Sunday, January 27, 2013

MANDI HUJAN - DULU DAN SEKARANG

Hujan yang turun bagaikan mutiara.....

Haaa bercakap tentang hujan .. tak beberapa minit yang lalu hujan lebat mulai melanda kawasan perumahan Mak Dara di Lembah Keramat ni.. Memang tak kasi warning punya... terus sekali turun dengan lebatnya... Masa itu jugak anak anak Mak Dara bersama sepupu sepupu mereka tengah sakan bermain depan rumah. Almaklumlah cuti cuti macam ni memang semua anak anak buah suka berkumpul di rumah Mak Dara... Dan tatkala itu juga mak dara dengan spontan dan separa sedar terus aje menjerit pada anak anak dan anak anak buah supaya masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu mereka terkena air hujan. Setelah puas menjerit masuk lah satu persatu muka mereka yang masam dan mencuka.. Kesian juga pada mereka kerana permainan harus dihentikan tapi sebab tak mahu mereka demam maka keputusan dipegang kemas tiada kompromi...

MANDI HUJAN - DULU DAN SEKARANG
Maaf le takde gambar anak mandi hujan mandi air terjun ada malas pulak nak copy paste gambar milik orang so anggap jelah macam anak teruna mak dara itu sedang mandi hujan ye hahahaha. Maka bila dah masuk dalam rumah tiadalah aktiviti lasak yang dapat dilakukan mereka jadi tengok TV aje lah sambil masing masing saling memujuk sesama mereka

kesiannnn pulak nengok mereka ni tadi

Kesian jugak dengan anak anak dan anak buah Mak Dara ni .. Hujan turun dengan lebat mak terus jerit suruh masuk dan main dalam rumah aje.. Padahal masa Mak Dara kecik dulu pantang hujan turun aje terus capai sabun dan mandi hujan... huhu zaman dah berubah anak anakku.. Rasanya hujan pada zaman dulu takdelah airnya tercemar macam hujan zaman sekarang ni kan

psst pssttt anda pernah mandi hujan? 


Gambar Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 # 2

Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 sebuah majlis anjuran DENAIHATI  iaitu sebuah majlis untuk bersuaikenal dengan blogger Malaysia dan Blogger Indoensia.dan juga bertujuan untuk eraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati.Di anggarkan lebih  100 orang blogger telah menghadiri majlis ini semalam termasuklah dengan Mak Dara sendiri..


Waduhh terasa diri begitu kerdil tatkala menapak masuk kedalam dewan itu. Toleh kiri nampak blogger otai.. toleh kanan nampak blogger hebat.. Nasib baik tak meroyan dibuatnya semalam ehehe.. Syukur alhamdullilah ada juga blogger yang sudi bertegur sapa dengan blogger picisan macam Mak Dara ni hehe.. Ok semalam snap snap gambor sampai nak penuh memory card niat di hati nak je upload semua gambar dalam satu  entry tapi dikhuatiri anda semua akan mabuk gambor kalau tengok banyak gambar dalam satu satu masa maka mak buat entry berepisod ok.. Haa jangan ingat drama je ada episod entry pon boleh uols.. Ok jom layanzzzzz

mula beratur untuk masuk ke dewan majlis dan mendaftar 

para blogger mula mendapatkan tempat duduk masing masing


Yeay mak dara dan somi dapat tempat duduk


anak teruna Mak Dara Adza Haiqal



bertemu dengan blogger Sharidawati Shahrudin

bersama Puan Bee dan Sharidawati yang AWESOME

bersama blogger manis lagi ayu Ema


memang besttt dpt jumpa geng satu kepala dgn mak dara


LIVE TWEET

Acara dimulakan dengan ucapan dari DENAIHATI

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 kemudian di mulakan dengan ucapan dari DENAIHATI  . Apa yang berlaku selepas ucapan itu dibuat.. Siapakah pemenang IPHONE5 dan juga hadiah cabutan bertuah sila tunggu di episod entry yang seterusnya ya.. tungguuuuuuu.. wahh boleh gitew hehee..



Saturday, January 26, 2013

Gambar Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #1

Memang meriahhhh majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.. Mari mak dara kongsikan gambar sekitar majlis yang sedang berlangsung kini.. 




 

Nantikan update terkini mengenai majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dari masa kesemasa ya.. Waduhhhh tak sabar menanti siapakah gerangan yang akan memenangi hadiah IPHONE 5 di majlis Sepetang Bersama Blogger yang sungguh berprestij ini.  

Sepetang Bersama Blogger Here I Come


Mak Dara sekarang sedang bersiap untuk ke majlis  Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 yang akan berlangsung pada pukul 2:00 petang sebentar sahaja lagi... Berdebar debar juga hati ni untuk bertemu dengan para blogger yang lain.. Dengar khabar banyak blogger blogger otai akan hadir ke majlis yang hebat anjuran DENAIHATI ini..


Semoga ada lah yang sudi untuk menegur blogger picisan dan blogger meroyan macam mak ni di sana nanti huhu.. Ok mak dara minta diri dulu ya.. Semoga semuanya dipermudahkan amin...

Pada blogger yang akan memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 ini.. Kita jumpa di sanaaaa di sanaaa di sanaaaa

Friday, January 25, 2013

Tolong Cadangkan Nama Watak Untuk Drama Boleh?

As salam duhai teman.. Ok ini satu situasi yang amat terdesak.. Sekarang Mak Dara sedang menulis sinopsis/proposal untuk sebuah drama bersiri bertajuk RAGAM MANUSIA.. Ia lebih kurang macam cerita TANAH KUBUR di mana di setiap ending episod ada pengajaran yang dapat diambil dari apa yang telah berlaku.. Drama bersiri ini berjumlah 20 episod semuanya dan mak dara tulis bersama sama adik Mak dara iaitu ADZA EMIE.. Maka kami masing masing tulis sepuluh episod setiap sorang..


Ok di sini Mak Dara dah jadi jemmmm sesangat.. bayangkan dalam sebuah cerita pasti ada watak hero watak heroin.. tu belum masuk watak watak sampingan lagi .. Lebih kurang satu drama memerlukan sekurang kurangnya 5-7 watak utama.. Mak Dara dah siapkan beberapa episod dan kini dah habis idea nak tulis nama siapa lagi hehe.. Ada cadangan? nak letak nama anda, nama kawan kawan anda tak dalam drama ni.. Kalau stesen TV lulus aje sinopsis dan proposal ni boleh terus shooting dan nama anda cadangkan akan berada dalam drama ini insyaallah..

Tapi mak dara akan memilih nama yang sesuai dengan watak aje ye.. Kalau nama yang anda cadangkan tu mak letakkan pada watak hero ke heroin ke orang jahat ke jangan marah ye almaklum namanya pun drama so watak di dalam drama itu tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang telah tiada ye ia hanya sekadar nama.. Harap anda faham.. Dan jangan kecil hati pulak jika nama yang anda cadangkan mak dara tak ambil dan gunakan, maybe tak kena dengan watak yang mak dara tuliskan.. Jadi ada sesiapa nak bagi cadangan?

Blogger Blogger Ini Membuatku Terharu

Waduh waduh... memang tersentap hati... errrr silap tersentuh hati dan terharu dengan blogger blogger ini.. Maunya tak terharu.. Mereka ini bukan hanya ucapkan selamat hari lahir pada Mak Dara tapi telah bersusah payah membuat satu entry istimewa untuk mak dara.. Waduhhhh rasa kombang dibuatnya.. Siapakah blogger blogger yang Mak Dara maksudkan... Mereka adalah...





FARAH WAHEEDA

Terima kasih Mak Dara ucapkan kepada Blogger MIA LIANAMAMA MASZULL MIZRUHA dan FARAH WAHEEDA atas entry yang sungguh istimewa itu..Amat besar maknanya buat Mak Dara... Oh...Terasa diriku begitu berharga.. Rasa macam nak guling guling atas rumput macam citer hindustan tu je kekdahnye hehe.. Terima kasih atas ingatan itu.. You guys are AWESOME!! terima kasih... :)

pssttt psttt kalau anda ada yg buat entry mengenai mak dan mak belum terjah lagi bagitau pada mak ye.. mak akan terjah laju laju.. walawehhh mode perasannnnn hehehehe

Thursday, January 24, 2013

Surprise Birthday Trip! Waduh Bestnyaa

Pagi pagi tadi setelah dikejutkan dari tidor dengan kejutan birthday breakfast in bed yang dibuat oleh anak mak dara Adza Haiqal.. Somi mak dara pula terus suruh mak dara dan anak anak semua bersiap siap . Bila ditanya nak kemana somi mak tak nak jawap.. Maka kami pun bersiap lah.. Bila semua siap kami semua pun masuk ke dalam kereta . Dan tatkala masuk je dalam kereta baru somi mak kata ini Surprise Birthday Trip.. Wahhhh hari ni penuh dengan surprise.. Waduhhhh besttttnya jadi birthday girl ni kan.. Errr girl kah daku wahahaha..

Nebes ke manakah destinasi kami ini sebenarnya? Bila sampai nanti mak kasi update ye.. Jangan somi buat surprise tiba tiba sampai depan rumah bini nombor dua sudahhhh baru periuk belanga terbang melayang layang hahahaha...

Psssttt.. Jutaan terima kasih pada yg mengucapkan dan wish happy birthday pada mak dara di blog, fb dan sms.. Really appreciate it.. Terasa diriku begitu berharga cewahhhh hhehehe...

Intan Patungku

Ohhhh sungguh terharuuuu bila terjaga aje dari tidur anak sulung mak dara iaitu Adza Haiqal dah tersedia berdiri di depan mata mak dara dengan tersenyum sengih bukan main lagi.. Patutlah dengar pintu bilik dibuka tadi rupanya haiqal yang masuk dengan membawa sesuatu di tanggannya . Belum sempat mak kata apa apa dia terus wish Happy Birthdayyy ma.. Lepas tu terus berikan apa yg dibawanya kepada mak dara.. Katanya Birthday Breakfast untuk mama qal masak sendiri... Ohhhhh memang speechlessss dibuatnya..

Tak perlu hadiah mahal mahal tak perlu ucapan yang berderet.. Bagi mak.. Meggi yang di masak dan air milo yang dibuat dan hasil air tangan anak sendiri lebuh bermakna dari segala gala galaaaanyaaaaa..
Buat anakku Adza Danial Haiqal atau mak dara panggilnya dengan nama Intan payung hehe.. Mama sayang haiqal sangat sangat.. Terima kasih atas hadiah yang amat berharga ni.. Mama sayang intan payung....


BYE BYE.. HYE HYE

BYE BYE
HYE HYE


#pic by http://en.wikipedia.org/wiki/File:Australian_State_Route_36.svg 
& http://larrygloverlive.com/2011/07/28/thursday-show/number-35/

Wednesday, January 23, 2013

Trailer Drama PLANET KIARA

As salam duhai teman.. Mak Dara nak kongsikan bersama anda trailer drama bersiri bertajuk PLANET KIARA...


Drama Planet Kiara mengisahkan kehidupan seharian keluarga Prof. Johari dan anak-anaknya iaitu Adam, Tasya, Cahya, Aril dan robot PSN-1 di sebuah kota. Pada setiap siri, konsep sains akan ditonjolkan dengan huraian jawapan melalui interaksi kekeluargaan. Diharap penerbitan drama bersiri Planet Kiara ini akan dapat memberi nafas baru dalam penyampaian sains dan teknologi serta dapat mencetus populariti bidang sains di kalangan masyarakat pada masa kini.

Jangan lupa utk menyaksikan drama bersiri PLANET KIARA hasil skrip Adza Irdawati (Mak Dara), Adza Nasyaemie , Ayuni Zamani dan Martias Mohd Alisetiap Khamis jam 6:30 ptg hanya di TV3 ;)

Mak Dara Ke RTM kerana Kak Jemah dan Mak Kiah

Pada tika dan waktu ini Mak Dara sedang berada di RTM untuk bermesyuarat dan membincangkan tentang sebuah drama terbaru bertajuk KEBAYA KAK JEMAH KURUNG MAK KIAH . Skrip ini merupakan skrip yang ke 67 yang telah mak dara hasilkan. Dan kali ini skrip drama ini akan mak bergabung dan sama sama menulis bersama adik Mak Dara iaitu juga seorang penulis skrip seperti mak dara iaitu Adza Nasyaemie.. Kalau nak kenal siapa Adza Nasyaemie gambor dia telah mak letakkan di cover skrip seperti di bawah hehe

tagline drama KKJKMK
"Satu kampung, dua tukang jahit, hari raya bakal menjelma
siapa bakal menerima tempahan terbanyak?"

Nak jadi penulis skrip ni bukanlah satu kerja yang mudah.. Bukan hanya kami terpaksa mencari idea untuk sesebuah drama. Kami juga terpaksa membuat sinopsis dan menulis proposal. Kami juga mencadangkan artis artis dan pelakon bagi watak yang terdapat dalam drama ini. Dan kami terpaksa pergi membentangkan semuanya bersama panel panel RTM sebelum sesebuah drama itu diluluskan. Dah dapat dari green light barulah kami mula menulis skrip dan seterusnya bila skrip dah siap barulah shooting akan bermula.. Maka untuk jai seorang penulis skrip memerlukan kekuatan mental, mental, mental dan akhirnya barulah kekuatan fizikal.. Bukanlah hanya ketuk ketuk keyboard dah siap sebah skrip.. Huhuhu susah jugak nak jadi penulis skrip kan hehe

Apa apapun doakan semoga mesyuarat kami hari ini berjalan lancar ya.. Tak sabar nak hasilkan drama komedi ini.. 

Kisah Di Sebalik Tabir Majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA

Syukur alhamdullilah majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA yang Mak Dara anjurkan sempena anniversary ke dua tahun blog Mak Dara dan juga pre birthday bash harijadi Mak Dara yang ke 16+20 tahun telah pun selamat di jalankan pada 20hb Januari yang lalu.. Namun seperti dalam sebuah skrip drama.. memang tak best kalau jalan ceritanya asyik happy jer dari mula hingga ke tamatnya kan.. Contohnya kalau hero jatuh cinta dengan heroin dan semua ahli keluarga setuju dan kahwin dan hidup happily ever after.. Hmmm memang tak best kalau takde sedikit konflik di pertengahan cerita tu kan.. nak lagi best buat yang hero tu sebenarnya dah kahwin dengan sorang janda last last jumpa sorang awek dan nak kahwin dengan awek itu dan nak jadikannya sebagai isteri kedua dan terkejut apabila bakal isterinya itu sebenarnya adalah anak kepada isteri pertamanya .. haaa kan ke bestt tu

Begitu lah juga yang telah terjadi kepada majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA itu.. Sebenarnya banyak kisah di sebalik tabir majlis itu . Namun ada antara teman tetamu yang tahu dan ada juga yang tidak tahu apa yang sedang berlaku semasa berlangsungnya majlis itu..Meh mak dara kongsikan kisah di sebalik tabir pembikinan majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA...

FAKTA: 1)
Mak Dara telah booking / sewa lokasi seluruh RAMPAI PALACE CAFE & LOUNGE pada 17hb Jan (khamis) sempena tarikh genapnya 2 tahun anniversary blog Mak Dara



YANG BERLAKU...
Tarikh majlis telah ditunda kepada 20hb Jan untuk memudahkan tetamu hadir kerana tarikh itu jatuh pada hari Ahad.

FAKTA : 2
Mak Dara telah menempah sebiji kek sempena anniversary blog Mak Dara ini dan harus pick up cake tersebut pada 17hb Januari

YANG BERLAKU...
Kek yang telah ditempah 2 minggu awal itu terpaksa ditunda kerana tarikh telah bertukar Dan syukur kek yang siap akhirnya sangat memenuhi apa yang telah Mak Dara tempah.


FAKTA : 3
Mak Dara telah sediakan doorgift dan hadiah cabutan bertuah untuk semua hadirin yang datang..

 
terima kasih kepada anak mak dara Adza Danina kerana sudi bantu Mak dara 
packing barangan D"ADZA COSMETIC

YANG BERLAKU...
Malam sebelum majlis Mak Dara menyedari bahawa semua doorgift dan hadiah cabutan bertuah khas untuk wanita sahaja dan menyedari bahawa tiada hadiah untuk blogger/tetamu lelaki yang hadir. Syukur alhamdullilah somi Mak Dara telah sponsor T-shirt dari groupnya iaitu Tshirt MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB . (Somi Mak Dara adalah president bagi club itu hehe)

 
Somi Mak Dara, MARTIAS ALI adalah president bagi MBC ;)Cover Photo

   
akhirnya blogger/tetamu lelaki menerima hadiah tshirt MBC Club

 
Blogger Mak Lady sponsor dua buah minyak wangi untuk 
hadiah cabutan bertuah

FAKTA :4
Majlis diwartakan bermula pada pukul 2:30 petang

YANG BERLAKU:
Mak Dara tiba pukul 2:00 petang namun Blogger Deqnoor dan Cik Siezuka sampai ke lokasi dahulu sebelum Mak Dara .. Aiseymen.. Mak Dara sepatutnya sampai lebih awal dan tak sepatutnya membuatkan tetamu menunggu.. Nasib baik Deqnoor dan Cik Siezuka chill dan relax je hehe

 
Maafkan Mak Dara kerana terlewat ye Deqnoor dan Cik Siezuka
you guys memang sportinggggg muahhhhh

FAKTA : 5
Yang ni memang klimak melt down Mak Dara.. Time ni memang rasa rasa sangat frust dan rasa macam nak menagisssssssssssssssssss .. Mak Dara dah tempah/sewa lokasi dan makanan di Rampai Palace dan telah menyatakan bahawa majlis mak dara itu akan diadakan pada pukul 2:30 petang..

YANG BERLAKU...
Pihak management telah mendapat salah information dari pekerjanya dengan menyatakan bahawa majlis bermula pada pukul 5:30 petang.. Tapi hakikatnya Mak Dara telah pun beritahu bahawa majlis bermula pada pukul 2:30 petang. Maka apabila tetamu tiba semua terpaksa dijamu minum air dahlu kerana pada ketika itu Chef sedang keluar membeli barangan untuk masak.. Syukur alhamdullilah setengah jam selepas itu makanan pun siap.. Nasib baiklah semua tetamu sporting.


 

Sesungguhnya untuk mengendalikan sesebuah majlis bukanlah sesuatu yang senang.. Pasti ada dugaan yang tidak disangka sangka.. Namun bersyukur ke hadratnya akhirnya majlis itu dapat merapatkan lagi persahabatan dan ukhwah mak dara bersama teman teman blogger yang hadir pada hari itu.. Semoga anda semua tak serik serik untuk bertemu mak dara lagi ya.. Jika ada sebarang kekurangan dan kesalahan mak susun sepuluh jari memohon maaf sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari Mak Dara sendiri..


Cute ke haha - WW



Tuesday, January 22, 2013

Salam Takziah Buat Blogger Yana Yassin dan Keluarga

AL-FATIHAH.... setiap yang hidup akan kembali kepada NYA.. Di sini Mak Dara ingin mengucapkan mengucapkan salam takziah kepada keluarga blogger dan juga teman Mak Dara iaitu YANA YASSIN dan keluarga diatas kehilangan anak saudaranya iaitu Allahyarham  Muhammad Nabil Zaim (2 bulan) yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 (Ahad) yang lalu. 

Photo: Senyumanmu akan dirindui . Pemergian Muhammad Nabil Zaim kepada penciptanya pada pukul 10.45mlm td . Allah pinjamkan cuma 77hari . Moga ummi Anis Yassin dan abi Nazri Mispan tabah kerna Allah lebih sygkan abg Nabil .
Allahyarham  adik Muhammad Nabil Zaim
#gambar hak milik yana yassin

Mak Dara tahu tentang arwah apabila kisah tentangnya selalu diupdate oleh Yana di facebook dan juga di blog milik Yana. Difahamkan bahawa arwah mempunyai sedikit masalah jantung dan sering berulang alik ke hospital..

Mak Dara juga baru saha kehilangan arwah ayah 105 hari yang lalu jadi Mak Dara amat amat memahami perasaan apabila kehilangan insan yang tersayang.. Semoga Yana Yassin dan keluarga tabah menerima ujian ini dan semoga rohnya Allahyarham  adik Muhammad Nabil Zaim dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. 
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

Monday, January 21, 2013

Gambar Sekitar Majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA

As salam duhai teman.. Syukur alhamdullilah ke hadratNya.. semua yang telah Mak Dara rancang hampir berminggu minggu telah pun berjalan agak lancar semalam . Mak Dara telah meraikan ulang tahun Anniversary blog Mak Dara yang ke dua tahun dan juga Pre Birthday Bash Mak Dara yang ke 36 tahun semalam bersama sama 22 teman teman blogger yang sungguh sempoi , sporting dan terbaek di sebuah majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA yang bertempat di Rampai Palace Sri Rampai KL. Jom mak dara share gambar gambar sekitar majlis ini ya..

 
Mula mula ambil kek yang dah ditempah 2 minggu lepas dari bakery.. kemudian terus ke Rampai Palace

 
Blogger Deqnoor dan Cik Siezuka tetamu terawal Mak Dara.. likeeeee

 
teman teman blogger semakin ramai hadir

Dari kiri Hafiz Rahim & isteri (FIZA) kanan En Fadzli, DKNA ABZA

  
Door gift dr Mak Dara kepada Deqnoor , Cik Siezuka dan Farah Waheeda

  
DKNA ABZA & Encik Fadzli & Rabiatul Adawiyah

  
Encik Naim , Hafiz Rahim & isteri (FIZA) dan Cik Lily Putih

Dan YANA YASSIN.. terima kasih Yana banyak membantu Mak Dara muahh

  
Perghhh mantop Ery Zukhairi pun adaaa.. Alicafe satuuuuu ehehe lariiiiiiii ;)

  
Mak Lady, Cik Lily Putih & Mr Big, En Naim & Ruby in da housee 

  
masa untuk potong kekkkkkk ;)

  
blogger aka anak buahku Aimie Hazerin in da house tooo

 

  
sesi cabutan bertuah

    

   

Blogger Fizaaaaa 


Blogger Meor aka MELASTIK KE BINTANG , SYa dan 
Baby Rayyyyyy tomelllllllll

Terima kasih kepada En Zumiel dr blog  TEH TARIK BERSAMA YB

  

 

 
terima kasih kepada somi ku MARTIAS ALI kerana menjadi 
tulang belakang & Org kuat dalam dunia MAK DARA ;)

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis SEPETANG BERSAMA MAK DARA!!

Rasanya ini adalah sebuah entry yang paling banyakkkkk gambar pernah mak dara masukkan dalam sesebuah entry.. Ni pun dah habis pilih ni.. Ada banyakk lagi gambar yang tak dimasukkan ke dalam ni sebenarnya.. Memang meriahhhh.. memang hapeninggggg... Jutaan terima kasih kepada setiap sorang yang sudi hadir ke majlis kecil lagi simple mak dara ini.. Dan jika terdapat kekurangan dan kesilapan semasa berlangsungnya majlis ini Mak Dara ingin memohon maaf dan semoga kita dapat berjumpa lagi dan lagi dan lagi bersama anda semua.. Muahhhhhhhhh u guys are AWESOME!! Sehingga bertemu lagi kita di anniversary blog Mak Dara yang ke3 pada tahun depan insyaallah kalau umur panjang..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK