Tuesday, May 31, 2011

Biar Rahsia

Sendiri tulis skrip.. sendiri boleh lupa bila drama ditayangkan di TV adoyaii hehehe.. Ok Malam ni tak nak lepaskan tengok drama BIAR RAHSIA yang Mak Dara tulis skripnya yang akan ditayangkan di RTM1 pukul 9 malam ni.. Dah tak tau episod ke berapa dah sebab banyak dah episod yang Mak Dara terlepas hehehehe

Drama bersiri ni akan keudara dari setiap hari Isnin hingga hari Selasa. So kalau uols free free tu sudi sudilah layanz yer =)



Nama nama watak dalam cerita ni habis mak dara pakai nama anak anak, adik beradik dan nama kawan kawan Mak Dara di FB.. Terbaru Mak Dara masukkan nama blogger Ben Ashaari, Rose, dan Isteri Encik Bard dalam drama terbaru Mak Dara.. Mungkin lepas ni Mak Dara masukkan lebih banyak nama blogger dalam drama Mak Dara yang akan datang.. Insyaallah =)


Jangan Biarkan Sampai "Anak" Itu Mati...

Anak... Anak adalah satu anugerah.. Jangan abaikan anak... bertanggungjawaplah terhadap anak dan sayangilah anak.. Mak Dara nak cerita tentang "ANAK" sebuah filem pendek arahan suami Mak Dara, Martias Ali terbitan En Amru dari syarikat Two Tones Sdn Bhd..

ANAK

Filem pendek ini telah memasuki beberapa festival filem dan terbaru telah memenangi Golden Halo Award, Script International Film Festival 2011 di Kerala India

suami Mak Dara tengah menerima anugerah =)

Mak Dara dan suami di Script International Film Festival 2011 di Kerala India
(bangga wooo pakai kebaya di majlis di luar negara hehehe)

paper cutting Harian Metro

paper cutting

paper cutting

Klik di SINI untuk menonton video filem pendek ANAK..diakhirnya anda akan faham dengan maksud "Jangan Biarkan Sampai "Anak" Itu Mati..."


Mencari pengacara rancangan wanita bertudung

Selamat tengahari... Ni Mak Dara nak sampaikan panggilan ujibakat/casting khas buat wanita wanita bertudung... Tapi apakata sebelum tu tolong klik di SINI dan undi Mak dulu.. boleh hehe tengkiuu

Ok.. ceritanya begini...Teman Mak Dara Mohd Yusof Bin Harun dari group CASTING sedang mencari pengacara rancangan wanita bertudung.. sesiapa yg berminat boleh hantar profile ke 

yusmanja@gmail.com


Pada yang minat nak berlakon tu boleh le join group CASTING ni. Di sana hampir setiap hari ada diumumkan  casting call / panggilan ke ujibakjat..


Klik di SINI untuk ke group ini ya =)

Putuslah Harapanku..

Putuslah harapanku.. seperti lagu 60an tu begitulah perasaan yang melanda Mak Dara sekarang.. Memang putus harapan.. putus anganan.. dan hampir hampir putus urat kentut.. waaaa itu takle kot huhuhu.. Tapi memang Mak Dara KUCIWAAA.. maunya tak.. ku sangka 5 rupanya 6... Apa yang lima apa yang enam? Ini bukan dialog dalam madu 3 ya.. Ini betul betul kejadian. cetengok di bawah..


Ya.. itulah yang terjadi.. Dari tangga ke 4 jatuh ke tangga ke 5 dan hari ni ke tangga ke 6.. Sedih dibuatnya.. Oh wahai le sahabat sahabat ku.. Memang Mak Dara tau anda pun dah letih mendengarnya tapi Mak Dara nak minta jua sekiranya sudi undilah diriku ini di SINI ya.. kerna den sangat memerlukannya..terima kasih semuaaaa... jap nak sambung nanges balik uwaaaaaa =|

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

rokok

 AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA ! 

Pada yang belum tidor lagi jom join segmen Ben Ashaari "Santai Bersama BEN ASHAARI: Segmen 24 jam !" Jom ramai ramai katakan TAK NAK kepada rokok dan NAK join kempen ini.. =)

Monday, May 30, 2011

Mak Dara & Suami dijemput Ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Wahhhhhh gumbiranya rasa dihati.. Rasa bertuahhh sangat sangat.. Maunya tak suami Mak Dara, Martias Mohd Ali dan Mak Dara mendapat jemputan ke Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bertempat di Istana Negara pada 4 jun depan..



Wahhh teruja ni nak masuk istana.. Tengok kad jemputan tu siap ada gambar gambar pakaian yang dibenarkan dan pakaian yang tak dibenarkan untuk para tetamu yang akan hadir di majlis itu nanti.. Ni tak boleh jadi ni.. Nak kena gi beli baju kurung yang baru ni..yang sesuai untuk dipakai ke istana nanti .. Wahhhh terujaaaaaaaaaaaaa =)

Chef Wan Bakal Timang Cucu Lagi..

Wahhh pasti gembira Chef Wan dikala ni bila dia akan menimang cucu baru tak lama lagi. Mak Dara dapat tahu ni pun dari fanpage anak Chef Wan sendiri iaitu Serina..



Di fan page tu Serina menyampaikan berita gembira bahawa dia sedang berbadan dua. Dan kandungannya kini baru mencecah 1 bulan.. Tahniah untuk Chef Wan, Serina dan suami kerana bakal menerima orang baru tahun depan. Sebelum ni Serina telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef dan sekarang Tristan bakal bergelar abang..

gambar dari google

Mak Dara nak ucapkan tahniah kepada seluruh keluarga Chef Wan terutamanya Serina dan suami ya.. Hmm adik Mak Dara, blogger SUPER IBU pun baru juga mengandungkan anak keduanya dan sekarang pun baru sebulan.. Entah entah  mereka akan lahir pada bulan yang sama agaknya kan  =)



Sunday, May 29, 2011

Kung Fu Panda Memang Best!!

Mak Dara baru balik dari menonton wayang Kung Fu Panda 2 bersama family sebentar tadi di Wangsa walk Mall.. Apa yang Mak Dara dapat katakan tentang filem ni adalah.. BESTTT!!!


Memang tak rugi menonton filem ni.. Ada suka ada duka.. Mak Dara paling suka babak masa PO masih baby.. Mak aiiii cuteeeenyerrrrr... Memang cukup cukup menghiburkan. Pada yg belom tgk lagi jangan le lepaskan pelkuang menonton film ni tau.. =)

Bila Suami fan Barcelona VS Isteri fan MU

Haaa ni nak citer sikit pasal Suami VS Isteri... Cerita kisah benar ni.. Akceli kisah Mak Dara dan suami.. Kisahnya bila suami Mak Dara fan Barcelona dan Mak Dara fan MU.. Masing masing sibuk nak menang . Mula tadi barcelona dah jaring 1 gol.. bukan main tersengih aje cik Abang Mak Dara tu.. Tup tup tak baper minit pastu Rooney pulak score satu gol.. Mak Dara pulak yang tersengih...

Tapiiiii lepas tu.. diorang masuk lagi.. masukkkk lagi.. ayakkkkk kalahhhh 3-1 uwaaa.. Hmmmm yang bestnya teman Mak Dara di FB yg memang dari team team yang terdahulu kecundang tetiba malam ni dah jadi team Barcelona.. Adesss hehehe takpe asal uols bahagia hahaha.. takperlah sekurang kurangnya MU sampai jugak ke final kan.. Ok nak sambung jerit balik.. uwaaa=p

Saturday, May 28, 2011

Penyanyi Sean Kingston Kemalangan dan Cedera Parah

Siapa tak kenal dengan penyanyi Sean Kingston kan yang menyanyikan lagu hitsnya "FIRE BURNING" tu.. Khabarnya Sean kemalangan semasa sedang menaiki jet ski di sebuah pantai di Miami bersama seorang rakan wanita. Jet ski yang dipandu oleh Sean dikatakan telah melanggar sebuah jambatan.

Sean Kingston: Seriously Injured in Jet Ski Crash

Kesiankan.. muda lagi Sean ni.. Kalau tak silap mak Dara umurnya baru 18-19 tahun macam tu.. Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh Sean amat parah dia kini dirawat di wad trauma. Moga moga dia cepat sembuh...

Belakang Tabir Video Klip D'ADZA bersama Man Maharajalawak =)

Adoyaiii.. Dah berkurun rasanya Mak Dara tak duduk depan kamera.. Sekali semalam Mak Dara dan adik beradik Mak Dara (D'ADZA) kena shoot video klip untuk lagu APA KAU RASA bersama Man Maharajalawak.. Berderau jugak darah ni dibuatnya.. Tapi Man memang betul betul tarak sombong punya.. Memang best dan sempoi shooting dengan dia..

Video klip ini juga akan dimasukkan di dalam drama "MAN POS MASUK KAMPUNG" lakonan Man. Hari ni diorang akan sambung shooting di Terengganu.. Ni beberapa gambar di belakang tabir Video Klip D'ADZA lagu APA KAU RASA bersama Man=)

Adza Rina adik Mak Dara sedang dimakeup

Krew penerbitan sedang set up set

Mak Dara tengah buat rambut sambil adik adik yang lain tenggah tunggu untuk dimakeup

Abang Yusof Kelana (director) sedang bincang bersama
Adza Yanie(kakak Mak Dara) dan Mak Dara

Abang Yusof sedang bincang bersama Adza tuty(adik) Adza Yanie & Mak Dara

D'ADZA bersama Man Maharajalawak posing sebelum mula shooting =)
(Mak Dara paling kanan hehe)

Ini gambor gambor sebelum mula shooting... Nanti nanti Mak Dara upload pic yg tengah shooting ye =)

Friday, May 27, 2011

BALAS Tersingkir MAHARAJALAWAK

BALAS telah tersingkir dari MAHARAJALAWAK minggu ke 9.. Memang sayang sekali.. Sebab dah terlalu hampir untuk ke final Maharajalawak.. Nak buat macam manakan.. Mungkin dah takde rezeki..




Persembahan BALAS malam ni dengan artis undangan mereka Ngasrizal Nazri mungkin tak ngam..Takpe walaupun tersingkir kompom kompommm dah ramai pihak producer yang sedang menanti untuk mengambil BALAS untuk membintangi drama drama mahupun filem mereka.. Mak Dara ucapkan all the best semoga berjaya dan terus berjaya...

Apa apapun jangan lupa terus mengundi Nabil dan Jozan ye =)

Syukur Baru selesai sooting Video Klip D'ADZA bersama Man Maharajalawak

Syukur alamdullilah.. Mak Dara baru sampai rumah.. Baru selesai shooting video klip D'ADZA bersama Man Maharajalawak di Damansara sebentar tadi... (lagu APA KAU RASA)

Man memang besttt dan sporting.. Tak kering gusi masa shooting tadi... Masih tersengeh sengeh Mak Dara dan adik beradik Mak Dara sebab amat berpuas hati dengan shooting tadi yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Abang Yusof Kelana.. Ishh tak sabar nak tengok hasilnya nanti.. Harap harap ok =)

Tunggu yer... Mak Dara nak rehat jap.. Nanti nanti Mak Dara upload kan gambor gambornye ye =)







Thursday, May 26, 2011

Plus Size? Susah Nak Beli Baju? Ini Jawapannya

Ingat tak dua tiga hari lepas Mak Dara cerita pasal susahnya nak cari baju yang bersaiz besar.. So sekarang pada yang bersaiz cumill lagi gebu seperti Mak Dara hehe, yang ada masalah nak beli baju.. jangan rungsing jangan repot repot ya.. Kini ada jawapannya.. Dan jawapannya ialah. jahit le baju sendiri.. kekeke Ishhh bukan.. melawak aje kang ade periuk belanga terbang melyang layang ke arah Mak Dara karang haha.. Ok serius.. jawapannya ada di sini..

Jessabella\





Seriously beautiful.. Seriously Cheap!!! Yup memang puas hati punyalah.. beratus ratus feshion untuk yang berplus size.. Ramai teman Mak Dara beli dari kedai online ni dan amat berpuas hati dengan belian diorang..
Kalau tak percaya boleh ceck it out sendiri ye =) klik di SINI untuk ke blog ini ya

Tips Jika Tiada Idea Untuk Buat Entry

Entry ni untuk blogger blogger baru macam Mak Dara aje.. Bagi para blogger yang otai tu yang memang dah masak dengan macam mana nak kendalikan blog.. Mak Dara nak minta "tumpang lalu" ye hehehe . Ok... Selamat datang ke rancangan Meroyan bersama Mak Dara hehe..


Takdelah ini sebenarnya bukanlah satu entry tutorial . Rasanya Mak Dara belum layak untuk buat tutorial . Ini sebenarnya entry tentang apa yang Mak Dara buat jika tiada idea untuk buat entry tebaru.. Ok jika Mak Dara dah kering idea inilah yang selalu Mak Dara praktikkan...

1) Sertai Segmen
Bila join segmen sekurang kurangnya kita dapat buat satu entry dan selalunya blogger lain yang menyertai segmen yang sama dengan kita pasti akan menjenguk ke bog kita . Yelah mesti nak tengok pesaing kan . Jadi traffic akan naik dan jika bernasib baik ada yang follow.

2) Tulis Aktiviti Harian Yang dilakukan
Tak kisah le aktiviti tu sebesar atau sekecil mana. Contohnya pegi ke pasar ke, pergi shopping ke.. pegi tengok wayang ke, tulis aje.. Tengok contohnya Ben Ashaari menulis tentang aktivitinya di gym.. Kan menarik tu =)

3) Tulis Mengenai Keluarga
Keluarga.. Pasti banyak yang berlaku dengan ahli ahli keluarga kan.. Contohnya anak baru nak berjalan, Suami di tempat kerja.. Apa yang dimasak oleh isteri ke atau apa apa sajalah..

4) Tulis Mengenai Rakan Blogger
Ini banyak yang boleh ditulis.. Buat review tentang blog rakan rakan blogger. Boleh komen tentang isi kandungan entry rakan blogger atau header diorang tu ke..

5) Baca Surat Khabar
Haaa ini memang banyak topik yang boleh ditulis.. Tapi jangan le main copy dan paste .. Kalau boleh tu tulis le mengikut pandangan anda tentang berita yang terdapat pada surat khabar tu..

Hmmm rasanya itu aje yang selalu Mak Dara buat bila dah takde idea untuk update entry.. Hasilnya.... Ini adalah entry Mak Dara yang ke 425 dalam masa 4 bulan 9 hari hehehe.

Kim Kardashian Dah Bertunang

Mak Dara memang minat gilerrr dengan citer realiti show KEEPING UP WITH KARDASHIAN.. Citer kisah adik beradik yang sangat rapat.. 


Antara Courtney, Kim dan Khloe, Mak Dara paling minat dengan khloe sebab walaupun dia berbadan besar macam mak dara tapi dia pandai menggayakan fashion..Tapi obviously Kim lah yang paling glamour dari mereka semua.. Terbaru Mak dara dapat tahu yang Kim Kardashian dah bertunang..



Yup.. She's taken!! Kim telah bertunang dengan Kris Humphries. Rupanya Kris ni pun pemain basketball NBA juga.. Mungkin nak ikut jejak adiknya Khloe yang telah berkahwin dengan Lamar Odom yang juga merupakan bintang NBA. Tak sabar nak tengok episod ni dimana kim dilamar oleh Kris kan =)

AHLI AJK BARU MESYUARAT TINGKAP MAK DARA

memperkenalkan AHLI AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA terbaru hari ini... (26hb MEI 2011)


anis


 ! terBeLOG


my life,my dream & my priority

Terima kasih kepada Anis, Blogger Terblog , Clara dan Noor Akma ye kerana sudi menjadi ajk mesyuarat tingkap Mak Dara.. Kompom Mak tidur sengehh sampai ke pagi esok ni hehe.. Ok jangan lupa ya... mesyuarat esok bawak cokodok banyak banyak ye.. banyak kita nak bergosip ni hehehe

Wednesday, May 25, 2011

Bosannya Episod Finale American Idol Ni.

Bosan memang bosan.. Tak macam tahun tahun yang lepas.. Tahun ni acara finale American Idol ada dua peserta yang menyanyikan lagu bergenre country.. Sorang  Lauren Alaina dan sorang lagi Scotty McCreery .. Dua dua pun menyanyi lagu country aje 


Lauren Alaina , Ryan & Scotty McCreery

Finale ni pasti akan lebih menarik kalau peserta peberet Mak Dara iaitu si James Durbin masuk final.. suara dia punyalah sodappppp tinggiiiiii .. Memang terbaek lah..

James Durbin

Hmmm rasanya America memang suka music yang bergenre country ni so opkos le diorang undi  Lauren Alaina dan Scotty McCreery.. Kita tunggu ajelah siapa akan menang title AMERICAN IDOL esok ye hehe

Video Promo Untuk DiGi WWOW Award

2 minggu yang lepas adik Mak Dara, Adza Edie ada buat satu video promo untuk DiGi WWWOW award.. Mak Dara pun tak tau sangat hal hal video ni.. Yang Mak Dara tau.. join contest then hari hari vote.. Rupa rupanya Mak Dara tak baca apa yang tertulis kat contest page tu..


Apalagi sesi membodek pun bermulalah.. Setelah puas bodek dan pujuk akhirnya adik Mak Dara sudi record   video promo digi tu untuk Mak Dara.. Dibawah sekitar hari shooting tu =)

Inilah adik Mak Dara, Adza Edie, Director, Editor utk vedio Mak Dara ni..

ni adik ketiga Mak Dara, Adza Tuty.. Dia tgh tunjukkan cara cara nak berdialog.. 
almaklumlah dia dulu pelakon hehe

 
Ini adik bongsu Mak Dara.. Adza Emie. Semua idea utk video ni adalah idea dia..=)


Sempat lagi posing tu kan haha



maka akhirnya jadilah video macam di entry di atas tu.. entah le apa yg Mak Dara rapukan dalam video tu kan haha.. Ramai dah yang buat video promo untuk Digi tu lagi best best .. Good luck pada semua yg sertai contest ni yer.. Pada yang sudi tu plsss le vote utkm Mak Dara ye.. klik di SINI yer.. tengkiuuuuu.. 



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK