Wednesday, November 30, 2011

Selamat Hari Jadi Adik Ben..

As Salam.. Mak Dara ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada blogger hebat Adik Ben Ashaari.. hari ni umur beliau telah menjangkau 35 tahun.. Walaupun mak dara muda setahun dari beliau tapi mengikut pangkat mak yang dah beranak 4 ni maka mak selesa membahasakan diri mak sebagai akak hehe..

Mak Dara akui blog Mak Dara banyak mendapat bantuan dari blog Adik Ben.. Segmen segmennya merupakan satu batu lonjatan untuk blog picisan mak ni mengenali dan berkenalan dengan ramaiiiii blogger... Ben tidak pernah lokek ilmu dan juga tidak jemu membantu blogger blogger baru seperti Mak ni.. Namun yang paling Mak terharu.. Terkejut ,..Terkedu .. Bangga.. kerana akhirnya dapat membaca apa yang terbuku dihati anak teruna Mak dara menerusi penulisannya dalam entry terbaru Segmen Uncle Ben : BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU di blognya.. Mengenai sekolah dan perasannya sebagai pelajar. Kalau nak tahu apa lagi yang ditulis olehnya silalah klik di SINI ye.. Tanpa segmen dari Ben pasti Mak tak dapat menyelami apa yang terbuku dihati anak teruna mak tu.. Biasalah anak lelaki ni bukannya suka nak share their feeling especially with their mom kan..

to Ben Ashaari.. I wanna thank you from the bottom of my heart.. U dont know how ur segment can touch people's heart.. really appreciate it .. teruskan bersegmen .. who know who's life u gonna change next =)

Mak Dara & Adik Ben di DIGI WWOW AWARD


Happy Birthday Ben.. Waaaahh tahun ni sambut birthday berdua.. Tahun hadapan bertiga.. Tahniah ye.. Kirim salam pada Adik Azila.. Harap dapat bertemu lagi dengan dia.. Pasti berseri seri ibu mengandung hehe.. Teruskan memberi inspirasi kepada semua blogger ya...



AJK Mesyuarat Tingkap Terbaru..

As Salam untuk semua.. Sebelum Mak Dara melabuhkan tirai dan mata.. Mak Dara ingin memperkenalkan AJK Mesyuarat Tingkap Terbaru dan terlatestttt Mak Dara iaitu BLOG SYAFIQ

Blog Syafiq

About Blog Syafiq..For your information, blog tak memerlukan pen dan kertas. Dan saya juga tak reti buat blog guna pen dan kertas. Hehehe memang sempoi je kan.. Mak suka dengan blogger blogger santai begini.. Jutaan terima kasih kepada adik Syafiq kerana sudi menjoinkan diri menjadi AJK mesyuarat tingkap Mak Dara yang ke 1758 ye... 


Jom ramai ramai terjah ke blognya @ http://muhdsyafiqs.blogspot.com/



Tuesday, November 29, 2011

Nantikan Giveaway terbaru dari Mak Dara

As salam kepada semua teman.. Mak Dara rasa macam nak bikin giveaway lah.. Hadiah dah ada dah.. agak lumayan jugak le hadiahnya.. Namun tak tahu bentuk atau GA macam mana yang mak nak lakukan..

Pada GA Mak Dara yang pertama dulu Mak Dara 1st Giveaway (GA)Mak Dara mahu para peserta mendekati sedikit bagaimana dunia seorang penulis skrip . Jadi apa yang peserta telah lakukan untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ni ialah...."BERIKAN SATU TAJUK DRAMA" dan Mak Dara terkejut apabila 126 blogger telah menyertai GA pertama Mak Dara itu.. 


Namun Mak Dara agak blur untuk GA kedua Mak Dara ni.. Rasanya Mak Dara nak buat BERIKAN SATU TAJUK FILEM .. ok tak? Ataupun yang lebih mudah buat satu entry dan pilih pemenang dari random.org je... hmmm still blur gituuu.. Jika anda ada idea habaq mai la kat Mak ye..  Mak Dara perlukan cadangan dan pendapat dari anda ....

Kenangan Bersama Big Boss Saiful Apek

As salam kepada semua.. Pepagi ni hujannn pulak di tempat Mak Dara.. Rasa malas nak buat apa apa.. Maka Mak pun godek godek le gambar gambar lama dan video video lama tetiba terjumpa pulak video pasal VCD OK ni.. Adessss menggamit kenangan betul lah.. Kenangan Mak Dara dan D'ADZA bersama big boss Saiful Apek atau kami panggilnya dengan BOSS hehe..

D'ADZA in vcd OK

Mak Dara dulu adalah salah seorang ahli panel skrip untuk GITU GITU PRODUCTION. Mak Dara menulis beberapa skrip untuk syarikat itu termasuk untuk skrip OK,  QUDUT DAN QATIK. dan juga filem SHYYY... DIA DATANG . Dalam pada tu Boss offer Mak Dara dan group D'ADZA untuk berlakon dalam VCD ni.. Apalagi terusss le setuju.. Memang besttt dan kenangan paling tak dapat dilupakan bila berlakon di samping Boss.. Abang Bob Ku2, CD NAZ dan juga Yassin.. Pecah perut dibuatnya disepanjang shooting itu.. Meh Mak Dara share lagu D'ADZA bertajuk KEMBALILAH yang turut dimasukkan di dalam vcd itu =)






kesemua artis yang membintangi VCD OK

Hahahahaha nak tergelak Mak tengok diri Mak berlakon dalam vcd ni.. Hahahahaha.. Memang kenangan yang tak dapat mak lupakan sampai bila bila hehehe... untuk tau sinopsis cerita ini klik d SINI ye =)


Monday, November 28, 2011

Tibalah Masanya Untukku Beralih Arah

Dah 15 tahun Mak Dara berkecimpung dalam dunia penulisan skrip drama dan hampir 61 skrip drama hasil tulisan Mak Dara dan juga team mak terdiri dari Martias Ali, Adza Emie dan MF Kencana telah keudara di kaca TV dan Mak Dara baru sahaja habis menulis skrip bersama adik Mak Dara iaitu sebuah drama 13 episod bertajuk MAK YONG yang akan menjalani pennggambarannya tidak lama lagi dan akan ditayangkan di RTM pada awal tahun depan.. Tiba tiba terdetik dalam hati Mak Dara yang Mak mahu beralih arah... Ya Mak berfikir untuk menjinak jinakkan diri dalam penulisan novel pulak..Sebenarnya Mak Dara dah lama teringin nak tulis novel sejak dari melihat suami menghasilkan novelnya ANAK PENARIK BECA 


Tapi time tu cuma hangat hangat ayam aje.. Tapi sejak dua menjak ni hati semakin menggelodak untuk menghasilkan novel mak yang pertama.. Insyaallah sekarang dalam perbincangan.. Jika semuanya ok Mak akan keluarkan novel mak yang pertama nanti insyaallah... Doa doakan untuk Mak ye..


NUFFNANG Kasi Duit Lagi.. Teruja Makkk..

Seriusss Mak Dara tak berapa faham pasal pendapatan dari Nuffnang ni .. Walau dah baca banyak tapi masih blur tentang BE ataupun ME.. Almaklumlah.. Dah tua tua ni susah sikit nak masuk hal hal ilmu hisab ni hahaha.. Namun yang mak tahu bila terdapat penambahan wang dalam akaun Nuffnang Mak tu.. Tak kisah le apa macam mana dia bertambah namun yang pasti Mak Dara bersyukur tiap kali melihat ia meningkat.. Tapi tak tahulah zaman bila dapat di cash outkan hahaha.. Tak kisah le sikit ke banyak yang penting rezeki.. Dalam dunia ni siapa nak kasi duit free free ye tak Kak Esah hehe..


Ini pendapatan blog Mak Dara yang lagi satu iaitu blog ADZA IRDAWATI untuk hari ini. Hairan jugak ek kenapa blog mak yang tak aktif yang selalu dapat bonus.. Sedangkan blog mak yang aktif tak hengat ni kadang kadang dan jarang jarang diberikan bonus agaknya ye.. Hehehe banyak songel lah pulak Mak ni kan.. Dah orang kasi tu bedal ajelah kan hahaha.. Bak kata orang tua tua rezeki jangan di tolak..Terima kasih DiGi dan Nuffnang.. Kalau boleh bagi le selalu ye hahaha



Artikel Mengenai Mak Dara @ MAJALAH NONA

Syukur alhamdullilah akhirnya hari yang dinanti nantikan oleh Mak Dara tiba juga. Setelah hampir dua bulan berlalu setelah Mak Dara menjalankan sesi fotografi bersama majalah Nona.. Kini artikel mengenai mak Dara di majalah Nona telah pun diterbitkan!!!! Ohhhh terkejut Mak Dara tatkala terlihat nama Mak Dara (Adza Irdawati) terdapat di paling atas cover majalah itu. Ini merupakan julung julung kalinya .. Waduh gembira sokmo Mak dibuatnya...




Jutaan terima kasih kepada wartawan Nursuziana, Makeup Ann Karim dan jurugambar Wan Hamimah dan terutama kepada Editor Nona dan terutama sekali MAJALAH NONA kerana telah memberi peluang ini kepada saya.. NONA memang TERBAEKK lah..


Sunday, November 27, 2011

Nak Menonton Kucing Dalam Kasut Boot


Malam ni rombongan cik kiah akan menyerang ke TGV Wangsa Walk Mall untuk menonton PUSS IN BOOTS 3D... Fuhhhhh niat sebenar nak tengok biasa biasa aje siapa sangka tiket daah sold out dan yang aada hanyalah tiket 3d je maka terpaksalah membelinya dek kerana dah berjanji dengan anak anak untuk menonton filem si kucing kiutttt ni ..

Nak tonton wayang pukul 10 malam nanti tapi anak anak Mak dah bantai siap dengan baju sejuk dah.. Suruh pakai nanti degil nak jugak pakai.. Pakailah anak anakku.. asalkan korang happy sudah hehe..


Blog Dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini

As salam... Pagi ni Mak Dara nak kenalkan anda dengan "Blog dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini.. Dimana Mak Dara akan memilih satu blog/bloger yang istimewa dan akan meletakkan RSS nya di blog Mak pada hari ini.. Dan hari ni Mak Dara terpanggil untuk memilih Blog Mrs Secretary menjadi Blog Dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini.

mrs secretary

Kenapa Mak Dara memilih blog ini? Kerana blogger Mas Saari sering meninggalkan komen di entry yang Mak Dara publishkan.. Dan Mak Dara juga suka dengan blognya yang santai gitu.. Memang hampir setiap hari mak akan terjah ke blognya tu hehehe

Kepada semua blogger terutamanya Mas dan semua silent reader di blog Mak ni.. Mak nak ucapkan sekalung terima kasih diatas sokongan anda pada blog picisan Mak Dara ni ye.. Dan mak amat amamt menghargai setiap komen anda.. Hilang segala penat lelah bila dapat tahu ada juga yang sudi membaca entry meroyan yang mak tuliskan tu heehhe 


Dah alang alang baca entry ni apa kata moh le ke blog massaari @ http://www.massaari.com/


Bercanda Di Tepian Swiming Pool Eh..

Bercanda di pasiran pantai.. Kita bersama bermadu asmara.. cinta setia... auuuu aaaaaaaaaaa auuuuuu hahahahha.. Tiba tiba teringat lagu allayarham Sudirman dan Anita Sarawak Bercanda di Tepian Pantai tu.. Tapi dalam kes Mak Dara bercanda di tepian swiming pool hehehe



Memang sangat la seronoknya bercuti di Holiday Villa ni.. Anak anak pun happy.. Dan yang paling menarik di  sini adalah view dan permandangannya terutama view dari swiming pool ni... direct terus nampak KLCC.. memang bestttlah di sini =)


Saturday, November 26, 2011

Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah



Setiap kali tibanya Maal Hijrah pastinya lagu MAL HIJRAH ini akan dinyanyikan dan berkumandang. Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah ni sebenarnya..  kalau anda nak tahu somi Mak Dara, Martias Ali antara yang menyanyikan lagu ini bersama rakan rakan MUSIC SCHOOL UITM Shah Alam pada tahun 80an dahulu.. Merekalah yang original menyanyikan lagu ini dan dirakam di Studio Filem Negara dan mulalah lagu itu berkumandang di radio di seluruh Malaysia... 

Masa kecik kecik dulu Mak Dara selalulah menyanyikan lagu ini bila tibanya Maal Hijrah tanpa mengetahui bahawa Mak Dara bakal mengahwini salah seorang dari penyanyi yang menyanyikan lagi itu bila mak besar kelak hehehe.. What a small world kan hehe..

Kini lagu Mal Hijrah dah banyak versinya.. Dan banyak dinyanyikan semula dan salah satunya adalah dari kumpulan Al Ajiba di ataslah.. Mak cuba juga cari versi original yang dinyanyikan oleh somi Mak Dara tu tapi tak ada.. Syang betul kan.. Kalau tak boleh le anak anak mak dara dengar suara papa mereka hehehe

Mak Dara ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 dari Mak Dara sekeluarga....


Friday, November 25, 2011

Model Majalah Manggis @ Swiming Pool

As salam pada malam ni Mak Dara nak kenalkan anda dengan model model untuk Majalah Manggis keluaran November Issue.. 


Haaaaa inilah model modelnye.. hehehehehehe... Ni anak anak Mak Dara tengah sakan swiming tadi.. So far diorang enjoy bercuti cuti malaysia kali ni.. Dok posing dalam swiming pool anak sulong Mak Adza Haiqal kata.. "boleh jadi model majalah manggis tak" dengan seloroh.. Hahahah ada ada sajalah anak anakku ini.. Tak kisahlah mangga ke manggis asalkan korang haappy mama pun turut happy =)

From D-Villa Residence With Love

As salam para blogger.. Sekarang Mak Dara bersiaran terus menerus dari D-Villa Residence di KL.. Cuti cuti Malaysia bersama keluarga.. Adessss planing nak le holiday di luar dri hiruk pikuk kuala lumpur ni namun apakan daya tuntutan kerja Mak dan somi tidak dapat membenarkan kami keluar dari KL ni .. Bisalah meeting meeting dan meeting kan.. Tapi anak anak mana tahu kat mana pun kita nak berholiday.. Asalkan keluar dari rumah tu dah kira holiday la tu kan hehehehe..Meh Mak Dara nak share kan sikit gmbor mak sekeluarga di D-Villa Residence

our room

anak anak sedang sedia nak gi mandi kat swiming pool hehe

mak dan somi bercengkerama di balcony hahaha.. nice view

Memang besttt sangat di sini ..Mak ambil apartment 2 bilik.. Memang sesuai le dengan keluarga besar mak ni kan hehe. Dan yang paling best di sini ialah view dia.. Stright terus nampak KLCC hehehe

Oklah anak anak dah jerit nak gi swiming nanti kita jumpa lagi ye From D-Villa Residence With Love


Blog Dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini

As salam... Dah lama juga Mak Dara tak buat "Blog dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini.. Dimana Mak Dara akan memilih satu blog/bloger yang istimewa dan akan meletakkan RSS nya di blog Mak pada hari itu.. Dan hari ni Mak Dara terpanggil untuk memilih Blog JEMARISURI menjadi Blog Dan Blogger Pilihan Mak Dara Hari Ini.

JemariSuri

Kenapa Mak Dara memilih blog ini? Kerana blogger Jemarisuri sering meninggalkan komen di hampir setiap entry yang Mak Dara publishkan.. Haaa kiranya dia larat melayan meroyan di setiap entry Mak tu.. Mintak mintak dia tak berjangkit dengan meroyan mak ni cukup lah ye hehehehe.

Kepada semua blogger terutamanya adik Jemarisuri dan semua silent reader di blog Mak ni.. Mak nak ucapkan sekalung terima kasih diatas sokongan anda pada blog picisan Mak Dara ni ye.. Dan mak amat amamt menghargai setiap komen anda.. Hilang segala penat lelah bila dapat tahu ada juga yang sudi membaca entry yang mak tuliskan tu heehhe 

moh kita terjah ke blog Jemari suri @ http://jemarisuri1001.blogspot.com/


CUCU PILIHAN

As salam teman blogger yang dikasihi.. Selamat datang ke rancangan Ustazah Pilihan.. Errrkkk salah channel.. Jap tune balik.. Emm ok.. Selamat datang ke rancangan CUCU PILIHAN.. Cucu Pilihan? Rancangan apa pulak ni tak ponah den dongar atau tengok pon di kaca TV.. Hehehe jangan betulkan siaran anda Mak Dara meroyan sikit pepagi ni bila Mak terima satu award special dari seorang blogger special iatu ATOK dari blog Apo2 Yolah . Meh Mak nak tayangkan award yang Mak terima tu ye...


Haaaa Mak Dara adalah Cucu Pilihan Atok yang ke 31.. Oh sayunya Mak bila terima award ni.. waduhhhh waduhhhh Atok.. Tak sangko den dipilih jadi cucu atok yang ko 31.. Macam mimpi pulok den raso eh.. Thank you atok! Siap buat entry lagi pasal den @ http://anaknegori.blogspot.com/2011/11/cucu-pilihan-atok-ke-31.htmlRaso macam nak melompat menjorit den dengan entri spesel dan pemberian award dari Atok ni, tapi takot Mak bedah sobelah rumah den terkojut terus heart attack pulak nanti mendongar joritan batin den mako den bersyukur dalam hati jo lah hehe...  Insyaallah den akan cubo jadi cucu yang baik yo.. Eden torai hehe

Moh reramai gi terojah blog Atok den nih kek sini yo http://anaknegori.blogspot.com/ . Untuk Atok keep on blogging. Den suko caro Atok toksah nak tukar tukar lai yo.. terbaekkk...


Thursday, November 24, 2011

Bila Suami Kahwin Lagi...

Aduhhhh ..semalam Mak Dara termimpi yang somi Mak Dara kahwin lagi .. Dah terjaga dari tidur dan sambung tidur balik tapi mimpi tetap sama.. Apakah maknanya itu wahai ahlil nujum.. muyskil mak dibuatnya .. 


Mimpi semalam dah tak ubah macam cerita Madu Tiga.. Cuma versi Madu dua.. Hairan jugak mak sebab semalam sebelum tidur Mak tonton cerita hantu last last macam mana Mak boleh termimpi pasal laki kahwin lain pun tak tahu lah haha.. Jadi Mak pun bertanyalah pada teman teman FB mak tentang ni..


Fuhhhh tak sangka jugak ramai yang memberi respon pada kemusykilan Mak Dara tu.. Tengok sampai 45 ahlil nujum memberikan pendapat pendapat mereka.. Namun kebanyakkannya menyatakan yang mimpi hanyalah mainan tidur dan mainan syaitan dan mak pun bersetuju dengan pendapat mereka.. Janganlah terjadi betul betul kerana Mak belum habis belajar silat tandoori payat lagi ni hehehe.. Inilah jadinya bila somi mak outstation.. asyik terfikir pasalnya sampai terbawak ke dalam mimpi ngeee.. Mudah mudahan malam ni takde lagi mimpi mimpi begitu. Sebelum tidur malam ni mak nak basuh kaki.. basuh tangan basuh siku sebelum tidur=)

p/s: SAPA TAK SAYANG LAKI Oiii hehehehe


Angkat Isu Maruah Negara

Tersedak Mak Dara bila ada teman call dan beritahu yang somi Mak, Martias Ali keluar di surat khabar BERITA HARIAN hari ini (24hb Nov 2011). Nebesss pun ada..Ye lah cerita apa yang akan keluar mengenai somi mak di BH tu kan.. Rupanya tentang kemenangannya dalam Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia FFM ke 24. 


Martias Ali


Mak , Somi dan keluarga memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas kemenangannya ini.. Semua ini berkat doa dan sokongan dari keluarga dan teman teman juga... Ok nantikan sebuah filem hasil skrip somi Mak Martias Ali yang bertemakan silat yang akan menjalani penggambarannya tak lama lagi yang juga bakal mengangkat isu maruah negara.. =)



I FOLLOW YOU... Apo Apo Yolah

 As Salam buat teman blogger.. Pepagi ni Mak Dara telah pun follow sebuah blog yang teramat sempoi iaitu blog Apo2 Yolah . Kenapa Mak Dara follow blognya? Antara ciri ciri utama ialah bahasa yang digunakannya memang sempoi habis.. Guna bahasa nogori lagi.. Takde ayat formal formal.. Penulis membahasakan dirinya Atok walaupun Mak rasa pemilik blognya tu masih lagi muda.. So dengan membahasakan dirinya Atok akan lebih mendekatkan lagi "cucu cucu" untuk selalu datang melawatnya hehehe..


Mak Dara cucu atok ke 942 =)

Bila Mak scroll entry entry yang lamanya ni memang kelakor Atok ni.. Tengok ajelah di headernya tu.. Semuanya adalah gambar dirinya dengan "Split personality"nya tu.. Memang kelakor.. Dan antara lain yang menarik di blognya adalag seperti dibawah..




Ramalan cuaca Seremban pun ado.. Memang anak jati nogori ni.. Mak Dara memang suka blog blog yang lebih kurang sama meroyan sama macam Mak Dara ni.. So kalau tengah stress dan baca entry entry begini pasti akan hilang stress dibueknyo hhehehe.. Moh kita pegi terjah ke blog atok ramai ramai ye@ http://anaknegori.blogspot.com/



Somi Outstation Still Gatal Nak Tengok Cerita Hantu

Adoyaiiii... Mak Dara ditinggalkan lagiiiiii... Opssss bukan ditinggalkan terus ye tapi ditinggalkan somi atas permintaan kerjaya hehe.. Yup somi mak sejak dua menjak tiga bermenjak menjak ni asyik outstation aje memanjang... Namun Mak Dara faham semua yang dilakukannya adalah untuk keluarga kami juga dan Mak amat amat berterima kasih dan bersyukur mendapat somi yang amat bertanggungjawap amin...

Tapi itu bukan lah cerita yang Mak nak sampaikan di tengah malam malam ni.. Kisahnya anak teruna Mak Dara ni suka bebenor dia tengok cerita hantu GHOST LAB yang ditayangkan di astro ni.. Siap record lagi.. Tadi dia ply balik episod yang dia rakamkan sebelum ni.. Mula mula Mak marah le tapi macm best lah pulak episod ni dan terus layanzzzzzzzzzzzzzz bersama sama anak mak semuanya.. 


Tadi tak ada apa apa... Sekarang dan tika masa ini dah jadi satu masalah pulak.. Kenapa? Ye lah semua dah jadi takut nak tido di bilik masing masing.. Masalahnya bukan anak anak aje yang dah jadi takut sekarang.. Mak Dara pun tumpang naik seramm sekali adessssss.... Tu lah somi outstation gatal jugak nak layan cerita hantu.. Inilah padahnya..  Apa lagi sekaarang bilik mak dara dah bertukar jadi asrama.. Semua anak anak pakat angkat tilam masing masing dan tidur dalam bilik mak.. Haa bagus jugak ada anak ramai ramai ni kan boleh jadi peneman hehehe

Oklah.. Mak Dara nak tidurkan anak anak dulu ye.. Semoga semua dpat lelapkan mata malam ni.. Selamat malam semua...


Wednesday, November 23, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 9

hehehehe

G.I.M GIRLS IN MUSIC

As Salam.. Tengah Mak Dara godek godek album lama tiba tiba terjumpa lah gambar gambar ni.. Gambar pada tahun 1999.. Fuhhh dah dekat 12 tahun dah gambar gambar ini hehe. Gambar apa? Mari Mak Dara sharekan ye..

G.I.M
atas dari kiri Tuty, Diana Rafar, Shazlin, Onie -hadapan Shazlin

Ya inilah dulu kumpulan penyanyi G.I.M.. GIRLS IN MUSIC.. Haaa pernah dengar tak pasal kumpulan ni.. Mereka hanya sempat mengeluarkan satu aje album sebelum kumpulan mereka ni berpecah.. Ahli ahli G.I.M adalah terdiri daripada Diana Rafar, Shazlin, Onie, Cempaka Sari dan juga Adza Tuty.. Yup adik Mak Dara adalah salah sorang dari ahli kumpulan ni hehe..

Puas le Mak Dara search kat youtube utk video klip lagu diorang tapi takde. Almaklum le tahun 1999 youtube kat Malaysia ni belum popular lagi.. Sekarang ni aje semua pun ada di youtube tu.. Cuma Mak Dara berkesempatan menemui satu video klip di mana adik Mak Dara Adza Tuty menjadi model untuk video klip untuk kumpulan INDIGO dari syarikat KRU

Adza Tuty yang pakai swaeter warna Coklat tu =)

Ohhh itu semua cerita lama.. Sekarang semua ahli G.I.M pun masing masing dah bekeluarga. Dan mereka juga sudah jarang bertemu. Tuty is a single mother of two.. Dan dia juga baru saja "berhijrah" ke imej baru.. Syukur alhamdullilah.. 

Tuty dulunya ada blog personal namun akhirnya blognya itu telah ditukar menjadi blog perniagaan hampernya.  Jomlah ramai ramai melawat blogshopnya tu dan klik di sini ye http://adzashop.blogspot.com/


Tuesday, November 22, 2011

Fesyen Mak Dara ke Festival Filem Malaysia FFM24

Syukur alhamdullilah Festival Filem Malaysia FFM ke 24 telah pun melabuhkan tirainya dan somi Mak Dara telah berjaya membawa pulang Anugerah Cerita Asal Terbaik Amin amin ya rabbal alamin.. Bagi mak acara itu berlangsung dengan jayanya sama seperti yang Mak harapkan.. Namun yang paling mak berpuas hati adalah baju Mak Dara yang telah disponsor oleh teman baik Mak DD atau nama penuh dia Fazreen Azrin Shah dari D'ULEK CREATION . DD juga merupakan Make up artist untuk Filem LIBAS..

Pada mulanya Mak Dara pening juga dengan apa yang nak Mak pakai pada malam FFM tu ye lah tema malam itu ialah hitam keemasan.. Mak bukan takde dress warna hitam namun dengan "imej terbaru" mak sekarang rasanya semua dress dress yang dulu dah tak sesuai lagi dengan Mak. Dan pada satu hari tu Mak ada menonton EMMY AWARD dan mak terus jatuh cinta bila mak melihat satu artis hollywood ni dan dressnya yang sangatttttt cantik.. Buat tak tidor mak beberapa malam.. Seriusss sangat berkenan.. 


Haaaa cantik kan... Dan Mak Dara ada ceritakan hal ini pada DD dan DD terus cakap yang dia bisa membuat dress seperti itu untuk Mak Dara.. Apa lagi dia terus datang rumah untuk mengambil ukuran.

DD tengah mengukur.. Cukup tak tali tu nak ukur pinggang akak haha


DD tengah mencatat ukuran 

sketch oleh DD

 
Tadaaaaaaa 


Dan tepat pada pagi FFM tu DD akhirnya siapkan baju itu dan terus Mak pakai di majlis FFM malam itu. Memang sangat puas hati dengan apa yang telah dihasilkan oleh DD itu.. Sungguh terperinci dan detail.. Thank you DD.. Luvssssssss the dresssssss!!! Tahun depan kita buat dress baru lagi ye hehe

Pada sesiapa yang memerlukan khidmat make up, andaman ataupun wedding planner boleh le bertemu dengan DD. Pasti berbaloi baloi... Klik di SINI untuk ke FB DD ye.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK