Monday, January 30, 2012

Kuala Lumpur Short Film Festival Kini Bermula...

Syukur alhamdulillah KUALA lumpur Short Film Festival sedang berlangsung dengan jayanya pada masa dan saat kini . Kini mak dara berada di acara ni yang sedang berlangsung diPanggung Bandaraya KL berhadapan dataran merdeka... Mak dara nak menjemput ke semua anda untuk dtg memeriahkan festival ini dan sambil sambil tu dpt la tengok filem filem dari luar negara yang akan ditayangkan pada malam ni...

Mak dara anak jemput anda semua ke majlais perasmian Festival ini yang akan berlangsung pada malam ini yang akanbermula pada pukul 8 malam ini.. Sebenarnya semua jemputan malam ini adalaha dari jemputan aje.. Namun kepada semua pembaca blog mak dara adalah istimewa maka mak nak jemput semua anda datang pada malam ni.. Tema pakaiana ialah formal ye.. Turut hadir pada malam ini adalah dua belas duta dan juga datoa bandar kl.. Jadia mohhhh le joinnn ye.. Bila tiba di registration just mention yang uols adalah guest Kak Adzairdawati ye..

Jumpa anda malam ni yeeeee.....

Sunday, January 29, 2012

Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012. JOM BERTUKAR UNDI!!

Assalam.. Ramai antara anda yang telah pun menyertai Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012 kan.. Apa kata moh kita bertukar undi suka sama suka.. U Vote me and I vote You ok tak ? 


Ok moh vote mak dara di kategory WORST BLOG OF THE YEAR!!


Pls vote Blog Mak Dara untuk THE WORST BLOG OF THE YEAR

(Kategory Worst Blog Of The Year)

Kemudian klik di link http://www.bicaramakdara.com/

Setelah anda selesai mengundi sila tinggalkan link untuk mak dara mengundi anda pula ye...

1)LINK dan NAMA KATEGORI
2)Link Blog

Jom le kita sesama kita membantu sesama kita .. Majulah datin maimon untuk sukan hehehe.. sayang korang ketat ketat!!!


Saturday, January 28, 2012

Bagaimanakah Menyambut Kepulangan Suami

Semalam masa sedang elok elok Mak Dara dan somi dalam perjalan pulang ke rumah dari meeting di KL, tiba tiba terdengar satu iklan di radio.. Mak Dara tak ingat iklan apa atau macam mana iklan tu bermula tapi part ending tu terdapat dialog dari si isteri menyambut kepulangan suaminya dengan " Selamat Pulang Abang...." dengan sungguh lemah lembut sekali... Tepat tepat time tu jugak somi mak menjeling pada mak dan bertanya.. Ada ke isteri isteri time sekarang sambut husband balik macam tu? Erkkkkk tersedak datin maimon macam tercekik biskut merry dibuatnya Mak Dara semalam.. Waduhhhh ini soalan ke perli ni uwaaaaaaaaaaaa



Ye lah terkadang kita lupa part part macam tu.. Part yang kita pandang remeh rupanya memberi kesan jugak kepada pasangan... Maka oleh itu mak dara dah nekad balik aje somi mak dari keje dan dalam keletihannya tu mak dara nak sambut dengan lemah lembut siap dengan dialog dalam iklan tu lagi ha.. Dah tu plan nak bukakkan kasut dan stoking.. ambil bag dan terus hidangkan air untuknya.. Haaaaa jangan datok maimon tanjat sudah hehehe

So mak dara sarankan kepada semua para ibuk ibuk sekalian mari kita  sambut kepulangan somi dengan penuh kemesraan dan kelembutan.. kompom somi bertambah tambah sayang pada kita.. Jangan sampai dia tak nak ke tempat kerja esok cukuplah hehehehe


Pls vote Blog Mak Dara untuk THE WORST BLOG OF THE YEAR
Pls vote Blog Mak Dara untuk THE WORST BLOG OF THE YEAR..
click the banner to vote

Friday, January 27, 2012

lady 18sx sex, dara miang , isteri curang



Tanjat Datin Maimon la pepagi Jumaat yang mulia ni tatkala melihat kata kata kunci yang di search di blog Mak Dara ni ha...


lady 18sx sex, dara miang , isteri curang ... biaq betui... Jap mak nak check kembali.. Ehhh bila masa lah yang mak tulis entry SX18 begini adoyaiiiiii... Lebih baik search entry pasal entry makan makan , menternak lemak ke tutorial ke.. entry ilmu agama ke .. Ini benda tu yang di cariknya.. Haaa macam yang last tu "doa supaya suami setia" itu yang lebih disearch dari benda benda di atas tu... Adoyaiiiiii.... 


Pilih Kasih 3 | Vote For Miza Azura!

Waduhhhhhhhh tanjatttt Datin Maimon... Maunya tak tanjat... sepupu Mak Dara telah menjadi salah sorang finalist untuk PILIH KASIH 3 uols... Siapakah sepupu Mak Dara tu?


Haaaaa inilah dia sepupu Mak Dara Miza Azura namanya... Miza sebelum-sebelum ini memang aktif dalam bidang lakonan dan Model. Malah Miza pernah menjadi juara cover girl untuk majalah Cosmopolitan 2011.

Miza sebagai cover majalah COSMOPOLITAN

Ha cun tak sepupu Mak Dara ni.. hehehe... Teringat masa zaman zaman Mak Dara jadi model catwalk dulu.. sekarang model pampers pun belum tentu ada yang nak kasi job hahahaha. Mieza adalah seorang Perunding Kejuruteraan untuk sebuah engineering company swasta di Kuala Lumpur. Miza ni juga adalah sepupu kepada blogger hebat iaitu blogger BELALANGMe Elyssa dan adik kepada blogger Belinda Adzmi

Tahniah sekali lagi dari Kak Ida sekeluarga untuk Mieza.. Semoga sukses selalu dalam apa jua bidang yang diceburi.   Kepada kawan-kawan , sudi-sudilah untuk undi Miza Azura. Undi anda membantu Miza merealisasikan impiannya menjadi kenyataan :)


p/s: terima kasih pd belalang sbb kasi kak ida copy paste from ur entry =)


Thursday, January 26, 2012

VLOG Dari Mak DaraOk

Haaaaaaaaa jangan tanjat ye datin Maimon.. Mak Dara pon nak buat v log jugak hokayyyy... Hahahaha jangan ada yang termuntah pink sudah le tatkala menonton vlog Mak Dara ni ye.. Mempersembahkan VLog meroyan dari Mak Dara.... Taraaaaaaaaaaaa...

Maaf ye video goyang goyang hehehe

Haaaa kauuuuu... Inilah ghopenye bila Mak Dara bervlog.. Harap takde yang terjangkit penyakit meroyan mak tu ye.. hehe.. Dan sila abaikan video yang bergoyang goyang tu ye.. Imagine lah mak dara atas tongkang dan sedang berhadapan dengan lautan yang berlora gitu hehehe..

Ok video ni Mak Dara tujukan kepada semua keluarga dan sahabat handar tak kira lah teman dari FB ke.. Twitter ke Blog ke.. Yang sudi ucapkan selamat hari jadi pada mak yang baru aje lepas pada 24hb Jan lepas.. Haaaa Mak dara dah sah berumur 35 tahun uolssss... Harap anda semua tak le serik nak berkawan dengan orang tua macam mak ye hehe


Senarai Pemenang KLIS FABULOUS GIVEAWAY.. Tahniah


As Salam kepada semua teman.. Kini Mak Dara ingin mengumumkan Pemenang KLIS FABULOUS GIVEAWAY . Namun sebelum tu mak dara nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai GA anjuran KLIS ini ya.. Mereka yang telah menyertai GA ini adalah..


Mak Dara nak ucapkan tahniah kepada KESEMUA yang menyertai giveaway ini kerana setiap anda semua menerima jemputan ke Kuala Lumpur Short Film Festival yang akan berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb 2012 bertempat di Panggung Bandaraya KL. Dimana anda boleh menonton kesemua 40 filem pendek yang berjaya masuk ke peringkat akhir yang akan ditayangkan di Panggung Bandaraya KL. Dan anda juga telah memenangi...

2Jemputan Ke Malam Anugerah KLIS

Ya Kesemua anda akan menerima undangan ke Malam Anugerah KLIS yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya KL pada 1hb Feb 2012 yang akan bermula pada pukul 8 malam. Tema pakaian ialah BLACK TIE. Ini bermakna setiap seorang dari anda boleh membawa seorang teman ke majlis gemilang ini.

Namun daripada semua penyertaan.. 10 Entry akan dipilih secara random melalui random.org dan 10 yang terpilih akan menerima hadiah tambahan yang hebat seperti di bawah..

1 Helai T-Shirt KLIS

Senarai 10 Pemenang Tshirt melalui random.org ialah....

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. Diminta anda semua menghantar segala butiran anda seperti nama penuh , no telefon alamat kepada email saya mrs_martias@yahoo.com sebelum 27hb Jan ye... TAHNIAH


Sambil sambil tu kalau sudi vote le Mak Dara untuk WORST BLOG OF THE YEAR  dalam Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. Cuma klik http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 dan kemudian vote http://www.bicaramakdara.com/ ye.. Pada sesiapa yang turut sertai award ni votelah mak dan tinggalkan link dan mak akan vote untuk anda pula =)


Somi Mak Dara di The Breakfast Show NTV7

As Salam duhai teman.. Waduhhhh pagi ni Mak Dara dan somi mak Martias ALi bangun cukup awal kerana kami kena ke Studio NTV7 di damansara . Mak Dara temankan somi Mak sebab Somi mak telah dijemput menjadi tetamu untuk rancangan THE BREAKFAST SHOW.. Somi mak telah pun keudara di NTV7 pada pukul 10 pagi tadi.. Moh mak sharekan sedikit gambor yang Mak Dara snapkan ye...

Somi Mak Dara Martias @ Studio NTV7

sedang menunggu giliran untuk on air

sebahagian dari pejabat NTV7

Studio THE BREALFAST Show yang sebenar hehe

on air

Aishah dan Naz mengucapkan selamat datang kepada somi mak =)


Somi Mak Dara


Naz dan Aishah hos rancangan THE BREAKFAST SHOW ini


Haaaa nampak lainkan studio rancangan The Breakfast Show ni.. Studio sebenarnya ialah sebuah studio "green screen" namun bila on air akan ada backdrop seperti yang dapat lihat di gambar di atas tu.. Syukur alhamdullilah temuramah itu berjalan dengan lancar.. Mak Dara memang kecut perut bila berada di studio tu sambil melihat somi mak menjawap semua soalan tu dalam bahasa omputih.. Syukur dia dapat menjawa dengan jayanya.. Nasib baik tak suruh mak cakap omputih.. I the cannot one because my English is under the bridge one u know hahaha..

Apa apapun jutaan terima kasih kepada pihak NTV7 terutamanya semua krew, hos dan pihak penerbit yang sudi menjemput somi mak ke rancangan itu bagi mempromosikan acara Kuala Lumpur Short Film Festival (KLIS) anjuran mereka yang bakal berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi..


Syukur alhamdullilah somi mak dara dapat menjayakan rancangan The Breakfast Show secara live pagi tadi dan rancangan Malaysia Hari ini yang telah keudara semalam.. Dan kini kami berdebar pula bila somi mak akan ke rancangan 8TV Quickie yang akan berlangsung esok malam pula.. Doakan semuanya berjalan lancar ye... =)



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Haaaaa jangan tanjat ye datin maimon... Mak Dara memang suka nyanyi lagu harijadi untuk diri sendiri.. Bukanlah niat nak perasan ke apa cuma nak sedarkan diri yang usia mak dara dah kearah senja nan merah gitu... Ya.. Mak Dara telah menyambut hari lahir mak dara pada 24hb Jan lepas.. Berapa usia mak dara?...



Haaaaa jangan tanjat ye datin maimon.. Mak memang dah tuaaaaa hehehe...Huhuhu dah tua diriku ini.. Namun aku bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh tuhan kepadaku.. Seorang suami yang penyayang.. 4 orang cahayamata yang sempurna buatku.. syukur..Mak Dara terima banyak ucapan selamat hari jadi dari teman teman di Facebook twitter dan ada juga di Blog.. Terima kasih kalian.. U really make my day.. Dah tuo pun tuolah.. Den terimo denge hati ye terbuko hehehehe..

Ok Meh Mak sharekan serba sedikit sambutan birthday party mak yang di adakan di Crossroad  Concord Hotel Shah Alam...


waduhhh siap kena panggil naik atas stage lagi hehehe

Hembos jangan tak hembos.. waduh byk pulak lilinnya hehe tak mengaku tua

waduhhh siap kena buli nyanyi lagi oleh D'ADZA habis sumbangggg haha

bukak hadiah timeeee!!!!

waduhhh somi mak dah jadi super butterfly men hehehehe

semua family & Friends yg datang sambut birthday mak.. muahhhh luvs you guys

ada tak macam Bear Bear di depan Pavilion tu hahahaha

semua adik beradik Mak Dara dari kiri Adza Yanie, Adza Irdawati(mak Dara)
Adza Tuty, Adza Rina, Adza Edie dan Adza Emie... muahhh

Fuhhhh memang moriahhhhh malam tu.. Bertambah meriah bila beberapa rakan blogger yang turut hadir untuk sambut Birthday Mak.. Siapakah mereka tunggu di entry seterusnya hehe.. Ok kepada semua sanak saudara dan teman yang sudi jayakan birthday party untuk ai terima kasih diucapkan it really means a lot to me... Sukaaaaa sangat.. Tahun depan buat lagi ye hehehehehehehe



Wednesday, January 25, 2012

Somi Mak Dara di Malaysia Hari Ini

Assalam duhai teman.. Waduhhhhh hampir dua hari mak dara tak menyentuh dan membuka blog mahupun FB.. Mak dara memang dah plan untuk 100% bersama keluarga dan yang tersayang selama dua hari satu malam sempena hari jadi Mak Dara pada 24hb Jan yang lepas... Ye lahhh hari jadi bukannya hari hari kan.. Lagipun macam macam boleh terjadi.. Tiba tiba kalau tertulis ini adalah hari jadi mak yang terakhir.. Mak nak le berada bersama keluarga mak dari mak dok dalam bilik ngadap lappy sorang sorang kan huhuhhu... Sejak dah beransur usia senja nan merah otak ni asyik pikior yang bebukan aje.. Fuhhhh kompom dah tuaaaaaaaaa hahahaha...

Ok dah lari tajuk.. Ya mak nak habaq mai yang pagi tadi Mak Dara temankan somi Mak Martias Ali ke TV3. Somi mak telah dijemput menjadi tetamu untuk rancangan Malaysia Hari Ini bersama dengan temannya Dato Azrai Jamaluddin.

somi mak Martias Ali (tengah)

Rancangan ini telah pun keudara pada pagi tadi 25hb Jan. Somi mak dan Dato Sri Azrai dijemput ke rancangan itu bagi mempromosikan acara Kuala Lumpur Short Film Festival (KLIS) anjuran mereka yang bakal berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi..



Jutaan terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput pihak KLIS ya.. Namun debaran tidak terhenti di situ saja.. Esok pagi pulak somi Mak akan keudara di rancangan THE BREAKFAST SHOW secara live pada esok pagi.. Haaa ni mak paling nebes.. Sebab rancangan ni adalah dalam bahasa Ingeris.. Semoga somi mak dapat menjawap semua soalan dengan lancar mudah mudahan amin.. Pada yang free free tu tengok le THE BREAKFAST SHOW esok pagi ye hehehe


KLIS FABULOUS GIVEAWAY


KLIS adalah nama singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang telah dianjurkan oleh syarikat KLIS NETWORK yang terdiri daripada somi Mak Martias Ali dan temannya En Jurey Rosli dan Yusof Kelana. Mak Dara diberi penghormatan oleh KLIS untuk membuat satu giveaway dan hadiah hadiahnya sangat best! Jom lihat apa yang perlu anda lakukan.


Tuesday, January 24, 2012

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana ..

BEN ASHAARI

Haaaaaaa Hari ni Mak Dara nak join segmen berani mati.. Maunya tak berani.. tengok le tajuk segmen adik Ben kali ni... BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana .. Haaaaa tanjat datin maimon ko bila baca segmen Ben kali ni hehehehe... Ben minta tuliskan apa KELEBIHAN blog kita berbanding Blog beliau.. Haaa ada berani mak jemah semua nak join? mak pun nebessss ni... OK Kelebihan Blog Mak Dara ialah.......

Ok antara KELEBIHAN antara blog Mak Dara dan Blog milik Adik Ben ialah... Pemilik Blog BICARA MAK DARA mempunyai lemak yang BERLEBIHAN/ Gemuk.. dan lebih mempunyai "otot otot lemak" berlebihan dari pemilik blog adik ben wahahahaha KELEBIHAN lah jugak tu kan dik hahahaha...


Ini namanya menternak LEMAK

Ben Ashaari
Ini menternak OTOT hehehe
(pic dr Ben Ashaari)

Dan yang lebih lagi ialah gambar header Mak ada 6 keping lebih 5 keping dari header blog ben... Errrr itu kira kelebihan jugak ke hentam aje lah ye asal kan lebih ye tak Kak Kiah..

Bicara Mak Dara
header Mak

BEN ASHAARI
Header adik Ben

Kemudian blog Mak ni background penuh dengan nama blog mak.. Ala ala gila kuasa dan over promotion gitew .


Errrrrr Gambor Ben akak kidnap dar fb Ben ye..Kan Ben ada kata letak gambar bagi mengambarkan kelebihan hehehe... Fuhhhhh memang berani mati betul le mak ni menjoinkan diri segmen adik Ben kali ni.. Dalam duk tulis ni pon banyak kali delete tulis balik tulis delete hahaha... Gile ko mak jemah mana boleh lawan sifuuu... Adik Ben sifu Mak tu... hehe.. Adik ben jangan marah ye...

Kalau ada rasa berani tahap power rangers silalah join segmen ni ya klik di SINI utk join


Monday, January 23, 2012

Pertemuan Pertama Para Sukarelawan

KLIS Volunteer 1st Meet Up

Pagi ini Mak Dara akan bertemu dengan semua para sukarelawan yang sudi untuk volunteer bagi Kuala Lumpur Short Film Festival yang akan berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi.. Syukur alhamdullilah ada yang sudi untuk menjadi sukarelawan untuk embantu menjayakan KLIS.. Semoga semuanya berjalan lancar insyaallah...


Sunday, January 22, 2012

Makan Busarrrrrrr

Happy Chinese New Year kepada rakan yang meraikannya.... Malam ni Mak Dara dan anak anak juga turut makan busarrrrrrrr.... Sesi menternak lemak bak kata mak jemah hehehe



Its Pizzaaaaaaa timeeeeeee!!!!! Fuhhhhhhh memang konyang kami anak beranak. Tak sangka dapat habiskan ketiga tiga pizza tu.. selalunya beli dua je .... Nasib baik habis semuanya.. Semestinya aktiviti peberet ni tak dapat dilakukan selalu kalau tak bertambah le saiz mak dara dari peti ais dua pintu kepada peti ais tiga pintu hahahaha..

Hadiah Istimewa Dari Blogger Hebat

As salam.. Waduhhhh sejak kebelakangan ni mak agak sibuk membantu somi mak untuk Kuala Lumpur Short Film Festival yang akan berlangsung pada 30hb jan hingga 1hb jan depan sampai dah jarang jarang dan kadang kadang untuk check blog mak ni ha..

Dalam dalam kesibukkan itu syukur Mak Dara dapat bertemu dengan blogger hebat Mia Liana ketika dia datang ke KL beberapa hari yang lalu. Dan memang mak dara tak sangka bila Mia memberikan hadiah istimewa untuk Mak Dara sempena hari lahirnya.. Haaa hebatkan birthday Mia tapi Mia yang berikan hadiah. Soooo sweet kan.. Dan hadiahnya adalah...


STICKER Mialiana.com!!!! Waduhhhhhh terujaaaa mak dara menerimanya.. Dan yang bestnya bukan Mak Dara sorang aje yang dapat sticker tu adik beradik Mak Dara pun dapat juga..



semua gambar telah dikidnap dari album FB Mia hehe

Terima kasih Miaaaa!!!!! Kami semua sukaaa sangat dengan sticker pemberian Mia tu.. Sukaaa sangat dapat bertemu Mia.. Harap lepas ni dapat jumpa Mia lagi.. muahhh...


Mencari Sukarelawan.. Masih adakah yang SUKA dan RELA..

As salam kepada semua teman .. Hari ni mak dara ingin mencari SUKARELAWAN ataupun dalam bahasa omputih VOLUNTEERS untuk sebuah acara yang julung julung kalinya di adakan di Malaysia iaitu KUALA LUMPUR SHORT FILEM FESTIVAL... Tapi di zaman kini masih adakah yang SUKA dan RELA.. Kalau tak tanya tak tahu kan hehehe.. Maka disini mak nak tanyalah ada ke yang sudi? Biar mak terangkan sedikit tentang acara ini ya.. 

KLIS adalah singkatan kepada Kuala Lumpur Short Filem Festival . Penganjuran Festival Filem Pendek seperti ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia. Festival ini akan bermula pada 30hb Jan hingga 1 hb Feb depan.

Pada individu yang ingin menjadi VOLUNTEERS ataupun SUKARELAWAN untuk acara ini bolehlah datang beramai ramai ke perjumpaan pertama iaitu di "KLIS Volunteer 1st Meet up"



Acara: KLIS Volunteer 1st Meet up
Tarikh: 23hb Jan 2012
Masa: 11 pagi hingga 1 tengah hari
Tempat: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (Hadapan Dataran Merdeka)

Tiada kriteria yang diperlukan untuk menyertai group volunteer ini cuma keihlasan dan kesudian dan kerelaan hati amat diutamakan.. Untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut silalah datang beramai ramai ye.. Untuk keterangan lanjut sila klik di link ini 

Saturday, January 21, 2012

Si Kecil Bakal Pengganti Najwa Latif

Terkejut Mak Dara bila melihat video youtube yang tersebar luas di wall wall facebook teman mak dara... Video apa? kejap mak dara share ye..


Dah dengar? Perghhhhhh merdunyaaaaa suara si kecil ni kan .. Macam kata teman mak dara bakal pengganti najwa latif ni hehe.. Apa apapun diharapkan adik ini dapat menumpukan perhatiannya pada pelajarannya dahulu sebelum terlibat di dalam bidang nyanyian ni ye...


Hentikan Khabar Angin Tentang Kematian Azean Irdawaty

Terkejut Mak Dara tatkala membaca bbm status mengenai kematian seniwati Azean Irdawaty yang tersebar berleluasa di bbm dan twitter pagi tadi...


pic oleh google

Apa lagi terus le mak dara cuba mencari kebenaran asas khabar angin ini.. Dan akhirnya semuanya terjawap apabila mak membaca ini...


Masyaallah siapalah punya kerja yang menyebarkan khabar angin seperti ini.. Benar seperti apa yang dikata oleh Zuan Melodi TV3 tu.. Benda meninggal dunia ni jangan buat main main...Apa apapun marilah kita sama sama berdoa agar seniwati Azean Irdawaty sihat selalu ya .. aminnnn...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK