Saturday, March 4, 2017

Adik Beradik BLOGGER

Adoiiiii adik beradik Mak Dara ni kan memang jelesss naw naw dengan Mak.. Tak leh nengok Mak Dara glemer skit (glamour ke hahahaha) sebagai blogger diorang pon nak jugak.. Jadi terpaksalah hakak membuka blog blog baru untuk mereka.. 

Blog pertama yang Mak Dara create tadi adalah untuk adik Mak Adza Tuty. Blognya bertajuk D ADZA FITNESS  yang lebih menjurus kearah senaman dan kesihatan


Adza Tuty merupakan seorang ELIT INSTRUCTOR untuk senaman PILOXING .. Haaa selalu korang dengar tentang senaman ZUMBA sajakan.. Senaman PILOXING ni baruu juga masuk ke Malaysia.. Ia adalah sebuah senaman gabungan senaman PILATES dan BOXING.. Haaa pada yang berminat untuk join kelas kelas yang diadakan oleh adik mak si Adza Tuty ni bolehlah ke blog beliau @ http://adzatutyfitness.blogspot.my/ dan di sana ada jadual untuk semua kelas kelas piloxingnya.

Mak Dara juga berbangga dengan pencapaian adik Mak dara ni kerana telah kerap kali dijemput untuk menunjukkan senaman PILOXINGnya di beberapa rancangan TV dan yang paling kerap di rancangan MALAYSIA HARI INI MHI di siaran TV3. Dan dia juga pernah berPILOXING bersama KJ uolss.. The tall , Dark and Hensome menteri sorang tuu.. adoii jelesss mak tauuu hehe

Adza Tuty @ MHI

Ok habislah kisah pasal Adza Tuty dan Blognya. Kita ke seorang lagi adik Mak Dara yang baru nak berjinak jinak dengan dunia blog iaitu si Adza Rina . Dan blognya yang bertajuk FREAK2CHOC . Jangan ditanyalah kenapa pelik benor nama blognya.. Al kisahnya si adik mak dara ni memang kakiiiiii dan gilaaa makan cokelat.. jadi freak2choc tu ala ala menggambarkan bertapa dia obses dengan cokelat.. 


Ok Adza Rina ni pun seorang pengamal ilmu hitam.. Ehhhh idok le lawak jer.. hahaha.. Ok adik mak sorang ni pun kaki senaman juga dan dia adalah seorang instruktor untuk senaman ZUMBA.. Dia telah mengajar ZUMBA lebih dari empat tahun lamanya.. Maka dalam blognya nanti akan dimasukkan segalla kisah dan pengalamannya mengendalikan kelas ZUMBA. Dan dia juga akan kongsikan jadual kelas kelasnya . Berlainan dengan Adza Tuty yang sering keluar untuk rancangan untuk siaran TV3. Adza Rina ni pula ada mengajar untuk kakitangan RTM pada setiap minggu. Haa berlawan la adik beradik seorang RTM sorang TV3 hahaha.. ok kalau anda antara anda memang suka berzumba maka bolehlah ke blog beliau @ FREAK2CHOC ye.. Dan bukan saja dia seorang instruktor zumba adik mak ni juga pandai meniaga.. Dan dia meniaga LIPBALM KOLOGEN.. Dan nama produk lipbalmnya ialah D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR


Tapi tadi Mak hanya sempat tolong dia buat satu entry je dan entry tersebut tentang lipbalm yang dijualnya.. Terdapat banyak punca punca yang boleh menyebabkan warna bibir anda nampak kusam, kurang menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR, masalah bibir pasti tidak berlaku lagi.

KEBAIKAN D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR

1. Apabila digunakan ia akan menjadi penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
2. Boleh menjadi pelembab dan melembapkan bibir yang kering dan merekah.
3. Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
4. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Jom dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR
Whatsapp : 01111384641
Ehhhhh sempat lagiiiii Mak tolong pomot produk adik mak kan.. Alaaa kasi cannn laaa.. Kalau bukan kakak yang tolong siapa lagi kannnn..

Jadi kalau ada antara korang yang dah letih melayan meroyan Mak Dara bolehlah ke blog adik adik mak ADZA TUTY @ blog D ADZA FITNESS  dan ADZ RINA @ blog FREAK2CHOC ya.. Tapiiii kalau boleh tu diharapkan takde la yang letih layan meroyan makkkkkk.. sedihhh tauuu nanti mak bertambah meroyan siapa yang susah??? Mak je laaa kannn hahaha..

Ok harap harap penyakit ni tak menular ke adik beradik yang lain.. jenuh jugak kalau kenaa bukak blog untuk 6 adik beradik.. mau biol dibuatnya nengok semua coding coding semua haha.. Ok lah take care uols.. mak lovessss you so muchh.. sambil lambai lambai ala ala miss world hahaha


Wednesday, March 1, 2017

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Terkejut tatkala mendapat mesej di whatsapp group sebentar saja tadi dengan berita pulangnya ke rahmatullah sebutir bintang seni negara iaitu Tan Sri Jin Shamsudin. 


Difahamkan bahawa allahyarham telah meninggal dunia di sebuah klinik yang terletak di Taman Melawati. Dan dari sumber Berita harian kematian allahyarham adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat tercekik apabila sedang makan dan minum petang dirumahnya..

Pada mulanya Mak Dara macam tak percaya mendapat berita ini tapi bila baca kenyataan media oleh persatuan seniman dan juga artikel di BH maka benarlah berita itu.. 


Subhanallah kita baru sahaja kehilangan allahyarhamah Erin Malik semalam dan hari ini kita kehilangan sebutir lagi bintang iaitu Tan Sri Jins Shamsudin. 

Mak masih teringat lagi suatu ketika dahulu apabila arwah suami Mak Dara pernah melawat Tan Sri dan sempat menemubualnya . Kata kata nasihat Tan Sri kepada para pelakon pada masa kini amat amat dalam maknanya.. 


Salam takziah Mak Dara ucapkan pada keluarga Tan Sri. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan dicucuri rahmat aamin. 

AL FATIHAH


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK