Saturday, December 29, 2012

Engkaulah Ratu Hatiku

Ibu..Ibu... 
Engkaulah Ratu Hatiku

Cubit peha kiri peha kanan pasti terasa begitulah perasaannya pabila Ibu Mak Dara  (Puan Zaleha) tidak sihat sejak kebelakangan ini. Kami adik beradik juga merasainya. Mak Dara dan adik beradik Mak Dara telah beberapa kali membawa Ibu Mak Dara ke klinik namun keadaannya bagaikan ada pasang surutnya.. Sekejab sihat.. sekejab tidak.. Keadaannya bertambah tidak menentu sejak peninggalan arwah ayah Mak Dara 82 hari yang lalu... Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

Petang tadi Mak Dara dan adik adik Mak Dara membawa Ibu Mak Dara pergi buat check up lagi . Oleh kerana Ibu Mak Dara tak berdaya untuk bangun dan berjalan maka kami terpaksa menolak Ibu Mak Dara menggunakan kerusi roda .

Ibu mak dara dan adik mak Dara Adza Edie

(nombor giliran) Zaleha Binti Md Darus

Ibu Mak Dara sedang menunggu gilirannya bersama adik Mak Dara Adza Emie
yg sdg mendukung anaknya Adza Qhaliffah

Syukur alhamdullilah setelah diperiksa doktor membenarkan ibu Mak Dara pulang kerumah bersama ubat ubatan. Dan sekiranya dalam sehari dua ini keadaan Ibu mak dara masih tiada perubahan maka doktor menasihatkan supaya Ibu Mak Dara di masukkan ke dalam wad.

Semoga Ibu tabah menghadapi semua ini.. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..

Sakit mengajar kami erti kesabaran. 
Sakit mengajar kami tentang kesyukuran. 
Dan sakit membawa kami kepada keinsafan.
Terima kasih Tuhan.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Separuh Jiwanya Pergi

Tiada sinar di matamu..
Tiada senyum di bibirmu..
Tiada kata kau luahkan..
Namun ku tahu...
Separuh jiwamu telah pergi...

Ya Allah ya tuhanku..
Kuatkan semangat ibuku..
Tenangkan hatinya yang lara..
Sesungguhnya kau yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Banyakkan bersabar mak.. Semoga mak tabah menerima dugaanNya.. Semoga mak cepat sembuh dan kembali sihat seperti dulu.. Hanya mak tempat kami bergantung kini.. Sayang mak.....


Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, December 28, 2012

Blogger Ini Membakar Semangatku Untuk Terus Berblogging

Oh benarkah apa yang ku baca ni.. Adakah komen ini ditujukan pada diriku.. Betul ke ni..? Entah entah silap orang tak? Is she talking about me? Me.. the meroyan blogger and the winner of worst blog of the year?? haaa punya konpius sampai terkeluaq bahasa omputih mak. Haa tu belum keluaq bahasa Kedah pekat Mak Dara lagi tu hehe.. Pasti ada yang kata kompom meroyan mak dara dah datang kalau dah mukadimah entry dia dah merapu macam ni haha sangkaan anda benar belaka.. Maunya tak meroyan mak dibuatnya bila ada seorang blogger yang sangat sweet dan baik hati meninggalkan komen seperti ini di entry Mak Dara Belakang Tabir Dan Live Streaming semalam.. Nak tahu apa yang ditulisnya....
 .


Itulah yang telah ditulis oleh Blogger RUZILA pemilik blog Ella's Episodes Oh tiba tiba dalam keadaan mak dara yang agak "murung" "kesedihan" "kebimbangan" akan ibu Mak Dara yang kurang sihat tiba tiba diterangi oleh kata kata indah ini. Terima kasih RUZILA atas komen Ruzila itu ia benar benar membakar semangat Mak Dara untuk terus berblog. Terima kasih Ruzila, you make my day.. aiseymen speaking london lagi hehe... Jom ramai ramai kita terjah ke blog Ruzila . CUma klik di SINI untuk ke sana ;)


Begitu juga dengan semua pembaca blog mak dara . Termasuk yang silent reader atau yang tak berapa nak silent atau yang yang tak silent langsung.. Setiap sorang dari anda amat bermakna untuk Mak Dara. Setiap kunjungan anda.. Setiap niat untuk klik dan melawat blog Mak dara.. Setiap patah komen yang anda tinggalkan.. setiap kasih sayang dan persahabatan yang anda berikan pada Mak Dara amat amat mak dara hargainya.. U guys are sooo PRICELESSSS. Terima kasih kerana sudi menempatkan sebuah blog picisan seperti blog Mak Dara ini di hati anda.. sayang korang ketat ketat..... (wahhhh macam menang award kate ko hehehe)


Thursday, December 27, 2012

Belakang Tabir Dan Live Streaming


Sebentar sahaja lagi akan bermulalah tayangan Behind The Scene/ belakang tabir pembikinan drama bersiri PLANET KIARA . Rancangan ini akan mula ditayangkan di TV3 pada pukul 6:30 petang nanti.

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)



Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini . Drama ini merupakan karya skrip terbaru Mak Dara, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan Martias Ali . Bagi pihak penerbit BLUE NAGAS, Pihak Pusat Sains Negara dan para krew krew dan semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini mengucaapkan selamat menonton dan semoga anda enjoy dengan drama ini.. 


Iphone 5 Gadget Impian - Maafkan AKu

Assalam duhai teman terutamanya kepada semua yg menyertai Iphone5 Gadget Impian. Mak Dara ingin mohon maaf kerana lama tidak menjengah ke sini. Mak Dara kini sedang menjaga ibu Mak Dara yang sedang sakit sekarang di rumah kakak Mak Dara. Sekarang ibu Mak Dara amat lemah untuk berjalan dan kini terpaksa menggunakan pampers dewasa sejak beberapa hari ini.. Keadaannya bertambah ok sikit semalam dan Mak Dara balik ke rumah untuk ambil sedikit pakaian untuk ke rumah kakak Mak Dara semula tengah hari nanti. 

Mak Dara benar benat terkejutnya apabila melihat semua peserta contest Iphone5 Gadget Impian masih terus mengundi kerana Mak Dara sangka contest telah tamat beberapa hari lalu. Rupanya ia telah dianjangkan. Mak Dara mohon maaf kerana tak sedar akan hal ni dan Mak Dara mohon maaf krerana tak membalas semula semua vote vote anda. Mak Dara mohon supaya anda tidak vote lagi untuk Mak Dara kerana Mak khuatir tak dapat balas semua vote anda itu kerana tumpuan Mak Dara kini adalah untuk ibu Mak yang sakit. Harap anda faham situasi Mak.. Mak ucapkan jutaan terima kasih pada yang telah vote dan mohon jutaan maaf kerana tak dapat membalas vote anda selama beberapa hari ni.. Semoga berjaya kepada semua..

Kepada semua pembaca blog Mak Dara dimaklumkan bahawa kebanyakkan entry blog dipublish secara auto publish dan kerana itu tiada komen balas dari mak dara dan juga tiada kunjungan balas kembali ke blog anda . Kalau tak ada perkara sebegini dah kompom kompom mak akan terjah setiap anda yang sudi memberi komen di blog mak ni.. Anda oun tahu kan memang itu lah resam mak.. membalas kunjungan yang sudi berkunjung.. Insyaallah setelah ibu Mak sihat sedikit mak akan membalas kunjungan anda itu.. Terima kasih kerana tetap sudi bersama mak dara walaupun mak dah tak ubah macam biskut kejap ade kejap takde.. Anda semua memang terbaek dan selalu di hati Mak.. Doakan semoga ibu Mak Dara segera sembuh ya.. terima kasih.

Wednesday, December 26, 2012

PLANET KIARA - Satu Hari Lagi!

DRAMA PLANET KIARA BAKAL MENEMUI ANDA MULAI ESOK!
Setiap Hari Khamis Jam 6:30 petang



Drama arahan oleh Bade Hj Azmi dan skrip oleh Adza Nasyaemie,
 Adza Irdawati (MD) Ayuni Zamani dan Martias Ali

Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini . Drama ini merupakan karya skrip terbaru Mak Dara, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan Martias Ali . Bagi pihak penerbit BLUE NAGAS, Pihak Pusat Sains Negara dan para krew krew dan semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini mengucaapkan selaamat menonton dan semoga anda enjoy dengan drama ini.. 

Orang Kutuk? Senyum Dan Bersyukur



 
Daeng Nur Alam: buruk muke
Adza Irdawati Hj Adenan : terima kasih @daeng nur alam.. 
anugerah dari yang maha esa..

Tuesday, December 25, 2012

PLANET KIARA -Menemui Penonton 2 Hari Lagi!

Drama bersiri 26 episod bertajuk PLANET KIARA yang diarahkan oleh pengarah hebat Abang Bade Haji Azmi dan skrip yang ditulis oleh Martias Mohd Ali, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan juga oleh Mak Dara sendiri bakal menemui para penonton 2 hari saja lagi. PLANET KIARA adalah sebuah siri TV yang berkonsepkan drama dan robotik bersempena dengan Gerakan Inovasi Nasional 2012. Drama ini akan mula ditayangkan di saluran TV3 mulai 27hb Disember dan akan ditayangkan setiap hari Khamis jam 6:30 petang!

 


Fuhhhh terujaaaa rasanya apabila drama drama yang mak hasilkan skrip bersama teman teman mak dara ini bakal ditayangkan tak lama saja lagi.. Kepuasan yang dirasai memang PRICELESS..Pada teman teman Mak Dara yang mak kasihi sudilah kiranya dapat support dan menonton drama PLANET KIARA pada setiap khamis jam 6:30 petang ya.. Really appreciate ur support

PLANET KIARA FAN PAGE https://www.facebook.com/pages/Planet-Kiara/348072405282797

Monday, December 24, 2012

Miss Chillax dan Angka 2929

Miss Chillax dan angka 2929.. Pasti anda nak tahu apakah maksud yang tersurat dan tersirat dengan tajuk entry Mak Dara hari ini. Ok meh Mak Dara terangkan.. Sebenarnya Miss Chillax adalah nama seorang blogger dan beliau merupakan follower Mak Dara yang ke.... 2929!!
 Miss Chillax


Syukur alhamdullilah terima kasih ye pada miss chillax kerana sudi follow blog meroyan dan worst blog of the year seperti blog Mak Dara ni ye hehehe..Kepada semua teman teman Mak Dara moh kita ramai ramai terjah ke blog miss chillax jom.. Cuma klik di SINI untuk ke blognya jommmmm...

Hmm tertanya tanya adakah kemungkinan blog picisan dan meroyan mak dara ini boleh mendapat follower yang ke 3000 tak lama lagi.. huhu mode perasannn hehehehe

MEREKA DAN INSTAGRAM

As salam duhai teman
Pagi tadi Mak Dara ada buat satu segmen simple untuk mempromote laman/akaun INSTAGRAM milik anda di entry AKU DAN INSTAGRAM . Kini tibalah masanya untuk Mak Dara promote akaun INSTAGRAM mereka..

My Photo

Blogger pertama yang sudi join segmen picisan Mak Dara ini ialah blogger hebat Yana Yassin Yana terus mendaftar akaun instagram setelah dia memenangiIphone 5 dari Celcom  . Perghhh tahniah Yana dapat hadiah Iphone 5 tu jelessss ok.. hehe.. Ok jom kita skodeng gambar gambar instagram milik Yana Yassin..Kat instag banyak YY letak gambor anak buah tersayang Muhammad Nabil Zaim bin Mohd Nazri yang x berapa sihat, sebab ada masalah dengan salur darah ke jantung. Jadi selalu lah Yana berulang ulang ke hospital. Minta semua tolong doakan moga Abg Nabil cepat sembuh ya.
  @yanayassin. atau klik sini tuk skodeng Instagram milik Yana Yassin
Instagram


 Oyye telah mengupload sebanyak 53 keping gambar di akaun instagramnya dan mempunyai sebanyak 66 follower dan Oyye telah memfollow 96 teman instagram. klik link instagram oyye91 tau!


Kata Joel selain berblogging & berFB,Joel juga suka benar berInstagram terutamanya selepas ayahnya belikannya sebuah Samsung Galaxy Note 10.1 ini :'D Wahhhh bestnya bila dapat terima hadiah yang sungguh hebat macam ni kan..
Jom follow my Instagram - 

tenkiuuuuuuuuuuuu Kepada Yana, Oyye dan Joel yang sudi join segmen picisan mak dara ni hehe. Kepada teman blogger mak dara yang lain moh terjah instagram mereka beramai ramai jom!!

Emmm alang alang dah ke laman instagram dan menerjah ke acc Yana, Oyye dan Joel apa kata singgah le ke akaun Mak Dara juga ye..anda boleh ke acc Instagram mak dara dengan search nama "adzairdawati" ;)




Jalan Jalan Cari Pantai..




Syukur alhamdullilah somi Mak Dara telah selsai mesyuarat dan dan kerjanya sebentar tadi. Jadi tanpa membuang masa somi mak terus ajak mak Dara jalan jalan tepi pantai di tepi Hotel Thistel PD ni.. Waduhhh sejuk bebonar jalan jalan tepi pantai malam malam macam ni... prrrrrrrrr....

 


Terima kasih lah kepada somi mak yang sudi bawak mak jalan jalan di tepi pantai walaupun pada tengah tengah malam buta begini dan walaupun sangat letih lepas hadiri mesyuaratnya yang bermula dari awal pagi lagi.. Al maklumlah nama aje datang sini 3 hari tapi sepanjang masa somi mak sibuk dengan mesyuaratnya jadi malam terakhir ni dia nak bawa mak jalan jalan.. Tankiuuu somiku.. Esok kami akan berangkat pulang ke KL . Tak sabar nak pulang ke pangkuan anak anakku.... Adza Danial.. Adza Danina.. Adza Kasih dan Adza Isabella.. Tunggu kepulangan mama dan papa ya....

Sunday, December 23, 2012

Bercanda Di Tepian Swiming Pool

Bercanda di tepian pantai.. err tepi swiming pool je sebenarnya.. Salam duhai teman.. Hari ini merupakan hari kedua Mak Dara di Thistle Hotel Pord Dickson.. Mak Dara telah diajak oleh somi ke sini beberapa hari yang lepas.. Sebenarnya somi Mak Dara menghadiri mesyuaratnya di sini iaitu untuk mesyuarat Persatuan CCIG (CREATIVE CONTENT INDUSTRY GUILD) . CCIG ni persatuan tentang industri industri seni tanah air lah senang cerita.. Berbelit kalau nak explain dalam english hehehe.. Dan dia ke sana selama tiga hari... Jadi Mak kira follow je lah dia.. Sejak dari semalam somi mak sibuk dengan mesyuaratnya di bilik mesyuarat di hotel ini. Namun tiap kali ada break atau waktu makan somi mak akan ajak mak keluar makan dan jalan jalan keliling hotel ni.. Jadi sempat le nak berangan dan berdating kat tepi swiming pool ni kejap petang tadi hehehe

 



 


Tak dapat lama lama jalan jalan dengan somi mak petang tadi sebab dia kena sambung semula dengan mesyuaratnya itu...

somi mak di bilik mesyuarat

 Somi Mak Dara sedang berbincang

 
yang di hujung kanan itu adalah Zed Zaidi dan Hafsham

 
orang kuat CCIG 

Haaa itu time somi mak tengah break dari mesyuaratnya lah.. Dan bila somi mak masuk balik ke bilik mesyuaratnya..... Mak Dara.....

 





 
Mak Dara pon apa lagi layan youtube dan try tutorial turban turban terbaru hehehe bosan betul mak duduk sorang sorang dalam bilik ni.. Amacam ok tak mak lilit turban tu.. Oklah kan ahaks.. nampak sangat kebosanan yang melanda mak kan hahahahaada . Apa apapun nasib baiklah esok dah nak balik ke KL semula.. Boleh le jumpa dengan anak anakku.. Fuhhh tiga hari tak menatap wajah empat anak anak boleh bertambah kronik meroyan mak ni hehehe.. KL AKU DATANG!!! :) 

AKU DAN INSTAGRAM

 
As salam duhai teman..
Sekarang Mak Dara dah ada aktiviti favourite terbaru.. selain dari berblogging dan berFB.. Sekarang Mak Dara baru nak menjinak jinakkan diri dengan INSTAGRAM pula.. Rata rata pengguna telefon Android pasti akan menggunakan aplikasinya.. Memang best bila gunakan Instagram ni . Bagi orang yang rabun photography maknanya tak reti gunakan kamera DSLR macam mak dara bolehlah gunakan handphone dan snap snap gambar dan menggunakan editor di instagram. AKhirnya gambar anda kelihatan seperti ditangkap oleh profesional.. Mak Dara pasti ramai yang gunakan Instagram. Asyik asyik kita promote blog kita aje apa kata hari ni Mak nak promote Instagram anda pula. Nak join? 

1) Buat satu entry bertajuk :  AKU DAN INSTAGRAM
dan Tepekkan header mak di entry itu.
2) Letakkan satu atau lebih gambar yg telah anda uploadkan di Instagram anda
3) Letakkan nama/nickname di akaun instagram anda supaya senang untuk dicari oleh teman teman.
4) Selesai.. tinggalkan link di komen box di bawah

Mak Dara teringin jugak untuk lihat gambar gambar instagram anda tu.. Tarikh tutup pukul 6:00 petang ini 23hb 12. 2012.. (insyaallah akan dipanjangkan mengikut mood meroyan mak hehehe..) Diharapkan dengan menyertai segmen ini anda dapat menambahkan follower di Instagram anda atau setidakj tidaknya dapat memanjang persahabtan anda di laman instagram selain di blog dan fb betul tak :)

#(pstt pada anda yang tak gunakan instagram jangan gusar nanti mak akan cari idea untuk promote fb/fb page/hobi atau dll pulak di lain hari ya) Btw anda boleh ke acc Instagram mak dara dengan search nama "adzairdawati" ;)


Saturday, December 22, 2012

Sesak Sesesaknya



Sesak memang sesesaknya jalan menuju ke Pord Dickson ni.. Sejak dari tadi bermula dari Shah Alam kini di Nilai ambil masa selama dua jam lebih.. Adoiiii kalau macam ni pukul berapa boleh sampai ke PD ni.. Dugaan oh dugaan.. Rupa rupanya ramai teman teman mak juga telah tersekat dalam jem.. Kata mereka jem dimana mana sejak dari pagi tadi.. Nasib baiklah handphone ada line internet boleh le layan Fb dan berblogging kalau tak mahu mati kutu dalam kerata ni huhuhu...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Ikut Jangan Tak Ikut

As salam duhai teman.. 
Al kisahnya somi Mak Dara Martias Ali ada tugasan dan terpaksa ke Pord Dickson untuk mesyuarat Persatuan CCIG ( Creative Content Industry Guild) ni persatuan tentang industri industri seni tanah air lah senang cerita.. Berbelit kalau nak explain dalam english hehehe.. Dan dia ke sana selama tiga hari.... Mak dah mula nak feeling feeling sedih dah.. Baru je nak kempungkan pipi dan nak muncungkan mulut ala ala duck face nak kasi hubby kesian dia dah keluarkan kalam mengajak Mak Dara untuk temankan dia di sana.. Perghhhh pucuk dicita pucuk ubi mendatang.. Apa lagi.. Ikutttt jangan tak ikut....

I followwwwwwww hehehe

Maka kami akan bertolak ke PD sebentar aje lagi. Anak anak pun dah tak kisah nak ikut sebab baru je beberapa hari lepas kami balik dari ke Perlis dan Hadyai maka letih pun masih berbaki lagi. Lagipun di rumah Ibu mak dara yang hanya selang beberapa pintu aje dari rumah mak dara ada ramaiiiiii sepupu sepupu mereka datang dan tidur di rumah Ibu. Jadi bila dah jumpa geng terus lah tak nak ikut.. 

Pada teman teman mak dara yang di dikasari erkkk dikasihi hehe jaga diri baik baik semasa ketiadaan mak dara ini.. Selalu selalu lah menjenguk ke blog Mak Dara ini ye.. Mak akan cuba update jika ada le wifi di sana tu nanti.. Take care ye tata titi tutuuuuuuuuuuu....



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK