Monday, October 31, 2011

Sesi Menternak Lemak @ 1901

Yaaaaaa... Hari ni Mak Dara melakukan aktiviti peberet mak iaitu... MENTERNAK LEMAK.. Dan kali ni Mak menternak lemak di 1901... Haaa bukannya mak berpatah balik pada tahun 1901 tapi mak ke kios 1901 yang menjual pelbagai jenis hot dog . Di mana? Di mana lagi tempat hang out Mak Dara kalau bukan di Wangsa Walk Mall.. Cuma 3 min aje dari rumah mak hehe..

Mak Dara dan adik Mak Adza Emie

Selalunya mak dara beli dan tapau balik aje.. tapi dek kerana ajakan dan godaan adik mak Dara iaitu Adza Emie terus le duduk dan menjamu selera di kedai tu.. Hari ni menu pilihan ialah...

Coney Dog dan Texas Ted

Menu pilihan hari ini ialah Coney Dog dan texas Ted. Errr bukannya mak makan kedua duanya ya.. satu untuk mak dan satu untuk adik mak yang sedang "boyot" itu hehehe..


Aiseyman baru nak makan adik snap pic plk kena control ayu hahaha.. Ok lah not bad lah rasanya coney dog yang Mak Dara makan tadi... So no more dinner untuk mak malam ni.. Karang badan dari saiz washing machine bakal menjadi 2 pintu peti ais haha



Seronoknya dapat bertemu ramai Blogger

As Salam.. Hari ni Mak Dara nak buat sambungan kepada entry Mak Dara Seronoknya dapat bertemu ramai Blogger @ Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night (part 1).Memang tak sangka dapat bertemu dengan ramai blogger di event yang dianjurkan oleh NUFFNANG tu. 

Di pertengahan majlis hos pada malam tu membuat satu game seperti treasure hunt le jugak tapi tajuk game dia memang best.. SIAPA CULIK KAK LIMAH.. Hampir 50 blogger menyertai game ini dan hadiah dia memang bestt berupa voucher RM500.. Seronok melihat kesemua peserta peserta yang berlari hampir keseluruh Solaris bagi mencari klue. Mak Dara tak join le sebab tak larat nak kejar kejar macam tu kan hehe..

Adam C dan assistantnya Cat Woman =)

Untuk mengumumkan pemenangnya. Kesemua tetamu diminta berkumpul di tengah bangunan Solaris tu. Maka kami semua pun berpindah le ke sana.. Fuhh lagi hapening di sana.. Di mana Mak dara bertemu dengan ramai blogger yang mengikut tema majlis itu dengan memakai pakaian ala alal artis hollywood..




Dan yang paling best bila Mak dara dapat bergambar dengan pemenang pakaian terbaik bagi lelaki dan juga pemenang bagi pakaian terbaik wanita.. Memang smart pakaian mereke berdua ni. Memang antara yang terbaik malam itu.

Yang paling kiri blogger wanita ini memenangi 
pakaian wanita terbaik

Mak Dara bersama pemenang pakaian lelaki terbaik
yg datang sebagai Lady Gaga

Fuhhhhh kelassss kau Maria.. memang terbaekk kedua dua mereka ni. Yang lagi best bila kedua dua mereka turut memenangi TV LCD 32"! Waduhh sayang mak tak join pakai baju ikut tema kalau tak boleh menang Tv hahahaha..

Apa apapun tahniah kepada NUFFNANG kerana telah berjaya mengendalikan dan menganjurkan acara yang hebak ini.. 

Oh tidak lupa juga kepada blogger blogger yang sudi bertegur sapa dan berbual dengan Mak Dara pada malam tu.. Tankiuuu semua.. Harap kita dapat jumpa lagi di event yang lain ye.. Hmm lupa pulak tulis tentang pertemuan dengan 2 blogger MEGA SUPER HEBAK!  Siapa mereka? Nanti Mak Dara sambung ceritanya ya.. 

To be continue...








Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

image

Wahhhh hebattt gabungan mantap dari 2 blogger hebak iaitu Adik ben Ashaari dan Cik Lyssa .. Tetiba teringat lagu adam stacy bergabung meltop ahh... hehehe... Ok Mak Dara nak join segmen BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog ... aiseymen nampak gaya dah ramai yang join ni.. mak Dara baru je balik dari ECO FILM FESTIVAL kat University Malaya bukak lappy tengok segmen baru lah sempat nak join..

Ok yang paling ketara yang dapat Mak Dara lihat antara kedua blogger ni adalah..

1) Header blog mereka.. Masing masing menggunakan gambar mereka sebagai Header.
2) Nama blog mereka.. Masing masing menggunakan nama mereka sendiri
3) Follower mereka.. Masing masing mempunyai beribu ribu ribu follower

bagi pendapat Mak Dara.. Mak Dara tak ada komen untuk kedua dua blog ini kerana masing masing bagi mak telah berjaya dalam dunia blog ni.. Teruskan dengan apa yang telah anda lakukan tapi yang paling penting is to be yourself.. 

Ok bagi yang nak join segmen hebak ini klik di SINI ye.. Tarikh tutup pkl 8 malam ini..


Seronoknya dapat bertemu ramai Blogger @ Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night (part 1)

Semalam bertempat di Solaris Mont Kiara Mak Dara dan somi mak Martias Ali telah hadir kan diri ke event yang telah dianjurkan oleh NUFFNANG iaitu Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night!! Pada mulanya agak cuak juga untuk pergi ke majlis ini dek kerana tema dress code untuk ke majlis ni adalah "Hollywwod" dimana semua yang hadir diminta memakai pakaian ala ala artis hollywood namun Mak Dara dan somi redah je lah pakai macam biasa sebab tak kuasa badan gedabak besor macam mak yang bersaiz dua pintu peti ais ni nak dress up jadi Merylin Monroe ke Julia robert ke kan hahahaha..

The best part dalam event tu adalah Mak Dara dapat bertemu dengan ramai blogger blogger hebak seperti Red Mummy, Cik Epal, !! YaNa YassiN !! Mama Rizqullah dan ramai lagi. Meh Mak share gambar gambar di sekitar majlis itu ya..


baru tiba dan beratur utk pendaftaran.. Muka poyo sket sbb segan haha yelah time tu sorang blogger pun tak kenal.. 


Masa pendaftaran tu staff Nuffnang tanya You come as What? Kiranya dia nak tahulah mak dara tiru gaya artis Hollywood yang mana satu.. Yelah sebab event ni kena berpakaian mengikut tema kan... Dengan muka confidentnya Mak Dara jawap.. I come as my self.. Tersengih je staff Nuffnang tu pada mak.. Fuh lega bila mak dara tengok ramai juga blogger yang datang tak ikut tema macam mak ni takde lah rasa segan sangat.. Lepas tu mak diminta tulis tag nama dan dilekatkan di lengan baju. Apalagi terus le mak tulis "MAK DARA" kat tag tu hehe.


Tengah Mak Dara dan somi berjalan tiba tiba Mak Dara ditegur . Fuhhh legaaa sangat sbb dah jumpa geng.. Yana Yassin dan Mama Rizqullah. The both are really sweet and humble.. Tapi kesian le sebab kene layan celoteh dan meroyan Mak ni haha.. Harap harap diorang tak serik nak jumpa Mak Dara lagi.. Ye lah Mak kalau dah cakap susah nak cari tanda noktahnya harap harap diorang tak fobia dengan mak hahaha


Acara pun bermula dan dihoskan oleh ADAM C. Haa Adam C pun mengaku yang dia sebagai pengacara tapi tak pakai ikut tema majlis hehehe.. Sama lah kita Adam... hehe

Mak dan somi =)


Somi mak tengah tulis slogan saja cuba cuba untuk menang Ipad 2 hehe. Tapi semua yang join contest ni dasyat dasyat slogan diorang.. Tapi cuba le jugakkan mana lah tahu tuah ayam nampak di kaki.. tuah somi mak di kaki mak dara.. erkkk ada ke pepatah macam tu hahahaha


Dan babak yang ditunggu tunggu dan dinanti nanti oleh semua hadirin tiba jua akhirnya... Makan time! Panjang juga kene beratur untuk dapatkan makanan.. Almaklumlah rasanya hampir atau lebih dari 300 yang hadir di majlis ni. Tapi makanan memang sedapppppp cuma bihunnya je sikit yang agak keras.. Haiii kalau nak sedap semua pegi beli la kan ni dah free hentam ajelah labu betul tak hahaha..

Ok setakat ini dulu part 1 kisah acara Nuffnang ni.. Nanti Mak sambung lagi ye.. Masa bersama anak anak dihujung minggu perlu didahulukan... Selamat berhujung minggu semua..

To Be Continue...






Saturday, October 29, 2011

Para Isteri Ramai Yang Terpinggir Malam Ini..

Kompom ramai kaum kaum isteri dan tidak kurang para para teman wanita yang akan dipinggirkan pada malam ini.. malam perlawanan akhir Bola Sepak antara Terengganu dan Negeri Sembilan lah katakan... 

Tatkala di masa dan saat ini kalau para isteri dan awek awek ajak sembang atau keluar pasti permintaan akan ditolak.. Pastinya sebahagian dari para somi dan para boyfriend berada di stadium bagi menyaksikan  perlawanan akhir bola sepak ini ataupun akan terpacak di hadapan TV bagi menonton perlawanan akhir ini...


Time time begini kalau sang isteri berjalan catwalk didepan TV dengan baju kelawar ataupun nighty gown pon kompom akan ditolak ketepi oleh para somi ni kan haha.. Biarkan lah mereka.. bagilah mereka menikmati perlawanan akhir bola ni.. jangan diganggu konsentrasi mereka tapi rasanya lagi bagus kalau kita sama sama kasi layanzz bola bersama mereka.. pastinya sayang mereka pada kita semakin bertambah insyaallah hehehe... 


Ada Sesiapa yang pergi ke event Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night

Oh Mak Gayah.. Panjang bebenor pulak tajuk entry Mak Dara petang ni kan.. kalau dah baca tajuk aje dah tak payah baca entry dah kan hahaha.. Yup Mak Dara telah dapat jemputan dari NUFFNANG untu ke acara Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night tu.. 

Email jemputan dr nuffnang

Mak Dara memang teruja untuk ke majlis ni.. Tapi ada sedikit rasa was was sama ada Mak Dara nak pergi atau tidak.. Antara yang menjadi punca was was Mak dara itu adalah tema majlis itu. mak Dara difahamkan semua yang nak hadir ke majlis tu kena ikut tema memakai pakaian macam celebriti Hollywood.. haaaa pening kepala jugak nak pakai baju apa ni.. Takkan nak pakai baju macam merylyn Monroe atau micheal jackson kot hehehehe... Tapi kata teman blogger Mak Dara si YANA YASSIN pakai biasa biasa aje.. So sedap le sikit hati mak Dara ni..

Emmm ada sesiapa yang akan pergi ke event ni tak? Kalau ada gang baru le seronok sikit kan hehe.. Insyaallah besar kemungkinan Mak Dara akan pergi insyaallah..



OH MAK GAYAH!! Macam Mana Boleh Terlupa Birthday BFFFF nih!

OH MAK GAYAH!! Ohhhh kenapa.. Ohh mengapa.. Oh awat la boleh pi terlupa birthday BFFF teman rapat mak Dara iaitu Afiey A.Zalee pada 23hb Oktober yang lepas!!!!! Tiba tiba bila teringat dah pun hampir seminggu berlalu birthdaynya tu..


Adessss harap harap Mek Afiey ampun dan maafkan ambo ye... Ambo dok sengajo.. Ambo asyik sibuk bikin hamper denge cosmetic sampai semua pun boleh terlupo.. Maafke ambo ye..

Belated Birthday


To Afiey Darl.... Hope it's not to late to wish you HAPPY BELATED BIRTHDAY.. errr actually I didn't really forget about your birthday; I just wanted to help prolong the celebration hehe... hope all ur birthday wish comes true.. muahhhhh lovessss ya darl.. 


Gambar gambar MAHARAJA LAWAK MEGA Episod 1

MAHARAJA LAWAK MEGA kini telah bermula!!! Sebanyak 17 persembahan telah berlangsung oleh 47 orang otai pelawak... Mak Dara nak share gambar gambar semua peserta dan persembahan mereka bersama anda ye =)


KUMPULAN ANJE

KUMPULAN SYOK

KUMPULAN BAWEL

KUMPULAN PI MAI

KUMPULAN RAP

KUMPULAN SAEHU

KUMPULAN BOBOI

KUMpULAN COMEL

KUMPULAN OSBON

ADLIN (SOLO)

KUMPULAN LANUN

KUMPULAN GEBU

KUMPULAN CAER

KUMPULAG 3G

JH (SOLO)

KUMPULAN BP

KUMPULAN HIRO

Di akhir rancangan ini 3 peserta yang berada di 3 tempat terbawah adalah KUMPULAN ANJE, KUMPULAN LANUN dan KUMPULAN CAER.. Namun mereka bernasib baik kerana untuk minggu pertama ini tiada penyingkiran di lakukan.. Apa yang boleh Mak dara katakan tentang MAHARAJA LAWAK MEGA episod pertama ini adalah ada beberapa Kumpulan telah membuat persembahan dengan sungguh baik dan AWESOME dan terdapat juga kumpulan yang tidak terpancar ke"MEGA"an yang seperti diharapkan oleh penonton namun pasti boleh diperbaiki lagi pada episod yang akan datang.. Overall bagi Mak Dara MAHARAJA LAWAK MEGA amat menghiburkan... Tahniah ASTRO



Friday, October 28, 2011

Pengacara dan Juri MAHARAJA LAWAK MEGA

Wahh Tahniah kepada dato Ac Mizal kerana telah dipilih menjadi pengacara bagi rancangan Hebat MAHARAJA LAWAK MEGA.. Memang amat amat sesuai dan sinonim dato untuk menerajui rancangan yang hebat ini....


Dato AC Mizal menjadi pengacara MAHARAJA LAWAK MEGA

Dan terkejut jugak mak dara bila melihat barisan Juri tetap dan juri jemputan Maharajalawak Mega setelah diumumkan oleh Dato AC sebagai pengacara MAHARAJA LAWAK MEGA.. Juri Maharaja Lawak Mega ialah

Chef Wan

Zainal Abidin

Dato Siti Nurhaliza

Imran Ajmain

Waduhhhhh hebat hebat juga Juri Tetap iaitu Chef Wan, Zainal Abidin, Dato Siti Nurhaliza dan juri jemputan Imran Ajmain.. Namun mak dara hairan juga kenapa tak diletakkan seorang pelawak seperti Saiful Apek ke sebagai Juri untuk rancangan lawak seperti ini. Mungkin Astro ingin memberi kelainan siapa yang tahu ya.. Apa apa pun semoga barisan Juri tetap, juri jemputan dan pengavara yang hebat dan memberi impak hebat untuk rancangan ini ya =)



MAHARAJA LAWAK MEGA Siapa Kumpulan Favourite Anda?

Yezzerrrrrrrrr MAHARAJA LAWAK MEGA bakal menggegearkan TV bermula pada pukul 10 malam ini... Fuhhhhhhh rancangan kali ini pasti akan lebih grand dan lebih gempak apabila bakal menampilkan 47 otai pelawak dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesi dan Singapura.


SENARAI PESERTA

Berkumpulan:Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid




Jadi dalam kesemua peserta MAHARAJA LAWAK MEGA ini siapakah kumpulan favourite anda? Kalau tanya mak Dara kompom le Mak Dara jawap kumpulan Boboi yang terdiri dari Abang Harun Salim Bachik dan Afdlin shauki.. Mak dara juga sokong Abang Bob KU2 sebab kami sama sama dlm compony big boss Saiful Apek @ Gitu Gitu Production Sdn Bhd.. Mak Dara juga akan menyokong Abang Suhaimi iaitu pelawak dari Singapore kerana dulu dia pernah belajar menulis skrip dengan somi Mak Dara. Tapi sokongan padu dan yang tidak berbelah bahagi Mak dara dan keluarga adalah kepada KUMPULAN ANJE yang terdiri dari Joey Daud dan Achong kerena mereka ni kawan rapat Somi dan mak Dara...




somi mak Martias bersama Joey dan Ciko



Joey Daud, Mak Dara, Cico dan kakak mak Dara Iyanie



somi Mak Dara dan Achong


Jadi jangan buang masa lagi jomle kita pakat pakat mengundi kumpulan kumpulan favourite kita ye... Dan jangan lupa untuk undi KUMPULAN ANJE 


Taip MLANJE atau ML♥/5/10>ANJE untuk (3/5/10 undian) ke 32999.




Perempuan Mengandung? So What?

Perempuan mengandung? So what? Ya itulah yang mungkin berada di kotak fikiran penumpang yang menaiki monorail bersama mak dara dan adik Mak Dara petang tadi.. Mereka buat buat tak nampak aje yang adik Mak Dara yang sarat tu berdiri di depan diorang.. Kot kotlah nak bertanya atau memberikan tempat duduk kepada adik Mak Dara yang tengah sarat tu untuk duduk tapi.... ADOOOO!! Buat buat sembang dan buat buat tak nampak lagi adelah... 



Mak Dara dan adik Mak Dara bukannya marah pada mereka mereka ni tapi rasa lawak pun ada.. Sampai ada sorang penumpang yang betul betul berada di depan adik mak Dara tu terus buat buat sibuk tengah telefon lah.. Kata adik Mak Dara dia pun tak kisah kalau tak diberikan tempat untuknya duduk.. Bukannya dia tak boleh berdiri... Kami hanya mampu tersenyum tengok riaksi mereka tu..

Hairan jugak kan takkan le takde sorang pun kesian pada ibu ibu yang mengandung seperti adik mak dara ni ye.. Hmm walau apa apapun Mak dara harap mereka mereka itu jika ada antara keluarga mereka yang mengandung tidaklah terima layanan seperti yang berlaku pada adik Mak Dara tu ye..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK