Sunday, December 23, 2012

AKU DAN INSTAGRAM

 
As salam duhai teman..
Sekarang Mak Dara dah ada aktiviti favourite terbaru.. selain dari berblogging dan berFB.. Sekarang Mak Dara baru nak menjinak jinakkan diri dengan INSTAGRAM pula.. Rata rata pengguna telefon Android pasti akan menggunakan aplikasinya.. Memang best bila gunakan Instagram ni . Bagi orang yang rabun photography maknanya tak reti gunakan kamera DSLR macam mak dara bolehlah gunakan handphone dan snap snap gambar dan menggunakan editor di instagram. AKhirnya gambar anda kelihatan seperti ditangkap oleh profesional.. Mak Dara pasti ramai yang gunakan Instagram. Asyik asyik kita promote blog kita aje apa kata hari ni Mak nak promote Instagram anda pula. Nak join? 

1) Buat satu entry bertajuk :  AKU DAN INSTAGRAM
dan Tepekkan header mak di entry itu.
2) Letakkan satu atau lebih gambar yg telah anda uploadkan di Instagram anda
3) Letakkan nama/nickname di akaun instagram anda supaya senang untuk dicari oleh teman teman.
4) Selesai.. tinggalkan link di komen box di bawah

Mak Dara teringin jugak untuk lihat gambar gambar instagram anda tu.. Tarikh tutup pukul 6:00 petang ini 23hb 12. 2012.. (insyaallah akan dipanjangkan mengikut mood meroyan mak hehehe..) Diharapkan dengan menyertai segmen ini anda dapat menambahkan follower di Instagram anda atau setidakj tidaknya dapat memanjang persahabtan anda di laman instagram selain di blog dan fb betul tak :)

#(pstt pada anda yang tak gunakan instagram jangan gusar nanti mak akan cari idea untuk promote fb/fb page/hobi atau dll pulak di lain hari ya) Btw anda boleh ke acc Instagram mak dara dengan search nama "adzairdawati" ;)


Saturday, December 22, 2012

Sesak Sesesaknya



Sesak memang sesesaknya jalan menuju ke Pord Dickson ni.. Sejak dari tadi bermula dari Shah Alam kini di Nilai ambil masa selama dua jam lebih.. Adoiiii kalau macam ni pukul berapa boleh sampai ke PD ni.. Dugaan oh dugaan.. Rupa rupanya ramai teman teman mak juga telah tersekat dalam jem.. Kata mereka jem dimana mana sejak dari pagi tadi.. Nasib baiklah handphone ada line internet boleh le layan Fb dan berblogging kalau tak mahu mati kutu dalam kerata ni huhuhu...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Ikut Jangan Tak Ikut

As salam duhai teman.. 
Al kisahnya somi Mak Dara Martias Ali ada tugasan dan terpaksa ke Pord Dickson untuk mesyuarat Persatuan CCIG ( Creative Content Industry Guild) ni persatuan tentang industri industri seni tanah air lah senang cerita.. Berbelit kalau nak explain dalam english hehehe.. Dan dia ke sana selama tiga hari.... Mak dah mula nak feeling feeling sedih dah.. Baru je nak kempungkan pipi dan nak muncungkan mulut ala ala duck face nak kasi hubby kesian dia dah keluarkan kalam mengajak Mak Dara untuk temankan dia di sana.. Perghhhh pucuk dicita pucuk ubi mendatang.. Apa lagi.. Ikutttt jangan tak ikut....

I followwwwwwww hehehe

Maka kami akan bertolak ke PD sebentar aje lagi. Anak anak pun dah tak kisah nak ikut sebab baru je beberapa hari lepas kami balik dari ke Perlis dan Hadyai maka letih pun masih berbaki lagi. Lagipun di rumah Ibu mak dara yang hanya selang beberapa pintu aje dari rumah mak dara ada ramaiiiiii sepupu sepupu mereka datang dan tidur di rumah Ibu. Jadi bila dah jumpa geng terus lah tak nak ikut.. 

Pada teman teman mak dara yang di dikasari erkkk dikasihi hehe jaga diri baik baik semasa ketiadaan mak dara ini.. Selalu selalu lah menjenguk ke blog Mak Dara ini ye.. Mak akan cuba update jika ada le wifi di sana tu nanti.. Take care ye tata titi tutuuuuuuuuuuu....



Friday, December 21, 2012

PLANET KIARA : MEMPOPULARKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MELALUI DRAMA


As salam duhai teman.. Sebuah drama bersiri 26 episod terbaru bertajuk PLANET KIARA akan mulai menemui penonton dan akan mula ditayangkan di saluran TV3 mulai 27hb Disember tak lama lagi. Drama ini adalah hasil skrip terbaru Mak Dara bersama sama dengan beberapa lagi penulis tanah air iaitu Adza Nasyaemie, Martias Ali dan juga Ayuni Zamani. Mak Dara bersama somi telah dijemput ke Majlis Pelancaran Drama PLANET KIARA yang bertempat di PUSAT SAINS NEGARA pada 13hb Disember yang lalu. Dan artikel mengenai pelancaran dan drama ini telah pun dipublish di beberapa akhbar, blog dan juga di Portal Rasmi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

DSC_0274
Mak Dara dan somi di hadapan dan duduk paling kiri

  

  

Pusat Sains Negara telah melangkah ke satu tahap baru apabila buat julung kalinya menerbitkan drama bersiri televisyen berjudul Planet Kiara. Drama yang akan bersiaran di kaca televisyen sebanyak 26 episod ini pastinya mencetus suasana baru dan membawa kelainan kerana ia merupakan drama bersiri yang menerapkan elemen saintifik dalam jalan ceritanya.

Bersempena dengan penerbitan drama ini, Pusat Sains Negara bekerjasama dengan Bleu Nagas Productions menganjurkan Majlis Pelancaran Drama Bersiri Planet Kiara pada hari ini yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mewakili Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menghebahkan kepada masyarakat dan media massa mengenai penerbitannya dan memberikan nafas baru kepada fungsi Pusat Sains Negara selaku peneraju pendidikan sains dan teknologi tidak formal di Negara ini.

Drama Planet Kiara ini yang mengetengahkan konsep sains dan teknologi dengan gabungan robotik dan CGI (Computer-Generated Imagery) telah dibangunkan dan dipersembahkan secara mudah dan jelas. Melalui cara ini masyarakat akan lebih memahami dan menerima sains kerana ianya disampaikan secara praktikal dan mengaplikasikan STI dalam kehidupan seharian.

Drama Planet Kiara juga bertujuan untuk meningkatkan profil sains di kalangan pelajar yang bakal menyumbang kepada lebih ramai anak muda memilih bidang sains di peringkat pengajian tinggi, mempopularkan dan meramah masyarakatkan sains kepada rakyat daripada pelbagai latar belakang.

Drama Planet Kiara mengisahkan kehidupan seharian keluarga Prof. Johari dan anak-anaknya iaitu Adam, Tasya, Cahya, Aril dan robot PSN-1 di sebuah kota. Pada setiap siri, konsep sains akan ditonjolkan dengan huraian jawapan melalui interaksi kekeluargaan. Diharap penerbitan drama bersiri Planet Kiara ini akan dapat memberi nafas baru dalam penyampaian sains dan teknologi serta dapat mencetus populariti bidang sains di kalangan masyarakat pada masa kini.

Drama Planet Kiara ini dijangka akan menjangkau sekurang-kurangnya satu juta masyarakat Malaysia pada setiap kali tayangan. Ia dijadualkan menemui penonton mulai 27 Disember 2012 (Khamis), jam 6:30 petang di TV3. Sebanyak 26 episod ke semuanya. 13 episod pertama ditayangkan mulai awal tahun 2013 dan ia akan diulang tayang sebelum 13 episod kedua menemui penonton.

Dalam masa yang sama, diharap siri drama Planet Kiara ini akan memberi tempias kepada Pusat Sains Negara, jabatan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengukuhkan peranan dan menonjolkan keterampilan PSN sebagai institusi pembelajaran tidak formal yang unggul di Malaysia.

Jadi jangan lupa untuk menonton drama bersiri PLANET KIARA ini setiap Khamis pukul 6:30 petang di TV3 ya! ;)


Strech Mark HILANG dalam Masa Sebulan! Terima Kasih PB!

KEBIMBANGAN bagi setiap wanita yang telah , sedang atau akan bersalin ada banyak . Namun semuanya pasti akan hilang sebaik sahaja melahirkan. Namun SATU yang akan terus menghantui wanita selepas bertahun selepas bersalin adakalanya hingga selama lamanya iaitu.... STRECH MARK!! 


Susah le nak carik wanita yang selepas melahirkan anak takde strech mark ! Kalau ada wanita yang tiada strech mark selepas bersalin memang terror lah Mak Dara tabik spring pada anda.. Memang anda antara yang sangat sangat sangat bernasib baik.. Namun Mak Dara tak bernasib baik . Kerana STRCH MARK yang mak alami agak teruk. Lebih kurang sama seperti gambar di atas tu..

Ye lah dah mengandung dan melahirkan anak sebanyak 4 orang kesemuanya. Dan melalui proses melahirkan 2 orang anak secara normal dan dua lagi anak Mak Dara dilahirkan secara ceaserian.. Makin mengembang perut masa mengandung tu makin menjadi jadi strech mark yang mak alami..

Puas lah mak cari losyen lah.. krim lah.. ubat sapulah untuk menghilangkan kesan strech mark pada perut Mak Dara namun... NAN HADO!!! sekali duit melayang layang.. Harga ubat untuk hilangkan strech mark bukannya murah...

Setelah anak bongsu Mak Dara Adza Isabella meningkat ke usia 5 tahun. Mak yakin. Mak kompommmm yang strech markh di perut Mak Dara itu akan kekal di perut Mak sampai bila bila. Namun............. Sangkaan Mak Dara SALAH!!!!!

Sejak Mak Dara memakai Premium Beautiful ni mak dara memang menemui penemuan demi penemuan terbaru.. Pertama kali yang mak dara perasan ialah apa bila BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 3KG DALAM 10 HARI!  HILANG 2 INCI SELEPAS 17 HARI ! 




Dan penemuan terkini yang mak dara perasa setelah SEBULAN memakai premium Beautiful ialah apabila STRECH MARK di perut Mak Dara telah HILANG!! syukur alhamdullilah.. Ikutkan hati mau disnap je pic tapi mana boleh AURAT kan.. Tapi percayalah memang terasa macam magic aje.. Syukur alhamdullilah . Kini Mak Dara lebih rasa selesa dan yakin dengan diri sendiri.. Terima kasih kepada SOFEA yang telah kenalkan Mak Dara dengan produk PREMIUM BEAUTIFUL ni ..

Mak Dara bersama somi dan anak anak
dr kiri Adza Danial, Mak Dara, Adza Isabella, Martias Ali
Adza Kasih dan Adza Danina

Memang Mak Dara memang syorkan pada anda untuk mencuba PREMIUM BEAUTIFUL ni. Sangat BERBALOI BALOI!!!!! Untuk keterangan lanjut mengenai PREMIUM BEAUTIFUL ini anda bolehlah hubungi sofea di blognya http://www.sofiashazrizat.com/ atau call/sms/whatsapp sofea di talian 019 3734118... Ataupun boleh email mak dara @ mrs_martias@yahoo.com . Percaya tak kalau mak katakan untuk mendapatkan korset Premium Beautiful ni amat mudah bila adanya Bayaran Ansuran TERENDAH YANG SANGAT SANGAT SANGAT MAMPU DIMILIKI oleh semua orang.

SOFEA : 019 - 3734 118

artikel berkaitan PREMIUM BEAUTIFUL

Saya Pengguna Premium Beautiful!

Hari Pertama Bersama PB BERJAYA!

TEASER Sebelum Dan Selepas

Demam Terus Kebah Dengan PB Syukur

10 Hari Hilang 3 Kilogram!!! Terima Kasih PB! 

17 Hari Hilang 3kg & 2 inci!!! Terima Kasih PB!


Thursday, December 20, 2012

Suntikan Vaksin ACYW 135

Syukur alhamdullilah Mak Dara dan Somi Mak Martias Ali telah selesai mendapatkan suntikan Vaksin ACYW 135 sebentar tadi di klinik MEDIKALAM di Wangsa Maju.Mak Dara dan somi Martias Ali mendapatkan suntikan ini sebagai memenuhi tututan untuk mendapatkan visa bagi mengerjakan umrah pada tahun depan..

http://raudahmawaddah.com/wp-content/uploads/2012/04/acyw135.jpg 
 Vaksin ACYW 135

Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan 'Meningococcal Meningitis di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajibkan mendapatkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan. Peraturan mewajibkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis ke atas bakal jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi.

Pada mulanya Mak agak nebes jugak sebab dah lama tak kena suntik.. Bila jejak aje kaki ke klinik MedikAlam di Wangsa Maju darah mak terus gemuruh..

 
Mak Dara yang nebess hehe

 
somi mak slumber je 

 
Doc sedang siapkan jarum suntikan

 
alamakkkk tiba giliran Mak Dara 

Muka mak time nak kena cucuk tu memang kelakar sangat kata somi mak.. Maunya tak kelakar muka panik tu.. Somi mak mentang mentang dia dulu yang kena suntik lepas tiba time mak aje dia siap cakap cucuk kuat kuat Doktor.. Lepas tu cakap sakitttt mau lah tak kecut perut mak dibuatnya... Last last masa dicucuk tu takdelah sakit mana pon.. Somi mak ni memang suka takutkan mak dara gerammm betul hahaha.. Akhirnya selesai sudah dan dapatlah buku kuning ini dan akan diserahkan sekali semasa proses dokumen umrah nanti.. 


Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye..   

 Turunkan Berat Badan Bersama Premium Beautiful
SOFEA : 019 - 3734 118

Passport Lama Tukar Baru..

Tilam..tilam.. tilam lama tukar baru.. Haa macam pernah dengarkan bila ada lori jual tilam masuk ke kawasan perumahan rumah kita.. Ha itu kisah tilam.. Ini kisah Mak Dara dan passport Mak.. Syukur alhamdullilah akhirnya Mak Dara telah pun selesai renew/memperbaharui Passport Mak Dara sebentar tadi di Pejabat Imigresen Cawangan Sri Rampai Wangsa Maju. Passport lama dah bertukar baru..


 

 

Mak Dara renew passport untuk tujuan melakukan umrah bersama somi Mak pada tahun depan.. Insyaallah kalau tak ada aral melintang kami akan berlepas pada 6hb Februari 2013.

 
Passport Lama Sudah Bertukar Baru

Dengan passport baru ni tidak lah mak rasa janggal berada di kaunter imigresen tiap kali mak out station ke luar negara seperti yang berlaku pada mak ketika ke Hong Kong dan Thailand baru baru ni bila pegawai imigresen terpaksa ambil masa yang lama untuk kenalpasti gambar mak dara yang free hair yang terdapat pada passport dan wajah Mak Dara yang bertudung ketika mak ke hongkong baru baru ni.. Hehe almaklumlah mak baru je berhijrah maka tak sama lah gambar free hair dan bertudung .. Sekarang dah senang kompom takde kekeliruan lagi mudah mudahan hehehe...

Selepas ini Mak Dara perlu memngambil suntikan vaksin ACYW 135 yang telah diwajbkan untuk setiap orang yang inginmengerjakan umrah.. Adess Mak Dah lama tak kena suntik suntik ni..Mintak mintak le tak sakit.Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya.. 


 Turunkan Berat Badan Bersama Premium Beautiful
SOFEA : 019 - 3734 118
 

Tuesday, December 18, 2012

Kuala Lumpur Aku Datang



Mak Dara dalam perjalanan pulang dari Kangar ke Kuala Lumpurrrr.. Sempat gak mak dapat update blog sementata somi mak gigih driving.. Jauh lagi wooo lebih 300km lagi.. Dari mata ngantok baik update blog dulu hehe.. Anak anak dah selamat zzzzz dah kat dalam kereta ni.. Cuaca pon dah makin gelap.. Doakan semoga kami sekeluarha selamat tiba di rumah ya..
KUALA LUMPUR AKU DATANG!! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Menziarah Pusara Adikku Tersayang



As salam duhai teman.. Selama empat hari ini mak jarang update blog kerana mak menghadiri perkahwinan sepupu mak di Kangar Perlis. Dan semasa dalam perjalanan pulang ke KL mak singgah sebentar ke kampung halaman mak di Kulim Kedah.. Di sana mak dan anak anak menziarah pusara arwah adik mak dara iaitu allahyarhamah Adza Suzyriani.. Sayu hati tatkala tiba di sana.. Agak lama mak dan keluarga tidak menziarah hampir dua tahun lamanya.. Walaupun arwah telah meninggal dunia lebih 18 tahun yang lalu namun terasa masih baru diingatan.. Walaupun jauh di mata namun dekat dihati..

Alfatihah buatmu Gee.. Ketahuilah yang kami akan merindui gee dan arwah abah selagi masih bernyawa.. Tenanglah kalian di sana.. Sesungguhnya tuhan lebih sayangkan kalian.. Al Fatihah..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Khap Khun Khaa


Salam dari hadyai
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, December 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Salina dan Yazi


Pukul la taboh.. Pukul la taboh.. Pukul rebana.. Kalau la jodoh.. Kalau lah jodoh.. Tidak kemana...Haaa yang selebihnya mak dara tak tau liriknya bagi lagu selamat pengantin baru ni hehe.. Apa apa pun mak dara nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu mak dara iaitu kak ina dan pasangannya Yazi.. Semoga kekal ke anak cucu dan. Ernahagia selaluuuuuuuuuu...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Selamat Pagi Kangar

Selamat oagi Kangarrrr.. Oh besttnya dapat bangun dan menghirup udara segar di tepian sawahhhh..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 15, 2012

Kisah Pelamin Dan Pukul Tiga Pagi



As salam duhai teman pada tepat pukul tiga pagi ini mak dara bersama somi dan sepupu mak baru sahaja selesai membuat pelamin untuk majlis pernikahan sepupu mak dara esok.. Kenapa baru nak buat pelamin? Kisahnya sepupu mak dara iaitu Kak Na sepatutnya menjalankan akad nikahnya di sebuah masjid di kangar ni tup tup ada masalah sikit maka plan b terus bertukar lokasi di rumah.. Nak sewa pelamin memang tak sempat dahhh maka apa lagi kami pun mulakan projek pelamin dan akhirnya berjaya adakan sebuah pelamin serba ringkas dan simple.. Untuk majlis nikah je rasanya memadai... Nak tengok pelamin tu jap mak kasi upload..
Ha pelamin yang pertama tu untuk pengantin perempuan.. Yang kedua tu untuk pengantin dan tok kadi jalankan akad nikah.. Buat pun tadi dalam pukul 1 pagiebih tadi lepas sesi pakaikan inai pada pengantin.. Kiranya kami buat dua pelamin tu dalam masa sejam lebih je.. Pk lah kan hehe.. Ok nak tidor dulu esok takut lambat pulak nak bangun untuk majlis nikah itu.. Good night semuaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, December 14, 2012

Selamat Tinggal Semua...



Selamat tinggal Mak Dara ucapkan kepada semua pembaca Mak Dara semoga kalian selalulah ingatkan Mak Dara sementara ketiadaan Mak Dara ini ye.. Perghhh syahdu betul entry pepagi ni kan.. Ye mak dara akan meninggalkan anda dan juga meninggalkan blog kesayangan mak dara ini... ohhhh tapi bukan tinggal selama lamanya... tapi tinggalkan selama 3-4 hari aje hehehe.. Al kisahnya sepupu kesayangan Mak Dara Kak Salina Md Zainul akan melangsungkan perkahwinan nya esok maka Mak kenalah Mak dan keluarga hadir pada majlis perkahwinan itu.

Maka mak akan bertolak ke Kangar Perlis pada pukul 11 pagi  ini dan dijangka akan sampai di Kangar pada pukul 6 petang karang insyaallah...

Jadi mak nak mintak tolong dengan anda semua tolong le tengok tengokkan blog mak ni sementara mak di Kangar ye pweaseeee sambil kembungkan pipi dan muncungkan mulut kasi nampak kiuttt sikit hehehe.. Doakan semoga mak dan keluarga selamat pegi dan selamat pulang .. Jumpa lagi anda minggu depan.. muahhhhh.....

~psttt harap harap ada lah line internet di sana.. mau meroyan kalau tak boleh online ni hehe


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK