Tuesday, September 10, 2013

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR 2013

Pagi tadi maka bermulalah PEPERIKSAAN UPSR 2013! Dan anak Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana juga merupakan salah seorang dari calon UPSR pada tahun ini!

Adza Danina Kirana

all the best anakku!

Walaupun anak Mak Dara yang menduduki peperiksaan UPSR, namun Mak Dara yang terover nebes.. Dari semalam susah benor nak melelapkan mata rasa macam Mak Dara pulak yang akan masuk dewan periksa pagi tadi. Tapi anak Mak si Danina tu cool aje.. Ok lah tu maknanya dia confident kannn ehehe

Semoga Danina dapat mengejar cita cita 
Danina bila besar nanti ya!

Ok lah di sini Mak Dara ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon UPSR yang akan  menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada tarikh 11, 12 dan 13 September 2013 ini. Mak Dara mendoakan kepada semua calon-calon UPSR terutamanya anak Mak Dara si Danina agar dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang bersama keyakinan yang tinggi dan jitu. Insyallah .... kejayaan pasti menanti pada mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. 
All the best!!!

 
LOL!!!


Monday, September 9, 2013

MELAMPAU ! Restoran Pasang Filem KL Gangster 2 di Big Screen Secara Haram

Ini memang sudah lebeyyyyyyy... Bukan hanya cerita Filem KL GANGSTER telah dicetak rompak secara berleluasa.. Malahan terbaru mak dara mendapat tahu dari adik Mak Dara bahawa terdapat sebuah restoran di Wangsa Maju yang telah beraninya memasang filem KL GANGSTER 2 di big screen kedainya secara haram. Ini pastinya strategi pemilik restoran tu nak tarik perhatian pelanggan untuk duduk makan makan dan minum minum di kedainya itu..  


Amboi amboi kau ingat kedai kau tu panggung wayang sampai nak tayang filem orang di big screen kedai kau tu...Memang melampau!!!! 


Uishh mak dara pulak yang terlebih marah kan.. Tapi cuba bayangkan kalau kita berada di tempat Dato Yusof Haslam, anaknya Syamsul dan para pelakon pelakon filem itu.. Pasti kita akan marahhhh kan kalau hasil kerja penat lelah kita dirompak begitu sekali. Benar benar bersimpati kepada mereka.

Hmmm... Yang sayangnya adik Mak Dara yang membawa tunangnya makan di restoran tu tak pulak tangkap gambor big screen tu masa diorang tengah tayangkan filem KLG2 secara haram tu!! Aiseymen ni lah kalau takde naluri jadi blogger nih huhu.. Namun tak mengapa somi mak dara telah pun membuat aduan dan laporan kepada pihak FINAS dan diharap pihak finas dan beberapa pihak yang berkaitan akan menjalankan operasi besar besaran bagi mencegah kegiatan tidak bermoral ini. 

Jadi di sini Mak Dara ingin menyeru pada sesiapa juga yang melihat ada yang menayangkan filem KL GANGSTER 2 ini di mana mana tempat awam/public sila buat aduan kepada pihak finas di link ini ya http://www.finas.gov.my/eFeedback/ . Marilah kita sama sama membantu industri seni negara kita.

hantarkan laporan/aduan anda di borang ini  


Apa apapun , apa kata kita SAY NO TO CETAK ROMPAK dan berikan full support kepada SKOP PRODUCTION dan ramai ramai menonton KL GANGSTER 2 ini di pawagam pada 3hb Oktober depan ini ya..



Sunday, September 8, 2013

8.5 Juta Gemuk ! Sentap Tau..

Assalam duhai teman.. Ada baca suratkhabar hari ni.. ada baca pasal artikel kat bawah?


Haaa  artikel mengenai RAKYAT MALAYSIA TERLEBIH MAKAN 8.5 JUTA GEMUK. Haaa part part "gemuk' ni mak dara sentap tauuuuu... hahahahaha


Dan kompom kompom lah Mak Dara termasuk dalam 8.5 juta tu kannnnnn!! tapiiiiiiii.....


Bagi mak dara gemuk tu bukan lah satu kesalahan yang amat amat amat besarrrrrrr asalkan jangan lah sampai memudaratkan sampai mengundang berbagai jenis penyakit. Kalau dah patblas jenis penyakit di badan berpunca dek kegemukkan itu mengundang bahaya. So... Takmolah macam tu kan..  Cuma kalau boleh tu cuba lah untuk kurang kurangkan berat badan tu.. Boleh le membuatkan somi bertambah sayang kannnn hehe..Yang penting KESIHATAN HARUS DIUTAMAKAN kan kan kan

Insyaa allah mak dara akan coba untuk kurangkan berat badan mak ni . Doakan agar dipermudahkan usaha mak ini ya :)


Saturday, September 7, 2013

Mak Dara , Tan Sri Michelle Yeoh & Pertandingan Skrip Filem Pendek 2013

As salam duhai teman. Semalam Mak dara dan somi telah ke Finas bagi menghadiri sebuah pelancaran  MALAYSIA SHORT FILM SCRIPT COMPETITION aka Pertandingan Skrip Filem Pendek 2013


Memang meriah majlis pelancaran itu bertambah tambah tambah meriah apabila Tan Sri Michelle Yeoh pun turut hadir pada majlis itu.. Rupa rupanya Tan Sri Michelle yeoh adalah merupakan salah seorang juri bagi pertandingan skrip filem pendek ini! Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut hadir bagi melancarkan pertandingan tersebut.

Tan Sri Michelle Yeoh  sedang memberi ucapan

Pertandingan ini bakal memperlihatkan idea-idea daripada golongan muda untuk mencurahkan kreativiti menerusi skrip dan ia akan dinilai oleh Tan Sri Michelle Yeoh sendiri. Misi pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pertukaran silang budaya perspektif di kalangan rakyat Malaysia. 

Ok mari mak dara kongsikan beberapa gambar yang sempat mak dara snap di majlis itu ya..





Maka pertandingan inipun telah dilancarkan.

Waduh waduh sebagai penulis skrip Mak Dara amat amat teruja untuk menyertai pertandingan ini nak nak lagi salah satu jurinya adalah Michelle Yeoh pulak tu.. Fuhhh bayangkan Michelle Yeoh baca skrip yang mak dara masuk bertanding tu.. Kalah tolak belakang asalkan Michelle Yeoh dapat baca hasil karya mak dara pun jadilahhhh! hehe

Mak Dara dan somi di majlis itu :)

Tan Sri Michelle Yeoh dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Perghhhh punyalah ramai yang nak bergambor dengan Michelle Yeoh ni termasuklah Mak Dara sendiri namun agak sukar untuk berbuat demikian kerana beliau dikawal dengan ketat.. Namun mak dara berjaya juga berdiri betul betul dihadapannya semasa beliau tengah bergambar dengan menteri Shabery Cheek tu.. Dan akhirnya impian Mak Dara untuk bersua muka dengan idola Mak Dara Michelle Yeoh TERCAPAI!!!!! Haaa nampak bertapa dekatnya mak dara berdiri depan Michelle yeoh ni kan ahaks.. Dan bukan saja Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek senyum pada mak tapiiiii begitu juga dengan Michelle Yeoh pun sempat senyum pada Mak Dara.. Waduhhh jadilahhh hehe.. 

Ok apa apapun kepada yang nak menyertai  MALAYSIA SHORT FILM SCRIPT COMPETITION ataupun Pertandingan Skrip Filem Pendek 2013 boleh lah ke laman web pertandingan ini di http://myshortscript.com ya. Di sana boleh download borang dan submit penyertaan.. All the best guys!!


Thursday, September 5, 2013

Pencarian Wajah Seiras Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak danTun Dr Mahathir muhamad,

Anda memiliki wajah seiras Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir muhamad? Kepada wanita pula.. Anda memili wajah iras iras seperti Tun Dr. Siti Hasmah ?

  Tunku Abdul Rahman 


Tun Abdul Razak

Tun Dr Mahathir muhamad

Tun Dr. Siti Hasmah 

Jika anda atau saudara mahupun teman teman anda yang memiliki wajah seiras Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir muhamad dan Tun Dr. Siti Hasmah ... Ada berita baik untuk anda!!

Syarikat Two Tones Sdn Bhd akan mengadakan ujibakat utk pertama kalinya bagi filem terbaru mereka iaitu sebuah filem bertajuk "KAPSUL" . Filem ini akan diterbitkan oleh Encik Amru Najmi dan diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Mohd Ali tidak lama lagi.

Mereka kini sedang giat mencari wajah wajah seiras tokoh tokoh politik seperti di atas untuk melakonkan watak watak dalam filem itu. Ujibakat ini berlangsung seperti detail di bawah:

LOKASI UJIBAKAT :
Medyavizyon Sdn Bhd, No 30-1B, 1st floor , 
Jln U/ P 1/7, ukay Perdana, 68000 
Ampang , Selangor. 

TARIKH UJIBAKAT: 
14 dan 15 september 2013

WAKTU UJIBAKAT: 
dari pukul 2 ptg hingga 6 ptg 

Sila bawa gambar full 2kpg dan profail anda. 

P/S: Sila hubungi Puan ismaliza ismail di no 0123328472 untuk sebarang pertanyaan atau anda boleh klik di link ini untuk ke fanpage fb filem  KAPSUL https://www.facebook.com/kapsulthemovie

Jika anda punyai teman teman, rakan sekerja ataupun sanak saudara yang mempunyai wajah yang seiras tokoh tokoh diatas bolehlah emailkan juga gambar mereka ya.. Pada teman blogger yang Mak Dara kasihi.. Jika anda tidak keberatan bolehlah tolong war warkan juga pencarian wajah tokoh tokoh ini di blog anda ya.. Copy paste pun takpe hehe.. Terima kasih semua.. Jumpa anda di ujibakat ini nanti ya!!


Wednesday, September 4, 2013

KECOH ! Datuk buat uji bakat PALSU !

Astaghfirullahaladzim.. terkejut Mak Dara dan Somi mak Martias Mohd Ali apabila terdengar tentang satu ujibakat palsu untuk sebuah filem yang telah dilakukan oleh dua individu ini. Bukan hanya ujibakat itu adalah satu ujibakat palsu, malah mereka telah menggunakan nama somi Mak Dara dengan memberitahu semua gadis yang menyertai ujibakat itu bahawa somi Mak akan mengarahkan filem itu nanti.. Dan hari ini kisah penipuan itu telah dikeluarkan di Harian Metro.

keratan METRO

keratan METRO

Mak Dara tak boleh komen lebih kerana perkara ini masih dalam siasatan. Semoga somi mak dara Martias Ali dan juga penerbit filem Amru Najmi  dan syarikat TWO TONES SDN BHD sabar dan tabah hadapi dugaan ini. Dan semoga perkara ini dapat diatasi dengan segera hendaknya..

En Amru Najmi (Penerbit Filem) & Martias Ali (kemeja petak)
sedang berbincang

# untuk keterangan lanjut mengenai kes
 ini boleh baca full story di METRO

Monday, September 2, 2013

CINTAKU DI LANGKAWI

Ohhhh CINTAKU DI LANGKAWI.. Haaaaaa angin jiwang telah melanda Mak Dara sejak dua hari lalu sebaik sahaja somi Mak Dara Martias Ali outstation ke Langkawi.. Somi mak dara ke Langkawi bagi mencari lokasi untuk penggambaran filemnya yang bertajuk KAPSUL . Beliau dan team TWO TONES SDN BHD mencari lokasi lokasi yang sesuai untuk penggambaran filem yang bakal menjalani penggambaran pada bulan November depan.. 

Somi dan team Recce dan meeting KAPSUL di Burau Bay Langkawi.

Recce di Tasik

Gambar diatas adalah beberapa tempat yang telah dilawati oleh Somi mak dara bersama teamnya.. Katanya tempat tempat yang mereka pergi itu bersesuaian dengan penggambaran filem Kapsul itu nanti. Filem KAPSUL ini akan diarahkan oleh somi Mak Dara.. Waduhhh terujaaaaa somi mak dara untuk mengarahkan filem pertamanya itu.. Namun berdebar juga kerana tidak tahu bagaimana penerimaan para penonton nanti.. 

Besok somi mak dara akan pulang dari langkawi.. Dengar khabar dia ada beli banyakkkkk coklat untuk anak anak.. Untuk Mak Dara katanya SURPRISE.. Haaaa part surprise surpeise ni yang buat mak dara nebes ni hehehe.. Semoga somi dan teamnya selamat pulang ke KL esok insyaa allah...

p/s: terima kasih kpd En Amru Najmi aka penerbit filem KAPSUL ini atas gambar gambar yang telah Mak Dara kidnap ini ye hehe

Thursday, August 29, 2013

Filem KL GANGSTER 2 Kena Sailang !

KECOH.. MEMANG KECOH dunia seni tanah air bila tersebarnya FILEM GANGSTER 2 di beberapa laman WEB. Rasanya kini dah ramai tahu akan kes kebocoran filem ini kan.. Masyaallah.. Baru aje semalam Mak Dara bertemu dengan penulis skrip bagi filem KL GANGSTER ini dan tak sangka benar dengan apa yang terjadi ini!! Ini betul betul kerja gangster ni...

Filem ini dijangka akan menemui penonton di layar perak pada 3hb Oktober depan. Namun ada orang yang tidak bertanggungjawab telah membocorkan hasil kerja ini di internet. Siapakah yang tidak bertanggungjawab yang membocorkan filem ini di internet? Tidak tahukah mereka bertapa perit jerih penerbit, para pelakon dan krew untuk menjayakan filem ini. Ada teman yang menyatakan bahawa pengarah filem KL GANGSTER ini iaitu Syamsul Yusof ada mengeluarkan statement mengenai kes ini dan begitu juga dengan fanpage KL GANGSTER 2 sendiri

statement dari fanpage KL GANGSTER 2 

Rata rata semua penggiat seni berasa simpati dengan apa yang menimpa SKOP PRODUCTION ini.. Namun masih ada juga segelintir yang tidak... Hmm seperti adik yang komen di bawah tu.. Boleh la cakap macam macam.. Tak pandai jaga filem sendiri lah.. apalah.. Cuba kalau kena pada batang hidung sendiri.. baru tahu macam mana . Hmmm Mak Dara tak nak komen la pasal adik tu atau sesiapa pun.. Itu pendapat mereka masing masing.

Apa apapun my heart goes to semua yang terlibat dengan filem KL GANGSTER 2 ini. Bertabahlah wahai teman.. Semoga mereka yang bertanggungjawab di atas perkara ini menerima balasannya nanti.. Pada teman teman yang ada link untuk menonton full movie KL GANGSTER 2 ni mak dara seru supaya anda jangan menontonnya..  Apa kata kita berikan full support kepada SKOP PRODUCTION dan ramai ramai menonton KL GANGSTER 2 ini di pawagam pada 3hb Oktober depan ini ya..




Wednesday, August 28, 2013

1 Hari 1 Resipi

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaa... Setelah lama dok memendam perasaan hari ni Mak Dara dapatkan juga apa yang dihajat di hati.. Apa yang mak dara berhajat tu? Buku resepi masakan yang paling hot dipasaran iaitu buku 1 HARI 1 RESIPI dari Chef Hanieliza!!!

emmm nak masak ni lah.. eh ni lah.. eh resipi ni lah..
ohhh sooo many recepi.. terujaaa mak hehe

perghhhh macam2 resepi adaaaaaaaa!!

Buku 1 HARI 1 RESIPI ini dah berwajah baru apabila telah diulang cetak dengan hard cover dan ditambah dengan 30 bonus resepi tambahan. Dan kini akhirnya buku ini berada di genggaman ku woohooo !!! Almaklumlah sejak bibik Mak Dara lari dari rumah tempoh hari, Mak Dara la yang pegang title sebagai Isteri, Ibu dan Bibik.. 3 in one katanyer hehehe.. Buku ni memang terbaekkkkkkkkkkkkkkk... terdapat almost 400 jenis resepi!!! Dan yang paling bestttttttttttnyaaaaa semua resepi mudah mudah belaka dan bahan bahan yang diperlukan juga tak banyak.. So jadi pada yang jarang jarang atau kadang kadang aje ke dapur macam Mak Dara ni boleh juga sediakan juadah untuk keluarga macam chef profesional dengan menggunakan buku resepi terhebat ini sebagai panduan.. 

So tunggu apa lagi.. Moh serbu kedai buku dan dapatkan naskah anda sekarang.. Hmmm nak masak apa untuk diner malam ni ek.. Fuhhhhhh bestttt...


Tuesday, August 27, 2013

AKU MASIH ISTERINYA ...

Assalam duhai teman.. Mak Dara saja nak khaborkan pada anda semua bahawa pada tika dan saat ini Mak Dara sedang giat menyiapkan sebuah proposal drama terbaru Mak Dara untuk dihantarkan kepada TV3.. Sebuah drama yang sedih dan agak menyayat hati bertajuk...  "AKU MASIH ISTERINYA.."



Drama ni memang agak menyentuh perasaan terutamanya yang mempunyai pengalaman bermadu.. Perghhhh jalan cerita drama ini memang "makan dalam" kata budak budak zaman sekarang ni hehe.. Ok lah Mak Dara nak sambung menghabiskan proposal drama ini.. Doakan semoga terbuka hati pihak TV3 untuk menerima karya terbaru Mak Dara ini ya.. Amin...

Sebelum Mak Dara meminta diri Mak Dara nak mohon maaf kerana Mak Dara agak sibuk kebelakangan ni dan tak sempat untuk membalas kunjungan ke blog kalian semua.. Almaklumlah dengan kes bibik lari dan juga tengah sibuk mempersiapkan diri untuk masuk program TV kesihatan bertajuk IDEAL tak lama saja lagi. But I do reads all of your comment.. Each and everyone of it.. Mak terharuuu sangat sangat kerana masih ada yang sudi untuk singgah menjenguk Mak Dara di sini dan bertambah terharu bila anda sudi meninggalkan komen buat mak.. Insyaa allah bila mak kelapangan nanti mak akan terjah kembali ke blog anda ya.. Muahhh sayang korang ketat ketat...


Monday, August 26, 2013

Mak Dara Dipilih Menyertai Sebuah Rancangan Kesihatan

Haaaaaaaaaa... Tuah ayam nampak di kakinya.. Tuah Mak Dara nampak di..... lemak lemaknyaaaaaaa hahaha... Ya memang pelik tapi benar sama sekali.. Siapa sangka lemak lemak yang berlebihan di badan yang Mak Dara ternak dan pelihara bagai menatang minyak yang penuh selama ni telah memberikan satu kejutan buat Mak Dara apabila telah dipilih untuk menyertai sebuah program TV kesihatan . Tajuk rancangan belum boleh Mak Dara khaborkan lagi pada anda.. Tapi yang pasti rancangan kesihatan sebanyak 13 episod tu akan memulakan shootingnya pada 3hb september depan insyaa allah... 

wish me luck :)

Dalam rancangan itu Mak Dara dan beberapa lagi peserta akan diberikan instructor masing masing dan akan mula bersenam untuk kesihatan dan juga untuk mengurangkan berat badan dan diakhir episod ke 13 nanti kami diharap mendapat hasil yang memuaskan insyaa allah.. Ok lebih kurang begitulah rancangan itu namun takat itu ajelah yang dapat Mak dara beritahu dahulu.. Nanti nanti bila dah nak mula shooting karang mak akan update secara live dari lokasi penggambaran ye..

Doakan agar dipermudahkan untuk Mak dalam rancangan ni ye.. Tenkiuuuu semuaaa....


Friday, August 23, 2013

Serammmmmm Pula Malam Ini..

As salam duhai teman.. Tika dan saat ini Mak Dara bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie sedang menulis skrip drama untuk projek terbaru kami iaitu sebuah drama bersiri 13 episod bergenre suspens seram bertajuk QARIN!



Pasti ada yang tertanya tanya apa itu Qarin? Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.

Memang sangat sangat berat genre yang kami bawakan kali ini dalam drama bersiri QARIN ini. Banyak research harus Mak Dara dan adik lakukan dan tidak kurang juga harus bertemu dengan para ustaz yang kami kenal untuk sebarang pertanyaan supaya jalan cerita yang bakal kami lakukan nanti tidak tersimpang jauh. Doakan agar proses pembikinan drama ini berjalan lancar dan dipermudahkan ya insyaa allah..

Errrrrr serammmmmmmmmmm pulak tiba tiba rasanya malam ni huhuhu...



Biar Aku Menutup Mata..


Selamat Malam Duhai Teman..
Semoga tidur mu ditilami ketenangan
Semoga mimpi mu diselimuti kebahagian
Semoga esok jagamu disinari harapan...

Biar Aku Menutup Mata......



Thursday, August 22, 2013

NO BIBIK NO PROBLEM


Al kisah dah hampir dua hari Mak Dara tak update blog Mak Dara ni kan.. Kalau nak tahu antara faktor yang membuatkan Mak Dara tak ada masa untuk menghupdate blog adalah kerana Bibik Mak dara baru je melarikan diri.. Haaaaa Mak Dara jamin tiada penderaan telah dilakukan terhadap bibik mak dara tu.. Ada kawan yang kata "kau kasi gaji tak cukup kot?" Ehh gaji RM750 sebulan dah lebih 2 juta rupiah kalau tak cukup lagi tak tahu lah kannn..  Memang panjanggggg kisahnya dengan bibik Mak Dara tu.. Kalau nak ceritakan pun dah rasa macam layak dibuat drama bersiri aje.. 

Semuanya kerana "lelaki".. Bila dah ada boyfriend susah le nak dicakapkan lagi.. Yang bestnya dah ada somi yang keja kontrak di klang, tapi boleh pi kawen baru.. Lepas tu somi lama cari terus lari.. Hmmm macam macam lah diorang ni.. Memang dah banyak dah dengar tentang diorang ni yang senang senang je kawen.. Tapi ni first time yang terjadi pada maid mak dara.. Memang boleh kawen macam tu aje ke diorang ni ek.. Macam main kawen kawen je . Tak takut dosa pahala ke masyaa allah.. 

Apa apapun mak dara dah buat report. Harap dia tak menganiaya mana mana majikan pada masa akan datang.. Hmmm diorang ni kan mula mula datang kata nak mencari rejeki yang halal untuk anak di kampung.. Tapi bila dah dapat keja macam ni pulak.. 

Sooo sekarang mak dara akan jarang jarang kadang kadang je menjenguk ke blog ni.. Insyaa allah dalam proses mendapatkan bibik terbaru.. Lepas tu kompom akan mengatifkan kemeroyananku di sini kembali.. Uwaaa melayangggg lagi duitku.. Kayaaaa ejen ejen ni kannn... hmmmm redha je lah.. 


Monday, August 19, 2013

Bro Framestone Dan Iera Kan Di Rumah Terbuka Mak Dara

Waduh waduh waduhhhhhhh tanjat Mak Dara tau apabila pasangan blogger Bro Framestone dan isteri Iera Kan datang ke rumah terbuka Mak Dara semalam... Walaupun mendapat jemputan sehari sebelum majlis berlangsung Bro dan isteri sudi meluangkan masa untuk ke teratak Mak Dara ini.. Tenkiuuu tenkiuuuu tenkiuuuu... Terpandang aje wajah wife Bro, Iera beliau kelihatan sungguh berseri seri sekali.. Seri ibu mengandung ni memang lain macam betul auranya.. She look soooo glowing and berseriiiiiiiiiii... 

Bro Framestone dan isteri Iera Kan
(gambar dikidnap dr blogger Ayujean)

Haaaaa berseri seriiii kan Iera kan.. Bro pun bertambah seri bila di sisi isteri tersayang :) Jutaan terima kasih Mak Dara nak ucapkan kepada Bro Framestone dan Iera kerana sudi datang kerumah terbuka Mak Dara dan somi ni.. Terharuuuuu tauuuuu dengan kedatangan kalian.. 

Teman blogger yg sudi hadir ke majlis Mak Dara semalam
dari kiri Iera Kan, Ayujeab, Farah,MD dan Bro
(gambar dikidnap dr blogger Ayujean)

Blogger yang turut sama hadir ke majlis open House Mak Dara ialah Farah dan suami dan juga Ayujean atau mak panggilnya AJ.. Haa itu nanti kena story di entry yang lain.. Entry ni special buat Bro dan Iera je hehehe..

Buat Bro dan Iera, Mak Dara nak mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa berlangsungnya rumah terbuka mak tu ye.. Almaklumlah sedangkan ketupat lagi tergigit inikan pulak manusia kan hehehe.. Semoga kita dapat bertemu lagi nanti ye... Insyaa allah....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK