Tuesday, February 6, 2018

Jalan Jalan Japan Kedai Bundle Termurah Dan Terbesar Di Malaysia

Arigato .. Salam buat semua rakan rakan dari Japan.. Mak Dara ke Japan? Ohhh Mak Dara tidak betul betul ke negara matahari terbit itu tetapi mak dara ke JALAN JALAN JAPAN sebuah kedai menjual barangan prelove dari negara Jepun yang termurah dan terbesar di Malaysia.

Image may contain: 1 person, smiling

Dengan terbukanya dua cawangan JALAN JALAN JAPAN sebuah di Sky Park One City Mall, USJ di Subang Jaya dan sebuah lagi di Shamelin Mall di Cheras maka tak perlulah kita perabih duit beli tiket , tempah hotel dan pergi ke Jepun semata mata untuk membeli barangan dari jepun lagi. Semuanya kini boleh didapati di sini.. Inilah dinamakan EKONOMI bak kata P. Ramlee. Dan sebenarnya memang boleh lebih menyelamatkan ekonomi anda kerana barangan yang terdapat  di JALAN JALAN JAPAN AMAT MURAH!!!!!  Harga barangan bermula dari RM1 !! Seringgit saje uolssssss.. Murah kan...

Terdapat pebagai barangan yang dijual di JALAN JALAN JAPAN . Dari baju , seluar , kot , kasut , pinggan mangkuk , mainan, bag tangan , bag travel , pen , pensel , aksesori , khemah , pakaian mandi , tilam , golf set ishhh mau tiga hari tiga malam kalau nak sebut semua barangan yang terdapat di sana. Apa kata layankan dulu Video ni untuk tengok apa yang ada di JALAN JALAN JAPAN ni..


Haaaaaa kan dah cakap macam macam ada kannnnnnn.. Rambang mata woooooooo bila jejak je kaki di JALAN JALAN JAPAN ni..

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


SEKSYEN SUKAN . Terdapat seksyen khas untuk barangan sukan seperti papan luncur dan juga barangan golf.

No automatic alt text available.


Baru baru ni JALAN JALAN JAPAN di Sky Park One City Mall, USJ di Subang Jaya telah melakukan beberapa renovasi dan penambahbaikan pada kedainya tu. Antara yang telah di upgrade mereka ialah..

1) Pintu masuk dan keluar

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.
Pintu masuk JALAN JALAN JAPAN

Jalan pintu masuk telah dialihkan ke tingkat atas kedai JALAN JALAN JAPAN . Alaa dekat je just naik escalator sampaiiiiiii....

Image may contain: one or more people and people standing
Pintu keluar JALAN JALAN JAPAN

Pintu masuk JALAN JALAN JAPAN yang dahulu kini telah ditukar menjadi pintu keluar. Tetapi Pelanggan di kerusi roda dan ibu dengan kereta bayi masih boleh masuk melalui pintu ini.

2) Rak Display baru

No automatic alt text available.

Peminat dan pembeli beg tangan wanita akan menyukai sistem rak display/paparan baru ini kerana lebih mudah untuk mencari apa yang mereka cari dan kehendaki. Semua barangan kini di susun kemas dan lebih rapi .

Image may contain: shoes

No automatic alt text available.
rak kasut baru untuk paparan kasut yang lebih baik

Dengan adanya sistem rak paparan barangan ni juga lebih menyenangkan pelanggan untuk memilih barangan yang dijual di situ. Tak perlu lah nak korek korek longgokkan dan timbunan barangan kan... hehe
3) Ruang jalan kaki yang luas


No automatic alt text available.

Lebih banyak ruang untuk pilihan barangan dan ruang jalan kaki yang luas. Yes dengan adanya penambahbaikan ini dapat membuatkan pelanggan lebih selesa dan tak perlu lagi berasak asak di lorong yang kecil atau sempit. Ruang jalan yang baru ini juga sangat luas . Boleh buat catwalk sambil membeli belah di sana hehe..
4) Pemindahan bilik  fitting room 

Image result for fitting room signs

Bilik fitting room kini telah dipindahkan berhampiran kaunter Cashier . Pemindahan ini juga untuk tujuan keselamatan

5) Sistem pencahayaan Baru

No automatic alt text available.

Dengan adanya pencahayaan/lighting yang lebih cerah akan memudahkan pelanggan untuk membeli belah dengan lebih selesa. Cerah mata memandang cerah lagi harapan nak bershoping di sini hehehe.

Image may contain: one or more people

Pada ibubapa yang sedang mencari kereta stroller untuk anak anak. Terdapat banyak pilihan kerata stroller untuk anak anak di sini

Image may contain: one or more people and people standing

Tengah dok berseronok membeli belah tu nak juga Mak Dara ingatkan sesuatu pada anda. Sila semak dahulu barangan yang ingin anda beli dengan berhati-hati . Perlu diingatkan bahawa semua barangan di Jalan Jalan Japan ni semuanya preloved maknanya barangan terpakai dan bukan barangann yang baru . Kalau dah namanya barangan terpakai, makanya semua barangan tu dah pernah dipakai la kan.. So jangan pulak nanti nak dibandingkan dengan barang baru hokayyy.. Jadi check betul betul sebelum beli. Kerana bila dah beli barangan itu tak boleh di pulangkkan kembali. Jalan Jalan Japan meletakkan NO RETURN policy dalam perniagaan meraka . Setiap barang dijual di situ dijual secara As-Is. So terimalah barangan itu secara as-is jugalah ye..

Dengan adanya renovation dan penambah baikkan yang telah dibuat oleh JALAN JALAN JAPAN diharapkan dapat membuatkan semua pelanggan mengalami moment pembelian dan shopping yang selesa dan menyeronokkan. Jadi apa tunggu lagi? Moh le ramai ramai ke JALAN JALAN JAPAN

Image may contain: 1 person, standing


FB PAGE 

INSTAGRAM



Friday, February 2, 2018

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays Penghapuskan Penyakit Berjangkit Dan Virus

Anda seorang ibu atau bapa yang "OVER PROTECTIVE"??  Anda akan menapis setiap mainan atau apa sahaja barang yang akan atau bakal disentuh oleh anak anda? Anda akan memastikan setiap kali anda bercuti anda akan membawa hampir satu bag barangan atau produk penuh dengan ubat ubatan dan produk sinitiser ? Anda mencuba sehabis baik bagi menjaga kebersihan anak anda dan menjauhkan mereka dari sebarang bentuk kuman? Sebenarnya anda bukanlah ibubapa yang OVER PROTECTIVE tetapi anda adalah ibubapa yang TERBAIK dan amat amat amat prihatin akan hal kesihatan anak anak anda. Tapi memang sukar untuk menjauhkan anak anak dari sebarang kuman bukan? Bagaimana kalau saya kata bahawa perkara begitu tidak mustahil.... 

Di sini Mak Dara ingin perkenalkan anda dengan sebuah produk iaitu THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™ . Ia adalah satu produk yang direka khas untuk membantu ibubapa bagi menyediakan pertahanan menyeluruh untuk anak mereka dengan menghapuskan 99.99% penyakit berjangkit Virus/Bakteria. 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and text

Pada ibubapa yang fobia atau trauma dan senantiasa mahu anak anak mereka bebas dari kuman takkan nak suruh anak tu asyik guna sanitizer atau cuci tangan dengan sabun 24 jam sehari, tujuh hari seminggu? Jenuhhh anak tu asyik nak cuciiiii je tangan tu.. Takut nanti tangan anak anak tu pulak yang sakit sebab asyik bergelumang dengan bahan bahan kimia non stop. Dengan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays dapat bertahan selama 10 hari dengan hanya sekali sembur saja.. Jadi hanya sembur sekali setiap sepuluh hari. Senang kan? (lasts 10 days, or 100 vigorous hand swipes, or 1 wash)

THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ini didatangkan dalam saiz yang kecil. Boleh je simpan dalam laci rumah , laci pejabat, selit di poket baju, poket seluar atau dalam handbag. Pendek kata ia mudah dibawa kemana mana. Lepas ni nak travel tak perlu lagi bawah segerombolan ubat ubatan untuk menghapus kuman lagi. Cukup dengan hanya membawa THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays.. Kan senanggggg...

Tahu tak bahawa susu pertama ibu, yang dipanggil colostrum, yang berfungsi sebagai imunisasi bayi? Haaa susu ibu memang imunisasi terbaik. Tapi itu bagi bayi.. Kalau anak anak dah besar panjang takkan la nak diberikan susu badan lagi ye tak? Maka kita gantikanlah susu ibu tu dengan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays diamana ia dapat bertindak menjadi bahan imunisasi dan berfungsi seperti antibodi buatan manusia untuk anak kecil anda. 


Pernah dengar tentang penyakit kaki, tangan dan mulut juga dikenali sebagai HFMD yang bermaksud Hand, foot, mouth disease? Penyakit ini selalunya lebih teruk memberi kesan kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyakit ini telah berlaku kepada anak sahabat mak dara sendiri. Subhanallah kesiannnn mak dara lihat bila melawat anak kecil tu. Mulutnya penuh dengan ulser. Badannya penuh dengan ruam ruam merah. Minum pun tak mahu, main pun tak mahu, apa pun tak mahu. Asyik nangissss saja. Tak sampai hati mak lihat penderitaannya tu. 

Bahaya tau jangkitan penyakit ni sebab ia boleh menyebabkan keradangan pada otot jantung (Myocarditis), jangkitan pada paru-paru, jangkitan pada otak dan selaputnya (THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays ™  kerana ia dapat melindungi anak anda dari HFMD atau sebarang penyakit-penyakit berjangkit. Yang lebih bagus produk dari UK ini tidak mengandungi Alkohol, Tiada Toksik, Tiada Antibiotik, Tiada Steroid dan tiada wangian. Jadi anda boleh gunakan tanpa was was.

Marilah kita sama sama menjaga kesihatan anak anak kita.  Berikan anak anda perlindungan terbaik Hari ini! Jom dapatkan THYMOS® Anti HFMD / FLU Sprays. Eksklusif terdapat di semua Farmasi Farmasi Guardian Malaysia.


Untuk maklumat lebiih lanjut boleh ke Page  FB




Website:
Malaysian Distributor:

Emel :


Tuesday, January 30, 2018

Aktiviti Zipline Di Chiang Mai 

Salam semua kesayangan. Pada tika dan waktu ni Mak Dara berada di Chiang Mai untuk kali ketiga.. memang besttt ke sini banyakkk aktiviti yang boleh dilakukan. Dan pagi tadi mak Dara dah melakukan aksi lagak ngeri iaitu aktiviti zipline yg sungguh mencabarrrrr 


sebelum nak turun mende ni kena panjat bukit dulu nunnnnnnn tinggiiiiii di atas sana.. disebabkan badan mak Dara Kau yang selimmmmmmm sangat ni maka ambik masa lebih dekat setengah jam juga nak mendaki.. bayangkan kalau my physiotherapist for my Ménière’s disease know yg Mak Dara gi panjat bukit buat zipline mesti dia banggaaaaa dengan mak .. walaupun balance badan hanya tinggal 38% jer dari average orang normal 100% mak masih boleh buat bende adventure ni.. maka setelah mengambil kira berat badan ala model dan body balance yang kelaut maka pendakian mengambil masa hampir 30 min .. org lain rasanya 10-15 dah sampai Puncak kot haha.. kemudian bermula lah adventure zip lining ni.. 


Ini merupakan kali ketiga mak Dara berzipline sebelum ni kat area chiang mai juga and satu lagi kat bukit lawang Indonesia.. Tapi zipline kali ni paling best sebab paling jauhhhh dan paling lama hampir 50 min . Tapi Alhamdullilah selamat juga sampai ke tanah kembali.. tapiiiii... frusttt jugak sebab diorang tak benar kan bawak handphone atau kamera katanya takut jatuh tapi sebenarnya diorang nk tangkap pic n jual kat kita... 😫 . But anyway I had fun...


Wednesday, January 24, 2018

Masih Bujang? 130,000 orang calon jodoh sedang menanti anda di Baituljannah

BILA NAK KAHWIN ? Walaupun hanya 3 patah perkataan dan ditulis dalam sebaris ayat kemudian disambung dan diucapkan dengan hanya sekali lafas namun kesannyaaaa.. Waduhhhhhhh menusukkkkk kalbu.. Mulalah teringat akan bait bait lagu "Sakitnya tuh di sini.. Ini lah antara dilema bagi si Bujang tiap kali nak balik kampung untuk menyambut raya , menghadiri kenduri , bertemu sanak saudara . Bukan di kampung sahaja bahkan di tempat kerja , atau di sebarang keramaian.. Tak banyak satu dua orang pasti akan bertanyakan soalan yang sungguh mengguris hati, limpa, rusuk, jantung, buku lali , siku ini hew hew hew.. Kalau setakat tanya aje takpe lah juga.. Ni kalau dah involve "macik dan pakcik bawang.. Mesti diasaknya segala jenis kata kata pedih .Mau buatkan kau nangis seperti menggigit tiga bakul bawang kekdahnya..

Adoiiii.. Siapalah yang tak nak kahwin kan.. Saya sendiri pun bujang.. Kalau ada jodoh buat saya yang telah ditakdirkan oleh Allah swt siapalah saya untuk menolaknya dan berkahwin sekali lagi kannn.. Tapi bukan senang nak cari calon yang baik yang hormat ibubapa yang serba serbi baiklahhh.. Di masjid kah? Di Kenduri kah? Di Fb Kah, Di tinder kah? Di Instagram, Wechad, snapchat atau di laman sosial yang lain. Tapi boleh percaya ke semua info dan gambar diletakkan dalam media sosial tu benar? Selamatkah kalau kita berkenalan atau mahu berjumpa dengan mereka itu. Takut nanti gambar dan semua detail dan info serta semua yang diupdate di laman sosial seperti ustaj dan ustajah namun realitinya TAK SAMA LANGSUNG.. Uiiii bahaya..

Jadi dimanakah lagi si bujang nak mencari jodoh kalau bukan di tempat tempat seperti di atas. Hmm pening kepala juga kan.. Ok tak payah nak garu kepala yang tak gatal tu dulu..  Daripada banyak banyak tempat untuk cari jodoh tahun 2018 ada satu platform dah disediakan,mencari jodoh seperti BAITULJANNAH .  



BAITULJANNAH  adalah sebuah laman web patuh syariah yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati yang dicari. Dengar khabor hampir 130,000 orang calon pengantin sedang menanti anda di BAITULJANNAH . BETULKAH !!!!??  Haaaa sekarang mak nak tanya.. Sanggupkah lagi anda menerima kata kata pedas dari makcik dan pakcik bawang ? Cuba layan video pendek ini.. 





Haa kalau tak nak sakit hati dengan spesis bawang bawang itu.. Maka percayalah bahawa.. YA BETUL!!! 139,472 orang yang sudah mendaftar di BAITULJANNAH dan jodoh anda mungkin sedang menanti anda di sana. Fuhhhhhhteruja kan.. Macam mana nak Daftar.. Haa Meh Mak Dara habaq caranya ya..

  1. Buka laman BAITULJANNAH  (klik SINI @ link ini https://baituljannah.co/jodoh/KNNLB-MY)
  2. Lengkapkan profile anda
  3. Sila muatnaik gambar anda .
  4. Tunggu kelulusan admin selama 12jam – 24 jam
  5. Sila buat pengesahan nombor telefon




Haaa mudah jer caranyaaaa.. Dan lepas tu tunggu apalagi.. Anda dah mula mencari jodoh dan mula melihat profile profile bakal calon yang beribu ribu lemon itu.


KENAPA PERLU MENDAFTAR DI BAITULJANNAH



Di BAITULJANNAH ni bukan semua orang je boleh daftar ye.. Setiap aplication dan setiap calon yang mendaftar akan ditapis setapisnya. Bukan itu saja kalau anda dah jumpa calon yang berkenan dah serius mahu ke peringkat seterusnya iaitu sesi taaruf , Maka sesi taaruf anda tu juga akan dipantau.



Ini yang paling ditakuti oleh semua orang. Kalau dah mendaaftar nanti semua orang tahu nombor telefon dan alamat email anda.. Ohh BAITULJANNAH akan menjaga privasi anda. Jadi jangan risau dan takut ok.

BAITULJANNAH  bebas spam. Kalau anda lihat ada sebarang spam.. Report je terus ke pihak BAITULJANNAH  . Biar diorang settlekan.

BAITULJANNAH  Anti SEO. Jadi jangan dok risau lah kalau ada orang google nama anda akan keluar profile anda di BAITULJANNAH   ni... Ok apa tunggu lagi.. Moh le mencari jodoh .. Nanti kalau dah bertemu jodoh jangan lupa jemput Mak Dara makan kenduri pulak tauuuuu hehehe..



Wednesday, January 17, 2018

Bagaimana lahirnya watak MAK DARA dalam Blog bicaramakdara.com


As salam duhai teman.. Syukur alhamdullilah ke hadratNya.. Hari ini 17hb Januari 2018 maka genaplah 7 tahun Mak Dara masuk ke dunai BLOG ini. Maka dengan ulang tahun kelahiran Blog Mak Dara ni maka Mak Dara nak habaq mai kat hangpa semua Bagaimana lahirnya watak MAK DARA dalam Blog bicaramakdara.com



Segala ucapan terima kasih yang teramat sangat harus diucapkan buat arwah suami Mak Dara . Kerana dialah maka wujudnya blog ini, Dan kerana dialah juga wujudnya KARAKTER MAK DARA ni.. Dulu mak tak faham apa maksudnya. Untuk memberi satu karektor atau nafas baru untuk sebuah watak bagi menarik minat orang untuk membaca.. Macam tak masuk akal pun ada bila arwah cakap "build one character" yang totally different from my own personality. Tapi Mak layankan aje lah.. Tapi masa tu mak amat blur, karakter macam mana yang mak nak cipta. Jujurnya Mak adalah seorang yang sangat pemalu. Terus terang mak katakan bahawa mak memang tidak suka berkawan atau bersosial dengan sesiapapun melainkan keluarga Mak Dara. And I guess watak mak dara tu memang agak bosan. Dan pastinya tiada apa yang dapat menarik perhatian sesiapa pun. Maka mak mula mencari karektor yang benar benar bertentangan dengan Mak Dara. Mak cipta sebuah karakter yang lantang bersuara, gila gila senang cerita seorang wanita "MEROYAN".. Dan apabila tiba pada nama untuk karakter ni Mak Dara jadi blur kerana memang tak tahu nak letak nama apa. Takkan nak letak nama mak dara sendiri kerana watak ini bukan watak sebenar mak dara. Maka mak dara teringat akan sebuah karakter yang amat mak dara kagumi iaitu watak Mak Dara dalam filem P. Ramlee ibu mertua ku.. Maka lahirlah "MAK DARA ... BLOGGER MEROYAN.

Sumber Inspirasi Karakter MAK DARA





Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.No automatic alt text available.
antara header header yang pernah digunakan selama 7 tahun berblog


Header blog yang diguna pakai sehingga hari ini

Pada masa karakter dan blog ini ditubuhkan ia sekadar main main pada mak. Mak jadikan blog sebagai sebuah tempat untuk Mak lari dari reality. Sebuah tempat untuk mak melepaskan semua perasaan . Namun demi Allah.. tidak pernah Mak Dara menyangka bahawa "Watak dan tulisan meroyan Mak Dara itu mendapat perhatian dan mendapat pembaca yang ramai. Bertambah terkejut kerana Mak Dara pernah menjadi Top 5 di DiGi WWWOW AWARD selama 2 tahun berturut turut dan bersaing bersama blogger blogger hebat seperti Beautiful Nara , Oh Artis , Sirap Limau dan ramai lagi. 


Video pendek Mak Dara untuk mendapatkan undian hehehe


Video pengumuman Top 5 calon dan Pemenang kategori Top Kay Poh 
(termasuk Blog Mak Dara)


Video pengumuman Pemenang kategori Top Kay Poh 

Walaupun tak menang Mak Dara merasa sangat bangga kerana mendapat pencapaian sebegitu walaupun blog masa itu baru 6 bulan sahaja. Seterusnya Mak Dara telah memenangi sebuah award di majlis MSMW bersama sama Blogger blogger hebat yang lain seperti Denaihati , Fatin Liana dan ramai lagi. And the best part cuba teka Mak Dara join kategori apa??? Antara kategori yang dipertandingkan ialah Blog terbaik, Blogger of the year , Dan semua yang best best belaka. Tapi Mak dara memilih untuk memasuki kategori WORST BLOG OF THE YEAR.. Dan mak dara terkejut apabila Mak Dara telah didatangi oleh beberapa orang kuat MSMW dan menyatakan bahawa markah dan undian yang Mak Dara terima antara tertinggi dan Top 3 antara berbelas pemenang kategori yang lain., Dan yang paling tak dapat dilupakan apabila Tan Sri Utama Dr Rais Yatim telah memberikan ucapan instimewa untuk Mak Dara .. Mak ingat antara bait ucapannya menyatakan bahawa The winner of WORST BLOG OF THE YEAR is eother just playing around or purely genius .. Perghhhhh tak cukup kerusi dibuatnya waktu itu..

Image may contain: one or more people, people standing and suit

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Antara kenangan ralat Mak Dara selama bergelar blogger ialah apabila Mak Dara pernah menolah jemputan oleh blogger otai yang hebat iaitu Tuan Haji AMir untuk menjadi salah sorang daripada panel nya dalam event SBB lupa pulak tahun bila hehe.. Sayang betulll bila fikir balik.. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seperti itu.


Namun alhamdullilah Mak Dara dijemput menjadi salah seorang panelis untuk sebuah acara WOMEN POWERTALK dan membicarakan tentang WANITA DAN MEDIA SOSIAL.


Image may contain: 2 people, people standing and indoorImage may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 2 people, people standing and indoorImage may contain: 2 people, people standing and indoor
Mak Dara bersama YB Kuale YB Mastura

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Getaq lutut juga Mak Dara kerana dijemput menjadi panel untuk sebuah acara yang sungguh besar dan berprestij itu. Menambahkan kegabraan Mak Dara apabila 3 ahli panel yang lain terdiri dari tokoh yang hebat seperti Doktor, Pengacara hebat Sharifah Shahwati , Seorang tokoh jemputan luar negara. Dan tiba tiba Mak Dara terselit di ditu. Terasa sungguh kerdil. Dah tu kena pulak berucap depan menteri Dato Keruak dan Dato Shahrizat.. Perghhhh mau luruh jantung dibuatnya. Namun Mak Dara kuatkan semangat dan alhamdullilah Yb Kuale iaitu YB Mastura tak henti henti beikan kata kata semangat dan sokongan pada Mak. Maka alhamdullilah mak berjaya juga atasi cabaran ini. Lepas ni sapa pun yang jemput mak takkan mak tolak. Tak cuba tak tau , betul tak? hehe. Ohhhh banyak betul kenangan terindah Mak Dara dan Blog ini..

Tahun berganti tahun , kemudian timbulnya "karakter karakter" baru dalam dunia sosial seperti Cikgu Shida, Faiz Dickie dan ramai lagi. Terbaru ialah Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri dan juga Sajat.. Ehh korang jangan ingat mereka memang berkelakuan macam tu 100% ya.. Sebahagian yang ditunjukkan di media sosial adalah "Karakter" yang dicipta mereka. Walaupun ada yang suka , ada yang benci ada yang kecam namun mereka semakin dikenali, Betul tak? Lepas tu baru Mak Dara mula memahami apa yang dimaksudkan oleh suami Mak Dara dengan membina "KARAKTER" itu.. Fuhhh tak sangka arwah suami Mak Dara ni memang fikir jauh ke masa depan. 

Namun sayangnya setelah kematian arwah Mak Dara telah berhenti terus dari dunia blog selama hampir 3 tahun. I quit when im on top (for me lah hahaha perasan jap k). Memang sayangggggg sekaliiiii..  Kini Mak Dara terpaksa start from a scratch, Bermula dari mula. Insyaallah Mak akan lebih aktif berblog selepas ini . Dan buat arwah suami Mak Dara.. Terima kasih atas segala galanya . Akan saya terus perjuangkan penulisan saya dalam skrip drama dan juga blogging in Syaa Allah.. Al fatihah buatmu Bang..


Image may contain: 1 person


Nantikan Mak Dara akan buat COMEBACK!!!!!!!



Thursday, January 11, 2018

Selamat Hari Jadi Adza Isabella

Selamat Hari Jadi Adza Isabella

Hari ni 11hb Jan 2017 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 11 tahun. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga.. Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya.. 

Happy Birthday Adza Isabella!!!



Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella siang tadi.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya kakak kakak dan abangnya.. Tak lama lagi birthday Mak Dara pulak pada 24hb Januari nanti nak sambut kat mana agaknya ek hehehehe

Buat Adza Isabella.. Selamat hari jadi buat anak busyuk mama Adza Isabella Martias​ yang ke 11 !!!! Moga menjadi anak yang solehah dan dibawah lindunganNya selalu.. Mama akan buat apa sahaja untuk cuba membuatkan Belle gembira macam dulu.. Mama janji insyaallah dengan izin Allah.. Happy Birthdayyyy busyukkk...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK