Saturday, January 19, 2013

Kursus Umrah

Pada tika dan saat ini Mak Dara dan suami sedang menghadiri kursus umrah di Al Mukminin Shah Alam.. Sangat sangat bagus menghadiri kursus ini bagi orang yang pertama kali untuk mengerjakan umrah kerana kita dapat tahu apa yang harus dilakukan dan apa yang dilarang semasa mengerjakan umrah..

Masyaallah tidak sabar rasanya untuk berangkat bersama somi mak dara. Kini tinggal 16 hari sebelum impian mak dara ini bakal tercapai insyaallah.. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya amin...


SENARAI DAN GAMBAR PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA

SENARAI DAN GAMBAR PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA 

 JOZAN membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Tahniah kepada JOZAN!

 

 

Naib Juara iaitu JAMBU membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro.
 

Tempat ketiga.. Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro.. Jatuh kepada SHIRO!
 

Pemenang tempat keempat, mambawa pulang RM50,000 dan trofi sumbangan Astro.. Tahniah kepada BOBOI!
 

Pemenang tempat kelima, membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro.. jatuh kepada.. SAYWHO! 
  Photo: Tahniah kepada semua finalis #MaharajaLawakMega 2012. Terima kasih kepada semua penonton dan peminat Maharaja Lawak Mega 2012 yang mengikuti kami dari minggu pertama hingga minggu akhir. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada warga Johor Bahru yang memeriahkan Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir malam ini! JB! Peace Yaw!

Friday, January 18, 2013

Johan Kembali Di Maharajalawak Mega Final

Memang tak disangka sangka.. Ingatkan sorang rupanya berdua.. Zizan tidak keseorangan di malam final Maharajalawak Mega apabila Johan membuat kejutan dan mengejutkan semua penonton di stadium dan juga di rumah apabila dia tiba tiba naik ke pentas untuk sama sama membuat persembahan bersama sama Zizan.. Boleh dengar suara jeritan semua di stadium bersorak riang dengan kemunculan Johan itu.. Baru rasa complete baru rasa sempurna persembahan kumpulan JOZAN pada malam final ini.. All the best untuk Jozan dan semua finalis pada malam ini ya.. May the best man wins...


KENANGAN YANG TERINDAH SEORANG BLOGGER

As salam kepada semua teman Mak.. Diam tak diam semalam 17hb Jan 2013 genaplah dua tahun mak dara berblogging.. Banyak kenangan manis semasa melayari bahtera blog ni.. Yang pahit rasanya sikit sangat so mak nak share yang happy happy aje .. Kenangan yang paling terindah bersama blog Mak Dara yang tercinta ialah apabila blog Mak Dara menggondol anugerah WORST BLOG OF THE YEAR  di Worlds Blogger And Social Media Award 2012.

Mak Dara menerima anugerah dari  Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim 



Ramai yang tanya mak kenapa WORST? Dan di dalam kategori itu mak ada tulis alasan kenapa mak masuk kategori itu dan ianya berbunyi..

This blog is own by old lady name Adza Irdawati
or I call myself as "Mak Dara"
to make things worst im FAT!!!!
now tell me the truth who really wants to reads a blog from
an old and triple XL lady with the history of meroyan..

Hehe ok tak alasan mak tu hehe.. lagipun bila difikir balik kalau semua masuk dalam kategori the best habis siapa yang nak masuk kategori the worst ye dak hehe.. Dan di sini mak cuba nak buktikan bahawa tidak semua yang WORST tak semestinya terburuk.. I wanna brings AWESOMENESS to the WORST.. =) 

Tahun ni Mak Dara memang rasa penyakit M telah mula merasuk mak dara.. Penyakit M tu maknanya malassssssss le hehe.. Mak rasa memang Mak Dara tak mahu lagi nak join mana mana contest ataupun pertandingan.. Letihhh woooo nak kempen sana kempen sini. Tapi mak dara terkejut bila blog mak dara telah dinominatekan lagi sekali tahun ni tapi kali ni dalam kategori Favourite Lifestyle Blog siapalah yang nominate mak dara ni agaknya ya .. Siap dengan tagline "This blog basically explains the lifestyle of all Malysians. It consists of contests, videos, offers, etc. ..." huhuhuhu terima kasih atas penghargaan ini kepada siapa juga anda yang telah nominasikan blog mak dara ini..Jadi tak baik untuk hampakan orang maka mak bersedia untuk berjuang.. 

Jadi sempena ulangtahun ke dua tahun blog mak dara ini, sudilah kiranya anda , anda dan juga anda membantu Mak Dara.. Sudilah kiranya untuk mengundi blog Mak Dara bagi kategori Favourite Lifestyle Blog cara caranya

Untuk mengundi blog BICARA MAK DARA, 
hanya ikuti langkah-langkah yang mudah:


  • Klik di link di atas atau di SINI
  • Pastikan anda daftar akaun terlebih dahulu untuk akses
  • Aktifkan akaun di e-mail anda.
  • Klik pada senarai kategori yang dicalonkan.
  • Pilih blog kegemaran anda
  • Klik pada butang Vote untuk mengundi.

Hanya satu vote sahaja daripada anda.. Tak perlu vote hari hari.. Sekali sahaja dan setiap vote itu amat bermakna bagi Mak dara.. Sekiranya anda telah vote untuk Mak Dara silalah letak link url anda di kotak komen di bawah ya.. Ada sesuatu yang istimewa bakal menanti anda .. Terima kasih mak dara ucapkan kepada semua kerana sudi melayan kerenah meroyan Mak dara di setiap entry mak selama dua tahun ini.. You guys are AWESOME.. sayangggggggg semuaaaaaaaaaaaaaa.....

Thursday, January 17, 2013

PLANET KIARA - Episod 3



Selamat menonton drama bersiri bertajuk Planet Kiara yang akan ditayangkan di TV3 sebentar lagi jam 6:30 petang 

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini . Drama ini merupakan karya skrip terbaru Mak Dara, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan Martias Ali . Bagi pihak penerbit BLUE NAGAS, Pihak Pusat Sains Negara dan para krew krew dan semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini mengucaapkan selamat menonton dan semoga anda enjoy dengan drama ini.. 

YEAYYYYYY



SEPETANG BERSAMA MAK DARA


Assalam duhai teman.. Masanya telah tibaaa.. Ulangtahun Anniversary ke dua tahun blog Bicara Mak Dara pada 17hb Januari ini.. Sempena ulang tahun Anniversary kedua ini Mak Dara terpanggil untuk membuat satu majlis kecil kecilan. Satu majlis yang sangat simple dan kecil untuk mak dara, teman dan juga beberapa kenalan rapat Mak Dara.. Namun mak dara juga terpanggil untuk menjemput 10 orang pembaca blog mak dara ini untuk sama sama ke majlis ini untuk meraikan bersama mak dara.. 

Tempat: RAMPAI PALACE Wangsa Maju
Tarikh: 20hb Januari 2013
Masa: 2:30ptg hingga 5:00ptg

Undangan ini terbuka kepada mereka yang dapat hadirkan diri pada masa yang di tetapkan seperti di atas.. Tak kisah dimana jua anda berada jika anda rasa ingin join majlis ini dan dapat luangkan masa dan dapat hadir pada masa dan tarikh di atas silalah hantarkan email kepada Mak Dara detail andaa seperti nama penuh , nombor telefon link blog ke email mak @ mrs_martias@yahoo.com

Mak Dara akan memilih 10 orang pembaca bertuah untuk sama sama ke majlis yang serba serbi simple ini bagi meraikan ulangtahun kedua blog bicaramakdara.com dan sekaligus meraikan ulangtahun kelahiran Mak Dara yang ke 16 + 20 tahun hehehe. Tak sabar untuk meraikan bersama sama andaaaaaaa. persoalannya sekarang ini ADAKAH YANG SUDIIIII huhuhuhu


Wednesday, January 16, 2013

2 | WW



 #pic by http://strollerstrideshawaii.blogspot.com


Seribu Lebih lebah Berjaya Di Hapuskan | Terima Kasih Pegawai Pertahanan Awam

Sebegitu panjangnya tajuk entry Mak dara pada malam ini sebegitu jugalah panjangnya syukur Mak Dara sekeluarga . Kejadian malam ini memang amat mengerikan Mak Dara sekeluarga.. Seperti yang ada sudah tahu tentang sarang lebah yang tiba tiba datang membuat sarang di rumah ibu Mak Dara petang tadi dengan pantasnya dari kuantiti sedikit telah bertukar menjadi banyak dengan sungguh pantas sekali.. Pada mulanya kami lihat hanya dalam ratusan ekor dan pada malam jumlah itu semakin bertambah..

Syukur alhamdullilah suami Mak Dara mengambil keputusan untuk menelefon pihak Bomba dan akhirnya menyambungkan talian itu kepada Jabatan Pertahanan Awam. Dan mereka tiba di rumah Ibu mak dara dengan kadar yang amat pantas. Seramai 6 orang pegawai Pertahanan Awam telah bersama sama menghapuskan lebah itu. Dan mak sempat snap beberapa keping gambar aksi mereka menghapuskan lebah itu..

Pegawai Pertahanan Awam sedang meneliti kawasan lebah di hadapan rumah ibu Mak Dara




mereka gunakan 4 tin spray ubat nyamuk dan api untuk hapuskan semua lebah

sebahagian dari seribu ekor lebih lebah yang telah dihapuskan



video pegawai sedang hapuskan lebah

Mulanya kami menjangkakan hanya beberapa ratus ekor lebah saja namun pegawai itu berkata bahawa terdapat lebih seribu ekor kesemuanya yang telah mereka hapuskan.. Dan kata mereka lebah seperti ini selalu bergerak dalam kuantiti yang banyak dan bila malam tiba mereka cari tempat untuk berteduh dan selalunya akan meninggalkan tempat teduhan sementara mereka menjelang waktu pagi. Namun katanya jarang sekali lebah ini berteduh di kawasan rumah. Namun bagaimana pun oleh kerana isi di rumah Ibu Mak dara mempunyai 6 orang cucu yang semuanya bawah 7 tahun kesemuanya jadi kami tidak mahu ambil risiko dan menunggu hingga esok dan terus menghubungi 999 untuk bantuan. 

Syukur alhamdullilah kesemua lebah itu telah berjaya di hapuskan.. Cuma mak dara kesian kepada dua orang pegawai pertahanan awam yang telah terkena sengat lebah.. Kata ketua pegawai mereka dia akan terus membawa dua pegawai itu untuk mendapatkan suntikan selepas selesai sahaja misi mereka di rumah Ibu mak dara ini.. Mak Dara dan seluruh keluarga mak dara amat amat berterima kasih kepada kesemua Pegawai Pertahanan Awam yang telah datang membantu kami.. Jasa kalian amat kami sanjungi.. Syukur alhamdullilah semuanya selesai kini.. Semoga anak anak dan anak anak buahku selalu dalam lindunganNya amin...





Tuesday, January 15, 2013

Sedang Menanti Kedatangan Bomba Di Rumah Ibu Mak Dara

Masyaallah.. Mak dara skrg berada di rumah ibu mak dara sekarang . Dan tadi mak bersama adik adik mak dara sedang berbual di luar rumah dan tiba tiba kami tersedar yg ada tebuan yang berterbangan di atas kepala makin lama makin banyak dan bila kami berpaling di atas memang terkejut dibuatnya bila lihat sarang tebuan di atas bumbung rumah yang tak jauh dari kepala kami semua. Kami terus lari masuk dan hubungi bomba. Dan sekarang kami menanti bomba skrg utk hapuskan sarang itu.. Masyaallah takutnya...


Anak Penarik Beca


As salam duhai teman.. 
Hmmm hari ni rasanya Mak Dara asyik cerita kisah meroyan mak je hari hari sampai anda semua pun dah hampir muntah pink maka hari ni mak nak cerita kisah selain dari diri Mak dara lah.. Emmm mak nak cerita tentang somi mak pulak.. Amacam boleh ke hehe? 

Somi Mak bukannya seorang novelis... Dia seorang penulis skrip dan pengarah  namun dia telah lama menyimpan niat untuk menjadi penulis novel yang hebat.. Lantaran itu somi mak telah cuba untuk terjemahkan sebuah karya telemovie beliau ke dalam bentuk novel... Berpeluh juga dia nak menyusun ayat. Katanya dia rasa banyak yang tak betul. Dan akhirnya maka lahirlah sebuah novel yang bertajuk ANAK PENARIK BECA..



Novel ini telah pun di cetak dan dijual sebanyak 3000 naskah. Semua dah sold out. So tak boleh nak cari lagi kat mana-mana kedai. Alhamdulillah dengar cerita novel ini akan jadi buku teks sekoah menengah pada tahun 2014... Insyaallah.. doakan ya. Tapi kalau anda semua teringin nak baca (kepada yang belum pernah membacanya) boleh le beli PDF file (lebih kurang macam e-book). 

Terdapat 33 babak di dalam novel ini. So mak dara kasi korang baca babak yang pertama dahulu... Lebih kurang macam teaser lah kekdahnya...

Sedutan novel ANAK PENARIK BECA

. 1 .

Bandaraya Melaka. Deretan beca-beca tua menyusuri jalan, bagaikan satu perarakan kereta berhias yang disirami percikan cahaya sang mentari nian tegak meninggi. Wajah-wajah lewat usia, menagih kudrat dekad-dekad yang lalu, bagaikan tidak bermaya lagi menghabiskan putaran pedal beca yang ada di antaranya sebaya usia mereka.

Keriuhan deringan loceng-loceng beca yang dari berbagai bunyi dan nada, bagaikan seirama mencipta sebuah melodi indah, lantaran menenggelamkan pekikan suara enjin-enjin jentera moden yang melewati perarakan mereka. Namun dalam nada yang seirama itu, kedengaran pekikan bunyi hon sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam yang tampak garang dan tidak beradab, lantas sumbanglah irama indah anggota panca irama yang dianggotai oleh orkes warga penarik beca.

Kamal, seorang eksekutif muda mula mengerutkan dahi melihat perarakan beca di hadapan matanya yang tidak ubah seperti satu perlumbaan sang kura-kura di gelanggang lumba kuda. Wajahnya bengis mengumpul darah panas yang mula menghangatkan telinganya.

Tiada ruang untuk dia memintas deretan beca-beca tua yang ternyata terus tidak mempedulikan kehadirannya.

“Tepilah sikit.” Jeritan nada geramnya menjerit ke arah si penarik beca.

Namun, mereka hanya lewa menoleh ke belakang tanpa melemparkan apa-apa reaksi balas terhadapnya.

Kamal semakin geram. Jam tangannya kini melewati pukul dua belas tengah hari. Dia lantas menghentak stereng keretanya sambil membunyikan hon bingit yang panjang sebagai tanda protes tidak puas hati.

Tiba di satu selekoh, penarik-penarik beca mulai memberi ruang bagi Kamal melewati mereka. Mungkin kerana mereka sudah tidak tahan lagi dengan nada-nada sumbang pekikan bingit hon kereta Kamal yang sungguh menyakitkan telinga ataupun mungkin juga mereka sudah keletihan seharian mengayuh di bawah terikkan matahari, lantaran mengambil keputusan untuk berehat bagi mengumpul semula kudrat-kudrat yang telah hilang.

Sekali lagi Kamal  membunyikan hon panjang untuk melepas geram  dan terus memecut dari situ. Deruan enjin kereta Proton Perdana V6 itu bagaikan selari dengan deruan degupan jantung Kamal. Mungkin kelegaan kini dikecap oleh Kamal namun tidak pada dua insan warga penarik beca yang cukup tersinggung hati dengan tingkah dan perilaku Kamal.

Kadang-kadang terfikir oleh mereka, apakah ini yang berjaya diperoleh oleh kerajaan setelah menghabiskan wang jutaan ringgit demi membentuk sebuah masyarakat yang berhemah dan berbudi bahasa.

Pak Hassan yang mengayuh beca di belakang terus turun menuju ke arah Pak Jonet yang masih geram melihat aksi biadab Kamal. Wajah tuanya berkerut seribu. Gigi kuningnya mengetap bibir yang sejak dari tadi kekeringan dan kontang.

“Kalau bukan anak Deris sudah lama aku belasah budak tu.” tersembur kata-kata itu dari mulut Pak Jonet sambil  menoleh ke arah  Pak Hassan.

“Sabar jelah.” Pak Hassan menenangkan Pak Jonet.

Nafas deras Pak Jonet masih belum reda. Matanya merah  kegeraman  terus melihat kelibat kereta Proton Perdana itu yang membelah Banda Hilir hingga hilang dari pandangannya.

Benar kata Pak Jonet, kalau bukan kerana Idris sudah lama warga beca berkumpul bagi memutuskan apakah hukuman yang harus Kamal terima di atas perbuatannya itu. Namun kerana Idris jugalah mereka terpaksa mengalah.

Reda juga kemarahan Pak Jonet setelah diselaputi selawat panjang nan berulang. Mereka berlalu dari situ meninggalkan satu peristiwa yang bakal menjadi bualan dari mulut ke mulut di kalangan warga penarik beca tidak lama lagi. 

Haa itulah babak pertama dalam enovel ini dan kalau nak baca lebih.. boleh le buat pesanan dengan e-mail ke mr_martias@yahoo.com atau message kat FB. Harga yang untuk enovel ini adalah sebanyak RM 10 sahaja. Kalau nak kasi lebih pun tak apa. 

Novel ini telah diadaptasi dari skrip drama bertajuk ANAK PENARIK BECA dan telah memenangi beberapa Anugerah seperti Anugerah Skrip Terbaik , Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, ANugerah Pelakon Pembantu Terbaik dan Anugerah Penataan Cahaya Terbaik di Anugerah Sri Angkasa yang lalu.. Jadi kalau nak tahu kenapa naskah ini telah memenangi banyak anugerah boleh lah dapatkan enovel ini ya.. :)



Menuntut Ilmu Bersama Mia Liana

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa happyyyyyyyyynyaaaaaaaaaa rasa di hatiku.. betalah yang digelar setan Mak Dara errrr silap Mak Dara jeeeer takde benda S kat depan tu fuhhh simpang malaikat 44 huhuhu. Kenapa Mak happy sangat ni? Sebab sedari pagi Mak dara telah berjaya menuntut ilmu dari teman blogger yang mak anggap macam adik beradik mak dara dah iaitu MIA LIANA. Mak menuntut Ilmu pengasih.. oh no no no.. ilmu hisap jauh sekaliiii.. Mak menuntut ilmu yang berkaitan dengan blog le.. 

Mak Dara dan Mia
Do Not Disturb.. Kelas sedang berlangsung.. wahahaha

Fuhhh macam macam ilmu telah diturunkan oleh Mia kepada Mak.. Antaranya Mia dah ajarkan pada Mak Dara tentang Alexa.. Macam mana nak pasang meta tag alexa di blog.. Pergh berpinau pinau juga mata mak dara melihat mia menulis dan memasukkan semua coding coding di blog mak dara ni.. Mak susah nak jelaskan tapi kalau ada yang nak juga pasangkan meta tag di blog boleh baca cara caranya di tutorial entry Mia @ Pasang Meta Tag Alexa Di Blog ini ya ;)

Kemudian Mia mengajar Mak Dara cara cara untuk melihat pengomen terbanyak di blog mak dara ni.. Dan Mak dara telah pun letakkan list untuk PENGOMEN MEROYAN TEGAR tu di blog mak.. Nampak tak ada kat sebelah sidebar bawah tu.. cuba klik di link itu atau di SINI aje untuklihat siapakah pengomen terbanyak di blog meroyan mak dara ni.. 

Terima kasih Miaaaa kerana dah banyak tolong akak dalam membaik pulih blog akak yang agat tenat dan meroyan ni.. Tks Mia.. Jasamu akan ku kenang sampai bila bilaaaa.... Lap yuuuuuuuuuuu lahhhhh.... 

Jom Tonton Jelajah Rasa Etnik



Assalam duhai teman.. Kepada teman teman mak dara kalau free free tu tontonlah sebuah rancangan Masakan bertajuk JELAJAH SELERA ETNIK PAMOGA yang akan di siarkan di TV3 sebentar nanti..  Serina Redzuawan iaitu anak kepada Chef Wan menjadi pengacaranya bersama sama dengan Chef El Hadi iaitu Chef daro Morocco. Skrip untuk rancangan ini ditulis oleh Mak Dara dan juga adik Mak Dara Adza Nasyaemie..

Pada yang berada di pejabat dan tak ada TV anda boleh menonton TV3 secara live streaming di link di bawah. 


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support rancangan ini ya.. Terima kasih semuaaaaaaaaa dan selamat menonton  ;)

Monday, January 14, 2013

Mak Dara Di Berita Harian Semalam

Semalam somi Mak Dara Martias Mohd Ali ada khaborkan pada Mak dara yang temannya ada ternampak wajah mak dara di BERITA HARIAN.. Dan oleh kerana dia masa itu sedang menghadiri bengkel pengarahan filem di PJ maka dia pun teruslah terlupa untuk membeli surat khabar berita harian.. Dah malam bila dah selesai dengan bengkel dan kursusnya itu dan pulang kerumah baru dia teringat dan beritahu mak.. Tapi dah tengah tengah malam mana ada lagi kedai yang menjual surat khabar kan.. Maka mak pun pasrah je lah.. Tup tup pagi tadi ada teman telah upload artikel itu dan upload di facebook dan tagkan nama mak. Dan inilah keratan akhbar yang mak maksudkan itu.

keratan dari Berita Harian

Mak Dara yang mana satu? Haa yang belakanggg sekali yang bertudung kuning hehe.. 

Ini gambar masa para wartawan sedang mengambil gambar
(dapat dilihat pelakon wanita sedang berjalan untuk mengambil posisinya hehe)

dan akhirnya mak dara terkebelakang sudah hahahahaha 

Nampok muka kecik pun takpelah kan dari takde hahahaha.. Mak Dara juga ada menulis tentang perkara ini di blog Mak Dara tak lama dulu di entry Mak Dara Terima Bonus Dari Penerbit Drama Terkenal - Syukur . Terima kasih kepada penerbit Abang Jurey Rosli yang telah memberi insentif dan bonus kepada kami. Mak Dara mewakili penulis skrip Martias Ali dan juga Adza Nasyaemie bagi drama bersiri MAK YONG amat amat menghargai pernghargaan ini rasanya begitu juga dengan semua warga krew dan para pelakon drama bersiri MAK YONG dan drama bersiri MAHARANI amat berterima kasih atas bonus yang diberi.  Ini pastinya akan menjadi pemangkin dan dapat melonjakkan kami untuk lebih bersemangat dalam menghasilkan karya karya drama yang lebih bagus insyaallah..


Mak Dara Ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus - Memang Terbaik

As salam duhai teman
Semalam Mak Dara bersama adik Mak Dara Adza Rina dan Adza Edie serta anak Mak Dara Adza Haiqal telah ke padang bola AU2 keramat untuk bersama sama memeriahkan majlis ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus.. Memang dah lama doh Mak Dara teringin nak mendengar ceramahnya secara live.. Asyik asyik dalam youtube je kan.. Dan kelmarin bila dapat tahu bahawa UAI akan buat ceramah di AU2 yang hanya 5 minit dari rumah Mak Dara di AU5 keramat ni.. Mak pon apa lagi memang tak lepaskan peluang ni..

Sesampainya kami di padang bola itu fuhhhh orang sudah ramaiiii.. Padang bola bertukar menjadi meriah dan dimeriahkan lagi dengan penjual penjual air dan makanan dan ghupe macam pasar malam pun ada.. Terus aje cari tempat duduk sehadapan boleh . Tapi dok buleh depan mana pon sebab orang dah ramai masa tu.. Nasib baiklah ada dua skrin besar di kiri dan kanan pentas maka dapat le nengok muka UAI secara live..

UAI di sedang berucap di bawah khemah tengah itu

gambar UIA di skrin belah kanan

Semalam UAI memulakan cerita mengenai Tentera Bergajah.. bertapa haiwan amat mentakuti rumah Allah iaitu Kaabah dan begitu mentaati Allah swt sedangkan manusia iaitu Abrahah tidak takut kan Allah swt dan membawa tentera bergajah untuk meruntuhkan Kaabah dan akhirnya telah menerima balasannya apabila Allah swt hantarkan burung Ababil dan melontar batu batu berapi kepadanya dan semua bala tenteranya. Namun gajah gajah itu terselamat dari terkena batu berapi itu kerana ketaatan mereka pada Allah swt. Kesimpulannya di sini macam mana haiwan yang dok pernah ke sekolah tahu untuk mengtaati Allah swt manakala manusia yang bijak pandai segala, tahu main facebook segala tidak takut untuk mentaati Allah swt.. haa begitulah sedikit tentang apa yg dibincangkan semalam. Nak bagitau semua mau 5-6 entry kena mak karangkan nanti .

Tapi kesimpulannya apa yang dikatakan UAI dalam majlis semalam semuanya sampai di hati.. Dalam dia berseloroh, dalam dia kelakar namun ada diselitkan nasihat . Ish kalau UAI buat di area sini lagi mesti nak gi lagi ..UAI Memang terbaik..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK