Saturday, April 30, 2011

Mak Dara Bersiaran Dari Kulim Kedah

Cewahh cewahhh Mak Dara tengh perasan macam ini live telecast dari Kulim la ni hehe.. Yaa syukur alhamdullilah.. Semalam Mak Dara selamat tiba di kampung halaman Mak Dara iaitu di Kulim Kedah pada pukul 5 pagi setelah bertolak dr KL kul 1 pagi.. Mak Dara balik ni untuk menghadiri majlis perkahwinan teman teramatttt rapattt Mak Dara iaitu Marzuki. Mak Dara dan Marzuki ni dah berkahwan lebih dari 23 tahun.. Wahhh lama kan kan kan. Yang bestnya.. Mak Dara dah beranak 4 baru le teman Mak Dara ni naik pelamin.. Seru datang lambat kat dia ni hahaha.. Marzuki ni kalau uols nak tahu adalah sepupu kepada pengulas sukan Hafizal Hamat.

Hafizal Hamat
Syukur alhamdullilah..Majlis perkahwinan itu brjalan dengan lancarmya.. Esok esok bila Mak Dara balik KL baru Mak Dara uploadkan gambor gambornya yer.. Mak Dara lupa bawak card reader balik Kulim le keke.. P/s: semoga perkahwinan ABang Kie dan Kak Umie kekal sehingga ke anak cucu.. Insyaallah..

Okey adik adik sekalian.. Semasa ketiadaan Mak Dara ni tolong le tengok tengokkan blog Mak Dara ni yer. Mak Dara nak kena packing ni esok nak ke Langkawi pulak.. Selamat berbloging sumerrrr .. Kenanglah daku dalam BW mu kekeke

Dara ke mak ini?


Mak aiiii tersentap juga bila terbaca benda ni di shoutbox Mak Dara aritu.. Yelah mana tak sentap bila orang bertanyakan tentang dara.. satu topik yg agak sensitip kan.. Mulanya hangen jugak satu badan... Tapi bila pikir pikir balik mungkin niat pengomen tu untuk melawak dengan Mak Dara mungkin .. So Mak Dara bawakkan diri untuk senyum...

Apa apapun the moral of the story mory kat sini.. berhati hatilah dengan apa yang ditulis.. supaya tiada hati yang tersinggung.. renung renungkan dan selamat berblogging =)

Friday, April 29, 2011

Gambar Gambar perkahwinan Prince Wiliam & Kate

Gambar gambar perkahwinan Will & Kate dari kaca mata Mak Dara hehehe








He's taken girl!!! hehehe

SONGKOK

Dah settle packing baju untuk balik kampung petang karang pastu terus Mak Dara layan TV sambil dok tunggu Wedding Prince Wiliam yang akan ditayangkan pukul 5 jap lagi.. Sambil sambil tu tangan gatal picit picit remote TV tetiba Mak Dara tersenyum sendiri bila tengok drama yang bertajuk "SONGKOK" sedang ditayangkan di RTM1 sekarang ni..


Idea asal drama ni dari Mak Dara dan Mak Dara tulis skrip ini bersama suami Mak Dara Martias Ali, Adik Mak Dara Adza Nasya emie dan teman kami MF Kencana.. Skrip Drama ni adalah Skrip ke 58 yang telah Mak Dara tulis..

Kalau sudi tu tengok le drama ni yer =) Kalau nak tahu sinopsis panjang lebar tentang drama ni klik di SINI yer =)


bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;)


Hari ni Mak Dara nak join segmen bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;) yang dianjurkan oleh Pinky Momma yang sangat gojess..

Syarat syarat penyertaan
1. tajuk : bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;)
DONE

2. letak header di bawah ni
DONE

3. bagitau apa2 je tentang blog ni..simple kan..
i akan baca setiap jawapan tu..huhu ;p
menanti dgn penuh saspen..phewww~
DONE

Blog Pinky Momma ni yang pertama sekali menarik perhatian Mak Dara adalah headernya tu.. Haaaa.. Mak Dara memang minat nak taruk bunga bunga pada header Mak Dara macam yang terdapat pada header Pinky Momma ni.. Tapi bila adik Mak Dara buat header yang ada sekarang ni pada Mak Dara.. Mak Dara terima ajelah hehe.. Pinky Momma ni memang friendly.. Selalu mengomen di blog Mak Dara.. Memang peramah orangnya.. Lagi satu yang Mak Dara perhatikan blog Pinky Momma ni memang kemas... Itu yang Mak Dara suka terjah ke blognya.. Tapi Mak Dara ni silent reader di blog beliau hehe.. I malu youu haha..

4. nama yg join segmen ni..akan di letakkan dalam bloglist ku..
Wahh Bestttt

5. tamat ari ahad 1 mei 11 jam 8 malam..
Cantekkk..

Pada sesiapa yang nak join segmen ni klik di SINI yer =)

PACKING time!

Masanya untuk Mak Dara packing baju.. Nak balik kampung Mak Dara di KULIM Kedah untuk menghadiri kawan Mak Dara yang bakal naik pelamin Sabtu ni.. Pastu terus Mak Dara dan keluarga akan berdesuppppppppp ke Langkawi..

Langkawi oh Langkawi.. At last akan ku jejakkan kakiku di tanahmu jua .. Walau asal kedah tp Mak Dara tak pernah pegi Langkawi hehehe.. Tapi dok search dan google semalam semua tempat yang best banyak yang dah fully book.. Adoyai.. jangan kami anak beranak kena bukak khemah tidoq kat tepi pantai cukup le..

Takleh jadi.. Habis je packing ni terus calling2 lagi kat hotel disana.. Harap2 ada la yang kosong lagi huhu..

Ada sesiapa kat sini yang dok Langkawi.. TOLONGGGGGGGGGGG!!! hehehe

Perkahwinan Prince Wiliam Dan Kate


perkahwinan Diraja pewaris takhta Britain, Putera William dan Kate Middleton di Istana Buckingham, London akan berlangsung esok 29th April .. Tak sabar rasanya nak tengok acara gilang gemilang ni.. Adakah majlis ini akan jadi semeriah dan se"grand" majlis perkahwinan Prince Chalse dan Princess Diana dulu? Kemungkinan besar ya... Kira kira 2 bilion penduduk dunia bakal menyaksikan majlis perkahwinan ni..

Tapi yang pasti majlis ni akan menjadi WEDDING OF THE CENTURY!! Semoga perkahwinan putera sulung princess Diana kekal sehingga keakhirnya ... =)

Orang Kedah Yang Derhaka..

Orang Kedah Yang Derhaka..Haaa itulah yang selalu dicakap oleh makcik makcik Mak Dara pada Mak Dara..Nak tahu kenapa.. Sebabnya Mak Dara ni nama aje asal dan dilahirkan kat kedah tapi ke Langkawi tak pernah jijakkan kaki lagi hehehe..

Kata makcik Mak Dara.. Ke Jepun, Cambodia, Thailand, Singapore, Vietnam, India, Taiwan semua hang dah sampai.. Kat langkawi hang tak pi lagi no.. Ha hahaha kedepuk hambekk .. Tapi memang betul pun apa yang dicakapkan oleh Makcik Mak Dara tu.. jadi untuk menyahut cabaran ini.. Mak Mak Dara akan pulang ke kampung Mak dara di KULIM kedah esok untuk hadiri kenduri teman Mak Dara pastu terus berdesupppp ke Langkawi pada hari Ahad nanti..


Tapi memang blur.. Nak duduk dimana yang best.. Aktiviti apa yang best kat sana? Ada rakan rakan blogger yang dok kat langkawi atau pernah pi langkawi.. cerciter ceciter sikit dan rekomen sat apa apa yang menarik kat sana hehehe

Thursday, April 28, 2011

Umur 10 Tahun Dah Nak Jadi Blogger

Mak Dara berkenalan dengaan dunia blog ni masa umo Mak Dara 30++.. Kira dah dalam kategori kertu gitu.. Sekarang ramai blogger dari kalangan remaja dan tidak ketinggalan anak kedua Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana yang baru nak masuk umo 10 tahun..

Kisahnya bermula bila dua bulan lepas anak sulung Mak Dara Adza Danial Haiqal,13 mintak bukakan blog untuk dia.. Setelah ditolak ditambah maka Mak Dara approve permohonan dia. Sebab antara alasan dia untuk buka blog sebab dia memang suka menulis pastu dia boleh baiki skill menulisnya. Ayat bodekk sure lulus dengan jayanya kan so lahirlah blog MeggiBoy.. Kenapa nama tu tu dipilih, sure korang boleh tangkap punya . Yaa betul .. 10 markah.. Yup sebab anak teruna Mak dara ni memang hantu makan Meggi hehe..

Sekarang si Nina pulak minta dibukakan blog untuk dia.. Pastu alasan yang dia bagi .. ramai kawan Nina dah ada blog.. and..I wanna be youngest scriptwriter .. Haa anak dara Mak dara ni memang suka speaking.. kadang kadang tunggang langgang . Kadang kadang ayat dia guna lebih dasyat dari ayat ayat skiping london Mak Dara.. Itulah penangan Disney Channel hari hari yang ditontonnya..


Waduh alasan yang dia bagi lagi power dari abang dia.. Bagus juga kalau dapat asah bakat menulis dia dari muda.. Mula mula tulis blog pastu tulis skrip. Lepas dapat kelulusan dari hubby Mak Dara maka Mak Dara pon bukakan Blog untuk dia...


mohle terjah ke blog anak dara Mak Dara ni yer http://mizzninakirana.blogspot.com/

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

Sedari kecil Aku memang suka menulis.. Mak kata sejak pandai pegang barang barang yang selalu aku cari ialah pensel atau kaler.. Habis satu rumah akan ku hiaskan dengan lukisan lukisan dan tulisan tulisan ... Sejak masuk sekolah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.. mata pelajaran yang paling aku minati adalah Bahasa Malaysia dan paling gumbira bila cikgu suruh buat karangan.. Haaaa ni memang masa yang amat ditunggu tunggu.. Disinilah aku meluahkan segala idea yang selalu bermain di kepala hotak. Tapi selalu jugak dimarah cikgu sebab selalu aje terlebih perkataan yang diminta. Disuruh tulis seratus patah perkataan akan ku bantai tulis 3 muka surat haha..


FOLLOWER KE 1000!!!!

Syukur alhamdullilah.. Blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 3 bulan 16 hari. Bertambah bersyukur apabila beberapa hari yang lalu blog Mak Dara ni menerima AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA yang ke 1000!!



Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Atiqah Sayuti kerana sudi follower Mak Dara yang ke 1000!! Jom ramai ramai kita terjah ke blog adik kiut ni dan klik di link http://blogger-atyqa.blogspot.com/ atau klik di bawah..



Dan tidak dilupakan kepada semua Ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA kesemuanya. Setiap seorang dari anda adalah amat amat bererti dan amatttt bermakna bagi Mak Dara. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap sorang dari anda yang tidak putus putus terus mensupport blog picisan Mak Dara ini....

Nyaris Ucapkan Selamat Tinggal Selamanya.

Fuhhh syukur alhamdullilah.. Masih dapat menghembuskan nafas lagi hari ni.. Ini semua gara gara semalam.. Citer dia begini.. Mak dara dan adik Mak Dara Adza Rina dan Adza Emie berserta anak Mak Dara Adza Isabella4thn, dan anak buah Mak Dara Adza Kelly 1thn dalam perjalanan ke Shah Alam.. Kami bertolak dalam pukul 7:30 malam.. Hujan renyai renyai aje time tu..

Tengah rancak rancak bersembang tiba tiba tayar kereta adik Mak Dara hampir hilang kawalan dek kerana jalan yang sangat licin...

Adik Mak Dara tekan habissss brek tapi kereta tetap meluncur kedepan.. Kereta kami makin lama makin dekat nak berlanggar dengan kereta depan.. Mak Dara dah pejam mata....Adik Mak Dara yang tengah drive mula menjeritttt .. Kepala Mak Dara fikir.. Tak sempat nak jumpa anak anak Mak dara yang lain.. Tak sempat jumpa suami.. Itu je yang terlintas dalam kepala Mak Dara ni..

Tinggal tak berapa inci saja dari berlanggar dengan kereta depan kami.. Dengan kuasa Allah swt kereta kami tu perlahan dan tak melanggar kereta depan tu!! rasanya tak sampai 2-3 inci aje!!! Memang dekat gilaaaaaa... Kami pun hairan macam mana kereta boleh tak berlanggar sebab kalau ikut betul2 memang kompommmmm akan berlanggar punyalah. Ini semua kuasaNya.. Syukur alhamdullilah.. Syukur tuhan masih panjangkan umur kami...... syukurrrrrrr

Wednesday, April 27, 2011

MAK DARA PEMENANG TEMPAT KETIGA!!!

Mak aiii bertapa gumbiranya hati Mak Dara.. Mak Dara adalah pemenang tempat ketiga Supermodel's Secrets 1st Yr Anniversary!!!


Perghhh memang tak sia sialah Mak Dara tak putus asa join contest demi contest demi contest.. Walaupun banyak kali gagal tapi...... akhirnya berjaya juga menang .. Walaupun di tempat ketiga tetap bangga tak hengatt punya hehehe.. Tks Michelle owner product SUPERMODEL'S SECRET BEAUTY STORE . Produk produk you memang gempak lah =)

Sebelum ni Mak Dara jadi antara pemenang bertuah contest si comel dan gojes Yuyu Zulaikha dengan contest Ferrero Giveawaynya tu.. Wahhh syukur allhamdullilah.Tak sabar rasanya nak tunggu kedua dua hadiah tu sampai =)


Tuesday, April 26, 2011

BLOG BARU YANG PASTI MENGGEGAR!!!

Kompom!!! Blog ni pasti akan meletop letop dalam sekelip mate aje.. Mak Dara adalah follower yang ke 15 blog ni.. Dan pasti dalam sejam lagi akan jadi 50++ dan dihujung malam ni akan mencecah beratus ratus lemon... =)

Kalau nak tahu milik siapakah blog ni.. Sila klik di SINI =)

Mak Dara Nak Jadi Mak Kay Poh

Hehehe... Ramai teman teman blogger yang dah join WWWOW Digi AWARD kan.. Mak Dara pun coba le nasib.. Mak Dara join kategori Top Kay Poh Award.. Hehe. Ate itu aje kategori yang sesuai dengan Mak Dara rasanya hehehe..

Pada kengkawan Mak Dara yang cun lagi gojes lagi hensem dan menawan.. hehe ayat bodek tu nampak tak hahaha.. Kalau sudi tu vote le Mak Dara..


Klik di ikon ini untuk vote ye=)

Mak Dara dahulukan dengan ucapang terima kasih yang tak terhingga... Really appreciate it =)

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH


KISAH MAK DARA DAN 11 BUAH SEKOLAH!

Haa... En Ben Buat segmen tentang sekolah.. Mak Dara harus menjoinkan diri.. Mak Dara rasa pengalaman sekolah Mak Dara memang lain dari yang lain.. Tak percaya.. Meh baca...Mak dara ni pesyen suka tukar tukar sekolah.. hampir tiap tiap tahun tukaq sekolah.. Jikalau nak tahu jumlah keseluruhan sekolah yang pernah Mak dara belajar dari sekolah rendah sampai sekolah menengah semuanya 11 buah sekolah...

Sebab apa Mak Dara suka bertukar tukar sekolah? Maybe sebab ayah Mak Dara dulu adalah Wazir sekolah.. Dibawahnya dia menjaga sebanyak 33 buah sekolah. So Mak Dara ambik kesempatan dengan kuasa ayah Mak Dara tu dengan tukar tukar sekolah tiap tiap tahun. Walaupun puassss le ayah Mak Dara tu menentang dan marah tapi Mak Dara tetap jugak degil. Last last terpaksala ayah Mak Dara ni menurut kemahuan "anak kesayangannya" ni hehehe..

Tapi kebelakangan ni alhamdullilah, dah banyak berjumpa balik dengan kawan kawan sekolah menerusi Facebook.

Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara menutut:

1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1

2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2

3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3

4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)

5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5

6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6

7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1

8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2

9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3

10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4

11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5


Mak Dara semasa di tingkatan 2
dari kiri Mak Dara(time tu anak dara) & Siti @ Sek Men Putra - Perlis

hehe.. banyakkan? betul tak cakap Mak Dara, pengalaman sekolah Mak Dara ni lain dari yang lain hehehehe...

Pada sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik di gambar di atas atau klik di SINI ya .

Post Ke 300!!


pejam celik.. pejam celik... ketuk ketuk jari kat laptop tiba tiba sedar je rupa rupanya ini adalah post Mak Dara yang ke tiga ratos!!!!!!!!!!


Post ketiga ratus dalam masa 3 bulan 9 hari!!! perghhh apa la yang Mak Dara dah merapu meraban dalam 299 post yang lain ek hahahaha... Diharapkan semua yang baca post post Mak Dara tak mendapat apa apa jenis penyakit jiwa dengan bahasa dan cara penyampaian mak Dara menulis ye..

Terima kasih Mak Dara nak ucapkan pada semua yang sudi layanzzzz dan membaca apa yang Mak Dara tulis dan merapukan.. Tankiuuu =)

GUNA TELUR UNTUK MEROMPAK

Malam tadi Mak Dara dapat mesej dari teman FB Mak Dara . Terkejut juga membacanya dan dia minta supaya perkara ni di sebarkan kepada semua kawan kawan .

Pesanan dari PDRM -

If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spray any water.You can drive with whatever visibility remaining until you reach a safer place.

Because eggs when mixed with water becomes milky and block your vision up to 92.5%.
Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers
This is a new technique used by robbers in Johor Bahru.
Please inform your friends and relatives.
Please take this seriously.

Hmmm macam mcam style baru penyangak penyangak ni nak merompak orang.. Tapi apa apapun lebih baik kita berhati hati.. Jom ramai ramai sebarkan tentang hal ini pada sahabat dan keluarga kita ya..


Monday, April 25, 2011

Pekerjaan Mak Dara

Syukur alhamdullilah.. Mak Dara bersyukur sebab mendapat kerja yang amat Mak Dara minati iaitu menulis.. Selama 15 tahun Mak Dara berkecimpung dalam bidang penulisan skrip. Skrip drama yang Mak Dara tulis dan telah ditayangkan di kaca TV adalah sebanyak 61 buah.. Antara skrip skrip itu ada yang ditulis bersama adik Mak Dara, Adza Nasyaemie, teman teman penulis, panel penulis dan juga bersama suami Mak Dara iaitu Martias Ali yang juga seorang penulis skrip yang merupakan mentor Mak Dara..



Diatas adalah slide drama drama Mak Dara.. Macam macam pengalaman Mak Dara dan suami hadapi dalam dunia penulisan ni.. Ada kisah suka , macam bila drama dapat rating tinggi, suami menang hadiah, dan ada juga kisah duka.. Ada kes kena tipu, kes orang tak bayar, orang dengki, orang burukkan dan jatuhkan nama , orang tiru idea sehinggalah ke kes nama Mak Dara tak dimasukkan menjadi penulis skrip dalam kebanyakkan drama yang Mak Dara hasilkan.. Namun itu semua asam garam kami dalam bidang penulisan ni. So yang manis jadikan kenangan yang pahit kasi telan hehehe

Dan sekarang Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie sedang menulis skrip drama bersiri bertajuk Puteri Salamia.. Doa doakan semoga kami dapat menyelesaikan tugasan ini secepat mungkin ye.. lagi cepat habis lagi cepat masyukkk keke

Bila Anak Nak BerBLOG..

Hmmm... Dua bulan lepas anak sulung Mak Dara Adza Danial Haiqal,13 mintak bukakan blog untuk dia.. Setelah ditolak ditambah maka Mak Dara approve permohonan dia. Sebab antara alasan dia untuk buka blog sebab dia dia memang suka menulis pastu dia boleh baiki skill menulisnya. Ayat bodekk sure lulus dengan jayanya kan so lahirlah blog MeggiBoy.. Kenapa nama tu tu dipilih, sure korang boleh tangkap punya . Yaa betul .. 10 markah.. Yup sebab anak teruna Mak dara ni memang hantu makan Meggi hehe..

Malam ni satu lagi cerita.. Anak kedua Mak Dara si Adza Danina Kirana pulak minta dibukakan blog untuk dia.. Pastu alasan yang dia bagi .. ramai kawan Nina dah ada blog.. and..I wanna be youngest scriptwriter .. Haa anak dara Mak dara ni memang suka speaking.. kadang kadang tunggang langgang . Kadang kadang ayat dia guna lebih dasyat dari ayat ayat skiping london Mak Dara.. Itulah penangan Disney Channel hari hari yang ditontonnya..

Adza Danina Kirana (11thn)

Waduh alasan yang dia bagi lagi power dari abang dia.. Bagus juga kalau dapat asah bakat menulis dia dari muda.. Mula mula tulis blog pastu tulis skrip..

Hmmm kalaulah.. Ini kalau Mak Dara luluskan permohonan si Nina ni.. Jangan dia taruk nama CocoaCrunchGirl sudah.. sebab dia ni memang suka makan cocoa crunh hehe... Hmmmm sabor ye Nina.. Biar Mama pikirkan dulu jawapannya..


Ada sesiapa pakai prepaid TUNETALK

Ada sesiapa pakai prepaid TUNETALK tak.. Nak kasi top up kat uols ni.. RM10..ada yang sudi?

BEN CARI BLOG BARU LAH


BEN CARI BLOG BARU LAH .. Blog Mak Dara ni baru je bersiaran dalam 3 bulan 6 hari .. so memang kenalah kriteria sebagai blog baru.. Apa lagi tak nak ketinggalan dan join segmen BA..

5 blog baru yang Mak dara suka:
1) MeggiBoy
2) Adza Nasya Emie
3) IMAGINE
4) Elle Elyssa
5) Life with Sandra.....

5 blog lama yang Mak dara suka:
1) LEKAT LEKIT GURL STORY
2) RAFINAMIMI.COM
3) ADZA IRDAWATI
4) ini belog konon sedap MakDaraTerdiva™
5) BANGKU KOSONG™

sambil sambil nak join segmen.. mak dara nak berkempen jugak.. Sudilah kiranya vote utk Mak Dara di SINI dan undi utk Ben di SINI utk WWWOW Digi AWARD ye hehehe

Nak join segmen ni klik di SINI yer

Tak Puas Hati Dengan 5 Blogger Ni

Memang Mak Dara tak puas hati dengan 5 orang blogger ni..

http://lekatlekitgurl.blogspot.com/
http://topimagine.blogspot.com/
http://storyfromlittlesweet.blogspot.com/
http://timelineskasih.blogspot.com/
http://bintangkita080808.blogspot.com/

Hampir apa saja post terbaru yang Mak Dara update pasti diorang akan komen. Pantang ada post baru pasti nak komen... Ni tak boleh jadi ni.. Mak Dara takkan puas hati selalgi............... Mak Dara tak ucapkan ribuan terima kasih kepada uols sebab sudi tinggalkan komen untuk post post Mak Dara tu. Dan Mak dara takkan puas hati kalau tak terjah uols dan memberi komen balik hehehee . Uols memang terbaik le.. Selalu selalulah datang memberikan komen anda kat sini.. Mak dara amat amat amat menghargainya...

Err jangan marah ye.. Sure ada yang ingat Mak Dara nak gaduh tadi kan heheheeh... Itulah terjadi bila Mak Dara dah sertai WWWOW Digi AWARD dalam kategory "TOP KAY POH AWARD" teruss je nak jadi kay poh hehe.. Alang alang dah baca ni vote le Mak Dara di SINI yer hehehehe

Kasih Oh Kasih

Kasih adalah nama anak Mak Dara yang ketiga.. Itu nama panggilan dia.. Nama penuh dia Adza Kasih Safea..

Adza Kasih Safea

Hmmm malam tadi Kasih lain betul dengan Mak Dara.. Satu hari asyik ciummmm aje Mak Dara.. Lepas tu tadi dia nak mandi malam.. Selalu mandi petang.. Dah tu pulak tiba tiba dia cakap... "mama tolong mandikan kasih.. Kasih nak Mama mandikan Kasih.."

Lain benor Kasih ni malam ni.. Selalu mandi sendiri sendiri aje.. Ye lah dah besarkan dah darjah satu..

pikir pikir balik kan... ishhhhh tak baik kan Mak Dara ni suka fikir yang bukan bukan.. Tulah tulis skrip drama banyak sangat sampai kepala otak pun suka pikir benda yang bukan bukan.. Hehehe.. Insyaallah mudah2an takde apa apa.. Saje je dia nak bermanja dengan Mak Dara kan.. betul tak...

Sunday, April 24, 2011

MY HOTZ BUDDIES - Teman Tapi Panazz

Ada macam macam jenis kawan di dunia ni.. Ada kawan zaman kanak kanak, Kawan zaman sekolah, Kawan zaman U, Teman zaman kerja , Teman tapi mesraaaaaaa.. Tapi kalau nak tau Mak Dara ada Teman tapi Panazzzzz.. ala ala hots gitu hehehe..

Sebenarnya Mak Dara dan beberapa BFF Mak Dara di FB ada tubuhkan sebuah group MY HOTZ BUDDIES... Kami terdiri dari 21 orang sahaja. Group ni adalah "secret" so kalau uols search kat FB pun takkan leh jumpa punyalah.. Ini kira first time group MY HOTZ BUDDIES diceritakan.. Harap Hotz Buddies Mak Dara tak bako Mak Dara ye hahaha..


Group ni dah bergabung lebih dari 3 tahun dah.. Ada antara kami yang kenal sejak dari zaman Myspace lagi.. Boleh dikatakan kami semua dah jadi BFFFFF.. Kami selalu adakan gathering.. Dulu hampir setiap minggu.. tapi sekarang dek kerana keadaan masing masing yang amat bz maka kami buat gathering sebulan sekali.

MAJLIS BERBUKA PUASA MY HOTZ BUDDIES

MY HOTZ BUDDIES FUTSAL

MY HOTZ BUDDIES @ Ogy and Halim's Garden Weeding


MY HOT BUDDIES @ BORA OMBAK

Hari ni adalah gathering kami yang entah kali keberapa.. rasanya dah berpuluh gathering dah yang kami buat.. Bertempat di CHAWAN Bangsar.. Dan minggu depan akan BBQ di Kemensah pulak then stay kat Serendah pulak.. Memang the bestttt goup ever lerrrr...

My Hotz Buddies @ CHAWAN Bangsar

Ahli2 MY HOTZ BUDDIES

Di atas tu ahli2 masa mula mula MY HOTZ BUDDIES ditubuhkan. Tp sekarang dah berkurangan sikit.. Tapi tak pernah bertambah hehe.. harap2 group ni berkekalan le sampai bila bila insyaallah... To all my HOTZ BUDDIES.. Sayang korang ketat ketat.. muahhhhhhhhh


Sejuk Perut Ku Dibuatnya

Sejuk Perut Ku Dibuatnya.. Bukan sebab dek makan ais krim dua cawan kejap tadi.hehe. bukan.. Ini ala ala macam kata orang tua tua.. Sejuk perut Ibu mengandungkan anak.. Haaa macam tu le lebey kurang maksud tersurat dan tersirat Mak Dara tu. nak tau kenapa.. Cetengok..cetengok..cetengok..

Haiqal urut kaki mama

Ha itulah anak teruna Mak Dara.. Adza Danial Haiqal .. Dia tengah gigih mengurut kaki Mak Dara yang terpeleot semalam.. Sejuk perut mama ngandungkan Carl.. Syukur alhamdullilah .. Harap harap bila mama dah tuo kerepot nanti Haiqal sudi le jaga mama ye..

Saturday, April 23, 2011

MIZA , AIDA , AMIR TERSINGKIR, FINA & HAZAMA MASUKI AF9



MIZA TERSINGKIR DARI AF9!! Mak Dara tak terkejut dengan penyikiran Miza ni.. Majoriti yang tidak mengundi Mira maybe sebab Mira ini agak lantang bila berbicara sejak kebelakangan ni.. Terutama ketika satu episod tirai akademi dimana Miza bercakap tentang 4 calon peserta yang diwar warkan bakal dimasukkan dalam OPERASI GUGUR minggu ni.. Memang kurang enak didengar..Apa apapun all the best dik!

Ingatkan dia sorang aje yang tersingkir tiba tiba Pak Nil umumkan Aida dan Amir turut tersingkir.. Nah kauuuu.. 3 sekali tersingkir... Kesian juga pada diaorang tapi nak buat macam mana kan dah takde rezeki...

namun tahniah Mak Dara ucapkan pada Fina dan Hazama kerana berjaya diserapkan ke dalam AKADEMI FANTASIA 9.. buat yang terbaik guys.. Buktikan bahawa korang memang layak untuk berada di AF9 tu

Apa apapun Mak Dara vote for FINA!!! =)

Garanggggggnya Kak Ogy Malam ni

Malam ni Kak Ogy garanggggg betul.. Rasaanya agak emo sikit ketika dia bagi kritikan di Akademi Fantasia sekarang ni.. Ada betul juga apa yang dikritiknya tu.. Tapi pasti ada cara yang lebih "berlapik" atau halus yang boleh diucapkan oleh Kak Ogy tu.. Tapi takpelah.. Maybe dia frust dengan persembahan para pelajar AF musim terakir ni.. Mak Dara pun frust tengok persembahan diaorang.. Patutnya diaorang berjuang habisan habisan sebab mingu ni Operasi Gugur.. Mereka bakal digantikan dengan 4 calon pelajar yang tak sabar untuk rampas peluang menjuarai akademi Fantasia ni...

Hmm... ini yang buatkan Mak Dara tak bersemangat nak tengok AF ni huhuu.. Tapi kalau Fina masuk AF malam ni br le bersemangat balik hahaha



Friday, April 22, 2011

AMIR BIEBER




Sekarang tengah berlangsungnya rancangan MAHARAJALAWAK di Astro Warna  Dalam rancangan tu tadi, AC Mizal menggelar Amir sebagai Amir Bieber ... Kekeke..

Sebelum ni Mak dara kurengg sikit dengan Amir ni.. Ya lah persembahan demi persembahannya amatlah mengecewakan kan.. Tapi malam ni terkejut juga Mak Dara  dibuatnya. Malam ni persembahan Amir  boleh dikatakan bagus.. Malah mendapat pujian dari mamat Khalid.. Rasanya kalau tiap tiap minggu Amir buat persembahan macam tadi barulah dia layak berada di rancangan MAHARAJALAWAK ni kan.. Apa apapun all the best dik..

Tapi apa apapun... Nabil tetap menjadi pojaan hatiku hehehehe

OPERASI GUGUR!

Mak Dara baru je selesai menonton tirai akademi fantasia kejap tadi.. Akceli minat Mak Dara nak tonton akademi musim yang terakhir ni idok le berbunga bunga seperti musim musim yang sebelumnya ni.. Tapi minggu ni Mak Dara tertarik dengan OPERASI GUGUR yang diperkenalkan oleh Akademi Fantasia.. Satu kelainan.. So tertarik le balik nak tengok benda yang baru kan.. contohnya kalau hari hari makan nasi dengan ikan kering.. sesekali nak jugak rasa pizza kan .. errr apa kena mengena ikan kering dengan operasi gugur ni? hehe layanzz aje la ye..

Tapi Mak Dara rasa tak berapa best dengan apa yang Mak Dara tengok tadi.. Kesemua pelajar AF seakan menyampah dengan 4 calon pelajar yang bakal menggantikan tempat mereka tu.. Yelah memang Mak Dara faham.. Dok elok elok tetiba ada orang nak caras peluang kita untuk berjaya sure bengang punyakan.. Tapi cubalah fikir balik ini semua adalah yang dirancang oleh Astro. So bagi Mak Dara 4 calon peserta tu tak bersalah dan tak perlualah dibenci sebegitu sekali.. Dah Astro offer takkan keempat empat calon pelajar ni nak tolak kan... So.. Chill adik adik.. Insyaallah kalau dah ditakdirkan korang  menang..walau berapa pun calon yang dibawa masuk.. atau berapapun operasi gugur yang akan dilakukan , pasti kejuaraan ittu tetap akan jadi milik korang jugakkan.. Just tumpu dan buat yang terbaek esok.. Tak payah tension tension yer =)

p/s: Mak Dara harap Fina masuk le sebab suara dia memang terbaikkkk... sempat jugak tu ada iklan hehehe

Bangku Kosong Buat Mak Dara Terharu


Adussss..Blogger Bangku Kosong atau nama sebenarnya siapa yang tak kenal dengan beliau kan.,hari ni  beliau betul betul buat Mak Dara terharu sesangat... Manakan tidak..Tiba tiba hari  ni BK buat satu entry tentang Mak Dara maunya tak terharu.. Apa yang ditulis tentang Mak Dara? hehehe malulah nak citer hehehe.. kenalah baca di SINI yer

Satu penghormatan untuk Mak Dara.. BK merupakan antara blogger favorite Mak Dara.. Tiap tiap hari Mak Dara masuk ke blognya dan baca entry entry di blognya.. Banyak betul tips tips dan panduan yang diberikan oleh saudara Hasrul ni.. Memang semua petunjuk dan petua serta tips2 yang diberikan amat berguna terutama bagi blogger baru macam Mak Dara ni. Tapi selalunya Mak Dara jadi silent reader aje di blog beliau hehe Terima kasih BK... U really make my day... =)

MEGGIBOY Di Tangga Pertama WWWOW Fave Person Under 15 Award!


Salam satu malaysia huhuhu. Formal sungguh Mak Dara hari ni hehe.. Hari ni Mak Dara terujaaaa tersukaa dan sedikit tergediks haha.. Tapi sebelum tu Mak Dara nak khaborkan... Tahu tak korang.. DiGi ada anjurkan award show terbaru. iaitu Digi WWWOW award. Ada banyak kategori dalam tu.
Akceli Mak Dara pun ada join 2 kategori dalam tu sajer sajer test market.. Tapi jangan haraple boleh menang hahaha. Dan anak Mak Dara si Adza Haiqal pun join jugak.. Carl menaruhkan blognya MEGGIBOY dalam kategori Fave Under Person 15....

Percaya tak...MEGGIBOY Di Tangga Pertama Digi WWWOW Fave Person Under 15 Award!  Wah bangga nih bangga nih hehehehe..


Dapat jadi no 1 buat sementara. pun jadi la... sekurang-kurangnya dapat merasa jugak kan hehehe. Pada kengkawan Mak Dara, yg lawa yg ensem yg kacak yg manis, undilah  anak Mak Dara ni ye. Kalau menang Mak Dara belanja makan meggi.

Klik SINI untuk mengundi yer. Saya dulukan dengan ucapan terima kasih

Thursday, April 21, 2011

Puteri Oh Puteri

Hehehe jangan pulak ada yang bernama Puteri tersedak pula bila Mak Dara jerit panggil nama Puteri ni yer.. Sebenornya.. Mak Dara nak sambung buat skrip drama bersiri tu.. Belum habis habis lagi skrip Puteri Salamia ni.. Mak Dara pun heran naperlah liat bebenor Mak Dara nak habiskan skrip drama ni kali ni. Dulu lajuuu jer.. Satu hari boleh dapat satu episod.. Kali ni 2 hari pun tak habis lagi satu episod..

Last last Mak Dara dapat jawapannya.. Sebab masa Mak Dara menulis skrip dulu mak dara belum lagi bukak blog.. Sekarang ni konflik menulis skrip dan menulis blog hahaha.. Adoyaiii.. Tak leh jadini.. Nak kena fokus kembali.. Koje lebih penting hehe..

Ok Mak Dara sambung dulu kisah si puteri ni yer.. karang karang kita sembang lagi =)

Group Ping Entry Yang Tak Boleh Ping Entry

Pasti ada yang pening baca tajuk Mak Dara ni kan.. Sebenarnya Mak Dara sendiri pun pening kekekeke..

kisah dia macam ni... Petang tadi, macam biasa.. lepas habis jer buat satu entry terus le Mak Dara pingkan entry terbaru Mak Dara tu di beberapa group di Facebook yang menawarkan tempat untuk mempromosikan entry entry dari para blogger.. Tetiba baru Mak Dara sedar yang Mak Dara dah ditendang keluar dari satu group ni.. Tak perlulah Mak Dara beritahu apa nama group tu.. Tapi memang group itu  bertujuan untuk para blogger pingkan entry entry mereka. Hairan betul.. Kelaka pun ada hehehe..

Walaupun memiliki ahli hanya 200++ tapi group ni memang bagus. Itu Mak Dara tak sangkalkan.. Masa Mak dara nak join group ni hanya mengambil masa 3 saat je nak approve..So hampir setiap hari mak Dara pasti akan pingkan entry Mak Dara termasuklah group ni.. Tetiba hari ni kena tendang keluar.. Buatkan Mak Dara pikir.. Apa salah aku ek? Ada letakkan entry melampaui batas ke? tak.. post yang berbaur lucah ke? tak jugak..

Pikir punya pikir baru Mak Dara dapat tahu kenapa Mak Dara ditendang keluar.. Polisi utama group ini adalah mereka mengHARAMkan sesiapapun yang ping entry dan keluar tanpa beramah mesra.. Mak Dara baru je perasan undang undang diorang tadi.. Manalah Mak Dara tahu, sebab selama dok ping entry entry di beberapa group yang lain tak ada pulak undang undang macam tu.. 

Sedahsyat dasyat group KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang mempunyai 9,084 ahli pun tidak meletakkan sebarang syarat atau undang undang sebegitu.. malah tag line BA sempoi.. "Anda boleh mempromosikan blog anda disini tanpa rasa bersalah....sila sila..." 

So.. Takper.. Mak Dara tak ambil hati langsung.. Takde sikit pun perasaan marah.. Memang Mak Dara bersalahhhh dan telah melanggar undang undang anda  dan Mak Dara mengaku salah.. so memang layak ditendang keluar oleh adik adik sekalian.. All the best adik adik  semua...Semoga group adik adik tu maju jaya ye.. 

SHHH.. DIA DATANG

Bukak channel Astro 109 semalam tengok ada rancangan CERITA ARTIS MALAYSIA.. Kali ni mengenai Saiful Apek.. Huhuhu ex boss Mak Dara tu... Ekceli Mak Dara dulu panel skrip di GITU GITU PRODUCTION. Sebuah production house milik Abang Saiful Apek atau Mak Dara panggil Boss aje hehe. Dari situ Mak Dara tulis skrip untuk Boss . Mak Dara pernah jugak tulis skrip untuk sitkom SENARIO dulu hehe..

Ok berbalik pada rancangan CERITA ARTIS MALAYSIA ni.. Diorang tunjuk ler tentang Filem SHHH.. DIA DATANG.. Mak Dara dan suami Mak Dara adalah penulis untuk filem ni.

FilEm Shhh.. Dia Datang

Aaron Aziz , Imuda, Pak Uda, Allahyarham Din Beramboi, Allahyarham Syukeri Hasim dan beberapa pelakon yang lain pun ada berlakon dalam filem ni.Termasuklah adik Mak Dara sendiri iaitu Adza Rina hehe.


trailer filem Shhh.. Dia Datang

Tapi sayanggggg seribu kali sayangggggg.. Filem ni walaupun dah lama siap tapi tak dapat ditayangkan di pawagam oleh kerana syarikat penerbit ada mengalami sedikit masalah.. Memang frustt le karya kita tak dapat dipersembahkan pada orang ramai huhu..

Takpe nantikan sebuah filem yang Suami Mak Dara dan Mak Dara tulis yang akan ditayangkan dipawagam pada 15 September 2011 nanti. Filem yang bertajuk LIBAS.. hehe citer macam shoalin soaccer gitew.. tungguuu yer hehehe

Kisah Red Mummy , Hanis Zalikha Dan Mak Dara

Petang ni Mak Dara nak cerita tentang Red Mummy , Hanis Zalikha Dan Mak Dara. Red Mummy dan Hanis Zalikha memang antara blogger wanita yang amat berjaya.. Memang antara Idola Mak Dara le dalam dunia blog ni. Dah lama Mak Dara nak Follow blog  blog hebatt ni.. Tapi dari sehari ke sehari asyik jer terlupa.. Tup tup hari ni teringat.. apalagi terus ke page diaorang.. Destinasi pertama REDMUMMY...

 

Susah jugak yer nak follow blog beliau.. Kita kena register dan log in dulu..


Tapi kalau nak seribu daya kan.. maka Mak Dara terus register dan akhirnya Mak Dara berjaya menjadi ahli RED DIVA!! terujaaaa... Destinasi kedua Blog HANIS ZALIKHA

 

Perghhh memang hebat blog Hanis ni.. Bahasa Inggeris yang digunakannya memang superb...

Mak Dara adalah follower Hanis yang ke 25762... Perghhhhhhhhhhhh berpuluh puluh ribu lemon tu yang menjadi followernya. Memang terbaekkk lah dik... Tak sabar nak membaca entry entry yang best best dari kedua dua mereka.. ngeeee =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK