Thursday, February 13, 2014

I AM TRAVELLER oleh Pacieroll Mfk

As salam duhai teman.. Waduhhhh terharu benor Mak dengan Adik Pacieroll Mfk iaitu kenalan facebook Mak Dara ni. Mana taknya pada harijadi Mak Dara 24hb Jan yang lepas.. Pacieroll ada menghantar hadiah pada Mak dara melalui pos! Waduhhhh terharu nau nau Mak dara dibuatnya .. Nak tahu apa hadiah yang Mak dara terima??

T shirt I AM TRAVELLER !!

Waduhhhhh Adik Pacieroll ni macam tau tau je Mak Dara ni memang kaki jalan hehe.. Apa lagi lepas dapat saja t Shirt ni terus le melarammmmmm hehe...


T shirt "I AM TRAVELLER" ini adalah produk pertama Pacieroll. Memang T shirt ni sangat berkualiti . Kainnya yang sedap dipakai dan sangat selesa.. Kompom T shirt ni akan menjadi uniform mak bila nak travel nanti hehe.. Haaa pada yang kaki jalan macam mak ni pun boleh juga dapatkan T shirt yang sedang panasss dan laris di pasaran ni.. Senang aje anda boleh PM Paciieroll di FB nya @ https://www.facebook.com/pacieroll . Kena pm laju laju ok sebab dengar khabar lepas print ja habis dijual.. lepas print lagi t shirt laku semua.. Harganyaaaaaaaa... waduhhh sangat berbaloi baloi cuma RM20 sahaja (tak termasuk pos) .

Haaa Kalau nak tau Pacieroll ni pun ada buat pakej pakej percutian antaranya pakej trip to SINGAPORE! Dan pakej yang ditawarkan sangat sangat AWESOME!!!

Antara pakej Singapore Trip yg ditawarkan
28feb-02 mac 2014

Antara yg mengikuti Trip Singapore bersama Pacieroll
Mmg Sesuaiiii nau nau pakai t shirt ni bila travel :)

Mak Oiiiii Singapore Trip RM 99 sahaja!!!!! Haaa habaq kat hangpa memang pakej yang sangat sangat AWESOME! Pada yang dah lama simpan niat nak ke SIngapore tu bolehla ambil pakej ini . Hubungi Pacieroll secepat mungkin ya.. Dengor Khabar satu hari nanti Paciroll bercadang nak bawa teman blogger bagi cover SINGAPORE TRIP beliau.. Walawei.... Ada tak blogger yang sudi kalau dapat offer cenggini.. Mak Dara yang pertama akan angkat tangan tinggi tinggi offer diri nak join hehe!!

Cerita disebalik hadiah ini... Rupanya hadiah harijadi kiriman oleh Pacieroll Mfk dah lama sampai di rumah Mak Dara.. Tapi al kisah bibik ambik simpan simpan last last masuk store.. Nasib baik mak tanya.. Kalau tak mau sampai birthday tahun depan baru bibik ni kasi kat mak.. Adoiiiaiii bibikkk sabor je lah haha.. Jutaaan terima kasihhhh kepada adik Pacieroll atas hadiah yg dikirim buat akak.. Alhamdullilah ada juga yg sudi hadiahkan akak bday present pada tahun niiii.. Terharuuuuuuu tauuuuuuuu... Tenkiuuu dikkkkkkkkk... Luvsss the t shirt!!! Pada sesiapa yg berminat utk dptkan t shirt ini sila pm Pacieroll laju laju k..

utk keterangan lanjut mengenai T-Shirt atau Singapore Trip sila ke FB Pacieroll Mfk



Tuesday, February 11, 2014

Suami Mak Dara Kemalangan!

Bagai luruh jantung Mak Dara apabila mendapat panggilan dari somi Mak Dara semalam tatkala dia menyatakan bahawa dia mengalami kemalangan. Katanya kereta dipandunya telah dilanggar dari belakang dengan kuat sekali! Soalan pertama yang terpacul di bibir mak ketika itu "Abang ok? dan somi mak menjawab "Abang ok tapi kereta bahagian belakang memang total lost!" .. Bagi mak dara kereta tu biarlah itu mungkin dah takdir untuknya namun sujud syukur pada Allah swt kerana somi mak dara terselamat dan tiada yang buruk menimpanya. Amin..Apa lagi Mak dara menelefon keluarga Mak dan terus bergegas ke lokasi pelanggaran di Damansara berhadapan dengan bangunan TV3.

keadaan kereta somi mak yang dilanggar



Mengucap panjang Mak Dara melihat keadaan kereta yang dilanggar. Dan bertapa syukurnya Mak Dara kerana somi Mak Dara tidak mengalami sebarang kecederaan. Bertapa besarnya kuasamu ya Allah.. Syukur..Dan kereta ini terus ditarik oleh tow truck dan terus dibawa ke Balai Polis.

Di balai Polis. Somi Mak Dara (berdiri) bersama lelaki 
yang melanggar keretanya (duduk)

lelaki cina ini mengadu sakit dada akibat tali pinggang
somi mak siap suruh dia pegi wat check up lagi 
hmmmm sabor je lah...

Di balai polis buat laporan kemalangan. Kesian juga nengok lelaki cina ini (yg sdg duduk). He is the one yg langgar kereta somi mak dari belakang.. He is still in shock and menggigil lepas dah langgar kereta somi mak.. The best part is dia kata dia lega kerana somi mak tak marah dia langsung.. Nak marah buat apa kan benda dah berlaku.. Rasanya kalau org lain kompom dia ni kena kaw kaw dah.. Lelaki ini bekerja sebagai penjual wain. Dan kata teman mak dara dia nampak macam mabuk je.. Hmmm entahlah.. Mari berprasangka baik sajalah kan.. tak semestinya penjual wain hari hari nak teguk wain seperti penjual ayam takkan hari hari nak makan ayam saja kan.. lagipun pihak polis pun takde pulak check dia ni mabuk atau tak... Entahlah... Wallahhualam...

Kejadian berlaku di jalan di hadapan TV3 Damansara. What happened was.. Sedang somi mak memandu tiba tiba sebuah kereta dengan laju datang langgar dari belakang dgn sgt kuat.. Kata lelaki ini dia tak sihat ketika driving dan tak sempat break.. Memang dia bawa lajuuu.. Hmm apa boleh buat.. Percaya pada takdir pasti ada kebaikan atas apa yg berlaku.. Insyaa allah.. Dengan izin Allah swt... Selepas membuat laporan polis. Kereta kami di bawa ke workshop untuk direpair.. Dan dengar khabor mungkin mengambil masa 2-3 bulan untuk dibaiki. Redha ajelah.. Nak buat macam mana lagi kan..

kereta baru sampai workshop

Walau apapun yang berlaku mak dara dan somi bersyukur kerana Allah swt masih sayangkan somi mak Martias Ali.. Sujud syukur padamu Ya Allah... 


Monday, February 10, 2014

www.bicaramakdara Akan Jalani EXTREME MAKEOVER

Ahhh sudahhhhh.. mood MAKEOVER datang lagi.. Ya betul seperti yang anda baca tajuk di atas.. blog kecintaan Mak dara ni bakal mengalami satu tranformasi dan satu major MAKEOVER terbesar pernah Mak Dara lakukan selama 3 tahun berkecimpung pak pong pak pong dalam dunia blog ini.. Blog ini akan mengalami REBRANDING atau penjenamaan semula secara besar besaran.. Namun masih mengekalkan kemeroyanannya.. itu sudah pasti hahaha... 


Dalam kepala otak mak ni ada macam macam design header, template, sidebar ishh kira macam macamlah dok ada dalam fikiran ni, tapi nak melaksanakannya tu tak berapa nak pandai.. Almaklumlah dengan usia yang makin berginjak ke senja dan semakin menghampiri zon magrib dan tak lama lagi akan masuk ke Isyak, maka kerabunan dalam bidang IT pun makin lama makin terserlah maka Mak Dara akan meminta bantuan blogger hebat AZHAFIZAH iaitu pemilik "blog azhafizah.com SIHATI MERAH JAMBU" bagi membuat perubahan besar untuk blog Mak ini..


Makeover blog Mak Dara termasuk template, header, footer, background, sidebar, icon, banner, signature, home button, older button, newer button, menu bar dll. Bagaimanakah rupa bentuk dan apakah penjenamaan semula yang mak dara maksudkan??? TUNGGUUUUUUUUUUUUUU....Eh jap nak keluar utk bankin kan bayaran full template blog makeover kepada adik Fiza dulu ya.. Tatatititutu.. ohhh eksitedddddddddd...

Haaa pada teman teman yang ada menyimpan niat nak berbini baru.. errr i mean menyimpan niat untuk makeover blog anda boleh hubungi Azhafizah di SINI atau di SINI ya.. Insyaa Allah puas hati hehe.. 


Sunday, February 9, 2014

Undi Mak Dara Dalam MSMW 2014


Malaysia Social Media Week 2014 ( MSMW 2014 ) tiba lagi dan ini membuatkan keadaan menjadi havoc havoc havoc eh..  havoc havoc havoc eh.. Kan mak dara dah cakap Mak  havoc havoc havoc eh..  havoc havoc havoc eh.. eh eh sebelum menyimpang jauh baik mak berbalik pada topik. 

Tolong!! தயவு செய்து!! 하시기 바랍니다!! 
SOS!!  من فضلك!! 请!! HELP!!

Haaaa sekali semua ayat dari bahasa melayu ke bahasa tamil , bahasa cina, bahasa arab, bahasa k pop korea dan macam macam lagi bahasa mak dara dah keluorkan dah di atas.. Cuma nak menyebutnye aje yang Mak Dara tak berape nak pandai.. Pendek kata entry ni Mak Dara nak... MINTAK TOLONG... haaa tu pendek yang kata..

Haaa tu yang Mak Dara malas nak suruh panjang ni berkata kata kan panjanggg tu hehehe.. Ya itulah al kisahnyaaaa.. Jadinya Mak Dara nak mintak tolong anda semua untuk.. emmmm.. untuk emmmmm.... Jap nak kembungkan pipi, muncungkan mulut kasi kiut sikit...
Errr ternyata tak comel langsung bila Mak buat macam tu.. Karang dari anda semua nak tolong mak terus je muntah pink pangkah dan tutup blog mak.. Emm pakai plan B lah kalau macam tu..
Haaa pakai gambor anak bongsu Mak Dara si Isabella baru ok kot hahaha... Haa so setelah kembungkan pipi dan muncungkan mulut kami anak beranak... Mak Dara nak khaborkan yang Mak Dara telah tercalon dalam Best LifeStyle Blog di MSMW 2014 ini! 

Jadiiii minta tolong anda untuk undi untuk Mak Dara boleh?? Meh Mak Dara beritahu caranya ya. Caranya..

Untuk mengundi blog BICARA MAK DARA, 
hanya ikuti langkah-langkah yang mudah:


 BEST LIFESTYLE BLOG

  • Klik link di atas atau di SINI dan search blog www.bicaramakdara
  • Klik pada butang Vote untuk mengundi.
  • Pastikan anda daftar akaun terlebih dahulu untuk akses
  • Aktifkan akaun di e-mail anda.

Hanya satu vote sahaja daripada anda.. Tak perlu vote hari hari.. Setelah anda tolong vote untuk Mak Dara  sila tinggalkan komen "Saya dah vote untuk MD" dan kemudian tinggalkan link blog anda di kotak komen di bawah .. Dannnnnnnn Mak Dara akan masukkan link blog anda ke dalam BLOGLIST terbaru Mak Dara iaitu bloglist "SUPPORTERS MAK DARA" sampai bulan depan.. 

Amacam? win win situation lah kan.. You scracth my back.. I scrach your back tapi itu cara orang putih mana boleh yang bukan muhrim main sedap nak scracth scrath aje kan karang ada jugak periuk belanga terbang melayang layang.. Sama sama saling membantu.. Jadiiii boleh ke tolong Mak....??? Harap haraplah ada yang sudiiiii.... Pssttt tinggalkan komen di entry ni ye.. Mak Dara sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi menolong Mak Dara lap yuuuuu very the high you knowww hehe


Saturday, February 8, 2014

Anak Mak Dara Berlakon FIlem

As salam duhai teman.. Nak dijadikan cerita semalam merupakan hari terakhir penggambaran bagi filem arahan sulung somi Mak Dara Martias Ali, iaitu filem yang bertajuk KAPSUL. Dan oleh kerana hari yang terakhir maka Mak Dara pun pergilah ke set lokasi bersama semua anak anak Mak Dara untuk memberi support kepada somi mak itu. Dan pada babak terakhir dalam filem itu adalah sebuah scene di dalam restoran. Dan tiba tiba aje somi mak suruh mak masuk set untuk memenuhkan restoran tu.. Mak aiiii segannnn lah mak.. Maka mak pun cadangkan supaya anak anak Mak iaitu Adza Kasih dan Adza Danina je yang berlakon bagi pihak mak hehe.. Mari Mak Dara kongsikan sedikit gambor yang sempat mak snap semasa mereka sedang berlakon itu ye..

Adza Danina

Adza Kasih (tudung hitam)


somi mak (baju biru) sedang pikiorkan
angle yg terbaik utk shoot

Faizal Hussein (kot coklat) masuk set

sebelum mula shoot

ACTION!!!


kusyuk nau nau kalau tgh mengarah tu hehe

somi mak bersama Abang Heryanto

selesai babak terakhir Filem Kapsul!!!

Saya:Tuan director.. Saya nak casting utk filem cik thn dpn boleh?
Martias Mohd Ali: mmmmm tengok lah dulu....
Muahahahaha

Its a wrappp!! Syukur alhamdullilah akhirnya penggambaran film KAPSUL telah tamat ..Jadilah anak anak merasa berlakon sebagai ekstra sekejap dibawah arahan papa diorang hahaha..  Tahniah kepada semua para pelakon yg membintangi filem ini especially Faizal Hussein. Kepada pihak penerbit Two Tones Sdn Bhd especially Tuan Haji Amru Najmi.. Kepada setiap seorang krew yang terlibat.. Dan ucapan tahniah buat somi mak Martias Ali atas arahan filem pertamanya.. So proud of you yang.. Alhamdullilah.. Sujud syukur pada mu ya Allah swt...

Friday, February 7, 2014

Mak Dara Di Lokasi Penggambaran Filem Kapsul

Assalam duhai teman.. Hari ini merupakan hari terakhir penggambaran bagi filem KAPSUL yang diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Ali... Dah last day ni maka somi mak pun ajaklah Mak Dara ke set lokasi untuk nengok dia shooting.. Dah banyak kali benor somi mak ngajak jadi mak pon pegi ajelah.. Ha sesampai di sana Abang Faizal Hussein dah siap sedia .. Fuhhh sungguh berdedikasi dan disiplin Faizal hussein begitu juga dengan semua team termasuk penerbitnya En Amru Najmi..

Pada tika dan waktu sekarang mereka akan memulakan penggambaran mak sempat snap dua keping gambor je dulu.. takmau kacau diorang dengan snap snap gambar bebanyak.. Kejap kejap nanti la baru mak mulakan aktiviti paparazi mak tu buat masa sekarang buat lek buat peace dulu hehehehe...

Ok nantikan live update dari mak dara dari lokasi penggambaran filem kapsul ini ya...






Thursday, February 6, 2014

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Wohooooooooo SEPETANG BERSAMA BLOGGER datang lagi!!!! Haaa macam iklan tora datang lagi pulak kekdahnya kan haha.. Ya SBB merupakan salah sebuah acara dan event terbesar untuk para blogger kembali untuk tahun 2014! Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s bertujuan mengumpulkan blogger-blogger Asia Tenggara dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan mungkin negara-negara yang lain juga dan akan diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 mac depan. 

Mak Dara di #sbb2013

Rata rata ramai teman blogger yang telahpun mendaftar bagi menyertai acara hebat yang dianjurkan oleh Denaihati ini dan Mak Dara tidak lepaskan peluang untuk turut sama.. Dan kali ini Mak dara bawak geng hehe.. Siapa lagi geng Mak Dara kalau bukan sepupu Mak si MAK LADY tu.. Setelah bincang punya bincang punya bincang akhirnya kami telah mendaftar untuk 8 orang termasuk anak anak kitaorang.. Haa kau.. sekali bawak sekampung..Untuk sebuah meja yg boleh memuatkan 10 orang mungkin kami dah monopoli 80% meja kat #SBB2014 nanti hahaha..

Dengar cerita #sbb pada tahun ni lebih gempak, lebih meriah dan lebih banyak hadiah dan cabutan bertuah . Dan yang paling menarik dengar khabor Blogger SHAKIDO dan MELASTIK BINTANG akan buat show ala ala panca sitara..benarkah? Haa nak tahu kenalah join.. Walaweii rugiiii tau kalau tak joinnnn hehe !!! 

Masih teringat lagi kenangan manis ketika Mak Dara menyertai SBB pada tahun lepas.. Bukan sahaja Mak Dara dapat bertemu dengan ramaiiiii rakan blogger dah tu menang hadiah cabutan bertuah sebuah IPAD MINI malah Mak Dara juga telah diinterview oleh wartawan RTM siap keluor berita lagi uols huhu.. Namun satu aje yang Mak dara masih kesal hingga hari ni iaitu Mak Dara terpaksa menolak jemputan oleh Tuan Denaihati untuk menjadi salah seorang panel speaker untuk majlis itu.. Adoiii MENYESALLLLL tak sudahhh wei.. Tapi tu la Mak dara ni ada Glossophobia iaitu "Phobia Speaking In Public" . Kalau setakat sembang sembang biasa dengan kawan kawan takde masalah. Tapi kalau nak bercakap dengan semua mata tertumpu pada Mak haa kat situ mak dara boleh kena panic attack.. Entah le dari kecik lagi dah ada benda ni.. huhu..

Mak Dara di interview @ #sbb2013

Mak Dara menang ipad mini di #sbb2013

Mak Dara dan somi di sbb2013

Mak Dara bersama anak buah Elia dan Amer 
dan sepupuku Mak Lady uolsss :)

Fuhhh memang terujaaa habis nak ke sbb2014 ni.. Haaa ada sesiapa yang dah daftar untuk ke majlis ni.. Kalau terjumpa dengan mak tu tegur tegur lah mak ye.. Almaklumlah mak ni pemaluuuu orangnya uhuk uhuk.. Dan pada yang belum mendaftar lagi tu jangan lepaskan peluang untuk join.. Hanya RM20 sahaja untuk setiap seorang.. Cepat mendaftar di SINI atau klik link ini http://sbb.my/?affiliates=ea5d2f1c4608232e07d3aa3d998e5135 laju laju ok..  Cepat mendaftar dan moh meroyan di Sepetang Bersama Blogger 2014 beramai ramaiiii....

Entry Sepetang Bersama Blogger 2013

psstt psttt alang alang dah ada kat sini bolehkah kiranya anda tolong vote utk MD utk MSMW for BEST LIFESTYLE BLOG.. klik di SINI utk vote ya.. muahh tq

Wednesday, February 5, 2014

EKSKLUSIF - Irfan Khairi Berlakon Filem

Siapa tak kenal dengan Jutawan Internet IRFAN KHAIRI kan.. Hari ini Irfan Khairi telah menambah satu lagi bidang dalam biodatanya selain bergelar "jutawan Internet" kini beliau telah berjelar Pelakon. Ya hari ini dan pada ketika ini Irfan Khairi berada di set lokasi penggambaran filem KAPSUL bersama sama dengan Dato Tarmimi Sarigar dan Dato Rahim Razali. Lokasi penggambaran mereka pada hari ini ialah di Pulau Indah dan di atas sebuah bot mewah.

Mari Mak Dara kongsikan beberapa keping gambar eksklusif mereka di set lokasi filem KAPSUL ini ya..

Irfan Khairi bersama Dato Tarmimi Sarigar

Dato Rahim Razali

Irfan Khairi sedang melakonkan wataknya

Terima kasih kepada somi Mak Dara Martias Ali iaitu pengarah untuk filem ini yang telah menghantar gambar gambar eksklusif ini kepada Mak Dara pagi tadi maka dapatlah Mak Dara kongsikan dengan anda semua.

Somi Mak Dara Martias Ali tiba awal di set lokasi

Hari ini merupakan hari ke 21 penggambaran bagi Filem KAPSUL ini. Dan berbaki lagi beberapa hari sahaja sebelum tamat penggambaran. Dan insyaa Allah mak dara akan ke set lokasi pada hari terakhir shooting ini nanti dan akan kongsikan dengan anda lebih banyak gambar eksklusif para pelakon nanti ya..

Semoga perjalanan penggambaran ini dipermudahkan dan semoga filem ini dapat diterima oleh semua penonton Insyaa Allah.. Dengan izin Allah swt..






WW: Teaser FILEM KAPSUL - Akan Datang


Tuesday, February 4, 2014

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

http://www.bubblynotes.com/2014/02/segmen-my-best-entry-bubblynotescom.html
Dah lama sangat kot Bubblynotes.Com tak melancarkan segmen...dan kini Tora datang lagi... ooopsss... salah pula... dan kini dengan ini saya lancarkan segmen ini khas buat rakan2 blogger di luar sana. *_^

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com pernah dilakukan dulu sekali di SINI dan hari ini...segmen ini bermula dari, 4/2/2014 SEHINGGA 5/2/2014, jam 1.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org... 

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 7/2/2014.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

# psstttt buat adikku yang gojes Farah laling.. Sorry yer akak lambat join . Tapi seperti yang dijanjikan di fb akak sudah joinnnn... biar lambat asalkan join kan kan kan hehehehe... muahhh sayang kamoooo dan Ashhhh :)

btw alang alang kat sini apa kata vote sat untuk Mak Dara utk Best Lifestyle Blogger @ MSMW2014. Klik di SINI utk vote ya.. pls pls plsss huhuhu

Monday, February 3, 2014

KEMBARA MENU BUJANG TERAKHIR

Sebentar saja lagi sebuah rancangan masakan KEMBARA MENU BUJANG yang dihoskan oleh Chef Rizz akan ditayangkan di RTM 1 jam 12:30 tengah hari. Ia merupakan sebuah lagi rancangan TV yang Mak Dara dan adik Mak Adza Nasyaemie tulis skripnya . Dan hari ini merupakan episod ke 13 dan merupakan episod yang terakhir huhuhu..


'KEMBARA MENU BUJANG' adalah hasil skrip Mak Dara yang ke 69 dan telah di hoskan oleh Chef Riz iaitu anak kepada Chef selebriti terkemuka negara iaitu Datuk Chef Wan. Rancangan masakan ini berkonsepkan' travelogue' . Dalam 13 episod ini anda bakal menyaksikan pengembaraan selebriti chef, Chef Riz ke beberapa negeri terpilih di Malaysia. Selain membongkar teknik dan menu masakan istimewa dan mudah untuk orang bujang khasnya bersama ramai artis jemputan.

Dannn part yang paling Mak Dara nanti nantikan ialahhhhhhh diii pengakhir rancangan ini keranaaaaaaa.... Nama penulis skrip muncul hehehe...


Memang pricelessss bila nama muncul di credit title di setiap penghujung program skrip yg telah dihasilkan.. Walaupun ejaan nama tak betul but im sooo happy hehehe.. Terima kasih kepada YKS Production Sdn Bhd for this opportunity!!! Team YKS, Abg Yusof kelana n Serina is AWESOME!!!
Kepada teman temanku tercayangggg.. Jangan lupa untuk saksikan "KEMBARA MENU BUJANG" sebentar nanti isnin jam 12.30 tghari diTV1 RTM ya..



Sunday, February 2, 2014

MGS Gala Nite - Makan Malam Amal


Assalam duhai teman.. Hari ni Mak Dara nak mengkhaborkan pada anda semua tentang satu majlis Amal yang dianjurkan oleh teman Mak Dara iaitu Puan Salmiah Bt Bahman dan majlis itu ialah 90 Years MGS Gala Nite!

MGS Gala Nite akan diadakan pada 12 April 2014. Ianya bertujuan untuk mengumpul dana memperbaiki infrastruktur sekolah dan sambutan sempena sambutan 90 tahun penubuhan sekolah MGS Klang (sejak 1924). Program Gala Nite 90 tahun MGS Klang 2014 dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan ALUMNI MGS bertujuan untuk mengumpul dana bagi membaik pulih Dewan Eklund, makmal sains, gelanggang bola keranjang serta membeli peralatan pancaragam baharu untuk sekolah. Sasaran kutipan sebanyak RM500,000 adalah melalui projek jualan meja untuk Majlis Kemuncak Gala Nite yang akan di adakan pada 12 April 2014  .


Dana Malam Gala MGS akan digunakan untuk pembinaan 
laluan gajah menyusur antara Jalan Emas dan Jalan Raya Barat.

Hasil kutipan dana malam gala MGS antaranya ialah 
bagi menggantikan peralatan band yang telah uzur

Antara projek yang akan dijalankan hasil daripada dana 
90 Years MGS Gala Nite dan sumbangan orang ramai 
ialah menaik taraf makmal-makmal Sains MGS


Gelanggang bola keranjang yang perlu dibaik pulih

MGS Gala Nite
Makan Malam Amal untuk Projek Baik Pulih dan
Sambutan 90 Tahun MGS Klang

Tarikh
12 April 2014

Masa
8 malam - 11 malam

Tempat
Dewan Sekolah Menengah Hin Hua, Klang
(sebelah Sekolah La Salle Klang)

Tema
Ranggi 60-an

Harga Tiket
RM100 / seat

Tujuan
mengumpul dana baik pulih sekolah terutama sekali
untuk Dewan Eklund

FB Group Page

Kita jadikannya re-union besar-besaran, boleh tak?


** Sumbangan dari sektor korporat / swasta juga amat di perlukan. Jika anda ingin membuat sebarang pengiklanan @ sumbangan ikhlas, sila rujuk ke FB Group Page atau hubungi 03-33711330. Atau anda boleh ke blog http://anuarsalmiah.blogspot.com/2014/01/attention-to-ex-student-of-mgs-klang.html# untuk maklumat lanjut - Terima Kasih . 


# semua gambar adalah hak milik90 Years MGS Gala Nite
# pada sesiapa yang akan/bakal mengadakan majlis amal atau non profit event dan ingin Mak Dara war warkan di dalam blog Mak Dara sila emailkan semua detail majlis itu ke @ mrs_martias@yahoo.com


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK