Saturday, March 31, 2012

Semangat Nak Sambut EARTH HOUR.. Tapi Lilin Takde



Seperti tahun lepas.. Mak Dara dan anak anak tidak mahu ketinggalan untuk menyokong sambutan EARTH HOUR..Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu apakah EARTH HOUR itu sebenarnya.. Earth Hour ni adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik. 

Apa yang perlu dilakukan ialah hanya dengan menutup lampu selama sejam aje.. Tak susahkan? Tapi dalam semangattt tak hengat mak dan anak anak untuk support earth hour ni baru mak ingat.. LILIN TAKDE!!! adesss hampeh betul lah hahaha..

Ok nak keluar dan beli lilin dulu ya... Jom support Earth Hour.. Cintailah bumi kita..

EARTH HOUR di Sydney Australia tika dan saat ini



KERANAMU IBU - Walau Banyak Kali Tonton Sebak Tetap Ada




Assalammualaikum duhai teman... Baru sebentar tadi Mak Dara baru terjumpa satu video drama yang telah diuploadkan oleh syarikat NUSANTARA Sdn Bhd iaitu sebuah drama yang berjudul KERANAMU IBU.. Drama ini sebenarnmya telah ditulis skripnya oleh Mak Dara dan telah pun dijadikan sebuah VCD pada tahun 2004 dahulu.. Memang mak tak sangka ada di upload di youtube.. 

Antara 63 buah drama yang telah mak hasilkan skripnya namun drama ini paling dekat di hati Mak Dara.. Ini mungkin kerana watak alif "kanak kanak istimewa" yang tidak disukai oleh orang kampung amat similar dengan kisah hidup arwah adik mak dara iaitu allahyarhamah Adza Suzyriani yang telah meninggal dunia pada umurnya 16 tahun.. 

Dan selepas sahaja mak tulis skrip ini mak terus tak mahu lagi tulis kisah sedih..  Sebab tu mak terus tulis drama bergenre komedi dan seram aje sampai sekarang..

Jika sudi tontonlah drama ini ya.. Kerana drama ini amat amat bermakna pada mak..
Waduhhh naik sebak pulak bila bercerita tentang arwah adik mak.. Ok sebelum banjir di pipi mak ni sudi sudikanlah menonton KERANAMU IBU ini ya....


KOMIK SAFEE SALI – SUPER SAFEE


KOMIK SAFEE SALI yang berjudul SUPER SAFEE akan dilancarkan oleh pihak PTS Media Group Kelab Bola Sepak Khaff diPadang Bola Sepak Taman Permata petang esok. Waduhhh bagus sekali dengan adanya komik komik berunsurkan kesukanan diharap dapatlah menarik minat para remaja remaja kini untuk meminati bidang sukan kan.

 
 

komik safee sali - super safee 
Jemputan ke Majlis Pelancaran

Pelancaran akan disempurnakan oleh Yg Bhg Datuk Abdul Ghani Minhat. Turut serta esok ialah Zainal Abiddin Hassan, Dollah Salleh, Amri Yahya, Safiq Rahim, Amirul Hadi dan ramai lagi. Tahniah Mak Dara ucapkan kepada Safee Sali yang semakin mengukir dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.. Semoga terus sukses ya..

Pada yang meminati Safee Sali janganlah lepaskan peluang untuk ke majlis pelancaran komik ini ya..
 
*gambar sumber google

FREEBIES : DOODLE GURU

As salam duhai teman... Dah lama Mak tak buat free doodle untuk anda kan.. Hari tu ada pertanyaan dari Mama Tunz dan Scarlett's Petals bertanyakan mak takde ke doodle untuk guru.. Betul jugak kan.. Doodle remaja ada, doodle pelajar ada tapi doodle guru mak belum bikin.. So di hari ini terimalah FREEBIES : DOODLE GURU dari mak untuk para Guru Guru yang amat amat Mak Dara Hormati sekalian.. Tapi guru wanita dulu ye.. Nanti baru mak bikin doodle guru lelaki hehe






Doodle ini untuk kegunaan sendiri pun boleh nak kasi kat cikgu pon boleh..Kalau ada yang berkenan tu kasi kidnap aje lah ye.. Just bagi le link ke sini tu je.. Enjoysss 

FREEBIES : DOODLE COUPLE 
FREEBIES : DOODLE MUSLIMAH 
FREEBIES : DOODLE PELAJAR


Friday, March 30, 2012

PUTERI SALAMIA | EPISOD KE 4

As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Drama PUTERI SALAMIA episod ke 4 bakal ditayangkan pada pukul 3 petang ini di RTM 2.. Pada sesiapa yang terlepas menonton episod pertama, kedua dan ketiga  tu takpe.. Boleh je terus nonton episod ke empat ni.. hehe

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Bagi pengguna internet, you can watch via http://www.rtm.gov.my/tv2/



Sampaikan Doaku Di Tanah Mekah Duhai Teman


Assalam duhai teman.. Pagi pagi ini Mak Dara menjadi terharu dan sebak tatkala menerima satu sms dari teman baik Mak iaitu Zay Jurey yang sedang mengerjakan umrah. Dalam smsnya tertulis " Kak I depan Kaabah sekarang. Nak kirim doa tak? Sms doa akak pada saya ya" .. Masyaallah bertapa suci dan murninya hati yang bernama sahabat mak ini.. Walaupun berada di tanah suci mekah dan sedang menjalankan umrah namun masih teringat akan sahabatnya.. Inilah yang dikatakan teman sejati.. 


Zay (kanan) bersama adiknya Eera

Dan mak telah pun smskan doa akak padanya sebentar tadi... Semoga Zay dapat sampaikan doaku di tanah suci itu...mudah mudahan....

Mak Dara dan Zay di Festival Filem Malaysia thn lepas =)

Zay merupakan seorang Penerbit/Producer Drama dan juga merupakan isteri kepada pengarah dan penerbit hebat En Jurey Rosli... Drama terbaru yang mak dan adik mak tuliskan skrip untuk drama yang diterbitkan oleh Zay ialah drama bersiri tauk PUTERI SALAMIA yang ditayangkan setiap hari Jumaat di RTM2 pukul 3 petang.. Petang ini ada lah drama ni.. Kalau sudi sudi tu tontonlah ye hehe..


Akhir sekali, semoga umrah yang dijalankan oleh Zay berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke tanah air bersama keluarganya.. Terima kasih zay.. Jutaan terima kasih kerana sudi untuk sampaikan doaku di tanah suci itu.. Semoga tuhan membalas kesucian dan ketulusan hatimu itu....

Thursday, March 29, 2012

KLCC TERBAKAR | 29 Mac 2012



KLCC TERBAKAR!!.. Itulah kata kata anak Mak Dara tatkala melihat beberapa keping gambar yang dipostkan oleh beberapa orang di facebook.. Macam tak percaya dengan apa yang didengar mak pun bergegas tengok dan ini adalah gambar gambar yang terdapat di facebook itu..


gambar oleh Jangan Lupa LIKE ~ Komen & Share Info Ini


BERITA HARIAN ONLINE telah mengesahkan berita ini dengan memaklumkan di Berita Harian online Difahamkan bahawa satu kebakaran telah berlaku dan bermula dari bahagian bawah Suria KLCC sehingga menyebabkan orang ramai dan para peniaga terpaksa keluar dan dipindahkan untuk keselamatan. Kebakaran dipercayai berlaku di Restoran Chinoz On The Park sehingga menyebabkan asap keluar dengan banyak di atas bangunan KLCC itu.


Syukur alhamdullilah, difahamkan bahawa tiada sebarang kecederaan berlaku dan kebakaran telah pun berjaya dipadamkan oleh pihak Bomba..



FESYEN TERKINI BAGI WANITA BERHIJAB - Aura Dian Pelangi


Berhijab atau Bertudung bukanlah penghalang untuk wanita untuk berfesyen..  Wanita berhijab dan bertudung juga masih boleh mengikuti perkembangan fesyen semasa asalkan tidak melanggar tatasusila yang ditetapkan Islam. Dian Pelangi yang amat sinonim dengan dunia fesyen terkini di Indonesia kini membawa gelombang aura fesyen wanita muslimahnya ke Malaysia. 

Dian Pelangi di Mingguan Malaysia

Butik Dian Pelangi Malaysia

Difahamkan bahawa Dian Pelangi telah membuka cawangan butiknya di Malaysia.. Wahhhh selepas ini semua wanita yang meminati gaya terkini yang dibawa oleh dian boleh mendapatkannya di butiknya di Bangsar.. Jadi mari kita lihat gaya gaya terkini yang dibawa oleh butik Dian Pelangi yang terdapat di DIAN PELANGI MALAYSIA







Cantikkkkkkk bukan kesemua koleksi Dian Pelangi Malaysia ni.. Memang trend terkini. Up to date gitu.. So memang terbukti walaupun kita bertudung namun kita masih boleh berfesyen selagi tidak terkeluar dari batasan yang telah ditetapkan agama kita la ye.. Pada yang mahu mendapatkan pakaian oleh Dian Pelangi ni boleh le ke page ini ye DIAN PELANGI MALAYSIA

Profile Picture
gambar sumber  DIAN PELANGI MALAYSIA

MAK DARA DI DALAM HARIAN METRO

Mak Dara berbaju coklat dihadapan dan paling kanannnnn sekali hehe=)

Waduhhh gembiranya bila baca HARIAN METRO semalam.. Mana taknya ada tertepek muka Mak Dara bersama kesemua peserta DiGi WWWOW AWARD REUNION 2011. Seronoknya bila dapat bertemu dengan semua finalist yang terlibat dalam Digi WWWOW Award tahun lepas termasuk Mia Liana, Isaac tan, Adil Ali, Maria Elena, Nisa Kay dan ramaiii lagi. Dan dengar khabarnya hampir kesemuanya juga telah dipilih oleh pihak DiGi untuk menyertai contest ini pada tahun ini termasuk le mak dara hehe tankiuuu DiGi atas kepercayaan yang diberikan kepada Mak Dara..

Video semasa sesi photografi DiGi WWWOW AWARD REUNION

Walaupun seronok kerana mak dara telah dipilih oleh pihak Digi untuk memasuki kategori NUFFNANG FAVE KAY POH namun gabra juga apabila melihat blogger blogger hebat yang turut menominasikan blog blog mereka di kategori yang sama.. Waduhhh susahhhh juga tahun ni... Namun yang paling penting mak dara perlukan sokongan dari anda.. Tapi adakah yang sudi untuk sokong dan vote mak dara tahun ni.. huhuu jeng jeng jeng..


Wednesday, March 28, 2012

SELAMAT BERTUNANG LIYANA JASMAY



SELAMAT BERTUNANG LYANA JASMAY bersama pilihan hatinya  Fathuddin Mazlan , Liyana dan Fathuddin telah melangsungkan majlis pertunangan mereka pada tarikh 28hb Mac iaitu dimana tarikh hari jadi Liyana ke 24 tahun... 

Difahamkan bahawa Liyana dan tunangnya itu duduk berjiran dan telah lama berkenalan namun menjadi semakin rapat sejak kebelakangan ini. Inilah yang dikatakan jodoh kan.. Tak perlu cari jauh jauh rupanya telah tertulis bahawa jodoh Liyana amat dekat dengannya selama ini.. Inilah kuasa tuhan kan...

Mak Dara juga difahamkan bahawa mereka bakal disatukan di sebuah majlis akad nikah yang akan diadakan pada 24 Jan 2013.. Waduhhh itu pada harijadi Mak Dara tu hehe..

Apa apapun Mak dara doakan semoga Liyana dan tunangnya kekal sehingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke anak cucu.. Amin...

*sumber gambar oleh google


BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

BEN ASHAARI

Asyik asyik buat entry serius je kan malam ni nak lepas stress dan nak join segmen Adik Ben bertajuk  BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER  .Nak join segmen ni sila klik di SINI k..

  1. Jawab soalan ringkas ini .. 
    • Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan 
      Ayat pertama yang akan dilafazkan.. Assalammualikum.. Apa Habaq? hehehe




ABBY ABADI KINI BERHIJAB



ABBY ABADI KINI BERHIJAB . Waduhhhhhh manisssss benarrrr tatkala Mak Dara menatap gambar gambar Abby Abadi di laman facebooknya.. Beliau kelihatan bertambah cantik, ayu dan menawan sekali dengan imej berhijab ini.

Pada Mak Dara Abby Abadi antara artis wanita yang sungguh tabah. Tabah menghadapi semua dugaan dan amat bertanggungjawap terhadap keluarganya dan amat berdedikasi terhadap kerjayanya. Dan kini dengan penampilan terbarunya diharap dapat menjadi ikutan kepada semua rakan rakan artis yang lain dan juga kepada semua peminatnya insyaallah..

Semoga Abby Abadi terus maju dan sukses dalam hidup dan kerjayanya.

*gambar milik Abby Abadi




PINTU TAUBAT




PINTU TAUBAT adalah sebuah drama bersiri hasil skrip Mak Dara dan suami iaitu Martias Ali. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Drama ni telah pun ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 dan akan diulang tayang lagi pada pukul 10 pagi ini di ASTRO OASIS .




Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja. 
.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

Tuesday, March 27, 2012

AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA UMUMKAN TARIKH PERKAHWINAN


AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA UMUMKAN TARIKH PERKAHWINAN mereka pada sebuah sidang akhbar yang baru sahaja berlangsung di Flora Cafe, The Ampwalk sebentar tadi.

Dikhabarkan bahawa mereka telah memilih tarikh 4hb Mei 2012 sebagai tarikh bagi mereka menamatkan zaman bujang mereka iaitu dimana Majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya.

Dan mereka telah memilih tarikh 6hb Mei 2012 sebagai tarikh bagi mereka menngadakan majlis resepsi mereka yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC . Dan dengar khabarnya Astro bakal menyiarkan majlis pernikahan dan persandingan mereka itu..

Tahniah Mak Dara ucapkan kepada Scha dan Awal semoga berbahagia hingga ke jinjang pemain seterusnya ke anak cucu amin..


pic sumber google

Yuna - Bintang DI Langit




Sebuah program bertajuk BINTANG DI LANGIT yang akan menampilkan kisah mengenai kehidupan Yuna akan mula disiarkan mulai malam ini 27 mac 2012 pada 10 malam di Astro Ria (104). Dengan adanya rancangan bersiri ini semua peminat boleh mengenali siapakah Yunalis Mat Zara'ai dengan lebih dekat lagi.

Bukan semua artis bertuah seperti Yuna sehingga mempunyai  rancangannya sendiri tau.. Namun Mak Dara rasa Yuna memang deserve it kerana bakatnya memang terserlah dan menyerlah di dalam dan luar negara.. Yuna juga sempat promote rancangan ini di fan page nya...

Pada yang minat dengan lagu Yuna Terukir di bintang.. Boleh le jadikan lagu itu sebagai ringtone anda.


Pasti ramai yang ingin tahu pelbagai bagai tentang Yuna.. Kalau begitu jangan lupa tonton BINTANG DI LANGIT yang akan mula ditayangkan malam ini ya.

Promo Bintang Di Langit

sumber gambar oleh google.

Tayangan Eksklusif Filem MY WAY




As salam.. Semalam Mak Dara telah menerima Jemputan Ke Tayangan Eksklusif Filem MY WAY. Yang bakal berlangsung pada 3hb April depan bertempat di GSC Signature, The Gardens. Waduhhhhh memang sukaaa bila menerima jemputan sebegini kerahna kita akan terdahulu menonton preview filem itu sebelum ia ditayangkan .

Sekalung terima kasih kepada adik Azwan Hashim, Media Relations Executive yang sudi menjemput Mak Dara ke event ini.. Insyaallah akan cuba memenuhi jemputan ini.. Jom layan trailer filem ini dulu jom....


Monday, March 26, 2012

TRAGEDI DOMINOS PIZZA


Waduhhhhh tengah panas panas cerita tentang staff KFC hari ni Mak Dara pula terkena dengan beberapa pegawai di DOMINOS PZZA area Wangsa Maju.. Ceritanya begini... 

Mak Dara telah menelefon dan membuat tempahan order pizza yang berjumlah RM37 dan dijanjikan oleh pihak dominos bahawa pizza akan sampai dalam masa setengah jam.. Namun sejam berlalu namun piza belum tiba. Maka Mak menelefon sekali lagi untuk bertanya kenapa pizza belum belum tiba dan pegawai bertugas berjanji akan memaklumkan pihak atasannya untuk menelefon mak kembali. 20 minit berlalu namun tiada panggilan diterima. Mak dara menelfon kali ketiga untuk membuat aduan dan diminta sekali lagi untuk menunggu panggilan dari mereka namun hampeh jua adanya. 

Mak menelefon beberapa kali lagi namun dimatikan panggilan mak begitu sahaja . Now it is not because of the pizza any more.. Mak betul betul menjadi marah kini.. Sudahlah anak mak demam dan tak lalu nak makan apa apa dia minta untuk makan pizza dan dominos pizza pulak buat hal begini.. Siapa tak marahkan...

Akhirnya setelah hampir 2 jam pihak atasan mereka menelefon namun sayangnya memberi alasan bahawa dominos menghadapi sedikit kesulitan. kesulitan?? Itu je??? Rasa rasanya alasan itu dapat menyelesaikan masalah mak. Dan cara mereka handle kes mak ini seperti mak meminta sedekah dari mereka dengan menelefon mereka berkali kali... Sedih sungguh dengan service macam ni.. Mak dah pun buat aduan kepada E-Aduan Pengguna. Semoga tiada lagi yang terkena macam Mak ni.. 


Namun ingin mak tekankan disini.. Mak hanya bengang kepada pegawai pegawai Dominos yang mengangkat panggilan dan yang menerima tempahan mak itu dan juga kepada pegawai atasan yang tidak menyelesaikan kes mak ni dengan cara yang berkhemah dan ia tidak ada kena mengena dengan pekerja pekerja lain di DOMINOS PIZZA itu ya harap maklum.


Eddie bekas suami nabila huda menjadi penyanyi


Rata rata mengetahui tentang kisah perpisahan antara puteri kesayangan Amy Search iaitu Nabila Huda dengan bekas suaminya Eddie kan.. Namun Mak Dara tidak mahu membicarakan tentang hal itu.. Soal jodoh ajal dan maut ini diytangan tuhan hanya DIA yang  menentukan.. Kita ni sebagai hambanya hanya mampu merancang kan..

Difahamkan bahawa Zaidy atau Eddie kini mula menjinakkan diri dalam dunia muzik tanah air dengan menganggotai kumpulan Tiga Swagger bersama Cat Farish, Bee.Ru dan Dj Krates.

Dengar ceritanya salah satu lagu dari Kumpulan TIGA SWAGGER ini telah menjadi salah satu lagu tema bagi drama APA CELOP.. Tahniah diucapkan.. Semoga Eddie terus suksess bersama kumpulan Tiga Swagger dan dalam kehidupan..



RUMAH MAWI DIROMPAK




Terkejut apabila menonton berita di BULETIN 1:30 di TV3 berita tentang rompakan yang berlaku di kediaman Mawi dan Ikin pada jam 4 pagi tadi. Difahamkan ketika kejadian Mawi, Ikin, anak kecil mereka Cahaya Malaika yang baru berusia 3 minggu serta ibu mertua mawi sedang nyenyak tidur.

Khabarnya Mawi telah diikat oleh perompak itu. Namun syukur alhamdullilah kesemua mereka selamat dan tidak diapa apakan. Dipercayai perompak telah berjaya melarikan barangan bernilai hampir 10 ribu ringgit.

Masyaallah nasib baiklah mawi dan keluarga terutamanya bayi yang baru dilahirkan dan Ekin yang masih berada dalam pantang tidak disakiti.. Wang boleh dicari namun nyawa lebih pentingkan.. Mak Dara doakan semoga mawi dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga perompak itu dapat diberkas dengan segera. 


RABUNNYA CINTA

As salam duhai teman.. Tengah buat apa tu.. Kalau free free tu boleh le tonton drama RABUNNYA CINTA lakonan Johan Rajalawak, Angah Rajalawak dan tauke Rajalawak yang sedang ditayangkan sekarang di ASTRO saluran 105. 


Skrip drama bersiri ini adalah hasil karya Mak dara dan juga adik mak iaitu Adza Emie.. Pada yang di pejabat tu dan tak dapat menonton di TV takpeeee.. Mak Dara ada letakkan video video drama ini ketiga belas episod semuanya yang telah diupload di youtube untuk tatapan anda.. Enjoyyyy =)

Rabunnya Cinta Episod 1

Rabunnya Cinta Episod 2

Rabunnya Cinta Episod 3

Rabunnya Cinta Episod 4

Rabunnya Cinta Episod 5

Rabunnya Cinta Episod 6

Rabunnya Cinta Episod 7

Rabunnya Cinta Episod 8

Rabunnya Cinta Episod 9

Rabunnya Cinta Episod 10

Rabunnya Cinta Episod 11

Rabunnya Cinta Episod 12

Rabunnya Cinta Episod 13 (akhir)

KAKA Tidak Menumpang Populariti Ratu Rock Ella


Di corong corong radio kini kerap dimainkan lagu BAWAKU PERGI. Namun tahukah anda bahawa penyanyi lagu ini KAKA adalah anak saudara kepada Ratu Rock Ella.. Patutlah suaranya pun sedap seperti makciknya itu.. Di dalam lagu itu Kaka berduet bersama Zizan Raja lawak. Mari lihat biodata Kaka

Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff
Umur: 23 Tahun
Mula menyanyi pada umur 8 tahun
Single Terbaru: Bawaku Pergi (Feat Zizan Raja Lawak) 



Akui Kaka, meskipun minat menyanyi setinggi gunung namun dia mengambil masa yang lama untuk melangkah masuk ke lapangan seni suara. Salah satu alasannya, Kaka bimbang tidak mampu mengendalikan kontroversi kerana dia pernah melihat ibu dan ayah saudaranya, Ella & Korie dihambat dengan gosip menyakitkan. 

Setiap kali jika terdapat artis baru yang mempunyai pertalian darah dengan artis artis yang telahpun  popular, mereka selalu dicop sebagai menumpang populariti artis popular itu kan. Namun bagi Mak Dara perkara ini tidak berlaku pada Kaka ini kerana lagu Kaka telah diterima ramai dan lagu itu telah menjadi hits sebelum semua mengenali siapakah Kaka yang sebenarnya . Ini bermakna lagu yang dinyanyikan oleh Kaka amat bermutu dan tidak perlu menumpang populariti sesiapa.. All the best kepada Kaka semoga akan tampil dengan lebih banyak lagu hits...




DiGi WWWOW AWARD 2012

Assalammualaikum duhai teman.. Baru baru ini Mak Dara telah menerima beberapa email dari pihak Digi dengan beberapa berita gembira.. Satunya ialah apabila mereka menghantar email menyatakan pihak mereka telah memilih blog Mak untuk kategori FAVE KAY POH di DiGi WWWOW Award 2012. Keduanya apabila mereka menghantar email meminta mak untuk hadir di Press conference mereka dan juga bertambah bertuah apabila dapat menyertai bengkel yang telah diberikan oleh pihak Digi kepada hampir seratus blogger bertuah yang telah dijemput. Mak kesana bersama somi Martias Ali, anak mak Adza Haiqal, Sepupu Mak Kak Ani, anak buah mak, Erin dan teman mak Mia Liana.. Mari mak sharekan gambar gambar mak di sana ye..

 

baru tiba di D HOUSE

alien attacttttt hehehe

perghhh mak dara ada laaaa hehehe

mendengar penerangan dari org kuat DiGi

bersama Maria Elena.. Shee is superr coollll

bersama Nisa Kay yang sangatttt okkkkkkk hehe

bersama TWITTERJAYA dan teman2 blogger

DiGi WWWOW AWARD REUNION



Video photo session @ Reunion =)

Pendek kata acara yang dianjurkan oleh DiGi pada hari itu memang terbaekk.. Bertambah best bila dapat bertemu dengan ramai blogger blogger.. bloger retis seperti Maria Elena, Nisa Kay dan lain lain lagi... Kini difahamkan DiGi WWWOW AWARD telah terbuka kepada semua . Maknanya kini yang tidak dipilih awal oleh pihak digi juga boleh menominasikan blog anda untuk memasuki majlis anugerah yang sungguh berprestij ini.. So jangan lepaskan peluang ok..








THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK