Wednesday, February 29, 2012

Hadiah Istimewa Untuk Blogger Kisah Katak Pink!!

Assalammualaikum.. Hari ini Mak Dara telah memilih blog KISAH KATAK PINK sebagai Blogger Pilihan Mak Dara pada hari ini... Terima kasih dik kerana sudi tinggalkan komen di blog Mak Dara ni ye.. hehe.. Tersenyum tatkala Mak Dara terbaca satu komen dari adik Lizzie Yasmin di salah satu entry Mak Dara iaitu Mak Dara Terima Hadiah Sebuah Header Yang Sangat Sweet!!! Dan Yasmin menulis...


Maka dengan ini Mak Dara nak hadiahkan sebuah header istimewa buat adik Lizzie.. Hmmm tak tahulah sama ada Lizzie suka atau tak dengan header ni hehe... Nak tengok header tu..??




Mak Harap Lizzie sudilah terima hadiah tak seberapa Mak Dara ni ye.. Tak perlu jadikan header tau.. Ni just untuk hadiah kenang kenangan dari Mak Dara untuk Lizzie =) Khas untuk BLOGGER PILIHAN MAK DARA aje.. orang lain takde tau ehehehehe


Mak Dara Terima Hadiah Sebuah Header Yang Sangat Sweet!!!

Pagi tadi Mak Dara check inbox di facebook mak dara.. Perghhhh terkejut mak bila mendapat mesej dari teman mak iaitu Adik Bard Ismail.. Dalam mesej itu tertulis...

mesej dari adik Bard Ismail utk Mak Dara

HADIAH HEADERRRRR???? Mak aiiiii sukolah mok logu nih dik Bard oiiii.. Memang dah lama mengidam nak tuko header ni.. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal dunlop pillow kekdahnya apabila menerima hadiah header dari adik Bard ni.... Nak tengok header yang adik Bard buatkan untuk mak...


Haaaaaaaa cunnnnnn kannn header yang telah dicustome made kan oleh Bard untuk Mak Dara.. Mak sukaaaa sangatttt.. Terima kasih Bard.. Kalau anda nak tahu Bard ni seorang artis, penyanyi dan pelakon but very humble person.. =)

BARD ISMAIL

Buat Bard... Jutaan terima kasih Kak Adza nak ucapkan pada bard yang sudi luangkan masa dan tenaga bagi menghasilkan header yang sungguh cun ini.. Kak akan gunakan header ni nanti ya.. Nanti akak belanja kat Syed Bistro lagi ye hehehe ..

Terima kasih juga kepada teman blogger Mak iaitu Mia Liana kerana sudi hadiahkan banner cun utk Mak haritu ya.. You are sooo sweettttt... Haaa ada ke sesiapa lagi yang sudi nak hadiahkan header atau banner untuk mak ? hehehe lebih lebih pulak mak ni kan hahahaha


Peringatan: Jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan sedang berkumandang..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati.. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah swt

Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'


Tuesday, February 28, 2012

Bila KFC Hadapi Masalah.."BOSS" Datang Buat Spotcheck!

Isu mengenai KFC panas dengan penyebaran video pergaduhan di youtube yang berleluasa. Maka bila KFC ada masalah "BOSS" besar mestilah kena datang buat siasatan kan.. Cuba tengok gambar di bawah..


Haaa tu dia Kolonel Sanders dah datang buat spotcheck.. Pasti KFC takkan timbul sebarang masalah lagi Hehehehehe.. Tergelak sakan mak bila melihat gambar ni tersebar luar di facebook sejak akhir akhir ni.. Mamat tu sebijik macam kolonel sanders kan hahahaha


Wahhh Tahniah NUFFNANG dah ada channel @ YOUTUBE

Nuffnang melangkah setapak lagi kehadapan dengan membuka saluran YOUTUBE nya sendiri dan diberi nama NuffnangMY's Channel.. Berita ini telah di tweet sendiri oleh mereka di laman twitter mereka..


Wahhh tahniahhh ye.. Makin maju dan berkembang Nuffnang tahun demi tahun.. Dibawah adalah rupa bentuk youtube milik nuffnang itu..


Setakat sekarang baru 5 buah video telah diuploadkan di youtube mereka itu.. Tak lama lagi pasti akan banyakkk sebab Nuffnang kan banyakkkk aktiviti mereka.. Anyway Tahniah atas pembukaan laman youtube anda itu dan Happy 5th Anniversaryyyyyyy!!!!!!

Klik di SINI untuk layan video youtube NuffnangMY's Channel=)






Mawi dan Ikin Dapat Baby Girl.. TAHNIAH!

Mak Dara baru je terbaca di beberapa status di Tweeter,Facebook dan di Media Hiburan Online mengenai berita gembira bahawa pagi tadi Mawi dan Ikin telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka iaitu seorang bayi perempuan!!! Tahniah Mawi dan Ikin.. Sekarang dah bergelar ayah dan ibu maka tanggungjawap makin besar lah ye..

pic oleh google

Waduhhh tak sabar nak tahu apakah nama yang bakal mawi dan ekin berikan kepada puteri sulung mereka itu ya..Tak sabar juga nak tengok gambar baby girl mereka mestiiiii le kiutttt.. DanTengoklah ayah dan ibunya kan..



Video Guru Stress Dengan Pelajarnya

Cikgu adalah satu pekerjaan yang amat mulia.. Bukan semua orang boleh menjadi seorang cikgu.. Tanggungjawab seorang cikgu amatlah besar dalam mendidik dan mengajar kanak kanak.. Seorang guru memerlukan daya kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan para kerenah pelajar.. Mari kita tengok video cikgu yang stress dan tension dengan pelajarnya..


Hehehe memang stresssss kan kalau dapat anak anak murid macam tu hahahaha..

ADZA EDIE

Video ni sebenarnya adik mak Adza Edie yang buat semasa beliau masih menuntut di uitm shah alam dulu.. Sekarang dia dah besarrr dahhh dan dah kerja dan dah sibuk nak buat video video macam tu lagi.. Memang sayanggg sekali.. Harap2 dia akan ada masa free dan buat lagi video gila gila macam ni satu hari nanti =)


Monday, February 27, 2012

selamat Hari Lahir Azean Irdawaty

27hb Februari 2012 maka genaplah umur seniwati Azean Irdawati 62 tahun.. Mak Dara nak ucapkan Selamat Hari lahir kepada artis idola Mak dara ini.. 


Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga yang tidak.. Nama Mak Dara yang sebenar iaitu Adza Irdawati dan nama Kak Azean ada sedikit persamaannya kan? Sebenarnya memang ada sejarah pada nama mak yang berkaitan dengan seniwati ini.. Ok sebenarnya Ibu mak dara Puan Zaleha sedang mengandungkan mak pada penghujung tahun 70an dulu..dan waktu itu adalah merupakan zaman kegemilangan Kak Azean.. Time tu Kak Azean antara artis paling top dan Ibu mak dara memang terlampauuuuu meminati beliau..

Azean Irdawati di era 70an

Dan apabila Mak Dara dilahirkan Ibu mak nak namakan mak sempena nama kak Azean.. Dia memang mahu namakan mak dengan nama Azean Irdawaty dengan ejaan yang sama.. Haha punyalah minat sangat kan.. Namun Abah Mak Dara yang sedari mula mahu namakan kesemua nama anak anaknya yang bermula dengan nam ADZA (gabungan nama Adenan dan Zaleha) Mak akhinya mak dara diberikan nama ADZA IRDAWATI.. Ibu mak dara akhirnya bersetuju asalkan nama akhir diletakkan seperti idolanya.. Begitulah serba sedikit latar belakang nama mak dara hehe..

Kepada kak Azean Irdawaty.. Saya ucapkan Selamat Hari lahir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga cepat sembuh dari penyakit yang ditanggung oleh Kak yan itu insyaallah amin..


Tak Payah Nak Tunjuk Alim Sangatlah.. Aku kenal kau siapa..

Fuhhhhh di facebook mak terlihat beberapa teman fb mak yang sedang PANASSSS dengan status update teman mereka.. Status itu telah mencetuskan perselisihan faham antara mereka.. Apa yang mak baca dari komen komen di status itu ialah teman mereka ni ada tulis mengenai perasaannya terhadap teman yang lain yang selalu meletakkan quote quote keagamaan di status mereka dan dia terus tulis statusnya " Tak payah nak tunjuk alim sangatlah.. Aku kenal kau siapa.." fuhhh memang agak pedas kan dan telah mengundang kemarahan dan ketidak puasan hati temannya yang terasa dengan status dia itu.. Dan rentetan dari status itu maka berkajang kajanglah komen yang tidak enak dibaca ditulis oleh ramai orang. Mak tak mahu le komen lebih lebih..

Tapi bagi mak.. Biarlah mereka nak tulis apa pun di status update mereka selagi tidak menghina atau mengganggu gugat sensitiviti orang lain.. Apa salahnya mereka meletakkan quote mengenai keagaamaan.. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”
Apalah salahnya dia menyampaikan sedikit sebaran ilmu agama kepada teman temannya yang lain.. Siapalah kita untuk menjatuhkan hukum layak atau tidak seseorang itu. Mungkin dulu personalitinya berlainan dan mungkin kini orang itu telahpun berubah dan berubah kearah kebaikkan.. Dan rasanya lebih baik kita memberikan sokongan keatas perubahan positifnya itu kan..wallahualam  


Tarikh WORLDS BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS Akhirnya Diumumkan!!

Rata rata mungkin masih ingat akan acara Malaysia Social Media Week (MSMW). yang berlangsung dalam bulan lepas.. Pelbagai acara telah diadakan oleh MSMW ini termasuk Malaysia Social Media Summit, Malaysia Social Media Concert dan yang paling mendapat perhatian ialah WORLDS BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS!! Dan semua pemenang telah pun diumumkan dan telah pun mak masukkan list pemenang dalam entry ini Senarai Pemenang Social Media Week (MSMW) 2012 AWARD .Termasuklah blog picisan mak dara ini yang telah memenangi kategori WORST BLOG OF THE YEAR hehehe trust me, sampai sekarang Mak tak tahu sama ada nak happy atau segan dengan kemenangan itu hahaha..


Dan menjadi satu penantian bagi semua yang menyertai acara ini terutamanya para pemenang dan akhirnya pihak MSMW telah mengumumkan tarikh untuk acara yang paling dinanti nantikan iaitu tarikh Malam Anugerah MSMW.. Dan tarikhnya ialah....


Maka dengan ini sahlah bahawa tarikh untuk World Bloggers And Social Media Award ialah pada 16hb March 2012 dan bakal bertempat di PWTC pada pukul 7:30 petang!!! Yeayyyy... Tak sabar untuk menghadirinya =)


Selamat Hari Jadi Man Maharaja Lawak!!


Supliseeee!!!! HAPPY BIRTHDAYYYYYYY mak nak ucapkan kepada Man Maharajalawak yang telah pun disambutnya pada 26hb Feb semalam.. Waduhhh sorrylah ye Man akak terlewat nak wishkan sebab dok sibuk dengan majlis persandingan anak buah akak semalm..

Akak ingin ucapkan selamat hari lahir kepada Man dan semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur insyaallah Amin.. Waduhhh akak masih teringat semasa kita shoot untuk video klip lagu D'ADZA pada tahun lepas di mana Man turut bersama dalam video klip itu.. Memang best dan sempoiii habis.. Pecah perut kami semua dan semua krew penggambaran dengan keletah Man tu.. 


Man bersama D'ADZA dari kiri Adza Yanie, Man, Adza Rina
dan Adza Irda (Mak Dara dolu2 huhu)




Video di belakang tabir video klip D'ADZA lagu Apa Kau Rasa =)


Semoga terusssss sukses dan semoga kita dapat bekerja sama lagi ya...


Sunday, February 26, 2012

PESBUK edisi KEDAH

Haaa pada yang tak tahu.. Terdapat Facebook edisi/versi KEDAH tau.. Tak percaya? Tengok gambor di bawah...


Haaaaaaa tu diaaaa.. Bagaimanakah kalau semua yang gunakan facebook ni cakap lohgat kedah agaknya kan hehehehe.. Pandai betui hangpa edit mak bagi nampak real kan hehe





Waduhh.. Jiwang Juga Anak Teruna Ku Ini..

Dengan suara yang makin lama makin serak serak.. Bersama dengan disiplin yang kuat dalam menjaga kelakuan adik adiknya dan dengan wajah yang kurang nak senyum tu siapa sangka dalam kemachoannya rupanya jiwang juga anak sulong teruna mak dara ni iaitu Adza Danial Haiqal.. So "unsangkarable".. Nak tahu bukti yang menunjukkan bahawa anak mak tu jiwang? Jap ek kasi up =)

facebook Adza Danial Haiqal

Haaa ada nampak tak muka profile pic sikit punya macho.. Tapi cover photo untuk timelinenya gambar Maya dan Aaron Aziz dalam OMBAK RINDU... hehehehe.. Tak kisah le nak.. Nanti bila dah besar nanti bawak kan calon menantu untuk mak sebijik macam maya tu k.. hehehehehe


Pandulah Laju Laju Supaya Hospital Lebih Meriah..

Haaaa hari hari minggu begini mak pasti ramai dari anda pasti akan ambil kesempatan ini untuk keluar beriadah bersama sama dengan keluarga dan juga teman kan.. Memang aktiviti ini dapat mengerat dan merapatkan tali kekeluargaan dan persahabatan kita.. Namun harus diingat berhati hati apabila memandu. Ingatlah yang tersayang.. Bila anda nak jugakkkk memandu dengan lajuuuu ingat ingatkan lah seperti kata kata sticker yang tertera di cermin kereta di bawah.

pic by google

Pandulah Laju Laju 
Supaya Hospital Lebih Meriah..

Haaaa dalam maknanya tu.. renung renungkan dan selamat berhujung minggu ya.....

Saturday, February 25, 2012

Trafik Blog Bicara Mak Dara Malam Ini..

Haaa ini dia report card mak untuk malam ni.. Nak report apa? bukan report exam ye sebab mak dah lama tinggalkan sekolah hehe.. Ni nak report tentang trafik ke blog  picisan mak ni hehe..Trafik ke blog mak ni idok le sekencang blogger blogger hebat dan otai namun walaubagaimanapun mak amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada setiap seorang dari anda yang sudi singgah ke blog meroyan mak ni tau...




Berikut adalah pageview blog BICARA MAK DARA  untuk hari ini iaitu dari pagi sampai malam ini .. Syukur alhamdullilah.. Tak sangka ada juga yang sudi singgah dan melawat mak di rumah orang tua err silap di blog mak ni hehe.. Jutaan terima kasih mak ucapkan kepada semua yang sudi datang singgah ye.. sayang korang ketat ketat...

 

Kenangan Mak dara bersama D'ADZA, Saiful Apek, CD Naz, Angah & Diarra

Dalam membelek belek album dan video lama lama yang telah mak upload di facebook tetiba terlihat kembali album kenangan kenangan Mak Dara bersama D'ADZA, Saiful Apek, CD Naz, Angah & Diarra semasa photo shoot untuk majalah Media Hiburan pada beberapa tahun dahulu bagi mempromosikan album album kami.. Ohhh kenangan yang terindahhhhh huhuhu.. Meh mak sharekan beberapa keping gambor di belakang tabir dan gambar gambar yang telah tersiar di Majalah Media Hiburan itu dan juga video ye..

Video di belakang tabir D'ADZA, Saiful Apek, CD Naz, Angah Raja Lawak & Diara
@ Photoshoot for Majalah MEDIA HIBURAN

D'adza.. Mak dara yg duduk membelakangi org tu hehe
tgh pikir nak buat pose apa hehe

waduhhhh sakit perut bila berkumpul dgn diorang ni hehe

D'ADZA berama Syed Wafa dan makeup artist yg mmg sempoii

D'ADZA dari kiri Adza Irda(mak dara le tu hehe) Adza Rina,
Adza Yanie dan Adza Tuty



Kenangan ini memang antara kenangan yang tak mungkin dapat mak lupakan sampai bila bila...


Kelas Menjahit Mak Dara Berjaya!!!

Syukur.. Suksesss suksessss hehehe.. Apa yang suksesnya tu? Ingat tak hari tu mak ada cerita yang mak nak jahit baju Kaftan untuk ke majlis perkahwinan anak buah mak pada ahad depan di entry ini Mari Menjahit Bersama Mak Dara.. Dan di sini mak nak umumkan bahawa kelas menjahit mak yang mak anjurkan sendiri dan mak ajar dan belajar sendiri tu telah berjayaaaaaa fuhhhhh legaaaa hehe..


jahit jangan tak jahit hehe


yeayyy anak mak Kasih tengah posing dgn kaftan barunya
 tapi itu belom masuk manik tu hehe


Dah hampir siap tgh masukkan manik manik


Yeayy dah siap isabella tengah posing =)


Danina pon nak posing juga hehe

Kira oklah jugak kan sebab mak bukannya masuk mana mana kelas menjahit.. Ini pun mak buat sekadar cuba cuba aje.. Sumber inspirasi mak ialah baju tidur baju kelawar hahahaha.. pecah rahsia mak haha.. Tapi itu semua gambaran dari jauh ya.. Kalau di zoom in mau nampak semua benang benang yang berselirat kat baju kaftan tu haha.. namun walaubagaimana senget dan herot petot pun namun mak gembira bila tengok anak gembira mengenakan baju yang mak jahitkan untuk ketiga tiga mereka hehe


Friday, February 24, 2012

Senarai Blogger Yang Mahu Blog Mereka Diterjah!!


Petang tadi Mak Dara telah adakan " Jom Naikkan Trafik Blog! " Dan sebanyak 20++ blogger telah menyertainya.. Dan di bawah adalah semua link peserta.

NOTA PENTING!!
Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog blog yang mak berikan listnya ini dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini maka anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita.



Pada yang tidak sertai segmen ini yang suka buat blog walking ke blogjogging ke blog shuffling ke bolehle join sama dalam sesi terjahan ini. Yang penting kita kasi up trafik mereka dan trafik kita bersama sama jommmm....



Jom Naikkan Trafik Blog!


Trafik oh trafik.. Ohh bukan trafik light ataupun polis trafik ye.. Mak Dara bercakap trafik ke blog.. Nak naikkan traffik ke blog anda..?Moh le join ye...

1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog!
2. Tepekkan Banner di atas tu
3.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
4. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye

NOTA PENTING!!
Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog blog yang bakal mak berikan listnya nanti dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita ..

Tarikh tutup segmen ini ialah pada pukul 10 malam ini..

Kelebihan Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Rasulullah saw pernah bersabda...


Berikut adalah antara kelebihan hari Jumaat..

1) Waktu yang mustajab untuk berdoa
2) Sedekah pada hari Jumaat lebih utama daripada sedekah pada hari hari lainnya
3) Orang yang berjalan menuju ke solat Jumaat akan mendapat pahala di setiap langkahnya,
setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa
4) Wafat pada hari Jumaat atau siangnya adalah tanda husnul khatimah, iaitu bebas dari azab kubur


Seriusss!! Saya Amat Jealous Dengan Blogger Ini!

Seriusssss... memang mak benar benar serius jelesssss akan blogger ini.. Siapa? Blogger Sandra Azwan dan blognya Life With Sandra!!! Kenapa??? Kerana Ini!!!!

Header blog Sandra..

Haaa nampak tak header blog Sandra ini?? Waduhhhh memang speechless mak dara tatkala pertama kali melihatnya sebentar tadi di entrynya My New BLOG Header! tadi... Ohhh it is soooooooooo AWESOME!!!!!  Tak berapa lama dulu header blog sandra berupa seperti gambar dibawah..


Yang lama pun dah cun bila ditukar kepada header yang baru ni bertambah tambah lagilah cun kannn.. Yuppp memang mak dah lama pasang angan angan mahukan sebuah header dari air tangan seorang fashion designer..artist dan blogger hebat ni.. Memang header seperti ini amat amat amatttt menepati citarasa mak... Namun adakah angan mak ini akan menjadi kenyataan... ohhhhhhh 

Kepada Sandra Azwan.. Mak Dara dah lama ikuti blog dan perkembangan Sandra dan mak doakan semoga Sandra maju dan lebih maju lagi pada masa hadapan ya.. You are sooooooooooo talented..Im one of your biggest fan and I know someday you will follow the foot step like Dato Jimmy Choo and make Malaysia proud.. All the best ye Sandra!!!! 
Pada semua teman mak jomlah terjah ke blog Sandra di http://bysandraazwan.blogspot.com/.

p/s:pstttt Sandra.. about the header.. im serious.. i really nak tempah header dgn you =)



Betapa Nikmatnya Air Tangan Seorang Ibu..

Air tangan seorang ibu ohhhhhh nikmatnya bila ibu mak dara masakkan sesuatu untuk Mak Dara.. Tak kiralah ibu masakkan masakan yang heavyyyy mahupun yang seringkas cuma namun bila masakan itu dicampur bersama kasih dan sayang dari seorang ibu kepada anaknya.. OHHH PRICELESSSSSS!!!!!

nasi lemak berlauk masakan Ibu Mak Dara

Inilah yang dimasak oleh ibu mak dara pagi ini!! Sedari pagi lagi Ibu dah bangun untuk sediakan ini untuk anak anaknya.. Baginya nasi lemak itu hanyalah masakan biasa baginya namun bagi kami anak anaknya.. ia lebih dari itu.... Terima kasih ibu atas kasih dan sayangmu.. luvssss you so muchhhhh!!!!

Esok masakkan lagi ye.. Nak dok tercegok di pagar rumah ibu sedari awal pagi hehehehe.....


Video Sekitar Majlis Pernikahan Yusry Dan Lisa Surihani

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU mak dara ucapkan kepada pasangan pengantin Yusry dan Lisa Surihani semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat insyaallah amin...

Ok meh mak nak sharekan antara sedutan sedutan video yang telah mak jumpa di youtube iaitu video sekitar majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani yang telah di upload oleh pihak Utusan Online.. Jommmm tengok reramai ye... =)

Pra majlis pernikahan di mana para tetamu daripada kedua belah pihak
sedang menuju masuk ke dewan pernikahan.

Wakil-wakil yang terdiri daripada rakan-rakan karib Lisa Surihani
membawa masuk sembilan dulang hantaran untuk pihak lelaki.

Yusry diiringi pengapitnya masuk ke dewan pernikahan.

Lisa diiringi pengapitnya dan ibunya masuk ke dewan pernikahan.

Waduhhh memang sama cantik sama padan.. SELAMAT PENGANTIN BARU Yusry Dan Lisa!!!


Thursday, February 23, 2012

Mari Menjahit Bersama Mak Dara

Wahai Kak Bedah.. Kak Siah Pak Aji dan Abang Labu... Yang jauh mari rapat yang dekat tambah rapat ye.. Mari bersama dalam rancangan MARI MENJAHIT BERSAMA MAK DARA hehehehehe... Haaaa meroyan mak dara datang 30% dah sekarang ni dek stress.. Stress apa? Stess nak jahit baju anak anak.. Konon kononnya hajat di hati mak nak le jahit baju Kaftan ala ala macam di bawah sempena untuk ke majlis perkahwinan anak buah mak pada ahad depan...


Fuhhh sungguh tinggi imaginasi mak kan hahaha.. Tapi dari tadi asyik salahhh jahit.. salah potonggg waduhhh mencabar kesabaran betul.. rasa macam nak gegettt aje mesin jahit ni haa..


Haaa nampak tak gambor di atas tu.. Siap patah jarumnya lagi tu.. Ohhhhhh rasa macam nak jerit aje ni nak panggil superman ke spiderman meh tolong mak habiskan jahit baju ni ha.. Itulah mak memang takde pengalaman dan takde belajar menjahit tapi kalau setakat langsir rumah tu boleh le.. Ini ada hati nak buat kaftan memang menguji jiwa ragalah uwaaaaaaaaaaa...

Dapatkah Mak Dara menyiapkan 3 helai baju kaftan untuk anak anaknya? nantikan entry meroyan seterusnya dari mak ya.... Uwaaaa macam mana nak gantikan jarum ni ek.....


Pesanan Ustaz Idrus Kepada Kaum Lelaki Mengenai Wanita



Haaaa begitulah bunyi pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus kepada kaum adam sekalian.. Ni lebih sesuai untuk para jejaka jejaka bujang dan single diluar sanalah ye.. Jadi baca betul betul.. fahamilah isi yang tersurat dan tersirat itu ye anak anak...


Trafik Blog Bicara Mak Dara Minggu Ini..

Trafik oh trafik.. Bukan polis trafik ye kak Gayah mak Bedah hehe.. Ini Mak Dara nak cerita mengenai trafik blog Bicara Mak Dara ni.. Trafik ke blog mak ni idok le sekencang blogger blogger hebat dan otai namun walaubagaimanapun mak amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada setiap seorang dari anda yang sudi singgah ke blog meroyan mak ni tau... 


Berikut adalah pageview blog BICARA MAK DARA  dari 15hb hingga ke 21hb feb lalu.. turun naik macam kadar gula dalam badan mak juga agaknya... Rasanya jumlah trafik mak untuk seminggu sama aje banyakknya dengan sehari je trafik di blog blog otai kan hehehehe.. Tapi mak amat bersyukur dengan kunjungan anda semua.. Tanpa anda siapalah BICARA MAK DARA ni kan.. Kalau tulis blog takde orang baca pun haru jugak kan hehe.. Mak akan tingkatkan lagi usaha untuk menjayakan lagi blog mak ni insyaallah.. sokongan anda amat amat amatlah mak perlukan... sambil buat muka kiuttt habisss hehe



Wednesday, February 22, 2012

BLOGGER PILIHAN MAK DARA Malam Ini!!

Yeayyyyy dah lama mak tak buat BLOGGER PILIHAN ni kan.. Ok pada malam ni Mak dah pilih sorang blogger untuk menjadi Blogger Pilihan Mak Dara.. Siapakh dia..?? jeng jeng jeng....

D'nyue

Blogger yang maksudkan iallah blogger N'yue!!!!! Adik N'yue ni berasal dari Kuala Lumpur.. Nak tengok wajah adik Nyue ni tak.. Kejap mak kidnap picnya kejap hehe jangan marah ye dik.. Akak memang sukaa tengok gambar adik yang sedang melontar jauh pandangannya tu.. macam sedang menantikan sesuatu je gitew hehe..

[akuu.JPG]

Apa lagi.. Jom le ramai ramai kita terjahhhhh ke blog N'yue ramai ramai jommmm.. Klik di sini http://nyueyien.blogspot.com/untuk ke sana... =)


KLUANG MAN vs ULTRAMAN

Yaaaa sedang berlangsung sekarang perlawanan bola sepak antara KLUANG MAN vs ULTRAMAN.. errr silapppp hehe antara MALAYSIA menentang Jepun!!!


Adik bujang Mak Dara iaitu Adza Edie telah pun ke stadium bukit jalil seawal petang tadi bersama anak buah akak iaitu Adza Aniq .. Awal betul mereka keluar dari rumah.. Takut jem katanya hehe

Adza Edie kiri dan Adza Aniq kanan bersama tiket mereka


waduhhh semangat betul anak buahku ini hehe

Risau jugak mak sekeluarga bila adik mak tu nak bawak anak buah mak sorang tu.. Yelah.. Aniq baru je darjah satu dah tu ni first time dia ke stadium bagi menonton bola secara live.. Apa apapun semoga mereka selamat pegi dan balik dan semoga Malaysia dapat menundukkan pemain Jepun insyaallah.. MALAYSIA BOLEHHH!!


Hebatlah Header Blogger Ini!

Header memang antara elemen terpenting bagi setiap blog kan.. Adakalanya juga header ni boleh menjadi daya penarik bagi menarik pembaca untuk membaca blog kita kan.. Dan petang tadi Mak dara telah adakan satu segmen ringkas iaitu segmen ADA APA DENGAN HEADER BLOG KU dan mak memang tabiklah dengan header header mereka.. Mari mak sharekan HEADER para blogger ini dan sedikit info mengenai header mereka itu..


Ada apa yer? Hehe..meh story dari awal. Pada mulanya, charm ushar blog [CIK AYU]. Lalu terpikat pada salah satu header yang beliau design. Dengan tibe2 nyer dapat komen [CIK AYU] offer nak buatkan dan designkan blog charm. Eh eh eh..dia ni. Sweet nyer offer gtu. F.O.C lak tu.Jadi charm pun bg la idea camne yg charm nk. Kaler pink + soft pink. Ada flowery element cket, simple but nice dan yang penting, x semak.
!♥Masz(◕◡◕)Sidek♥!
Header blog ni gabungan nama aku dan bpk aku...MASZ tu singkatan dari MASRINA, dan SIDEK pula nama bpk aku...MATA tu pulak melambangkan apa yg dilihat sama ada dilihat dengan mata kasar atau dilihat dari fikiran (Imaginasi)


Kenapa Dabel A...
Alkisahnya... Kalau tengok pada 'About Me' berbunyi : Dabelaa? Dabel? 'Double A' la sayang.. Why Dabel Aa? Nama aku 2 patah perkataan. Patah pertama ada 4 'A'. Patah kedua ada 2 'A'. Semua sekali ada 6 'A'. Kau punyer nama ada brape 'A'? Double A for Aainaa

Ada apa dengan header blog Qma Shop ni ek? Cer tengok apa je yang ada kat header blogshop ni.. Okey, seorang wanita yang sedang duduk di kerusi disamping shopping bag & lappy menunjukkan rutin harian saya yang perlu mengadap laptop dan packing barang2 yang telah ditempah oleh customer.
Haaaaa amcam.. Sungguh hebat hebatkan header kesemua mereka!! Semua info yang tertera di atas tu hanyalah trailer je.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang header mereka tentang siapakah yang memberi idea kepada mereka, siapa yang mereka cipta header mereka dan banyak lagi jom le kita terjah satu persatu ke semua blog blog di atas.. JOMMMM!!!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK