Friday, September 30, 2011

D'ADZA di AC DI SINI

Terkejut mak dara siang tadi.. Tiba tiba bila terbaca wall post dari teman Mak di facebook mak..


Uik ada ulangan lagi ke?Aisey man mak terlepas nak tengok lah... Emm pasti ada yang tertanya tanya apa yang mak meraban ni.. Sebenarnya pada 2 tahun lepas Mak Dara dan band Mak dara iaitu D'ADZA telah dijemput bersama sama dengan boss kami Abang Saiful Apek ke rancangan AC? (AC DISINI).. Masa tu D'ADZA ada buat album kompilasi bersama Saiful Apek,CD Nas, Diarra Aziz dll dalam album SAIFUL APEK DAN KENGKAWAN.. 

D'ADZA & Saiful Apek

Rancangan tu dah pun ditayangkan pada tahun 2009.. Tak sangka pulak ia diulang tayang semalam di ASTRO RIA.. Ohhh rindunya saat saat manis ituMeh mak sharekan sikit gambar gambar kami di dalam rancangan AC tu ye..

Dato AC sedang interview Saiful Apek, Adza Yanie & Angah

D'ADZA & Angah sedang menjawab soalan Dato Ac
dari kiri- Adza Rina, Adza Irda(Mak dara), Adza Tuty, Adza yanie & Angah

Boss bersama Adza Yanie

Adza Irda, Adza Tuty & Adza Rina

Dato AC sedang mempromosikan album kami =)

dalam satu segmen dlm rancangan itu
Kami disuruh tangkap belut.. hahaha

Boss ( Saiful Apek) sedang cuba menangkap belut

Mak Dara cuba tangkap belut hehe geli youuu..

Mak dara & Adza Tuty

D'ADZA menyanyikan lagu duet KEMBALILAH bersama Abg Saiful APek..

D'ADZA menyanyikan lagu duet KEMBALILAH bersama Abg Saiful APek

Inilah antara gambar gambar kenangan Mak Dara bersama, D'ADZA, Boss Saiful Apek dan Angah Rajalawak dalam rancangan AC?.. tadi mak tengok intisari rancangan AC akan disiarkan lagi malam ni pukul 12 tengah malam ni di ASTRO RIA.. Tapi mak tak pasti lah jika itu adalah episod dimana Mak Dara, D'ADZA dan Saiful Apek ataupun episod Dato AC bersama jemputan lain.. Tapi kalau sudi2 tu layannnn le AC malam ni di Astro Ria pukul 12 malam nanti ye =)

Terharu dan Teramat lah sukanya dengan entry Cik Mat Gebu itu..

Ohhhh benarkah apa yang kulihat.. jap nak tenyeh mata lagi sekali.. kali ni bior lama sikit.. Wahhh betullah tu... Blogger dan personaliti yang mak minat dan hormati iaitu Cik Mat Gebu ada buat entry mengenai mak... Tak percaya????


Haa bukan tumis pedas keria kambas tu tau..baca yang part puan adza tu ye.. itu nama sebenar mak hehe.. Waduhhhhh Cik Mat Gebu... Jutaan terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada saya, somi saya Martias ali dan juga pada filem LIBAS... Im so honoured.. tambah tambah lagi bila kata kata itu datang dari orang yang saya hormati dan kagumi.. Really appreciate it... 

Kata Cik Mat Gebu yang blognya satu lagi diberi nama BICARA DARI DAPUR dan blog mak ni Bicara Mak Dara jadi boleh jadi geng gossip.. Peghhh memang dah lama nak rekrut geng untuk join bergossip dan meroyan ni I like.. hehehehe

Sekali lagi terima kasih atas support Cik Mat Gebu itu dan semoga filem Libas mendapat tempat dihati pencinta filem negara insyaallah....  


Thursday, September 29, 2011

LIBAS bermula hari ini.. Mari MELIBAS!!!

Akhirnya masa yang ditunggu tunggu telah tiba.. hari ini 29hb September filem LIBAS akan mula MELIBAS di seluruh panggung di tanah air.. Tak sangka betul mak dara cerita yang dah lama disimpan akhirnya dapat juga direalisasikan dan ditayangkan di layar perak. 

Teringat lagi Mak Dara pada 9 tahun yang lalu 2002 En Jurey Rosli dan suami Mak Martias Ali telah mula berbincang untuk membuat sebuah filem bersama dimana En Jurey akan bertindak sebagai Penerbit dan pengarah dan suami mak akan menjadi penulis skripnya. Masa yang lama diamabil oleh mereka untuk develope sebuah jalan cerita yang kuat dan akhirnya nama LIBAS diberikan untuk projek pertama mereka itu.

Draf pertama skrip filem LIBAS mula ditulis pada tahun 2004 oleh Martias Mohd Ali dan Mak Dara sendiri. Ceritanya mengenai permainan takraw dan perlawanan antara kampung kampung. 

Namun  skrip ini telah diolah kembali sepenuhnya oleh Martias Ali pada tahun 2008 dan menjadikan ia lebih hip, moden dan urban bagi mengikut trend dan peredaran zaman seperti yang diminta oleh pihak penerbit iaitu MDAG Sdn Bhd. Martias telah berkali kali mengolah cerita itu sehingga 5 hingga 6 draf sehingga dipersetujui oleh pihak penerbit dan lahirlah skrip filem LIBAS....


Walaupun nama Mak Dara tidak diletakkan di kredit title bagi Filem ini namun Mak  berbangga kerana terlibat dalam "the making of the script"... dan semua nama watak dalam filem itu Mak Dara yang berikan hehe..

Akhir kata.. Mak nak ucapkan tahniah kepada penerbit, pengarah, krew krew, semua pelakon,   semua yang terlibat dengan pembikinan filem ni dari yang besar hingga ke pembuat air TAHNIAH!!!!! great job guys!! Dan kepada suami Mak Martias Ali.. so proud of you sayang... Harap dapat buat skrip filem terbaru bersama sama nanti..

So apa tunggu lagi jom LIBAS!!!!!!!!!!


Wednesday, September 28, 2011

Kisah Deejay Reza Mohamed , Monyet House Of Talent & Patung Studio

Deejay radio ERA Reza Mohamed... Siapa tak kenal kan.. Dengan petahnya berbicara membuatkan ramai  yang menjadi pendengar setia Era kerananya.. Mak Dara dan adik adik mak sebenarnya dah lama kenal dengan Reza .. Walaupun Reza telah berjaya dalam kerjaya, glamour dan popular tapi dia tetap humble dan maintain seperti dulu.. Susah nak jumpa selebriti yang sempoi sepertinya.. Tabik spring satu pada Reza.. Kisahnya begini tadi bukak aje FB mak tengok Reza ada postkan sesuatu pada wall mak..

Apa lagi mak terus terjah ke link yang diberikan oleh Reza tu.. Wahhhh kagum betul Mak Dara apabila mendapat tahu yang Reza pun ada blognya sendiri yang diberi nama Monyet House Of Talent.. hehe cute betul namanya.. tengok headernya pun cute ...

MONYET house of TALENT

Bila membaca entry dalam blog itu Mak bertambah kagum.. Reza telah berjaya membuka studio miliknya sendiri.. haaaa artis artis sebegini lah yang mak respect.. Memikirkan masa depan good job Reza.. Studio yang dinamakan Patung Studio itu disewa di Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dengan bantuan rakan kongsinya, Sufi Abu Bakar, graduan dalam bidang tarian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)


Studio yang ditubuhkan di bawah syarikatnya, Rezakey Management tersebut turut mempunyai tiga bilik termasuk bilik solat, tandas, bilik penyediaan makanan dan sebuah pejabat. Setakat ini, studio ini telah digunakan untuk latihan menari dan tidak lama lagi pengarah Erma Fatima akan menyewa studio ini untuk latihan lakonan. Bayaran untuk menyewa studio milik Reza itu adalah bergantung kepada masa dan jenis aktiviti yang dilakukan. Biasanya pihaknya akan mengenakan sewa ruang studio itu RM25 untuk satu jam.. Bagi mak satu harga yang amat amat amat berpatutan.. nak nak lagi bila studio itu milik selebriti hebat seperti Reza.. betul tak..

Ok pada yang nak tahu lebih lanjut tentang Reza, tentang blognya Monyet House Of Talent ataupun mengenai Patung Studio bolehlah terus ke blog beliau di link ini ya.. http://monyethouseoftalent.blogspot.com/ .. Kepada Reza.. Kak Ida ucapkan tahniah dan all the besttt in your future.. So proud of you!!!!

Adesss tak baca betul betul syaratnya.. Maafkan akak ye...

Ohhhh tidak.. Oh no.... Adesssss segan dibuatnya. Semalam mak tengah kering idea tat kala tengah menulis skrip drama bersiri tajuk Mak Yong.. Jadi untuk mereleasekan tension apa lagi.. buka le blog... Tup tup nampak Adik Ben ada buat segmen Segmen : Jom Kenali Blog Saya .... Fuhhh dah lama rasanya tak join segmen Ben ni maka apa lagi berdesuppp mak bikin entry dan submit link ke blog Ben tu.. Dan lepas tu tanpa nak check or double check terus je sambung buat skrip balik..

Tiba tiba bukak aje blog kejap tadi terbaca satu komen dari teman blogger Mak menyatakan segmen yang mak join itu khas untuk blogger baru aje . Errr alamak untuk blog baru aje.. Mak pikir balik memang mak pun blogger baru tapi bila ditengok balik syarat syarat di segmen ben tu...

Segmen ni adalah bertujuan mencari kenalan blogger-blogger yang baru buat blog selepas Ramadhan yang lepas

Adessss mak terlepas pandang lah.. Mak baca sekali imbas macam untuk blogger blogger baru tapi terlepas pandang part selepas Ramadhan yang lepas.. Adesss malu.. Maafkan Akak ye Adik Ben.. memang tak sengaja sungguh hehehe almaklumlah dah kertu memang cepat melatah sikit .. Jadi akakpun terus je delete link akak di komen box Ben tu.. Tu lah penangan segmen Ben ni sungguh dasyat hehe.. Lain kali akak akan baca dulu syarat syaratnya dan takkan main redah je macam semalam hehe.. 


AHKAK PUAKA... NO COMMENT!

Sana sini orang berkata dan menulis tentang AHKAK tu.. Mak Dara pun tertanya tanya jugak siapa akak yang sungguh glamour itu. Mak juga pernah dengar sendiri cerita ni dari ahli keluarga mak.. Jadi dengan semangat ingin tahu yang berkobar kobar mak pun pegi lah search.. Masyaallah... Bila dah buka.. lidah terkelu dan terkedu dibuatnya.. Mak tak nak lah letakkan header dia ataupun link ke blognya sebab rasanya semua pun dah tahu apa isi di dalam blog tersebut.. Dan Mak sendiri tak mahu memberi apa apa komen tentang blog tersebut. NO COMMENT!


Berhenti disitu tentang isu itu... FULL STOP! Hmmm Tiba tiba mak teringat akan satu sajak yang pernah Mak tulis tak lama dahulu..

Bagaimana jika ini adalah entry terakhir dari kita..
Bagaimana jika setelah menulis entry ini kemudian kita dijemput oleh Ilahi..
Bagaimana jika entry terakhir kita ini menulis tentang aib orang..
Bagaimana jika entry terakhir kita ini menghina seseorang..
Bagaimana jika entry terakhir kita ini bisa melukakan hati mereka dan keluarga mereka..
Bagaimanakah...

Apakah itu yang kita mahu orang mengenali diri kita..
Adakah kita mahu orang mengingati kita dengan tulisan cacian dan makian itu
Mahukah kita dikenali sebagai orang yang suka menjatuhkan maruah orang
Mahukah..

Dapatkah mereka terima apa yang kita nyatakan
Dapatkah mereka lupakan apa yang telah kita tuliskan tentang mereka
Mahukah mereka memaafkan kita......

Bagaimana Jika Ini Entry Terakhir Dari kita..

Hmmm best jugak sesekali buat sajak ni kan.. Dah lama berhenti dari zaman sekolah lagi.. Nak buat yang baru lagi lah.. Btw.. sajak ini TIDAK ditujukan kepada sesiapa hanya untuk renungan mak dara semata mata. tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia ...

Tuesday, September 27, 2011

Jom Kenali Blog Saya!

 

Fuhhh dah lama tak join segmen Adik Ben ni.. Malam ni tengah kering idea menulis skrip drama bersiri Mak Yong mak rehatkan sebentar otak mak dan join segmen Ben ni..

Meh kita menjawab soalan Adik Ben..
  1. Letak  logo ini di permulaan entri sebagai tanda penyertaan segmen ni .
    SIAP
  2. Tajuknya : Jom Kenali Blog Saya dan linkkan ke entri ini .
    SIAP
  3. Beri latar belakang secara ringkas kenapa anda buat blog ? 
    Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis.Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 14 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 59 buah skrip drama dan filem telah ditayangkan di TV.

    Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!
     
  4. Jelaskan kenapa anda nak para blogger/ pembaca singgah ke blog anda ?
    Tiada paksaan kalau nak singgah atau baca blog Mak sebab entry entry di blog mak ni selalunya berkait rapat dengan angin meroyan mak..Maka kalau sudi membaca entry entry mak yang meraban amat amatlah mak alu alukan. Bestt juga rasanya jika ada orang yang sudi membaca blog dari blogger yang dah kertu macam mak ni hehe

  5. Berikan 5 buah blog yang menarik yang mana anda pernah jumpa selama anda mengenali dunia internet ini .
    a) Blog Ben Ashaari
    b) Blog Mia Liana
    c) Blog Pinky Mommi
    d) Blog Isteri Encik Bard
    e) Blog Eqbal Zack

  6. Impian anda terhadap blog anda ? 
    Semoga blog ini dapat dimajukan dan dikemas kini dan diterima oleh semua dan semoga adalah yang sudi menjenguk melawat dan membacanya.
  7. Siap ? Tinggalkan url di ruangan entri ini .
    SIAP
    Haa apa tunggu lagi jom join segmen ben ni.. klik di sini untuk menyertainya http://www.benashaari.com/2011/09/segmen-jom-kenali-blog-saya.html

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK