Thursday, March 6, 2014

QARIN Usik Semangat Di HARIAN METRO

Ada yang dah tahu dan mungkin yang belum tahu bahawa pekerjaan Mak dara sebenarnya ialah menulis skrip drama. Drama terbaru Mak Dara iaitu drama bersiri 13 episod bertajuk QARIN hasil skrip Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Nasyaemie. QARIN telahpun habis penggambarannya dua bulan lalu dan kisah ini juga telah tersiar di Utusan dan hari ini disiarkan di HARIAN METRO dengan tajuk "Qarin Usik Semangat" di ruangan RAP ms8 & ms9.

Artikel di HARIAN METRO hari ini!



Walaweiii kombang kecut kombang kecut je bila terlihat nama Mak Dara "Adza Irdawati Adenan"  dan adik mak Adza Nasyaemie Adenan di Harian Metro hari ni hehe.. 

Pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Uqasha Senrose, Zain Hamid, Adik Fateha dan Adik Daniel Ilham. Kalau anda nak baca apa yang ditulis oleh HARIAN METRO mengenai drama QARIN ini boleh klik di SINI Drama QARIN ini yang mungkin akan mula ditayangkan di RTM 1 pada pertengahan tahun ini In Sya Allah. Doa doakan semoga perjalanan mak dara sebagai penulis dipermudahkan ya.. amin... 


Wednesday, March 5, 2014

Sesi Photoshoot Bersama Utusan Malaysia

Waduhh waduhhhh seperti yang Mak Dara khaborkan pada anda semua di entry INI tentang sesi photoshoot Mak Dara dan somi untuk akhbar Utusan Malaysia telahpun berjalan dengan lancar semalam.. Syukur alhamdullilah.. Namum somi mak Martias Ali tak dapat sertai photoshoot itu kerana tidak sihat maka yang dapat hadir hanyalah Mak Dara serta adik Mak Adza Nasyaemie yang sama sama menulis skrip filem bertajuk Bukit Besi itu.. Moh Mak Dara sharekan sedikit gambor kami yang sempat di snap itew ..

Mak Dara bersama Najib wartawan Utusan Malaysia
dan adik Mak Adza Nasyaemie

Kami diberitahu macam mana nak pose oleh Najib

konon kononnya time ni tgh bincang pasal skrip hehe




haaa time tangkap pic solo ni yg nebes ni haha

Mak Dara dan En Najib

Haa cukup lah tu kann karang banyak banyak sangat gambor karang ada yang muntah rainbow karang haha.. So begitulah adanya.. Bekerjasama dengan Wartawan En Najib ni memang sempoi habis.. Dia bagitau pose macam mana dia nak dan kita pun pose la.. Almaklumlah kita bukan retis mana tau nak pose macam mana haha.. 

Dikhabarkan bahawa artikel ini akan keluar di UTUSAN MALAYSIA pada 15hb Mac depan.. So jangan lupa dapatkan Utusan Malaysia ye hehe.. Jutaan terima kasih kepada wartawan ROSALINDA dan EN NAJIB kerana sudi featurekan Mak Dara serta Adza Nasyaemie dalam artikel anda berkaitan dengan Bukit Besi tu ya.. Really appreciate it.. Fuhhh eksided dan nebesss nak menunggu 15 mac ahaks..


Tuesday, March 4, 2014

Mak Dara Dan Somi Di Sesi Photografi Akhbar Utusan Malaysia Hari Ini

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata semua dah tahu tentang pekerjaan Mak dara sebenarnya selain dari menjadi blogger meroyan adalah sebagai penulis skrip kan.. Haa ada juga yang belum tahu.. Kalau nak tau lebih tentang drama drama yang mak dara telah hasilkan bolehlah klik di SINI . Dan kebanyakkan skrip yang Mak Dara hasilkan dan bakal hasilkan selalunya mak dara akan kongsikan dengan anda contohnya seperti entry ini "BUKIT BESI - FILEM KENEGARAAN"

pic by google

Skrip Filem Bukit Besi ini adalah hasil karya somi Mak Martias Ali, adik Mak Adza Nasyaemie dan Mak Dara sendiri. Dan pada beberapa hari lalu seorang wartawan dari Utusan Malaysia Rosalinda Said yang sedang siapkan artikel rencana 3 muka surat tentang Bukit Besi untuk ruangan S2 Utusan Malaysia telah terbaca artikel Mak Dara itu dan terus email Mak Dara. Katanya since usaha kami tu berkait rapat dengan artikel rencana tentang Bukit Besi yang sedang dia siapkan maka beliau berminat nak interviu kami berhubung projek itu. Oleh kerana Wartawan itu tinggal jauh maka sesi interview berlangsung secara online. Dimana beliau menghantarkan semua soalan melalui email dan mak dara dan somi membalas emailnya dengan jawapan.. 

Dan pada hari ini sesi telah ditetapkan sebuah sesi photografi untuk Mak Dara dan Somi untuk dimasukkan ke dalam artikel itu.. Sesi photografi akan bermula jam 3 petang nanti.. Doakan semoga sesi photografi ini berjalan dengan lancar ya insyaa allah.. Menurut wartawan Rosalinda Said artikel ini akan dikeluarkan pada 15hb Mac di ruangan S@ utusan Malaysia.. Jangan lupa beli utusan malaysia nanti ye hehe


Monday, March 3, 2014

Segmen "Tak Kenal Maka Tak Blogwalking"


Perghhh lama jugakan Mak dara tak buat Giveaway ka.. Contest ka.. Apa apakaaa... Asyik asyik dok update entry pasal Mak Dara dan keluarga.. Takut pulak ada yang muntah pink nanti asyik asyik perihal diri sendiri.. Haaa maka hari ni Mak Dara rasa nak bikit satu segmen simple.. sesimple simplenya.. Segmen ni untuk semua kaki blogwalking sekalian.. 

  1. Letak Tajuk : "Tak Kenal Maka Tak Blogwalking" 
  2. Letak header baru Mak Dara di atas..dan linkkan ke entri ini.
  3. Tulis le apa apa yang patut . Salam perkenalan kepada bakal blogwalker yang akan menyinggah ke blog anda ke , mengenai blog ke.. hentam saja.. Tapi sesimple mungkin.. (dah segmen simple kannn hehe)
  4. Setelah selesai tinggalkan link kat ruangan komen ini 
Tutup , jam 10 malam ni . Harap maaf segmen kali ini tiada penyenaraian blog yer .. Almaklumlah segmen yang simple ala ala koboi .. Lagipun hari ni Mak terpaksa teman somi mak ke hospital takut tak sempat nak buat list peserta.. Maka nanti Korang kena scroll la ke ruang komen ni.. Kalau nak orang berminat dan terpanggil untuk ke blog anda tulis la sedikit mukadimah yang menariks tertariks bersama sama dengan url link entry ni . Jadi apa tunggu lagi jom blogwalking ramai ramai...


Sunday, March 2, 2014

JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA FILEM ANIMASI SUPERSQUAD

Waduh seronok betul bila buka saja email dan terima jemputan ke JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROGRAM CSR, TAYANGAN AMAL KHAS DAN MINI KARNIVAL, FILEM ANIMASI SUPERSQUAD


Tujuan bagi mengadakan Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival ini ialah untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik melalui Tontonan Filem Animasi SuperSquad yang diadakan KHAS hanya untuk anak-anak dan juga Mini Karnival yang berbentuk ‘Educational Entertainment (Edutainment)’ seperti pembelajaran pembikinan Animasi SuperSquad dalam bentuk 3D dan 2D, ‘SuperSquad Mascot Appearance’ serta ‘SuperSquad Edutainment Games’ istimewa untuk anak-anak ini. Filem Animasi SuperSquad ini akan ditayangkan kepada penonton umum di Pawagam pada bulan Mei 2014.

Filem Animasi SuperSquad yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila Bumi diserang oleh makhluk asing. Sebuah filem epic‘action comedy’, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi.

Netcarbon Sdn. Bhd. juga turut mengumumkan senarai pelakon suara (voice over) yang membintangi watak-watak dalam filem animasi ini iaitu Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi sebagai Kapten Danny dan Diana Danielle sebagai Elly adalah peneraju utama yang membintangi filem ini. Penampilan istimewa bersama Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan),Elza Irdalynna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu) sebagai watak penting dalam Filem Animasi SuperSquad. Insya’ALLAH, mereka akan hadir bersama-sama di majlis ini nanti. 

Jutaan terima kasih kepada Netcarbon Sdn. Bhd , Aculnetwork dan mereka yang terlibat atas jemputan ini. Tak sebar rasanya nak ke majlis ini. Ada sesiapa yg dpt jemputan ni tak? Boleh kita jumpa di sanaa di sanaaa di sanaaaa..


Somi Mak Dara Di Bernama Radio

Assalam duhai teman.. 

Al kisahhhh toyibbb.. Maka tersebut lah kisah somi mak dara diinterview di Bernama radio minggu lalu toyib.. Haaa nampak cerita dah lama baru nak up hari ni hehe.. Interview mengenai persatuan MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB aka MBC di facebook. Haa mak dan somi memang kaki jalan tapi dengan cara backpacking hehe.. Dan somi Mak Dara selaku president MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA pun diinterview bagi membincangkan tentang cara travel secara backpacking gitewwww... Moh Mak Dara kongsikan sedikit dengan anda gambor yang sempat Mak Dara snap masa sesi interview tu ya..So moh mak share gambornya ye..

somi Mak Martias Ali

menjawab soalan dari facebook

DJ DJ yg sungguh sweet

selesai interviewwww...


di lobi bernama Radio 

Begitulah serba sedikit gambor yang sempat mak snapkan pada hari itu.. Maka dalam interview tu antara topik yang dibincangkan ialah "apakah Backpacking" Pengalaman manis dan pahit Backpacking" tips Backpaking dan banyak lagi.. Ok pada anda anda yang minat untuk travel tu bolehlah dapatkan majalah Libur ni tau.. Dan pada sesiapa yang minat untuk travel secara backpacking boleh ke page MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA . Dan jomlah sekali sekala layanzzz RADIO BERNAMA di saluran 93.9 jom!!


Saturday, March 1, 2014

Bila Jue Aziz Petik Nama Somi Mak Dara

Walaweiii hehehe bangga seketika Mak dara apabila tiba tiba sedang baca surat khabar di satu artikel yang membicarakan tentang kerjaya Jue Aziz dan perkembangan terkininya di dalam dunia seni.. Tup tup ada terselit nama somi Mak Dara , Martias Ali di situuuuu

"terbaru Kapsul arahan Martias Mohd Ali"

Somi Mak Dara (kanan) bersama penerbit En Amru (kiri)
ketika sedang mengarahkan filem KAPSUL
tak lama dulu :)

Hehehe tumpang bangga la bagi pihak somi mak hehehe.. Memang somi mak Martias Ali banyak memuji tentang lakonan Jue Aziz dalam filem KAPSUL ni.. Dan somi mak ada tunjuk beberapa video yang dirakamnya di set penggambaran di mana Jue sedang melakonkan babak yang sangat berat dan mak benar benar kagum dengan lakonan yang dilakonkan oleh Jue Aziz itu.. Meremang bulu roma tengok lakonan Jue itu i tell youuuu.. SHE IS AN AWESOME ACTRESS!!! Fuhh tak sabar nak lihat filem KAPSUL ni ditayangkan di pawagam.. 

Nantikan ya Filem kapsul terbitan En Amru Najmi dan TWO TONES SDN BHD di pawagam tidak lama lagi.... Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/




Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.. Lalalalalala...

Haaa Mak Dara saja gatai tangan gi godek godek album lama mak dan terjumpa gambor lama mak.. Nak tengok tak?....

Dulu dan Sekarang huhuhuhu

Itu lah mak dara dulu dan sekarang.. Entah le ada beza ke idok? Tapi yang pasti MEROYAN ku tetap bersamaku sampai ke hari ini hehehehe...


Friday, February 28, 2014

MIZFITS FITNESS - Gym Khas Untuk Wanita

Assalam duhai teman... Haaaa ada yang tengah dok cari cari gym untuk bersenam dan untuk kuruskan badan??? Susah nak cari gym khas hanya untuk wanita?? Look no more!! Anda boleh ke MIZFITS FITNESS sebuah gym dan pusat gym dan fitness khas untuk wanita.Mizfits Fitness menawarkan tempat untuk bersenam di tempat yang sungguh feminin lagi selesa dengan alat alat khas untuk wanita . Beberapa kelas senaman seperti KELAS ZUMBA BASIC, KELAS ZUMBA SENTAO, KELAS BELLY DANCE dan juga KELAS AERO DANCE disediakan . Kami juga menyediakan khidmat personal trainer . Surau juga disediakan bagi kegunaan mereka untuk solat.


Mak dara nak promote pakej pakej membership yang ditawarkan di MIZFITS FITNESS kan kan kan . Manalah tahu kalau ada antara anda yang tengah mencari gym gym untuk join boleh consider gym kami ni ya.. Ok pakej yang ditawarkan oleh pihak kami adalah seperti yang tertera di bawah

Pakej Untuk  registration
1) RM 360 untuk 6 bulan membership (rm130 x6bulan)
2) RM 300 untuk 1 tahun membership (rm100x12bulan)

(Cara Bayaran boleh dibuat menggunakan cash sahaja)

UNTUL WALK IN
1)RM15 untuk menyertai kemudahan gym dan menyertai kelas senaman

Haaaa amacam dengan harga dan pakej yang kami sediakan.. Untuk yang nak cuba gym kami untuk 6 bulan membership anda hanya perlu bayar RM360 untuk membership fee dan prosessing fee dan bayaran bulanan diturunkan menjadi RM130 setahun. Tapi kalau anda nak lebih save kan duit better la pilih membership untuk setahun terus . Haa ni mak dara pun rekomenkan sangat sangat sangat.. Jika anda pilih untuk bersama Mizfit Fitness selama setahun maka anda hanya perlu bayar RM300  untuk membership fee dan prosessing fee dan yuran bulanan serendah RM100 sahaja.. Haaaaa berbaloi baloi kannnnnn...

Dan berita baik kepada 100 orang pertama yang mendaftar dengan kami. Kami akan memberikan anda T Shirt eksklusif MIZFITS FITNESS serta sebuah Tote bag eksklusif.. Jadiii apa tunggu lagi. Untuk mendaftar anda boleh PM Mak Dara di FB @ https://www.facebook.com/adzairdawati . Lets be fit and be Fabulous :)

Pada yang nak cuba dulu apakata datang dan join kelas AERO DANCE kami pada malam ini.. Hanya RM15 sahaja untuk yang walk in..


#untuk keterangan lanjut sila klik di link ini 

atau hubungi kami di talian
03- 41442014

Be Fit Be Faboulous with Mizfits Fitness!!!


Thursday, February 27, 2014

Ku terima Hadiah Di Harijadi Mu

Waduhhhh hati ni berbunga bunga je bila adik posmen menghantar bungkusan pos laju di depan pagar.. Bertambah berbunga bila tertera nama Mak Dara atasnya.. Bila dah ada depan mata.. Apa lagi Mak Dara membuka bungkusan dengan rakusnya... Amboi hahahaha ayatttttt macam buat karangan BM ja kan hahaha... Haaa nak tahu apa isi di dalamnya??

Sehelai T shirt Superdry dan X TREME BURNER!!

Pengirim hadiah ini adalah teman Mak Dara iaitu Gee Ruzilah.. Terima kasih Gee sebab sudi hadiahkan I barang barang ni.. IM LUVIN IT!! Eh tapi jap jap jap!! Sebenarnya hari ni 27hb Feb adalah harijadi Gee.. Tapi dia pulak yang menghantar hadiah buat Mak Dara... Waaaa ni betul betul special ni hehe.. Kalau la semua ahli keluarga dan teman hantorkan hadiah pada Mak Dara pada hari jadi mereka bestttttnya hidup ni hahaha... Tenkiuu Geee jap lagi I akan pakai dan minum X Treme fat burner yang you hantarkan tu sebelum gi work out di MizFits Fitness.. Macam tau tau aje I nak kuruskan badan kannn hehehe. Fuhh memang bertuah badan hehe..

Happy Birthday Gee Ruzilah

Kalau anda semua nak tahu Gee Ruzilah ada Online Shop. Beliau ada menjual imported Original T Shirt seperti diatas, beliau juga menjual XTreme Fat Burner, English cotton, tudung bawal, Imported perfume, pretzel dan macam macam lagi!!!

Gee Online Shop

Haaa macam menarikkkk tertarikkk je semua produk yang dijual oleh Gee ni kan.. Haaa tunggu apa lagi.. Kalau anda berminat untuk membeli boleh hubungi Gee Rcy di facebooknya @ https://www.facebook.com/ruzilah atau anda boleh WHATS APP FOR ORDER : +6012 2931172

HAPPY BIRTHDAYYYYY GEE!!!!

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. 
Selamat Hari Jadi..


Tuesday, February 25, 2014

Somi Mak Dara Dan Majalah Libur

Assalammualaikum duhai teman..

Pagi tadi maka berlangsunglah sesi temuramah dan sesi photoshoot somi Mak Dara Martias Ali untuk Majalah LIBUR. Sebuah majalah mengenai travel.. Dan somi Mak Dara selaku pengerusi MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA pun diinterview bagi membincangkan tentang cara travel secara backpacking gitewwww... Moh Mak Dara kongsikan sedikit dengan anda gambor yang sempat Mak Dara snap masa sesi interview tu ya..



sesi photografi

Sesi temuramah

Begitulah serba sedikit gambor yang sempat mak snapkan tadi.. Maka dalam interview tu antara topik yang dibincangkan ialah "apakah Backpacking" Pengalaman manis dan pahit Backpacking" tips Backpaking dan banyak lagi.. Dan antara tips yang diberikan somi mak dara ialah sebelum melakukan sebarang pengembaraan haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Dan kalau boleh selalulah melakukan senaman.. Maka sempat juga somi Mak mempromotekan gym MIZFITS FITNESS ini kepada pembaca majalah Libur itu..

Somi Mak Dara bersama wartawan majalah Libur
 
 Syukur alhamdullilah interview berjalan dengan sangat lancar dan dikhabarkan artikel ini akan disiarkan pada keluaran akan datang insyaa allah..

Ok pada anda anda yang minat untuk travel tu bolehlah dapatkan majalah Libur ni tau.. Dan pada sesiapa yang minat untuk travel secara backpacking boleh ke page MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA . Dan pada mereka yang tengah mencari gym khas buat wanita bolehlah ke page MIZFITS FITNESS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gym kami ini ya :)





Monday, February 24, 2014

Mak Dara Di Harian Metro

As salam duhai teman.. Ingat tak beberapa hari yang lalu Mak ada ceritakan yang mak dara telah membuat sesi photografi bersama wartawan Harian Metro di entry Mak Dara, Mizfits Fitness di HARIAN METRO . Dan hari ini 24hb Feb maka artikel mengenai sesi photografi itu pun keluarlah di surat khabar Harian Metro itew.. huhuhuhu






Masyaallah terkedu Mak Dara dibuatnya.. Ye lah ingat kan hanya satu artikel kecil je tapi tup tup bila buka paper Oh Mak Gayah dua mukasurat besor.. Ohhh sungguh terharu hingga tergaru hehe. Artikel ini mengenai senaman menggunakan bola senaman dan kebaikan senaman bola kepada manusia.. Sambil sambil itu Mak Dara nak juga promote gym MizFits Fitness yang dimiliki bersama sepupu Mak Dara Sarimah Mohd Zainul tu.. 

Jutaan terima kasih kepada wartawan dan photographer dari Harian Metro terutama Cik Idayu kerana sudi featurekan Mak Dara di dalam artikel di Harian Metro.

Mak Dara bersama wartwan Harian Metro

Pada kawan kawan Mak yang belom dapatkan Harian Metro tu boleh la baca artikel mengenai senaman ini di Harian Metro online @ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Manfaatbolasenaman/Article/index_html .

Kepada anda semua (wanita sahaja hehe) moh le melawat Mizfits Fitness yang terletak di Star Pack Point Danau Kota ni.. untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami di..

MizFits Fitness Facebook Fanpage
No Telefon MizFits Fitness
03-4144 2014
 
 



Saturday, February 22, 2014

Dato Sudirman Hj Arshad Dalam Kenangan

Hari ini 22hb Feb. Tarikh Malaysia kehilangan lagenda patriot senisuara 
Dato Sudirman Hj Arshad. 


Sesungguhnya kehilangan Allahyarham Sudirman di usia yang sebegitu muda sangat-sangat dirasai oleh semua peminatnya..

Masih teringat lagi saat saat ketika Mak dara mendengar tentang berita kematiannya.. Pada masa itu Mak Dara berada di sebuah kedai cermin mata dan pada waktu itu Mak Dara berumur 14 tahun.. Sedang Mak Dara mencuba cermin mata yang telah mak dara tempah dan saat itu juga radio di kedai itu yang sedang berkumandang menyiarkan berita tentang pemergian allahyarham.. Memang sedihhhhh .. Jadi tiap kali 22hb feb saja mak dara pasti secara automatik akan teringat bahawa itu adalah hari allahyarham meninggal dunia dan hari pertama mak dara memakai cermin mata..

Allahyarham Sudirman memang menjadi idola Mak Dara dan keluarga.. Terutama sekali ibu mak dara dan adik mak dara Adza Tuty pernah bertemunya di sebuah konsert di pulau pinang di mana dia memanggil ibu mak dara dan mendukung adik mak dara yang pada ketika itu darjah 2 dan kemudian bertanya.. "Adik dari mana" dan adik mak menjawab. "Kulim". Lepas itu allahyarham bertanya lagi "Siapa nama adik?" dan adik mak menjawab "Adza tutyrianti".. seraya itu dia ketawa dan berkata "wahh nama panjang macam keretapi" .... hehehe walaupun hanya beberapa saat disapa allahyarham namun kenangan manis itu akan terpahat diingatan sampai bila bila....

Al Fatiah untuk allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Moga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah sewaktu bermaustautin didunia yg fana ini dahulu. Al Fatihah


Friday, February 21, 2014

Teaser FILEM KAPSUL

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang baru sahaja tamat penggambarannya pada beberapa minggu yang lalu. Somi Mak Dara , Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses editing. Namun pihak Two Tones telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini. Mari Mak Dara kongsikan antara teaser filem KAPSUL ini ya..




Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Itu baru teaser belom betul betul full lengh film lagi.. Nantikan filem KAPSUL akan datang!

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK