Saturday, July 20, 2013

Sahur Pertama Di Bandung

As salam duhai teman.. Salam sayang dari Bandung. Pagi tadi merupakan pagi pertama bagi Mak bersahur di Bandung.. Hotel yang mak dara menginap ini iaitu Hotel Aston Braga ini ada menyediakan buffet bersahur.. Jadi apa lagi.. Mak bersama somi dan adik mak pun terjah ler hehehe..
Di bandung ni waktu kurang sejam dari waktu di Malaysia. Jadi kiranya mak dara bersahur pada jam 3:30 pagi tadi.. Takpe bersahur awal nanti petang berbuka pun awal juga hehehe..
Memang rasa lain bila bersahur kat negara orang ni.. Lauk pauk yang disediakan pun lain.. Air yang disediakan pun lain.. Akhirnya mak dara makan sedikit nasi goreng.. Salad dan roti rotian je lah.. Tapi yang amat terasa ialah bersahur tanpa anak anak Mak Dara di sisi.. Hmmm nasib baik cuma empat hari je mak dara di Bandung ni.. Lepas tu boleh le bersahur dan berbuka kembali beraama anak anak tercinta heheh.
Selamat berpuasa semuaaa...





Thursday, July 18, 2013

BANDUNG HERE WE COME!

Waduhhhhhh ngak sabarin lagi gue deh untuk ke bandung sore ini kok.. Ngak sabarin gue untuk memilih garmis untuk anak anak ku yang tercinta kok... Errr kenapa kok gue jadi minah indon pagi ini kok.. Errr angin meroyan dah menghala ke Indonesia barangkali kok.. Kok kok kok haaa dah ghupe macam ayam berkokok le pulak Mak Dara hari ni kan wahahahaha.. Adesss #apapuntakboleh...

Tu lah over exited punya pasal nak bertolak ke Bandung pada pukul 6:20 pagi esok!! Yeayyyy.. Mak Dara ke Bandung bersama somi mak Martias Ali dan juga adik Mak Dara Adza Rina..


Katanya flight tu esok lah 19hb kan.. tapi sebenarnya malam ni dalam pukul 3-4 pagi Mak Dara dah kena bertolak ke airport almaklumlah kena sampai 2 jam sebelum berlepas kann..

Sebenarnya mak ke sana untuk membeli baju raya untuk mak dara sekeluarga.. Al maklumlah bila dah anak anak ramaiiii ni kenalah ke tempat yang murah untuk memborong hahaha.. Itu baru anak 4! Kalau anak sedozen mau mak dara kena ke papua new guenea hehehe... Fuhh banyak juga list yang ahli keluarga mak pesan untuk dibeli disana.. Ok order ditutup no more request .. Yang dok ada dalam list pun belom tentu boleh dibeli karang mengharap pulak hehehe...


Oh soooo is the terujaaaa!!!


Erkkkk Panjanggggggnya Verification!


Mak aiiii panjangnya words verification!! dah dekat sama panjang dengan komen yang mak tulis aje kannn..  Tapi part yang paling besttt tu ialah bila mak dah tulis dan masukkan semua nombor dan huruf huruf tu dan cuba untuk publishkan komen mak tu, boleh pulak salah.. Nampak gayanya kena tulis lagi lah nih.. Uwaaa... Nasib baiklah skrg dah semakin ramai bloggers yang tak lagi gunakan words verification utk para pembaca bagi meninggalkan komen komen.. Kalau tak jenuhh le kan...hehehe  


Wednesday, July 17, 2013

Kad Raya Pertama ku Pada Tahun Ini!

Waduh waduhhhhhh akhirnya mak terima sekeping kad raya pada tahun ini, terujaaa bebenor mak bila terima kad raya pertama mak pada tahun ini.. Yang bertambah istimewanya ialah pengirimnya adalah dari Adik Eqbal.. Siapa tak kenal dengan blogger femes amos EQBAL ZACK kan...  Terima kasih dik.. akak sukaaa sangat dengan kad raya adik tu.. cantikkkk sangatttt...



Haaa tengok tu cunnnnn kan kad raya dari Eqbal ni kan.. Ini merupakan tahun kedua Mak Dara menerima kad raya dari Eqbal.. Dan kedua duanya merupakan kad raya pertama yang mak dara terima setiap tahun.. Mak Dara memang puji betul dengan Adik Eqbal ni kerana setiap tahun pasti akan menghantarkan kad raya pada semua teman dan pembaca blognya.. Bertuah rasanya mak menjadi salah seorang penerima kad raya Eqbal ini tankiuuu dikkkk.

Masih teringat lagi masa Mak Dara Berhari Raya Ke Rumah Terbuka Eqbal Zack pada tahun lepas memang meriah dan memang sedap sedap hidangan yang di masak oleh Kakak Eqbal yang dipanggilnya Kak Lang tu .

Jutaan terima kasih sekali lagi buat Eqbal kerana sudi menghantar kad raya buat Akak sekeluarga ya.. Really appreciate it.. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya juga buat Eqbal dan keluarga ya.. 


Selamat Hari Lahir Syaz Khidzir

As salam duhai teman.. Mak dara baru saja pulang dari menghadiri sambutan harijadi salah seorang teman mak dara iaitu Syaz Khidzir di restoran Craven di Bukit Antarabangsa.. Kalau anda nak tahu Syaz khidzir ini merupakan manager kepada Shazroul Fazlie Bintang AF4 tuuu yang juga merupakan antara teman rapat mak dara dan keluarga.. 

Memang meriah sambutan birthday Syaz ini dengan kedatangan teman teman terapat yang lain.. Ok moh mak dara kongsikan gambar gambarnya semasa sambutan tu ye..


Syaz dan Shazroul
 
Syaz dan Adza Rina
 
Mak Dara, Adek dan Elly
 
Happy Birthdayyyy Syaz!!
 
 Geng owesome Adek,Shazroul, Elly and hubby Syamsul Bahri, Rina, Fyma, Syaz dan Abg Amri

Ok kepada Syaz khidzir aka amer SELAMAT HARI JADIIIII.. Moga happy dan sihat selalu hendaknya ya.. Insyaa allah...  

Akhir sekali jom layan lagu terbaru dari Shazroul dan juga Adzrin Azhar bertajuk Pencuri Hati untuk birthday boy dan semua anda yang membaca entry ini .. Wahhh sempat lagi promote lagu terbaru dari BFF mak dara ni kan.. Jom dengarkan bersama.. Layannn...


Tuesday, July 16, 2013

700 000 PAGEVIEWS ! Syukur

Blog picisan Mak Dara telah menerima sebanyak   700000 pageview! Masyaallah... Gembiranya dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.. Jutaan jutaan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog meroyan Mak Dara ini .Setiap seorang dari anda adalah amat amat bererti dan amatttt bermakna bagi Mak Dara.Harap anda sudi datang dan datang lagi ke blog Mak Dara ini.. You guys are AWESOME.... Sayang semua ketat ketat!!

Sapa Tak Sayang Bini Oiii...

Waduh waduhhh terharuuu pulak Mak Dara tengah tengah malam macam ni.. Maunya tak terharu.. Setelah seharian somi mak dara pergi kerja editing untuk sebuah rancangan bersiri utk RTM dan bila pulang aje dia bawa balik TUTTI FRUTTI untuk Mak Dara.. Waduhhhhhhh macam tau tau aje bini dia ni suka makan eskrem memalam.. Tu yang badan dah ghupe peti ais 2 pintu nih hehehehe..


Somi Mak Dara membeli Tutti Frutti ini dari kedai temannya En Amru Najmi di  TUTTI FRUTTI CYBERJAYA.. Fuhh jauhhhh kan somi mak bawa pulang Tutti Frutti ni dari Cyberjaya ke Lembah Keramat.. Perghhhh terasa diriku begitu berharga wahahaha.. Tapi part yang best tu, boleh pulak Tutti Frutti yang dibawa somi mak tu tak cair cair.. Memang terbaekkkk lah Tutty Frutti Cyberjaya ni ..

Terima kasih buat somi yang sudi dan teringatkan bini di rumah ni selalu ye. Bak kata somi.. Sapa tak sayang bini oiiii wahahahaha pengsan jap patblas jam.. Eh tapi sebelum pengsan baik mak belasah dulu tutti frutti ni sebelum dia cair hehehe...

Dibawah ni detail Tutti Frutti Cyberjaya
Business Hour: 12pm - 12 am
Address : 56-G, Neocyber, Lingkaran Cyberpoint Barat, Cyberjaya
Let's froyo!!! Support us by "Like" us today ;)http://www.facebook.com/pages/Tutti-Frutti-Cyberjaya/199185700118536

Monday, July 15, 2013

Genap 2 Tahun Penghijrahan Ku.. Syukur Alhamdullilah

Dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini maka genaplah dua tahun "penghijrahan" mak dara. Syukur alhamdullilah siapa sangka dari hanya ingin mengenakan tudung untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga Mak Dara di CROSSROADS Concord Hotel Shah Alam pada 2011, akhirnya terus membuatkan mak dara terbuka hati untuk berhijrah.. Masih teringat lagi saat saat itu...

pic Ramadhan 2011


Mak Dara bersama Ibu, adik, anak2 & Anak buah



Kelakor jugak bila ingat masa nak kenakan tudung hitam tu.. Siap bukak tutorial di youtube lagi.. Tapi part yang bestnya takde langsung rasa tak selesa sepanjang majlis berbuka puasa tu.. Mak pening jugak kalau lilitan tudung mak tu terbuka ke, mana nak cari youtube nak pasang balik kan hehe tapi syukur semuanya berjalan dengn lancar sekali.  

Sebaik sahaja habis majlis itu mak dara kembali seperti biasa. Namun setiap kali mak dara ingin melangkah kaki keluar dari rumah namun terasa berat.. seakan ada sesuatu yang tak kena dengan penampilan mak dara itu. Memang mak dara tak tahu macam mana nak terangkan perasaan mak setiap kali perasaan itu datang.. Mak berdoa pada tuhan untuk terangkan hati mak untuk memahami apa yang tersirat dalam kegelisahan mak dara tu akhirnya semuanya terjawap. 

Tak dapat mak terangkan bagaimana mak mendapat jawapannya namun semua kegelisahan mak dara itu hilang sebaik sahaja mak melangkah keluar rumah dengan mengenakan hijab.. Syukur alhamdullilah kepada Allah swt atas segala galanya. Akhirnya pejam celik pejam celik kini genap dua tahun penghijrahanku moga ia kekal selama lamanya...amin.


Nota: Pada anda yang ada teman teman yang tiba tiba nak cuba bertudung dibulan puasa janganlah diperlehkehkan niatnya itu. Jangan pula beranggap bahawa dia hanya akan "berubah" hanya di bulan puasa.. Berikan dia sokongan dan semangat dan diringi doa.. Mana tahu hatinya terbuka untuk terus kekal menutup aurat selepas itu. renungan bersama :)


Sunday, July 14, 2013

Terjah Jangan Tak Terjah

Haaaaa tepat jam 2: 04 pagi tadi... Mak dara baru selesai siapkan skrip episod ke tujuh sebuah rancangan masakan berjudul KEMBARA MENU BUJANG.. Rancangan masakan ni sebanyak 13 episod kesemuanya. Namun baru tujuh episod yang siap maknaya Mak Dara terpaksa habiskan lagi 6 episod secepat mungkin.. Takpe esok mak dara kejor menulis sampai lebam.. Tapi yang penting pepagi buto ni Mak Dara dah tunaikan tanggungjawap mak dara dengan MENERJAH semua rakan blogger yang sudi meninggalkan komen komen di blog mak dara sejak kebelakangan ni.. Syukur alhamdullilah dapat juga Terjah blog korang setelah beberapa hari asyik sibuk je memanjang ni kan hehehe..

YESSS!! Dah Terjah Jangan Tak Terjah hehe

Pada blog yang belum Mak terjah tu harap tunggu dan nantikan keatangan ku di blog blog anda tu ye... Hehehe tetengah malam ni terjah blog orang besttt jugak layan nengok entry entry yg kebanyakkannya pasal puasa dan makanan.. Haa bercakap pasal makanan.. Mak Dara ingat terus nak siapkan juadah sahur lah.. Sekarang pun dah pukul 3 pagi lebih.. Kalau tidor time ni kompom tak bangun bangun sampai esok pagi kang.. Mau somi dan anak anak tak bersahur karang ni hehe..

Ok selamat bersahur semuaaaa.. tatatititutu


Saturday, July 13, 2013

Maafkan Kami... Maafkan Kami...

As salam duhai teman..Mak Pasti ada ramai yang dah merajuk dengan Mak Dara kerana sudah jarang jarang.. kadang kadang... membalas komen komen yang telah diberikan di entry entry Mak Dara dan dah agak jarang kebelakangan ini bagi mak dara membalas kunjungan ke blog anda kan.. Ohhh jangannn marah dan tolong jangan majukkk dengan mak pweaseee pweaseee. Sebabnya perkara ini berlaku disebabkan Mak Dara agak sibuk sejak kebelakangan ni menulis skrip bagi sebuah rancangan masakan sebanyak 13 episod bertajuk KEMBARA MENU BUJANG..


Kalau anda nak tahu Mak Dara dan adik Mak Dara iaitu Adza Emie yang menulis skrip untuk rancangan ini. Dan sehingga hari ini kami baru siapkan hanya 6 episod sahaja . Terdapat lagi 7 episod yang harus ditulis. Sedangkan pihak penerbitan telah pun memulakan penggambarannya.. Haaa maunya tak kalut Mak Dara dan adik dibuatnya.. Jadi memang tak dapat fokus benda lain termasuk blog selain dari menulis skrip ini. Mak Dara harap anda semua faham akan keadaan mak dara ini ya... Korang pun tahu dan kenalkan Mak Dara macam mana.. Setiap komen pasti mak akan balas beserta dengan kunjungan balas ke blog anda kann kann kannn.. Kali ni je yang tak dapat dielakkan.. Semoga korang semua maafkan mak ye.. 

Maafkan Kami.. Maafkan Kami...Maafkan Kami.. Maafkan Kami...
Maafkan Kami.. Maafkan Kami...Maafkan Kami.. Maafkan Kami...
Maafkan Mak Dara yer... :(

Insyaallah sebaik saja Mak Dara habis menulis skrip rancangan masakan ni moh kita meroyan beramai ramai kembali yer yer yer hehehe.. Sayanggg korang ketat ketat..

Ayah Dira Abu Zahar Meninggal Dunia - Al Fatihah

As salam duhai teman pasti sudah ramai yang mengetahui berita sedih ini, namun mak dara baru sahaja mendapat tahu sebentar tadi. Salam takziah mak dara ucapkan kepada pelakon Dira Abu Zahar yang baru sahaja kehilangan ayah yang tercinta. Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia di kediamannya di Merlimau di sini akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang kira-kira pukul 6 petang tadi.

semoga Dira dan keluarga tabah menghadapi pemergian ini.. 
pic dari blog Dira http://blogdira.blogspot.com/

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Seri Khalijah Mohd Jiddi dan enam orang anak iaitu Zalina, Roslaini, Marina, Zuraini dan Khaidirah serta seorang anak lelaki Mohd Aidi Iskandar. Allahyarham merupakan Ketua Menteri Melaka Kelapan dan mula menjawat jawatan itu pada 23 Mei 1997 sehingga 2 Dis 1999 sebelum digantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

Dira telah berkongsi status bagi memaklumkan berita sedih ini melalui laman istagramnya..


Allahyarham dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Al-Azim, sebelum Zohor esok. Mak Dara doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. AL Fatihah..



Friday, July 12, 2013

HELLO DJ RADIO..

Sebentar tadi Mak Dara terlihat satu post di wall FB DJ Jj iaitu salah seorang DJ di Radio SuriaFM.. Memang kelakor sangat gambarnya dan ingin Mak Dara kongsikan post itu bersama sama anda hari ini..

#gambar dipetik dari wall FB DJ Jj  

Waduhhhh mau pening kepala juga DJ Radio kalau dapat permintaan yang sebegini rupa kan.. Adessss hehehehehe . Apa apapun moh dengor radio SuriaFM sambil kita bersiap siap untuk menyediakan juadah berbuka nanti jom!!..



Olay Professional ProX

Apa khabar teman teman sekalian.Ok Hari ini Mak Dara nak kongsikan kepada anda sebuah poduk terbaru produk penjagaan kulit iaitu Olay Professional ProX 

Apakah Olay Professional Pro-X ?

Olay Professional Pro-X Advanced Facial Cleansing System adalah sebuah produk penjagaan kulit yang memberikan anda kelihatan lebih muda dan cantik. Kulit anda akan kelihatan lebih muda dalam 28 hari! Dijamin! Olay Professional Pro-X  telah direka dan diuji oleh Olay Profesional Alliance untuk Penjagaan Kulit dan ia akan membaiki kadar kelembapan kulit dan meningkatkan kadar perolehan permukaan sel. Olay Professional Pro-X membersihkan kulit 6 X lebih baik dan membantu memaksimumkan keberkesanan serta-merta menghidratkan pelembap anti-penuaan kulit anda. Hasilnya adalah hebat, terbukti, dan profesional.

Mak Dara sendiri tidak melepaskan peluang bagi mencuba produk ini!!!


Produk Olay Professional Pro-X Advanced Facial Cleansing System 



CARA CARA PEMAKAIAN


#1 Basahkan kulit muka dan kepala berus ringan dengan air.



#2 Letakkan losyen Pembersih di tangan anda dan urut ke seluruh muka.


 # 3 Hidupkan pembersihan berus dan perlahan-lahan bergerak 
muka selama kira-kira 60 saat.



 # 4 Bilas muka dengan air.


SIAP!!!!!!!!


Memang Mudah menggunakan produk Olay Professional Pro-X ini. Semudah 1..2..3..! Memang terasa kesannya..!! 



CIRI CIRI PRODUK

*Membersihkan kulit 6 kali lebih baik untuk pembersihan asas
*Membantu memaksimumkan keberkesanan serta-merta menghidratkan pelembap anti-penuaan anda
*Direka dengan 2-kelajuan, sistem berputar menyampaikan pembersihan harian yang mendalam dan pengelupasan lembut, kalis air.
*Ia termasuk saiz sampel Pembersih Pembaharuan Pro-X Exfoliating disyorkan untuk pengelupasan harian.


Produk Olay Professional Pro-X  telah disiarkan sebanyak dua kali di TV di Korea. (Featured Twice on TV 女人我最大 Nu Ren Wo Zui Da)





Mak Dara dapati bahawa produk ini benar-benar membersihkan jauh lebih baik daripada menggunakan tangan saja selama ini. Ia memang mudah untuk digunakan, Mak Dara tak perlu membaca manual atau mencari tutorial untuk belajar bagaimana untuk menggunakannya. Mak Dara tidak mendapat apa-apa reaksi atau alahan pada kulit apabila menggunakan produk ini.Bulu berusnya yang lembut super memang tidak menyakitkan kulit wajah. Produk Olay Professional ProX benar-benar membersihkan kulit dan ternyata amat berkesan untuk kecantikkan kulit wajah kita.

Akhir sekali Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Michelle Chuah iaitu pemilik kepada SUPERMODEL SECRET ONLINE SHOP @ http://www.supermodels-secrets.com/ atas pemberian produk Olay Professional ProX yang hebat ini. Really appreciate it Michelle! 

Mak Dara dan Michelle Chuah

Haaaa amacam dah teruja dengan produk Olay Professional ProX ini? Pasti anda nak tahu berapakah harga produk ini kan??

HARGA  Olay Professional Pro-X RM 280

KINI ADA PROMOSI HARI RAYA!!

HARGA  Olay Professional Pro-X sempena Hari raya @ RM 149.90


Thursday, July 11, 2013

SHOOTING LAGI!

Hari ni Mak Dara akan follow somi Mak Dara Martias Ali ke set penggambaran sebuah iklan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM). Yup shooting lagi Ini adalah iklan kedua yang akan diarahkan oleh somi Mak Dara dan diterbitkan oleh syarikat TWO TONES Sdn Bhd.. Pada iklan kali ini akan memberi kesedaran kepada semua orang tentang "family planning" iaitu kaedah perancang keluarga. Iklan iklan ini akan ditayangkan di MEDIK TV tak lama lagi.

Para pelakon yang akan berlakon dalam iklan ini ialah UCOP CECUPAK dan juga... Jeng jeng jeng.. Adik Mak Dara sendiri iaitu Adza Rinawati!! 

Ucop Cecupak dan Adza Rinawati

Inilah 5 pelakon kanak kanak yg melakonkan 
watak sbg anak anak Ucop & Rina :)

Haaaa di gambar di atas sekali tu adalah salah satu babak dalam iklan ini. Konon kononnya adik Mak Dara yang memegang watak menjadi isteri kepada Ucop Cecupak telah hamil hampir setiap tahun ini adalah kerana kurang peka akan kaedah perancang keluarga.. Haaa adik mak nampak macam betul betul mengandungkan? PAdahal di perutnya diikat dengan bantal kasi nampak macam 9 bulan mengandung hahahaha.. Uishhhh jenuh juga dia kena usik di set sebab belum kahwin dah "mengandung" hahaha adoiii.. Yang gambar kanak kanak itu pulak adalah pelakon kanak kanak yang melakonkan watak sebagai anak anak Ucop dan Rina ehhehe.. Ramaiii kannn.. 

somi mak dara (tengah) sedang asyik berkarya

Di set lokasi di Warung

Action!! 

Somi Mak Dara sedang arahkan Ucop (baju merah) untuk babak itu

Mak Dara duduk sambil nengok somi buat kerjanya hehehe
(sila abaikan muka yg sememeh tanpa sbrg makeup itu wahaha)

Adik MD Adza Rinawati sedang disolek oleh Makeup Artis

Lokasi penggambaran hari ini pula adalah di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di AU3. Nantikan update terkini dari Mak Dara sebentar nanti ye :) Doakan agar shooting hari ini berjalan dengan lancar ye Insyaa Allah..

Pssttt psstttt... Mak Dara mengimpikan satu hari nanti dapat buat kisah pasal blogger dan nak jemput rakan rakan blogger berlakon dalam drama tu.. Kompom bestttt kannnn!! Hmmm bilalah impian ni akan menjadi kenyataan.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK