Friday, April 13, 2018

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Dam dam dum bunyi mercun.... ehhhh puasa pon belum nak main mercun hehe... takpe walaupun posa pun belum start lagi tapi tak salah kalau nak prepare baju raya awal awal kan.. so nanti takde la kalut time raya nanti. Ok moh Mak Dara nak khaborkan tentang Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

"Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

Image result for Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.
Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak. 

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair. 

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018

(TEL: Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909) "

Saturday, April 7, 2018

Bajiwoa Studio Fotografi Termurah Di Shah Alam

Anda sedang mencari studio untuk photoshoot atau mencari photographer . Tapi budget anda amat terhad. Anda ingin mencari pakej pakej photografi yang MURAH dan BERPATUTAN ?? Berita baik untuk warga Shah Alam kerana BAJIWOA STUDIO menawarkan pakej  mampu mulik dan TERMURAH di Shah Alam. Pakej nya bermula dari RM 50 aje uols..


Bertempat di No 40-1F Jalan Setia Perdana AY U13/AY Bandar Setia Shah Alam terletaknya studio ini . 

Image may contain: text

Bajiwoa Studio menawarkan servis photographer dan juga sewa studio kepada mereka yang menginginkan perkhidmatan studio lengkap dan khidmat photographer yang terbaik. Jika tuan puan menyewa studio sahaja tanpa photographer, harganya cuma serendah RM50 sejam manakala jika tuan puan ingin menyewa pakej studio, harganya cuma serendah RM100 sahaja bagi setiap jam. Murah kan?

Bajiwoa Studio selalu menjadi pilihan kepada pemilik produk produk pakaian , barangan kecantikkan dan banyak lagi. Dengar khabar mereka juga ada servis untuk menyiapkan tugasan tahun akhir jurusan fotografi. Fuh pendek kata semua yang berkaitan dengan fotografi boleh menggunakan servis dari mereka.

Tapi sebelum Mak Dara beritahu tentang pakej pakej yang ditawarkan , mohle berkenalan dengan pemilik Bajiwoa Studio ini terlebih dahulu..

Image may contain: textImage may contain: 1 person, smiling, text
Pemilik studio ini adalah anak kelahiran kedah yang merantau ke Selangor meneruskan minat selaku photographer. Atas dasar minatnya terhadap dunia fotografi, beliau telah membuka studio photoshoot. Dengan nama diberi Abdul Aziz, beliau mula serius dalam bidang fotografi atas dasar minat dan pernah menjalankan sesi fotografi dengan beberapa jenama terkenal dan juga sebahagian photoshoot bersama jabatan kerajaan.

Ok dah berkenalan dengan owner baruulah boleh buka bicara tentang harga "mas kawen"nya betul tak hehe.. Ok mari kita lihat antara pakej yang disediakan.

Image may contain: one or more people and text

No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Image may contain: text  Image may contain: text

Image may contain: text  No automatic alt text available.

Itu  antara beberapa pakej yang ditawarkan oleh Bajiwoa Studio . Tapi kalau nak tahu lebih detail kenalah tonton video interview Mak Dara bersama permilik Bajiwoa Studio ni ok..

video interview Mak Dara bersama Su Aziz permilik Bajiwoa Studio

Alang alang dah berada di sana. Mak Dara dipelawa untuk mengambil gambar oleh Encik Su Aziz.. Apalagi.. Berdesup laju Mak Dara berdiri depan kameranya. Bukan senang untuk mengambil gambar di studio dan mendapat sentuhan magis Encik Su dan lensa kameranya tu ..
  

         

Image may contain: 1 person, standing


Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing

Fuhhhh terasa macam model dibuatnya.. Yang bestnya En Su Aziz tidak lokek dengan ilmu. Dia memberi tips tips untuk posing untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik.. 

Bagi mereka yang nak mendapatkan khidmat dan servis dari Bajiwoa Studio boleh hubungi mereka di...

https://www.facebook.com/bajiwoastudio/

CALL / WHATSAPP
019426411

ALAMAT
No 40-1F Jalan Setia Perdana AY U13/AY 
Bandar Setia Alam

Shah Alam, Malaysia

EMAIL

Selamat BANGUNKAN JIWA bersama BAJIWOA STUDIO




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK