Sunday, January 20, 2013

Kek Mak Dara.. IM LOVIN IT

Mak Dara baru sahaja mengambil kek yang telah mak dara tempah dua minggu yg lalu.. Kek khas untuk anniversary kedua tahun blog mak dara ini.. Ohhhh it was exactly what I wanted.. Siap denfan header blog lagi hehe..

Oh tak sabar untul makan kek ini bersama rakan blogger sebentar nanti di majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA di Rampai Palace sebentar nanti.. Im lovin it..


SELAMAT HARI JADI MIA LIANA


Hari ini 20hb Januari 2013 maka genaplah usia teman mak dara iaitu blogger hebat MIA LIANA yang ke 35 tahunnnn!!! Selamat harijadi buat Miaaaaaaaaa.. Mia memang antara my best and true friend.. Mia banyak membantu mak dara terutamanya dalam dunia blog ini.. She is soooo special to me.. Dah anggap macam saudara sendiri dah..  Memang susah dapat teman yang satu kepala dan yang ngam dengan Mak Dara terutamanya teman sejati yang dapat melayan kerenah meroyan Mak dara ini.. Nak tengok bukti mia suka melayan meroyan mak.. cuba tengok gambar gambar di bawah hehe






Haa mana nak carik best friend yang sekepala macam ni lagi.. memang susahhhhhh... Mak memang bersyukur dipertemukan dengan seorang teman bernama MIA LIANA.. semoga persahabatan kita kekal selamanya insyaallah.. 



HAPPY BIRTHDAY MIAAAAAAAAAAAAA.. Semoga apa jua yang mia ceburi dipermudahkan dan diperkenankan olehNya insyaallah amin.. Love youuuuu...


TERUJA UNTUK BERTEMU TEMAN TEMAN BLOGGER

Esok adalah tarikh yang Mak Dara nanti nantikan .. Besok Mak Dara ada buat satu event kecil kecilan iaitu majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA bagi meraikan aniversarry ke dua tahun blog mak dara ini.. Ketuk ketuk keyboard tak sangka dah genap umur blog mak dara ni 2 tahun kan.. Maka mak nak raikan bersama teman teman blogger Mak Dara.. Nak tahu siapakah blogger yang bakal bersama sama meraikan majlis Mak Dara esok.. Mereka adalah...
     
www.yanayassin.com

PerfectionistDEQ NOOR SHAFAWATI (http://deqnoor.blogspot.com)
 Closets Of AmyAmy
 CikLilyPutih Story's
CIK LILY PUTIH (http://www.ciklilyputih.com)


Rabiatul Adawiyah+NAIM ( http://rabiatuladawiyah.com/)
 Siezuka
 Melastik Bintang
 Dkna Abza
 DKNA ABZA (http://www.dkna.my/)

Hafiz Rahim (http://hafizrahim.com/)


 Ema Blog
Tak sabar untuk bertemu dan bersama sama kesemua mereka esok untuk majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA bagi meraikan anniversary blog dan juga meraikan harijadi mak dara yang ke 16+20 tahun hehe.. Birthday Mak Dara sebenarnya ialah pada 24 hb januari depan tapi alang alang dah bertemu semua rakan rakan blogger dalam satu majlis mak pun ambik keputusan untuk terus celebrate birthday mak dara jugalah.. Oh sungguh terujaaaaa.. Jumpa anda semua di RAMPAI PALACE esokkkkkk.... 

Saturday, January 19, 2013

Kursus Umrah

Pada tika dan saat ini Mak Dara dan suami sedang menghadiri kursus umrah di Al Mukminin Shah Alam.. Sangat sangat bagus menghadiri kursus ini bagi orang yang pertama kali untuk mengerjakan umrah kerana kita dapat tahu apa yang harus dilakukan dan apa yang dilarang semasa mengerjakan umrah..

Masyaallah tidak sabar rasanya untuk berangkat bersama somi mak dara. Kini tinggal 16 hari sebelum impian mak dara ini bakal tercapai insyaallah.. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya amin...


SENARAI DAN GAMBAR PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA

SENARAI DAN GAMBAR PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA 

 JOZAN membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Tahniah kepada JOZAN!

 

 

Naib Juara iaitu JAMBU membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro.
 

Tempat ketiga.. Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro.. Jatuh kepada SHIRO!
 

Pemenang tempat keempat, mambawa pulang RM50,000 dan trofi sumbangan Astro.. Tahniah kepada BOBOI!
 

Pemenang tempat kelima, membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro.. jatuh kepada.. SAYWHO! 
  Photo: Tahniah kepada semua finalis #MaharajaLawakMega 2012. Terima kasih kepada semua penonton dan peminat Maharaja Lawak Mega 2012 yang mengikuti kami dari minggu pertama hingga minggu akhir. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada warga Johor Bahru yang memeriahkan Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir malam ini! JB! Peace Yaw!

Friday, January 18, 2013

Johan Kembali Di Maharajalawak Mega Final

Memang tak disangka sangka.. Ingatkan sorang rupanya berdua.. Zizan tidak keseorangan di malam final Maharajalawak Mega apabila Johan membuat kejutan dan mengejutkan semua penonton di stadium dan juga di rumah apabila dia tiba tiba naik ke pentas untuk sama sama membuat persembahan bersama sama Zizan.. Boleh dengar suara jeritan semua di stadium bersorak riang dengan kemunculan Johan itu.. Baru rasa complete baru rasa sempurna persembahan kumpulan JOZAN pada malam final ini.. All the best untuk Jozan dan semua finalis pada malam ini ya.. May the best man wins...


KENANGAN YANG TERINDAH SEORANG BLOGGER

As salam kepada semua teman Mak.. Diam tak diam semalam 17hb Jan 2013 genaplah dua tahun mak dara berblogging.. Banyak kenangan manis semasa melayari bahtera blog ni.. Yang pahit rasanya sikit sangat so mak nak share yang happy happy aje .. Kenangan yang paling terindah bersama blog Mak Dara yang tercinta ialah apabila blog Mak Dara menggondol anugerah WORST BLOG OF THE YEAR  di Worlds Blogger And Social Media Award 2012.

Mak Dara menerima anugerah dari  Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim 



Ramai yang tanya mak kenapa WORST? Dan di dalam kategori itu mak ada tulis alasan kenapa mak masuk kategori itu dan ianya berbunyi..

This blog is own by old lady name Adza Irdawati
or I call myself as "Mak Dara"
to make things worst im FAT!!!!
now tell me the truth who really wants to reads a blog from
an old and triple XL lady with the history of meroyan..

Hehe ok tak alasan mak tu hehe.. lagipun bila difikir balik kalau semua masuk dalam kategori the best habis siapa yang nak masuk kategori the worst ye dak hehe.. Dan di sini mak cuba nak buktikan bahawa tidak semua yang WORST tak semestinya terburuk.. I wanna brings AWESOMENESS to the WORST.. =) 

Tahun ni Mak Dara memang rasa penyakit M telah mula merasuk mak dara.. Penyakit M tu maknanya malassssssss le hehe.. Mak rasa memang Mak Dara tak mahu lagi nak join mana mana contest ataupun pertandingan.. Letihhh woooo nak kempen sana kempen sini. Tapi mak dara terkejut bila blog mak dara telah dinominatekan lagi sekali tahun ni tapi kali ni dalam kategori Favourite Lifestyle Blog siapalah yang nominate mak dara ni agaknya ya .. Siap dengan tagline "This blog basically explains the lifestyle of all Malysians. It consists of contests, videos, offers, etc. ..." huhuhuhu terima kasih atas penghargaan ini kepada siapa juga anda yang telah nominasikan blog mak dara ini..Jadi tak baik untuk hampakan orang maka mak bersedia untuk berjuang.. 

Jadi sempena ulangtahun ke dua tahun blog mak dara ini, sudilah kiranya anda , anda dan juga anda membantu Mak Dara.. Sudilah kiranya untuk mengundi blog Mak Dara bagi kategori Favourite Lifestyle Blog cara caranya

Untuk mengundi blog BICARA MAK DARA, 
hanya ikuti langkah-langkah yang mudah:


  • Klik di link di atas atau di SINI
  • Pastikan anda daftar akaun terlebih dahulu untuk akses
  • Aktifkan akaun di e-mail anda.
  • Klik pada senarai kategori yang dicalonkan.
  • Pilih blog kegemaran anda
  • Klik pada butang Vote untuk mengundi.

Hanya satu vote sahaja daripada anda.. Tak perlu vote hari hari.. Sekali sahaja dan setiap vote itu amat bermakna bagi Mak dara.. Sekiranya anda telah vote untuk Mak Dara silalah letak link url anda di kotak komen di bawah ya.. Ada sesuatu yang istimewa bakal menanti anda .. Terima kasih mak dara ucapkan kepada semua kerana sudi melayan kerenah meroyan Mak dara di setiap entry mak selama dua tahun ini.. You guys are AWESOME.. sayangggggggg semuaaaaaaaaaaaaaa.....

Thursday, January 17, 2013

PLANET KIARA - Episod 3



Selamat menonton drama bersiri bertajuk Planet Kiara yang akan ditayangkan di TV3 sebentar lagi jam 6:30 petang 

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini . Drama ini merupakan karya skrip terbaru Mak Dara, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan Martias Ali . Bagi pihak penerbit BLUE NAGAS, Pihak Pusat Sains Negara dan para krew krew dan semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini mengucaapkan selamat menonton dan semoga anda enjoy dengan drama ini.. 

YEAYYYYYY



SEPETANG BERSAMA MAK DARA


Assalam duhai teman.. Masanya telah tibaaa.. Ulangtahun Anniversary ke dua tahun blog Bicara Mak Dara pada 17hb Januari ini.. Sempena ulang tahun Anniversary kedua ini Mak Dara terpanggil untuk membuat satu majlis kecil kecilan. Satu majlis yang sangat simple dan kecil untuk mak dara, teman dan juga beberapa kenalan rapat Mak Dara.. Namun mak dara juga terpanggil untuk menjemput 10 orang pembaca blog mak dara ini untuk sama sama ke majlis ini untuk meraikan bersama mak dara.. 

Tempat: RAMPAI PALACE Wangsa Maju
Tarikh: 20hb Januari 2013
Masa: 2:30ptg hingga 5:00ptg

Undangan ini terbuka kepada mereka yang dapat hadirkan diri pada masa yang di tetapkan seperti di atas.. Tak kisah dimana jua anda berada jika anda rasa ingin join majlis ini dan dapat luangkan masa dan dapat hadir pada masa dan tarikh di atas silalah hantarkan email kepada Mak Dara detail andaa seperti nama penuh , nombor telefon link blog ke email mak @ mrs_martias@yahoo.com

Mak Dara akan memilih 10 orang pembaca bertuah untuk sama sama ke majlis yang serba serbi simple ini bagi meraikan ulangtahun kedua blog bicaramakdara.com dan sekaligus meraikan ulangtahun kelahiran Mak Dara yang ke 16 + 20 tahun hehehe. Tak sabar untuk meraikan bersama sama andaaaaaaa. persoalannya sekarang ini ADAKAH YANG SUDIIIII huhuhuhu


Wednesday, January 16, 2013

2 | WW



 #pic by http://strollerstrideshawaii.blogspot.com


Seribu Lebih lebah Berjaya Di Hapuskan | Terima Kasih Pegawai Pertahanan Awam

Sebegitu panjangnya tajuk entry Mak dara pada malam ini sebegitu jugalah panjangnya syukur Mak Dara sekeluarga . Kejadian malam ini memang amat mengerikan Mak Dara sekeluarga.. Seperti yang ada sudah tahu tentang sarang lebah yang tiba tiba datang membuat sarang di rumah ibu Mak Dara petang tadi dengan pantasnya dari kuantiti sedikit telah bertukar menjadi banyak dengan sungguh pantas sekali.. Pada mulanya kami lihat hanya dalam ratusan ekor dan pada malam jumlah itu semakin bertambah..

Syukur alhamdullilah suami Mak Dara mengambil keputusan untuk menelefon pihak Bomba dan akhirnya menyambungkan talian itu kepada Jabatan Pertahanan Awam. Dan mereka tiba di rumah Ibu mak dara dengan kadar yang amat pantas. Seramai 6 orang pegawai Pertahanan Awam telah bersama sama menghapuskan lebah itu. Dan mak sempat snap beberapa keping gambar aksi mereka menghapuskan lebah itu..

Pegawai Pertahanan Awam sedang meneliti kawasan lebah di hadapan rumah ibu Mak Dara




mereka gunakan 4 tin spray ubat nyamuk dan api untuk hapuskan semua lebah

sebahagian dari seribu ekor lebih lebah yang telah dihapuskan



video pegawai sedang hapuskan lebah

Mulanya kami menjangkakan hanya beberapa ratus ekor lebah saja namun pegawai itu berkata bahawa terdapat lebih seribu ekor kesemuanya yang telah mereka hapuskan.. Dan kata mereka lebah seperti ini selalu bergerak dalam kuantiti yang banyak dan bila malam tiba mereka cari tempat untuk berteduh dan selalunya akan meninggalkan tempat teduhan sementara mereka menjelang waktu pagi. Namun katanya jarang sekali lebah ini berteduh di kawasan rumah. Namun bagaimana pun oleh kerana isi di rumah Ibu Mak dara mempunyai 6 orang cucu yang semuanya bawah 7 tahun kesemuanya jadi kami tidak mahu ambil risiko dan menunggu hingga esok dan terus menghubungi 999 untuk bantuan. 

Syukur alhamdullilah kesemua lebah itu telah berjaya di hapuskan.. Cuma mak dara kesian kepada dua orang pegawai pertahanan awam yang telah terkena sengat lebah.. Kata ketua pegawai mereka dia akan terus membawa dua pegawai itu untuk mendapatkan suntikan selepas selesai sahaja misi mereka di rumah Ibu mak dara ini.. Mak Dara dan seluruh keluarga mak dara amat amat berterima kasih kepada kesemua Pegawai Pertahanan Awam yang telah datang membantu kami.. Jasa kalian amat kami sanjungi.. Syukur alhamdullilah semuanya selesai kini.. Semoga anak anak dan anak anak buahku selalu dalam lindunganNya amin...





THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK