Wednesday, January 10, 2018

Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang

Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang

Tibanya waktu tengah hari kalau tekak tu tekak melayu kompommmm akan cari nasi .. Betul tak? Jarang la kalau tengah hari pegi cari chicken chop , spaghetti, meat ball bagai kan.. Tapi kalau hari hari makan nasi dengan kari, sambal tumis dan lauk pauk yang biasa tekak pun tahu bosan juga. Haaaa apa kata jom cuba NASI DALAI . 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Mak Dara bersama CEO dan pemilik Restoran Sajian d-Hidang

APA ITU NASI DALAI?
Yesss itu juga bermain difikiran Mak Dara tatkala mendengar tentang menu yang unik yang terdapat di Restoran Sajian d-Hidang di seksyen 11 Shah Alam tu.. Ok rupanya NASI DALAI singkatan nama dari "Nasi Masak Lemak Daging Salai. Bila dah dipendekkan jadi lah NASI DALAI. Seringkas ayatnya namun sarat dengan keenakkan!!! Kalau tidak takkan sampai VIRAL kisah tentang NASI DALAI ni.. 

Image may contain: food and text

Hanya dengan RM9.90, anda akan dihidangkan dengan.. 
Nasi Putih Panas 
Masak Lemak Daging Salai Panas
Kerabu Sayur
Ikan Masin Berlada 
dan PERCUMA 1x Gelas Air Teh 'O' Ais 

Perghhh complete nasi lauk dan air . Hebat takkkk.. Hebat takk..?? 
MANA NAK DAPAT NASI LENGKAP DENGAN HARGA MACAM NI? Betul tak?

Kalau Mak Dara nak ceritakan tentang NASI DALAI dan keenakkannya memang tiga hari tiga malam takkan habis.. Mau juling biji mata korang nak membaca. Haaa meh mak dara mudahkan anda. Jom nengok video rancangan BICARA MAK DARA episod pertama yang review tentang Nasi Dalai Menu Unik Di Sajian d-Hidang ini. Jom layanzzz...


Haaa amacam ada gaya macam hos tak? Hahaha.. Mulai hari ni Mak Dara akan banyakkan video supaya korang senang.. Klik dan nengok je apa yang mak nak review. Haaaa mudakan CEOnya.. Memang nampak karisma dan bertapa dedikasinya dia terhadap perniagaannya itu. Mak Dara memang tabik pada anak anak muda seperti beliau. Video dan semua info dah mak kongsikan dalam video di atas. Meh mak nak kongsikan sedikit gambor yang sempat Mak snap di sana..
Image may contain: car
Image may contain: sky and outdoor
Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: food
Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: food
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Image may contain: 3 people, people smiling
Terima kasih Halim Nazeri kerana sudi memperkenalkan dan menjemput Mak Dara untuk mencuba Nasi Dalai di Restoran Sajian d-Hidang ni..Eh belum habis lagi.. Sikittt lagi mak khaborkan pada korang.. 

'MAKAN FREE DGN KAD SAJIAN'


Restoran Sajian d-Hidang telah lama beroperasi di Seksyen 11, Shah Alam, dan mereka mempunyai ribuan pelanggan setia . Dengar khabarnya mereka menerima pelanggan yang sama hampir setiap hari, itu bermakna pelanggan mereka amat berpuas hati dan selesa dengan servis serta keadaan sekeliling restoran Sajian d-Hidang ini. Jadi sebagai tanda PENGHARGAAN kpd semua pelanggan setia , maka mereka perkenalkan KAD KESETIAAN SAJIAN.

.
"Apa kelebihan KAD SAJIAN ini?"
.
KAD SAJIAN diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada semua pelanggan setia Restoran Sajian d-Hidang. Dimana kad ini memberi para pelanggan peluang untuk menikmati MAKANAN PERCUMA pada setiap minggu serta memberi peluang kepada yang mempunyai kad ini untuk menyertai CABUTAN BERTUAH yang bakal mereka umumkan pada masa akan datang! Fuhh mana ada restoran lain yang menawarkan makan secara PERCUMA 'MAKAN FREE DGN KAD SAJIAN'
.
Setelah beberapa tahun Restoran Sajian d-Hidang beroperasi di Seksyen 11, Shah Alam, pelbagai lapisan dan jenis pelanggan kami harungi & lalui. Samada memori pahit mahupun manis kami tetap tersenyum memberi yang terbaik kepada semua pelanggan tanpa berbelah bagi.
.
Sering juga yang datang menjadi pelanggan kami adalah orang yang sama pada hari-hari bekerja.dari tahun pertama, kedua dan seterusnya, tetap menjadi pelanggan setia kami. Alhamdulillah bagi kami apabila mendapat pelanggan yang sama walaupun setiap hari, itu bermakna mereka berpuas hati dan selesa dengan servis serta keadaan sekeliling restoran kami
.
Jadi sebagai tanda PENGHARGAAN kpd semua pelanggan setia kami, maka kami perkenalkan buat kali pertama, KAD KESETIAAN SAJIAN.
.
"Apa kelebihan KAD SAJIAN nie?"
.
Okay, KAD SAJIAN diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada semua pelanggan setia Restoran Sajian d-Hidang. Dimana kad ini memberi anda peluang untuk menikmati MAKANAN PERCUMA pada setiap minggu serta memberi peluang kepada yang mempunyai kad ini untuk menyertai CABUTAN BERTUAH yang bakal kita umumkan pada masa akan datang! setiap miggu???? Takdekannnn!! Hanya di Sajian d-Hidang hokayyy...


Restoran Sajian D’Hidang
No. 10, Pusat Dagangan UMNO Bahagian Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam,
Selangor.
No Telefon : 03 – 5511 4015
Whatsapp : 018- 2534 773
Nasi dalai apa ? dah mak terangkan , Review siap dengan video , gambor pun dah belanja, detail harga dah khabo , no telefon link whatsapp alamat.. semua dah mak berikan..Jadi apa lagi?? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba NASI DALAI ini.. Selamat menjamu seleraaaaa..



Tuesday, January 9, 2018

Al Fatihah Buat Arwah Adikku Adza Suzyriani

Dari semalam hingga kini.. Berkali kali Mak Dara cuba untuk menulis entry ini namun berkali kali juga ia terhenti henti... Terlalu berat untuk disampaikan terlalu sebak untuk mak luahkannya... Sebenarnya.... hari ni 9hb Januari 2018 merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah adik Mak Dara iaitu Allahyarhamah Adza Suziriani Adenan.. 

dari atas kiri- Adza Irdawati(mak dara), Adza Nasyaemie, 
Allahyarhamah Adza Suziriani (berbaju Belang)
Adza Adzriyati dan Adza Edie Izwan
hadapan - Adza Rinawati dan Adza Tutyrianti

Sekiranya arwah masih hidup umurnya genaplah 40 tahun hari ini.. Mungkin sekiranya dia masih hidup dia mungkin telah bekerja.. berumahtangga atau mungkin juga telah mempunyai anak anak......

Adik Mak Dara ni sebenarnya dilahirkan normal tapi satu insiden masa umurnya 4 tahun bila meja dapur patah dan air panas yang ada atas tu jatuh dan terkena pada arwah yang ada di dapur saat tu . Air panas tu terkena ke seluruh peha kirinya dan hampir semua kulit kulit luruh ke lantai. Tak dapat mak kenangkan kembali jeritan kesakitan yang ditanggung arwah pada saat itu.

Arwah terus dibawa ke hospital. Beberapa siri pembedahan harus dilakukan untuk menyelamatkan kakinya itu. Tapi di satu sesi pembedahan dimana doktor membuat pembedahan menanam kulit peha kanan ke peha kiri tiba tiba arwah terjaga.. sebab kelalaian doktor tak berikan ubat bius yang secukupnya.. Arwah menjerit sampai ke luar bilik pembedahan then doktor panik dan berikan dia suntikan ubat bius tapi amat berlebihan sampai otak arwah kembang. Selepas dari operation itu otak arwah develop slowwwwly walaupun masa tu umur dia 4 tahun tapi pemikirannya seperti bayi.. Ramai orang kampung dan jiran jiran kata arwah terencat akal sedih kami sekeluarga dibuatnya.. Kami dah buat macam macam untuk saman hospital dan doktor tu . Doktotr itu merupakan doktor dari India dan tidak lama selepas itu dia terus pulang ke India. Pada zaman tu amat sukar untuk memanggil kembali doktor itu untuk pulang ke Malaysia . Peguam kata susah untuk teruskan kes jika nak teruskan juga kena gunakan banyak wang sebab dah membabitkan negara lain.. Kami yang tak berapa tahu akan hal undang undang pun terkejut dengan kata kata lawyer tu.. tahun 1970an time tu pun family memang hidup susah maka proses tu terbiar begitu saja.. Kami bukanlah hadapkan wang cuma kami mahu nasib arwah terbela dan kami mahu pihak hospital bertanggung jawab akan kelalaian pekerja mereka dan kami mengharapkan semoga mereka memberi rawatan yang sepatutnya kepada arwah namun semuanya hampa... Arwah menderita sejak dari itu.. Dia tidak seperti dahulu.. walaupun pada usianya telah meningkat ke 14, 15.. 16 tahun namun dia masih seperti bayi.. Memang tak tertanggung penderitaannya itu...

Pelbagai cara telah kami lakukan untuk perubatan arwah namun....arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang 10hb April 1994 pada umurnya 16 tahun kerana demam panas... Arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan melayu Guar Lobak Lunas Kedah...Walaupun arwah telah meninggalkan kami 20 tahun yang lalu namun tidak sekali kali setiap ahli keluarga pernah dan akan melupakannya..

Adza Suzyriani 9hb Jan 1977 - 10hb April 1994

Gee reallyyyyyyy miss your voice.. your laugh.. your everything.. miss to be around you.. missssssss everything about you... But I know.. Tuhan lebih sayangkan Gee.. Semoga aman disisiNya...

Jariku tak dapat terus menari bagi menulis mengenaimu
Mataku cuba untuk menahan takungan airnya tatkala menatap gambarmu
Otakku tidak dapat terhenti dari mengingati kenangan bersamamu
Hatiku tidak dapat menahan perasaan rinduku padamu
sebak hatiku terkenangkanmu

Tiada lagi derita buatmu
Tiada lagi kesakitan buatmu
Tenang lah kau di sana
Amanlah kau di sisiNya
Ketahuilah bahawa kami terlalu cintakanmu
namun tuhan lebih sayangkanmu
Alfatihah buatmu 


wahai adikku.....

Monday, January 8, 2018

Selamat Hari Jadi Blogger Che Mat Gebu

ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu....
ALLAH selamatkan Ismet Ulam Raja 
CHE MAT GEBU...
ALLAH selamatkan kamu...

(gambar hak milik CHE MAT GEBU)

Entry ni khas ditujukan kepada Encik Adnan Ibrahim atau nama bloggernya CHE MAT GEBU yang ke ehem ehem tahun. Che Mat menyambut harijadinya pada 8hb Januari  iaitu hari ini... Encik Adnan Ibrahim adalah pemilik blog MELETOPS  Dapur Tanpa Sempadan . Kompommm semua orang tahu kannnn hehe



Sepanjang beberapa tahun Mak Dara berblogging Mak Dara banyak dibantu oleh Che Mat dan blognya.. Hampir setiap hari sumber trafik yang datang dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN banyakkkkk nawwww . Jutaan terima kasih dan SELAMAT HARI JADI kepada En Adnan Ibrahim aka CHE MAT GEBU. Ucapan Mak Dara kepada Che Mat...

Di hari kelahiranmu
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Fuhh lepas tulis entry ni terus rasa lapor.. Apa lagi moh terjah dan try resepi terbaru dari Che Mat di blognya @ http://www.tiffinbiru.com.. Jommmmmm!!! psttt pstttt... Errr Che Mat saya bawak tupperware dan mangkuk tingkat ni.. Boleh tapau sikit tak makanan dalam blog Che Mat tu hehehe.....


Saturday, January 6, 2018

42 BLOGGER PILIHAN JANUARI

Assalam duhai teman. Blogger ada bermacam macam .. Ada bloggger otai , ada blogger baru , ada blogger pemalu , ada blogger terlalu baik hati , ada blogger outspoken , ada blogger "kerek" dan ada juga blogger yang sporting. 


Selama bertahun tahun Mak Dara memasuki dunia BLOGGER ni dah bermacam macam jenis Blogger dah Mak Dara jumpa dan boleh dikatakan semuanya yang memang AWESOME. Belum lagilah berjumpa dengan blogger yang kerek Al hamdulillah. Tapi hari ni Mak Dara nak kongsikan dengan anda 42 orang BLOGGER yang sangat sangat SPORTING pada Mak Dara. Dan 42 blogger ini adalah BLOGGER PILIHAN JANUARI bagi Mak Dara. Nak tahu siapakah yang terpilih itu.. Jom lihat senarai di bawah..
  1. Precious Cla walkstatic.blogspot.com
  2. Siti Rokiah Mohamed sweetkurma.com
  3. Mia Namia www.namiacinta.com
  4. Farhana Mohamad http://farhana-mohamad.blogspot.com
  5. Sally Samsaiman www.sallysamsaiman.com
  6. Maszull Mohd Noah http://maszull.blogspot.my
  7. Siti Rohaida Yusof www.kisahsidairy.com
  8. Helmi Julia · www.kasihjuju.com
  9. Mia Kassim www.miakassim.com
  10. Sue Izza Www.sueizza.com
  11. Sherry Go namesherry.com
  12. Dya Bunga http://yayabunga.blogspot.my
  13. Ad Riene www.thegossipgirlie.tumblr.com
  14. Lisa Nurulain www.ciksepet.com
  15. Eraz Fadli www.erazfadli.com
  16. Kpah K-poh SharifahNor www.kpkakaktua.blogspot.com
  17. Kpah K-poh SharifahNor www.effa-k-poh.blogspot.com
  18. Cik Lily Putih www.ciklilyputih.com
  19. Nor Nadiah Miss-nadya.blogspot.com
  20. Ellie Toh http://cleffairy.com
  21. Nasya Naim nasyrahnaim.blogspot.com
  22. Aiin Baharom www.mamadarwiish.com
  23. Mohd Azrin Roselan  azrinros.com
  24. Mohd Azrin Roselan akubiomed.com
  25. Aizamia Mmi http://aizamia3.blogspot.com
  26. Cik Amal www.cikamal.com
  27. Farah Waheda Wahid www.bubblynotes.com
  28. Syahirah Sabri www.ieyra.com
  29. Dayang Deno Www.dayangdeno.com
  30. Mohamad Feroz Othman www.jiwarosak.com
  31. Nazri Arshad moji16.blogspot.com
  32. Qasehnya Rania http://lobaksusue.blogspot.my
  33. Mohd Izahar Sabtu akupenghibur.com
  34. Aronex Zainal https://dapurorangmalas.blogspot.my
  35. Aronex Zainal https://meowlogceritakitadansimeow.blogspot.my
  36. Mohd Nadri Saring http://passage2johorbahru.blogspot.com
  37. Julia Ngah www.mialiana.com
  38. Tengkubutang Miaw http:// www.tengkubutang.com/
  39. Parizan Mohd Zain www.suriaamanda.com
  40. Salatul Zarida Ishak www.salatulzarida.blogspot.my
  41. Ct Noraishah www.ciktie.com
  42. Hanny Abdullah http://www.diarymama.com/
Itulah senarai 42 BLOGGER PILIHAN JANUARISenarai ni adalah dari Mak Dara ye jangan le pulak korang gi search atau google mana mana senarai penerima award untuk kategori ni pulak hehehe. Ok kenapa Mak Dara masukkan dalam list BLOGGER PILIHAN . Ini kerana rata rata ramai dah tahu Mak Dara agak menyepikan diri dari dunia blog sejak kematian suami. Hampir 3 tahun lebih lamanya. Dan sejak begitu lama Mak Dara menyepi pagi tadi sengaja je Mak test power hahaha dan sengaja minta para teman Blogger meninggalkan link blog masing masing dan tanpa mereka ketahui yang mak akan promotekan blog diorang dalam satu entry yang istimewa hari ni. Mak terfikir dalam hati kompom takde yang nak tinggalkan link pada blogger sendu macam mak dara ni. Dan tup tup by 8 malam lebih 40 orang Blogger yang sudi berikan link blog mereka. Macam nak nangis dibuatnya. Sporting gilaaa kannn.. Terima kasih kepada 42 blogger yang AWESOME ini.. 

Dan pada anda yang dah alang alang korang dah baca list kat atas tu apa kata korang blogwalking lah sikit.. Boleh tgk blog mereka yang best best tuuuu.. Jommm

Friday, January 5, 2018

Nabila Razali Pematah Hati dan Demam Cumi

Cumi Cumi Cumi Cumi ... Cumi Cumi Cumi Cumi ...haaaa itu ajalah yang asyik Mak Dara dengar sejak dua menjak ni. Anak Mak Dara si Adza Isabella dah terkena "DEMAM CUMI" .. Apa "demam cumi tu? haa pada yang pernah dengar lagu bertajuk Pematah Hati oleh Nabila Razali akan faham maksud Mak Dara.. Ya lagu tu di chorusnya ada menyebut Cumi Cumi Cumi Cumi ...Cumi Cumi Cumi Cumi ... berkali kaliiiiiiiiiii... Dek kerana anak bongsu mak dara ni sukaaaa sangat dengan lagu ni. Maka akan berkumandanglah suaranya memecah kesunyian di rumah ni dengan Cumi Cumi Cumi Cumi ... hahaha.. 

Disebabkan oleh minat ya amat anak mak pada lagu ni dan sebabkan mak dara pun ada masa terluang sikit maka mak dara pun gi lah shoot video klip Pematah Hati versi si kenit ni.. Nak tengok? Meh mak dara kongsikan dengan anda..


Haaaaa pendekkkkkk je kan video ni.. Sengaja je buat pendek . pendek ni pun ambik masa berjam juga nak shoot dan edit hahaha..

Pada yang tak pernah dengar lagu Pematah hati ni.. meh mak dara kongsikan video klip original dari Nabila Razali ni.. Memang sangatttt catchy dan besttt.. Jom demam Cumi Cumi Cumi Cumi bersama sama hehehehe



akndk

Tuesday, January 2, 2018

Sesi Persekolahan 2018 Bermula Yeayyyyy 

Yeay yeayyyyyyy sekolah dah mulaaaa.... haaa jangan salah sangka Ini bukan sorakan dari kanak kanak yang memulakan sesi persekolahan pada tahun 2018 tapi sorakan dari ibu bapa sebenarnya😅... 
Hahaha jangan salah sangka bukan ibubapa tak suka anak anak bercuti lamaaaaaaaaaa dan berada dipangkuan 24/7.. tapi ibubapa mementingkan education dan mahukan anak anak menghabiskan banyakkkkk masa menimba ilmu di sekolah hehehehe... 
Anak anak Mak Dara juga telah memulakan sesi persekolahan 2018 pagi tadi.. yeayyyy.. errrr maksud mak.. Alhamdullilah... 
Selamat bersekolah kepada anak anak sekalian semoga menjadi anak anak yang Soleh dan solehah.. kepada ibubapa selamat berehat... errrr maksud mak.. selamat mendoakan kejayaan anak Anak kita ya 😉 insyaallah aamin.. 

Monday, January 1, 2018

Ucapan Selamat Tahun Baru Buat Sahabat

As salam duhai teman.. Di sini Mak Dara nak ambik kesempatan dan ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018 buat semua yang mengenali, yang mengenali dan juga yang mungkin juga tidak mahu mengenali diri Mak yang senget ini hehe.. Mak tak pandai nak bermadah.. Jadi mak kongsikan ucapan selamat Tahun Baru Buat Sahabat 


Tahun baru tiba lagi Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari , hari berganti bulan dan kini.. tahun juga bakal diganti lagi Apa yang telah kau kecapi dan nikmati pada tahun yang lalu Adakah kau belajar dari kesilapan Atau kau semakin berani bersama pengalaman Adakah duka menemanimu selama itu Atau kau lena diulit kebahagian yang tiada berbucu Apakah azammu telah tertunai Atau punah bersama harapan Selamat tinggal duka, sedih , pilu dan cita yang tidak kesampaian Akan ku titipkan segala impian ku di tahun mendatang Semoga menjadi kenyataan Selamat tahun baru sahabat Walau apa yang menanti kita nanti.. harus tabah menghadapi

Mak Doakan semoga tahun 2017 akan membawa lebiih sinar kebahagian untuk kita semua insyaallah...



Sunday, December 31, 2017

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH
Tiba tiba hari ni teringat pula kisah seorang teman kepada sepupu saya yang telah kehilangan suami pada tahun lalu. Bayangkan di sebuah tanah perkuburan sedang majlis pengkebumian berlangsung.. si anak , saudara mara , sahabat , kenalan dan si Balu sedang bersedih mendengar talkin yang sedang dibacakan. Tiba seorang wanita yang tidak pernah dilihat atau dikenali tiba. Kelakuannya amat ganjil. Dia mengaminkan setip doa yang dibacakan dengan penuh kusyuk sambil air mata bercucuran tanpa dapat dibendung. Kelakuannya seoalah dia dan arwah amat saling mengenali. Namun tiada seorang pun yang berada disitu mengenali wanita misteri ini. Kini semua mata memandang kearahnya dan dia mula rasa tidak selesa dan perlahan lahan meninggalkan kubur itu dengan berat hati. Si balu terkesan dengan kehadiran wanita itu. Sepulangnya dia dari kubur. Pertama yang dilakukannya adalah membuka handphone suaminya dan mula membaca semua mesej yang terdapat di dalam telefon itu namun tiada yang meragukan. Tidak puas hati, si Balu membuka pula akaun sosial (Facebook) dan memeriksa semua mesej arwah suaminya.. dan di sana semua sangkaannya benar belaka. Tak perlu saya nyatakan lah rasanya anda juga dapat mengagak.
Memang berat dugaan yang diterima oleh si balu. Mendengarkan kisah ini dari sepupu saya juga membuatkan saya sedih kepadanya. Ya semua manusia tidak sempurna. Pasti ada khilaf yang dilakukan. Memang perasaan ingin tahu akan membuak buak namun apa kebaikan yang akan dia dapat setelah mengetahui "segala galanya" . Dalam hal ini si Balu telah hilang semua kasih , sayang, cinta pada arwah dengan sekelip mata. Perasaan sedih bertukar benci, perasaan sayang berubah kepada sakit dikhianati.
Bagi pendapat saya..Sesungguhnya arwah telah pergi dan takkan kembali. Lebih baik jika kita tidak mencari atau mengorek kisah silamnya. Biar semua kisahnya dibawa bersama. Apa yang perlu kita lakukan setelah ketiadaannya ialah mengenang semua kebaikan, kasih dan cinta yang dipupuk selama bersama. Sentiasa berdoa semoga Allah swt mengampuni segala salah silap selama hayatnya. Ingat dan kenanglah hanya yang baik terhadap arwah...

Saturday, December 30, 2017

Pertanyaan yang harus DIELAKKAN ditanya kepada balu

Pertanyaan atau ucapan yang jika boleh DIELAKKAN dikatakan kepada BALU ketika kematian suami/isteri

1. Macam mana arwah meninggal?
Si Balu telah melalui trauma menghadapi saat saat pasangannya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lebih baik elakkan dari meminta untuk dia mengingati kembali apa yang baru berlaku. Tanyalah pada keluarga balu yang terdekat)
2. Berapa banyak harta yang arwah tinggalkan?
Tolonggggg lah ELAKKAN dari tanya berapa harta , wang ringgit , rumah , kereta , wang insurans yang telah ditinggalkan oleh arwah kepada balunya. (Soalan ini sering ditanya oleh ahli keluarga yang tak sabar sabar nak mengira berapa wang faraid yang bakal diterima mereka. Memang harta harus dibahagikan tapi kalau boleh carilah masa yang sesuai dan berikan sedikit masa kepada balu yang masih dalam kesedihan.

3. Apa kau nak buat bila arwah dah takde ni?
Ya memang dah pergi takkan kembali dan para Balu sememangnya harus meneruskan hidupnya dengan menanggung segala galanya seorang diri. Namun soalan ini tak perlu ditanya sejurus pemergian arwah. Berikan masa kepada si Balu untuk menenangkan dirinya dahulu kemudian perlahan lahan anda membantu Balu dengan memberi cadangan atau bantuan bagaimana cara terbaik untuk balu tersebut meneruskan hidupnya.
4. Takpe.. Kau muda lagi.. Kau boleh kahwin baru.
Ayat ini JANGAN SEKALI KALI DIKATAKAN. Yang meninggal itu adalah pasangan hidup, seorang insan yang telah sama sama berkongsi suka duka , Kucing kesayangan mati pun kita sedih inikan pula seorang yang amat amat dicintai.Ingat senang ke nak main ganti ganti. Kalau nak tanya pun tunggu lah setahun dua baru tanya soalan macam ni ye. Kalau jodoh si balu tiba awal. Doakan kebahagiaan untuknya dan jangan pula dihina..

5. Arwah banyak buat salah masa hidupnya.
Jangan diungkit akan perkara perkara yang lalu. Walaupun arwah telah banyak melakukan kesalahan masa hidupnya janganlah diceritakan aibnya terutamanya kepada Balunya. Jika dia ada kesalahan kepada anda atau sesiapa saja, maafkanlah dia. Sedangkan Nabi ampunkan umat inikan pula kita manusia biasa. Bayangkan jika anda dah takde nanti, anda nak ke kesalahan anda diungkit ungkit dihadapan balu anda dan mereka tidak memaafkan kesalahan anda?

Banyak lagi Pertanyaan atau ucapan yang jika boleh DIELAKKAN dikatakan kepada BALU ketika kematian suami/isteri. Namun rasanya ini adalah antara perkara yang HARUS DIELAKKAN. Kehilangan suami/isteri adalah salah satu ujian yang maha berat dari Allah swt kepada hambaNya. Jangan membebani mereka dengan kata kata anda yang bakal menambahkan duka di hati mereka.

Friday, December 29, 2017

Jumaat Terakhir 

Assalamualaikum Wbt. Salam jumaat terakhir 2017


Jumaat ini, rupanya minggu terakhir dalam tahun 2017... Mak Dara nak ambik kesempatan Ini untuk memohon maaf sekiranya selama Ini ada salah dan silap yang telah Mak Dara lakukan dalam sedar atau tidak pada anda.. jika ada yang terguris hati dan sebagainya... Kekadang terlepas cakap tanpa sedar.. maaf kan Mak ye.. 

Semoga tahun 2018 akan jadi lebih baik, lebih membahagiakan , dan membawa lebih kejayaan buat kita semua...amin


Tuesday, December 19, 2017

Keputusan Mahkhamah Kes Ditarik Balik Cikgu Azizan Dibebaskan

Image may contain: 1 person, smiling
Cikgu Azizan

Syukur alhamdullilah.. Mak Dara mengikuti kes Cikgu Azizan ni dari mula.. Ye lah sebagai anak cikgu  terasa seperti isu ni amat dekat dengan Mak Dara . Dan pagi ini memang pagi yang amat amat dinantikan oleh semua yang mengikuti kes ini dan seperti tidak percaya apabila melihat sebuah live FB oleh Amin Khairani tentang keputusan mahkhamah yang didengar dari life FB itu..





Keputusan Mahkhamah Kes Ditarik Balik Cikgu Azizan Dibebaskan ! Syukur ya Allah.. Alhamdullilah. Kelihatan ramai yang hadir tanda memberi sokongan kepada Cikgu Azizan. Setelah diberitahu akan keputusan mahkhamah yang berpihak kepada Cikgu Azizan semua yang hadir gembira dan melaungkan "Allah hu Akhbar" beramai ramai dan sama sama membaca doa . Alhamdullilah.. Tahniah Cikgu.. 

Saturday, December 9, 2017

12 RESIDENCE PENGINAPAN TERUNIK DI TENGAH BANDARAYA MELAKA

12 RESIDENCE 

Anda mahu bercuti ke Melaka? Bosan asyik tinggal di hotel? Anda mahu cari satu kelainan dan menginap di sebuah penginapan yang unik dan berbeza maka 12 RESIDENCE adalah jawapannya.. 

Rumah tamu yang mempunyai susun atur yang unik.. perabotnya memgingatkan kita kepada zaman kanak kanak dahulu

Jika anda minat membaca terdapat buku buku untuk dibaca

Basikal juga disediakan bagi mereka yang mahu bersiar siar sekeliling melaka

Ruang bacaan


Ruang makan yang sangat unik dan dari perabot kayu lama

12 RESIDENCE , adalah sebuah rumah tamu di Melaka yang menjemput anda untuk mengalami seni dalam cara yang tidak disengajakan dan tidak dijangka. Rumah ini dalam jarak 5 minit berjalan kaki ke Jonker Street & kira-kira 300 meter ke Hard Rock Cafe. Mudah diakses dan berjalan kaki ke kawasan pelancongan dan pusat membeli-belah (Dataran Pahlawan & Mahkota Parade). Nikmati hidup dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Di sebelah ruang tamu adalah tangga untuk ke tingkat dua dan ke bilik

Tangga untuk ke tingkat atas


Rumah yang cukup dan private dan amat sesuai untuk pasangan dan sekumpulan kecil kawan. Bilik selesa dan kemas. Selain bilik tidur utama, terdapat 2 lagi katil dan salah satu daripadanya adalah bilik yang terletak loteng di bawah langit. Anda boleh menikmati tinggal di tengah tengah di bandaraya Melaka .


Susun atur rumah berkonsepkan klasik.. dari kerusi ke meja makan ke katil semuanya membawa anda ke era zaman kanak kanak anda.. 12 RESIDENCE amat sesuai kepada pecinta photografi kerana terdapat pelbagai sudut untuk dijadikan lokasi penggambaran.. 

Harga untuk menginap di sini antara RM310 ke atas untuk sehari bergantung kepada tarikh tarikh yang anda pilih .. Jadi jika anda ingin mencari kelainan dalam percutian pilihlah 12 RESIDENCE memang berbaloi baloi.


SHARE | TAG | COMMENT teman anda yang mahu bercuti ke Melaka


Monday, December 4, 2017

Orang Dah SAH Korang Yang Panas 

As salam duhai teman.. Hari ni Mak Dara terpanggil untuk kongsi dengan anda perkara yang membuatkan angin meroyan mak datang .. Kisah apa tu.. Ok macam ni.. Baru baru ni Mak ada terbaca pelbagai caci maki tak kurang juga sumpah seranah para netizen dengan isu “bukan perampas cuma ingin menumpang kasih” wowww I’m speechless .. sebagai wanita saya amat amat memahami apa yang membuatkan hampir 10000% mereka yang “angin” dengan apa yang berlaku.. saya pernah menjadi isteri dan bila dengar saja suami yang akan , telah or even baru pasang niat untuk berkahwin lagi boleh membuatkan saya dengan sepantas halilintar menyinsing lengan baju sambil mengasah pisau di dapur... Hehhhh gataiiiii nyaaaaa , perampas!! takde laki lain ke, eh Aku ni bini dia masih hidup , masih sihat, masih lawa, masih boleh melayan zahir batin, masih mampu nak berikan zuriat walaupun sedozen .. jadi apahal nak buka satu lagi cawangan... 


yea saya salah seorang dari mereka... bagi saya SUAMI ADALAH HAK MUTLAK SAYA!!!!!! HAK MUTLAK? hmmm.. tapi saya lupa.. suami bukan hak mutlak saya.. anak anak yang saya kandung 9 bln 10 hari dan yang saya tanggung sakit melahirkan selama berbelas jam dan membesarkan dari kaki sebesar dua jari hingga dah berkasut saiz 7 bukan hak saya.. ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan saya juga bukan hak mutlak saya, segala harta diusahakan , kekayaan , kerjaya BUKAN milik saya.. malah SAYA dan NYAWA SAYA.. BUKAN HAK MILIK MUTLAK SAYA .. Tetapi MILIK HAK MUTLAK ALLAH SWT.. but I have to learn it the hard way.. setelah kematian suami baru saya sedar semua itu, tapi dah terlambat.. kalau lah Allah masih panjangkan usia arwah suami saya.. jujur.. saya rela berkongsi.. sekurang kurangnya walaupun benci, rasa dikhianati , rasa macam nak cekik cekik dan nak potong lumat dia dan bini muda tu dan tanam kat belakang rumah sebelah pokok betik.. namun sekurang kurangnya saya masih dapat menatap wajah insan yang bergelar suami , walau saya akan berbalah dan akan ada adengan serang menyerang sekurang kurangnya saya masih dapat mendengar suara yang bergelar suami.. walaupun saya terpaksa bergilir gilir ikut turn dengan perempuan tak guna , pemecah rumah tangga tapi saya dapat juga bersama lelaki yang bergelar suami.. Sumpah!!!! Saya sanggup lakukan dan korbankan apa saja jika Allah swt berikan saya sesaat lebih untuk bersama arwah.. sekali saja lagi untuk mengajarnya mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. I would even give everything just to hear his voice again.. I would sacrifice the world just to feel his touch once again.. sesaat pun jadilah... tapi saya takkan dapat lagi kesemua itu.. saya telah kehilangan suami buat selama lamanya.. 

but that’s me.. that’s what I feel.. Ini hanya apa yang saya rasa jauh sekali mewakili mana mana wanita ... anda nak marah nak benci nak kutuk nak caci nak maki nak doa agar karma merosakkan perkahwinan mereka silakan.. u have the right to ur own opinion.. semoga anda puas dan berbahagia atas segala cacian dan makian dan maybe setelah meluahkan api kemarahan anda yang membuak buak itu will make u a better person, can make you happy, can make you feel good about yourself and your life.. by all mean... silakan.. apa pun saya doakan semoga Allah swt memberikan kebahagian kepada anda.. dan semoga perkara seperti ini tidak akan sekali kali berlaku pada anda, pada keluarga, teman ataupun kenalan anda.. semoga anda berbahagia bersama HAK HAK MUTLAK anda SELAMA LAMANYA insyaallah .. dengan izin Allah swt Assalammualaikum.. peace ✌🏻


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK