Tuesday, January 9, 2018

Al Fatihah Buat Arwah Adikku Adza Suzyriani

Dari semalam hingga kini.. Berkali kali Mak Dara cuba untuk menulis entry ini namun berkali kali juga ia terhenti henti... Terlalu berat untuk disampaikan terlalu sebak untuk mak luahkannya... Sebenarnya.... hari ni 9hb Januari 2018 merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah adik Mak Dara iaitu Allahyarhamah Adza Suziriani Adenan.. 

dari atas kiri- Adza Irdawati(mak dara), Adza Nasyaemie, 
Allahyarhamah Adza Suziriani (berbaju Belang)
Adza Adzriyati dan Adza Edie Izwan
hadapan - Adza Rinawati dan Adza Tutyrianti

Sekiranya arwah masih hidup umurnya genaplah 40 tahun hari ini.. Mungkin sekiranya dia masih hidup dia mungkin telah bekerja.. berumahtangga atau mungkin juga telah mempunyai anak anak......

Adik Mak Dara ni sebenarnya dilahirkan normal tapi satu insiden masa umurnya 4 tahun bila meja dapur patah dan air panas yang ada atas tu jatuh dan terkena pada arwah yang ada di dapur saat tu . Air panas tu terkena ke seluruh peha kirinya dan hampir semua kulit kulit luruh ke lantai. Tak dapat mak kenangkan kembali jeritan kesakitan yang ditanggung arwah pada saat itu.

Arwah terus dibawa ke hospital. Beberapa siri pembedahan harus dilakukan untuk menyelamatkan kakinya itu. Tapi di satu sesi pembedahan dimana doktor membuat pembedahan menanam kulit peha kanan ke peha kiri tiba tiba arwah terjaga.. sebab kelalaian doktor tak berikan ubat bius yang secukupnya.. Arwah menjerit sampai ke luar bilik pembedahan then doktor panik dan berikan dia suntikan ubat bius tapi amat berlebihan sampai otak arwah kembang. Selepas dari operation itu otak arwah develop slowwwwly walaupun masa tu umur dia 4 tahun tapi pemikirannya seperti bayi.. Ramai orang kampung dan jiran jiran kata arwah terencat akal sedih kami sekeluarga dibuatnya.. Kami dah buat macam macam untuk saman hospital dan doktor tu . Doktotr itu merupakan doktor dari India dan tidak lama selepas itu dia terus pulang ke India. Pada zaman tu amat sukar untuk memanggil kembali doktor itu untuk pulang ke Malaysia . Peguam kata susah untuk teruskan kes jika nak teruskan juga kena gunakan banyak wang sebab dah membabitkan negara lain.. Kami yang tak berapa tahu akan hal undang undang pun terkejut dengan kata kata lawyer tu.. tahun 1970an time tu pun family memang hidup susah maka proses tu terbiar begitu saja.. Kami bukanlah hadapkan wang cuma kami mahu nasib arwah terbela dan kami mahu pihak hospital bertanggung jawab akan kelalaian pekerja mereka dan kami mengharapkan semoga mereka memberi rawatan yang sepatutnya kepada arwah namun semuanya hampa... Arwah menderita sejak dari itu.. Dia tidak seperti dahulu.. walaupun pada usianya telah meningkat ke 14, 15.. 16 tahun namun dia masih seperti bayi.. Memang tak tertanggung penderitaannya itu...

Pelbagai cara telah kami lakukan untuk perubatan arwah namun....arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang 10hb April 1994 pada umurnya 16 tahun kerana demam panas... Arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan melayu Guar Lobak Lunas Kedah...Walaupun arwah telah meninggalkan kami 20 tahun yang lalu namun tidak sekali kali setiap ahli keluarga pernah dan akan melupakannya..

Adza Suzyriani 9hb Jan 1977 - 10hb April 1994

Gee reallyyyyyyy miss your voice.. your laugh.. your everything.. miss to be around you.. missssssss everything about you... But I know.. Tuhan lebih sayangkan Gee.. Semoga aman disisiNya...

Jariku tak dapat terus menari bagi menulis mengenaimu
Mataku cuba untuk menahan takungan airnya tatkala menatap gambarmu
Otakku tidak dapat terhenti dari mengingati kenangan bersamamu
Hatiku tidak dapat menahan perasaan rinduku padamu
sebak hatiku terkenangkanmu

Tiada lagi derita buatmu
Tiada lagi kesakitan buatmu
Tenang lah kau di sana
Amanlah kau di sisiNya
Ketahuilah bahawa kami terlalu cintakanmu
namun tuhan lebih sayangkanmu
Alfatihah buatmu 


wahai adikku.....

Monday, January 8, 2018

Selamat Hari Jadi Blogger Che Mat Gebu

ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu....
ALLAH selamatkan Ismet Ulam Raja 
CHE MAT GEBU...
ALLAH selamatkan kamu...

(gambar hak milik CHE MAT GEBU)

Entry ni khas ditujukan kepada Encik Adnan Ibrahim atau nama bloggernya CHE MAT GEBU yang ke ehem ehem tahun. Che Mat menyambut harijadinya pada 8hb Januari  iaitu hari ini... Encik Adnan Ibrahim adalah pemilik blog MELETOPS  Dapur Tanpa Sempadan . Kompommm semua orang tahu kannnn hehe



Sepanjang beberapa tahun Mak Dara berblogging Mak Dara banyak dibantu oleh Che Mat dan blognya.. Hampir setiap hari sumber trafik yang datang dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN banyakkkkk nawwww . Jutaan terima kasih dan SELAMAT HARI JADI kepada En Adnan Ibrahim aka CHE MAT GEBU. Ucapan Mak Dara kepada Che Mat...

Di hari kelahiranmu
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Fuhh lepas tulis entry ni terus rasa lapor.. Apa lagi moh terjah dan try resepi terbaru dari Che Mat di blognya @ http://www.tiffinbiru.com.. Jommmmmm!!! psttt pstttt... Errr Che Mat saya bawak tupperware dan mangkuk tingkat ni.. Boleh tapau sikit tak makanan dalam blog Che Mat tu hehehe.....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK