Thursday, May 31, 2012

Gaya Maternity Selebriti Popular


Salam Dolls,

Sekarang ni dah macam musim mengandung para selebriti terkenal, lepas seorang seorang seleb yang mengandung, terbaru hangat memperkatakan tentang Fasha Sandha bunting pelamin, dan ramai lagi.. 

Jadi jom kita lihat gaya selebriti mengayakan 'baby bump' mereka.. Boleh ambil idea untuk bakal-bakal ibu yang membaca entri Mak Dara ini..

 Alexandra Ambrisio

Siapa kata mereka yang mengandung tidak boleh gayakan kasut bertumit tinggi, adik bongsu Mak Dara tidak lepas dari mengayakannya setiap kali keluar, tetapi peringatan para doktor tidak mengesyorkan kepada ibu-ibu untuk memakainya kerana bimbang akan menyebabakan sakit belakang, serta takut jatuh dan sebagainya, namun bagi yang dah biasa itu tak apalah. Mak Dara sendiri tak suka pakai kasut tumit tinggi..


 Kourtney Kardashian

Satu lagi tips yang penting dimana kini ramai orang mengandung tidak hanya boleh membeli pakaian di kedai / butik mengandung namun baju yang besar seperti yang digayakan oleh Kourtney Kardashian ini juga ada dalam closet Mak Dara tau, ia selesa dan comel untuk digayakan oleh mereka yang mengandung dengan legging hitam :-) 

 Reese whiterspoon


Gaun Maxi juga selesa digayakan ketika mengandung, tidak lagi perlu risau tentang seluar dan sebagainya, one piece dress ini menjadi pilihan Mak Dara ketika MD mengandung dahulu, dan kini di mana-mana banyak menjual dress Maxi seperti ini, yang penting ianya strechable:) boleh digayakan dari awal kandungan hinggalah ke hujung trimester




Dress pendek juga comel jika digayakan oleh ibu-ibu yang mengandung, kerana pasti ketika mengandung diri sentiasa panas dan mahukan sesuatu yang selesa, dan bonusnya ia boleh dipakai selepas mengandung.. 

Jadi bagi bakal ibu, janganlah jadikan 'baby bump' anda itu sebagai satu halangan untuk bergaya, kerana ketika mengandunglah anda boleh pakai apa sahaja pakaian / dress yang anda inginkan tanpa perlu risau nampak gemuk.. :)

*pic by X17 Online

Sebelum itu, bagi ibu-ibu comel yang sedang mengandung, apa lagi jom twit Mak Dara di twitter @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD hantarkan gaya anda mengandung yang paling comel, dan yang terpilih akan dimasukkan ke entri seterusnya.. Boleh twit menggunakan @twitpic, @yfrog, @instagram, @lockers dan sebagainya...

Wednesday, May 30, 2012

Bag Tangan Hermes Antara Termahal Di Dunia - $2 Juta US Dolar


WHAT' HOT RIGHT NOW????

Terpanassss , terkiniiii dan yang menjadi bualan ramai di masa kini ialah apabila sebuah syarikat terkenal dunia mengeluarkan sebuah bag termahal pernah dikeluarkan. Bag tangan termahal di dunia kini disandang oleh bag yang telah dikeluarkan oleh HERMES yang bernilai $2 juta US dollars yang diperbuat dari rose gold ,berlian, kulit buaya Birkin. dan sebanyak 11,303 diamonds of 86.24 carat turut dihiasi di bag tangan itu.


Pierre Hardy yang telah design kan bag ini untuk koleksi terbaru Hermes haute bijouterie collection. Difahamkan masa untuk menghasilkan bag ini ialah selama 2 tahun. Fuhhhh macam nak siapkan sebuah rumah pulak kan. Dan pihak Hermes hanya mengeluarkan 3 buah bag sahaja dari jenis ini. Maknanya bag ini hanya ada 3 sahaja di dunia.. Patut lah mahalllll kannnnnn... Fuhhhh siapalah yang terlebih duit yang bakal membeli bag termahal di dunia ini agaknya ya...

*pic by http://globalgrind.com/


Tuesday, May 29, 2012

Mak Dara Di Kidnap Oleh Si Jejari Runcing


Waduhhhhh tengah hari tadi Mak Dara telah dikidnapppppp... Bukan seorang tapi dua orang yang telah mengkidnap Mak Dara... Bukan itu sahaja setelah menculik Mak Dara kidnaper Mak siap updatekan di blognya..


Tapi kidnaper Mak Dara ni memang sungguh baik hati siap bawak pegi makan makan dan jalan jalan di Wangsa Walk Mall lagi.. Nak tahu siapa yang Kidnap Mak Dara? Inilah orangnyanya

Kak Ani dan Elia :)

Hehehe gojessss gojessskan kidnaper yang mengkidnap Mak Dara ini hehehe.. Mereka adalah sepupu dan anak saudara Mak Dara iaitu Kak Ani dan juga Elia si Jejari Runcing hehehe.. Memang family kitaorang gelarkan jemput bawa pegi jalan jalan sebagai aktiviti mengkidnap hahaha... 

Mak Dara dan Elia ;)

Kitaorang duduk makan makan dan jalan jalan di Wangsa Walk Mall dari tengah hari sampai ke petang.. Sambil membincangkan gosip gosip terkini dan juga mengenai kejayaan Elia dalam menjadi Top 10 DiGi WWWOW Award dalam dua kategori iaitu kategori BLOGGER OF THE YEAR dan juga kategori FAVE KAY POH.. Sambil sambil kami bersembang tu terkejut juga bila hari ini keoh gosip mengenai Elia di beberapa blog.. ;) bertambah ligat le mesyuarat tingkat kami hehehe.. Namun mak tidak mahu berikan apa apa komen selainkan "biarlah rahsia" haaaa gitew hehe

Walau apapun terima kasih ucapkan pada sepupu Mak Kak Ani dan juga anak buah Mak Si Ya kerana sudi kidnap Mak Dara yang memang sedang boring hari ini.. Kalau boleh kidnapler selalu ye hehehe

Gaya Santai Blogger Pilihan Mak Dara


As salam duhai teman..

Sekarang bermulalah musim cuti sekolah.. Maka pasti semua anda ada membuat plan dan rancangan untuk pergi bercuti.. Bersempena dengan musim cuti ni makanya Mak Dara ada buat satu segmen semalam iaitu segmen GAYA SANTAI ku.. Mereka yg menyertai segmen ini diminta untuk hantorkan sekeping gambor mereka yang tengah bersantai santai.. Mari kita lihat gambar gambar santai mereka jom....

GAYA SANTAI ENY ABDULLAH

Kata Eny... Bergaya santai di Gunung Jerai bersama my friend from Singapore. Gaya ber T shirt dan cardigan dan bertudung shwal simple ni selalu digayakan ketika bershopping dan berjimba bersama rakan-rakan, atau ketika ada outing photography sebab selesa dan kemas, senang nak buat kerja :D

GAYA SANTAI ZAMANI
http://zamani84.blogspot.com

Aku selesa dengan hoodies kalau keluar berjalan2 dengan kawan @ seorang diri.. Senang, kalau nak masuk shopping mall & tengok wayang lepas tu, tak lah kesejukan.. Kebetulan sekarang ni kat airport Kuching pun aku pakai hoodies biru ni (antara hoodies kegemaran aku).. Aku tak leh tidur dalam flight kalau sejuk.. Kira praktikal penggunaan hoodies ni bagi aku :)
 
 GAYA SANTAI E'RAZ FADLI

Ini salah satu gaya kalau buat aktiviti luar atau bercuti.. Jika tidak E'raz pilih bert-shirt atau pakai jaket je.. Gambar ni diambil masa dalam flight ke KL..!

  GAYA SANTAI CIK LYEEN

"Gambar ini diambil time shopping dengan abang dan anak-anak buah...Santai pada pakaian kat sini ialah...Lyeen belasah je baju murah itu then sarung cardingan...Tudung yang dipakai tanpa anak tudung then hujung blah kiri tudung baling kat bahu kanan manakala hujung tudung blah kanan campak kuat-kuat kat bahu kiri...Sarung pulak skirt yang akan memudahkan langkah sebesar kaki big foot supaya senang nak belanja..Santai pada gaya sebab time ni tengah santai-santai je duduk dalam fitting room..HAHAHA..time ni kat The Store Temerloh dan cuba beraksi sesantai mungkin..:)*hakikatnya anak buah aku yang buat gambar ni santai kan?kan?kan?"

  GAYA SANTAI  JUNAINA

Santaikan gambar ini. Santai gaya pemancing tegar di sawah menghijau. Sambil memancing atau kata orang Perlis mengai sambil-sambil jamu mata dengan orang yang lalu lalang kat jalan serta cuci mata dengan pemandangan yang hijau. Lepas tu boleh layan perut pulak dengan hasil tangkapan. Gaya Santai Ku sebagai anak kampung.

Wahhhhh seronok betul melihat gaya santai mereka kan.. Memang santai habiss.. Terima kasih Mak Dara ucapkan pada setiap sorang dari anda kerana sudi join dan share gambar gaya anda bersantai.. Nanti join le segmen Mak lagi ye.. Ok apa kata alang alang dah baca entry ni jom kita terjah ke blog mereka ramai ramai jommm...


Monday, May 28, 2012

ASCIA Fashionista Dari Kuwait


As salam duhai teman..

Pagi tadi adik Mak Dara, Adza Tuty telah memperkenalkan Mak dengan seorang Fashionista Dari Kuwait bernama ASCIA .. Adik Mak Dara menunjukkan gambar gambarnya kepada Mak dan Mak sungguh terpegun melihat kecantikkan dan gaya gaya yang sungguh trendy dan terkini oleh gadis berusia 22 tahun ini. Apa lagi terus mak follow blog beliau..

Ascia tinggal dan menuntut di Kuwait. Ayahnya adalah orang Kuwait manakala ibunya orang Amerika. Beliau memang gemar mengenakan fashion fashion terkini. Mari kita lihat antara gambar gambar dari blognya iaitu Hybrid In A Headpiece

The Golds & Creams
Jeans: Topshop
Jacket: Random find
Shoes: Urban Outfitters
Necklace: H&M
Ring: Topshop
Jeans: Zara
Jacket: DarUsha Kuwait
Bag: River Island (his name is Jose. Don't forget!)
Stripped shirt: New Look
Necklace: Gifted
Shoes: Christian Louboutin

Skirt: Vintage
Shirt: No brand
Feather collar: Twenty/Ten by AKF
Shoes: Nicholas Kirkwood
Cuffs: Topshop
Armor ring: Topshop
Black ring: Gift
Charm Bracelet: Thomas Sabo





Isn't she GORGEOUS!!!!!!!!!! Ini hanya sebagian dari gambar yang terdapat di blog Ascia. Pada anda yang ingin melihat fesyen fesyen terkini oleh Ascia boleh le blog beliau @ http://www.hybridheadpiece.blogspot.com/ atau ke Lookbooknya @ http://lookbook.nu/a_k_f

To Ascia... I luvss luvsss luvsss you style dear.. Keep inspire us!!! Cant wait to read ur new entry!!!!

*all pictures are from ASCIA Blog and Lookbook

Sunday, May 27, 2012

GAYA SANTAI KU

As salam duhai teman..


Sekarang bermulalah musim cuti sekolah.. Maka pasti semua anda ada membuat plan dan rancangan untuk pergi bercuti.. Apabila sebut bercuti pastinyalah anda akan mengenakan pakaian ala santai gitukan.. Takkan le nak pegi bercuti dengan pakaian formal seperti seluar slack, kot, jacket, black dress atau pun skirt kan.. Maka hari ni Mak Dara nak buat satu segmen khas buat anda iaitu segmen GAYA SANTAI KU .. Untuk menyertainya sila lihat dibawah


1) Buat satu entry bertajuk  GAYA SANTAI KU  dan letakkan sekali header Mak Dara 

2) Letakkan gambar anda (solo/ bersama rakan atau keluarga) yang menggayakan ala ala santai dan ceritakan serba sedikit gaya yang anda kenakan dan ke destinasi mana anda pegi dengan gaya seperti itu contoh seperti ke pantai ke, balik kampung ke, pergi shopping ke, keluar lepak bersama kawan kawan ke..

Jika anda tak kemana mana dan hanya duduk bersantai di rumah bersama dengan keluarga dan hanya pakai kain batik atau kain pelikat pun no hal hantorkan aje hehehe.. Tak kisah le asalkan semuanya bertemakan SANTAI...

3) Siap hantarkan di url link anda di bawah

Tarikh tutup pada 28hb Mei 2012 ini. Mak Dara akan masukkan gambar gambar anda di dalam sebuah entry istimewa nanti..


Saturday, May 26, 2012

CATSUIT - Sesuai Atau Tidak



Walaupun kemeriahan dan bahang finale American Idol memuncak setelah mereka mengumumkan bahawa Philips Philips adalah AMERICAN IDOL yang ke sebelas namun nampak gayanya cerita mengenai pakaian yang dikenakan oleh Fantasia Barrino dan Chaka Khan menjadi perbualan lebih hangat di mana sahaja apabila kedua dua mereka membuat persembahan di malam finale itu dengan mengenakan gaya CATSUIT berlabuci.

Fantasia Barrino

Chaka Khan

Fantasia dan Chaka Khan

Ada yang suka dengan penampilan mereka dan ada juga yang tidak suka.. Bagi mak walau apa gaya dan trend yang ingin kita gayakan biarlah sesuai dengan umur dan juga kesesuaian bentuk badan tapi itu pendapat Mak Dara..  Apa pendapat anda? Sesuai ke pakaian yang digayakan oleh mereka ini..
*pic credit to google

Friday, May 25, 2012

TOP TEN DiGi WWWOW AWARD 2012 - TAHNIAH!


Assalam duhai teman..
Beberapa teman Mak Dara telah pun menerima email dan berita gumbira dari pihak DiGi WWWOW AWARD 2012 yang menyatakan mereka telah terpilih menjadi TOP TEN dalam DiGi WWWOW tahun ini!!! Tahniahhhhhh mak dara ucapkan kepada setiap seorang dari anda yang terpilih!!! Dan Mak Dara tumpang gembira apabila penyertaan somi Mak dara iaitu Martias Mohd Ali dalam kategori Yahoo Social Media Gathering Of The Year juga turut terpilih sebagai TOP TEN dalam kategori ini.. 

Mak Dara dan Somi mak Martias :)

Somi mak telah menerima email dari pihak DiGi semalam..

Email dr DiGi (klik utk besarkan pic)


Tidak kira apa pun keputusan dan siapa yang akan menang pada malam anugerah yang akan berlangsung 9hb Jun depan, terpilih menjadi Top Ten pun sudah terbaekkkkk kan...

Mak Dara juga ingin mengucapkan pada teman dan saudara Mak Dara yang juga telah terpilih menjadi Top Ten dalam DiGi WWWOW iaitu kepada anak saudara mak iaitu Elia Blog JEJARI RUNCING kerana telah terpilih dalam dua kategori iaitu dalam kategori BLOGGER OF THE YEAR dan Fave Kay Poh perghhhh cayalah Ya memang hebat terpilih dua kategoriiii!!! 

Tidak lupa juga kepada teman bloger Mak iaitu Mia Liana dan juga Ben Ashaari yang telah terpilih Top Ten dalam kategori BLOGGER OF THE YEAR.. Blogger Liza@Adzriel AB juga terpilih dgn Asteriskboutique dalam kategori Online Shop of the year..U guys are the best!!.. Dengar khabarnya blogger Denaihati dan Rotikaya juga turut terpilih tahniah! Dan kepada semua teman mak yang lain yang juga telah terpilih sekalung tahniah mak ucapkan kepada anda. Mak iringi doa untuk anda dan all the best..

Hanya doa ajelah yang dapat mak iringi anda.. Nak ke majlis tu rasanya macam tak dapat je sebab mak belum pun terima apa apa email dari pihak Digi.. Maknanya Mak Dara tak layak le terpilih untuk top ten kategori Fave Kay Poh huhuhu.. sedih memang sedih.. tapi I've done my best.. but my best is not good enough kot.. redha dan terima je hehe.. :)

So senarai TOP TEN terkini yang mak dara tahu ialah..(Senarai tidak mengikut rank ya hehe)

TOP 10 BLOGGER OF THE YEAR
4)
5)

TOP 10 NUFFNANG FAVE KAY POH
3)

TOP 10 ONLINE SHOP OF THE YEAR
1) Asteriskboutique

TOP 10 ONLNE OVER-ACHIEVER UNDER 15
2)

TOP 10 FAVE MAKAN MAKAN
3)

TOP 10 FAVE TECH HEAD
2)

TOP 10 SOCIAL MEDIA GATHERING OF THE YEAR

Pada sesiapa yang terpilih TOP TEN bagitau mak ye boleh mak masukkan dalam senarai di atas ye tankiuu.. :)

Wednesday, May 23, 2012

Hijab dan Headband - Gaya Hijabers Terkini



Pemakaian hijab atau tudung bagi masyarakat Malaysia sememangnya sinonim dengan kehidupan wanita Islam di negara ini. Walaupun berhijab namun itu tidak menghalang mereka untuk mengenakan fesyen terkini selagi ia tidak melanggar batas batas agama.

Fesyen terkini yang semakin kerap mak dara lihat di kalangan remaja berhijab sekarang ialah gaya HIJAB DAN HEADBAND. Iaitu mengenakan hijab dengan menggunakan shawl dan dikemaskan dengan aksesori headband. Mari melihat gambar gambar teman mak dara yang menggayakan gaya ini jom...



Bertambah trendy apabila mereka menggayakan shawl dan headband ini kan.. Anda nak mencuba? Mari Mak Dara kongsikan video turorial cara cara memakai Tudung dan Headband.. Selamat mencuba... 


Model: Shieffa & Nurul Izzati
Gambar Oleh: Velove Shieffa Photography

Tuesday, May 22, 2012

SKIRT TUTU - Comel Digayakan Oleh Kanak Kanak Perempuan




Dunia menjadi pentas untuk para balerina apabila trend SKIRT TUTU semakin popular sejak kebelakangan ini. Kini skirt tutu bukan lagi khas untuk penari penari ballet tapi juga boleh dipakai oleh semua kanak kanak perempuan. Antara yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan skirt yang comel ini adalah anak anak Mak Dara sendiri. Mereka mulai jatuh hati pada skirt tutu ini apabila menghadiri sebuah majlis harijadi teman mereka dan sejak hari itu mereka tak putus putus meminta Mak Dara membelikan mereka skirt tutu itu. Akhirnyaaa Mak Dara terpaksa akur dan membelikan ketiga tiga anak dara mak dengan 3 tutu yang berlainan warna..

Adza Danina dengan Tutu leopard print

Adza kasih dengan Tutu Orennya

Adza Isabella dengan Tutu merahnya


Skirt Tutu ini sesuai dikenakan di mana saja tapi rasanya lebih sesuai jika dipakai ke majlis majlis seperti birthday parti dan majlis untuk kanak kanak.. 
Kata anak anak Mak Dara mereka rasa seperti princess tatkala memakai skirt itu..Yup mak dara juga suka bila melihat mereka mengenakan skirt tutu ini. Yang penting mereka suka, gembira dan selesa apabila mengenakan skirt ini itu yang paling Mak Dara utamakan dari segi pemakaian anak anak Mak Dara..


Monday, May 21, 2012

Pakaian Pengantin Pengasas FACEBOOK - Mark Zuckerberg & Priscilla Chan


Akhirnya pengasas FACEBOOK dan si bilionaire Mark Zuckerberg menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini kekasih hatinya Priscilla Chan yang telah bertahta di hatinya sejak mereka belajar bersama 9 tahun dahulu pada Sabtu lalu. Lebih menariknya perkahwinan mereka di adakan secara kecil kecilan. Tidak sampai seratus jemputan dijemput. Dan lokasi majlis perkahwinan mereka adalah di belakang laman rumah mereka di Palo Alto, California Amerika.

Fuhhh memang Mak Dara tabik spring dengan pasangan ini.. Cuba bayangkan seorang jutawan yang mempunyai aset sebanyak 19 Billion boleh mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang terhebat di zaman ini namun mereka memilih untuk mengadakan secara kecil kecilan di samping teman dan keluarga yang rapat.. Mudah mudahan ini menjadi contoh bagi kita semua terutama artis artis di Malaysia supaya tidak membazir dalam mengadakan majlis perkahwinan kan..

Namun yang menjadi tumpuan dalam setiap perkahwinan pastinya PAKAIAN PENGANTIN bukan.. 


Sesuai dengan tema kesederhanaan mereka.. Mark dan Priscilla mengenakan busana yang sederhana di hari perkahwinan mereka di mana Mark mengenakan suit biru gelap, tie dan kemeja putih manakala Priscilla mengenakan traditional wedding dress  with veil and lace . Dress putih lace yang dipakai oleh Priscilla walaupun simple tapi tetap kelihatan anggun sekali . Priscilla tidak mengenakan sebarang aksesori yang sarat.  Dengan gaya rambut "news anchor" membuatkan Priscilla kelihatan seorang pengantin yang moden .  

Tahniah kepada  Mark Zuckerberg & Priscilla Chan may you live happy ever after..

* pic oleh Mark Zuckerberg

Sunday, May 20, 2012

Trend Hangat... Feather's Dress Spring/Summer 2012

Salam Dolls,

Baru-baru ni Mak Dara menonton rancang favorite Mak Dara, Fashion Police yang membuat liputan semasa MET Gala 2012 yang diadakan di New York.. Mak Dara begitu tertarik dengan trend gaya dress yang dipakai oleh artis-artis antarabangsa ini..

Inilah HOT TREND ALERT untuk spring/summer 2012 - Feathers Dress



Bottom of the dress dipenuhi dengan bulu-bulu / feathers yang begitu cantik dan setiap langkah yang diambil oleh mereka pasti mengerakkan feathers ini memberi effect dramatik

 

Model antarabangsa dan bekas kekasih Leo DeCaprio, Bar juga tidak kaget mengayakan trend terbaru ini, yang lebih menarik perhatian tona dress nude / cokelat yang menambahkan lagi daya tarikan 'sexyy' kepada pemakainnya.

Trend ini juga kian diminati oleh para bakal pengantin yang mengayakannya semasa hari bahagia mereka :-)



Pengantin Baru, Scha Alyahya juga mengayakan trend feathers di dalam wedding album, tentunya bulan-bulan akan datang trend ini pasti akan menggila terutama di kalangan artis...

*ALL PICTURE BY GOOGLE

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK