Sunday, July 31, 2011

Nikmat berSKODENG Malam Ini..

Haaaa.. Jangan betulkan kaca pc atau lappy anda ya.. Mak bukan nak buang tebiat mahupun nak membuat segmen 18sx hokey.. Mak nak cerita pasal skodeng dan nikmatnya bersekodeng pada malam ini.. Skodeng apa? Skodeng ini lah..

+
=
(gambor tajaan uncle google)

Takmo takmo fikir yang bukan bukan ok hahaha.. Haaa kan nikmat berskodeng pada malam ni.. Nikmat yang tidak terhingga untuk mengetahui bilakah tarikh untuk kita berpuasa betul tak hehe.. Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang ini, Ahad 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Fuhhh pejam celik pejam celik dah nak sambut puasa lagi kan.. memang pantas masa berlalu rasanya macam baru je sambut puasa dan raya hehe.. Tapi yang paling mak tak sabar malam ni ialah nak melihat pengishtiran tarikh puasa.. Nostalgia betul setiap kali melihat pengishtiharan ni rasa macam kembali ke zaman kanak kanak..

Heheh jangan percaya dulu ya belom tentu esok puasa ye hehe

Ahlan Wa-Sahlan Marhaban Yaa Syahru Romadhon Al-Mubaroq, 1432 H, Selamat menyambut dan menjalankan ibadah dalam Syahru Romadhon Al-Mubaroq. Mohon maaf lahir dan bathin. Semoga dengan berkah dan rahmat Allah s.w.t. dapat meningkatkan iman dan taqwa kita. Amien YRA.

SMILEY SUNDAY

Terdapat Wordless Wednesday , Spontaneous Thursday.. Kini Mak Dara nak mulakan "SMILEY SUNDAY" Untuk menyertainya amat mudah.

1. Buat entry bertajuk "SMILEY SUNDAY"

2. Letakkan smiley yang mewakili mood atau perasaan anda pada waktu ini dan terangkan  tentang smiley atau mood anda itu contohnya tengah gembira,marah, sedih dll di hari Ahad yang indah ni ye =)

3. Dah selesai letakkan url anda di sini ye..


pic by google



Saturday, July 30, 2011

Mak Dara Nak Mula Meniaga ...

Syukur alhamdullilah sejak Mak Dara menjuinkan diri dalam business hamper dan cookies bersama adik beradik Mak semakin Mak jatuh cinta dengan dunia perniagaan ni.. Sebelum ni hari hari Mak mengadap komputer aje untuk menjalankan kerjaya Mak sebagai penulis skrip.. Kiranya hari hari mengadap benda yang tak bercakap, benda yang tak beremosi benda yang tak dapat nak bergosip gosip dengan mak haha.. Tapi sejak Mak dan adik menjual cookis dan hamper ni Mak dapat bertemu ramai orang dengan menyaksikan pelbagai ragam dan permintaan wahh best jugak ye sesekali bertukar arah ni.. Dan kini syukur alhamdullilah adik Mak telah mendapatkan booth perniagaan di bangunan PKNS Shah Alam.

ADZA HAMPERS & COOKIES



Kedai kami tu no A40 betul betul di hadapan KFC senang je kiranya nak cari hehe Kami akan memulakan perniagaan pada hari kedua atau ketiga bermulanya bulan puasa nanti. Kalau jalan jalan ke Shah Alam dan nak membeli kuih atau hamper raya jangan lupa datang ke kedai Mak ye... Doa doakan untuk perniagaan dan Mak ye =)


Friday, July 29, 2011

Pemenang Kilauan Emas

Mak Dara nak tabik spring kepada Astro kerana telah mengadakan satu rancangan yang amat menarik sekali iaitu Rancangan pertandingan menyanyi untuk warga emas.. Memang mak pun dah letih asyik asyik AF dan melihat gelagat anak anak remaja kali ni penonton dihidangkan pula sebuah rancangan yang mencungkil bakat bakat warga emas . Jangan pandang sebelah mata ok.. Semua yang sertai pertandingan nyanyian ni semua otai otai dan power .. Maka sebentar tadi berlangsunglah Kilauan Emas peringkat Final. Peserta yang layak ke peringkat akhir adalah  Azhar Shariff , Mama Shamsiah , Ali Norpiah dan Razif Kadir.. Memang besttt dan layannnn Mak dibuatnya... Nak tahu siapa pemenang pemenangnya...

Pemenang Anugerah Khas Poliden
 Azhar Shariff

Pemenang Tempat keempat
En Razif Kadir

Pemenang Tempat Ketiga
Encik Azhar Shariff

Pemenang Tempat Kedua
Mama Shamsiah


Juara Kilauan Emas (maaf kualiti gambar tidak memuaskan)
Encik Ali Norpiah

Tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada kepada Juara kilauan Emas iaitu Encik Ali Norpiah kerana telah menjuarai pertandingan ini... 


Hmmm umor Mak sekarang dah 34 tahun maka tak lama lagi boleh le Mak masuk kilauan emas ni kan hehehehe

UPIN IPIN Jual Kurma

Haaaa jangan tak tahu.. si kembar yang comel Upin Ipin jual kurma.... Sebenarnya syarikat merekalah yang jual kurma tu dengan menamakan Kurma Upin Ipin.. Seriusss kiuttt sangat kotak kurma keluaran diaorang tu tak percaya ushar ushar di sini ye..


Kiutttt kan... Dengan adanya kurma Upin Ipin ni anak anak kita yang dulunya susah atau tak mahu makan kurma pasti akan berubah fikiran kan kan kan.. Kurma Upin Ipin ni khas untuk keluaran bulan puasa dan raya aje.. Dan semua kurma kurma ni didatangkan dari Oman kalau tak salah Mak.. Mak nak tempah untuk keluarga mak.. Kalau ada yang nak order juga boleh le ke page mereka di SINI.. Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua dan Selamat Berpuasa dari Mak sekeluarga.. =)

FB Mak Dara ada STALKER

Adesssss... Mak ni bukan le retisssss bukanlah siapa siapa.. cuma sorang isteri dan ibu yang beranak empat.. Apa pekdahnyalah sampai nak create fake FB acc semata mata cuma nak stalk Mak... 




Mula mulanya Mak memang tak perasan dengan hal ni tapi rasa pelik juga bila si "stalker" ni meninggalkan komen komen yang kurengg sopan di FB mak.. Tapi mak abaikan aje.. Tapi setelah mendapat mesej di Fb dari teman Mak Dara baru Mak perasan.. Dan terbukti memang dia seorang stalker dan memang Mak kenal dengan dia tu.. Hmmmm ingatkan dah habis dah cerita lama namun nampaknya masih belum selesai.. yang bestnya sepatutnya Mak yang pegi stalk ke acc dia dan bukanlah sebaliknya ini kerana yang memulakan semuanya adalah dia jua... Adoyaiiii Tak perlu lah nak buat fake fb acc dan stalk saya kan lebih bagus you bayar puasa yang lepas.. lagi bagus ada juga faedahnya kan... 

Seronoknya bertemu Blogger ini...

2 hari lepas Mak Dara telah ke Crossroad Shah Alam bagi menonton persembahan D'ADZA iaitu band yang terdiri dari 3 orang adik beradik Mak iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina dan juga abang Ipar Mak iaitu Abang Tengku Norkhizam dan juga teman kami Abang Amri.. Tiba tiba mata Mak Dara terlihat akan seorang anak kecil yang sangattttlah cumilnyaaa... Nak dipendekkan cerita tidak lama kemudian kanak kanak itu datang kemeja Mak bersama ibunya yang sangat jelita.. Macam tak percaya je bila thau itu adalah anaknya.. Yelah si ibu nampak sebijik macam anak dara je kan hehehe... 

Sembang punya sembang punya sembang rupa rupanya ibu kepada Dania kanak kanak cumil itu yang bernama Aimi kenal dengan Mak.. katanya dia ada baca blog mak.. Adessss malu dan segan mak dibuatnya.. Yelah di dalam blog mak kan suka meraban dan meroyan so segan le bila ada yang jumpa karang mereka takut untuk bertegur sapa dengan mak.. Tapi sebaliknya berlaku kepada pertemuan Mak dan Aimi.. Rasa macam dah lama kenal.. Sikapnya yang peramah buat mak rasa selesa dan habis disitu jugak keluar meroyan Mak.. Haha.. Harap harap Aimi tidak serik untuk bertemu dengan Mak lagi ye... Ini antara gambar pertemuan kami pada malam itu..

Aimi berbaju merah polka dot =)



Aimi ada beritahu Mak yang dia ada business menjual tudung.. wahhh bagi yang nak kenal Aimi atau bertanyakan tentang jualan tudungnya boleh le ke blognya ya @ http://bmydania.blogspot.com/ . Kepada Aimi dan seluruh keluarganya yang gojes gojes belaka itu.. salam perkenalan dari Mak semoga kita dapat bertemu lagi ya.. =)

Thursday, July 28, 2011

Main Bola ke Main jatuh jatuh?

Kejap ye.. Mak konpius jap.. Meh mak check balik game yang mak tonton kejap tadi sama ada perlawanan bola sepak ke perlawanan jatuh jatuh.. Adessss tension betul.. Sikit sikit jatuh.. sikit sikit jatuh... Jatuh sikit sikit... Baik main masak masak kalau macam tu.. gerammm tul la.. grrrrrr....

pic oleh acik google

Walau apapun.. Mak tetap bangga dengan Harimau Malaya.. tak perlukan "lakonan" ataupun "sandiwara".. U play with all your heart and with pride! kuddos.. terbaekkkkk... Sorry ye Mak emo sikit malam ni.. ni yang nak kena makan lagi ni hahahaha 

Jangan Jadi Macam Budak Budak Boleh Tak?

Adoiiii... geramnya Mak Dara tatkala melihat perlawanan antara Malaysia melawan Singapura untuk separuh masa pertama tadi.. Bukan.. Mak tak geram pada pemain negara kita ataupun pemain dari negera jiran.. Tapi yang mak geram kepada penonton yang gunakan laser sebentar tadi.. Adoyaiiiiiii....

gambar oleh acik google

Jangan Jadi Macam Budak Budak Boleh Tak? Tak kisah le penyokong mana yang mencacatkan suasana tu tapi tak cool la.. Be a grown up la... Ni bukan main kat kawasan sekolah ke atau perlawanan antara jiran tetangga ni perlawanan untuk ke peringkat antarabangsa.. Kemonnnn laaa.. Kemonnnn... waaa emosional pulak mak tengok game ni sambil mulut menyicah kepok lekor dengan sos cili ni ahaks...

HARIMAU melawan SINGA

Wahhhhhhhhhhhh stop everythinggggg!!! pertemuan antara Harimau dan Singa iaitu Malaysia VS SINGAPURA telah pun bermulaaaaaa!!!



Tak kisah le siapa menang atau siapa yang kecundang namun HARIMAU MALAYA tetap menjadi pojaan hatiku.. alamak tangan tak boleh nak fokus untuk meneruskan lagi sebab mata dah terpaku di kaca TV karang ntah apa apa huruf  dan perkataan yang keluar karang hehe... Go Go Go HARIMAU MALAYA... grrrrrrrrrrr aaaauuuummmmmm

Mak Dara dan Somi @ Majlis Pra Pelancaran Festival Filem 24

Baru baru ini berlangsunglah majlis pra pelancaran Festival Filem ke 24 yang bertempat di Karang kraf Kuala Lumpur.. Mak Dara dan somi mak, Martias Ali turut menghadirinya.. Somi Mak Dara juga merupakan salah seorang dari komiti yang terlibat dalam festival filem kali ini.



Mak dan somi

 para artis yang hadir ke pra pelancaran itu

 Encik Jurey Rosli Presiden PTVM, President Gafim, 
dan Pengerusi Festival Filem Malaysia ke 24

 Mak Dara bersama bersama teman Mak iaitu Zay Dato Basalie 
(isteri kepada presiden Gafim dan pengerusi Festival Filem Malaysia ke 24)

Kiranya memang meriah le pra pelancaran festival pada malam itu. Lebih 500 hadirin yang datang ke majlis itu.. Itu baru pra pelancaran.. belum pelancaran yang sebenar.. belum hari festival filem tu lagi.. pasti meriahhhhh FFM ke 24 ni nanti kan.. Insyaallah..Di bawah antara senarai pencalonan untuk FFM24

Berikut ini senarai pencalonan yang diterima untuk FFM24 sehingga 25 Julai lalu.
Astro Show/Double Vision
1. Sini Ada Hantu
Skop Production
1. Khurafat
2. KL Gangster
MDAG Marketing
1. Libas
Metrowelth
1. Kembar Siang
2. Kongsi
3. 321 Cinta
4. Sekali Lagi
5. Flat 3A
KRU Studios
1. Hikayat Merong Mahawangsa
2. Karak
Lineclear Motion Picture
1. Ratu The Movie
2. Raya Tak Jadi
Tayangan Unggul
1. Cun
2. Tolong Awek Aku Pontianak
Tayangan Unggul/Hanmania
1. Seru
Cineworks
1. Dilarang Masuk
Excellent Picture
1. Senjakala
Primeworks Studio
1. Penunggu Istana
2. Nur Kasih The Movie
3. Klip X 3GP
Galaksi Seni
1. Momok Jangan Panggil Aku
White Merpati Ent.
1. Rasuk
Cinematic Picture
1. Karipap-Karipap Cinta
Empat Semudra Plantation
1. Al-Hijab
Genius Parade
1. Sumpahan Puaka
Artistik Picture
1. Toyol Nakal
Pengedaran J.A.S
1. ...Dalam Botol

Tahniah mak ucapkan kepada kesemua yang menjayakan majlis yang gemilang ini ya.. 

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom join segmen terbaru Adik Ben Ashaari.. Mari kita menjawab soalan... Kata ben "Tulis apa saja dalam tu.. Apa yang korang tulis , insyaAllah akan dijadikan soalan oleh aku" .. hmmm apa yang Mak nak tulis... Mmm mak nak tulis yang keje mak ni jika diikutkan dalam wayang kulit  tukang karut atau pada zaman sekarang penulis skrip.. rasanya itu aje lah kot...

Nak join klik di SINI ye

Doakan Kebahagiaan Mereka...

Sana sini panas menceritakan kisah mereka... ada yang bersimpati tidak kurang juga yang menghentam... Dulu Mak juga tidak terlepas dari mambaca dan menulis kisah kisah yang menjadi topik panas. Namun bila terkena kepada ahli keluarga sendiri.... keadaan berubah.. Sedih dan terharu bila membaca tentang apa yang ditulis tentang mereka...

Namun itu adalah asam garam orang bercinta.. Ada pasang surutnya... Semua mengalaminya atau bakal mengalaminya. Walau apapun yang telah atau bakal berlaku Mak Dara ingin mendoakan semoga mereka tabah mengadapi dugaan ini.. Semoga percintaan mereka kekal selama lamanya. Doakan kebahgian mereka ya.... sesungguhnya... Allah swt tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olenya...


Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 8


"FOTO ANJING"!!! Hanginnnnn satu badan Mak Dara dibuatnya...

Adoi... dah le letih letih buat skrip drama pastu terkejor kejor siapkan tempahan hamper tiba tiba bukak facebook dan mak terbaca ini di ruang komen foto Mak tu...


dfoto anjinkkk????? Mak ai... walaupun mak kurang le paham bahasa Indonesia tapi mak rasa maksud yang ditulis oleh minah yang berasal dari Medan Indonesia ni adalah "foto anjing"... Terus menyirapppppp darah mak dibuatnya... Apa motif minah ni sebenarnya.. Nak kata ada masalah dengan Mak.. tak.. sebab Mak baru je approve friend request dia.. Ada teman Mak Dara cakap kemungkinan ini adalah fake profile . 

Masyaallah.. Mengucap panjang Mak dibuatnya... Somi Mak telefon dan suruh Mak jangan cepat melatah dulu dan suruh Mak bertenang dan meminta penjelasan dari si minah ni.. Tapi sampai sekarang tak menjawab.. Takpe Mak malas nak melayan orang orang spesis seperti ini.. Biarlah dia dengan sikap kurang sopannya semoga satu hari nanti Allah swt bukakan pintu hatinya untuk berubah mudah mudahan...

I SUKA BLOG YOU.. YOU SUKA BLOG I..

Salam dan selamat pagi.. Entry kilat dari Mak Dara di tengah hari ini ya anak anak.. Mak Dara nak bentangkan senarai blogger blogger yang berjaya memikat hati Mak Dara untuk dimasukkan ke dalam blog list di Blog Mak Dara ni.. Ecece.. skema je ayat Mak ni kan haha.. Sebenarnya Mak Dara telah masukkan semua nama blogger yang telah tinggalkan link mereka di entry " BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU" semalam.... Tiada pilih kasih.. tiada berat sebelah.. Semua yang sudi menukar link dengan Mak Dara trelah Mak Dara masukkan dalam bloglist Mak Dara.. Nak tengok siapakah mereka... jomm...


Terima kasih kepada yang sudi bertukar link dengan Mak Dara.. Semoga anda semua dapat menahan dengan Mak Dara yang kadang kadang meroyan ini hahaha... Selamat berkenalan.. Selamat berbloging dan Salam satu Malaysia... =)


Tuesday, July 26, 2011

Biar Rahsia....

Sendiri tulis skrip.. sendiri boleh lupa bila drama ditayangkan di TV adoyaii hehehe.. Ok Malam ni tak nak lepaskan tengok drama BIAR RAHSIA yang Mak Dara tulis skripnya yang akan ditayangkan di RTM1 pukul 9 malam ni (sekarang).. Dah episod ke 20 lebih dah rupanya.. sayangnya sebab banyak dah episod yang Mak Dara terlepas hehehehe

Drama bersiri ni akan keudara dari setiap hari Isnin hingga hari Selasa. So kalau uols free free tu sudi sudilah layanz yer =)


Nama nama watak dalam cerita ni habis mak dara pakai nama anak anak, adik beradik dan nama kawan kawan Mak Dara di FB nama adik Lulu pun ada.. Terbaru Mak Dara masukkan nama blogger Ben Ashaari, Rose, dan Isteri Encik Bard dalam drama terbaru Mak Dara.. Mungkin lepas ni Mak Dara masukkan lebih banyak nama blogger dalam drama Mak Dara yang akan datang.. Insyaallah =)

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom kita bertukar suka sama suka? tukar apa? tukar link blog bukan tukar periuk belanga ataupun tupperware ye anak anak heehehe... Dulu Mak Dara dah pernah join segmen begini dan da letakkan satu senarai link dr beberapa blogger yang sudi menukar link bersama Mak.. Kini tiba masanya untuk Mak refresh kembali list list itu..

Kepada bakal blogger yang mau bertukar link dengan Mak jangan segan segan ye.. Mak ni peramah tak makan orang.. Mak ni cuma makan cekodok aje heehe.. Jom kita bertukar link jommm....

NEK NAK khas untuk anda yang belum mengantok..

Salam dan selamat pagi anak anak sekalian hehe.. Ok jika anda membaca entry Mak Dara pada tika dan saat ini makanya anda belum lagi mengantuk .. Maka jika tak mengantok.. Sudilah kiranya menonton drama bersiri NEK NAK hasil skrip oleh Mak Dara dan somi mak yang akan ditayangkan di ASTRO RIA kejap lagi dalam pukul 2:30 pagi..


Drama ni antara skrip yang paling mencabar pernah Mak buat.. Mencabar kerana apa? Kerana terdapat dua kali ada "yang datang melawat" mak semasa menulis.. siap lalu lalang lagi belakang mak.. Sejak dari itu Mak tak menulis skrip drama ni lepas saja waktu magrib.. Bukan mak aje yang terkena.. Krew krew dan pelakon di set penggambaran juga menerima "lawatan".. Huiisshhh masa tulis ni pun dah meremang bulu roma.. errr takmo cerita lebih lebih... Kalau sudi tonton lah ye... Selamat menontonnnnnn....

Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

Adesss mak dah lama bersiap2 nak ke pra Pelancaran Festival Malaysia yg akan berlangsung kejap lagi tapi somi mak masih belum balik balik dari meeting dengan RTM.. Maka sempat le Mak nak menjuinkan diri ke segmen Ben Hari ni..

Adesss kirana siapa yang join segmen Adik Ben hari ni memang berani punyalah.. Ye lah anda dibenarkan mengkritik semua blog yang join segmen ni.. Tapi kalau tak berani nak terima pendapat dan kritikan sampai bila bila pun kita takkan maju.. Bak kata pepatah kalau tak berani dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.. Kalau tak berani nak spend duit jangan ke shoping complex.. errr ada ke pepatah tu. ahh hentam jelah... hehe.. Maka mak dengan tergugup gagap memberanikan diri menjuinkan diri ke segmen ni.. Sila lah kritik blog Mak ni seikhlas hati yer.. Sebelum tu biar mak tutop mata dulu... uhuhu nebessssss....

Mak nak minta MC sehari

Ya... Hari ni rasanya Mak akan berMC sehari.. Bukan kerana sakit.. Bukan kerana ada masalah melanda jiwa dan raga.. ohh tidak.. emmm belum lagi kot untuk bulan ni hahaha.. Sebenarnya Mak nak MC dari menulis blog untuk hari ni.. Alkerana Mak agak sibuk menghabiskan hamper hamper yang ditempah dan perlu dihantar esok kepada client dan juga kerana Mak nak ke Pra Pelancaran Festival Filem Malaysia  dengan somi Mak, Martias Mohd Ali yang bertempat di Karang kraf malam karang =)

 Mak tengah bikin hamper tapi posing tetap posing hahaha

Somi Mak salah seorang yg terlibat dalam Festival Filem ni bersama puluhan orang kuat industri yang lain.. So malam ni ada pra pelancarannya.. Waduhhh terujaa betul Mak.. So.. kalau boleh mak nak mintak tolong jaga jagakan blog ni sementara Mak takde ye.. Terima kasih sumer.. Mak nak pegi bersiap dulu ya.. Hingga ketemu esok.. Assalammualaikum...

NAMA BETA SULTAN ALAUDDIN

Haaa jangan terkejut dengan tajuk di atas.. Bukan.. bukan namaku yang tertera di atas.. Namaku Mak Dara akak Adza Irdawati.. Tapi yang tertera di atas adalah sebuah nama teater yang telah Mak Dara, suami dan adik adik Adza Tuty & Adza Rina hadiri di Panggung Bandaraya KL semalam.. Mak dan somi memang sukaaaa benor tengok teater teater ni.. memang kelainannya terasa bila menonton teater dan menonton TV.. Namun ini adalah pengalaman pertama bagi adik adik Mak menonton pementasan teater.. Seronok tengok riaksi diorang semasa menonton.. Jap mak kasi upload gambor sambil sambil mak sapu roti sandwish dengan jem untuk bekfes hehe..


mak dan adik2 dalam panggung

antara babak dalam pementasan itu 


Babak Sultan Alauddin bersama permaisurinya 

babak permaisuri Sultan sedang membuat rancangan untuk membunuh Sultan

Babak Sultan Aluddin mangkat kerana telah diracuni oleh permaisurinya

Waduhh memang bestttt dan memang mantapppp sangat lakonan kesemua mereka di malam itu namun yang paling ketara dan amat terbaek malam itu adalah watak Sultan dan permaisurinya.. Memang meremang bulu roma melihat kesungguhan mereka membawakan watak mereka itu.. Ditambah pulak kesan bunyi yang amat terbaek... Kami semua amat berpuas hati dan rasa rugi kerana menonton pada hari terakhir pementasan itu semalam.. Kalau tidak mau berulang kali tengok teater ini..

dah selesai menonton
 dari kiri Adza Rina, Adza tuty & Adza Irda (mak le tu)


 Adza Rina


 Adza Tuty

 dayang dayang istana hahahaha...

Memang Mak puji pementasan teater ni.. Dengan cara ini kita generasi sekarang dapat mengimbau kembali sejarah sejarah yang berlaku pada tanahair kita suatu waktu dahulu.. Jadi tahniah Mak ucapkan kepada seluruh team produksi, krew , para pelakon dan semua yang terlibat terutamanya DBKL . Terbaek...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK