Thursday, November 21, 2013

Tayangan Saluran Hebat Untuk Semua Pelanggan Astro Tanpa Kos Tambahan

Berita baik! Berita gembira! Berita yang pasti akan membuat semua pelanggan ASTRO teruja! 

Bermula dari 1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014, semua pelanggan Astro, akan layak untuk menonton saluran Astro Family HD Pack , saluran Astro Vinmeen HD, saluran Fox Family Movies serta One HD dalam kedua-dua HD dan SD tanpa kos tambahan. Bukan itu saja. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda bila-bila masa dan di mana sahaja di Astro On-The-Go juga tanpa sebarang kos! Ya anda tidak tersilap baca.. "TANPA KOS TAMBAHAN"!


Wowwww hebat memang hebat!Begitu banyak saluran di berikan oleh Pihak Astro ini kan. Namun Mak Dara amat amat teruja sekali tentang saluran Fox Family Movies (SD 415). Ini kerana saluran Fox Family Movies menayangkan filem filem yang sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh keluarga. Bagi Mak Dara aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan kekeluargaan antara Mak Dara dan keluarga.Dan pada  Sabtu , 16hb November 2013. Saluran Fox Family Movies menayangkan filem bertajuk Beethovent's 5th tepat jam 8 malam. Dan Mak Dara tidak melepaskan peluang menonton filem ini bersama keluarga.Filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang tinggal bersama sebuah keluarga yang amat penyayang, namun diam-diam ada pihak yang mahu membunuhnya. Walaupun filem ini berkisar tentang haiwan namun terdapat banyak pengajaran di sebalik filem ini. Antaranya ialah kasih sayang antara manusia dan haiwan, erti kemanusiaan dan bermacam lagi.
 

Terdapat banyak lagi filem filem hebat yang akan ditayangkan di saluran Fox Family Movies ini. Jadi pada semua pelanggan Astro jangan lupa untuk menonton semua saluran saluran hebat yang diberikan oleh Astro mulai  1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014 ini ya!Dengan pemberian saluran tanpa sebarang kos ini kita dapat lihat bertapa pihak Astro sangat komited dalam memberikan yang terbaik buat 3.58 juta pelanggan Astro yang kian meningkat dengan memberikan lebih banyak pilihan saluran bagi memenuhi kehendak pelanggan. Syabas Astro
 

Wednesday, November 20, 2013

90 Peserta Segmen Macam Cantik Je Macam Kacak Je


SAH!! Memang KOMPOM!!! VIRUS MEROYAN Mak Dara telah menular dengan jayanya mengalahkan virus batuk dan demam yang tengah hot sekarang.. Siapa sangka segmen merapu lagi meraban Mak Dara telah disertai oleh 90 peserta yang kompom kompom telah terkena jangkitan meroyan mak.. Kesemua 90 peserta peserta segmen ni memang Macam Cantik Jer Macam Chomel Je.. Macam Hensem Jer.. Macam Kacak Jer !! Memang sporting habissss diorang ni snggup posing posing ala ala meroyan bagi memenuhi syarat segmen Mak Dara ni . Haaa nak lihat wajah wajah para peserta yang macam cantek je macam kacak je ni moh le kita lihat senarai peserta segmen ini...

PESERTA SEGMEN

#18 Eda Johari http://edaeri.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#19 YnaRazali http://ynarazali.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#20 MG schmidt http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#21 Gadis Ganu http://ganumostwanted.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#22 aze alia http://thisismystorylah.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#23 Hudaraihanaaaa_http://simpledoubletriple.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#24 BaNu Syah http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#25 amanina nasuha http://adramycien.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html 
#26 Mrs Velentine http://msvelentine.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#27 IbuNoey http://ibunoey.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#28 Gadiss http://blogkusuperstar.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#29 Safarina Shaari http://thestoryofayna.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#30 Hanis Masturina http://hanismasturina.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-cantik-je-macam-comel-je.html
#31 Keyme Keymoo http://keymekeymoo.blogspot.com/2013/11/segmen-macam-hensem-jer-macam-kacak-jer.html
#32 nisa surihani http://manissaa.blogspot.com/2013/11/macam-comel-je-sayemacam-cantik-je.html


Jutaan terima kasih kepada semua anda yang menyertai segmen Mak Dara ni. Memang terus terang mak berkata mak tak pernah menjangka bahawa segmen ini akan mendapat sambutan menggalakkan sebegini rupa. Dan rasanya keyword bagi segmen ini juga telah berjaya menarik trafik ke blog anda insyaallah.  Kalau tak percaya cuba google keyword macam cantik je macam comel je dan lihat bermula dari page kedua onwards kebanyakkannya telah dipegang oleh peserta segmen ni hehehe.. Congrats guys!!! Semoga anda semua tak serik serik untuk menyertai segmen meroyan dari Mak Dara lagi ye.. Sayang korang ketat ketat...  Akhir kata dari mak dara " Majulah Meroyan Untuk Negara" muahaha. Ok apakata kita terjah satu persatu kesemua peserta di atas dan moh lihat posing posing mereka jom!!!!!!

P/S  buat blogger ABANG ENSEM.. Masih sudi ke untuk menyertai segmen meroyan mak dara ni hehe.. Walaupun penyertaan telah ditutup.. Tapi..  Adik punya pasal takde tarik tutup.. Bila bila free je boleh join ye itupun kalau sudi le hehe 


Tuesday, November 19, 2013

Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

Di mana mana kini semua asyik dengan kata-kata/quote "Macam Cantik Je Macam Comel Je" kan.. Termasuklah di Maharajalawak mega terdapat beberapa pelawak seperti Mr Os juga turut menggunakan quote itu.. Jadi mak dara mendapat idea untuk membuat segmen bertajuk "MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE" untuk para wanita. Dan kepada kaum lelaki yang hensem hensem dan sehensem blogger ABANG ENSEM yang ingin menyertai segmen Mak Dara ni maka tajuk ditukar kepada "MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER".. Haa amacam ok tak segmen Mak dara yang ada berbaur sedikit meroyan ini hehehe..


Tertarik untuk menyertai segmen ini? Ikuti langkah yang mudah seperti dibawah.

1) Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE (utk wanita)/  Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER (utk lelaki)
2) Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni.. Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe
2) Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog ini.
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan gambar anda , anak anda , kawan kawan anda atau ahli keluarga anda yang cantik yang comel, yang hensem dan yang kacak itu. Kalau boleh dapat serlahkan ke arah mata tu ye kalau takde pon takpe hehehe"
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..



Monday, November 18, 2013

Peserta Sporting Macam Cantik Je Macam Kacak Je

Haaaa kalau dah masuk ke blog Mak Dara ni, anda kena bersiap siap le untuk terkena angin meroyan Mak Dara ni ye.. pada yang serius serius tu kompom tak boleh layan kepala mak dara yang agak ting tong ini hehe. Dah blog pon blog genre meroyan maka segmen yang diadakan pun kompom kompom le segmen yang meroyan jugak kan hehe.. Semalam Mak dara telah mulakan sebuah segmen bertajuk "MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE" untuk para wanita. Dan segmen "MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER" untuk peserta lelaki.. Ingatkan takdelah yang sudi nak melayan segmen merapu mak dara ni.. Namun syukur alhamdullilah masih ada yang sudi.. Ni nak nanges ni uhuk uhuk.. Terharuu tauuu.. Moh kita lihat 10 peserta sporting untuk segmen ni jom!!!!

#1 ct cheery 

#2 Kin Naz 


#4 aisya 


#6 Puan Gojes  





#11 Vee Lea

Ku sangkakan aku keseorangan ... rupa rupanyaaaaaaaaaaaaaa... ramai lagi geng MEROYAN macam mak dara hahaha.. suka suka sukaaaa... Tengoklah kesepuluh peserta yang menyerta segmen Mak Dara ini.. Semua mereka SPORTING HABESSSS! Lihatlah mata diorang semua.. Macam comel je.. macam cantik je kannn ... Jangankan kata meroyan atau sporting ada juga yang terlebih kreatip sampai gambor kucing dan Obama pon turut join segmen Mak Dara ni. Ada yang mak minta sekeping je gambor tapi dihantornya empat keping! Haaa i like i like memang spoting tahap dewa diorang ni hehe.. Mak dara akan buat entry special untuk peserta yang lain tungguuuuu.... haaa nampak permainan dia hehe.. 

So apa tunggu lagi? Moh le join segmen"MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE"/  "MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER" . Tarikh tutup sampai Mak Dara rasa nak tutup nantilah hehe.. Klik di SINI untuk menyertai segmen ini. Dan jangan lupa untuk terjah kesemua blog blog dan berkenalan dengan blogger blogger yang sporting tak hengat ni ye.. Jomm!



Sunday, November 17, 2013

ASWARA Bolot Hadiah di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10 @ USIM

Semalam 16hb September 2013 maka berlangsunglah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10 bertempat di USIM . FFVPM10 yang merupakan festival yang berprestij di kalangan pelajar komunikasi di negara ini. Dalam festival filem ini somi Mak Dara iaitu Martias Ali merupakan ketua juri . Jadi pada malam anugerah itu Mak Dara pun pergi menemankan somi Mak dara ke majlis yang sungguh berprestij itu. Moh Mak Dara kongsikan beberapa keping gambar di majlis itu ya.

Mak Dara dan Somi Martias Ali di FFVPM10

nama Martias Ali di buku FFVPM10 :)

pengacara FFVPM10 Kieran dan Err lupa pula namanya

Penyampai anugerah pengacara TV AL HIJRAH

pelajar pelajar aswara yang telah membolot hampir 
kesemua hadiah.

Pada malam anugerah FFVPM10 semalam.. Hampir kesemua hadiah telah dibolot oleh pelajar dari ASWARA . Antara anugerah yang telah dimenangi oleh pelajar pelajar ASWARA ialah FILEM/ VIDEO TERBAIK KESELURUHAN, PENGARAH TERBAIK, SKRIP TERBAIK, ANUGERAH KHAS JURI, SINEMATOGRAFI TERBAIK , PENATAAN SENI TERBAIK, SUNTINGAN TERBAIK dan PENATAAN BUNYI TERBAIK... Haaaa banyakkkkk kan yang telah dimenangi oelh pelajar ASWARA ni! MEmang hebat dan memang terbaek.. Dan antara penyumbang terbesar kepada kemenangan mereka ialah sebuah filem pendek bertajuk MIMPI MAH MERI

Apa apapun ahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada semua pelajar Aswara degan kejayaan besar semalam. Kepada yang tidak berjaya terus cuba dan cuba lagi ya.. Ok mari kita sama sama tonton video MIMPI MAH MERI ini bagi melihat kehebatan pelajar ASWARA ini jom!



Saturday, November 16, 2013

Adik Mak Dara Dirompak 4 Lelaki Bersenjata Batang Besi

Masyaallah .. Terkejut kami sekeluarga apabila mengetahui adik Mak Dara iaitu Adza Tuty yang telah dirompak oleh 4 orang lelaki melayu yang bersenjatakan batang batang besi semalam.

Adik Mak Dara tiba di hadapan rumah dengan keretanya dan apabila dia keluar dari kereta sebuah kereta berhenti di hadapannya dan keluar 4 orang lelaki membawa batang batang besi dan terus merompak adik mak dara. Adik mak dara telah diugut dan dia tak dapat menjerit untuk meminta tolong. Mereka mengambil handbag yang mengandungi duit gaji, handphone note 3, ic , 2 mykid anak anaknya dan barang kemas.

Bukan itu saja adik mak dara semakin panik apabila salah seorang lelaki yang membuka pintu belakang kereta mereka dan mahu menarik adik mak dara untuk masuk ke dalam kereta itu . Namun tuhan sayangkan adik mak dara. Belum sempat mereka mahu menculik adik mak dara itu, anaknya Adza Aniq telah keluar dari rumah itu dan terus menjerit apabila melihat lelaki lelaki itu mengacukan batang besi pada ibunya itu. Semua perompak itu terkejut dengan kejutan anak buah mak dara itu dan seraya itu juga adik mak dara berlari menyelamatkan dirinya dan masuk ke rumah. Semua perompak panik dan terus lari dengan kenderaan mereka.. Masyaallah... Memang lahanatttt semua perompak perompak tu semua!!!!!!!!!

Adik mak dara sehingga sekarang trauma dibuatnya. Namun anak buah mak dara lebih trauma. Masyaallah berat sungguh dugaan mereka ini. Namun kami sekeluarga bersyukur kerana adik mak dara tidak diapa apakan dan tidak berjaya diculik oleh perompak tak guna itu.

Laporan polis telah pun dibuat dan marilah kita semua berdoa agar perompak perompak itu dapat ditangkap dengan segera sebelum mereka merompak mangsa terbaru mereka pula.. Kepada semua teman teman marilah kita lebih berhati hati walau dimana pun kita berada. Jenayah kini tak kira tempat. Depan rumah kita sendiri pon boleh dirompak.. Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya in syaa allah



Friday, November 15, 2013

Chairlady Melawat Lokasi MizFits Fitness Centre

Assalam duhai teman.. Rata rata semua dah tahu tentang niat Mak Dara serta somi mak Martias Ali dan adik mak Adza Tuty untuk membuka sebuah gym khas untuk wanita kan .. Syukur alhamdullilah akhirnya rancangan kami ini mendapat fund dari sepupu Mak Dara sendiri iaitu Sarimah. Mak Dara dan Sarimah ni memang amat amat amat rapat sejak dari kecil , jadi bila dapat membuka perniagaan bersama sama beliau memang a dream comes true lah.. Maka pencarian lokasi gym pun bermula.. 

Setelah puas mencari lokasi yang terbaik untuk membuka gym kami iaitu MizFits Fitness Centre maka akhirnya kami memilih sebuah shoplot di Star Parck City sebagai lokasi perniagaan kami . Namun semua keputusan terletak di tangan Chairlady kami iaitu Puan Sarimah. Maka pada 3hb November yang lalu Chairlady datang dari Perlis dan melawat kawasan..

Mak Dara sedang nervous menunggu feed back dari Puan Sarimah

melawat ke kawasan dance floor pula

Adza Tuty, Mak Dara sedang teruja untuk 
mendapat keputusan drpd chairlady kami

Yeayyyyy setujuuuuu!!!

Syukur alhamdullilah akhirnya our Chairlady setuju dan suka dengan lokasi yang kami pilih . Amin..

orang orang kuat MizFitz Fitness Centre
dari kiri En Azizul, Puan Sarimah, Adza Tuty,
Mak Dara dan Martias Ali



Next step mendapatkan contractor yang sesuai untuk menjalankan kerja kerja renovation bagi gym kami.. Doakan agar semua urusan kami untuk membuka MizFits Fitness Centre ini dipermudahkan ya.. amin..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK