Sunday, March 8, 2015

Genius Pa&Ma Diulang Cetak. Jom Dapatkan Sekarang!


Assalam duhai teman.. Udoh agak lamer Mak Dara tak bersiaran secara langsung dan tidak langsung dengan pembaca blog Mak Dara ni kan.. Di harap awok awok dan awok sekelian penduduk Malaya idok le marah dengan Mak ye.. Al maklumlah Mak baru sahaje berpindah ghumoh.. Mangkala kata nak cari line tenet amatler susoh kemain.. 

Ok untuk entry kali ini ingin Mak khaborkan tentang.... Genius Pa&Ma diulang cetak!


(Ok serius mode on jap ye hehe) Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Andai dilihat senario hari ini, boleh dikatakan semua ibu bapa sangat menekankan soal pendidikan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik dan bijak. Malah elemen ini diterapkan sejak bayi dalam kandungan lagi. 

Mengungguli terbitan majalah Berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak 15 tahun lalu, Pa&Ma sentias berusaha memberikan informasi terbaik untuk ibu bapa dalam usaha membesarkan dan mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi. Pa&Ma ialah rujukan terbaik dunia keibubapaan untuk ibu bapa mudah khususnya.

Selari dengan matlamat melahirkan anak-anak bijak dan bersahsiah tinggi, buat pertama kali Genius Pa&Ma iaitu terbitan Edisi Khas majalah Pa&Ma telah mula menemui pembaca sejak Oktober tahun lalu. Melihat sambutan yang positif, Edisi Khas ini dipasarkan semula bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia tiga hingga enam tahun.

Masih mengekalkan konsep keibubapaan, Genius Pa&Ma wajar dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. Ini kerana ia memberi panduan tentang bagaimana mendidik, memahami dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang semakin aktif dan bijak menerokai dunianya dari segi fizikal, emosi dan kognitif.

Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, Genius Pa&Ma diyakini akan menepati  citarasa ibu bapa yang mahukan segala-galanya terbaik buat anak-anak merangkumi  pendidikan, penampilan dan kesihatan .

“Penerbitan Genius Pa&Ma bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada ibu bapa muda zaman ini betapa pentingnya ilmu keibubapaan berkaitan perkembangan dan tumbesaran awal kanak-kanak. Biasanya, ibu bapa akan membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata pertama dan begitu mengambil berat soal penjagaan bayi. Bagaimanapun apabila anak semakin membesar dan pandai berdikari, mereka sering dibiarkan main sendiri malah gajet dijadikan teman rapat.  Dan pada masa ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat kepada tenaga pengajar di taska dan tadika untuk mengajar anak-anak menulis, membaca, membuat aktiviti kraf, mengaji dan bersolat. Cara ini sebenarnya tidak betul kerana ibu bapa perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan tersendiri dalam proses perkembangan anak-anak ini,” ujar Editor Eizan Ariffin.

Dengan gaya atur letak, fotografi yang trendy dan segar, Genius Pa&Ma  bakal melengkapkan ‘keperluan’ ibu bapa yang prihatin untuk memahami tentang tahap perkembangan anak dan lebih peka mengenai apakah bentuk pendekatan yang boleh digunakan bagi merangsang minda dan fizikal si kecil agar membesar cergas dan cerdas. “ Jika ibu bapa peka dengan tahap perkembangan anak, mereka akan dapat kenal pasti dengan cepat apakah kelebihan atau kekurangan yang anak mereka miliki. Andai ada kekurangan, ibu bapa yang berilmu biasanya lebih positif dan pantas mengambil tindakan yang sewajarnya demi kebaikan anak,” ujarnya lagi.
 
Antara segmen menarik Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat  Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun ini.

TESTIMONI IBU BAPA

            Rosfakihah Hassan
“Kehadiran Pa&Ma Genius memang tepat pada masanya. Saya menjadikan majalah ini sebagai rujukan dalam mendidik anak-anak. Saya sangat suka ruangan masakan yang melibatkan si kecil. Selain daripada itu, saya juga sukakan tip yang memberi panduan berguna agar anak cepat membaca. Segmen Perkembangan juga membantu saya dalam usaha membolehkan saya memantau perkembangan anak sesuai mengikut usia mereka.” 




    Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohammad

“Setiap ibu bapa perlu tahu bahawa perkembangan otak kanak-kanak begitu pesat pada usia bawah tujuh tahun. Ketika ini, perkembangan otaknya lebih terarah dan sistematik. Oleh itu, setiap pembelajaran kepada anak haruslah dengan cara yang betul. Dengan adanya majalah Pa&Ma Genius, ia membantu ibu bapa mendapat arah yang betul dalam mendidik anak secara positif. Isi kandungan majalah ini berkaitan dengan perkembangan anak dapat menjadi kayu pengukur ibu bapa dalam mendidik anak-anak.”


   
       

Ayu Rafikah
Ibarat jurnal buat ibu bapa yang boleh dijadikan rujukan dalam memberi didikan  buat anak-anak di antara umur tiga hingga enam tahun. Pelbagai tip menarik dan artikel berinformasi dikongsi, Dengan ketebalan dan kualiti kertas yang berkualiti, ia boleh dijadikan koleksi. Pendek kata, Pa&Ma Genius padat dan bermanfaat. 







Untuk pembelian online, anda bakal mendapat lebih banyak diskaun! Layari http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881
REBUT PAKEJ MENARIK INI!

BELI GENIUS Pa&Ma PERCUMA 1 majalah Pa&Ma isu lepas dengan hanya RM10!
Terhad sepanjang bulan MAC sahaja.

Jom follow kami di:
Instagram : Majalahpama
Facebook : majalahpama

MAK DARA DAH DAPATKAN GENIUS PA&MA!! ANDA BILA LAGI??
JOM DAPATKAN SEKARANG!!!!!!



Friday, January 30, 2015

Jom Temui Frozen Dan Doraemon di Karnival Karangkraf 2015

Anda atau anak anak anda peminat kartun DORAEMON atau FROZEN???? Temui karakter pujaan anda di KARNIVAL KARANGKRAF 2015!!


Mak Dara membesar dengan kartun Doraemon ni.. Sehingga pernah semasa Mak Dara kecil terbayang dan mengimpikan untuk memiliki poket seperti Doraemon yang berupaya mengeluarkan segala jenis alat alat yang sungguh hebat hehe.. Jadi jangan lepaskan peluang untuk temui DORAEMON di Karnival Karangkraf pada 1hb Februari 2015 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam ye..

Jika zaman zaman kita dulu kartun Doraemon menjadi pojaan hatikuuuu.. Kini zaman anak anak kita pula tak lain tak bukan karektor kartun di carta pertama di hati mereka ialah FROZEN.. Rasanya bukan setakat anak anak aje yang minat dengan kartun Frozen tapi kompom ibu bapa juga dah mula menghafal lagu "Let it Go" kan.. Jadi kepada peminat FROZEN moh le sertai perhimpunan terbesar Kanak Kanak Frozen @ Karnival Karangkraf.

 Banyak aktiviti menarik ditawarkan antaranya  permainan games , lucky draw, Bergaya semanis Elsa dan Anna dan Pertandingan nyanyian "Let It Go". Para pengunjung juga berpeluang memenangi wang tunai untuk pakaian tercantik Elsa dan Anna.. Semua pertandingan terbuka kepada kanak kanak 4 tahun ke atas . Dan 300 goodies bag akan dierikan kepada 300 penyertaan pertama. Dan yang paling bestnya  masuk adalah percuma..

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama sama Doraemon dan Frozen di Karnival Karangkraf pada 1hb Februari 2015 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam. Jumpa anda di sana di sana di sanaaaaaaaaaaaa!!!

Mak aiiiii banyak betul la aktiviti aktiviti yang bakal berlangsung di  Karnival Karangkraf 2015 ! Rugiiiii kalau kita tak pergi dan menghavockan dan memeroyankan karnival sehebat ini !! Mak Dara pun akan ke sana.. Kita jumpa di sana di sana di sanaaaaa ya...

Save The Date ....
Rugi kalau tak datang !!!




Tuesday, January 27, 2015

Jom Havockan Karnival Karangkraf 2015 !

Mak Jah.. Kak Tipah.. Mek Ani.. Pak Haji Shuib.. Abang Dolah.. Dik Kiah.. semua orang orang kampung sekelian.. Ni Mak Dara nak habaq mai kat hangpa semua yang KARNIVAL KARANGKRAF 2015 kembali lagi!!!


Event : Karnival Karangkraf 2015
Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)
9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15


Apa yang ada di Karnival Karangkraf 2015? Ishhh macam macam ada dik oi!! Diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80%. Memang amat amat bersesuaianlah dengan Tagline mereka “kami ada semuanya” . Bukan itu saja jom tengok apa lagi aktiviti hebat yang mereka tawarkan kepada semua pengunjung Karnival Karangkraf 2015. Aktiviti aktiviti adalah seperti berikut...

Antara aktiviti (general);
·    Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.)Bengkel Penulisan Thriller,  Demo Tudung, Sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab & ramai lagi.




   Bukan tu saja... Maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad cosplay anime untuk menghiburkan para pengunjung. Ni pada ibubapa yang ada anak tu jangan lepaskan peluang ni.. Kompom anak anak anda suka jumpa maskot pujaan hati diorang ni.




Aktiviti menarik pada Sabtu 31/1/2015
·      
   Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias, Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.


Aktiviti menarik pada Ahad 1/2/2015
·       
    Temui 20 Finalis Dewi Remaja
·   The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan AnnaMini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi. Dan dengar khabar Mojo juga akan berada di sana.. Perghhh kalaulah ada CALIPH BUSKERS bersama MOJO kompom lagi havocccc!!! 



Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese.Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang kita bawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat. Haaa ni kepada food lover macam mak dara moh le melakukan sesi penambahan lemak.. Makan kaw kaw dulu lepas tu kita semua eksesais ye hehe...



Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung:
·        
     2000 parkir percuma.
·        Gerai jualan makanan dan minuman
·        Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
·        Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma.
(Laluan Bas : Masjid Negeri Shah Alam--- Petronas Dataran Automobil Seksyen 15---Karangkraf  ---SACC.

Mak aiiiii banyak betul la aktiviti aktiviti yang bakal berlangsung di  Karnival Karangkraf 2015 ! Rugiiiii kalau kita tak pergi dan menghavockan dan memeroyankan karnival sehebat ini !! Mak Dara pun akan ke sana.. Kita jumpa di sana di sana di sanaaaaa ya...

SaveTheDate ....
Rugi kalau tak datang !!!




Monday, January 5, 2015

Anak Buahku Sayang

Semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa anak saudara Mak Dara iaitu Adza Aniq tiba tiba sahaja diserang sawan.. Demam tidak apa pun tidak boleh diserang sawan.. kata ibunya iaitu adik mak dara, Adza Tuty mulut anaknya sampai berbuih buih dan matanya putih naik keatas..

Astarfirullahalazim.. Kami terus bergegas membawa aniq ke klinik berhampiran. Di klinik doktor yg merawat aniq pun mcm doktor pelatih atau budak baru up nak jadi doktor. Dia seakan blur je dengan kes Aniq ni.. Dia sendiri hairan macam mana boleh diserang sawan tapi tidak berpunca dari demam. Aikk dia boleh main hairan hairan pulak.. ni yang buat mak pulak yang jadi hairan.. Doktor tu akhirnya berikan satu preskripsi ubat untuk kami beli di farmasi sebab katanya di klinik tu takde ubat tu..

Kami bergegas ke farmasi dan di sana ahli farmasi pula yang hairan kenapa doktor berikan preskripsi ubat dalam kawalan macam tu pada kanak kanak sedangkan ubat tu sesuai kepada pesakit sawan dewasa.. aik kami jadi bertambah hairan.. rasa macam nak minta ubat untuk hilangkan hairan je kekdahnya.. kami decide untuk kehospital sahaja pagi ini .. Di sana ada doktor yang lebih  pakar untuk merawat Aniq bukan doktor yang pakai hantam kromo saja macam semalam..

Tolong doakan agar anak buah mak dara segera sembuh ya.. amin..


Thursday, January 1, 2015

Perginya 2014 Dari Hidupku

2014...
Penuh ujian
Penuh duka
Penuh lara

2014
Dia pergi
Dia takkan kembali
Dia membawa cintaku bersama..

2014
Aku kehilangan
Aku pasrah
Aku redha

2015
Kau hadir
Suka atau duka menantiku
Hanya Tuhan yang tahu...




Wednesday, December 31, 2014

IDEAL Bersama Mak Dara

Haaa tengah buat apa tu cik kak encik abang sekalian.. jika ada masa terluang tu moh nonton rancangan IDEAL yang ditayangka di RTM1 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 pagi hingga 10:30pagi.. Rancangan ini adalah sebuah program kesihatan.. Mak Dara antara salah seorang peserta yang terlibat dalam rancangan ni untuk mengurangkan berat badan.. sebenarnya rancangan ini telah shooting pada bulan oktober tahun lepas dan pada masa itu berat Mak Dara hampir 85kg. Dan setelah mengikuti program ini Mak Dara telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8kg alhamdulilah dengan hanya melakukan senaman dan makanan seimbang..

Jadi sesapa yang nak nengok mak dara time bam bam dulu moh le menonton IDEAL setiap Isnin hingga Khamis jam 10 pagi ye..


Friday, December 19, 2014

Bawa Daku Pergi

Bawa daku pergi.. laju lebih laju kita lari dari realiti..

Mak Dara kini telah membawa diri ke Thailand.. yup I really need a vacation!!!! Perlu mencari kedamain hati jiwa dan raga.. perlu mencari kedamaian..

Dan semalam Mak telah tiba di Bangkok bersama sepupu Mak Dara Sarimah dan teman kami Che Ayu.. trip ni macam trip for ladies.. gugurl trip atau lebih tepat holiday para ibu ibu..
Kami hanya berada di sini selama sehari saja. Tak banyak aktiviti kami lakukan tapi ketenangan dapat di rasai.. menginap di Chillax Resort Bangkok memang memberikan rasa chill dan relax.. its what i really really need..

Dan pada ketika ini kami berada di airport Bangkok kembali.. destinasi seterusnya....

CHIANG MAI...


Thursday, November 20, 2014

JOM JOIN MAK DARA BERZUMBA DAN BOOTCAMP!

Assalamualaikum,

Hari ni Mak Dara ada satu invitation khas untuk semua pembaca blog Mak Dara.. Hari Ahad nanti di Dewan Serbaguna Ampang Jaya, akan diadakan satu event fitness besar-besaran di bawah D'Adza Fitness Team! Malahan event ini juga dah di 'endors' oleh YB Khairy Jamaludin - Menteri Belia & Sukan. Jadi untuk pembaca Blog Mak Dara, jikalau datang akan diberikan 10% diskaun untuk harga tiket! 10% DISKAUN KHAS UNTUK PEMBACA BICARA MAK DARA.



Get ready to move and shake those calories off! It’s sooo easy! All you have to do is follow the moves of the top Zumba® instructors in this 90-minute workout. You can even take a break if you need one! Recruits that have signed up, a BIG WELCOME to Fit Bootcamp.

we're bringing it back to basics: a leaner, fitter, more functional YOU!. 

FREE....!! 
Fitness , Nutrition Talk & Diet Cooking Demo ( worth more then rm180 ) for all participants and stand a chance to win lots of Gift and Lucky Draw..!!


LOCATION - DEWAN SERBAGUNA AMPANG JAYA 
DATE - 23RD NOV 2014

TICKETS
BOOTCAMP - RM35.00 (limit to 50 participants only )
EARLY BIRD - RM35.00
WALK IN - RM45.00

JOIN US HERE..!!
https://www.facebook.com/events/1541523419394686/?notif_t=plan_edited]

09.00AM - REGISTRATION
09.30AM - DIET COOKING DEMO
10.00AM - FIT BOOTCAMP
11.05AM - LUCKY DRAW
11.15AM - NUTRITION TALK
11.30AM - ZUMBA FITNESS
1.00PM - LUCKY DRAW

Payment -
D ADZA FITNESS
564810508107 ( MAYBANK)
Email- dadzafitness@yahoo.com

Order tickets -
0142335336 & 0104347810

Sunday, November 2, 2014

KEHILANGAN oleh Penulis Jemputan Mak Dara - Farhana Mohamad

Assalam duhai teman.. Ya sejak kebelakangan ni Mak Dara agak jarang jarang dan kadang kadang mengupdate entri di blog kecintaan Mak Dara ni kan.. Ya la sejak dah pegang dua tanggungjawab besar iaitu sebagai Ibu dan ayah kepada 4 orang cahayamata Mak sejak pemergian arwah suami mak membuatkan Mak Dara tidak punya kekangan masa yang secukupnya untuk mengarang.. Jadi beberapa hari yang lalu Mak Dara membuka peluang kepada teman teman facebook Mak Dara jika ada sesiapa yang sudi untuk menjadi PENULIS JEMPUTAN di blog picisan Mak Dara ini.. Ingatkan takde yang sudi namun alhamdullilah ada juga yang sudi.. Jadinya mari Mak Dara kenalkan dengan PENULIS JEMPUTAN pertama bagi Mak Dara iaitu blogger Farhana Mohamad iaitu pemilik blog http://farhana-mohamad.blogspot.com/
Farhana Mohamad

Mari kita baca nukilan Farhana yang berjudul KEHILANGAN....
-KEHILANGAN-
Mungkin ada yang pernah mengalami kehilangan orang yang kita sayang. mungkin ada yang belum pernah mengalaminya. untuk pulih kembali bukannya sesuatu yang mudah. untuk terus kembali ceria bukanlah semudah yang disangka. Kenangan ketika bersama memang sentiasa bermain di fikiran. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk terus pulih 100%. Ada sesetengah orang memakan masa bertahun untuk pulih.

jika kehilangan itu berlaku dalam proses yang perlahan, mungkin kita tidak terlalu terkejut. Orang yang kita sayang menderita sakit, dan peluang untuk sembuh seperti sediakala amat tipis. Dari mula dia sakit, kita mungkin dah boleh redha dan bersedia untuk kehilangan dia pada bila2 masa.

Berlainan pula jika kita kehilangan orang yang kita sayang secara mengejut. Kita langsung tidak bersedia untuk menerima berita kehilangan. Tiba-tiba sahaja mendapat berita yang sememangnya langsung tidak pernah terlintas yang beliau akan pergi dulu. Ibarat terkena petir! Bukan kita tak redha, cuma terkejut.

Dan orang sekeliling. Ada yang sentiasa memberikan kata semangat dan ada sesetengahnya pula langsung mematahkan semangat yang baru baik.
“ehh kau, orang tu dah takde, cari je la yang lain.”
“dia yang takde bukannya kau. Kenapa susah sangat kau nak lupakan.”

Amboii mulut. Cili nak?
Ingat senang nak lupakan?
Ingat nak cari pengganti tu ibarat seperti awak ke tesco dan pilih barang yang nak beli.

Jangan kau tanya bila orang tu nak kahwin lagi mahupun mencari pengganti, itu soalan yang sangat membunuh. itu antara dugaan yang perlu ditempuh bagi mereka yang kehilangan pasangan hidup. pakwe, tunang, ataupun suami.

kehilangan ibubapa, itu yang mungkin akan dilalui hampir kesemua kita. bagi kaum adam khususnya, belajarlah untuk mengimami solat jenazah ibu, ayah mahupun adik beradik kita sendiri. alangkah bahagianya rasa bila melihat seorang anak menjadi imam solat jenazah ibubapanya mahupun ahli keluarganya sendiri. jarang sekali dapat melihat seorang anak mengimamkan solat jenazah ibubapa sendiri. Dan pasti ibumu tersenyum bila melihat anak yang mengimamkan solat jenazahnya. Sungguh beruntung dirimu ibu. :)

Mereka sekeliling memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat dan mengurangkan kesedihan ahli keluarga. Teruskan bagi semangat pada mereka. Kadang mereka nampak kuat, tapi hakikatnya mereka belum kuat. Semangat mereka belum pulih sepenuhnya walaupun senyuman yang awak tengok dia ukirkan tu sangat lebar.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Seusai siapkan entry, mendapat perkhabaran bahawa sahabat blogger acik (akupenghibur) kehilangan ayahnya. Salam takziah buat acik sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-fatihah


 Perghhhh satu nukilan yang sangat bagus dik.. Dan entry ini amat dekat di hati Mak Dara kerana Mak Dara juga telah kehilangan cinta hati dan suami mak dara tak lama dulu.. Mak Dara juga ingin mengucapkan salam takziah buat Acik iaitu teman blogger yang sangat baik pada Mak Dara dan telah lama Mak kenal.. Semoga Acik tabah menghadapi kehilangan ini...

Terima kasih kepada Farhana kerana menjadi penulis jemputan yang julung julung kalinya buat blog Mak Dara ini ya.. Perghhh pecah rekod tau sebab Mak tak pernah lagi ada penulis jemputan.. Soo.. ada yang sudi nak menjadi penulis jemputan di blog Mak ni? Tapi takmolah pomot produk k.. promote blog boleh hehe.. Ok sehingga bersama penulis jemputan Mak Dara seterusnya.. jumpa lagi... Ok jom klik di SINI untuk ke blog Farhana Mohamad jom!!!




Saturday, October 25, 2014

Kisah Di Sebalik Lagu Maal Hijrah

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah. Bersempena dengan ketibaan tahun baru Hijrah Mak Dara ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin muslimat dan pembaca blog mak ini. 



Setiap kali tibanya Maal Hijrah pastinya lagu MAAL HIJRAH ini akan dinyanyikan dan berkumandang. Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah ni sebenarnya..  kalau anda nak tahu arwah somi Mak Dara, Martias Ali antara yang menyanyikan lagu ini bersama rakan rakan MUSIC SCHOOL UITM Shah Alam pada tahun 80an dahulu.. Merekalah yang original menyanyikan lagu ini dan dirakam di Studio Filem Negara dan mulalah lagu itu berkumandang di radio di seluruh Malaysia... 

Masa kecik kecik dulu Mak Dara selalulah menyanyikan lagu ini bila tibanya Maal Hijrah tanpa mengetahui bahawa Mak Dara bakal mengahwini salah seorang dari penyanyi yang menyanyikan lagi itu bila mak besar kelak hehehe.. What a small world kan ..

Kini lagu Mal Hijrah dah banyak versinya.. Dan banyak dinyanyikan semula dan salah satunya adalah dari kumpulan Al Ajiba di ataslah.. Mak cuba juga cari versi original yang dinyanyikan oleh somi Mak Dara tu tapi tak ada.. Syang betul kan.. Kalau tak boleh le anak anak mak dara dengar suara arwah papa mereka . 

Mak Dara ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dari Mak Dara dan keluarga.... Walaupun Maal Hijrah tahun ini arwah suami tidak berada di sisi.. Namun arwah tetap di hati.. Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya dan lebih bahagia dan moga hari-hari akan datang lebih baik dari hari sebelumnya Insyaallah dengan izin Allah swt.



Sunday, October 19, 2014

KAKI ZUMBA JOM SERTAI YB's FIT CHALLENGE

Assalam duhai teman.. Apa habaq semua? Rasanya dah lama Kak Adza tak hupdate blog kecintaan Kak Adza ni.. Almaklumlah bila dah memegang tanggungjawab sebagai Ibu dan ayah ni tanggungjawab makin berat dan semakin membuatkan Kak Adza tidak berkesempatan untuk blog Akak ni.. huhu jangan marah noo.. nanti kena juai hehe..

Ok Kak Adza ni nak khaborkan pada teman teman yang kaki Zumba sekalian.. Kak Adza nak habaq mai bahawa adik kak Adza iaitu Adza Tuty akan mengadakan sebuah aktiviti Zumba iaitu YB's FIT CHALLENGE . Kenapa nama acara zumba ni YB's Fit CHALLENGE? Ini disebabkan adik Kak Adza menyahut cabaran YB KJ untuk melakukan aktiviti sihat seperti yang FIT MALAYSIA lakukan..


Kepada peminat Zumba & kaki fitness !! Moh le join!!

YB's FIT CHALLENGE 



Tarikh: 25th OCTOBER 2014. 
Tempat : Dewan Cheras Baru



D ADZA FITNESS PROMO :
http://youtu.be/Lms9o6qFusQ

Join us here!!
https://www.facebook.com/events/1541523419394686/  

● Find ur fit buddy to join 1 hour of BUDDY UP CHALLENGE  and do 6 kinds of partner workout routines
● Let's do a 90 minutes nonstop Zumba Fitness with ZIN ADZA RINA & ZIN ASK MUDDY and stand a chance to win lots of gift and lucky draw..!!


TICKETS
BUDDY UP (each) - RM35.00
ZUMBA - RM35.00
WALK IN - RM45.00
GROUP (min 10 pax) - RM30.00


ATURCARA
9.00AM - REGISTRATION
9.30AM - DIET COOKING DEMO 
10.00AM -BUDDY UP CHALLENGE
11.05AM - NUTRITION TALK 
11.30AM - ZUMBA FITNESS
1.00PM - LUCKY DRAW




Untuk keterangan lanjut mengenai YB's FIT CHALLENGE
sila hubungi Adza Tuty di talian 0142335336
Jom Zumba!!!!




Monday, October 6, 2014

Hadiah Terindah Di Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua geman teman Kak Adza sekalian.. Semoga kalian bahagia dan berada di bawah lindinganNya selalu...

Di hari raya ini pasti yang ramai pulang ke kampung .. Bertemu sanak dan saudara... menjalin dan mempereratkan lagi silaturahim antara kalian.. Kak Adza tumpang gembira buat anda.

Tarikh 5hb Oktober pada tahun ini bukan saja bermakna jatuhnya tarikh Hari Raya Aidil Adha namun tarikh ini juga merupakan sama tarikh dengan harijadi arwah suami Kak Adza martias Ali
. sekiranya arwah masih ada genaplah umurnya 46 tahun..  dan hampir genap 4 bulan 7 hari arwah pergi meninggalkan Kak Adza dan anak anak..

Tiada suami atau ayah untuk Kak Adza dan anak anak untuk meraikan aidil adha.. tiada juga kek atau hadiah untuk kak Adza dan anak anak untuk meraikan harijadi.. suatu kebetulan yang amat meruntun jiwa namun alhamdullilah dapat ku hadapinya...

Itu semua ketentuanNya.. syukur Kak Adza dan anak anak dapat menetima suratan dan ketentuan Allah swt ini.. walaupun perit..

Sempena dengan hari lahirmu sayang.. tiada apa yang mampu ku berikan selain bacaan surah surah tetindah buatmu .. dan syukur alhamdullilah akhirnya siap juga batu nisan yabg telah ku tempah buatmu nyawaku Martias Mohd .. satu satunya batu nisan yang diperbuat dari kayu cengal di tanah perkuburan AU4 ini..

You always wanna be different than others.. and i fullfil this for you sayang.. hanya itu yg mampu kuberikan buatmu untuk harijadimu yang ke 46 tahun hari ini 5hb oktober.. selamat ulangtahun sayang... al fatihah


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK