Sunday, January 13, 2013

MAK DARA DAN GOMO FM BERGABUNG MELETOP

Sempena ulang tahun Anniversary kedua tahun blog BICARA MAK DARA pada 17hb jan ini. Mak Dara terpanggil untuk menyeponsor (sponsor) untuk sebuah pencarian yang diadakan oleh sebuah radio internet hebat yang menjadi fenomena di alam maya kini iaitu radio GOMOFM bersama sama deejay deejay hebat iaitu DJ KUBI, DJ KAK PAH , DJ RAFINA MIMI dj zara dan dj ct laian lain deejay yang hebat hebat belaka.
Kini GOMO FM sedang mencari bakat bakat baru dalam sesi "GOMOFM MENGHARGAI BAKAT ANDA" Kepada sesiapa yang nak suaranya berkumandang di radio internet,GOMOFM,silalah lihat cara cara untuk menyertainya seperti di bawah ye 

syarat syarat penyertaan:
1.Rakamkan lagu nyanyian anda unplug pun tak pe.. pantun ke..syair ke.. bercerita ke..madah pujangga ke.. asalkan ada suara.. 
2)rakamkan suara ada di talipon pintar atau di mana mana alat rakaman. 

3)Di akhir rakaman itu anda perlu sebut nama anda dan dari mana dan di akhir rakaman anda sebut tagline "GOMOFM,GOMO SAMPAI BERBUIH"

4) hantarkan rakaman anda kepada facebook DJ KAK PAH  (sila add dulu.kalau tak add tak leh send) @ https://www.facebook.com/chepahkamal

Dan disni lah di mana Mak dara datang menyibuk di mana Mak Dara akan menunggu pemenang yang bakal diumumkan oleh pihak GOMO FM dan NAMA PEMENANG akan Mak Dara akan masukkan dalam skrip terbaru mak dara. Dan nama pemenang itu akan menjadi salah satu watak utama dalam drama yang bertajuk "KEBAYA KAK JEMAH KURUNG MAK KIAH".. 

Haaa amacam menariks tertariks tak.. Bukan saja rakaman anda akan disiarkan di radio GOMO FM namun nama pemenangnya juga akan dijadikan sebagai salah satu waktak dalam drama terbaru Mak Dara itu.. Jadi apa tunggu lagi.. Cepat cepat lah rakamkan suara anda ya.. All the besttttt semua... Untuk keterangan yang lebih terang.... sila bukak lampu hehehe lawok je.. silalah hubungi DJ KAK PAH di blognya klik di SINI ye..



Mak Dara Bertanya Kepada Ustaz Azhar Idrus

As salam duhai teman..
Baru baru ni semasa bagun dari tidur.. Mak Dara terasa sangat sayu dan sangat sebak.. Bukan kerana gaduh dengan anak anak ke.. gadoh dengan somi ke tapi oleh kerana sebuah mimpi.. Rasanya mimpi yang termasnisssssss yang pernah mak dara alami sepanjang hayat mak dara ini.. Mimpi yang membuatkan mak dara speechless.. Mimpi yang langsung tidak terasa seperti mimpi tatkala dan tika itu.. Serasa ia benar benar berlaku.. Masyaallah hanya tuhan saja yang tahu perasaan mak dara apabila menerima mimpi sebegitu.. Oleh kerana kita ni tidak le tahu mimpi sebigini hanyalah mainan mimpi atau apa apa maka kemusyhkilan ini mak dara utarakan kepada tokoh ulama yang amat mak dara hormati dan gemari iaitu Ustaz Azhar Idrus di fanpage nya..


Namun walau apa apapun.. walau tidak mempunyai sebarang makna sekalipu mimpi itu.. Namun ia adalah mimpi terindah dalam hidup mak dara....


Saturday, January 12, 2013

Photo Booth Trend Terkini

Seperti di UK, fenomena Photobooth juga makin berleluasa di majlis-majlis perkahwinan, pertunangan, Harijadi dan lain lain majlis lagi di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Keindahan suasana bergambar dengan kemudahan photobooth bukan sahaja memberikan kepuasan, Ia juga memberi peluang pada tetamu-tetamu kita mengeratkan hubungan silaturahim sambil bergambar tanpa bantuan Jurugambar professional . Mak Dara juga terpanggil untuk membuat "prop photobooth" untuk majlis harijadi anak Mak Dara semalam.. Mari Mak Dara sharekan saat saat meroyan Mak Dara dan keluarga semasa mengayakan prop prop photobooth yang telah Mak Dara buat sendiri..

Mak Dara dan somi ehehe

Adza Qhaliesya , Adza Danina dan Adza Kasih

Adza Qhaliesya , Adza Danina, Adza Kasih dan Adza Isabella

 
Adza Nasyaemie & Adza Rinawati

 
Adza Qhaliffah & Adza Qhaliesya

 
Adza Kasih dan Adza Danina

 
Adza Emie dan anaknya Adza Qhaliffah.. 
alooo siannn baby.. nakal betul Ibu dia ni hehe


Hahaha bila somi pun turut sama jadi meroyan ;p

Haaaa macam macam jenis posing oleh Mak Dara, somi , anak anak, anak anak buah dan adik adik mak.. Memang terbukti majlis menjadi lebih meriah dengan prop prop untuk photo booth ni.. Kalau anda pun nak meriahkan majlis anda boleh le google Photobooth prob idea boleh ambil inspirasi di sana memang best best belaka.. Cuba jangan tak cubaaaa ;)


iPhone 5 Gadget Impian


Hi and salam to all readers.. 
For the first time ever I would love to join Denaihati iphone 5 gadget impian contest. And this time.. Denaihati offers an iphone5 as the ultimate prize!! OMG  who in the right mind would pass this great opportunity right?  So let's get to it.. 

my "iphone 5 gadget impian" 
video for this contest


Majlis Harijadi Adza Isabella

Semalam 11hb Jan 2013 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 6 tahun. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..

 
mula mula set up decoration.. siapkan goodie bags . simple tak hengat kannn haha

 
Ice cream cake dan donut dr dunkin donut

Dah mula nyanyi lagu Happy Birthday

 



 
potong kekkkkkkkkkkkk timeeeeee

masa untuk bukak hadiahhhhhhhhh

 

 

 

 

Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella semalam.. Tema untuk birthday party si kecik ni ialah "colour block" maka mak dan adik mak jahitkan baju anak anak kami dengan warna warna yang meriah kasi ikut tema.. So berkaler full lah anak anak dan anak anak sedara mak di majlis itu semalam.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Tak lama lagi birthday Mak Dara pulak pada 24hb Januari nanti nak tema apa agaknya ek hehehehe

Friday, January 11, 2013

Persamaan Dato Siti Nurhaliza dan Isabella

Satu Malaya pasti kenal dengan Dato Siti Nurhaliza kan.. Tapi siapa pula Isabella.. Dan apa pula persamaan antara mereka...


Dato Siti Nurhaliza                         Isabella

Ok jangan biarkan diri anda diselubungi misteri lagi ye.. Isabella tu anak bongsu Mak Dara.. Wahhh ada hati Mak Dara nak samakan anak mak dara dengan penyanyi nombor satu Malaya tu ye.. kata kau bedah.. Hahaha bukan nak perasan tapi memang ada persamaan antara mereka tapi di mana.. Wajah jauh sekali le nak sama.. Senyuman lagi le tak sama sebab gigi si Bella banyak yang rosak haha...Sudah pasti le bukan umur yang menjadi persamaan antara sebab anak mak tu baru cukup 6 tahun hari ini.. under age lagi.. tapi persamaan antara mereka ialah..... Tarikh lahir mereka...Ya kedua dua mereka lahir pada 11hb Januari!!!


SELAMAT HARIJADI BUAT
DATO SITI NURHALIZA ISABELLA!!!!!!!

Butang FOLLOWER Di Facebook

As salam duhai teman.
Jangan ingat di blog aje yang ada butang follower ye.. Sekarang di facebook juga dah ada butang FOLLOWER hokay.. Tak percaya tegok ni ..



Rupanya butang "Subcriber" itu telah pun di tukar kepada butang "Follower" . Pada mulanya Mak Dara pun tak perasan dengan perubahan yang dibuat oleh Facebook ini sehinggalah terbaca status update oleh teman FB mak dara iaitu Yana Azfar atau dalam dunia blog dia lebih dikenali sebagai Yana Ujang dari blog "Life 101" .  Terima kasih Yana kalau Yana tak update status tu kompom sampai hari ni Mak tak perasan dengan perubahan baru ni hehe.. Mak Dara rasa pasti ramai juga yang tak perasan akan perubahan ini kan hehe samolah kito..

Haa lepas ni jenuh lah di facebook pulak ada update status "You follow me.. I follow you" hehehehe

Khas Buatmu Adza Isabella



Tepat jam 12 tengah malam tadi iaitu 11hb Januari 2013 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 5 tahun!!! Sekejap aje masa berlalu.. Rasanya macam baru semalam aje Mak Dara melahirkannya dan hari ini Bella dah pun 5 tahun dan dah mula bersekolah...

Namun dek kerana Bella sekolah pagi jadinya dia dah pun tidur awal... Tak macam tahun tahun sebelumnya dimana time time macam begini kompom dia tengah sakan main dan tengok tv hehe.. 

Tapi tidur ke tak.. Mak tetap pegi bisik dan nyanyikan lagu birthday buat bella tadi.. Entah entah tengah mimpi makan kek kot hehe..  HAPPY BIRTHDAAYYYY BELLAAAA.. Mama luvssss you so muchhhhh Babyyyyyyy... Esok kita celebrate birtday Bella ok.... 

Thursday, January 10, 2013

Selamat Tinggal ADAM DAN HAWA

Habis lah sudah.. tamatlah sudah.. 
Sebentar tadi merupakan episod terakhir drama bersiri Adam dan Hawa.. Haaa jangan ingat mak dara ni meroyan takde jiwang jiwang ek.. Dada pernuh bersarang dengan bunga dan daun daunan hokay hehehe.. Mak dara mengaku memang jarang jarang dan kadang kadang aje mak ikuti drama bersiri yang ditayangkan di mana mana stesyen TV terutamanya cerita yang bergenre cintan cintun ni.. Kadang kadang drama hasil skrip Mak Dara sendiri pun terlepas nak menontonnya dek kerana sibuk sangat dengan kerja.. Tapi bila tiba masa tayangan drama ADAM DAN HAWA ni  Mak akan cuba untuk menontonnya.. 

Tahniah diucapkan kepada penulis Aisya Sofea yang telah berjaya memberikan sebuah naskah yang sungguh hebat ini.. Moga ada lagi karya karya milik Aisya Sofea lagi yang akan dijadikan drama atau filem selepas tamatnya drama ini. Tahniah juga kepada semua barisan pelakon yang berjaya menghidupkan cerita ini dan juga kepada pengarah dan semua yang terlibat.. akhir kata..


Selamat Tinggal ADAM DAN HAWA ;)
TAMAT...

PLANET KIARA - Episod 2



Selamat menonton drama bersiri bertajuk Planet Kiara yang akan ditayangkan di TV3 sebentar lagi jam 6:30 petang 

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini . Drama ini merupakan karya skrip terbaru Mak Dara, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan Martias Ali . Bagi pihak penerbit BLUE NAGAS, Pihak Pusat Sains Negara dan para krew krew dan semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini mengucaapkan selamat menonton dan semoga anda enjoy dengan drama ini.. 


Makan Malam Bersama Mak Dara



Makan malam bersama Mak Dara.. 
Adakah yang sudi.. Adakah yang mahu.. 
Adakah.... 

Haa tu diaaa tagline meroyan dah keluaq.. Kalau tagline ni jadi tagline filem yang bakal ditayangkan kat panggung tak lama lagi kompom filem tu tak laku kekdahnya hehehe..

Ok tapi ini bukan satu royanan atau geli gelian.. Ini benar benar kejadian.. MAKAN MALAM BERSAMA MAK DARA . Mak tengah berkira kira untuk mengajak beberapa blogger untuk makan malam bersama mak dara sempena Ulang Tahun ke 2 Tahun blog BICARA MAK DARA ini pada 17hb jan ini. Tak lama aje lagi.. Lagi tujuh hari to be exact.. Dah lama planning.. Dah ada tanya para blogger dalam entry ini Nak Buat Majlis Ke Tak Hmmmm.... Dan respond dari teman blogger amat menggalakkan dan menggedikkan Mak Dara untuk meneruskan niat Mak Dara itu..

Cuma sekarang tengah cari idea bagaimana nak memanggil jemputan.. Wahhh macam nak panggil pi kenduri je aih hahaha... Dalam hati plan untuk ajak min 10 hingga max 20 orang blogger untuk makan malam bersama mak dara.. Dalam dok makan makan dan berkenal kenal jugak selepas aje majlis itu Mak akan promote kaw kaw blog mereka satu persatu setiap hari dan memperkenalkan mereka di dalam blog mak ni..

Ok mak akan cari idea secepat yang mungkin ya.. Rasanya mak mula buat simple segmen or GA baru adil kan.. Ok tungguuuuuuuuuuu... Tapi bak kata teman blogger  mak yang sempoi iaitu KAK PAH DJ GOMOFM di wall fb mak "Tanya siapa yg boleh hadir...kalau ajak tapi tak leh hadir.. Susah jga... Kalau ramai yg boleh hadir,baru le bikin GA.. Heeeee betul jugak kata kak pah ni..

Maka Makan Malam bersama Mak Dara ni terbuka kepada mereka yang boleh datang ke area KL le.. Sebab majlis itu berlangsung di Wangsa Maju KL dekat dengan rumah Mak Dara.. Tak kisah di mana anda tinggal di selangor ke , di KL ke, di melaka ke, di johor atau perlis di mana jua . Jika rasa boleh datang ke majlis ini sertailah GA mak ni nanti ya..


Wednesday, January 9, 2013

Duhai Teman...


Selamat Malam Duhai Teman..
Semoga tidur mu ditilami ketenangan
Semoga mimpi mu diselimuti kebahagian
Semoga esok jagamu disinari harapan...

ADZA SUZYRIANI & ADENAN ARSHAD Dalam Kenangan


Dari pagi hingga kini.. Berkali kali Mak Dara cuba untuk menulis entry ini namun berkali kali juga ia terhenti henti... Terlalu berat untuk disampaikan terlalu sebak untuk mak luahkannya... Sebenarnya.... Hari ini tanggal 9hb Januari 2013 merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah adik Mak Dara iaitu Allahyarhamah Adza Suzyriani.. 

dr atas kiri- Adza Irdawati(mak dara), Adza Nasyaemie(baby), 
Allahyarhamah Adza Suzyriani(baju belang) Adza Adzriyati dan Adza Edie Izwan
hadapan - Adza Rinawati dan Adza Tutyrianti

Sekiranya arwah masih hidup umurnya genaplah 35 tahun hari ini.. Mungkin sekiranya dia masih hidup dia mungkin telah bekerja.. berumahtangga atau mungkin juga telah mempunyai anak anak......

Adik Mak Dara ni sebenarnya dilahirkan normal tapi satu insiden masa umurnya 4 tahun bila meja dapur patah dan air panas yang ada atas tu jatuh dan terkena pada arwah yang ada di dapur saat tu . Air panas tu terkena ke seluruh peha kirinya dan hampir semua kulit kulit luruh ke lantai. Tak dapat mak kenangkan kembali jeritan kesakitan yang ditanggung arwah pada saat itu. Dan di atas kelalaian pihak Hospital semasa pembedahan dengan memberikan ubat bius overdose membuatkan otak arwah kembang. Selepas dari operation itu otak arwah develop slowwwwly walaupun masa tu umur dia 4 tahun tapi pemikirannya seperti bayi sehinggalah ke akhir hayatnya. Kami telah melakukan segala galanya untuk membawa pihak hospital ke pihak pengadilan namun gagal . Akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10hb April 1994 pada usia 16 tahun.
Tiada lagi derita buatmu
Tiada lagi kesakitan buatmu
Tenang lah kau di sana
Amanlah kau di sisiNya
Ketahuilah bahawa kami terlalu cintakanmu
namun tuhan lebih sayangkanmu
Alfatihah buatmu 
wahai adikku.....

 Gee reallyyyyyyy miss your voice.. your laugh.. your everything.. miss to be around you.. missssssss everything about you... But I know.. Tuhan lebih sayangkan Gee.. Kini Abah juga telah meninggalkan kami.. Semalam 8hb Oktober genaplah 3 bulan pemergiannya.. Kini bukan satu tapi dua insan yang sangat kami cintai telah meninggalkan kami. Sedih apabila  membaca kembali komen abah terhadap kehilanganmu Gee..


Kini Abah pula telah tiada dan masih terngiang ngiag komen yang ditinggalkan olehnya..


Jariku tak dapat terus menari bagi menulis mengenai kalian
Mataku cuba untuk menahan takungan airnya tatkala menatap gambarmu
Otakku tidak dapat terhenti dari mengingati kenangan kita bersama
Hatiku tidak dapat menahan perasaan rinduku pada kamu berdua
sebak hatiku terkenangkanmu

Tenanglah kalian di sana
Akan tiba masa ku jua
Untuk bersama kalian satu masa nanti
Allahyarhamah ADZA SUZYRIANI & Allahyarham ADENAN ARSHAD 
Dalam Kenangan ALFATIHAH....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK