Friday, August 29, 2014

3 Purnama Berlalu Pergi

Hari ini 29hb Ogos telah genap 3 bulan nyawaku Martias telah kembali kerahmatullah..

Insyaallah akan ku tabah dan membesarkan anak anak kita sayangku..

Tenanglah dikau di sana.. akan tiba masa ku jua menemanimu selamanya..

AL FATIHAH...


Friday, August 22, 2014

MH 17 : MEREKA TELAH TIBA

Mereka telah tiba..
tiba mereka kepada kita..
tiba mereka kepada negara..
tiba mereka kepada keluarga..

Mereka telah tiba..
disambut dengan penuh hormat
disambut dengan rasa kesayuan
disambut dengan segala kesyahduan..

Telah lama kami menunggu..
menunggu tiap saat dan waktu..
menunggu untuk bertemu..
pengakhiran yang penuh kaku..

Selamat pulang kasih
selamat pulang sayang..
kau kan selalu di rindu..
kan selalu berada didoaku..

Selamat tinggal kekasih..
Selamat tinggal nyawa
tenanglah kau disana..
akan tiba masaku jua..
hingga kita diketemukan semula..

~Adza Irdawati Adenan~
MH17
AL FATIHAH


Sunday, August 17, 2014

Amat KECEWA Dengan BOOKING.COM !!

Dengan membaca tajuk saja sudah pasti anda dapat menggambarkan betapa Kak Adza amat KECEWA dan amat amat amat MARAH dengan sebuah laman web yang menawarkan service online booking yang menawarkan  tempahan penginapan melalui talian/online. Ya memang Kak Adza benar benar marah.. memang akak benar benar dah hilang sabar dengan BOOKING.COM semalam !! 

Sebenarnya.. Sejak dari pemergian suami akak hampir 100 hari yang lalu.. memang akak tidak kemana mana.. oleh kerana akak berada dalam iddah dan juga kerana keadaan kesihatan Akak yang amat merudum sejak kebelakangi ini..  akak telah menjalani pelbagai jenis perubatan bagi merawat penyakit akak.. klinik tak payah cakap lah asyik ulang alik ke sana selang beberapa hari.. Akak juga telah cuba akupuntur , perubatan homeoteraphi dan terbaru akak telah menjalani bekam bagi mengubati penyakit akak.. Namun akak terpaksa akur dengan nasihat doktor yang menyatakan bahawa masalah sebenar akak adalah stress yang melampau hingga menyebabkan sistem imun akak merosot dan membuatkan akak jatuh sakit. Dan doktor telah menasihati akak untuk pergi bercuti dan berehat bagi menghilangkan stress yang akak alami. Jadi bagi mengikuti nasihat ahli keluarga dan doktor membuatkan akak mengambil keputusan untuk bercuti bersama anak anak akak namun masih di sekitar KL kerana akak belum sedia untuk bercuti keluar dari KL. Dan jalan mudah untuk mendapatkan bilik penginapan ialah di Agoda dan Booking.com . Tapi entah bagaimana akak memilih untuk menempah penginapan melalui booking.com untuk bermalam di Private Suite di Berjaya Times Square KL . Dan Akak telahpun menerima email menyatakan bahawa tempahan akak telahpun diterima dan berjaya..



Seperti yang anda dapat lihat.. tempahan Akak telahpun diconfirmkan oleh pihak booking.com kan? Dan apa lagi Akak pun terus bersiap siap dan membawa anak akak ke Times Service Suites @ Times Square untuk check in. Dan nak tahu apa yang berlaku? Sesampai sahaja Akak dan anak anak di sana kami disuruh ke frontdesk di west wing untuk check in.. Maka Akak heret anak anak melalui shopping complex times square yang penuh orang tu dan ke kaunter hotel di sana. Dan di sana pula pegawai front desk menyuruh Akak kembali ke east wing dan mencari agent dari booking.com . Terpaksalah akak mengheret anak anak akak kembali melalui orang ramai kembali ke tempat pertama akak sampai tadi . Di sana tiada seorang pun yang ada di sana. Membuatkan akak melopong hampir setengah jam di sana. Ada beberapa pekerja di sana memberi cadangan untuk akak menelifon ke booking.com jadi akak pun telefonlah mereka. Dan hampir 20 minit berlalu tiba tiba datang seorang pak arab yang mengatakan pihak syarikat menghantarnya untuk menguruskan tentang booking yang telah akak buat. 

THE BEST PART is.. Dia kata kenapa akak booking last minute? Akak hairan juga kenapa dia kata begitu.. Rupa rupanya kini dia seakan cuba mahu menyalahkan akak kerana booking pada hari yang sama kerana katanya lebih baik kalau menempah sehari sebelum check in. Akak kata padanya tak ada tertulis pun yang semua booking harus dibuat pada tempoh yang ditetapkan.. Ok kalaupun akak menempah di saat akhir.. kenapa pula diorang masih membuka tempahan dan boleh pula menerima tempahan yang akak buat tu??? Oh sungguh tak faham dengan cara mereka beroperasi. 

Kini lebih sejam berlangsung anak anak akak makin letih dan ada yang terduduk di lantai lobby tu dan mamat arab ni semakin membuatkan akak benar benar marah. Boleh dia kata bilik akak tempah dah full?! FULL??!!! buat apa korang buat tawaran dan terima tempahan jika bilik yang korang tawarkan tu dah FULL!! dah berpenghuni!!! Kini dia offer akak untuk duduk di hotel yang berdekatan dengan times square.. Like hellooooooo... Akak tak kenal pun siapa mamat arab ni and you expected me to follow you dengan anak anak semua?!! Dah tentulah TIDAK!!! Saya rasa kalau anda berada di tempat akak pun takkan sewenang wenangnya untuk mengikuti orang yang tidak kita kenali lagi lagi orang asing kan... Lagipun akak tempah bilik di times square dan bukan di hotel yang lain.. Akak terus menyatakan padanya bahawa FORGET ABOUT IT!!! dan akak membawa anak anak pulang ke rumah.

Memang TAK PATUT memang menganiaya orang apa yang telah dilakukan kepada akak dan anak anak. Akak janji pada diri akak TAKKAN sekali kali menggunakan booking.com sampai bila bila.. Dan pada anda semua yang ingin menggunakan laman web ini agar lebih berhati hati.. Namun rasanya lebih baik gunakan AGODA saja lah.. Kerana agoda 100 kali lebih baik dari booking.com ini..

Kepada pengendali booking.com janganlah menganiaya pengguna laman web anda. Dari yang saya dengar dari pekerja di situ bahawa sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku . Ada yang datang dari brunei juga kena perkara yang sama macam akak. Ada sampai bergaduh gaduh dan buat report polis kerana dirasakan telah tertipu oleh laman web itu.. perancangan akak adalah untuk menghilangkan stress dan meluangkan masa bersama anaka anak akhirnya membuatkan akak bertambah tambah stress.. apa yang dapat akak katakan mengenai pengalaman semalam ialah...

 Saya SANGAT SANGAT SANGAT KECEWA BOOKING.COM !!!!


Saturday, August 9, 2014

QARIN Bakal Ditayangkan Hari Ini !!

as salam duhai teman.. rasanya dah lama  kak adza tak kongsikan bersama anda tentang karya karya akak kan.. hari ini akak nak beritahu bahawa sebuah drama bersiri bertajuk QARIN hasil skrip akak bersama adik akak Adza Nasyaemie  bakal ditayangkan di RTM 1 mulai petang ini .. Drama ini juga adalah idea asal oleh arwah suami akak Martias Ali..

sebenarnya drama Qarin ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh teman akak kepada akak beberapa tahun yang lalu.. dari situ akak dan arwah suami dapat idea untuk mengadaptasikan kisah mereka ke drama..

Jadi pada anda yang free free tu bolehlah menonton drama bersiri QARIN setiap SABTU dan AHAD jam 7 petang ya.. Selamat menonton semuaaaa...

Really wish suami akak dapat menonton karya kami ini.. namun Allah swt lebih menyayanginya.. but i know he will be proud of us...


Thursday, July 24, 2014

Pertama Kali Membayar Zakat

Sedar tak sedar raya hampir menjelang tiba.. Kak Adza akui akak langsung tidak membeli walau sebarang apapun untuk menyambut raya.. tidak baju tidak kasut.. tidak bag tidak untuk apa apapun.. Raya bagi Mak Dara tidak sama tanpa suami di sisi.. Tahun lepas Akak beraya tanpa arwah ayah akak yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung dan tahun ini Kak Adza terpaksa melalui raya tanpa suami akak Martias Ali yang telah pergi mengadap ilahi pada 29hb Mei yang lalu kerana mengidap Lymphoma Kanser Darah tahap 4.. 

Namun akak tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak anak akak.. Alhamdullilah dengan bantuan Kakak Ipar, Abang ipar dan adik adik ipar maka kelengkapan raya untuk keempat empat anak Akak telah pun cukup alhamdullilah.. They deserve to celebrate Raya.. Walaupun hati kecil akak tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan hari raya nanti namun akak terpaksa tabahkan hati demi anak anak Akak.. I have to make them happy..  I can't take Raya away from them.. Mereka tak berhak untuk bersedih di pagi raya.. Yes.. life have to move on.. Akak perlu kuat untuk menghadapi saat saat raya nanti.. Insyaallah..

Namun dalam diam Akak terasa seakan ada sesuatu yang belum akak tunaikan.. Fikir punya fikir punya fikir akhirnya hati berdetik.. "ZAKAT....... " . Masyaallah.. akak belum tunaikan zakat..

Ye lah sedari kecil arwah ayah yang bayarkan zakat dan setelah berkahwin, selama 17 tahun suami akak yang membayarnya.. Maka selama 37 hidup akak tak pernah terfikir untuk membayar zakat kerana semuanya telah dibayar oleh mereka.. Namun tahun ini akak tak punya siapa siapa.. Maka tanggungjawab untuk membayar zakat kini jatuh kepada Akak..

Maka semalam Akak telah membayar zakat buat pertama kali dalam seumur hidup akak. Pertama kali akad lafaz membayar zakat. Sayu hati ini hanya Allah swt sahaja yang tahun kerana saban tahun hanya melihat arwah ayah dan arwah suami yang lafaz akad membayar zakat tapi tahun ni akak sendiri.. 


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Akak telah menunaikan pembayaran zakat pada tahun ini.. Alhamdullilah..



Sunday, July 20, 2014

Kisah Baju Raya dan Batu Nisan

assalam duhai teman.. selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua..Syukur alhamdullilah setakat hari ini Kak Adza masih belum cuti lagi dari puasa.. tapi tak tahulah esok lusa.. almaklumlah perempuan kan.. Bagaimana dengan puasa anda.. Harap Allah swt mempermudahkan segala amal ibadat kita di bulan yang mulia ini..

Rata rata semua teman dan sanak saudara Kak Adza sedang sibuk membuat persedian untukmenyambut raya.. namun sebaliknya pada akak.. Eh baru perasan akk dah tak gunakan nama Mak Dara sebagai kata pengganti nama.. Tak kisah le ye.. Mak Dara ke Kak Adza ke.. yang penting orang yang sama kan.. Yup akk belum pun buat sebarang persediaan raya.. almaklumlah suami akk baru saja 53 hari meninggalkan kami sekeluarga.. Berat hati akk untuk keluar bershoping bagai ni.. Jangankan shoping, kaki pun belum lagi menapak di kedai menjual makanan di bazaar ramadhan.. Lagipun akak masih dalam Iddah. Ya pasti ada yg tahu dan yang tidak tahu mengenai iddah ni. Selalunya orang ingan wanita yang diceraikan suami saja yang harus melalui proses Iddah selama 3 bulan. Wanita yang kematian suami juga harus menjalani iddah di mana waktunya lebih panjang iaitu 4 bulan 10 hari dan pantang larangnya lebih berat. Takpe nanti nantilah Mak ceritakan tentang hal iddah bagi wanita yang kematian suami ya..

Namun syukur alhamdullilah kakak Ipar , Abang Ipar dan adik adik ipar akak amat amat mengambil berat akan akk dan anak anak akak. Dan pada tahun ini mereka menyediakan pakaian raya untuk anak anak akk.

Abang ipar Abg Azhari dan kakak Ipar Kak Yati Mohd Ali 
membawa anak anak akak membeli baju raya.. 

adik ipar Amrizal Mohd Ali dan isteri Julie turut
membantu menyediakan baju raya untuk anak anak akak

Kak Yati dan Amrizal merupakan Kakak dan adik kepada arwah suami akak Martias Ali. Alhamdullilah akk amat amat bersyukur mempunyai keluarga seperti mereka. Walaupun arwah suami telah tiada namun mereka masih menjaga akak dan anak anak sama seperti dulu .. Syukur ya Allah..

And as for me.. Selalunya pada dekat hari raya pasti setiap pasangan akan membeli baju raya untuk pasangan masing masingkan.. namun pada tahun ini apa yang dapat akak hadiahkan pada arwah suami hanyalah sepasang batu nisan.. 

resit penempahan batu nisan buat nyawaku Martias Ali

hanya itu yang dapat ku berikan buat suamiku pada raya tahun ini.. namun nisan ini hanya akan siap pada september depan. Memang berat dugaan ini.. memang perit.. namun akak merasa bertuah kerana menjadi yang terpilih untuk menerima anugerah dugaan ini dariNya.. Akak redha dan percaya pasti ada pelangi menanti akak dan anak anak di penghujung hujan ini.. 

buat Kak Yati, ABang AYie, Am, Julie dan aunty (ibu Julie) there's no words to describe my gratefull toward you kidness.. Hanya Allah swt sahaj dapat membalasnya. Terimakasih kerana memberi cahaya aidilfitri buat anak anakku.. syukur alhamdullilah Allah swt mengurniakan kalian kepadaku.. im blessed..

pada temanku sekalian... Akak mohon jika sudi sedekahkan alfatihah buat suami akak ya.. semoga rohnya tenang di sana insyaallah dengan izin Allah.. 



Tuesday, July 15, 2014

Dendam Kesuma

Assalam duhai teman.. rasanya sudah jarang Mak Dara mengupdate di blog semenjak pemergian arwah suami Mak dara sejak 29hb Mei yang lalu.. Bukankah selama ini hampir sepatuh entry mak dara berkisarkan tentangnya.. Dan bila arwah sudah tiada.. seakan hilang sudah semangat mak.. namun insyaallah akan Mak cuba kemas kini blog dari semasa ke semasa..mak harap semua dapat memahami situasi mak ni..

Sebenarnya mak nak beritahu bahawa salah satu dari skrip drama karya Mak bersama team penulis mak iaitu adik Mak Adza EMie, MF kencana dan arwah suami Mak Dara yang bertajuk DENDAM KESUMA telah diulang tayang di Astro Citra saluran 131.



Drama bersiri 5 episod ini telah ditayangkan episod pertamanya semalam dan akan ditayangkan seperti yang tertera di gambar di atas.. Drama ini mengisahkan tentang kisah hidup Tun Fatimah. Jadi pada yang berminat untuk menonton drama ini bolehlah menontonnya pada petang ini jam 6 petang di Astro Citra saluran 131.. selamat menonton dan selamat berbuka puasa ya..


Friday, July 11, 2014

Oh Ibu.. Dugaan Ini Menduga Kami

Pada 2 minggu yang lalu Ibu Mak Dara Zaleha Darus telah terpijak kaca semasa dia sedang bercucuk tanam di halaman rumah. Ibu Mak Dara memang minat menanam pokok pokok bunga. Mungkin bagi yang normal seperti kita terkena kaca adalah sesuatu yang biasa namun bagi pengidap kencing manis seperti Ibu memang amat merbahaya.. Setelah beberapa hari berlalu namun luka dikaki Ibu semakin membengkak membuatkan kami adik beradik bawa mak ke HUKM pada 3hb julai yang lalu.. setelah menunggu giliran dari jam 4 ptg akhirnya ibu dapat berjumpa doktor pada jam 11 malam dan akhirnya dimasukkan ke ward jam 11.30 mlm itu.. Ibu diminta untuk berpuasa jam 2 pagi itu dan akan jalani minor surgery besok pagi utk buangkan foreign object yg terdapat di kakinya seperti yg tertera hasil x-ray.. 

Ibu di ward

fuhhh jenuh juga nak jumpa doktor di sana ya hampir 7 jam baru mak dirawat.. takpa semua ni dugaan.. namun kasihan pada ibu kerana dia tidak dioperate keesokan pagi itu namun dibedah pada 3 hari kemudian.. Jenuhlah kami sekeluarga bising pada nurese dan doktor kerana telah memaksa ibu untuk berpuasa selama 3 hari. Namun kata mereka air drip yg diberikan pada ibu dapat menghalang ibu dari lapar. tapi itu kata mereka.. cuba kalau mereka yang terpaksa berpuasa selama 3 hari.. pasti angin jugakan.. Namun biarlah perkara itu.. Syukur alhamdullilah Ibu Mak Dara selamat menjalani pembedahan itu. namun tadi ibu menjalani operation yang kedua...

menjalani operation ke dua

Syukur ke hadrat Ilahi.. Pada jam 1.25 pagi tadi Ibu telah selamat menjalani pembedahan kedua di kakinya.. syukur alhamdullilah semuanya telah dipermudahkan olehNya.. amin.. syukur alhamdullilah..


Terima kasih yg tak terhingga pada adik Mak Dara Adza Rina yang tak putus2 setia menemani Ibu selama Ibu berada di ward.. Rina memang anak yang soleh...

Kata doktor kemungkinan besar Ibu Mak Dara akan berada di hospital sehingga raya.. namun mudah2an ibu dapat pulang beraya bersama sama.. Sudahlah tahun lepas kami pertama kali beraya tanpa arwah abah.. dan tahun ini pula akan beraya tanpa arwah suami Mak Dara yang tercinta.. rasanya tak dapat menahan kesedihan jika ibu juga tak dapat beraya bersama.. Ya Allah ya tuhanku kau sembuhkan lah ibuku.. berikanlah dia kesihatan Ya Allah.. Be strong ya mak.. ini semua dugaanNya untuk kita.. Dugaan ini benar menduga kami namun kami redha.. semoga ada sinar bahagia buat kita nanti Insyaallah dengan izin Allah swt...



Thursday, July 3, 2014

AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN


Tontonlah drama bertajuk AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN yg sedang disiarkan di ASTRO RIA 104 sekarang.. Drama ini adalah hasil skrip suami saya Martias.. walaupun arwah telah 34 hari meninggalkan kita namun karyanya masih terus disiarkan.. 

lokasi rumah di dalam drama ini adalah rumah lama kami di rawang sebelum kami berpindah ke lembah keramat.. so many sweet memory..


sayangku Martias... you always ask me if im proud of you and your job.. the answer is.. always sayang... im soo proud of you...


Rancangan Ideal Namun Waktunya Kurang Ideal ...


saya telah menyertai sebuah program bertajuk IDEAL pada tahun lepas iaitu sebuah rancangan berbentuk kesihatan untuk RTM.. saya telah mengikuti penggambaran selama lebih sebulan untuk menjayakan rancangan ni.. Dan saya baru dapat tahu bahawa rancangan ini telah disiarkan episod pertamanya semalam dan akan ditayangkan setiap hari Isnin,Selasa , Rabu dan juga khamis jam 10 pagi di RTM1 selama 3 minggu berturut turut.. namun yg ralatnya suami saya yg menemani saya sepanjang shooting itu tak sempat untuk menonton rancangan ni.. namun saya masih ingat akan kata katanya bila saya dapat mengurangkan berat badan sebanyak 8kg sepanjang penggambaran itu.. "pa tahu you can do it.. so proud of you".. 


terima kasih sayang sebab selalu sokong semua yg I buat.. but the show is on air 34 day after your gone.. i can even bare to watch this series... but im happy knowing you are proud of me...

Rancangan Ideal ini memang ideal untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan.. Namun waktu siarannya kurang Ideal bagi saya kerana tidak dapat menontonnya bersama arwah suami yang tercinta..

Walau apapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit , pengarah seluruh krew dan team yang terlibat yang menjayakan rancangan IDEAL ini.. Kepada teman teman yang ingin mengurangkan berat badan bolehlah menonton rancangan IDEAL ini setiap hari Isnin , Selasa , Rabu dan Khamis jam 10:05 pagi di RTM


Sunday, June 29, 2014

Di Hari Pertama Ramadhan..

Hari ini 29hb Jun 2014 merupakan hari pertama bagi umat Islam menyambut hari pertama Ramadhan dan hari pertama berpuasa.. tarikh 29hb Jun ini juga merupakan tarikh genapnya sebulan pemergian suamiku Martias  Ali mengadap Ilahi...

hari ini merupakan kali pertama selama 17 tahun aku bergelar isteri terpaksa bersahur dan berpuasa tanpa seorang suami disisiku..

ya ia agak janggal..
ya ia amat memilukan..
ya ia amat perit..

namun aku tahu Allah swt sayangkan dia..
Allah swt sayangkan aku..
Allah swt sayangkan anak anakku..
kerna kami insan terpilih..
terpilih untuk mengharungi dugaan ini..
terpilih untuk jadi lebih tabah..
terpilih untuk lebih beriman kepadaNya..

aku pasti ada pelangi menanti kami.. dengan izinNya..

Salam Ramadhan Kareem buat semua teman.. buat sanak saudara.. buat anak anakku tersayang.. dan buat nyawaku Martias Ali..


Monday, June 23, 2014

Cepatlah Sembuh Mak...

sudah masuk hari ke empat tp ibu mak dara masih belum baik demamnya.. tapi hari ini keadaan demamnya sangat panas hingga menggigil gigil.. Mak Dara dan adik Mak Adza Rina membawa mak ke klinik Ukay Perdana untuk mendapatkan rawatan.. semoga cepat sembuh mak... i love youuuuuuuuu.....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK