Saturday, June 21, 2014

Utusan Yang Terlewatkan

Sayangku... hampir 2 bulan yang lalu kita telah ditemurah oleh wartawan UTUSAN mengenai karya skrip filem bertajuk BUKIT BESI yang kita hasilkan bersama Adza Emie.. Teringat lagi abang tertanya tanya mengenai artikel tu.. "bila nak keluar citer kita kat Utusan?..  Dan I jawab.. tak lama lagi keluarla tu.. namun hari itu tidak kunjung tiba..

namun hari ini artikel itu disiarkan juga di Utusan.. namun sayangnya ia agak terlewat.. sayang tak sempat membacanya..

Namun yang pasti.. abang pasti bangga kan dengan karya kita tu.. ini antara karya terakhir abang . Abang memang minat menulis kisah kisah patriotik.. insyaallah bang.. I akan menyambung perjuangan abang dan akan memperbanyakkan karya karya yang bertemakan kenegaraan..

pasti sunyi bila mengadap komputer dan menulis skrip tanpa abang disisi.. namun insyaallah akanku kuatkan semangat demi anak anak kita.. insyaallah.. dengan izin Allah swt.


Thursday, June 19, 2014

Al Fatihah Buatmu Syuhada Baharudin

Terkedu menerima berita ttg pemergian Syuhada Baharudin ke rahmatullah sedangkan ada tersimpan niat utk melawatnya di hospital namun disebabkan saya sendiri baru kematian suami 3 minggu yg lalu membuatkan saya tidak dapat kemana mana selama 4 bulan 10 hari.. Tenanglah di sana wahai sahabat.. Semoga ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman... Salam takziah buat keluarga.. I know how it feels to loose our loves one.. Please be strong....

Namun saya bertambah sayu bila mengetahui bahawa arwah ada bercakap tentang pemergian suami saya kepada beberapa temannya iaitu Emy dan Marlena.. arwah ada bercakap bertapa saya kuat bila kehilangan suami..  Sebenarnya saya tak kuat utk berdepan dengan kehilangan suami... namun saya terpaksa kumpulkan semangat demi anak anak saya yang masih kecil.. memang perit.. mmg sakit.. namun bila kita ikhlas dan redha dgn pemergiannya insyaallah hati akan lebih tenang.. tp saya rasa amat ralat tak dapat melawat arwah.. namun apakan daya akak tak dpt keluar dari rumah atas sbb "berpantang".. 

semoga keluarga arwah tabah dan redha dgn pemergiannya.. Al fatihah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ * مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ


Monday, June 16, 2014

Bertabahlah wahai anakku..

Tiada siapa menyangka tahun lalu merupakan tahun terakhir kami sekeluarga akan menyambut Hari Bapa yang bersama seorang yang bergelar suami dan papa.. 

Kami sekeluarga amat amat merindui arwah.. namun kami harus redha dengan pemergiannya..

Bertabahlah duhai anakku Danina.. mama tahu nina rindukan papa.. kalau rindu kita kena sedekahkan lebih banyak doa dan al fatihah buat papa ya sayang..

Sama sama kita doakan moga papa ditempatkan dikalangan orang orang ya beriman.. Al Fatihah


Wednesday, June 11, 2014

Takziah Di Yahoo Malaysia


Saya Adza Danial Haiqal anak kepada allahyarham Martias Mohd Ali dan bagi pihak mama dan keluarga kami ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan takziah ini.. 

Al fatihah untuk papa...

-Eqal-

Tuesday, June 3, 2014

Ujian....

Nukilan terakhir arwah suamiku.. 4 hari sebelum dijemput Ilahi...

sayangku Martias...
Ya... 
Ujian ini sungguh hebat
Ujian ini sungguh dasyat
Kau telah menerima ujianmu
kini pula giliranku..
meneruskan ujian hidup
bersama cahayamata kita

Pergilah kasih pergilah nyawa
Tiada lagi kesakitan mu kini
tiada lagi ujian mu kini
tinggalkan duniawi
tinggalkan kami

kerna aku redha
kerna aku rela
menghadapi ujian ini tanpamu
kerna ku tahu
aku mencintaimu
Namun DIA lebih menyayangimu

Martias Bin Mohd Ali
05.10.68 - 29.05.14

Al Fatihah buatmu nyawaku...

Monday, May 26, 2014

Tiada Pelawat Untuk Hari Ini

Hari ini hari ke 9 somi mak dara di masukkan di Hospital Ampang.. sebelum ini beliau dimasukkan ke Hospital Tawakal selama 6 hari . Jadi jumlah keseluruhan ialah 15 hari. yup.. 15 hari telah berlalu.. mungkin bagi semua 15 hari berlalu dengan pantas namun bagi mak dara dan somi merasakan waktu seakan terhenti. Kami masih menunggu keputusan biopsi oleh pihak hospital. Biopsi yang bakal menyatakan penyakit sebenar yang dihidapi oleh somi mak dara ini..

Antara banyak banyak hari somi mak dirawat di hospital.. hari ini somi mak merasa paling lemahhh.. jadi atas nasihat doktor beliau tidak dapat menerima pelawat. Mungkin mereka mahu somi mak berehat dengan secukupnya.

Selama 9 hari berada di sini lebih 100 orang telah datang melawat beliau.. ia terdiri dari sanak saudara, teman teman dan kebanyakkannya dari persatuan persatuan yang disertainya. Jadi buat masa sekarang somi mak harus berehat dahulu sebelum dapat menerima pelawat semula..

Sebentar tadi somi mak telah dibawa untuk xray di bahagian dadanya.. oleh kerana beliau terlalu lemah dan tak dapat berjalan atau menaiki kerusi roda maka dia harus ditolak dengan katiknya.. masyaallah beratnya dugaan mu ini ya Allah.. namun kami redha... semiha keputusan xray itu baik baik saja....

Doa doakan agar somi mak beransur pulih ya.. insyaallah.. dengan izin Allah swt..


Sunday, May 25, 2014

Thomas Cup Di Ward 5D Hospital Ampang

Mungkin pada tika dan saat ini semua sedang asyik menyaksikan perlawanan badminton piala Thomas. Ada yang dok menonton di depan tv, di kedai kedai mamak yang menayangkan big skrin .. Namun bagi mak dara dan somi mak.. kami menonton Thomas Cup di ward 5D Hospital Ampang..

fuhhh dah lebih dua minggu mak menemani somi mak yang sakit di hospital.. takpe tak kisah walau dimana pun somi mak ditempatkan di situlah mak akan berada. Tapi malam ni somi mak bersemangat bila menonton perlawanan ni walaupun kami nengok menggunakan handphone aje.. tak kisah le kecik.. yang penting semangat tu yang penting... hmm milik siapakah piala Thomas kali ini ek.. jom sambung layanz nonton...


Thursday, May 22, 2014

12 hari berlalu

Hari ini masuk hari ke 12 somi mak dara dimasukkan ke hospital.. dan selama itu juga mak dara menemaninya.. perghhh sejuk benor aircond di ward ni.. terutamanya di waktu malam.. menusuk ke tulang.. sulap silap esok pagi mak dah jadi beku macam eskrem malaysia tu hehe..

Mengenai tahap kesihatan somi mak.. insyaallah.. mak tak putus putus berdoa kepada Allah swt agar menyembuhkan penyakitnya secepat mungkin.

Kata doktor somi mungkin akan lebih lama berada di hospital.. tak mengapa tak kisah berapa lama pun masa diambil kami akan turuti .. asalkan somi mak mendapat rawatan yang sepatutnya..

Bosan duduk di sini? Tak jugak la boleh juga teman somi sembang sembang.. dia tengok muka cheq.. cheq tengok muka dia.. macam orang bercinta kekdahnya..

Namun kehadiran  teman teman membuatkan somi mak gembira dan terhibur la sikit. Semalam teman temannya seperti Abang Zulkifli M Osman dan pengarah hebat Abang Murali , pelakon Zurina dan juga producer Encik Baha ada datang melawat. Banyak kata kata semangat diberikan oleh mereka. Mereka memang sangat sangat baik dan sangat prihatin..

Terima kasih semua yang datang melawat dan pada yang mendoakan akan kesihatan somi mak ya.. mak sangat sangat menghargainya...


Tuesday, May 13, 2014

Suami Ku Di Hospital Tawakal

As salam duhai teman.. pada kala anda membaca entry ini mak dara berada di sisi suami mak dara yg sakit. Rasanya rata rata telah mengetahui akan kesihatan somi mak yg sakit sejak dari bulan januari yang lalu kan.. setelah lebih 10 doktor kami temui kemudian disusuli dengan perubatan islam namun tiada siapa pun dapat merungkai apakah penyakit yg dialami oleh somi mak dara ini..

Namun pada petang tadi keadaan somi mak dara semakin lemah.. dia kini telah turun berat badan hampir 10 kg.. dan pada petang itu juga kakak somi mak dan  abang ipar mak membawa somi mak untuk dirawat di Hospital Tawakal KL. Dan doktor mensyaki somi mak dara mengalami demam malaria atau hepatitis B yang memberi kesan kepada hatinya.. dan kini somi mak terus dimasukkan ke wad. Segala ujian termasuk ultra sound dan juga ct scan akan dilakukan pada esok pagi.. masyaallah beratnya dugaan mu ini Ya Allah.. namun ku pasti ada hikmah disebaliknya...

Doakan semoga somi mak cepatvsembuh ya.. insyaa allah xengan izin Allah swt...

Kepada sayangku Martias.. tabahlah menghadapi ujian ini.. sakit juga penghapus dosa dosa insyaallah ada hikmahnya yang.. please be strong...

Kepada kak yati dan abang ayie.. terima kasih yg tidak terhingga.. tiada kata dapat diucapkan... hanya tuhan dapat membalas jasa kalian berdua..


WALL'S SCOOPS OF HAPPINESS - Kisah Dongeng Di Setiap Scoop!

Assalam duhai teman.. Beberapa hari yang lalu Mak Dara telah menghadiri acara Wall's Scoops Of Happiness di MAD ABOUT COCO di Publika yang dianjurkan oleh  WALL’S  .  Acara  yang berlangsung  dimulakan dengan  kata kata  aluan dan ucapan oleh Encik Shawn Tan yang mengumumkan tentang sebuah contest oleh Wall’s  ‘Taste  Joy  in  Disneyland  with  Wall’s’  yang menawarkan  percutian sekeluarga ke DISNEYLAND PARIS sebagai hadiah utama. Yup Disneyland Paris uols!!! Klik di link ini www.wallsindisneyland.com laju lajuuu untuk menyertai contest hebat ini. Acara kemudian diteruskan workshop oleh Samantha Lee.

Samantha Lee sedang memberikan penerangan mengenai 
aiskrim walls dan cara untuk mengubahnya
Rekaan oleh Samantha Lee 
Chinese Warior dari Wall’s Selectioon Strawberry Cheesecake
Dan Pirate Of The Carebeen dari Wall’s Selection Oreo

Samantha Lee mulakan dengan menunjuk bagaimana untuk menghias aiskrim wall’s selection dengan berkisahkan tentang kisah dongeng . Oh sungguh kreatif sekali. Resepi dan bahan bahan yang digunakan adalah seperti buah buahan, gula gula ,biskut dan juga bahan utama iaitu aiskrim wall’s selection! Dan selepas itu semua hadirin  diminta  untuk  mengadakan  kumpulan masing masing  dan  mula  mereka hidangan kreatif bersama aiskrim Wall's Selection.

Mak Dara dan Adik Mak Adza Nasya sedang mencipta
hidangan kreatif kami dengan aiskri wall's

Taraaa dah siapp.. Kisah dongeng love story gitew hehe

Berada dalam Workshop oleh Samantha Lee itu membuatkan Mak Dara tak sabar untuk mencubanya bersama anak anak Mak Dara di rumah . Anak anak mak dara memang  sukaaaaa  makan  aiskrim  dan  mereka  juga  amat kreatif.  Apa  agaknya bentuk bentuk yang akan dihasilkan oleh mereka menggunakan aiskrim walls  ini agaknya  kan..  Pastinya  akan  bercirikan kartun  hehe..  Pastinya  aktiviti  ini  dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami tambahan lagi ketika cuti sekolah. 

Mak Dara juga asyik memikirkan tentang contest  ‘Taste Joy in Disneyland withWall’s’ yang dkatakan oleh encik Shawn itu disepanjang acara berlangsung haha!! Disneyland Paris merupakan antara percutian anak anak Mak Dara dan pastinya idaman setiap anak anak anda juga, jadi mari kita rebut peluang ini bersama dan lihat bagaimana untuk menyertainya!!

www.youtube.com/ScoopsofHappiness


‘Taste Joy in Disneyland with Wall’s’ adalah sebuah kempen pihak WALL's di Facebook. Ia merupakan sebuah contest yang memberi  peluang kepada peminat aiskrim wall's untuk mencipta hidangan kreatif aiskrim mereka sendiri. 

#LANGKAH PERTAMA – Peserta  harus  ke  website www.wallsindisneyland.com untuk menonton 15 resepi video WALL SCOOPS OF HAPPINESSS

#LANGKAH KEDUA - selepas menonton ke semua 15 buah video itu, anda boleh mencipta ciptaan resepi aiskrim anda sendiri menggunakan aiskrim Wall's dan kemudian jangan lupa snap gambar rekaan kreatif anda itu!

#LANGKAH KETIGA - Langkah terakhir ialah anda perlu menghantar gambar anda itu dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan untuk ke Legoland dan hadiah utama lawatan keluarga ke Disneyland, Paris!!!! 

Pada setiap minggu Pihak Walls akan memilih pemenang berdasarkan undian yang tertinggi di mana pemenang akan memenangi percutian ke LEGOLAND. 7 pemenang mingguan akan dimasukkan ke peringkat akhir dan para hakim akan memilih seorang dari tujuh peserta akhir untuk menjadi pemenang hadiah utama dan akan menerima hadiah percutian ke DISNEYLAND Paris!!!! Fuhhhhh hadiah yang sangat sangat lumayan! Pertandingan ini bermula dari 9 Mei - 27 jun . untuk kerangan lanjut andaboleh layari website mereka di https://www.facebook.com/wallsmalaysia 


Jad jangan tunggu lagi jom ramai ramai kita menyertai pertandingan ini!!!!!


Tuesday, May 6, 2014

Dato Aziz Satar Meninggal Dunia

Innalillahhiwainallilahirojiun.. terkejut benar Mak Dara apabila mengetahui tentang pemergian seniman negara kita iaitu Dato Aziz Satar pada pukul 2 pagi tadi. Difahamkan bahawa arwah telah meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang.

Salam takziah buat keluarga allahyarham Dato Aziz satar yg telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.. kita telah kehilangan seorang seniman yg amat amat disayangi.. masih teringat lagi pertama kali bertemu dengan arwah di set lokasi drama bertajuk KERANA RAMLI yg skripnya ditulis oleh saya dan suami.. he is sooooo humble and so nice.. semoga Allah swt menempatkannya dikalangan org org yg beriman .. Al fatihah...


Sunday, May 4, 2014

Tudung Ala Isabella



Saturday, May 3, 2014

Jemputan VIP Acara Zumba Khas Buat Blogger!!!

Assalam duhai teman.. Pernah dengar tentang senaman Zumba? Zumba merupakan gabungan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek. Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri. Dan adik Mak Dara iaitu Adza Tuty bersama syarikat miliknya D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD, bakal mengadakan sebuah acara Zumba iaitu D'ADZA ZUMBA PARTY pada 11hb Mei depan di Dewan Cempaka Ampang.. Tak lama saja lagi kan.. Haaa ada tak antara blogger blogger sekalian yang nak join acara ni? Ok moh Mak dara berikan detail event ini untuk anda ya..

Tarikh : 11TH MAY 2014 
Masa   : 11.00am – 3.00pm
Lokasi : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya



Di acara ini Adik Mak Dara telah menyediakan hadiah hadiah hebat untuk sesi cabutan bertuah. Nak tengok hadiah hadiahnya?

{Hadiah Cabutan Bertuah }
*hampers 
*barangan elektrik

*1 buah Telefon Bimbit Lenovo
*1 pakej penginapan TM RESORT PD 2 hari 1 malam 

*1 pakej penginapan TM RESORT FRASER HILL 
2 hari 1 malam 

 
ADza Tuty bersama Telefon Bimbit Lenovo
utk cabutan bertuah :) 

2 vouchers TM RESORTS PD (SERI INTAN RESORT) 

Amacam?Haaa memang padat acara D ADZA ZUMBA PARTY ni kan.. Dah hadiah cabutan bertuahnya pun hebat kannnn.. Ok sebenarnya Mak Dara dah pun menjemput 10 orang teman blogger Mak Dara seperti Cik Lily Putih , Yana Yassin Neyra Shazeyra , Zulie ietaNami Namia Deq Noor Shafawati , Hanny Abdullah , Ema Ery , I zzati Hazrul dan Syahril A. Kadir . 

Dan kini Mak Dara mencari lagi 10 orang blogger sahaja untuk menjadi tetamu VIP untuk acara D'ADZA ZUMBA PARTY ini. Ada yang nak menyertai dan menjadi tetamu VIP kami? Kalau ada yang sudi sila PM Mak Dara laju laju di FB Mak Dara @ https://www.facebook.com/adzairdawati untuk tahu cara cara untuk menyertai program senaman sihat ini ok.. Jom BERZUMBA bersama sama!!!!  


D'ADZA FITNESS Social Media
●D ADZA FITNESS INSTAGRAM http://i.instagram.com/dadzafitness/
●D ADZA FITNESS FB FANPAGE https://m.facebook.com/dadzafitness/
●D ADZA FITNESS BLOG http://dadzafitness.blogspot.com/


JOM ZUMBA!!!!!!!!!!!



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK