dalam pukul 1 pagiebih tadi lepas sesi pakaikan inai pada pengantin.. Kiranya kami buat dua pelamin tu dalam masa sejam lebih je.. Pk lah kan hehe.. Ok nak tidor dulu esok takut lambat pulak nak bangun untuk majlis nikah itu.. Good night semuaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, December 14, 2012

Selamat Tinggal Semua...



Selamat tinggal Mak Dara ucapkan kepada semua pembaca Mak Dara semoga kalian selalulah ingatkan Mak Dara sementara ketiadaan Mak Dara ini ye.. Perghhh syahdu betul entry pepagi ni kan.. Ye mak dara akan meninggalkan anda dan juga meninggalkan blog kesayangan mak dara ini... ohhhh tapi bukan tinggal selama lamanya... tapi tinggalkan selama 3-4 hari aje hehehe.. Al kisahnya sepupu kesayangan Mak Dara Kak Salina Md Zainul akan melangsungkan perkahwinan nya esok maka Mak kenalah Mak dan keluarga hadir pada majlis perkahwinan itu.

Maka mak akan bertolak ke Kangar Perlis pada pukul 11 pagi  ini dan dijangka akan sampai di Kangar pada pukul 6 petang karang insyaallah...

Jadi mak nak mintak tolong dengan anda semua tolong le tengok tengokkan blog mak ni sementara mak di Kangar ye pweaseeee sambil kembungkan pipi dan muncungkan mulut kasi nampak kiuttt sikit hehehe.. Doakan semoga mak dan keluarga selamat pegi dan selamat pulang .. Jumpa lagi anda minggu depan.. muahhhhh.....

~psttt harap harap ada lah line internet di sana.. mau meroyan kalau tak boleh online ni hehe


Thursday, December 13, 2012

3000 Pageviews Untuk Blog Bicara Mak Dara Hari Ini

Haaa ini dia report card mak dara untuk hari ini.. Nak report apa? bukan report exam ye sebab mak dah lama tinggalkan sekolah hehe.. Ni nak report tentang trafik ke blog  picisan mak ni hehe..Trafik ke blog mak ni idok le sekencang blogger blogger hebat dan otai dan blog mak ni hanyalah blog personal dan penuh dengan entry meroyan, namun walau bagaimanapun mak amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada setiap seorang dari anda yang sudi singgah ke blog mak ni tau...

Berikut adalah pageview blog BICARA MAK DARA  untuk hari ini iaitu dari pagi sampai pukul 10 malam tadi..Syukur alhamdullilah..3006 pageview untuk hari ini.  Tak sangka ada juga yang sudi singgah dan melawat mak di rumah orang tua err silap di blog mak ni hehe.. Jutaan terima kasih mak ucapkan kepada semua yang sudi datang singgah ye.. sayang korang ketat ketat...muahhhhhh

Kalah Ka Menang.. Sokong Tetap Sokong!






Wednesday, December 12, 2012

Menunggu Keputusan X RAY IBU, MAK DARA

As salam duhai teman..
Mak Dara bersama adik Mak Adza Rina sedang menunggu keputusan XRAY yang dijalan keatas ibu Mak Dara. Kami sekarang berada di DAMAI SERVIS HOSPITAL MALAWATI. Ibu mak dara ada terjatuh pada minggu lepas dan sejak dari hari itu dia asyik mengadu sakit di belakang. Dah ke klinik beberapa hari yang lepas namun sakitnya tetap tak hilang. Maka kami adik beradik sepakat untuk membawa ibu untuk jalani X RAY. Rasanya dengan ujian X RAY dapat lebih gembaran apa yang berlaku kepada pinggang Ibu.. Takut jugak kalau ada yang retak atau patah.. Better be safe dan sorry kan...





Doakan semoga ibu Mak Dara tiada apa apa yang serius ya.. Amin

Published with Blogger-droid v2.0.8

BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI


Assalam duhai teman.. 
Bersama lagi kita dalam slot BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI.. Blogger mana pula yang menjadi pilihan Mak Dara hari ini? Meh Mak Dara khabor kan dan marilah kita berkenalan dengan mereka ye.. Blogger pilihan Mak Dara hari ini ialah.. 
sYuhAdA sALLeH
http://www.syuhadasalleh.my/


Adik Shuhada mempunyai 3 blog kesemuanya iaitu blog syuhada's shop,sYu90 & cOnteSt dan sYuhAdA sALLeH. Comel benarkan header blog blogger Shuhada ini kan. Jom berkenalan dengan syuhada klik di link ini http://www.syuhadasalleh.my/ untuk ke blog beliau.

Glamorous Blogger MrJocko

Blog Mr Jocko ni memang sempoi habis.. Setiap entry entrynya memang menarik. Setiap entry dalam blog beliau pasti terselit dengan gambar gabar yang sangat menarik..Jom ramai ramai kita terjah ke blog Mr Jocko @  http://www.mrjocko.com/

Blog Keperawatan

Blogger ketiga pilihan Mak Dara ialah Blogger Ferry Nurse . Ferry Nurse adalah pemilik kepada Blog KeperawatanMenjenguk ke blog saudara Ferry memang membuka mata Mak Dara dalam topik kesihatan. Bermacam macam entry mengenai kesihatan terdapat dalam blog ini. Semua perkongsian dan ilmu dicurahkan oleh beliau kepada semua pembacanya.. Mari sama sama kita mengenali blogger ini . Klik di sini http://askep-net.blogspot.com/ untuk ke blog beliau ye.. 

Steffany Daphney

Blogger ketiga pilihan Mak Dara ialah Blogger Steffany Daph. Steffany ni memang besttt dan sempoi.. Dan yang paling best beliau antara pengomen tegar di blog Mak Dara. Hampir semua entry terbaru Mak Dara . Tenkiuuu sangat sangat Steffani.. You are the best hehehe.. Jom kenali Steff ya.

"Boleh panggil saya Steff. Masih lagi belajar. Punya 6 ekor kucing yang cute dekat rumah. Suka blog dan facebook. Ada juga akaun Tumblr and Twitter, tapi jarang buka. Nak keep in touch more frienly, boleh email saya or do follow my blog. Salam 1 Malaysia, ^_^ ."Jom terjah ramai ramai ke blog Steffany @ http://steffanylife.blogspot.com/

Blogger terakhir pilihan Mak Dara pada hari ini ialah blogger P#eoniX. Blogger P#eoniX adalah pemilik kepada blog MAI SINGGAH . Adik  P#eoniX ni 
memang selalu support Mak Dara sejak dari dulu lagi. 
Maka itulah saja blogger Pilihan Mak Dara untuk hari ini. Jutaan terima kasih Mak ucap
kan kepada mereka dan anda semua yang tetap setia melayan entry meroyan mak ni hehehe
Mak sangat sangat hargainya.. 

Kepada sesiapa yang mahu Mak promote blog anda .. Ada ke? hehe Ok kalau ada anda boleh baca cara caranya di link ini ya Kisah 1 Handphone Impian 85 Orang - iphone 5 gadget impian . Mak akan promote blog anda kaw kaw punya hehehe 
Hmmm siapa bakal mak pilih untuk jadi BLOGGER PILIHAN MAK DARA esok ye.. mungkin juga anda.. insyaallah tungguuuuuuuuu 

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Meninggal Dunia



"Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011". ~Bernama

Terkejut benar apabila Mak Dara mendapat tahu tentang pemergian ini. Setiap tahun setiap kali tibanya bulan puasa dan hari raya pasti akan menunggu nunggu pengishtiharan tarikh puasa dan pengishtiharan hari raya oleh beliau.. Tak lengkap rasanya bila  tidak mendengar pengishtiharan puasa dan raya daripada beliau sejak beliau bersara pada awal tahun lepas.. Semoga roh Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah diletakkan di kalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH.....



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK