Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baruuuuuu


Masa Lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah hadiah.
Dan Masa Depan adalah harapan.
Mari kita songsong Tahun Baru 2012.
Dengan penuh harap dan kebahagiaan.


Azam Ke Asam?

Tahun Baru bakal menjelma lagi.. Selamat datang 2012 selamat tinggal 2012.. Pejam celik pejam celik rasanya macam baru je sambut tahun 2011 malam ni dah nak sambut 2012.. Cepatnya setahun berlalu.. Namun Azam mak untuk menguruskan badan dari saiz 2 pintu peti ais ke peti ais satu pintu telah gagal dengan jayanya!!!! hehe

Tahun ni mak tetap dengan azam mak untuk transform dari saiz XXXXXXXXXL ke saiz yang lebih kecil.. Dapat buang satu huruf L kat belakang tu pun jadilah.. Hmmm boleh ke ni ek.. Jangan Azam jadi asam pekasam sudehhh... Takpelah sekurang kurangnya ada jugak azam.. niat tu penting.. Dari takde apa apa azam lagi bahaya kan? Karang dari saiz peti ais dua pintu transform jadi badak sumbu dekat zoo tu haaa.. Lagilah nayaaa.. Dah le Zoo Negara dengan ghomah mak ni 4 minit je dekatnya hahahah


Kepada semua teman Mak.. Selamat tahun baru dan selamat menunaikan azam azam anda.. 


Happy New Year 2012 dari Mak Dara!!!


Passport Oh Passport

Cuti sekolah hampir tamat... Mak dan somi pun dah selamat membuat passport untuk keempat empat orang anak kami.. Memang penat untuk buat passport ni.. Tambahan lagi bila melibatkan anak anak terutama yang bongsu tu.. Ye lah kena pergi beratur di depan pejabat imigresen pagi pagi .. Macam macam keletah anak mak pada hari membuat passport tu.. Meh mak share gambar diorang.. =)

Anak bongsu mak Isabella mengantuk sampai tertidur di kedai mamak 
sambil menunggu nombor giliran kami dipanggil


Kirana maintain je


Kirana dan Kasih tak habis habis posing dalam imigresen 


akhirnya tiba jua giliran kamiiiiii


masa untuk membayar 


Pasport dah SIAP!!!!!!!!!!!

Syukur alhamdullilah akhirnya kesemua passport anak anak , somi dan mak dara siap!!!!!! Persoalannya sekarang... Walaupun passport dah siap tapi sekolah dah nak bukak esok lusa.. Hmm nampak gayanya kena tunda ke cuti sekolah tahun depan pulak le huhuhu



Friday, December 30, 2011

MAKDARALAWAK MEGA

hehehehe yeahhhh demam Maharajalawak Mega semakin menjadi menjadi dan telah berjangkit pada Mak Dara kini hehehe...


Haaaa ni MAK DARA peserta Maharajalawak Mega musim kedua.. Amacam ok tak? hahahahahahaha

Ehh oklah mak dah nak keluar.. Somi dan anak sedang menunggu.. Tak sabar nak masuk ke stadium melawati shah alam malam ni bagi menonton Maharajalawak Mega final wohooooo




Mak Dara Ke MAHARAJALAWAK MEGA FINAL

tiket ke MAHARAJALAWAK MEGA FINAL 

As salam kepada semua teman.. Mak Dara tengah bersiap siap untuk ke MAHARAJALAWAK MEGA FINAL !!! Tiket pun dah dapat dari teman somi Mak iaitu dari pelakon Bob Azrai..Ohhh terujanya tak payah ceritalah mengalahkan anak mak je hehehe.. Cuma sayangnya tak sempat nak bikin banner untuk 2 group peberet Mak iaitu BOBOI dan OSBON!!

Untuk BOBOI dan OSBON buat yang terbaekkkk malam ni ye.. Ala tomei tomeiiiii =)




Ini Entry JELESSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Yup.. Perasaan JELESSSSSSSSSSSSS TAK HENGATTT telah menyengat ke kesuma ke hati ke siku ke bahu Mak Dara pagi ini tat kala melihat gambar ini...

Dari kiri Adik mak Adza Tuty, Adflin Shauki, Kakak mak Adza Adzriyati dan Abg Amri

Ohhhhhhh tangkap gambor dengan abang AFdlin yeeeee.. Upload kat FB ye... Alaaa Mak pun nakkkkkkkkkkk!!! hahahahaha 

Rupanya Afdlin Shauki telah ke Concord Shah Alam semalam untuk melihat band D'ADZA iaitu Band yang terdiri dari adik beradik mak dara... Selalunya ayah Afdlin aje yang selalu hang out disana tapi semalam Afdlin pun ada.. Alaaa Tomei Tomeiiii...

Fuhh semakin tak sabar Mak nak ke MAHARAJALAWAK MEGA malam ni kat stadium melawati!! Pada adik dan kakakku jangan jelesssssssssss.. Peace Yallllllll ! hehehe


Pengarah Murali Dimasukkan Ke Hospital

Terkejut juga bila somi Mak Martias Ali mendapat sms dari temannya dan menyatakan bahawa kawan mereka iaitu pengarah terkenal Murali telah dimasukkan ke hospital Selayang pada petang semalam..




Difahamkan bahawa beliau mula mengadu sakit ketika di sebuah set penggambaran drama terbarunya itu iaitu drama bertajuk Mr Labuci..Sehingga kini kami tidak mendapat berita lebih lanjut mengenai beliau.. Marilah kita sama sama berdoa agar Encik Murali segera sembuh dan dan mengarahkan lebih banyak drama dramanya ya... 


Thursday, December 29, 2011

Hye Hye IShoutbox Bye Bye Shoutmix

Dek kerana kecoh tentang penamatan perkhidmatan secara percuma oleh pihak SHOUTMIX maka Mak pun menyertai bersama sama hampir kesemua blogger blogger yang lain dengan berpindah dari Shoutmix ke IShoutbox..

IShoutbox

Shoutmix

Soooo Hye Hye IShoutbox Bye Bye Shoutmix!!!! Jadi jangan malu malu jangan segan segan tujukan santau errrr maksud mak tujukan lagu (tinggalkan jejak) di IShoutbox mak yang baru tu ye =)



Wednesday, December 28, 2011

Mface Oleh Dato AC Mizal Pengganti Facebook

Dato AC Mizal telah membuka sebuah lama sosialnya sendiri iaitu Mface ..

gambar milik Dato Ac Mizal


Tahniah kepada Dato Ac kerana telah berjaya membuka laman sosialnya sendiri. Pasti bukanlah satu langkah yang mudah kan... Dengar khabarnya ahli ahli laman sosial terbaru ini terdiri dari kalangan artis.. Fuhhhh menarik tu... Maka tanpa membuang masa Mak Dara pun menjoinkan diri. Dan beginilah ghupenye mface Mak Dara...


Mak Dara masih belum faham lagi ciri ciri yang terdapat dalam mface ni.. Ye lah baru je join 5 minit yang lalu.. Ok Mak Dara nak pergi godek godek semua aplikasi yang terdapat di mface ni.. Ha jom le terjah mface beramai ramai @ http://www.mface.me/..

Kepada Dato AC Mizal tahniah Mak Dara ucapkan kerana telah menempuh kejayaan demi kejayaan.. Dato AC BOLEH!! Peace Yo.... hehe


Tuesday, December 27, 2011

Comelnya Anak Marion Caunter Dan SM Nasarudin

Waduhhhh comelnya anak pengacara E NEWS ASIA iaitu Marion Caunter atau nama islamnya Marion Rose Caunter Abdullah bersama suaminya SM Nasarudin ni..  Leia Rose Caunter Nasarudin telah dilahirkan pada 16 Disember 2011 yang lalu..

Leia Rose Caunter Nasarudin Penyeri Hidup Marion & Suami
gambar oleh Yahoo Malaysia

Memang comellll.. Tengoklah ibu dan ayahnya.. A very good combination maka lahirlah puteri yang  cumillll.. Semoga dengan kelahiran puteri mereka ini dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga =)


KENTUT... Di mana harus dilakukan?

KENTUT... Sebenarnya adalah aktiviti yang bagus untuk kesihatan.. Membuang angin dalam badan.. Kalau tak buang angin karang badan jadik macam belon pulak kan.. Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa. Tapi persoalannya sekarang Di Mana Anda Kentut? Di tempat awam kah?

Di hadapan teman teman atau keluarga kah?


atau kentut secara sembunyi sembunyi


Jadi anda dalam kategori yang mana satu... Yang kentut di khalayak awam ke, Yang kentut hanya dihadapan teman dan keluarga ataupun anda yang pemalu dan mencari pot yang agak jauh untuk kentut? Sebaik baiknya tu di dalam kategori yang ketiga tu lah ye.. Cuba le carik pot yang jauh dari orang sebelum anda melakukan aktiviti anda tu.. Jadi kurang sikit pencemaran bunyi dan udara ye tak.. Hehehe

Makanan penyebab kentut
  • Kacang
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus.
  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches.
  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin.

  • Waduhhh macam mana boleh sampai ke topik kentut pulak mak petang ni ek hahahaha.
    (pic by Google)


    TITISAN DARAH PAHLAWAN

    NAMA Yusof Kelana dalam bidang pengarahan terutamanya drama televisyen (TV) tempatan memang tidak boleh disisihkan. Ini kerana, sejak hampir 30 tahun terbabit dalam bidang itu, dia telah mengarahkan lebih 400 drama.
    Terbaru, penggambaran drama 26 episod berjudul Titisan Darah Pahlawan di Perak. Ia membawa kembali ke zaman komunis dan Jepun serta pengorbanan pasukan tentera dan polis untuk melawan musuh negara itu. Drama ini amat sesuai untuk generasi muda, jangan menjual maruah dan negara kepada orang luar demi kepentingan diri sendiri. Pasukan tentera dan polis berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan tanah air kita.
    Mak Dara dan somi telah ke lokasi penggambaran drama ini di Ipoh perak semalam.. Tujuan kami kesana sebab somi mak Martias Ali nak bincang bincang mengenai projek terbaru mereka bersama Abang Yusof Kelana.. Sambil bincang bincang tu kami pun turut sama melihat shooting drama itu berlangsung.. Meh mak share kan sikit gambar gambar di sebalik shooting drama TITISAN DARAH PAHLAWAN ni ye....
    Abang Yusof Kelana sedang memberikan arahan kepada para pelakon


    Abang Yusof Kelana sedang mengarah

    Somi makdan abang Yusof Kelana

    Siapa yang selalu kata mak gemuk.. meh siniiiii hehehehe

    boleh tahan berat jugak

    bang bang hehe

    sempat lagi posing ni hahahaha

    Martias & Yusof Kelana

    Mak Dara & Abang Yusof Kelana


    Mak bersama Makup artis, boom man dan abang cameraman hehe

    Memang mak sukaaa dan memang patut diadakan lebih banyak drama drama bersifat patriotik ni.. Ini supaya dapat memupuk rasa sayang dan cintakan negara.. Suatu semangat yang semakin pudar di negara kita.. Semoga dengan adanya genre genre sebegini dapat mengembalikan rasa hormat dan cinta negara .

    Drama ini akan habis penggambarannya dalam penghujung bulan March tahun depan.. Mak doakan semoga shooting ni berjalan lancar.. All the best buat Abang Yusof Kelana, YKS Production dan kepada semua lrew dan artis yang terlibat..


    Mak Dara Mengganas Di Ipoh


    JANGAN BERGERAK!!!! Mak Dara dah hijack sebuah asrama di Ipoh.. U dont play play ek.. Siapa yang selalu kata mak ni gemuk sila beratur di depan dulu meh!!! 

    Haaaahaaahaaa jangan gabra jangan terkojut ye Kak Pah.. Mak Peah .. Pak Sood dan Wak Leman.. Mak idok le nak jadi pengganas nak hijack hijack ni.. Ini adalah gambar Mak Dara di set lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod bertajuk TITISAN DARAH PAHLAWAN yang diarahkan oleh pengarah Abang Yusof Kelana..

    Masa gambar ni diambil Mak berada dalam set asrama askar lelaki.. Haaa nampak tak semua askar askar kat belakang mak tu.. semua tu pelakon tu hehehe.. Ok kejap lagi Mak Dara kasi sambung full entry mengenai drama ni ye.. Sekarang misi nak cari card reader dulu untuk keluarkan gambor gambor dari kamera.. Tungguuuuuu


    Waduh Jemmmm Di Highway Utara Selatan

    Waduhhhhhhh mau kebassssss mak dibuatnya.... Ye lah mak bertolak dari Ipoh menghala ke KL selalunya hanya mengambil masa hanya dalam dua jam aje tapi kali ni lebih dari lima jammmmmm.... Fuhhhhh memang jemmmmmmm gilaaaaaa..... Mungkin juga sebab orang berpusu pusu balik dari holiday.... Kawasan rehat di Sungai Perak pun punyalah penuh dengan orang

    Namun syukur alhamdulilah mak dan somi selamat tiba di rumah dengan selamatnya aminnn.... Namun memang best trip makdansomi ke ipoh kali ni... Dapat nengok ke dua set lokasi drama iaitu satu drama bertajuk Titisan Darah Pahlawan arahan Abang Yusof Kelana dan sebuah lagi drama bertajuk Mak Yong sebuah skrip yang mak dara tulis bersama adik mak..

    Dek kerana letih mak pon belom habis lagi maka esok je mak up kan story mengenai shooting drama tu ye hehehe... Sehingga bertemu esok.. Selamat malam semuaaaaaa

    Monday, December 26, 2011

    Semoga Penyanyi Latif Ibrahim Segera Sembuh

    Mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin yang belum tahu berita tentang penyanyi evergreen Latif Ibrahim telah terkena serangan jantung baru baru ini.  Beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) .

    pic oleh Atok Google =)

    Dengar khabarnya Latif Ibrahim berada di dalam keadaan kritikal.. Namun mak tak pasti bagaimanakah keadaannya sekarang.. Ada yang tahu tak? Walau apa apapun marilah sama sama kita doakan semoga beliau segera sembuh..

    Mak Dara @ Hotel Heritage Ipoh Perak

    As salam semua.. Syukur alhamdullilah setelah berpusing pusing mencari tempat untuk bermalam di Ipoh ni akhirnya kami bermalam di Hotel Heritage.. nasib baik le hotel ni tak penuh.. Hotel yang lain semuanya full house.. Almaklumlah Hari Xmas dan cuti sekolah..

    

    Wahhh suka suka suka bila check in di sini tadi.. memang cantik betul hotel ni.. Mak sukaaa hehe




    Okeylah.. bantai tu dari tadi dok panggil panggil je nama mak.. Esok nak bangun pagi dan nak ke set penggambaran shooting drama teman somi mak iaitu Abang Yusof Kelana di Tambun pulak.. Selamat malam semua...

    Emmm ade tak blogger dari Ipoh? Best jugak kalau dapat jumpa kan hehehe.. 


    Mak Dara Di Ipoh.. Peace Yo hehe

    As Salam.. Waduh waduh sehariannn Mak Dara tak jenguk ke blog Mak ni ha.. Ini semua dek gara gara surprise oleh somi mak yang tetiba ajak Mak ke Ipoh Perak petang tadi.. Memang tak di plan langsung tiba tiba suruh pack baju dan terus bertolak.. Somi mak memang suka buat camtu.. Maybe sebab dia tahu yang selalunya kalau kami nak kemana mana kalau buat plan kompom tak jadi tapi bab bab surprise dan mengejut macam ni selalunya 99% menjadi hehe
    Kami tiba di Ipoh pada pukul 9 malam tadi.. Setibanya di sini somi mak terus meeting dengan Pengarah Yusof Kelana tentang projek terbaru mereka.. Dah selesai tu kami pegi lah bertemu dengan beberapa orang pelakon yang sedang berlakon drama bersiri terbaru abang yusof kelana iaitu  Drama Titisan Darah Pahlawan tu.. Hari ni diorang cuti dari shooting jadi esok aje mak dan somi akan ke set penggambaran tu..
    Abang Yusof sempat membawa kami jalan jalan ke Ipoh dan antara tempat yang dibawanya ialah "GERBANG MALAM" ala ala macam uptown kat Danau kota tu lah.. Best jugak ke sana.. Tapi ramaiii sungguh orang disana tadi jadi mak tak de beli apa apa..
    

    Lepas dari berjalan jalan di Gerbang Malam kami menghantar Abang Yusof pulang ke hotelnya dan lepas tu barulah mak dan somi mencari tempat untuk bermalam pada malam ni.. Memang seronok main terjah terjah ni macam adventure pun ade.. Jangan sampai takde tempat nak bermalam sudah le.. Dengar cerita banyak tempat dah full house dek kerana Hari Xmas dan juga cuti sekolah huhu

    Sunday, December 25, 2011

    Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com



    Pencarian Blogger Aktif
    Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
    25/12/2011 hingga 31/12/2011

    Masa yang dinanti nanti tiba jua Kak Jah.. Mak Piah.. Pak Sood oiiiiiii.. Yeahhh marilah beramai ramai turut serta dalam segmen Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com oleh seorang blogger otai dan juga teman Mak iaitu Mia Liana.

    Banyak kerugiannya jika tak sertai segmen ini dan terrrrlalu banyak keuntungan yang bakal diperolehi oleh kita dan blog kita sekiranya turut serta dalam segmen ni.. Terutama blogger blogger baru macam mak, jangan le sesekali lepaskan peluang anda ye.. Kemungkinan blog anda akan menerima traffik yang luar biasa.. follower makin bertambah dan juga mendapat teman teman baru apabila menyertai segmen ni.. Tak percaya.... tanya Mak Dara hehehe..

    Syarat-syaratnya :
    1. Terbuka kepada semua blogger.
    2. Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com
    3. Sila copy coding segmen ini dan masukkan ke dalam entri tersebut (Klik pada coding di bawah dan tekan Ctrl + C untuk copy). Klik SINI utk dapatkan coding
    4. War-warkan tentang penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda.
    5. Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjeritsupaya senang nak tinggalkan jejak.
    6. Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking.
    7. Setelah siap, letakkan URL entri tadi ke dalam ruangan komen entri ini.
    Klik SINI untuk turut serta dalam segmen ini ya... To Mia: All the best in this segmen.. Hope to meet you again soon muahhhhh



    Ahhhh FB kena HACK Lagi Ke Ni Grrrrrrrr

    Oh why la why.. Cuba habaq mai sebab apa boleh jadi lagu ni.. Lagu sedih di hujung minggu.. Cuba main lagu R&B ka.. Lagu Hip Hop ka.. adoiiii geramnya Mak bila nak bukak facebook aje tetiba keluaq benda ni..



    Kena locked!!! grrrrrrrr.... Ni nak habaq mai la kat yang nak bukak akaun facebook mak tu.. Apakata hangpa pi hack facebook retis ka.. yang glamer glamer sikit..Kot la boleh dok dapat publisiti kot.. Ni yang nak pi hack facebook makcik makcik ala senja nan merah macam facebook Mak ni buat apa cheq oi.. Takdak pekdahnya... 

    La ni nak buat lagu mana pun tak tau lah.. Ahhh malaih nak layan facebook hari ni.. Esok baru tengok apa apa yang patut.. Kalau boleh bukak balik.. boleh le.. Kalau dak.. hmmm biaq mak meroyan kat blog je lah lepas ni..

    Ohhh ni yang nak buatkan mak nak nyanyi lagu PULANGKAN nyanyian Misha Omar ni.. Sat nak tukaq kostume jadi hantu dulu.. uwaaaaaaaaaaaaaa


    Saturday, December 24, 2011

    CINTA FUN FAIR

    Puteri Irda mahu dinikahkan oleh Tuanku Hirwandi kepada Raja Hassan yang telah berumur itu.. Tidak setuju dengan permintaan dan perintah ayahnya itu, Puteri Irda melarikan diri dari istana.. Dengan pakaiannya yang sungguh cantik bak puteri raja dari kayangan dia disangka datang untuk temuduga menjadi maskot di sebuah funfair.. Dengan tidak berfikir panjang dan ragu ragu kerana dirinya kini dijejaki oleh pengawal istana maka Puteri Irda menerima sahaja tawaran pekerjaan itu dan menjadikan tempat funfair itu tempat untuknya menyembunyikan diri dari ditemui oleh ayahnya.. 

    Bermulalah kehidupan Puteri Irda sebagai "maskot puteri" di funfair itu. Di sana dia bertemu dengan yazz yang merupakan seorang pekerja funfair dan bertugas sebagai "hantu" di dalam rumah hantu di funfair itu.. lama kelamaan persahabatan mereka bertukar menjadi cinta.. Apa yang berlaku seterusnya? Haaaaa itu mak belum pikirkan lagi macam mana kesudahan cerita ni.. Cerita ni mak dapat ilham semasa mak ke Funfair bersama keluarga mak di Shah Alam semalam... Haaa ok tak? memang spontan habis idea ni datang.. hehehe.. Agak agaknya ada ke producer yang nak bikin drama ni ek hehe... 

    Hmmm nanti nantilah mak sambung cari idea untuk habiskan sinopsis CINTA FUN FIR ni.. sementara tu moh le mak sharekan dulu gambor gambor mak dan family di funfair semalam ye..

    anak anak mak dan anak buah mak
    dari kiri Adza Kasih, Adza Kirana, Tengku Adza Nadhirah dan Adza Isabella


    Boleh tahan jugak funfair ni.. Pada yang nak pegi tu.. Funfair ni berdekatan dengan stadium Shah Alam.. Selamat berhujung mingguuuuuuuu.. Ok mak nak try cari idea untuk habiskan drama mak ni heheeh




    Friday, December 23, 2011

    Nasib Baik Tiada Servis Penghantaran Sebegini Di Malaysia

    Waduhhh terkejut Mak Dara tatkala melihat video youtube yang tengah hangat di sharekan di facebook oleh teman teman Mak sejak petang tadi.. Sebuah video yang diambil dari CCTV sebuah rumah kediaman di UK kalau tak salah mak..



    Waduhhhh pekerja FedEx tu main campak campak aje kotak yang berisi monitor komputer tu.. Kesian lah pada pemilik barangan tu mendapat barangan yang dah rosak.. Nasib baik pemilik tu ada pasang CCTV kalau tak pastilah ramai lagi mangsa pekerja fedEx yang tak bertanggungjawab tu.. 

    Nasib baiklah tiada penghantaran seburuk ini di negara kita ni kan..


    Bloger ..... Tak Cantik... Erkkk !!?!


    OH MAK GAYAH!!! Siapalah punya keje search yang bukan bukan di blog Mak Dara ni.. Setahu Mak Dara tak pernah pulak Mak menulis begini dalam entry Mak mengenai Cik Epal tu..

    Pada mereka yang nak search yang bukan bukan tu.. Hentikanlah perbuatan anda tu.. Tak baik asyik nak cari kesalahan atau keburukan orang.. Mak Dara dah 3 kali bertemu dengan beliau di acara acara blogger dan terus terang mak cakap Mak terpegun tengok kecantikan beliau.. Beliau tak perlukan sebarang make up yang tebal mahupun sarat.. She have natural beauty.. Ini bukan entry bodek ye.. Bukan juga cobaan ini betul betul kejadian.. Dan yang paling bestttt she is soooo humble.. Memang sweeeeeeeetttttt sangat sangat.. Memang mak suka caranya =)

    Jadi cubalah search benda benda yang bermanfaat sikit kannnn.. search resepi buat cucoq udang ka.. cara cara lipat baju ka... kan lagi bagos ... renung renungkan..


    Thursday, December 22, 2011

    Blogger SUPER IBU Selamat Melahirkan Anak Keduanya.. Amin..

    As salam kepada semua teman.. Semalam adik bongsu Mak Dara Adza Emie atau namanya dalam dunia blog SUPER IBU telah selamat melahirkan anaknya yang kedua tepat pada pukul 8:02 malam 21.12.11 di Klinik Pusrawi Damansara. Mak ada tulis entry mengenai saat saat cemas adik mak tatkala melahirkan anaknya di entry ini MAK DARA DI BILIK BERSALIN semalam .. Ni kira kesinambungan dari entry itu lah hehehe

    Setelah lebih dari 7 jam bergelut dengan kesakitan untuk melahirkan dan saat saat bertambah cemas tatkala doktor menyatakan bahawa adik mak kemungkinan akan dibedah kerana degupan jantung baby semakin menurun akhirnya dengan izin Allah swt dan adik Mak selamat melahirkan anaknya secara normal dan selamat.. Saat mendengar tangisan pertama baby membuatkan mak dan adik adik mak yang lain yang turut bersama berada di klinik itu bagaikan nak melompat dan pada masa yang sama semua pun menangis.. Bertambah lagi seorang anak buah kami.. Oh kalau nak cerita memang 3 hari 4 malam tak habis.. Moh Mak sharekan gambar gambar semalam ye..


    presenting ADZA QHAMILLIA


    Adza Qhamillia.. 3 minit setelah dilahirkan


    welcome to the family Qhamillia...


    Mak Dara bersama semua anak anak dan juga Adza Qhamillia


    Mak Dara dan Qhamillia

    Syukur akhamdullilah kami sekeluarga bersyukur dengan kedatangan ADZA QHAMILLIA semoga menjadi anak yang solehah pada ibubapa nanti ya.. To my sis Emie.. Selamat berpantanggggggg bebeh hehehe..

    create your own banner at mybannermaker.com!


    THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

    Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

    Mak Dara @ IKLAN MAYBANK