Thursday, January 30, 2014

Jom Sihat Bersama MizFits Fitness!


As salam duhai teman. Rasanya rata rata semua dah tahu tentang sepupu Mak Dara Sarimah Zainul yang  telah membuka sebuah gym kan.. Dan Gym yang dimaksudkan ialah MIZFITS FITNESS .


Pada hari ini MIZFITS FITNESS akan mengadakan dua buah kelas iaitu KELAS BOLLYWOOD BELLY DANCING dan KELAS ZUMBA SENTAO dan jadualnya adalah seperti dibawah..

TARIKH
30hb Januari 2014

KELAS BOLLYWOOD BELLY DANCING
Masa:7.30 ptg to 8.30 mlm 

Kelas Zumba Fitness
Masa: 8.40 mlm to 9.40 mlm 


Walk in fees RM 15

Alamat Mizfits Fitness

Block F-03-11,Pusat Komersial Setapak, 

Jalan Taman Ibukota, Taman danau Kota, 

53300 Kuala Lumpur, Malaysia
(berhadapan FESTIVAL CITY)


Jadi pada yang tinggal di kawasan berdekatan tu jom lah join kelas ZUMBA ini Ya! Mak  Dara turut akan berada di sana untuk Berbelly Dancing dan juga untuk berZumba!!!Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 0142335336 / 0122792906 .

P/S : Bagi yang berminat untuk menjadi ahli dan join membership boleh klik di SINI @ http://www.bicaramakdara.com/2013/12/gym-mizfits-fitness-dan-pakej-yang.html untuk mengetahui pakej pakej yang ditawarkan!


Hubungi MIZFITS FITNESS di talian 03-4144 2014 untuk keterangan lanjut!


Wednesday, January 29, 2014

WW : OH DRAMA POJAAN HATIKU






Berdebar Untuk Ke TV AL HIJRAH


Waduhhhh dari semalam dok pusing kanan pusing kiri.. golek sana golek sini.. Tak boleh nak lelap.. Al kisahnya sebab hari ini Mak Dara dan adik Mak dara Adza Emie harus pitching/bentangkan dua buah proposal rancangan di TV AL HIJRAH. Kedua dua buah rancangan itu bercirikan islamic program.. Dan program rancangan yang bakal kami bentangkan nanti ialah sebuah rancangan masakan bertajuk SANTAPAN SUNNAH dan sebuah lagi program senaman dan kesihatan bertajuk RIADHAH MUSLIMAH..

#pic wanita extract from google

Ya pada tahun ni mak dara berazam untuk menumpukan kepada penulis drama dan rancangan yang lebih bercirikan islamik . Mak Dara sebenarnya ada sedikit fobia untuk public speaking.. Kalau nak bentangkan apa apa atau bercakap depan orang ramai secara formal memang kompom akan menggigil je satu badan dibuatnya..  Tapi kalau nak bersembang nak huhahuha tu memang takde masalah.. Memang pelik naw naw perangai mak dara ni kan.. Entahle bila boleh sembuh dari fobia ni aduh.. Nasib baiklah hari ini Mak Dara ditemankan oleh adik Mak Dara Adza Emie bersama sama Serina Redzuawan (anak chef wan)..

Ok lah Mak Dara harus siap siap dan harus berada di TV AL HIJRAH pada pukul 3 petang ini. Doakan agar semua berjalan lancar dan dipermudahkan ye insyaa allah..


Tuesday, January 28, 2014

Zamir Juara Masterchef All Star 2014


Seramai 10 orang selebriti dan 10 bekas peserta kegemaran musim terdahulu telah berperang dengan hidangan pembalasan dalam MasterChef Malaysia All Stars 2014. Dan di Finale pertarungan sengit telah berlangsung antara Zamir dan Celina Khor. Semua penonton tertanya tanya siapakah antara mereka yang akan menjadi JUARA kerana kedua dua finalist memang terbukti pandai masak!

Zamir dan Celina Khor menanti keputusan 
siapakah juara MASTERCHEF ALL STAR

Zamir

Celina Khor


Di saat menanti keputusan siapakah bakal menjadi juara Masterchef, hati kecil Mak dara mengharapkan agar Celina menang ini kerana telah dua kali dia berada di finale namun Mak Dara juga berharap agar Zamir menang kerana beliau memang benar benar pandai masak dan kelihatan seperti seorang chef profesional.

Saat Chef mengumumkan bahawa ZAMIR adalah
pemenang MASTERCHEF ALL STAR 

Akhirnya Zamir telah diumumkan sebagai Juara Masterchef All Star 2014!!! 



Zamir dipeluk ibunya sebaik dinobatkan sebagai pemenang

TAHNIAH ZAMIR!

Tahniah Zamir!!!! Atas kemenangan merangkul gelaran Juara Masterchef All Star 2014! Semoga terus bersinar di dalam dunia masakan.. Harap satu hari nanti ada "Zamir cooking show " .. mana tahu kan.. apa apapun tahniah juga kepada Celina kerana berada di peringkat finale sebanyak 2 KALI! You are awesome girl!! Tak sabar untuk menonton rancangan Masterchef musim baru...


Fenomena Guess The Emoji



Aduh , selepas bosan dengan game Candy Crush. Sekarang Mak Dara dihantui dengan bunyi baru. Ting ting ting.. Itulah game terbaru GUESS THE EMOJI! 

Tolong, satu rumah Mak Dara tengah gila dengan game ni..


GUESS THE EMOJI

Mak dara bersama adik angkat Mak dara Shazroul
tengah teka meneka game GUESS THE EMOJI ni..



Korang semua dah dekat level berapa??


Monday, January 27, 2014

JOM ZUMBA !!


As salam duhai teman. Rasanya rata rata semua dah tahu tentang sepupu Mak Dara Sarimah Zainul yang bakal membuka sebuah gym kan.. Dan Gym yang dimaksudkan ialah MIZFITS FITNESS . Gym  ini bakal beroperasi di sebuah shoplot di Star Parck City sebagai lokasi perniagaan . 


Setelah berbulan bulan proses renovation dan akhirnya semuanya telah siap sepenuhnya. Amin.. Dan pada hari ini MIZFITS FITNESS akan mula beroperasi bermula dengan dua buah kelas iaitu KELAS ZUMBA dan KELAS ZUMBA SENTAO dan jadualnya adalah seperti dibawah..

Kelas Zumba Fitness : 
Masa:7.30 ptg to 8.30 mlm 

Kelas Zumba Sentao
Masa: 8.45 ptg to 9.45 mlm 


Walk in fees : RM 15

Alamat Mizfits Fitness

Block F-03-11,Pusat Komersial Setapak, 
Jalan Taman Ibukota, Taman danau Kota, 
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
(berhadapan FESTIVAL CITY)

Jadi pada yang tinggal di kawasan berdekatan tu jom lah join kelas ZUMBA ini Ya! Mak  Dara turut akan berada di sana untuk BerZUMBA!!!! Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 0142335336 / 0122792906 .

P/S : Bagi yang berminat untuk menjadi ahli dan join membership boleh klik di SINI @ http://www.bicaramakdara.com/2013/12/gym-mizfits-fitness-dan-pakej-yang.html untuk mengetahui pakej pakej yang ditawarkan!

JOM ZUMBA!!!!!!


Sunday, January 26, 2014

Terima Kasih Blogger Mama Maszull Dan Puan Bubbly


Waduhhhh terharuuuuuuuu sungguh Mak Dara dengan dua orang blogger ini iaitu Blogger Mama Maszull Dan Puan Bubbly aka my gorgeous sis Farah atas entry yang sunguhhhhhh sweet pada harijadi Mak Dara 24hb Jan yang laluuuu....




Ohhhh terharu Mak atas ucapan dan ingatan uols.. Tiba tiba terasa diriku begitu kertu.. opps i mean terasa diriku begitu berhaga.. haa gitewwww.... Tenkiu tochei terima kasih banyak banyak tau.. 

Dan jutaan terima kasih kepada setiap sorang dari anda anda dan anda yang sudi mengucapkan selamat hari jadi pada Mak dara di FB, Twitter , Instagram dan juga Blog.. Haaa nampak tak permainan di situ.. Nyempat lagi pomot IG bagai hahaha... Mak Dara amat amat hargai setiap ucapan anda itu. Ucapan anda memeriahkan lagi harijadi mak dara yang ke 17+20 = (Err kira le sendiri ahaks) tahun ini ..


'Thank You' to everyone for all of the birthday wishes. It means a lot to me that you all took the time from your busy lives to wish me a happy birthday, and I feel very blessed to have each and every one of you as my friend. It took me almost two days to reply all ur sweet wishes.. From the bottom of my "37 years old" heart.. THANK YOU!!!!! xoxo hugs n kiss...



Friday, January 24, 2014

Selamat Harijadi Buat Diriku



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Haaaaa jangan tanjat ye boboy dan gegurl semua... Mak Dara memang suka nyanyi lagu harijadi untuk diri sendiri.. Bukanlah niat nak perasan ke apa cuma nak sedarkan diri yang usia mak dara dah kearah senja nan merah gitu... Ya.. Hari ini 24hb Ja,  Mak Dara menyambut hari lahir mak dara yang ke ehem ehem tahun .. Berapa usia mak dara?...


haaa nampak tak Mak still in denial yang umo 37 tu
dah masuk kategori KERTUUUU hahaha

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dari Allah, diriku masih lagi mampu bernafas di dunia ini Alhamdulillah. Cuma tahun ni sedih sikit sebab somi mak takde untuk sambut besday sama sama ngan mak sebab dia tengah shooting filem KAPSUL di kuala kangsar. Dah dua minggu dia ke sana dan bulan depan baru bali.. tu yang semalam keluar entry Bila Emo Datang Melanda... Biasalah bila takde tersayang di sisi time birthday ni emo sikit hehe.. 

Apa apapun jutaan terima kasih kepada teman teman yang sudi wish birthday pada Mak di FB MAK DARA . Perghh naik lenguh tangan menjawab setiap satu wish.. Auwww memang sweet sangat la korang semua.. U guys are awesome.. Jutaan terima kasih kepada sanak saudara, teman teman, anak anak dan somi yang wish untuk Mak ya.. sangat sangat terharu dan sangat hargainya..Ohhhh lagi 3 tahun masuk 40 tahun umurku... Ohhhhh kertuuuuuuuu  sudeyyyy!





Jutaan terima kasih kepada Blogger MAMA MASZULL atas entry yg sungguh istimewa itu .. klik di SINI utk baca :)


Bila Emo Datang Melanda...

Malam ni entah le kenapa.. Air mata ni asyik menitis je.. Sedih pilu semua datang serentak.. Hmmmm mungkin juga kerana beberapa perubahan yang sedang berlaku dalam kehidupan Mak Dara.. Tahun 2014 dibuka dengan mix feeling.. Ada gumbira.. Ada juga yang membuatkan mak bergundah gulana.. Mungkin juga kerana Mak Dara semakin kertu dan semakin sensitip..

Hmmmmmm... atau mungkin juga sebab dah hampir dua minggu somi Mak dara outstation ke Kuala Kangsar bagi mengarahan filem pertamanya bertajuk KAPSUL.. Dan hanya akan pulang pada bulan hadapan...........


Hmmm ataupun kerana besok bertarikh 24hb Januari........ hmmmmm....


Thursday, January 23, 2014

Selamat Bertunang Buatmu

Pada 19hb Januari 2014 yang lalu maka berlangsunglah majlis pertunangan adik Mak Dara Adza Rinawati bersama pasangannya Zull.. Majlis telah diadakan di rumah Ibu Mak Dara di lembah keramat selepas Zohor .. Mari Mak dara kongsikan gambar sekitar majlis pertunangannya itu ya..


Pelamin


Adza Rina sedang di andam oleh Kakaknya Adza Tuty

Hantaran Kek, Sirih junjung dan kasut

hantaran Kemeja, Pewangi, set mandian dan buah buahan

menunggu rombongan pihak lelaki
Dr kiri Shieffa , Adza Emie, Adza Irda(MD) Pn Zaleha(Ibu)
dan Adza Iyanie(kakak)

acara merisik dan berbincang

Adza Edie (jubah coklat) menjadi wakil pihak perempuan

Adza Rina disarungkan cincin tunang oleh Ibu Zul

Adza Rina telah sah menjadi tunangan orang

Masa untuk makan nasi minyak :)

dr kiri Adza Emie, Adza Irda(MD), Pn Zaleha(ibu, Adza Rina
Adza Iyanie dan Adza Tuty

Keluarga D'ADZA
atas Adza Edie, Dr kiri Adza Emie, Adza Irda(MD), Pn Zaleha(ibu), 
Adza Rina, Adza Iyanie dan Adza Tuty

Adza Rina bersama BFF geng TYPO!! pic by Shazroul!

Selamat Bertunang Adza Rinaaaa!!

Mak Dara ingin mengucapkan Selamat bertunang kepada adik mak dara Adza Rinawati bersama pasangannya Zull. Really wish arwah abah is here to witness ur enggagement :( . Apa apapun semoga hubungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin hendaknya insyaa allah. 

Kepada sanak saudara , teman teman terutamanya geng TYPO yang banyak membantu perjalanan majlis ini dari mula hingga akhir , jasa anda amat dihargai. You guys are like family!! Lepas ni giliran Adza Tuty pula untuk bertunang pada 16hb Feb nanti.. Fuhhh padat jadual perkahwinan dan pertunangan keluarga Mak dara pada tahun 2014 ni hehe..




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK