Thursday, March 31, 2011

Yeay.. Follower ke 750!!

Hari ini genap blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 2 bulan 2 minggu. Bertambah bersyukur apabila hari ini blog Mak Dara ni menerima follower yang ke 750 tepat jam 6:17 petang tadi.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Cik Mimie kerana sudi follower Mak Dara yang ke 750.

 
Mak Dara juga ingin ucapkan terima kasih kepada teman teman blogger yang follow blog Mak Dara hari ni.

... DALAM BOTOL

Suami Mak Dara sekarang sedang menjalani Master Class Penulisan Skrip yang dianjurkan oleh Finas. Yang datang mengajar di Master Class tu adalah pengarah hebat dari Indonesia iaitu JOKO ANUAR. Dialah yang menulis skrip dan mengarahkan filem JANJI JONNY, filem KALA dan beberapa buah filem lagi dan telah memenangi beberapa anugerah hebat di luar negara seperti di Berlin dan Sundance Festival. Difahamkan yang menyertai Master Clas itu juga bukan calang calang orangnya. selain suami Mak Dara, Sofea Jane, Rashidi Ishak, Raja Azmi, Wan Raja dan beberapa lagi penulis skrip, pelakon dan pengarah terhebat tanah air.

Maka semalam Puan Raja Azmi nak belanja semua rakan rakan yang menyertai Master Class untuk melihat filemnya ... DALAM BOTOL. Maka suami Mak Dara bawa le Mak Dara bersama sama. Semua berjumpa di TGV Wangsa Walk Mall dan terus masuk kedalam panggung dan menonton filem terbaru dari Raja Azmi ini.


Memang lain dari yang lain. Filem ini penuh dengan mesej mesej. Di setiap bait bait dialog yang diucapkan terdapat mesej tersirat dan tersuratnya. Memang kenalah filem ni dengan masalah gejala sosial yang banyak berlaku sekarang. Semoga yang menontonnya mendapat pengajaran dari filem ni. 

Banyak juga yang review dan mengkritik tentang filem ni. Bagi Mak Dara itu semua pendapat masing masing dan kita harus hormati pendapat mereka. Namun bagi peminat "art movie" macam Mak Dara pasti akan menyukai filem ni. Lain orang lain citarasanya kan =) Mak Dara rasa filem ini memang filem terbaik dari Raja Azmi. Tahniah kepada Raja Azmi all the cast and crew juga.. 

Mak Dara bersama hubby, Raja Azmi producer filem ... DALAM Botol, Raja Wan, pelakon ... DALAM BOTOL, Gambit, Joko Anuar penrah filem "JANJI JONNY" dan teman teman hubby yan lain sedang diner selepas menonton filem ... DALAM BOTOL di TGV di Wangsa Walk Mall.
 
hubby Mak Dara with Raja Azmi dan Wan Raja 
penerbit dan pelakon filem ... DALAM BOTOL

Mak Dara with JOKO ANUAR pengarah filem terkenal Indonesia

my hubby with JOKO ANUAR pengarah filemJANJI JONNY
Semalam Raja Azmi beritahu yang filem ini dah mencecah kutipan 1.3 juta.. Tahniah!! Jadi bagi yang belom menonton filem ni pergilah menonton yer. =)

PINTU TAUBAT

Sebentar tadi kawan Mak Dara ada call dan beritahu yang drama yang Mak Dara tulis tengah diulang tayang di Astro Oasis. Drama yang dimaksudkan oleh kawan Mak Dara tu ialah PINTU TAUBAT. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama suami Mak Dara, Martias Ali.


Drama ni dah ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 tak sangka akan diulang tayang lagi pada tahun ni. Syukur alhamdullilah.. Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT
EPISOD 1 : TANGGANG

EPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIR

EPISOD 3 : RASUAH

EPISOD 4 : ANAK

EPISOD 5 : AIR NERAKA

EPISOD 6 : CURANG

EPISOD 7 : DUSTA

EPISOD 8: RAGUTAN MAUT

EPISOD 9: INSAF ZARINA

EPISOD 10 : SAMUN

EPISOD 11 : TEKSI

EPISOD 12 : PELANGGAN


EPISOD 13 : MALAIKAT MAUT
Salah satu scene dalam drama PNTU TAUBAT
Rem antara pelakon yang menjayakan drama PINTU TAUBAT


lagu tema drama bersiri PINTU TAUBAT oleh Oja

Rimas Di Tag Menilik Nasib Berpandukan Jenis Darah

adoi... sebelum ni hari hari di Facebook Mak Dara akan ditag dengan gambar gambar seperti Mengetahui personaliti melalui bulan kelahiran dan macam macam jenis tilikan lagi.. Sekarang pulak asyik kena tag dengan Rahsia Personaliti Dari Jenis Darah pulakkkk..


Jenuh ler Mak Dara remove tag setiap hari.. Dah letih ler nak remove remove tag tag macam ni. Itu belum kena remove tag dengan gambar gambar baju untuk dijual oleh butik butik on9 dalam facebook tu.. Kalau gambar Mak Dara ada pada gambar gambar tu ok le jugak.. Ni gambar yang takde kene mengena...Jenis darah pun tak sama dengan Mak Dara.. Ni yang buatkan semakin malas nak login ke facebook ni.. Sekarang kalau login FB pun sbb nak ping entry je ahaha

HEADER SIMPLE TAPI MENARIK

Pagi ni bukak jer blog terbaca yang Mak Dara telah di Tag oleh THE LEKAT LEKIT GURL untuk menyertai satu contest iaitu HEADER SIMPLE TAPI MENARIK. Memang menarik contest ni jadi apalagi berdesuppp laju Mak Dara menjoinkan diri. Tks Suria kerana sudi tag yer =)


Dah lama jugak Mak Dara tak join mana mana contest atau GA , ni disebabkan Mak Dara sendiri tengah sakan menganjurkan LUCKY DRAW. Tarikh tutup LUCKY DRAW Mak Dara tu malam ni iaitu tepat pukul 12 tengah malam. Pada sesiapa yang nak join sila klik di SINI yer.. Ehhh terpromote Lucky Draw sendiri pulak haha. Ok berbalik pada contest ni. Mak dara nak pertaruhkan header Mak Dara seperti dibawah

 Mak Dara nak tag 5 org teman Mak Dara
1) meggiBOY
2) Martias Mohd Ali
3) Top Imagine
4) Rose Johari
5) eb ezrin2

Pada rakan rakan blogger sekalian yang nak join contest ni boleh klik di link dibawah yer 

Wednesday, March 30, 2011

Cara Mudah Untuk Bertemu Jodoh

Ingin mencari teman hidup? Mak Dara bukan ler pencari jodohnya yer hehehe.. Cuma nak share dengan kengkawan yang masih solo molo yang sedang menanti mr atau miss right mengenai sebuah group di FACEBOOK iaitu Group MENCARI TEMAN HIDUP . Group ini dibuka oleh teman karib Mak Dara iaitu En Azha Syazri Azizan. 


Ramai calon calon yang sedang mencari pasangan dan ada juga sekadar mencari teman di dalam group tu. dan mereka semua memang baik.. ramah ramah dan sporting orangnya So pada teman teman blogger.. all the single ladies..all the single man..terutama yang mencari bakal calon untuk menamatkan zaman bujang tu boleh ler join group ni yer. Pada yang dah berpunya tu kalau nak join pon boleh.. Ramai jugak yang sudah berkahwin join group ni. Anda boleh memberi nasihat atau pendapat kepada mereka mereka yang sedang mencari cinta tu.. Tapi kalau yang nak menambah cawangan tu errrr no komen hahahaha

klik di SINI untuk ke GROUP MENCARI TEMAN HIDUP

Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012

Berita baik kepada semua Film Maker.. terutama kepada pembikin Filem Pendek. Kini anda boleh menghantar karya karya filem pendek anda untuk dipertandingkan di Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012.Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 akan dianjurkan oleh En Jurey Rosli, En Yusof Kelana dan En Martias Mohd Ali.

Logo Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012


DECO DECO BENG BENG BOONG

Yaaaa Ben Ashaari ada buat segmen baruuu pagi ni.. Kali ni segmen DECO DECO BENG BENG BOONG.. Khas untuk blogger blogger baru.. Blog Mak Dara baru jer 2 bulan lebih bersiaran.. kira memang dalam kategori blogger baru la kan hehehe..

OK senang jer nak join..Untuk join segmen ni .. amat mudah sekali .. Cam biasa .. buat satu entri ... Letakkan header BEN ASHAARI BLOG .. Tajuk , DECO DECO BENG BENG BOONG ! hahahha.. ok ? Dan linkkan ke blog ini , WWW.BENASHAARI.COM .. bukan link ke entri nk tau ! ke blog ini .. ok ? senang je.. tu jer ..

Kemudian .. bila dh siap ... tinggalkan url korang di ruangan entri ini .. tu jer .. Ok .. url korang tu , cuma url blog korang .. bukan url entri korang tu.. ok ? Faham tak ?? Contoh , www.benashaari2.blogspot.com .. tu jer .. ok ? CUn ?

jommmmm join ramai2 =) klik di link ini utk join... http://www.benashaari.com/

Tuesday, March 29, 2011

Jackie Chan Meninggal Hanya Khabar Angin Sempena April Fool

perghhh dah kecoh dekat facebook pasal JACKIE CHAN Meninggal dunia akibat serangan jantung.. Betul ke ataupun saja nak buat April Fool?? Ish benda macam ni tak baik buat memain..


Dah puas Mak Dara google. Ada yang kata betul.. Ada yang kata ni hanya prank sempena april fool.. Ada yang tulis yang president America pun sedih dengan kematian Jackie Chan ni.. Huhhuhu konpius betulll.. Ada jugak khabar angin macam ni melanda Jackie Chan pada 2008 dulu..


Rasanya ni hanya khabar angin ajelah.. Memang tak baiklah orang yang mulakan khabar angin ni main mainkan hidup dan mati orang..

ANDA DAN MAGGI

Hari ni Mak Dara nak cerita pasal maggi.. bukan nak bagi resepi masak maggi bukann.. Ni pasal blog anak teruna Mak Dara iaitu MaggiBOY. Blog si MaggiBoy dah cukup sebulan semalam jadi dia pon nak buat la 1st GA. Senang aje nak sertai GA MAGGIBOY NI.. baca kat bawah yer..


Sempena sebulan birthday Blog MAGGIBOY ni..MB ingin menganjurkan GIVEAWAY yang pertama untuk MaggiBoy ni. Giveaway ni senang mudah cepat dimakan hehe.. Macam nak buat meggi jugaklah.. Dah MaggiBoy ni memang gila makan Maggi maka GA pertama MB mestilah pasal Maggi jugak kan. Mudah ajer nak sertai GA MB ni.. Cuma buat satu entry tentang...
"ANDA DAN MEGGI"


itu aje.. Senangkan?Tak kisah ler gambar anda tengah makan maggi ke, gambar rambut anda kerinting macam maggi ke.. gambar Anda berdiri di belakang huruf M ke.. Ambik gambar pembalut maggi di internet pun tak per MaggiBoy tak kisah hehe. Bagi yang takde gambar tu tulis le tentang Anda dan Meggi kalau malas nak tulis banyak banyak takper.. Tulis perkataan "Maggi" pun dah cukup. Ini cuma cadangan MeggiBoy. Buatler macam mana pun takper asal ada kena mengena dengan Maggi itu aje..
syarat syarat untuk menyertai MAGGIBOY 1st Giveaway (GA) ini ialah

1.Follow Blog MeggiBoy
2. buat satu entry tentang "ANDA DAN MAGGI" bersama banner di atas ye
3. Tag Sekurang-Kurangnya 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GIVEAWAY Ini.
4. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini. tu jer =)


Jom ramai ramai join GA MaggiBoy ni jommmm.. klik di link ini yahttp://adzahaiqal.blogspot.com/2011/03/meggiboy-1st-giveayay.html Buat permulaan ni Mak Dara nak tag semua yang baca entry ni hehe

Bila ADZA bertemu ADZA

tengah blogwalking tadi terjumpa satu blog ni..


Adza Dyas.. Wahhh nama pemilik blog ni ADZA jugak.. Ingatkan Mak Dara dan adik beradik Mak dara serta anak anak serta anak anak buah Mak Dara aje yang bermula dengan nama ADZA rupanya ada lagi yang sama nama dengan nama keturunan Mak Dara ni.. Teruja Mak Dara dibuatnya.. apa lagi terus pollow!!!


Bertambah lagi nama ADZA di malaya ni hehe.. Selamat berkenalan dik .. jom sama sama terjah ke blog Adik Adza Dyas ramai ramai.. http://aforadza.blogspot.com/

"TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM"


Mak Dara nak join "TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM" . Top ni memang antara penerjah blog Mak Dara yang sempoiiii.. Memang rajin terjah Blog Mak Dara.. Memang sahabat blogger yg beshhhh =) So Mak Dara tak nak lepaskan peluang untuk sertai segmen dari Top ni.

1. Ko orang wat satu entry bertajuk "TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM" dan letakkan banner kt atas ni dalam entry ko orang...
DONE

2. Ko orang nak follow ke x terpulang la.. (coz, kalo follower aku bertambah tp, entry aku xdpt feedback wat pe kn.. )
DONE dah pollow lamer dah hehe

3. Citer sket pandangan ko orang tentang header aku ngah berimaginasi tu... hehe...
Mak Dara rasa amat sesuai header tu dengan Top. Memang nampak sedang imagine.. hehe

4. Send link entry ko orang tu kt comment box entry ni..
DONE

5. Senarai bloglist (tarikh tutup) tu akan mula dipublish bile follower aku dah cecah angka 777.. so, lame la kn tempoh tu coz angka follower aku lembab sket bertambah :)
Cantekkk =)

6. Bile dh tersenarai, kalo sape2 yang xupdate blog dieorang selama seminggu, aku remove serta merta :)
Rogerr..

7. Tag la 2 orang (nk lebih pon xpe)
Mak Dara nak tag semua yang membaca entry ni.. hehe bior ramai sikit yang join =)

jom ramai rami sertai "TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM"

PADAH Bila Alat Penimbang Badan Disalah Letak

Berattttttt.. Memang beratttttt masalah ni.. Memang padahhhhh bila alat penimbang berat badan disalah letak.. Maunya tak.. Dulu tempat penimbang berat badan elok elok jer Mak Dara letak dihadapan pintu bilik air.. dah memang jadi kewajipan setiap kali lepas mandi sure naik tempat penimbang tu dan ukur berat badan.. Kira boleh le agak agak untuk maintainkan badan gebuuuuu dan kembang semangkuk Mak Dara ni.

Tapi sejak 2 bulan lebih ni alat timbang badan Mak dara tu missing in action.. Tak tau mana letak.. Maka takdelah lagi sesi menimbang berat ala ala The Biggest Looser tu.. Bukannya tak boleh beli yang baru..Tapi setiap kali nak beli baru rasa beratttt lah nak bawak balik. Pikir nanti balik umah carilah.. dan macam macam alasan Mak Dara buat. Bila tiada alat penimbang berat badan.. Maka Mak Dara pun lupa daratan le.. Maka makan pun tak jagalah huhu

Tup tup pagi tadi baru jumpa alat penimbang. Rupanya maid Mak Dara simpan dalam store.. huhu bolehh ?? hahahaha.. Maka sesi menimbang berat badan pun berlangsung setelah 2 bulan lebih tertunda.. jeng jeng jeng..

pic oleh en google =)

bukan 1.. bukan 2.. bukan 3.. tapi 4 kilo lebih!!!! berat Mak Dara bertambah 4 kilo lebih!!! uwaaaa macam nak menangis pon ada. Habisla sesi SLIMING SANCTUARY Mak Dara sebelum ni.. huhuu.. Tak boleh jadi.. kena buang balik 4 kilo lebih ni.. moral of the story ialah jangan salah letak alat penimbang berat.. jaga pemakanan dan jangan malas malas huhuhu.. sedihh tapi itu lah kebenaran yang terpaksa Mak Dara telan.. err takmo telan takmoooo hahaha

Monday, March 28, 2011

Bila Blogger Otai Join Geng Makan Meggi.. Meriahhhh Jadinya!!

Terkejut aje Mak Dara tadi bila anak teruna Mak Dara cakap yang sorang Otai Blogger ni follow blognya "MEGGIBOY".. wahhh biaq betui? Mak Dara pun apa lagi.. Cer Citer.. Cer Citer.. Cer Citer.. Dia pon ceritalah sambil sambil dia bersiap siap nak kesekolah kejap lagi..

Kisahnya dia follow segmen yang dianjurkan oleh Otai Blogger ni.. Tak lama lepas tu Blogger Otai tu follow blog dia.. Perghhh memang bagussslah .. Memang dah sifat semula jadi blogger otai ni memang suka membantu blogger blogger yang baru.. Nak Tahu siapa Blogger Otai tu.. nuuu tengoh di bawah..


Anak Mak Dara pun apa lagi... lajuuuuuuuu aje terus tulis entry ler.. hahaha


Errr Mak Dara tak sure dengan gelaran Uncle tu.. Entah si BA suka ke tak dipanggil Uncle hehehe.. Tapi apa apapun Mak Dara nak ucapkan terima kasih kepada En Ben Ashaari kerana menjadi pemangkin dan pembakar semanagt untuk anak Mak Dara dan Mak Dara sendiri untuk terus berblogging.. Terima kasih =)

Jom ler gegarrr blog si MEGGIBOY beramai ramai yer klik kek sini http://adzahaiqal.blogspot.com/ atau pic dibawah.. tengkiuuuu hehe


Sunday, March 27, 2011

FOLLOWERS KE 700!!!

Syukur Alhamdulilah blog Bicara Mak Dara telah mendapat followers ke 700!! Amin.. syukur.. Ini lebih membuatkan Mak Dara lebih bersemangat untuk lebih gigih untuk berbloging..

Mak Dara ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Adik Miza kerana telah menjadi ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA Ke 700!!


Terima kasih Dik..Ok Meh Mak Dara nak ceritakan sedikit tentang Adik Miza.. Nama sebenar Miza iala Hamizah Aris . Ijazah Sarjana Muda Pendidkan Sains(Biologi) insyaALLAH akan grad tahun 2012 :)

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Miza.. Jom ler ramai ramai terjah ke blognya ni.. Klick aje link ini http://mizathesoda.blogspot.com/

Saturday, March 26, 2011

Bergolap Gulita demi EARTH HOUR

Mak Dara dan family turut menyertai kempen Earth Hour yang baru jer habis sebentar tadi.. Sejam tanpa lampu rasanya sekejap ajer berlalu dengan keletah anak anak Mak Dara yang seronok bermain dalam gelap.

Anak teruna Mak Dara dengan pose ala ala greennya hehe

Mak Dara bersama anak anak semasa Earth Hour

keadaan ruang tamu rumah Mak Dara semasa Earth Hour.. huhu golapp

Anak anak main masak masak dalam golap
(gambor ni terang sbb pakai flash hehe)

Sikit lagi dah boleh bukak lampu yer darlingss hehe

lepas setengah jam terus diorang bosan main haha

Yeayyy akhinya kami berjaya menghabiskan sejam tanpa berlampu.. Sehingga tahun depan.. Save Earth .. Save Life =)

Jom Tengok Sama Ada Blog Korang Berat atau Ringan?

Seperti biasa Mak Dara akan memulakan senaman pagi Mak Dara dengan Blogwalking dan kalau rajin sikit buat blog jogging plus blog terguling guling hehe.. Eh kira senaman le jugak.. untuk jari tangan =)

Tetiba Mak Dara sampai ke blog adik . Tetiba mata Mak Dara tertarik dengan satu entry yang ditulis oleh Nour.. RINGANKANLAH BLOG KORANG... Yup bagi kaki blogwalking macam Mak Dara ni memang suka ke blog blog yang ringan.. Blog yang sarat sarat tu tengok mood jugak.. Kalau mood tengah baik akan Mak Dara tungguuuuu sampai page habis load.. Tapi kalau angin meroyan Mak Dara atak mali.. kalau page lambat sangat nak load Mak Dara atak kasi pangkah woo hehehehe..

Rupanya Nour ada share bagaimana nak timbang berat blog kita semua. Mak Dara dah buat dan hasilnya..


Wahh bangga neh nak tunjuk result hahaha.. Uols pun boleh tengok Sama Ada Blog Korang Berat atau Ringan. Err bukan dengan penimbang berat macam kat kedai runcit tu.. bukan.. Apa yang perlu anda buat ialah klik di link di bawah tu dan masukkan url anda dan tunggu resultnya. Di bawah sekali akan diberikan berapa masa diperlukan untuk membuka blog korang.. Cer Cuba.. Cer Cuba.. Cer Cuba yer.. wah ayat baru Mak dara reka nih.. sukerr hehe

http://www.iwebtool.com/speed_test
link ke speed test

Selamat mencuba.. dan ringan ringankan.. =)

Friday, March 25, 2011

Apa yang perlu dilakukan semasa EARTH HOUR

Earth Hour... Ia merupakan kempen memadamkan lampu selama sejam pada 26Mac dari pukul 8:30 malam sampai 9:30 malam ini. Satu dunia tengah berkempen sama. Ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan manusia di bumi mengenai bumi yang semakin hancur disebabkan ‘global warming’,lapisan ozon semakin menipis dan macam-macam la yang akan merosakkan bumi ini.


Mak Dara turut sertai Earth Hour tahun lepas dan akan sertai juga pada tahun ni.. Nak nak pulak anak sulung Mak Dara tu memang kearah green.. green the earth katanya.. Tak padan dengan umor 13 tahun hehe.. Dia tak suka Mak Dara shoping dan ambil plastik bag bila membeli barang barang. Dia akan suruh Mak Dara bawak "green bag" yang boleh recycle dan guna banyak kali.. Dia jugalah yang paksa Mak dara beli bag tu haha.. Tapi kadang kadang kalau keluar shoping tanpa dia.. Kantoi jugak.. Ambik juga plastik bag bila dah siap bayar dan time nak ambil barang yang dah dibeli. Tapi bila balik cepat cepat simpan bag plastik di dapur kasi dia tak nampak haha. Ahamdullilahlah jika dia ada kesedaran macam tu dari usia muda.. Macam Mak Dara dah tua tua baru nak sedar tentang kempen kempen macam ni..


Mak Dara nak lebih bersedia untuk setai Earth Hour ni malam ni.. Dan dah siapkan list..

Apa yang perlu dilakukan untuk sambut EARTH HOUR

1) Beli lilin banyak banyak
2) siapkan kipas tangan
3) Charge Laptop sampai Full
4) Sediakan mainan yang boleh dimain bersama anak anak
di dalam gelap untuk elakkan diorang boring
5) Siapkan makan dan minuman ringan untuk anak anak
6) Tutup Lampu selama sejam
DONE!

Itu list Mak Dara ler.. Orang lain punya list dan aktiviti masa Earth Hour ni mungkin lagi adventure dari Mak Dara rasanya hehe. Uols join kempen Earth Hour malam ni? Bagi yang join sedialah apa apa yang patut yer.. =)

PERCUTIANG KE TERENGGANU

Minggu lepas Mak dara dan family pergi bercuti ke Terengganu. Di sana kami duduok kat Awana Kijal.. Memang awesome!! Tempat besttt..

Mak dara & Anak2 depan Awana Kijal Terengganu

bermain dam gergasi dengan anak anak
mama arah.. anak anak angkat.. senang keje haha

Hubby Mak Dara tengah relax2 di tepi pantai belakang hotel

Mak dara dan semua anak anak Mak dara di tepi pantai

my sayangsssssssssssssss

teringat masa time jadi model 17thn duluuu uwaaaa

Mak Dara dan anak anak di Pantai Kemasik

me with my darlings

Pendek cerita Mak Dara dan keluarga banyak habiskan masa di tepi pantai jer sepanjang percutiang kami ke terengganu tu.. Memang cantik.. memang bestttttt pegi sana.. harap dapat kesana lagi nanti =)

UPDATE STATUS DI BLOG

Sekarang Mak Dara dah jarang.. jarang.. kadang.. kadang... mengupdate status di Facebook.. Jangankan nak update nak bukak Facebook pun dah jarang sekarang dek kerana penangan blog ni.. kalau bukak FB pun sebab nak ping entry terbaru aje.. Tak baik kan haha.. Rasanya lebih nikmat berblogging dari berfacebook pulak sekarang. Tak tau lah kenapa..

Tapi bukan senang nak buang tabiat untuk update status.. Maka Mak Dara pun cari idea dan buat UPDATE STATUS DI BLOG!



Status Update Mak Dara

Hehehe ok gak kan..Mungkin dah ada orang buat.. Tak kisah ler kan, Mak Dara baru terpikir nak buat macam tu.. at least boleh gak update status kat sini ehehehe.. Nampaknya akan lagi jarang jarang dan kadang kadanglah menjenguk ke facebook lepas ni =)

Hilangkan Kemek Di Kereta Dengan Dry Ice


Kereta adik Mak Dara baru aje kene langgor minggu lepas.. Apa lagi teruslah masuk bengkel dan repair. Nasib baiklah semua kerosakkan ditanggung oleh orang yang melanggar keretanya tu, kalau tak mau ratus ratus jugak yang kena tu.

Tetiba Mak Dara baru dapat tahu dari Pakcik Mak Dara yang sebenarnya kalau kereta kemek dek kerana dilanggar atau melanggar boleh dihilangkan atau dibaiki dengan dry ice? uikk bior betul.. Setahu Mak Dara dry ice atau ice kering ni selalu diguna dalam drama tau filem untuk babak babak berasap asap ni. Tak tau pulak boleh kasi repair kemek di kereta.

Dry Ice yang digunakan untuk kasi effek berasap asap

Oleh kerana Mak Dara terlalu musyil maka bapa saudara Mak Dara emailkan satu klip youtube pada Mak Dara. Cuber uols tengok kat bawah yer..



Perghhh bior betul kan.. Gamaknya inilah yang selalu pemilik bengkel buat pada kereta kereta yang kemek tu kan? pastu charge harga repair tak hengattt.. Ini Mak Dara hanya nak share aje. Tak tau le boleh gunakan atau tidok cara ni sebab belum cuba lagi hehe.. Tapi kalau uols nak cuba silakan le yer hehe

Thursday, March 24, 2011

MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB

Mak Dara ni memang kaki berjalan.. Nak nak pulak bila suami Mak Dara pun memang suka berjalan maka memang sesuweiii la kan hehe.. Mak Dara selalu travel cara backpacking.. Tapi itu kalau travel dengan hubby aje. Kalau dengan anak anak travel macam biasa la..

Backpacking ni best.. kira sempoi aje.. Dah bertahun tahun kami berbacking sampailah hubby Mak Dara tergerak hati untuk buat satu group iaitu MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB aka MBC kat facebook. Saje je memula tu ingat takde yang berminat untuk join group kami tu.. Tapi sejak dilancarkan sampai hari ni alhamdullilah sambutannya amat memberangsangkan.. Hampir 8292 orang join group ni =)

Banyak juga aktiviti yang dianjurkan oleh suami Mak Dara, Martias Ali dan group ini. Antaranya Backpacking ke Hatyai, Backpacking ke Vietnam, Backpacking ke Cambodia dan banyak tempat lagi di dalam dan luar negara.

dari kiri En Wira naib president MBC,
hubby Mak Dara Martias ALi president MBC dan Mak Dara @ Johor

MBC @ Ekspedisi HOME

MBC di dalam rancangan Farah Fauzana di TV9


Mak Dara dan suami bersama pengarah filem Azizi Chunk dan rakan2
backpacking di Vietnam

Mak Dara, suami, Azizi Chunk dan rakan backpacking di Vietnam

me and the guys @ ANGKOR WAT CAMBODIA

mak Dara di Terowong Chu Chi di Vietnam

Hujung tahun ni kami planing untuk Backpacking ke New Zealand. Pada sesiapa yang minat travel sevara backpacking ni bolehlah join group kami ni. just klik di logo di atas atau di SINI untuk ke page group ini ya =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK