Monday, August 12, 2013

Balik KL Ooo Balik KL

Balik kampung ooo balik kampung hati girangggg... Haaa setelah puas beraya di kampung halaman mak dara di Kedah dan Perlis akhirnya hari ini mak dara dan keluarga pulang semula ke rumah di Lembah Keramat KL .. Raya kali ini memang mak dara puas beraya bersama sanak saudara mak dara di kampung.. Habis terlerai dendam rindu kesuma di hati hehehe.. Jutaan terima kasih kepada somi mak dara yang membawa kami sekeluarga pulang ke kampung mak dara tahun ini..

Seronok seronok juga tapi perjalanan pulang ke KL ni agak jemm juga entah le bila boleh sampai di rumah.. Takpelah biar lambat asalkan selamat betul tak...

Ok nanti kita ketemu lagi ya tatatititutu... Balik kl ooo balik kl... Lalalalaa hehe


3 Rumah Jiran Mak Dara Dipecah Masuk

Masyaallah.. Terkejut besar mak dara apabila mendapat berita bahawa telah terjadi kejadian rompakan di kawasan kejiranan Mak Dara.. Bukan satu, bukan dua tetapi tiga rumah telah dipecah masuk.. Dah la mak dara masih berada di kampung ini, dalam kepala otak mak dara kompom kompom rumah mak dara antara salah satu rumah yang telah dipecah masuk tu.. Namun setelah meminta adik mak dara yang berada di KL untuk melihat keadaan rumah mak dara barulah kami tahu bahawa rumah mak dara tidak dipecah masuk namun rumah yang dipecah masuk itu adalah rumah 3 jiran mak dara.. Masyaallah kesiannya pada mereka.. Difahamkan sehingga kini banyak polis masih berada di dana membuat siasatan... Semoga mereka berjaya menangkap penyangak yang melakukan rompakan itu..

Kalau ikutkan hati mau juga balik kr KL petang tadi namun oleh kerana jemmmm yang gilaaaa maka kami akan pulang ke KL esok pagiiiiii... Oh memang macam tak percaya apa yang berlaku ni. Semoga jiran jiran mak dara tabah dan sabar dengan musibah ini :(


Friday, August 9, 2013

Sungai Bakap

Fuhhhh dari siang tadi hinggalah hampir tengah malam ini baru mak dara semakin hampir ke kampung halaman mak dara di Kulim.. Jalan jemmm membuatkan kami lambat untuk sampai ke destinasi. Namun biarlah lambat asalkan selamat ye dak..
Sekarang mak nak masuk ke kawasan jawi dan melintasi Sungai Bakap.. Haaa anda pernah dengar dengan nama Sungai Bakap ni.. Kalau nak tahu...  Dulu moyang kepada moyang mak dara yang bernama Tok Bakap telah meneroka dan membuka kawasan ini dan dia namakan kawasan itu sebagai Sungai Bakap.. Jadi bila tiap kali balik kampung dan melalui Sungai Bakap hati pasti terharu.. Lama betul mak dara dan keluarga tak menjenguk ke dusun dusun milik keluarga di sana..

Wahh tetiba kongsikan sejarah keluarga mak dara la pulak kan.. Ok sebentar saja lagi mak dara akan tiba di Kulim nanti mak update lagi ya...



Beraya Di Teluk Intan

Dalam perjalanan mak dara dan keluarga ke kampung halaman Mak Dara di Kulim Kedah, mak dara singgah sebentar di rumah makcik Mak Dara di Teluk Intan..

Makcik Zawiyah merupakan kakak kepada Ibu Mak Dara. Tahun ini merupakan tahun pertama Makcik Zawiyah serta ibu MD sendiri beraya tanpa suami.. Suami Makcik Zawiyah telah meninggal pada bulan september tahun lepas manakala arwah ayah mak dara pula meninggal dua minggu selepas itu.. Walaupun mereka bersedih beraya tanpa yang tercinta namun tatkala mereka bertemu terpancar keceriaan di wajah masing masing..  Alhamdulillah sekurang kurangnya terubat juga kedukaan kedua beradik walaupun sedikit ...

Moh mak dara kongsikan gambar kami di rumah makcik mak itu ya.. Gambar yang bertudung biru tu Makcik Zawiyah dan yang bertudung hitam itu adalah ibu mak dara...
Ok kini masanya kami menyambung perjalanan kami.. Kulim here we come....



Balik Kampong.. Ooo Balik Kampong

Pada tika dan saat ni mak dara dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mak dara di Kulim Kedah Darul Aman.. Yeayyyyy cheq nak balik kampong habaq maiiiii.... Waduhhh tak sabaq nak jumpa sanak saudara, sahabat handai semua..

Ada tak blogger kulim kat sini.. Boleh la kita jumpa.. Ada ka yang sudi jumpa ngan cheq ni heheh..

Ok mak nak sambung tidoq sat.. Biaq somi drive sambil layan jerit dan hingaq anak anak yang dok nyanyi lagu raya ni hehehe..

Kulim aku datang......


Thursday, August 8, 2013

Angpau Lai Lai..

Haaa jangan ingat orang tua tua tak boleh dapat angpau ye.. Mak Dara boleh buktikan yang orang tua juga boleh terima angpau.. Angpauuuu lai laiiiii...

 Yesss dapat angpauuuuu!!

Selalunya kanak kanak yang dapat angpau diberi mengikut umur.. Ye lah yang bebudak yang belom sekolah dapat banyak ni.. budak yang sekolah rendah dapat banyak ni.. budak sekolah menengah pulak selalunya dapat banyak sikit dari kanak kanak yang lain kannnn.. Hmmm terpikir jugak mak.. kalau dalam kes mak dara macam mana pulak ek.. Dah kompom kompom dah lama tinggalkan zaman persekolahan.. Jadi berapa rate isi angpau patut mak dara terima ek.. Akhirnya mak dara dapat idea.. Bagi yang dalam kategori kertu macam mak dara ni seharusnya isi angpau ni berdasarkan berat badan.. Perghhh mau mak dara dapat banyakkk ni hahaha.. Buat somi ku tercinta terima kasih atas angpau ni .. Tenkiuuu tauuu ahaks..

So pada anak anak sekalian dah kira dah berapa colection dapat pada hari raya pertama ni hehehe.. Jangan habiskan dengan beli mercun tau.. Kasi simpan dalam tabung hokay.. Selamat Hari Raya semuaaaaaaaaaaaaa...





Jom Tonton Drama Raya Hijabista Kampung

Tengah hari semalam sebuah drama raya yg skripnya ditulis oleh saya dan adik Adza Nasyaemie bertajuk HIJABISTA KAMPUNG telah pun ditayangkan di Astro sakuran 180 TVi. Dan drama itu akan diulang tayang lagi pd pagi ini jam 4:00 sebentar nnt.. Pada yang tak tido bersiap2 utk raya tu blh le menonton drama ini ye.. Selamat Hari Rayaaaa


Wednesday, August 7, 2013

Besok Hari Raya!

Sebentar tadi telah diumumkan oleh mohor mohor besar bahawa tarikh hari raya aidilfitri ialah pada besok hari iaitu pada 8hb ogos 2013.  Selamat Hari Raya Aidilfitri buatsemua teman teman dan ampun maaf  dipinta . 

SELAMAT HARI RAYA!!



Pelangi Senja Syahdu

Pelangi petang menyinari senja yang dingin ini..Pelangi.. Bagai dapat memahami jiwaku yang lara.. Makin dekat menuju aidilfitri makin aku merindui saat saat menyambutnya bersama arwah abah yang telah meninggalkan kami 11bulan yang lalu..

Oh pelangi senja kau bawalah doaku buat arwah abah .. Semoga roh arwah abah tenang di sana.. Al Fatihah...


Mari Menganyam Ketupat

Mari lah mari.. Moh kita menganyam ketupat.. Haaa hari ni mak dan somi serta anak beranak menganyam ketupat.. Haaaa moh mak kongsikan gambor ketupad in the making.. Tapi gambor mak dara takdolah yo disobabkan berkomban ajo.. Errr bukan berkomban errr berbaju kelawar jo serto bermuko tok siap.. karang ada yang muntah pink jap laie hehehe...

Pasti ramai yang tengah masak ketupat juga kan.. Moh kita berketupat jommnn..


Monday, August 5, 2013

Rumah Mak Dara Di Dalam TV!

Nak tengok rumah Mak Dara dalam TV hehehe? bolehlah menonton drama bertajuk UNTUNG ATAS ANGIN lakonan Misha Omar yang sedang ditayangkan sekarang di Astro TVi channel 180.. Kisahnya rumah mak dara jadi rumah Miesya Omar :)

Miesya Omar dan Erin Malik sedang berlakon di
ruang tamu rumah Mak Dara

 Miesya Omar dan Erin Malik di hadapan rumah Mak Dara

 Shooting di dalam ruang tamu Mak Dara

Anak mak si Adza Isabella bersama Miesya Omar dan Erin Malik

Selamat menonton drama UNTUNG ATAS ANGIN ini ye!!! :)

Sunday, August 4, 2013

Perang Suami Isteri Bakal Bermula Tiap Kali Tiba Raya

Somi: Saya tak kira tahun ni kita balik kampung saya!
Istri: Eh mana boleh asyik asyik kampung awak saja, 
kampung saya pulak bila?
Somi: Kampung awak kita balik ikut tahun lompat. 
Kira empat tahun sekali baru balik lah!
Istri: Eh banyak cantik muka awak!!

Haaaaa pernah alami situasi begini? Rasanya pasti ada.. Terutamanya pada pasangan suami isteri yang baru saja berumah tangga.. Ye lah baru nak atur first raya ke mana.. Kalau yang dah lama lama kawen ni dia dah sedia maklum dah giliran kampung mana untuk pulang berhari raya kannn.. 

Macam mak dara sendiri, Mak Dara dan somi tak berapa mengalami masalah ini kerana antara rumah Ibu Mak Dara dan rumah Ibu mertua sangat dekat. Dimana rumah Ibu Mak Dara di Wangsa Maju hanya 3 min sahaja dari rumah dan rumah Ibu mertua di Rawang hanya 40 min saja dari rumah. Pi mai pi mai dalam Selangor jugak kan.. Jadi telah menjadi aturan pada tiap kali hari raya di mana kami sekeluarga akan merayakan pagi hari raya pertama di rumah ibu mertua Mak Dara di Rawang. Kemudian pada petang raya dan selebihnya di rumah Ibu Mak Dara. So memang aturan yang adil jadi takdelah masalah untuk mak dan somi. Selama 16 tahun berkahwin dengan somi Mak Dara sebanyak 12 tahun berhari raya pertama di rumah Mak Mertua mak dara tu.. Yang balance 2-3 tahun tu masa mula mula kami nikah.. Time tu Ibu Mak Dara masih tinggal di Kedah so masih wujudnya giliran balik kampung haha .. 


Jadi persoalannya sekarang. Kemana Destinasi anda pulang beraya tahun ini?




Walau kemana jua anda pulang beraya diharap tiada perang yang meletus ok.. Yang penting kompromi dan bertolak ansur antara somi dan istri. Bincang baik baik.. Kalau tak boleh juga ajak OO SOM ka ataupun baling dadu dan tengok sapa menang so balik ke kampung yang menang hehe.. Semoga tak ada adengan perang antara somi isteri macam dalam gambor di bawah ni ...

(Mak Dara & Somi dalam teksi di bandung
sekadar gambar hiasan lol)

Haaa.. Sila elakkan babak cekik mencekik antara somi dan isteri di dalam kereta ya hahahaha...  Akhir kata semoga anda selamat pulang ke kampung dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir batin dari Mak Dara sekeluarga..


Saturday, August 3, 2013

Khas Kepada Mereka Yang Bergelar Jururawat..

As salam duhai teman.. Yeayyyyy raya dah nak dekat dahhhhhhh... Lagu raya pun dah berkumandang tanpa henti baik di radio mahupun di pasaraya ... Iklan raya tak payah cakap lah.. pantang nengok tv je jap lagi ada iklan raya.. nengok tv kejap ada iklan raya.. Ada iklan raya bila nengok tv kejab kannn hehehe.. Memang banyak iklan raya tapi agak kurang iklan raya mengenai jururawat yang harus bertugas di pagi raya betul tak... 

Haaa di sini mak dara nak kongsikan sebuah iklan raya untuk menghargai jasa jasa jururawat khasnya yang terpaksa bertugas walaupun di hari raya...


Mak Mana...? haaaa sedihkan part tu.. Sebenarnya iklan itu telah diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Ali. Dia direct iklan ini untuk Kementerian Kesihatan Malaysia dan diterbitkan oleh syarikat Two Tones Sdn Bhd.

Haaa ok jugakkan bila ada iklan bagi menghargai jasa jururawat ni.. Kalau tak, masa kita masuk hospital baru kita nak kenang jasa mereka. Bila dah sihat dah boleh keluar hospital langsung dah lupa apa yang telah mereka lakukan untuk kita..  Jadi iklan/video ini khas buat mereka yang bergelar JURURAWAT/ NURSE :) Jadi buat semua jururawat yang terpaksa bertugas di Aidilfitri ini Mak Dara mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan Pengorbananmu Di sanjungi.. 


Friday, August 2, 2013

JUMAAT TERAKHIR....

As salam duhai teman.. 
As salam duhai teman.. Hari ini merupakan Jumaat terakhir di Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirainya sebelum membuka tirai buat bulan Syawal.. Hari ini juga merupakan hari terakhir persekolahan buat anak anak dan mereka akan mula bercuti panjanggggggggggggg lepas ni.. 

Salam Jumaat dan Selamat berpuasa buat semua teman teman semoga Ramadhan kali telah membawa lebih ketenangan dan kebahagian buat anda semua amin.. 




Thursday, August 1, 2013

Best Top Commentators Award

Blog akan jadi sunyi tanpa adanya pembaca . Entry akan menjadi sepi tanpa adanya pembaca yang sudi memberikan komen.. Syukur alhamdullilah ada juga anda anda dan anda yang sudi meninggalkan komen di setiap entry meroyan Mak Dara . Ini membuatkan Mak Dara bertambah semangat untuk menulis dan berblogging.. Dan 5 orang blogger yang berada di dalam senarai 5 TOP PENGOMEN MEROYAN TEGAR di Blog Bicara Mak Dara bagi bulan Julai 2013 ialah Sukma Haron , Aku Penghibur , Mieza Jhaa KNormi Nieza dan PheoniX  ..  

Jutaan terima kasih kerana anda semua kerana sudi melayan kerenah meroyan Mak Dara dan sudi meninggalkan komen hampir di setiap entry yang Mak Dara publish sepanjang bulan Julai lalu.. U guys are AWESOME.. Oleh kerana itu Mak Dara ini memberikan award Best Top Commentators Award iaitu sebuah "award maya" buat anda berlima!


Di harap  Sukma Haron , Aku Penghibur aka Acik , Mieza Jhaa KNormi Nieza dan PheoniX suka dengan virtual award dari Mak dara ni ye hehe.. 

Mak Dara tak ucapkan ribuan terima kasih juga kepada uols sebab sudi tinggalkan komen untuk post post Mak Dara selama ini. Uols memang terbaik le.. Selalu selalulah datang memberikan komen anda kat sini.. Mak dara amat amat amat menghargainya.. Sayanggg semua ketat ketat.... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK