Sunday, December 15, 2013

Selamat Pengantin Baru Tengku Zuhaidi dan Bib

As salam duhai teman.. Beberapa hari yang lalu Mak Dara dan keluarga telah balik Kampung Mak Dara di Kulim Kedah bagi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sepupu Mak Dara Tengku Zuhaidi bersama pasangannya Bib.. Wahhh dah lama benar tak balik kampung dan bertemu sanak saudara happyyyy dibuatnya.. Mai Mak Dara kongsi dengan hangpa semua gambaq gambaq Mak Dara na..

baru sampai dan semua kerusi meja dah pun di angkat huhu

"awatla hang lambat sampai" hahaha

Mak Dara dan sepupu Tengku Zuhaidi B. Tengku Saari

Memang seronok dapat menghadiri majlis perkahwinan sepupu Mak Dara ni.. Tapi sayangnyaaaa... Ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan dan membuatkan kami terpaksa bertolak lewat balik ke kampung.. Sudahnyaaaa... Mak Dara tiba dalam jam 6 petang dan bila kenduri dah pun habis... Sedih tauuu.. Namun yang paling best sepupu Mak Dara tunggu sampai Mak sampai dan tak tukaq baju pengantinnya.. Ya lah kami memang rapat dari kecik dan dah janji akan ke majlis ke kahwin masing masing.. Memang terharuu Mak Dara.

Ibu Mak Dara bersama anak buah kesayangnya :)

dari kiri adik pengantin Tengku Norsakinah, Pengantin perempuan Bib,
Kakak kpd Ibu Mak Dara Puan Zaharah, Ibu Mak Dara Puan Zaleha
dan pengantin perempuan Tengku Zuhaidi

Mak Dara bersama Tengku Adi dan Bib

Selamat pengantin baru buat sepupu Mak Dara Tengku Zuhaidi dan Bib.. Semoga perkahwinan kalian kekal ke anak cucu seterusnya ke Jannah insyaa Allah...


Saturday, December 14, 2013

Drama Bersiri QARIN Adaptasi Dari Sebuah Kisah Benar

Menjadi penulis skrip ni bukanlah satu kerja yang mudah.. Nak tahu macam mana kerja penulis skrip ni .. cuba imagine anda kena tulis karangan di kertas A4 sebanyak 80 mukasurat ke atas.. Haa lebih kurang begitulah kerja kami setiap hari hehe.. Sebenarnya Mak Dara telah pun menulis sebanyak 69 buah skrip drama dan drama bersiri selama penglibatan Mak Dara di dunia penulisan skrip selama 17 tahun. 

Dari mana Mak Dara selalu mendapat ilham untuk menulis skrip drama? Selalunya ilham datang dari kehidupan harian. Berita semasa. Dari pembacaan . Namun yang paling banyak memberi ilham kepada Mak dara ialah orang orang di sekeliling Mak Dara iaitu ahli keluarga sahabat dan kenalan. Dan drama terbaru Mak Dara iaitu drama bersiri 13 episod bertajuk QARIN terhasil dari perbualan Mak Dara bersama teman rapat Mak Dara Afiey dan suaminya Azali yang bercerita tentang QARIN. Mak Dara tidak tahu mengenai Qarin sehinggalah hari itu. Dan dari situ Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie telah mendapat idea untuk menjadikan kisah benar itu dan mengadaptasikannya menjadi sebuah drama. Syukur alhamdullilah Drama QARIN telahpun habis penggambarannya dua hari lalu dan kisah ini juga telah tersiar di UTUSAN.



Walaweiii kombang kecut kombang kecut je bila terlihat nama Mak Dara dan adik mak di UTUSAN ni hehe.. Pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Uqasha Senrose, Zain Hamid, Adik Fateha dan Adik Daniel Ilham. Kalau anda nak baca apa yang ditulis oleh Utusan mengenai drama QARIN ini boleh klik di SINIhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131208/hi_11/QarinPenantian-dua-dekad .Dalam banyak banyak genre yang telah Mak Dara hasilkan. Mak Dara palinggggg sukaaa bila menulis skrip drama berdasarkan kisah benar. Yup kisah kisah benar ni lebih feel apabila ditulis kerana ia perkara yang benar benar terjadi dan bukannya lahir dari imaginasi sang penulis saja. Antara drama yang pernah Mak Dara tulis berdasarkan kisah benar ialah drama bersiri NEK NAKdrama bersiri SAKA dan banyak lagi. Namun selepas ini Mak Dara mahu lebih menjurus kepada genre berunsur Islamik seperti drama QARIN ini In Sya Allah. Doa doakan semoga perjalanan mak dara sebagai penulis dipermudahkan ya.. amin... 


Friday, December 13, 2013

900 000 PAGEVIEWS ! Syukur



Blog picisan Mak Dara telah menerima sebanyak   900000 pageview! Masyaallah... Gembiranya dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.. Jutaan jutaan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog meroyan Mak Dara ini. 

Setiap seorang dari anda adalah amat amat bererti dan amatttt bermakna bagi Mak Dara.Harap anda sudi datang dan datang lagi ke blog Mak Dara ini.. You guys are AWESOME.... Sayang semua ketat ketat!!

Thursday, December 12, 2013

Senarai Calon Top 5 BLOGRRR AWARDS

BLOGRRR . Ada antara kita yang sudah tahu tentang BLOGRRR dan ada juga yang tak pernah dengar tentang BLOGRRR. BLOGRRR: Blogger Most Wanted 2013 adalah acara untuk menghargai para penulis blog Malaysia dalam menggunakan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia dan menjadi wakil suara Malaysia di alam maya.


BLOGRRR bakal mengumpulkan kira-kira 10,000 blogger dan pelawat. Sebuah majlis penganugerahan iaitu Anugerah blogrrr 2013 bakal berlangsung berdedikasi khas untuk mengangkat blog yang terbaik di Malaysia. Mari kita lihat antara TOP 5 NOMINEES bagi Anugerah blogrrr 2013












All the best kepada semuaaaa calon calon TOP 5 untuk BLOGRRR AWARD 2013 terutamanya kepada teman blogger Mak Dara iaitu broframestone,benashaari,denaihati dan hazmanfadzil . Semoga kemenangan menjadi milik anda In Sya Allah.. Layari http://www.blogrrr.my/ untuk tahu lebih lanjut mengenai BLOGRRR ..




Monday, December 9, 2013

Jom Tonton PLANET KIARA @ TV9

As salam duhai teman.. Pernah dengar tentang drama bersiri PLANET KIARA yang telah ditayangkan di TV3 tak lama dulu? Yaaa drama ini skripnya ditulis oleh Ayuni Zamani ,Martias Ali , adza Emie dan Mak Dara sendiri.

Dan pada tika dan saat ini drama PLANET KIARA sedang ditayangkn di TV9. So pada sesiapa yg free tu jom la tonton Planet Kiara jommmm



Friday, December 6, 2013

MIS CLAIRE Online Shop Khas Untuk Pakaian Plus Size

Assalam semua..


Memang agak sukar bagi orang yang berbadan besar dan chomellll macam mak dara untuk shopping baju baju plus size ni. Namun akhirnya semuanya terjawab apabila teman Mak Dara Cynth Suet Mun memperkenalkan Mak Dara dengan jenama MIS CLAIRE ini. Difahamkan jenama Mis Claire ini juga amat amat sesuai juga untuk para muslimah. Sama ada anda mencari pakaian yang basic atau asas seperti legging, singlet, top warna biasa atau reka bentuk yang canggih bergaya seperti cetakan plussize Paisley, pakaian maxi renda, jubah atau denim plussize, Mis Claire adalah jawapannya. Mis Claire membawa anda koleksi besar untuk memilih yang terbaik dan terkini. Dari pakaian, blaus, singlet, legging, Peplum, jubah, Kaftan, Kardigan, blazer dan tali pinggang dari saiz XL, XXL, XXXL, XXXXL sehingga 8XL  (UK10-26).

Mendengar sahaja perkara itu Mak Dara terus menerjah ke website online shop Mis Claire naik rambang mata Mak Dara untuk memilih baju bajunya.. 



Semua pakaian dari Mis Claire ini bukan saja cantik cantik.. Malah banyak fesyen fesyen terkini dan yang lebih membuatkan Mak Dara TERUJAAAA ialah harganya yang sangat berbaloi. Seriously BERBALOI!!!!! Dan apa lagi Mak Dara pun pilih le 2-3 helai baju dengan pantasss... Nak tengok baju mana yang mak dara pilih???




LILY DENIM DRESS – LIGHT BLUE


LILY DENIM DRESS – LIGHT BLUE


Dalam banyak banyak baju di website tu Mak Dara terpikat dengan dress LILY DENIM DRESS – LIGHT BLUE .Seriously beautiful.. Seriously harga berbaloiiiii!!! Yup memang puas hati punyalah.. Di http://www.misclaire.com/ terdapat banyakkk lagi pakaian untuk plus size.. 

Kepada Cynth Suet Mun thank you sooo much kerana memperkenalkan jenama Mis Claire kepada Mak Dara . Kini untuk shoping baju baru plus size tidak menjadi masalah lagi.. So kepada anda semua yang bersaiz saiz ala comellll je macam Mak Dara ni hehehe boleh mencuba pakaian dari jenama MIS CLAIRE ini ye =) klik di SINI untuk ke blog MIS CLAIRE  ini ya. Jom shopingggg!!!


Thursday, December 5, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM



As Salam kepada semua rakan rakan.. Pagi ni Mak terpanggil untuk menjoinkan diri dalam segmen oleh sifu Mak Dara iaitu blogger hebat Hasrul Hassan dalam GA Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM.

Hadiah ditawarkan hanya satu, iaitu wang tunai sebanyak RM50 akan diberikan kepada mana-mana peserta bertuah. Jadi, siapa-siapa boleh menang hadiah wang tunai ini. 


Apa tunggu lagi moh le join.. Tuah ayam nampak di kaki tuah kita mungkin di pipi hehehe. Untuk menyertai GA oleh sifu saya ni sila klik di SINI ya :) 


Wordless "Meroyan" Wednesday



Monday, December 2, 2013

Bekas Pelumba Berbasikal Negara Harnizam Basri dan Anis Tairudin Bertunang

Arena berbasikal negara menerima berita gembira apabila bekas pelumba berbasikal negara yang juga kini menjadi pembantu kepada ketua jurulatih John Beasley iaitu Harnizam Basri telah melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya Anis Tairudin semalam. Majlis pertunangan berlangsung jam 8:30 malam dan telah diadakan di rumah pihak perempuan di Ukay Perdana.

Mak Dara dan teman teman antara kawan terapat Anis Tairudin dan menggelarkan kumpulan kami sebagai TYPO IKAT TEPI turut dijemput bagi memeriahkan majlis pertunangan itu. Haaa nama kumpulan pun dah ala ala senget dan meroyan tambah tambah lagilah ahli ahlinya 100 kali lebih sengat dan meroyan haha.. Ok apa apapun Mari Mak Dara kongsikan beberapa keping gambar yang sempat Mak Dara rakamkan semalam. 

Kiri Mak Dara di bilik persalinan Anis 
kanan Anis turun untuk disarungkan cincin pertunangan

Anis berdebar debar :)

Ibu Harnizam menyarungkan cincin pertunangan


Anis kini sah menjadi tunangan kepada Harnizam

Harnizam dan Anis

dari kiri AMri, Lynn, Acap, Mak Dara, Syaz, Rina, Anis, Harniza,
Adza Tuty, Adza Emie Adek, Alfie, Dain dan Shazroul

dari kiri AMri, Lynn, Acap, Mak Dara, Syaz, Rina, Anis, Harniza,
Adza Tuty, Adza Emie Adek, Alfie, Dain, Shazroul & Elly
Geng TYPO IKAT TEPI telah hijack majlis ini :)

Mak Dara bersama adik adik mak dara Adza Tuty, 
Adza Emie with baby Qhalifah & Adza Rina



Penolong jurulatih trek negara Harnizam Basri yang kini menimba ilmu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Switzerland. Beliau yang juga memiliki Sijil Diploma Kejurulatihan WCC pada 2011 bercita-cita menubuhkan satu pasukan kejar-mengejar negara sebelum Sukan Olimpik Rio 2016. Mari kita sama sama doakan agar Harnizam dan Anis kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu insyaa allah.. Amin.



Saturday, November 30, 2013

MIS CLAIRE Pakaian Untuk Berbadan Chomel

Assalam semua..


Memang seronok untuk shopping baju baju ni kan.. Tapi agak sukar bagi orang berbadan besar macam mak dara nak shopping baju di kebanyakkan pasaraya. Sebab kebanyakkannya pasaraya menjual baju yang ngam ngam dengan saiz patung di kedai mereka tu aje betul tak? Namun Industri fesyen kini semakin memahami kehendak penggemarnya tidak kira bagi yang bertubuh petit mahupun besar. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, jangan rasa rendah diri dan malu untuk bergaya.  Berita gembira untuk semua wanita yang berbadan CHOMEL dan ingin mengayakan pelbagai jenis fesyen anda boleh membeli pakaian bersaiz plus size di online shop MIS CLAIRE !!!






Teman Mak Dara Cynth Suet Mun  yang telah memperkenalkan Mak Dara dengan jenama MIS CLAIRE ini. Dan bila Mak Dara buka saja website online shop Mis Claire naik rambang mata Mak Dara untuk memilih baju bajunya.. Semua pakaian dari Mis Claire ini bukan saja cantik cantik.. Malah banyak fesyen fesyen terkini dan yang lebih membuatkan Mak Dara TERUJAAAA ialah harganya yang sangat berbaloi. Seriously BERBALOI!!!!! Dan apa lagi Mak Dara pun pilih le 2-3 helai baju dengan pantasss... Nak tengok baju mana yang mak dara pilih???


 

MELBY PAISLEY FISHTAIL TOP 


Dalam banyak banyak baju di website tu Mak Dara terpikat dengan dress MELBY PAISLEY FISHTAIL TOP .seriously beautiful.. Seriously harga berbaloiiiii!!! Yup memang puas hati punyalah.. Di http://www.misclaire.com/ terdapat banyakkk lagi pakaian untuk plus size.. 

Kalau tak percaya boleh ceck it out sendiri ye =) klik di SINI untuk ke blog MIS CLAIRE  ini ya. Jom shopingggg!!!


Selamat Hari Lahir Adik Ben Ashaari

As Salam.. Mak Dara ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada blogger hebat Adik Ben Ashaari.. hari ni umur beliau telah menjangkau 37 tahun.. Walaupun mak dara muda setahun dari beliau tapi mengikut pangkat mak yang dah beranak 4 ni maka mak selesa membahasakan diri mak sebagai akak hehe..



Mak Dara akui blog Mak Dara banyak mendapat bantuan dari blog Adik Ben.. Segmen segmennya merupakan satu batu lonjatan untuk blog picisan mak ni mengenali dan berkenalan dengan ramaiiiii blogger... Ben tidak pernah lokek ilmu dan juga tidak jemu membantu blogger blogger baru seperti Mak ni.. 

to Ben Ashaari.. I wanna thank you from the bottom of my heart.. U dont know how ur segment can touch people's heart.. really appreciate it .. Dan jutaan terima kasih atas sokongan Ben terhadap kerjaya akak sebagai penulis skrip. Dan terima kasih juga kerana membenarkan akak menggunakan nama Ben dan Qhalif dalam drama PUTERI SALAMIA tak lama dulu.. Dan lupa pulak akak nak beritahu yang akak gunakan nama Iman pulak dalam filem BUKIT BESI tu.. Harap harap Finas luluskanlah skrip filem ni . Kalau tak lulus tak dapatlah filem ni ditayangkan di pawagam nanti huhu... 


Happy Birthday Ben.. Teruskan memberi inspirasi kepada semua blogger ya...




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK