Monday, February 13, 2017

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Di Kutuk Keras

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Di Kutuk

Hari ni kecohhhhh naw naw tentang sebuah buku yang  berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin. Sampai VIRAL dibuatnya.. Tapi yang kesiannya hampir 99% semua mengutuk dan mengecam buku itu..

Ok sebagai penulis yang telah bergelumang dalam bidang penulisan skrip lebaih 20 tahun. Mak pun mula mula pun punyai reaksi yang sama dengan para netizen yang lain. Terfikir di kepala.. "Aku yang teruk teruk tulis skrip 20 tahun pun susah nak terbit buku.. mamat ni yang tak banyak pengalaman menulis boleh terbit buku dan hanya memasukkan quotes dan gambar selfie yang di muat naik olehnya di laman social dan diadaptasi menjadi sebuah buku. Like seriously?? Dah tu harga buku yang dijual tu pun boleh kata agak lumayan iaitu RM 58 .. Perghhhhh...

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin

Tapi itu riaksi pertama Mak Dara laaaa... Tapi lepas mak dok baca semua artikel yang keluar mak ada second thought about the book and about Fattah Amin him self..

antara post mengenai Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin

Melihat pada penglibatan awal Fattah Amin ke bidang lakonan. Banyak yang mengecam bahawa lakonannya "kayu" . Rasanya bukan setakat :kayu" sahaja malah banyak lagi kata kata yang negatif dilemparkan pada beliau.. Tapi apa yang Fattah buat.. Dia relax dan maintain cool dan memperbaiki bakat lakonannya sehingga dia berjaya menjadi antara pelakon yang menjadi permintaan kebanyakkan producer dan pihak TV stesen..

Begitu juga rasanya dalam kes ni.. Memang bagi mak apa yang dimuatkan dalam buku 99 Kata Kata Fattah Amin memang seperti sebuah buku dari seorang penulis amature .. Namun mak rasa kalau diberikan lebih masa dan jika Fattah benar benar berminat dalam bidang menulis dia akan lebih mendalami ilmu penulisan dan mungkin akan mengeluarkan buku yang lebih matang dan lebih memberi manfaat pada semua pembaca..

Tapi bila kita lihat dari sudut pandangan perniagaan.. Hey.. orang tengah "hangat" apa sahaja yang dilakukan pasti akan mendapat sokongan dari para peminat. Kenapa nak lepaskan peluang begitu saja.. Selagi ada permintaan selagi tu terus mencari peluang untuk menambahkan pendapatan.. At least dia mencari rezeki yang halal bukannya mencuri atau merompak .. Lagi pun kalau Allah swt dah tetapkan salah satu dari rezekinya adalah dari terbitnya buku ni.. Siapalah kita untuk menidakkannya.. Betul tak? 

Alahhhh kak kiah, Kak Bedah , Bang Long , Bang Ngah kat luaq sana ponnn.. Tipuuuu laaa kalau korang boleh jadi femessss seperti Fattah Amin dan korang tak nak grab apa sahaja peluang yang datang depan mata korang kannnn??? Baik ngakuuu.. Entah entah korang pun akan keluaqkan macam macam produk dari frozen food sampaila ke kosmetik bagai dengan menggunakan nama korang yang tengah meletop tuuu. Dan besar kemungkinan korang pun akan terbitkan buku macam ni , malahan mak tak terkejut kalau korang terus adaptasi buku ni jadi drama kemudian menjadi filem kalau dah ada orang yang sudi terbitkan betul takkkk hehe

Namun apa apapun .. Semua mempunyai pendapat masing masing.. Bagi mak pulak.. Tidak la SUKA ataupun TAK SUKA dengan terbitnya buku ini. Takde memberi kesan atau impak dalam kehidupan seharian Mak pun.. Dan tujuan Mak menulis entry ni pun bukan sebab nak kutuk atau backup si Fattah ni.. Mak hanya nak luahkan pendapat mak dara semata mata.. Dah kalau rezeki dia kat situ biaqla diaaa. Buat apa nak melatah atau sakit hati dengan rezeki orang.. Lagipun lagi dok kena kutk rasanya lagi dok murah rezeki dan bertambah kebabom si Fattah ni.. Almaklumlah doa orang yang teraniaya tiada hijabnya.. Apa pun kiita doakan saja kejayaannya. 

Korang yang keyboard warior di luar sana tuuu.. Haaa Mak Dara ada idea hebat untuk korang!!!! Apa kata korang compile kan semua quote quote korang terhadap semua artis atau individu yang korang tak suka atau nyampah dan cuba terbitkan sebuah buku.. Haaa mana tau buku quote ngutuk korang tu akan lebih hebat dari buku si Fattah ni.. Ada beran.. Hahahaha.. Adoiiiiii mak melawak jer.. Tolong jangan kecam Mak ok..

OK Mak pun tengah nak compile kan quotes Mak Dara di instagram.. Harap harap dapat dibukukan jugak nanti.. Jemput singgah ke IG mak ye hahahahahaha.. Adehhhhh



Sunday, February 12, 2017

Tarikh Harijadi Kekasih VS Ibubapa

Tarikh Harijadi Kekasih VS Ibubapa

Tarikh Harijadi kekasih? Hahhh kacang semua celah gigi saja. Jangan kata tarikh harijadi, tarikh pertama kali jumpa , tarikh pertama kali tengok wayang sama sama , tarikh minum kopi kat setarbak , tarikh pertama kali ucap I LOVE YOU , tarikh declare official jadi boyfriend girlfriend KOMPOMMMM semua hangpa hafal habih kan.. Ni mak dara nak habaq.. Baguihhhh .. Memang terbaekkkk laaa hangpa semua ingat semua tarikh tarikh penting si Dia tu.. Kalau tak ingat mampoih menjawab la hangpa dengan si dia tiga hari tiga malam.. Kang ada pulak yang mintak break kannnn... Tapi dalam dok ingat dan dok sambut annyversary semua tarikh tarikh penting bersama si dia tu hangpa ingat tak tarikh harijadi mak pak hangpa???? Haaaa mesti ada yang berenti sat dari baca entry mak ni sambil mata dok lippok lippok pikiaq nak cari surat beranak nak tengok tarikh hari lahir mak pak hampa kannnnnn...



Tarikh hari jadi Mak pak.. Yaaa mak pak yang menyebabkan anda lahir dan dan hidup di dunia ni.. Ingat ka???? Kalau ada yang ingat alhamdullilah!!! Kalau yang tak ingat.. mai mak nak beletiaq sattttt kat hangpa!  

Sedihhhh tauuu kalau anak anak dok kalut ingat tarikh dengan kekasih depa saja.. Tarikh penting mak pak boleh dok buat lupa.. Haaa la ni mungkin tak terasa laaa sebab tak dak anak lagi.. Tunggu bila dah beranak pinak nanti dan bila anak anak buat lagu tu kat kita.. Fuhhhh mesti sayu rasa hati.. Mau nak lari masuk gua macam cerita batu belah batu bertangkup tu kekdahnya..

Hargai kekasih tu tak salah.. Tapi rasanya lebih afdal la kalau kita menghargai ibu bapa kita melebihi yang lain.. Tanpa ibubapa siapalah kita.. betoi dak.. Pahalaaa woiii menggembirakan hati ibu bapa .

Jangan sampai mak pak hangpa ungkit tarikh tarikh penting depa dengan hanpa macam .. tarikh hangpa dok sakat tendang menendang dalam perut mak hangpa tu.. tarikh sakit 38 jam saat nak melahirkan hangpa.. ingat tarikh kena bayaq bil hospital , bil klinik , tarikh beli susu beli pampers , tarikh beli baju sekolah , tarikh bayaq yuran tusyen, tarikh bagi hangpa masuk universiti , tarikh hantaq hangpa sambung belajaq luaq negara.. dan macam macam jenih tarikh yg lain lagi.. Haaa jenuh wei kalau depa nak ungkit tarikh istimewa depa dengan hangpa.. Jadi at least ingatlah tarikh birthday mak pak kita lepas ni naaaaaa...

Adoiii tiba tiba teruih dahaga nak makan ABC siap ada eskrem kat ataih dia tu.. Dahaga rasa bila dok pot pet pot pet kat hangpa haha.. Ok mak pekena abc dulu.. Haa jangan dok sengih lagi cepat plan nak sambut bday mak pak tu lekaihhhh sebelum mak piattt telinga tuuuuu..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK