Thursday, August 30, 2012

JELAJAH SELERA ETNIK PAMOGA

Syukur alhamdullilah rancangan PERJALANAN HIJRAHKU sebuah rancangan masakan yang mak tulis bersama adik Mak iaitu Adza Emie telah pun selamat ditayangkan di TV AL HIJRAH sepanjang bulan puasa dan hari Raya yang lepas. Kini Mak Dara dan Adza Emie sedang menulis sebuah lagi rancangan masakan terbaru iaitu sebuah rancangan 13 episod bertajuk JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA. Rancangan ini merupakan skrip Mak Dara yang ke 64.. Fuhhhhh dah 64 buah skrip mak dara hasilkan selama 15 tahun mak dara berkecimpung dalam dunia penulisan skrip ini.. Syukur alhamdullilah masih ada yang masih mahu gunkan khidmat mak ..

Serina sedang menerangkan konsep rancangan semasa meeting kami yg lalu

Rancangan ini diterbitkan oleh YKS FILM MAKER SDN BHD sebuah syarikat milik Abang Yusof Kelana dan SERINA REDZUAWAN iaitu anak kepada Chef Wan. Dan yang menarik tu rancangan ni akan disponsor oleh sebuah produk kecantikan iaitu VIDA BEAUTY.. 

Puan Vida pemilik produk Vida Beauty

Rancangan ini sedikit istimewa kepada mak kerana rancangan ini akan disiarkan di TV3 pada bulan Disember nanti. Ye lah selalunya skrip skrip mak ditayangkan di RTM dan di saluran Astro aje.. Bukan senang nak masuk TV3 ni.. Terakhir skrip yang mak dara tulis untuk TV3 ialah beberapa episod untuk sitkom SENARIO dulu.. itu pun dah berkurun lama dulu hehe

Rancangan ini akan dihostkan oleh Serina Redzuawan dan juga sebuah selebriti chef dari Morroco iaitu Chef El Hadi. Mereka akan mengembara ke beberapa pelusuk kawasan Etnik untuk mengetahui cara cara masakan mereka . ANtara yang akan dijelajah iaitu di kawasan orang asli di Perak, Pahang dan banyak lagi. Dan di akhir rancangan pula Chef El Hadi akan masakan pula masakan morocco kepada penduduk etnik tu.. kiranya macam pertukaran budaya gitu.. Nak tahu lebih lanjut kenalah tunggu tayangannya hujung tahun nanti ye.. 


Wednesday, August 29, 2012

Pembuli Anak Mak Dara Telah Di Rotan & Di Gantung Sekolah

Sebelumnya cuti raya dan cuti sekolah yang lepas Mak Dara dan somi ada membuat satu laporan di Balai Polis Melawati mengenai anak Mak Dara iaitu Adza Haiqal yang telah banyak kali di buli di sekolahnya. Bukan sahaja basikalnya dirosakkan berkali kali tapi ada antara pelajar itu juga pernah pukul dia.. Oh bila dengar je perkara tu tahap dan level kemarahan mak dan somi dah tahap puaka dah mak ingat nak gi je sekolah cari budak tu nasib baik somi mak tenangkan dan ajak pegi report polis..

laporan polis Taman Melawati

Di atas adalah salinan report polis yang dibuat oleh anak mak dara di Balai Polis Taman Melawati .. Surat itu telah kami serahkan kepada guru sekolah itu dan kecoh le satu sekolah. Dan syukur alhamdullilah guru itu telah memanggil kedua pembuli itu dan telah mengambil tindakan terhadap dua pelajar itu.. Seorang pelajar yang sering merosakkan basikal anak mak hampir lebih sepuluh kali telah dirotan dan sorang pelajar yang telah memukul anak mak itu telah digantung persekolahannya.. Terima kasih kepada guru Sek Men Sri Keramat yang prihatin akan masalah buli di sekolah itu dan juga kepada pihak polis yang telah menerima laporan kami.. semoga tiada lagi kes buli selepas ini...


Tuesday, August 28, 2012

Projek Terbaru Bersama Serina Redzuawan & Yusof Kelana

Mak Dara baru sahaja selesai menulis skrip bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie untuk syarikat YKS Film Makers Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat milik Abang Yusof Kelana dan Serina Redzuawan iaitu sebuah rancangan masakan PERJALANAN HIJRAHKU dan rancangan itu telah pun habis ditayangkan di TV AL HIJRAH sepanjang bulan puasa yang lalu..


Kini mak dara sedang bersiap siap untuk keluar meeting bersama Serina Redzuan lagi.. kali ini untuk projek terbaru iaitu sebuah rancangan 13 episod bertajuk JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA yang bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi.. Dengar cerita Serina nak bincang satu lagi projek tapi tak dapat lah mak beritahu lagi konsepnya nanti bila dah confirm mak akan khaborkan pada uols ya.. Doakan semoga meeting mak ini berjalan lancar ye... Jumpa anda lagi malam karang.. tata titi tutu...

Selamat Hari Jadi ADZA TUTY

Hari ini pada tanggal 28hb Ogos 2012 maka genaplah umur adik Mak Dara iaitu Adza Tuty 30++ tahunnnn hehe... part ++ tak boleh nak beritahu lah ye.. biasalah orang perempuan dan rahsia umur memang begitu sinonim hehe..


Mungkin ada yang masih ingat tentang adik Mak Dara ni mungkin juga ada yang tak tahu ni saje je lah nak recap tentang adik mak ni ye.. Masa muda remajanya dulu dia adalah salah sorang dari penyanyi kumpulan G.I.M bersama sama dengan Diana Rafar, Onie, Ate dan Shazlin.

G.I.M
atas dari kiri Tuty, Diana Rafar, Shazlin, Onie -hadapan Shazlin

Ya inilah dulu kumpulan penyanyi G.I.M.. GIRLS IN MUSIC.. Haaa pernah dengar tak pasal kumpulan ni.. Mereka hanya sempat mengeluarkan satu aje album sebelum kumpulan mereka ni berpecah.. Ahli ahli G.I.M adalah terdiri daripada Diana Rafar, Shazlin, Onie, Cempaka Sari dan juga Adza Tuty.. Yup adik Mak Dara adalah salah sorang dari ahli kumpulan ni hehe..

Puas le Mak Dara search kat youtube utk video klip lagu diorang tapi takde. Almaklum le tahun 1999 youtube kat Malaysia ni belum popular lagi.. Sekarang ni aje semua pun ada di youtube tu.. Cuma Mak Dara berkesempatan menemui satu video klip di mana adik Mak Dara Adza Tuty menjadi model untuk video klip untuk kumpulan INDIGO dari syarikat KRU


Adza Tuty juga pernah membintangi beberapa buah filem dan drama drama antaranya ialah filem LANG BUANA dan juga filem IDOLA..
Filem Idola

Adza Tuty berbaju kuning bersama Syarifah Aleya dalam satu babak 
 Adza Tuty & Leya  
dari kiri Leya, Norman Hakim & Adza Tuty
Filem Lang Buana (adza tuty 4 dari kanan)
Ohhh itu semua cerita lama.. Sekarang semua ahli G.I.M pun masing masing dah bekeluarga. Dan mereka juga sudah jarang bertemu. Tuty is a single mother of two..
Adza Tuty bersama anak anaknya
Adza Aniq Danish dan Adza Zara Danisha ;)
Kepada Tuty.. SELAMAT HARI LAHIR!!! HAPPY BIRTHDAYYYY!!! CUMPLEAÑOS FELIZ!!! பிறந்த நாள்!!! 생일 축하합니다!! С ДНЕМ РОЖДЕНИЯ!!! love ya sis.. Stay strong always!!!


Monday, August 27, 2012

Bila Anak Minat Sangat Dengan Yuna




Anak anak mak dara amat amat minat sangat dengan penyanyi Yuna termasuklah dengan mak sekali.. Tapi yang palinggggg minat ialah anak bongsu mak iaitu si Isabella.. Tiap tiap hari mak kena mainkan lagu Yuna dan bukan itu saja sekarang dia selalu suruh mak balutkan turban di kepalanya macam gaya Yuna tu hehehe.. Memang dah kena "demam yuna" lah kami sekeluarga hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 26, 2012

Mak Dara Nyaris Di Ragut Di ZARA KLCC

Naik getaq lutut mak dara dibuatnya bila mak nyaris di ragut semasa sedang membeli pakaian di Kedai Zara di KLCC tadi.. Kejadian bermula apabila mak baru selesai dari bertemu dengan rakan rakan mak untuk berhari raya di Restoran APARTMENT di bahagian luar KLCC . 

mak bersama somi dan teman teman mak @ THE APARTMENT

Selesai aje dinner bersama teman teman mak mak pun jalan jalan la di dalam KLCC bersama somi mak dara. Mak kemudian masuk ke kedai ZARA yang berada di bahagian ground floor KLCC tu.. 

Semasa mak sedang memilih beberapa baju untuk dibeli tiba tiba mak rasa macam mak diekori oleh seorang perempuan tapi mak tak endahkan, di fikiran mak mungkin perempuan tu nak pilih baju yang sama yang mak sedang pegang tu.. Dan tiba tiba seorang lelaki datang dan seakan menghimpit mak dara dari tepi. Mak hairan apasal lak mamat ni nak bergesel dengan mak sedangkan ruang luas dalam kedai Zara tu. Mak terus beredar dari situ dan pergi ke bahagian baju tees di dalam Zara itu namun terus diekori oleh seorang lagi perempuan teman kepada perempuan tadi datang dan seakan memilih milih disebelah mak. Tiba tiba mak perasan yang seorang staff Zara memerhatikan mak semacam aje.. Di hati mak apasal lak dia tenung sampai begitu sekali tiba tiba dia datang dan berdiri di tengah antara mak dara dan perempuan itu dan seperti betulkan baju yang berada di depan mak tu tiba tiba aje staff tu bisikkan pada mak hati hati dengan bag tu.. 

Mak terkejut apabila menyedari zip di bag mak dara terbuka.. sedangkan mak memang dah zip tutup bag mak sebelum ini, mak terus mak beredar dari situ sambil membetulkan bag tangan mak dara dan peluk bag mak tu kuat kuat dan terus mak pegi cari somi mak yang juga berada di satu sudut dalam kedai itu dan beritahu apa yang berlaku. Dan tak lama saja lepas tu staff Zara itu datang dan beritahu bahawa dia terlihat sekumpulan 2 perempuan dan seorang lelaki yang memang mengekori mak sebaik saja mak masuk ke dalam kedai itu. Katanya kelakuan mereka bertiga memang sangat pelik bila mereka asyik berbisik dan memerhati ke arah bag tangan mak itu. Dia semakin yakin bahawa mereka mahu ragut bag mak bila lelaki itu cuba menghimpit mak dan tangannya hampir menarik bag mak tanpa mak sedari dan bila gagal yang perempuan pula cuba untuk mendekati mak untuk membuka bag tangan mak itu. Kata staff itu lagi oleh kerana dah banyak berlaku kes ragut di situ maka dia memang yakin bahawa mereka mahu meragut bag mak dara maka sebab itu dia datang dan memberi amaran pada mak. Dan katanya sebaik saja dia memaklumkan hal tu pada mak sebentar tadi terus ketiga tiga mereka meninggalkan semua pakaian yang mereka pegang (kononnya pakaian yang itu mahu dibeli) dan keluar dari kedai itu dengan tergesa gesa. Tidak lama kemudian pak security pun masuk ke dalam kedai itu.

bag mak dara yang selamat dari diragut

Masyaallah seram sejuk mak dibuatnya apabila tahu bahawa mak nyaris diragut. Nasib baiklah staff Zara itu pantas dan cepat tolong maklumkan pada mak.. Syukur alhamdullilah.. Mak memang amat amat berterima kasih kepada staff itu namun oleh kerana mak berada dalam keadaan kebingungan, blur dan terkejut mak hanya sempat berterima kasih kepadanya sebanyak mungkin namun sayangnya mak terlupa bertanya siapakah nama staff wanita yang membantu mak itu.. Untuk staff itu jutaan terima kasih mak ucapkan kerana membantu mak dari diragut sebentar tadi. Hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa anda itu.. 

Mood Menulis Entry Bergantung Kepada Kelajuan Internet?

Anda pakai line internet apa ye.. TM net ke.. Maxis ke.. Digi ke? mak pakai P1 Wimax.. Fuhhhh boleh mencabar keimanan jugak pakai line P1 ni. Masa mula mula tu apply laju kemain lagi dia.. Memang mak bangga tahap puaka la time tu.. Sapa je pakai line tenet selain dari P1 siap mak promote suruh tukor ke P1 dah macam jurucakap dan tukang promote le P1 time tu tak hengat.. Tapi makin lama makin slow makin lama makin slowwwwwwwww kelajuan internetnye..


Jangankan nak berfacebook nak hupdate blog pun jadi lambat dibuatnya.. Apa tah lagi nak bogwalking jauh le sekali!!! Memang tersentap le nak menulis entry dengan keadaan macam ni. Sedikit sebanyak mak rasa memang mood untuk update blog ada sedikit sebanyak bergantung dengan kelajuan internet.. Kalau lajuuuu je tenet maka lajulah entry yang keluar.. Kalau slow maka slow le entry yang akan dipublish silap silap tak publish apa apa langsung.. Hishhhh P1 oh P1 bila le kau nak ok ni huhu


Wednesday, August 22, 2012

Ramainya Mak Dara Dalam Donia Ni Ghupe Nyer Ye


Ingatkan yang bernama Mak Dara  yang mak tahu lah kan, selain dari jamu Mak Dara dan pelakon lagenda Dara Mohd Ali atau juga dikenali sebagai Mak dara dalam filem Ibu Mertuaku dan juga diri mak sendiri yang menggunakan nama MAK DARA sebagai nama nickname.. Rupanya ramai jugak yang gunakan nama mak dara tu dalam donia ni rupanya ye hehehe..

 Jamu Mak Dara

Dara Mohd Ali aka Mak Dara (dlm filem Ibu Mertuaku)

mak le tew hehehe

Dan yang terbaru mak tengok dalam drama pun ada yang gunakan nama Mak dara tu.. Nak tahu siapa? jap mak sempat jugak snap pic di kaca tv mak sebentar tadi..hehe.. Tadaaaaaa


Haaaaaa itu lah dia pelakon Mak jah yang membawakan watak sebagai MAK DARA dalam sebuah drama raya bertajuk Lemang Sebatang yang ditayangkan di TV ASTRO hehehe.. Cun je mak jah makeup cam tu kan hehehehe.. Hmmm agaknya ada tak lagi sesapa yang gunakan nick mak dara selain dari kitaorang ek..hehehehe




Diolog Blog Dan Mak Dara

Ya entry kali ni adalah DIALOG BLOG DAN MAK DARA bukan dialog bersama jin ye hehe.. Dengar citer blog mak dara ni majok dengan mak.. nak tahu citernyer.. ikuti kisahnya di bawah...  haaa dek korano termakan rondang terlobih maka meroyan raya mak sudah datanggg... layannnzz kan jelah ye hehehe






Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. 
Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. 
Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. 
Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 


Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Mak Dara Sekeluarga


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin dari mak dara sekeluarga. Pada yang pulang beraya berhati hati di jalan raya ya.. Mak pun akan pulang ke kampung mertua mak di Rawang kejap lagi nasib baik le dekat je dengan rumak mak..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 18, 2012

Iklan Raya Arahan Oleh Somi Mak Dara Telah Ditayangkan Di TV.. Syukur

Tidak berapa lama yang lalu Mak Dara ada khaborkan bahawa somi mak ada mengarahkan sebuah iklan Hari raya untuk Kementerian Kesihatan Malaysia bersama sama dengan syarikat Two Tones Production Sdn Bhd kan.. Nak lihat iklan hasil arahan somi mak tu? Jap mak kasi upload ye..


Itu lah dia iklan Raya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.. Dan iklan ini baru mula ditayangkan di TV sejak pagi tadi. Syukur alhamdullilah bila nengok je iklan tu ditayangkan di TV sebentar tadi rasa segala penat lelah oleh semua yang terlibat dalam penerbitan iklan ini amat berbaloi baloi.. Begitulah pengorbanan besar yang terpaksa di lakukan oleh para pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia tak kira raya atau tidak mereka harus utamakan kerja dan kebajikan pesakit..Masih teringat Mak Dara semasa hari shooting di Banting tu..Moh mak share kan beberapa keping gambar yang sempat mak snap di lokasi penggambaran iklan ini di Banting Selangor tu ye..


 Somi mak dara berbaju putih sedang berbincang sebelum memulakan shooting
 Somi mak sedang menerangkan babak kepada pelakon 
Somi mak bersama Encik Amru sedang mengarah
pelakon kanak kanak Firdaus sedang di taouch up
Somi mak sedang menerangkan sesuatu untuk babak seterusnya
 Somi mak dan En Amru sedang menunggu untuk roll camera ;)
Mak Dara dan pelakon kanak kanak
 two tones production crew ;)
 Somi mak dara sedang menunggu untuk roll camera
babak di tepi jalan..
Moga moga somi mak dara dan syarikat Two Tones Production Sdn Bhd dapat le buatkan lagi iklan raya untuk Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahun depan pulak hehehe.. Pada rakan rakan blogger kalau boleh tu mohon le share video iklan ni di blog blog anda ye kalau nak kopipes terus entry ni pon takde masalah hehe tochei.. tankiuu.. vanakam .. terimah kasih hehehe

Friday, August 17, 2012

Terimalah SURPRISE Dari Mak Dara - Part 4

Seperti yang telah dijanjikan kepada semua yang menyertai segmen"Saya Mahu SURPRISE Dari Mak Dara" yang mak dara buat beberapa hari lalu.. Maka terimalah SURPRISE dari mak dara ni iaitu kad raya part 4 iaitu yang terakhir.. Maaf le lambat skit.. almaklumlah agak sibuk dengan persiapan raya hehe

31.http://afasz.blogspot.com/2012/08/saya-mahu-surprise-dari-mak-dara.html






37.http://threeseptemberfingers.blogspot.com/2012/08/saya-mahu-surprise-dari-mak-dara.html

38. http://www.mialiana.com/

39. http://ikapukpuk.blogspot.com/

40. Khas buat Mak Lady ;)

Perghhhhh tak sangka mak dapat juga siapkan hampir 40 design kad raya untuk 40 peserta segmen mak ni.. Kalau ada yang tak berapa suka dengan desin yang mak buat tu mak mohon maaf bebanyak ye huhuhu . Dan kepada peserta yang menyertai segmen ni dan mak dara terlepas pandang link dan tak buat kad raya untuk anda tolong bagitau mak ye almaklumlah takut ada yang mak terlepas.. 

Dengan ingatan tulus ikhlas Mak Dara nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan ingin mak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari anda sekiranya selama mak berblog ini ada entry mak yang telah menyinggung , menyekeh , meluku perasaan anda hehe almaklumlah angin meroyan mak ni kadang kadang takut ada yang terasa hati.. Maafkanlah Mak Dara ye.. Selamat hari raya semua....



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK