Tuesday, July 31, 2012

BICARA MAK DARA Bakal Bertukar Wajah




Haaaa jangan pulak ingat Mak dara nak jalani pembedahan plastik ye bila anda baca tajuk di atas hehe.. Make over yang bakal dilakukan bukan lah kepada diri mak dara tetapi kepada blog mak dara ini. Dalam masa beberapa hari saja lagi blog mak dara akan bertukar wajah secara TOTAL.. Semua template bakal bertukar sepenuhnya dari background ke header ke footer ke banner ke watermark . Pendek cerita akan bertukar kesemuanyalah kecuali entry mak tetap meroyan seperti biasa hehehe. Semua ini hanya dapat dijayakan dengan bantuan oleh blogger hebat lagi berbakat iaitu Adik Myravea dari http://www.myravea.com/ 

 

Pada tahun lepas Mak Dara pernah menempah doodle dari Adik Myra tp masa tu mak masih freehair lagi jadi lepas mak dah berhijrah makanya doodle tu tak sesuai lagi untuk mak gunakan.. Sekarang Mak nekad untuk tukar dan tempah keseluruhan template mak dara ni dari Adik Myra sekali lagi kerana mak benar benar suka dengan hasil tangannya yang sungguh kreatifff!!!Bagaimanakah rupanya blog Mak Dara ini nanti? TUNGGUUUUUU!!! Mak pun tak sabar untuk melihatnya..

Pada sesiapa yang ingin menempah header, footer, banner, atau nak tukar keseluruhan blog anda boleh le menempah dari adik Myra ye.. Semua info untuk tempahan boleh di baca di entrynya di sini Tempahan template kini dibuka!

Monday, July 30, 2012

PERJALANAN HIJRAHKU

Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU  episod ke 3 akan bersiaran pada pukul 2:30 petang ini di TV AL Hijrah. Rancangan ini di hoskan oleh Serina redzuawan yang merupakan anak kepada Chef Wan dan skripnya adalah oleh Mak Dara sendiri dan juga dibantu oleh adik mak Dara iaitu Adza Emie.


Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak olehsaudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru.
Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini akan ditayangkan di TV AL HIJRAH setiap hari Isnin dan Selasa sepanjang bulan Ramadhan ini pada pukul 2:30 petang.. Kalau free free tu silalah tonton ye ;)

Lagu Raya Yang Paling Saya Minat Sampai Bila Bila

Bila tiba je puasa mesti le mood nak dengar lagu raya berkobar kobarkan.. Dalam beratus ratus lagu raya pastinya ada satu lagu yang paling menjadi kegemaran kita kan.. Bagi Mak Dara, lagu raya yang paling mak dara minat sampai bila bila ialah.....
                     
                       

Lagu Raya dari iklan EON nyanyian jamal Abdillah dan Raja Ema . Entah kenapa dalam banyak banyak lagu raya tapi lagu ini menjadi lagu peberet mak dara sejak mak dara sekolah rendah lagi.. Ingat lagi time ni mak dara dan adik adik mak dara lari lari sambil main bunga api dan menyanyikan lagu ni.. Memang kenangan terindah zaman Mak Dara dulu..Hmmm apakah lagu raya kegemaran anda pulak?


Sunday, July 29, 2012

RIUH RAYA DI WANGSA WALK MALL BERSAMA UPIN & IPIN

Petang semalam Mak dara keluarga telah ke Wangsa Walk Mall yang terletak dalam 3 minit je dari rumah Mak Dara.. Misi ke sana adalah untuk cari pakaian raya untuk anak anak Mak Dara. tapi tumpuan untuk membeli baju terus beralih apabila anak anak Mak dara nampak akan patung UPIN dan IPIN di tengah tengah Wangsa Walk Mall tu. Rupanya Upin dan Ipin ada buat show sempena Ramadhan di sana.. Anak anak mak bukan saja menonton persembahan Upin dan Ipin tapi siap masuk bermain game yang telah disediakan oleh mereka. Moh Mak Dara sharekan gambar gambar anak anak mak dan pengunjung wangsa walk mall di acara RIUH RAYA DI WANGSA WALK MALL BERSAMA UPIN & IPIN.. Layanzzz..

 
Anak Mak Dara Adza Danina menjawap soalan kuiz dr Upin & Ipin

Anak teruna Mak Adza Haiqal (bercermin mata) turut join contest ;)

Di akhir kuiz dan pemberian hadiah Upin Ipin ajak semua kanak kanak yang berada di situ untuk menari "CHICKEN DANCE" apalagi ramai le yang serbu untuk join hehehe

 
Chicken danceeeee

anak anak mak bersama Ipin
dari kiri Adza Haiqal, Adza Danina, Adza Kasih & Adza Isabella


Memang seronok betul anak anak Mak Dara dapat bertemu dengan Upin dan Ipin semalam.. Ingatkan lepas tu dah letih nak jalan jalan cari baju raya tapi nan hado bila lepas aje Upin Ipin menamatkan persembahan mereka anak anak terus tarik ke kedai cari baju raya hahahaha.. Budak budak ni memang lambat letih kan.. hehe

Misha Omar Menyanyikan Lagu Raya Untuk Adza Isabella

As salam duhai teman..
Puasa ke tu.. Err yang uzur tu takpe yang tak uzur tu kurang kurangkan google gambor makanan kat intenet ye hehehe.. Ok entry kali ni Mak Dara nak sharekan sedikit video yang mak dara capture semasa Misha Omar datang shooting di rumah Mak Dara minggu lepas.. Video ini walaupun pendek hanya berpuluh saat saja tapi tetap bermakna sebab Misha Omar telah nyanyikan lagu raya buat anak bongsu mak iaitu Adza Isabella atas permintaan somi mak hehehe.. Nak tengok video tu.. Klik le di bawah.. 

Sooooooo sweettt kan si Misha ni.. Sepanjang berada dua hari shooting di rumah Mak Dara Misha sangat sangat humble orangnya.. Siapa tahu dalam dia sibuk berlakon dia tidak pernah meninggalkan solat. Bila masuknya waktu Misha dan beberapa orang pelakon dan krew berehat dari shooting dan mengerjakan solat.. Memang tabik spring mak dengan Misha ni.. Harap harap dapat lah bertemu Misha lagi nanti insyaallah...

Saturday, July 28, 2012

Syukur Alhamdullilah

Syukur alhamdullilah sebentar tadi somi mak dara dah pun selesai membayar zakat fitrah tatkala kami sedang berjalan jalan untuk membeli persiapan raya di Jalan Masjid India sebentar tadi.. Alhamdullilah tak ramai sangat maka tak perlu beratur just pergi dan bayar zakat alhamdullilah.. Tak nak lah bayar last last minit macam yang selalu buat tiap tiap tahun jenuh nak beratur panjanggg heehe..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khas Pada Yang Tak Ada Idea Nak Update Blog Hari Ini

As salam duhai teman
Ada rasa macam takde idea nak update blog hari ni .. Haaaa molek le baca entry mak ni..Tapi bagi yang banyak idea tu sila abaikan entry mak ni ye segan ai hehehehe . Ok ceritanya bermula begini... Nak dijadikan cerita angin meroyan mak datang awal bebenor pagi ni.. Selalunya mak nak update blog cukup susah bila takde idea atau ilham.. Jenuh memerah otak macam ayam memeram telur dibuatnya tapi nak dapat satu topik pun susah.. Tapi berlainan pagi ni bila banyak pulak idea yang datang dan telah menimbulkan satu masalah pulak kepada Mak Dara? Apa masalahnya? Ye lah bila dah banyak idea tak tahu pulak topik mana yang harus mak tulis dulu.. Tiba tiba mak dapat satu idea.. Apa kata kalau dah ilham sampai banyak apa kata sharekan kepada anda semua.. sharing is caring kan.. Moh lihat topik topik yang boleh anda gunakan untuk update blog anda pada hari ini.


Haaaa topik ni paling mudah untuk update blog anda.. Cerita lah lagu raya apa yang anda minat. Siapa penyanyinya. Kenapa anda minat lagu tu? lagi bagus kalau dapat masukkan sekali video youtube lagu itu.


Topik ni pun mudah jugak. Cerita le kuih raya yang wajib anda buat/beli setiap kali raya.. Kalau lagi bagus share le resepi kuih raya tu dalam entry anda tu..


Bagi pasangan yang dah berkahwin topik ni pasti menjadi isu setiap kali balik raya.. Topik ni mesti pecah perut kalau dapat disharekan kepada pembaca.. 

TOPIK # 4
SIAPA TENTUKAN TEMA BAJU RAYA SETIAP TAHUN

Sorry ye topik seterusnya dah takde gambor mak yang sesuai untuk diedit kekeke.. Haa topik ni pon best jugak.. Macam mak dara yang tentukan kaler baju raya untuk keluarga mak sekeluarga ialah anak sulung mak.. Tiap tiap tahun dia yg tentukan.. Suka ke tak suka kena ikut jugak adesss hehe

TOPIK # 5
KERJA AMAL DI BULAN PUASA

Banyak kerja kerja amal seperti acara membantu anak anak yatim , membantu rumah orang tua tua yang di war warkan di facebook anda kan.. Jika ada apa kata anda sharekan maklumat itu bersama pembaca anda.. Mana tahu jika ada pembaca anda dapat mengikuti acara itu dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

TOPIK # 6
MAKAN MOREH

Pada yang pegi terawih tu boleh le ceritakan sedikit di surau atau di masjid mana dia selalu pergi terawih. Dan boleh le ceritakan serba sedikit tentang makan moreh di situ

TOPIK # 7
PERBEZAAN PUASA TAHUN LEPAS DAN TAHUN INI

Topik ni pun best jugak.. Ye lah pada yang baru kahwin tu boleh cerita tentang tahun lepas raya sorang tahun ni dah ada pasangan.. Atau pasangan yang baru menimang cahaya mata boleh le ceritakan pengalaman raya tahun lepas berdua tahun ni bertiga.. Atau pada yang bujang boleh cerita tahun lepas break tahun ni dengan boyfriend/girlfriend baru hehe

TOPIK # 8
DUIT RAYA

Topik ni selalu paling best.. Anda boleh le cerita berapa duit raya yang anda berikan kepada anak anak/ anak buah/ anak jiran. pasti ada perbezaan nya kan.. Mungkin pada anak sendiri lebih sikit.. anak buah kurang sikit sebab nakal ke hehe.. Nak nak pulak duit tahun ni duit baru mesti tak sabar nak tukar duit dan beri pada mereka kan..

Hmmmm oklah setakat itu ajelah kot idea yang dapat mak sharekan dengan anda pada hari ni.. Pilih le mana yang berkenan dan update le blog ye.. Emmmm pada yang ada idea nak tambah sila beri cadangan ye nnt mak kasi up kan di atas tenkiuuu


Jalan Jalan Di JPO Johor




As salam duhai teman
Satu hari ni mak tak update blog dek kerana sakan dok jalan jalan bersama somi dan adik adik mak dara si Adza Emie dAn Adza Rina di JPO iaitu singkatan nama kepada Johor Premium Outlet yang terletak di Senai Johor.. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi dan tiba di sana pukul 1 tengah hari.. Jalan jalan si sana sampai ke petang.. Sakan jugak jalan jalan di sana sampai kaki kebas tak rasa tapak kaki dibuatnya hahaha.. Perghhh memang besttttt sangat membeli belah kat sini . Semua yang dijual disini adalah original tiada barang tiruan tapi yang ohaemnya bila harganya jauhhhh lebih rendah dari yang dijual di KL.. Fuhhhh tak sabar nak ke sini lagi dan lagiii



Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

Al Fatihah

Sebentar tadi Mak baru menerima satu berita mengatakan Ibu kepada teman baik mak dara dan keluarga iaitu Abang Amri baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.. Abang Amri telah bersama keluarga Mak Dara dari lama dulu dan kami dah anggap Abang Amri seperti abang dan keluarganya seperti keluarga kami sendiri. Ibu abang Amri kami panggil Ummi.. Memang sejak kebelakangan ni Ummi kurang sihat dan memang kami rancang untuk melawat Ummi di hospital namun sayangnya niat kami tidak kesampaian apabila Ummi telah dijemput Ilahi pagi tadi...

Abang Amri di tengah bersama sama dgn adik beradik mak 
Adza Rina, Adza Yanie & Adza Tuty

 
arwah Ummi bersama cucunya

Salam takziah buat Abang Amri sekeluarga atas pemergian Ummi.. Semoga roh Ummi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Al Fatihah....


Wednesday, July 25, 2012

AYAM GOLEX D'ADZA

Sebuah bazaar ramadhan yang dipanggil PERKAMPUNGAN RAMADHAN telah diadakan di bukit Jalil.. Seramai 50 orang artis yang bernaung di bawah Barisan Artis Nasional (BRAN) telah menyertai dan memeriahkan nostalgia Perkampungan Ramadhan Bukit Jalil (PRBK) pada 20 Julai sehingga 19 Ogos depan. PRBJ merupakan cetusan idea barisan artis yang mahukan kemeriahan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama-sama dengan para peminat yang tidak mempunyai kampung halaman selain tinggal tetap di Kuala Lumpur dan salah satu peniaga di bazaar itu adalah kakak Mak dara iaitu Adza Yanie dan suaminya Abang Tengku Nor bersama adik mak iaitu Adza Tuty . Apa yang mereka jual... tadaaaaaaaaaaa...


Ayam Golex tuuuuu uolssss... Haaa ni golex bukan sebarang golex ye.. resepi ayam golex ni adalah resepi turun temurun dari abang ipar Mak Dara Abang Tengku Nor tu.. Memang secret resepi dari turun temurun keluarganya dari Kedah tauuu.. Memang meriahhhh betul bazaar ramadhan ni.. Moh mak share sedikit gambar gambar di bazaar itu ye..

 
antara artis yang meniaga di  PERKAMPUNGAN RAMADHAN itu

kakak Mak Dara Adza Yanie di depan gerai AYAM GOLEX D'ADZA

 
di gerai AYAM GOLEX D'ADZA. Yusof Kelana turut membeli ayam golek kami hehe

Adza Tuty tengah golex ayam hehe

 
abang Ipar mak dara (duduk di kerusi) bersama teman karibnya

full view gerai AYAM GOLEX D'ADZA

 
Adza Tuty bersama Dato Ac dan Datin Emmy

Antara barisan artis yang meniaga di PERKAMPUNGAN RAMADHAN

Haaaa meriahhh benarkan Perkampungan Ramadhan ni.. Ramaiiiii benor artis yang turun padang meniaga di sana.. Pada yang duduk berdekatan Bukit Jalil tu singgah singgah le membeli juadah berbuka puasa di sana.. Dan jangan lupa untuk beli AYAM GOLEX MAK DARA errr silap mak dara lain tahun baru meniaga hahaha nak jugak interpramekan .. Jangan lupa beli AYAM GOLEX D'ADZA.. Sekali makan pasti hari hari mauuuuuuuuuuuuu....


TAMMAT

Semalam hampir pukul 12 lebih tengah malam maka berakhirlah sudah penggambaran drama UNTUNG ATAS ANGIN lakonan hebat oleh Misha Omar, Roy Azman Erin Malik dan ramai lagi yang dibuat penggambaran di rumah Mak Dara selama 2 hari.. 


Memang satu kenangan yang manis le bila dapat bertemu dengan Misha Omar satu nama yang hebat di persada seni selama 10 tahun tapi secara live.. Terus terang Mak Dara katakan bahawa Misha antara artis yang amatttt humble pernah Mak Dara jumpa.. Tutur kata dan kelakuannya sungguh sopan dan manis sekali.. Yang amat mak puji ialah sikapnya yang tepat pada masa.. Walaupun shooting bermula pada pukul 8 pagi tapi dalam pukul 7 pagi Misha dah sampai ke rumah Mak Dara.. Perghhhhh mana nak cari artis macam tuuuu kan.. Lagi satu yang paling mak suka ialah Misha tidak meninggalkan solat . Misha akan solat setiap kali masuk waktu sembahyang dan setelah selesai baru dia kembali berlakon.. Begitu juga dengan Roy Azman.. Memang bagus sekali mereka kan.. Ok lah enough asyik membebel di pagi buta moh Mak Dara sharekan beberapa gambar sekitar penggambaran drama UNTUNG ATAS ANGIN ini ya..

Erin Malik berbaju Oren dan Misha Omar berbaju kelabu sdg shoot 
di ruang tamu rumah mak 

krew sedang pasang lampu utk shoot di bilik anak2 mak

Erin Malik dan seorang lagi pelakon sedang shoot di bilik anak2 dara mak

dari view monitor 

Misha dan Erin shoot babak balik dr terawih

Misha dan Erin

Roy Azman di ruang tamu rumah Mak Dara

Roy Azman bersama Misha Omar dan Erin Malik sedang berlakon di ruang makan

Pengarah Abang Malik sedang mengarah

Sebelum kesemua mereka balik sempat le mak dara dan family mak tangkap gambor buat kenang kenangan bersama mereka....

anak mak Isabella bersama Misha Omar

Anak mak Isabella bersama Erin Malik

Nenek Mak Dara bersama Misha Omar

somi mak Martias Ali bersama Roy Azman

 Anak Mak Adza Haiqal pun nak bergambor dgn Misha jgk hehe

Aida Aris dan suaminya turut datang kerumah Mak Dara

Haaaa kauuu.. segedabak gambar yang mak postkan dalam entry ni maunya pening pening lalat korang semua nengok nye ye hehealang alang nak share kata koooo hehehehe.. Maka itulah serba sedikit gambar gambar (errr sikit ke hahaha) sekitar shooting drama ini.. Gambor mak mak tak segan nak share sbb time tu mak nampak dah sebijik macam bibik ye lah dah tengah malam kan.. cinderrella pun tengah malam bertukor jadi biasa inikan pulak mak dara kekeke ayat cover line tu haha.. Oklah marilah kita nantikan drama UNTUNG ATAS ANGIN skrip oleh teman mak dan somi iaitu Mazelan Manan yang akan ditayangkan di hari raya nanti ye...



Tuesday, July 24, 2012

Berbuka Puasa Bersama Krew UNTUNG ATAS ANGIN

Syukur alhamdullilah sebentar tadi Mak Dara telah berbuka puasa bersama krew krew dan juga pelakon pelakon drama UNTUNG ATAS ANGIN yang sedang shooting di rumah Mak Dara sejak kelmarin lagi. Antara yang membintangi drama ini ialah Misha Omar dan Roy Azman bersama sama beberapa lagi pelakon..

 
sesi berbuka puasa

Memang meriah bebenor le sesi berbuka puasa tadi bila hampir 20 orang berbuka puasa di depan rumah Mak Dara tu.. Rasa macam buat open house pulak tadiu hehe..  Malam ini merupakan malam terakhir mereka shooting di rumah Mak Dara . Kata mereka kemungkinan besar drama ini akan ditayangkan pada hari raya nanti.. Nanti bila mak tahu tarikhnya yang sebenar mak akan updatekan ye.. Ok lah mak nak sambung tengok diorang shooting.. Nanti mak kasi update lagi ye..

3 Perkara Harus Dijauhi

Pernah dengar quote "speaks no evil , see no evil, hear no evil.. Ini antara 3 perkara  harus dijauhi terutama di bulan Ramadhan ni ialah berkata perkara yang sia sia.. melihat perkara yang tidak sepatutnya dan mendengar sesuatu yang tidak baik. Perkara ni nampak mudah tapi agak sukar dilakukan kannn.. Terutama bila dah berkumpul ramai ramai dengan kawan kawan.. Mulalah kak bedah dan kak peah buka cerita.. yang kita pula bila tak join bergossip macam tak best le pulak kan tapi kalau boleh tu cubalah jauhi dari kegiatan kegiatan ini ye

 Jangan suka bergossip

Jangan melihat benda tak senonoh

Jangan dengar perkara yang tak baik

Bolehkah dilaksanakan... Kita mampu mengubahnya... ;)

Monday, July 23, 2012

Perjalanan Hijrahku Akan Mula Ditayang Hari Ini

Macam baru aje mak dara menulis skrip dan mengikuti shooting untuk sebuah rancangan masakan yang bertajuk PERJALANAN HIJRAHKU pada 2 minggu lalu tup tup hari ini maka akan bermulalah tayangan rancangan ini. Cepat benar kann.. Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini di hoskan oleh Serina redzuawan yang merupakan anak kepada Chef Wan dan skripnya adalah oleh Mak Dara sendiri dan juga dibantu oleh adik mak Dara iaitu Adza Emie.



Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak olehsaudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru.

artis undangan untuk episod pertama ialah Louisa Chong
pic credit to Srina Instagram

Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini akan mula ditayangkan pada ini dan akan ditayangkan di TV AL HIJRAH setiap hari Isnin dan Selasa sepanjang bulan Ramadhan ini pada pukul 2:30 petang.. Kalau free free tu silalah tonton ye ;)

Oh Mak Gayah! Misha Omar Datang Ke Rumah Mak Dara!!

As salam duhai teman.. Perghhhh exited bebenor le mak dara pepagi buta tadi.. Maunya tak, Misha Omar datang rumah mak!! Haaaa ini bukan cobaan bukan jugak mimpi .. Ini benar benar kejadian... Misha Omar bukan datang sorang tapi bersama sama dengan pelakon Roy Azman uols hehe.. Untuk apa diorang datang ke rumah Mak? Untuk jumpa mak leeeeer.. Haaaa part tu yang tipu sunat sikit hahaha habis kurang puasa mak kan keke.. Sebenarnya Misha Omar , Roy Azman dan beberapa lagi pelakon datang kerumah Mak Dara sebab ada shooting di rumah mak dara ni.. Sebuah production house telah menyewa rumah mak untuk dijadikan lokasi penggambaran sebuah drama bertajuk UNTUNG ATAS ANGIN.. Rumah mak ni kononnya rumah milik Misha Omar dan Roy Azman lah.. Dalam drama ni mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri.

Misha sedang berlakon dan membawa watak sebagai ibu

Misha sedang berlakon di ruang tamu rumah mak dara bersama pelakon yg menjadi anaknya

Misha Omar berbaju merah sdg shooting di hadapan rumah Mak Dara
krew krew sedang bersiap untuk mulakan shooting

Sebenarnya call time untuk para krew dan artis adalah pukul 8 pagi namun Misha ni memang artis yang sangat  berdisiplin and very punctual maka pukul 7 pagi lebih dah sampai kerumah mak dara.. Memang terbaekkklah Misha ni kan.. Drama ini sebuah drama raya dan akan ditayangkan pada hari raya nanti kalau tak silap Mak Dara di TV AL HIJRAH.. 

Sekarang mereka baru shoot 2 scene je.. Banyakkkk lagi yang perlu mereka shoot di rumah Mak Dara ni.. Rasanya esok malam baru habis shoot di sini.. Tapi nak tahu tak part mana yang paling besttttt shooting ni..? Part yang paling best bila Misha asyik nyanyi nyanyi je bila menunggu untuk shoot.. Mak aiii dengar sora Misha secara live meremang bulu roma mak ni.. Sedapppp ya amat.. Terasa macam Misha buat concert khas untuk mak aje rasanya wahhhhhhh gitu...

Ok lah mak nak sambung tengok diorang shooting kejap nanti mak snap snap banyak sikit gambor Misha  dan mak akan update ye.. Tapi sebelum mak dara terforget jangan lupa untuk menonton rancangan PERJALANAN HIJRAHKU yang mak dara tulis skripnya bersama adik mak Adza Emie yang akan mula ditayangkan di TV AL HIJRAH pada hari ini pukul 2:30 petang.. ;)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK