Wednesday, March 26, 2014

Blogger Amischaheera Meninggal Dunia - Al Fatihah

As salam duhai teman.. Pagi ini Mak Dara dikejutkan dengan berita pemergian seorang teman blogger iaitu Amischaheera . Mak dara mendapat tahu akan berita ini dari status teman Mak Yana Yassin di facebooknya... Innalilahi wa inna ilaihi rajiuun.. Allahyarham disahkan meninggal pada jam 1.29am di Hospital Ampang akibat sesak nafas .
Masyaallah Mak Dara masih teringat kenangan manis Mak Dara ketika bertemu dengan arwah di event Majlis Perasmian Majalah Hijabista yang lalu. 

Mak Dara dan allahyarhamah  Amischaheera :(


Teringat lagi Mak Dara apabila terpandang padanya dan arwah terus melemparkan senyuman pada Mak Dara.. Fuhhhh seorang blogger yang amat terkenal namun tidak langsung sombong dan sangat sangat humble. She is soooo sweet.. Namun tiada siapa menyangka disebalik senyuman itu Ami sebenarnya mengidap kanser tahap empat . And I will never forget that moment.. 

Salam takziah buat keluarga allahyarhamah.. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangn orang orang soleh dan solehah serta dicucuri rahmat.. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini.. Al Fatihah

 

Tuesday, March 25, 2014

Takziah buat semua penumpang, crew dan keluarga MH370


Pencarian Pesawat MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia telah disahkan berakhir di selatan lautan hindi..  Bagaikan luruh jantung pabila mendengar ucapan perdana menteri kita di tv tadi dengan kata katanya itu.. Cuba bayangkan bagaimana perasaan semua ahli keluarga mereka.. Masyaallah.. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian ini.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Salam takziah kepada smua penumpang , crew MH370 dan keluarga mereka... Al fatihah...

Pic oleh Adza Edie


Pic oleh google


Monday, March 24, 2014

SBB2014 - Episod 2 "Blogger Selfie Terlampau"

Wohooooooooo SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2014 datang lagi!!!! Haaa macam iklan tora datang lagi pulak kekdahnya kan haha.. Ya SBB merupakan salah sebuah acara dan event terbesar untuk para blogger kembali untuk tahun 2014 dan telah pun berlangsung pada 8hb Mac yang lepas! Walaupun telah berlangsung dua minggu yang lalu, namun kehangatannya tetap terasa hingga kehari ini.. Masih teringat lagi akan kemesraan dan jalinan ukhwah yang terjalin sepanjang majlis ini berlangsung.. Dan yang paling tak dapat dilupakan apabila Mak Dara bertemu dengan rakan blogger yang satu kepala dengan Mak Dara. Pendek kata geng MEROYAN haaa huru hara dibuatnya.. Dan ini jelas dapat dilihat bila adengan "Bolgger Selfie Terlampau" berlangsung secara spontan antara Mak Dara, Nami Namia, Akma Omar dan juga sis Nur Misnan hahaha.. Tak percaya moh mak share gambor kami bertiga meroyan bersama...

Saloma Bistro.. Peace ya'all


duck-face time hahahahaha


pipi siapa paling gebu hehehe

akhirnya Acik turut join sesi berselfie bsama kami hehehe

Haaaaa ni lah yang berlaku kalau blogger blogger meroyan bertemu.. Hehehe memang sempoi memang besttt dan takkan dapat mak lupakan moment ni sampai bila bila.. Muahhhhhh thank you so much Nami NamiaAkma Omar , Nur Misnan dan Acik sebab melayan meroyan ahkak ye .. Sayangggg korang ketat ketat.. Moga kita dapat meroyan lagi di event event akan datang.. Muahhhhhhh...

artikel berkaitan SBB2014

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 - Episod 1




Saturday, March 22, 2014

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 - Episod 1

As salam duhai teman.. Yaa hampir dua minggu majlis SBB2014 telah berlalu.. Dan rasanya kesemua blogger yang telah hadir di majlis itu telah pun membuat entry memasing.. Namun Mak Dara hari ini baru pertama kali nak menulis entry mengenai majlis gilang gemilang ini.. Ok ini adalah episod pertama untuk entry SBB2014 ini.. Mak Dara bersama 7 ahli keluarga termasuk somi, anak, sepupu dan anak anak buah telah ke majlis SBB ni dan kiranya kami dah conquer hampir 80% meja tu hehe.. Meja kami betul betul di hadapan pintu masuk.. So kompom kompom le sapa yang masuk ke dewan ni akan bertemu kami dulu hewhewhew.. ok Moh mak mulakan perkongsian gambor la.. 

sebelum masuk dewan kasi pose dulu hewhewhew

sempat juga bergambor dgn Tuan denaihati

Mak dan sepupu Mak Lady 

Mak dan somi

Kami di meja no 28

Setelah majlis dirasmikan dan ucapan ucapan diberikan tiba tiba majlis dimulakan dengan video klip dari SBB tahun lepas di mana klip di ambil dari sesi temubual dengan wartawan RTM.. Dan mak terus cari port nak tutup muka.. kenapa????

waduhhh interbiew mak pun kuor sama..

adoiii I is shy shy tawww huhu

Time mak buat buat sibuk nengok handphone hahaha.. Ye lah bila nengok balik rakaman ni nampak naw naw mak dara ni terlebih potpetpotpet time interbiu tu.. Adoii peringatan untuk diri sendiri kena ada button stop masa bercakap haha..

Majlis terus berlangsung dengan gemilangnya dengan kehadiran lebih 300 orang blogger . Oh terasa diri ini sungguh kerdil tatkala berada di kalangan otai otai blogger tu semua.. Namun rasa amat bersyukur kerana ada juga beberapa blogger yang mengenali diriku yang meroyan ini dan apalagi terus la snap snap gambor sampai lebam.. Antara yang sempat Mak berjumpa adalah mereka mereka ini...

Bersama adikku yang gojes Farah Wahida

bersama Mia Liana

bersama adik adik blogger ayu

Blogger Ieta

Bersama Deq Nor dan Boni Kacak

bersama Bella Luna

bersama sis Azhafizah

bersama deq nor

bersama blogger hebat Hazman

bersama blogger glamour Boni Kacak

bersama Acik

Bersama blogger Ijam

bersama blogger Mohd Rasul Abu Hanipah

bersama sis Nur Misnan


Jutaan terima kasih kepada mereka semua yang sudi menegur Mak Dara dan sudi layan mak dok snap snap gambor bersama Mak tau.. Memang sporting habes.. Hanya mereka ke yang sempat mak dara temui di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 itu? Oh tidak.. Jadi siapa lagi blogger yang sempat Mak Dara temui.. Nantikan sambungan episod ke dua nanti hehe.... Kalau dah nama penulis skrip kannn mesti ada sambungan punyalah barulah suspeng hehe..

Apa apapun.. Tika kita bergembira ada yang berduka.. Jadi janganlah kita terlalu bergembira marilah kita meneruskan doa untuk keselamatan para crew dan penumpang pesawat MH370.. PRAY FOR MH370 


Tuesday, March 18, 2014

Semoga Cepat Sembuh Sayang...

Hampir sebulan berlalu... Setelah 5 kali ke klinik swasta , klinik kerajaan dan ke Hospital Ampang dan bertemu 5 orang doktor, suami Mak Dara Martias Ali masih belum sihat dari sakitnya.. 

somi MD di klinik ke 5 (15hb mac lalu)

Sakit apa? Hmmm itu juga yang masih menjadi tanda tanya kepada Mak Dara, somi dan seluruh keluarga kami.. Ini kerana setelah bertemu dengan 5 orang doktor masing masing memberikan pendapat yang berlainan.. 

DIOGNOSIS Doktor #1
Doktor pertama di Klinik Kita Wangsa Maju menyatakan bahawa bengkak bengkak di kaki somi mak dara mungkin berpunca dari mucle pain akibat penglibatan suami mak dara dalam shooting filem KAPSUL yang memakan masa selama hampir sebulan.. Maka diberi ubat mucle pain release.

DIOGNOSIS Doktor #2
Setelah sakit tidak juga sembuh kami ke klinik ke dua iaitu di klinik swasta. Di mana Doktor mejangkakan mungkin ada masalah buah pinggang apabila mendapati bengkak di kaki somi tidak surut hampir seminggu. Lalu dibuat rawatan dan doktor nasihatkan supaya berhenti dari mengambil ubat dari klinik pertama dan meneruskan dengan ubat yang diberinya.

DIOGNOSIS Doktor #3
Masuk minggu ketiga.. Sakit masih tidak sembuh maka kami ke klinik kerajaan AU2. Di sana kami menemui doktor dan doktor membuat ujian dan rawatan dan menyatakan pendapatnya bahawa sakit somi mak dara mungkin ada kena mengena dengan masalah jantung. Doktor nasihatkan supaya berhenti dari mengambil ubat dari klinik kedua dan meneruskan dengan ubat yang diberinya . Dan doktor memberikan tarikh temujanji untuk membuat ujian darah tapi pada 1hb April 2014. 

DIOGNOSIS Doktor #4
Dua hari berlalu Tidak dapat menahan sakitnya akhirnya somi mak dara pergi ke Hospital Ampang. Namun pada mulanya dia tidak dibenarkan masuk membuat rawatan kerana tidak membawa sebarang surat dari klinik kerajaan atau swasta. Namun somi mak dara tetap berkeras kerana katanya dia telah berulang alik dari klinik swasta dan kerajaan namun sakitnya masih tidak sembuh. Melihat keadaan itu pegawai yang menjaga kaunter saringan di hadapan wad kecemasan membenarkan somi mak dara masuk untuk mendapatkan rawatan. Setelah hampir 2 jam menunggu giliran akhirnya kami dapat bertemu doktor. Setelah ujian dan rawatan dibuat akhirnya doktor menyatakan bahawa kemungkinan besar telah terkena gigitan serangga berbisa. doktor nasihatkan supaya berhenti dari mengambil ubat dari klinik ketiga dan meneruskan dengan ubat yang diberinya.

Selang beberapa hari  sakit somi Mak Dara makin bertambah. Akhirnya Mak Dara dan somi bertemu dengan pakcik Mak Dara iaitu Imam besar di Kulim Kedah bagi meminta bantuannya secara rawatan islam dan keesokkan harinya somi mak dara kelihatan sedikit bersemangat. Dari segi dalamannya alhamdullilah.. Somi mengikut pesanan dari Pakcik dengan bacaan bacaan ayat ayat suci Al Quran dan doa doa.... namun kesakitan terus melanda.

DIOGNOSIS Doktor #5
Kini hampir sebulan berlalu dan somi mak dara masih sakit sakit. Dan akhirnya atas nasihat kawan dia membuat blood test di sebuah kliik di Ukay Perdana kerana rasa untuk membuat blood test di klinik kerajaan lambat lagi iaitu pada 1hb april depan. Maka setelah membuat blood test somi diberikan ubat dan dinasihatkan berhenti dari makan ubat dari Hospital Ampang. dan semalam 17hb Mac kami menerima keputusan blood test dan doktor menyatakan terdapat seperti "parasit" di dalam darah somi Mak Dara dan dia meminta supaya somi Mak Dara menjalani blood test kali ke dua esok 19hb Mac.. 



Masyaallah.. kau tabahkanlah somi ku dalam menempuh ujianMu ini Ya Allah.. Bersabar dan bertabahlah sayang... Itu maknanya Allah swt sayangkan abang.. Moga segera sembuh dan teruskan berikhtiar ye yang.. insya allah dengan izin Allah swt..


Friday, March 14, 2014

POSKAD DARI UDARA

Tersentuh dengan apa yang menimpa MH370 somi Mak Dara Martias Ali telah menghasilkan sebuah puisi....

Sebuah puisi nukilan suami MD Martias Ali..

Marilah teruskan berdoa agar Allah menyelamatkan mereka dan mendoakan agar di mana saja berada pada ketika ini mereka akan dilindungi Allah. #PrayForMH370 #MH370 #MalaysiaAirlines. 


Wednesday, March 12, 2014

Muzik Khas Untuk PRAY FOR MH 370

Assalam duhai teman.. Hari ke 5 kehilangan misteri pesawat MH370. Masih tiada khabar berita yang menggembirakan... Namun jangan putus harap jangan putus doa atas keselamatan kesemua mereka yang berada di pesawat MH370.

Terpukul dengan rasa sayu akan kehilangan yang dialami oleh ahli keluarga dan sahabat handai dan mereka yang yang terllibat, telah memberi ilham kepada adik Mak Dara Adza Edie untuk menghasilkan sebuah lagu khas buat mereka yang bertajuk MEMORY OF HOPE . Kata adik Mak Dara , kehilangan arwah ayah kami telah membuatkan kami amat memahami erti kehilangan seseorang yang sangat disayangi dan dicintai.. Maka dizahirkan dalam lagu ini dan telah diuploadkan ke youtube.. Tanpa disangka pihak Awani telah menghubungi Adza Edie untuk bertanyakan tentang lagu MEMORY OF HOPE ini. Dan bertempat di pejabat ASTRO AWANI telah berlangsungnya temuramah itu. Temuramah penuh akan disiarkan esok di Astro Awani insyaallah.. 

Adza Edie di Astro Awani





MEMORY OF HOPE mengisahkan tentang segala rasa rindu, hiba dan sedih kami sekeluarga atas kehilangan arwah ayah kami iaitu En Adenan Arshad telah dimasukkan ke dalam lagu ini .. Jika diamati lagu ini pasti anda dapat merasai akan rasa kehilangan dan harapan untuk menemui kembali pesawat dan semua penumpang MH370 ini.. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah menyelamatkan mereka dan mendoakan agar di mana saja berada pada ketika ini mereka akan dilindungi Allah. #PrayForMH370 #MH370 #MalaysiaAirlines. Akhir sekali dengarkan MEMORY OF HOPE oleh Adza Edie.....




Monday, March 10, 2014

Tiada Entry Untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014

Assalam duhai teman.. Mohon maaf dipinta kepada beberapa teman blogger Mak Dara yang telah memeriahkan majlis sepetang bersama blogger 2014 yang telah mak janjikan untuk buat special entry bersama mereka dan kongsikan gambar gambar kami bersama kerana sehingga ke hari ini rasanya tidak dapat menzahirkan sebarang entry termasuklah entry untuk #sbb2014 atau apa sahaja.. 

Tidak tertulis olehku cerita yang menggembirakan
di kala ramai yang sedang berduka.. 

Tidak terkongsi olehku
gambar kegembiraan kita bersama,
di kala ramai yang sedang menatap gambar yang tersayang dengan penuh 
sendu dan sayu...

Teruskan BERDOA untuk kesejahteraan, kedamaian hati seluruh ahli keluarga, waris serta keselamatan penumpang & rakan-rakan MH370 .....


DOA BUAT MEREKA

Ya Allah ya tuhan kami... 
sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU...
apa yg berlaku adalah ketentuanMU... 

Kami mohon kasih sayangMU ya robbi, 
berilah kekuatan dan ketabahan kepada 
semua ahli keluarga keluarga mereka
 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan...

Hanya kepadaMU kami berserah dan hanya kepadaMU 
kami memohon pertolongan.. Aaamiin

Panjang2kan lah doa ini...

mungkin ada di antara kita doanya itu yg paling makbul.



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK