Sunday, September 30, 2012

KU PETIK DOSA .. Waduh adakah Manusia yang sebegitu di dunia realiti ini?

Rata rata teman Mak Dara pada tika dan saat ini sedang menonton drama bertajuk KU PETIK DOSA lakonan Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia, Fikree Bakar yang ditayangkan di TV3 sekarang ni.. Mana Mak Dara tahu? Macam mana tak tahu, bila semuanya update status kat FB pasal tengok drama ni.. Drama ni berkisarkan tentang seorang Jiran iaitu lakonan Abang Zaidi Omar yang telah menodai anak jirannya yang masih kecil. Mak aiiiiiiii apa lagi.. makin banyaklah status status geram dan marah oleh teman teman Mak Dara di wall facebook mereka itu terutama terhadap Abang Zaidi.. Nak tahu apakah maknanya tu.. Maknanya Abang Zaidi Omar telah BERJAYA membawakan wataknya itu sehingga para penonton benar benar dapat merasakan marah geram menyampah dengan watak perogol yang dibawakan olehnya itu.. Terus terang Mak Dara katakan  memang tabik spring dengan Abang Zaidi menghidupkan watak itu nampak sungguh real dan kita boleh jadi terlupa bahawa itu hanyalah drama dan Abang Zaidi hanya melakukan kerjanya dengan melakonkan watak itu. Memang patutlah drama itu dipertandingkan dalam ANUGERAH SKRIN 2012 nanti.


Ramai juga yang tanya adakah manusia seperti itu wujud.. Mak dara rasa pasti ada...Tahniah kepada pihak penerbit kerana BERANI mengutarakan topik topik sensitif seperti ini. Sungguh hebat! Hmm dah lama tak jumpa dengan Abang Zaidi Omar dan bekerjasama dengan Abang Zaidi.. Masih teringat lagi lakonan Abang Zaidi dalam drama bersiri NEK NAK dan SAKA dan beberapa lagi drama hasil skrip saya dan somi. Bertapa Abang Zaidi dapat membawakan watak yang kami tulis melebihi dari jangkaan kami.. Abang Zaidi memang terbaik.. 


Tahniah dan all the best kepada pihak pengarah iaitu Jinggo dan semua warga kerja drama ini untuk Anugerah Skrin akan datang ya ;)



Saturday, September 29, 2012

BLOG ADA MALWARE!!!! Oh Noooo!!

Ohhhh sungguhhh terkejut dan terkesima sebentar Mak Dara apabila menerima satu inbox masage di Facebook dari teman blogger Mak Dara iaitu Scarlett O'Hara  menyatakan yang beliau tak boleh masuk ke dalam blog mak dara sebab ada warning mengenai MALWARE.. Bila baca je perkataan MALWARE tu memang tersentap habisssss mak dara dibuatnya... Dengan sepantas kilat tangan Mak Dara klik ke link blog Mak Dara dan apa yang terpapar di kaca skrin komputer Mak Dara??


Bagai nak luruh aje jantung ni bila baca benda di atas tu.. Walau cuba banyakkk kali untuk masuk ke blog memang tak boleh bukak langsung. Dah le Mak Dara ni rabun IT.. Rasa macam kebas je otak memikirkan macam mana nak buang MALWARE tu.. Mak terus le google "MALWARE DI BLOG, BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUANGNYA" lepas tu sederetttttt penuh le link link blog yang ajar cara untuk membuang MALWARE  ni.. 

Tapi lain blog lain virusnya.. lepas baca few blog on how to buang malware ni.. katanya kena buang link yg tertera di gambar atas tu . like mine click.clickfeeds.net tu.. Mak Dara pun gamble je tadi.. remove satu persatu.. mula mula buang kotak fb fanpage.. then buang kotak instagram.. dan beberapa lagi kotak di sidebar then bila buang shoutbox... baru ok.. maknanya malware ni dtg dr shoutbox. Jadi buat sementara waktu ni takdelah kotak jerit dalam blog Mak Dara ni ye.. Setelah mak pastikan betul betul dah selamat nanti mak akan masukkan balik ye..

Syukur alhamdullilah blog ini sudah bebas dari MALWARE .. (i hope) . Jika ada sesiapa yang tak dapat akses ke blog mak dara lagi lepas ni bagitau mak dara ye.. Dan kepada my dear Scarlett O'Hara  jutaan terima kasih saya ucapkan kena beritahu saya tentang ni.. Muahhhhhhhhhhhhh sayang kak Scarlett!!! ;)

Mak Dara SAMPAIKAN PESAN Blogger Mia Liana

As salam duhai teman.. Masa yang dinantikan telah pun tiba bagi peserta kedua yang telah terpilih daripada 3 peserta yang bertuah iaitu Mia Liana yang telah menyertai segmen mak dara iaitu MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA.Nak tahu apakah ucapan oleh blogger hebat Mia Liana ni yang akan mak dara sampaikan bagi pihaknya tu, sila lah baca di bawah ye.. ;)


 

 
 
 

Itulah dia ucapan yang sangat sweet dari orang yang sangat sweet iaitu Mia Liana.. Akak harap Mia suka dengan cara akak sampaikan ucapan bagi pihaknya itu.

 
ucapan khas dr Mak Dara untuk Mia ;)
Nantikan entry Mak Dara yang akan datang untuk mak sampaikan pula ucapan dari peserta yang ketiha bertuah dalam segmen ni ye... Alang alang berada di sini moh le kita terjah ke blog Mia Liana http://www.mialiana.com/ jommmm!!!! 

Friday, September 28, 2012

Teruja Terima Jemputan Ke Tayangan Eksklusif ZAITON CERITAKU


Mak Dara berasa amat bertuah kerana telah dijemput untuk ke Majlis Tayangan Eksklusif Dan Sidang Media Filem ZAITON CERITAKU pada 9 oktober 2012 tak lama saja lagi Waduhhhh terujaaaaa dengan jemputan ini.. 




Zaiton Sameon satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan.


Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les'Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon. 

Filem sulung arahan Esma Daniel yang juga merupakan pengarah eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya. 

Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

Sekalung terima kasih kepada adik Azwan Hashim, Media Relations Executive yang sudi menjemput Mak Dara ke event ini.. Insyaallah akan cuba memenuhi jemputan ini.. Pada semua teman teman Mak Dara marilah kita sama sama sokong filem ZAITON CERITAKU dan semua filem filem terbitan tempatan kita!!




Mak Dara SAMPAIKAN PESAN Blogger Roslita Thalib

As salam duhai teman.. Masa yang dinantikan telah pun tiba bagi salah seorang peserta bertuah iaitu Roslita Thalib yang telah menyertai segmen mak dara iaitu segmen MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA. Kini tibalah masanya untuk Mak Dara sampaikan ucapan istimewa oleh Roslita untuk ayahandanya yang tercinta iaitu ENcik Thalib...









Itulah ucapan oleh Roslita untuk ayahandanya yang kurang sihat baru baru ini. Mak Dara doakan semoga ayahanda Roslita segera sembuh seperti sediakala.. Memang seorang anak yang solehah.. Mudah mudahan semua mengambil ikhtibar dari ucapan Roslita ini supaya menjaga akan ibu dan ayah kita sebaik mungkin.. Harap harap Roslita suka dengan cara mak sampaikan pesanannya itu ye hehe 


Buat Mia Liana dan Isabel Diaz nantikan entry Mak Dara yang akan datang untuk mak sampaikan pula ucapan anda berdua ya... Alang alang berada di sini moh le kita terjah ke blog Roslita @ http://karipapkensar.blogspot.com/  jommmm!!!!

Masyaallah Moga Tak Ada Apa Apa Yang Buruk Berlaku..

Masyaallah naik getaq lutut mak dara bila tiba tiba aje tadi terdengar bunyi kuat dari luar rumah . tengok tengok ada kereta peronda polis lalu di sepanjang jalan di depan rumah  siap bukak lampu siren tu Dan pakai speaker suara dan berkata "SILA PERIKSA DAN PASTIKAN RUMAH ANDA, PAGAR DAN JUGA KENDERAAN ANDA BERKUNCI. lepas tu ayat lain tak berapa clear.. tapi part PASTIKAN PINTU RUMAH ANDA BERKUNCI tu banyak kali sebut.. Masyaallah ada penjenayah ke yang terlepas kat kawasan perumahan ni? Sebelum ni tak pernah pulak pihak polis buat macam ni sebelum ni..

Dah lah somi mak dara outstation. Habis Mak Dara gerak anak teruna mak dan jugak bibik kunci semua pintu pintu dan pasang semua lampu dalam dan luar rumah biar terang benderang sampai esok pagi.. Habis anak anak mak siapkan tempat tidur dan semua tidur dalam bilik mak semuanya..

Ya Allah ya tuhan ku.. Moga tiada perkara buruk berlaku kepada keluargaku dan semua kejirananku Ya Allah.. Amin..

Tolong doakan agar semoga semuanya selamat ya.. Kompom mak tak tidur sampai ke pagi ni..

Thursday, September 27, 2012

3 Peserta Bertuah Segmen MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA


As salam duhai teman.. Masa yang dinantikan telah pun tiba bagi kesemua 24 peserta yang telah sudi menyertai segmen mak dara iaitu segmen MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA. Kini tibalah masanya untuk Mak Dara mengumumkan...bahawa TIADA peserta yang terpilih untuk Mak Dara sampaikan ucapannya!!!!

Wahaha jangan panik jangan marah marah dulu.. hehehe.. Saje je .Sajer je.. Serius sangat tak best kan haha .Ok serius kembali. Baiklah.. Seperti yang dinanti-nantikan, entri ini adalah noktah terhadap penantian semua peserta. 

Untuk memilih pemenang bagi segmen Mak Dara ini,seperti yang sedia maklum Mak Dara memilih proses pemilihan pemenang melalui kaedah cabutan bertuah menggunakan service random.org. Maka nombor penyertaan anda adalah seperti nombor tiket kepada cabutan ini. Maka setelah selesai pemilihan pemenang dari random.org sebentar tadi maka di sini Mak Dara nak umumkan bahawa 3 peserta yang terpilih MAK DARA  ialah..




Tahniah kepada blogger Roslita Thalib, Mia Liana dan Isabel Diaz . Nantikan entry dimana Mak Dara akan sampaikan ucapan ucapan anda itu ya..Disini Mak Dara ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap seorang dari 24 peserta yang sudi menyertai segmen Mak Dara ini. Anda memang sporting dan terbaik...

Mak Dara memohon sepuluh jari memohon maaf sekiranya segmen Mak Dara ini ada yang tersalah bahasa tersilap kata atau jika telah menyinggung mana mana pihak harap dimaafkan. Sehingga bertemu di segmen Mak Dara yang akan datang.. Assalammualaikum 

Wednesday, September 26, 2012

ZAHARUL VS ZARINA

Salam duhai teman pada tika dan waktu ini sebuah drama bertajuk ZAHARUL VS ZARINA sebuah drama komedi hasil skrip oleh somi Mak Dara Martias Ali dan mak juga ada membantu sikit dalam pembikinan drama ini.. Mak nak habaq mai yang drama ni sedang ditayangkan di saluran Astro Ria sekarang..


Drama ini telah dilakonkan oleh allahyarham Faizal, Ani Mayuni dan lain lain.. Moh mak dara sharekan sedikit sinopsis drama ini ye..

SINOPSIS
======

Zaharul bencinta dengan Rina seorang setiausaha kepada seorang Dato yang merupakan seorang usahawan yang amat berjaya namun terkenal dengan sikap gatalnya. Rina menerima banyak hadiah hadiah mahal dr Dato sehingga membuatkan Zaharul curiga akan kesetiaan Rina. melihatkan Zaharul yang terlalu stress itu membuatkan Opie teman serumah yang juga merupakan seorang make up artis memberikan satu idea kepada Zaharul untuk menguji kesetiaan kekasihnya itu. Zaharul pada mulanya menolak namun bersetuju akhirnya untuk menyamar menjadi seorang perempuan dan bekerja di syarikat Rina untuk mengitip kegiatan Rina dengan Dato itu. Kini Zaharul bertukar kepada Zarina.

Pelbagai adengan lucu yang memerlukan Zaharul dan Zarina berada di satu tempat yang sama. Dato akhirnya melupakan niatnya untuk mengorat Rina kerana kini dia tertarik kepada "Zarina". Dato ini dalam misi untuk mendapatkan Zarina.

Akhirnya semua rahsia terbongkar apabila Rina menemui barangan wanita di bilik Zaharul. Rina mahu memutuskan hubungan mereka kerana menyangka bahawa Zaharul telah mempunyai wanita lain selainnya. Ini membuatkan Zaharul terpaksa mengaku bahawa dia sebenarnya adalah Zarina.

Akhirnya setelah berbincang mereka bersatu semula dan Dato akhirnya insaf untuk tidak menganggu man mana lagi pekerja wanita kerana takut terkena seperti yang telah dilakukan oleh Zaharul/Zarina itu..

Kalau free free tu tontonlah ye.. Mak rasa ini antara skrip komedi paling lawak pernah mak dan somi tulis.. Harap uols enjoy ye

Tuesday, September 25, 2012

MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA

Assalam duhai teman.. 
Pernah dengat "SAMPAIKAN UCAPAN" ala selalunya orang sampaikan ucapan melalui radio dan minta DJ bacakan kepada teman atau yang tersayang.. Tapi yang selalu sampaikan ucapan ialah pada rancangan TV sempena hari raya. Bila uols hantar kad ucapan dan pengacara akan bacakan ucapan anda.. Kali ni Mak Dara pulak yang nak sampaikan ucapan dalam segmen MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA dalam bentuk lebih kurang seperti dibawah....


Haaa itu contoh aje.. Ini ucapan yang mak dara buat untuk somi mak sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15 tahun dua minggu lepas. Anda juga boleh sampaikan apa jua ucapan anda dan kepada siapa juga yang anda mahu contohnya ucapan kirim salam ke, ucapan untuk rakan sekolah ke rakan fb ke rakan blogger ke..ucapan suruh follow blog ke.. join segmen atau contest anjuran anda ke, ucapan selamat hari jadi ke, anniversary ke.. ucapan "will you marry me ke" hahaha ado ko.. apa sajalah ucapan insyaallah akan mak dara cuba sampaikan . Berminat ? sila tengok syarat di bawah..

1) Buat satu entry "MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA" dan linkkan ke entry ini
2) Letakkan header blog Mak Dara
3) tulis 6 ayat ucapan anda itu
4) Dah selesai tinggalkan link di blog Mak Dara ini.

Senang aje kan.. tulis 6 ayat supaya mak dara dapat sampaikan dalam white board tu nanti.. Ayat janganlah pulak panjang panjang sampai tak cukup board ye.. ala ala just nice macam contoh ayat ayat mak di atas tu cukuplah.. Tapi ucapan ini hanya kepada 3 orang yang bertuah aje kerana mak akan gunakan random.org untuk memilih ucapan yang bertuah..    jadiiiii join le yer...

tarikh tutup 9 malam esok 26hb Sep 2012
(insyaallah mak akan panjangkan tarikh kalau rajin hehe)

SENARAI PESERTA SEGMEN INI
18)http://mylittleadriana.blogspot.com/2012/09/mak-dara-sila-sampaikan-ucapan-saya.html

Cinta Ku Di Gunung Kinabalu


Wahh tajuk entry Mak dara kali ni dah macam boleh dijadikan tajuk drama dah kan.. Yup cinta hati mak dara iaitu somi mak Martias Ali kini sedang mendaki di Gunung Kinabalu..  Somi mak mendaki bersama seorang teman baik kami iaitu Abang Muhi.. Waduh waduh besttnya nengok gambar somi mak dan juga Abang Muhi yang telah pun mulakan pendakiannya tu pagi tadi.. Moh Mak Dara sharekan gambar yang mereka ambik tu ye..

Photo: Here I come 
somi mak dara baru tiba di kaki gunung kinabalu
Abang Muhi di depan tempat pendaftaran


keadaan pendakian untuk ke puncak Gunung Kinabalu
Fuhhhh cantekkkkkk sangatkan permandangan semasa nak mendaki ke puncak Gunung Kinabalu tu.. Yang bestnya atas gunung pun boleh upload pic ke fb lagi tu hebat hebat hehehe... Mak Dara baru saja menelifon somi mak tadi walaupun kadang kadang ada line kadang kadang tak boleh dapat tapi somi mak kata keadaan cuaca di sana baik. Terdengar suaranya yang tercungap cungap tu buatkan mak dara rasa sangat risau tapi dari suara tu juga mak dara dapat dengar bertapa bersemangatnya somi mak dan abang muhi yang mahu menakluki pendakian gunung kinabalu itu.. Insyaallah dengan izinNya akan tertunai impian mereka Insyaallah...

Monday, September 24, 2012

Salam Takziah Kepada Keluarga Blogger P#eoniX

Salam duhai teman..
Di sini Mak Dara ingin ucapkan salam takziah kepada Blogger P#eoniX atas pemergian ayahanda tercintanya beberapa hari yang lepas.. Mak Dara pun dapat tahu berita tentang pemergian ayah P#eoniX apabila dia tinggalkan komen di kotak komen mak dara beberapa hari yang lalu..

 

Salam takziah buat P#eoniX sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yg beriman. Marilah kita sama sama sedekahkan Alfatihah kepada allahyarham... Al Fatihah....



Sunday, September 23, 2012

Kenangan Terindah ...SAPPORO

Tadi Mak Dara dan somi bersama anak anak dok layan tengok match badminton antara Dato Lee Chong Wei dan seorang pemain Thailand yang bertempat di Sapporo Jepun.. 

Malaysia vs Thailand


Waduhhh bila terdengar aje Sapporo teringat kenangan Mak Dara bersama Somi yang telah ke Sapporo Jepun 4 tahun yang lalu.. Kami ke sana kerana filem pendek terbitan dan arahan suami mak telah mewakili Malaysia ke Saporro Short Film festival.. Teringin mak nak share gambar gambar mak di Sapporo tu tai almaklumlah time tu mak masih lagi free hair maka mak pun edit le sikit gambor mak tu harap maklum lah ye hehehe


Mak Dara di hadapan Sapporo Shoet Fest


sekitar Sapporo

somi mak dara ;)


somi mak dara bersama pengarah filem 4BIA dr Thailand


Tak sah kalau keluar tanpa map di tangan hehe

Somi mak dara bersama artis terkenal Jepun
somi mak dara bersama pengarah terkenal hollywood

somi mak dara semasa mempersembahkan filem pendeknya

Mak Dara dan somi bersama Dato Bandar Sapporo

Itulah antara kenangan Mak Dara di Bandar Sapporo Jepun semasa kami menghadiri acara SAPPORO SHORT FEST tahun 2008 dahulu.. Memang satu bandar yang sangat cantikkkkkkk..Pasal gambar mak edit tu faham2 aje lah ye hehe.. Tapi kalau nak tahu mak dara menghadiri majlis gilang gemilang tu pakai baju tradisional baju kebaya tau.... sangat bangga dapat temankan somi mak dara menjadi satu satunya wakil dari Malaysia ke Sapporo... Oh bilalah agaknya akan ke sana lagi huhuhu... 







THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK