Tuesday, October 30, 2012

Best Student Of The Month.. Syukur Alhamdullilah

Petang tadi anak ketiga Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana telah pulang sambil tersenyum simpul dan sengihan yang tak lekang di pipi. Hairan juga Mak Dara dengan gelagat anak dara Mak sorang ni.. Jarang dia tersenyum sengih melimpah ruah macam ni.. Mesti ada apa apa yang berlaku di sekolah. Bila Mak Dara tanya dengan bangga dia tunjukkan sesuatu kepada Mak Dara...

Adza Danina Kirana

Mak Dara tak perasan lagi apa perbezaan pada tudungnya tu.. Lepas tu dia suruh mak tengok lagi betul betul...



Lepas dibelek betul betul barulah mak perasan akan batch yang terdapat pada tudungnya tu... "Best Student Of The Month" . Terus dia tanya "ok ke Ma?" Tapi wan tak sempat tengok... fuhhhhh berderai air mata mak dibuatnya.. Tak dapat ditahan tahan lagi dengan kata kata anak Mak Dara ni...

dari kiri Danina,arwah abah (Adenan Arshad) Mak Dara dan Adza Isabella
di majlis harijadi arwah abah pada 14hb Ogos 2012 yang lalu

Arwah abah Mak Dara bekas seorang cikgu dan memang dia terlalu ambik berat pasal pelajaran cucu cucunya.. Setiap bulan lepas periksa pasti dia akan tanya sorang sorang apa keputusan periksa. Dan mak dara faham akan perasaan anak Mak Dara tu.. Dia mahu arwah bangga dengan pencapaiannya..Namun apa kan daya arwah abah telah meninggalkan kami tiga minggu yang lalu dan tak dapat melihat pencapaian cucu cucunya ini. Insyaallah anakku... arwah Wan pasti bangga jika lihat cucu cucunya berjaya dalam pelajaran... 

Jemputan Ke Malaysia Social Media Week Soft Launch


Terima kasih kepada pihak Malaysia Social Media Week (MSMW) kerana sudi menghantar exclusive invitation MSMW Soft Launch kepada Mak Dara . Majlis ini akan diadakan pada 2hb November depan yang bertempat di Berjaya Times Square KL. Insyaallah akan cuba memenuhi undangan ini.. Para blogger yang turut mendapat jemputan ke majlis ini, kita bertemu di sana ya Insyaallah....


Monday, October 29, 2012

Mak Dara Dah Dapat Cucu

Rasanya Mak Dara menjengah ke blog ini hanya beberapa kali saja sejak kehilangan ayahanda Mak Dara  Allahyarham ADENEN ARSHAD tepat 3 minggu yang lalu . Mak Dara dan keluarga masih cuba menguatkan semangat kami dalam menjalani hidup tanpa arwah abah.. Namun dalam kesedihan itu somi mak dara terima berita gembira bahawa anak saudara kesayangan somi dan Mak Dara iaitu Natasha telahpun selamat melahirkan anak sulungnya. Ini bermakna somi mak dara telah bergelar Atok dan Mak Dara dah menjadi NENEK.... 

Memperkenalkan cucu Mak Dara 
Sarah Elena Az-Zahra



Sarah dilahirkan di Tropicana Medical Centre Kota Damansara dan beratnya mencecah 3.9 kg.. fuhhh semangatttt betulkannn...


Natasha dan Sarah

Natasha adalah anak sulung kepada Kak Hayati iaitu kakak sulung somi Mak Dara. Dan Natasha merupakan satu satunya anak saudara kami yang telahpun berumah tangga dan mempunyai anak maka Sarah merupakan satu satunya cucu dalam keluarga somi Mak Dara. 


Ibu dan ayah Natasha Kak Yati & Abg Azhari
(kakak dan abang ipar Mak Dara)

Fuhhhhhh perasaan jadi nenek ni memang satu pengalaman yang sangat baru dan sangat bestttttt... Tak habis habis Mak Dara asyik bercerita tentang cucu Mak Dara si Sarah ni kepada semuaaaa teman teman yang Mak Dara temui hehe.. Semoga anak anak saudara ku yang lain cepat cepat naik pelamin semoga mak dapat lebih banyak cucu.. ;) Perghhhh ini baru cucu saudara.. Kalau cucu sendiri entah macam mana lah mak dara meroyan nanti kan hehe

Kepada cucuku Sarah Elena Az-Zahra.. Welcome to the family....Grandma Ida dan Grandpa Yazz luvss you so much..

Akhir sekali Mak Dara mohon maaf dan berterima kasih kepada semua pembaca blog Mak Dara ini yang masih setia bersama Mak Dara walupun tiada update terbaru dalam blog Mak Dara ini.. Hanya tuhan saja yang tahu bertapa Mak Dara amat menghargai setiap seorang dari anda semua... Terima kasih duhai teman....



Monday, October 22, 2012

MAK YUNG

 

Pada tika dan saat ini sebuah drama bersiri bertajuk MAK YUNG sedang di tayangkan di RTM 2. Skrip untuk drama bersiri ini telah ditulis oleh Mak Dara dan adik Mak Dara iaitu Adza Emie.. Drama ini mengisarkan tentang kehidupan seorang penari Mak Yung yang terlalu taksub sehingga terpanggil semangat Mak Hiang dan telah memusnahkan dirinya sendiri di akhirnya.. 

Drama ini terdiri daro 90% bahasa kelantan dan ini merupakan  antara skrip yang agak sukar untuk dihasilkan oleh kami berdua.. Pada yang free free jemput menonton ya..

Sunday, October 21, 2012

Sungguh Aku Amat Menghargainya...

Rasanya dah lama Mak Dara tidak mencatatkan apa apa di dalam blog Mak Dara ini..Begitu juga dengan di facebook Mak Dara.. Blog dan Fb mak terbiar sepi sebagaimana sepi dan kosongnya hati dan perasaan Mak Dara sejak kehilangan arwah Abah pada 8hb Okt yang lepas... 

Namun Mak Dara amat amat terharu apabila menerima begitu banyak salam takziah dari anda semua.. Jika anda boleh tahu bertapa tenangnya hati mak dara tatkala membaca setiap bait kata kata yang dituliskan oleh anda untuk Mak Dara...Dan bertapa berharganya setiap komen komen anda itu buat Mak Dara dan keluarga.. Hanya tuhan saja yang tahu bertapa Mak Dara amat menghargai setiap satu dari ucapan ucapan anda tu.. Sesungguhnya setiap ucapan yang anda berikan pada Mak Dara telah menjadikan Mak Dara kembali kuat dan bertambah bersemangat untuk meneruskan kehidupan seharian Mak Dara..

Jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat handal juga semua yang mengenali Allahyarham abah Mak Dara iaitu Adenan Arshad atas segala doa dan ucapan serta bacaan al-fatihah dan yassin buat arwah abah Mak Dara.

Bagi yang mengenali allahyarham.. diharap kalian semua halalkan makan minum abah serta ampunkan salah silapnya selama arwah abah bersama kita suatu ketika dulu. Selitkanlah Al-Fatihah b
uat Abah dalam doa kalian.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan membantu kami sekeluarga dari saat Abah berada di hospital hinggalah ke majlis pengebumian dan tahlil. Terima kasih kepada Abang Yasin, walaupun sibuk shooting sudi membantu semasa pengkebumian arwah abah.. Terima kasih kepada Umie(adik Arwah Bob Kuman) kerana sudi datang semasa pengkebumian abah..  Terima kasih juga kepada blogger yang telah menulis entry mengenai pemergian arwah abah Mak Dara.. sangat sangat terharu...


Insyaallah Mak Dara akan bersiaran kembali di blog picisan ini bila tiba masanya nanti.. Walaupun tiada berita terbaru dari Mak Dara nanti tapi...Janganlah lupakan Mak Dara ya...

Mak Dara ingin meminta ampun dan maaf kerana kelambatan Mak Dara membalas semua ucapan takziah daripada anda di Blog, Facebook, text message dan sebagainya. Nafsu untuk buka facebook, blog ataupun menjawap sebarang panggilan telefon memang tiada sejak abah pergi.. harap anda dapat fahami situasi Mak Dara tatkala ini.. Sekali lagi terima kasih semua..Mak Dara amat menghargainya.... 


Al Fatihah buatmu.... Abah......
Photo



Saturday, October 13, 2012

Tanpa mu abah.......

Lima hari telah berlalu ... dan lima hari juga aku bangun dari tidur dan mengharapkan semua yang berlaku hanyalah satu mimpi .. Aku cuba untuk tenangkan hati yang lara namun aku tak dapat tipu diri aku sendiri.. Dada makin sakit.. Terasa ada satu lubang yang amat dalam.. terasa satu kekosongan yang tak dapat digambarkan......  Abah dah pergi buat selama lamanya...

Setiap kali perkataan Abah keluar dari mulutku tatkala itu juga airmata akan mengiringi perkataan itu.. Tiada lagi bau wangi perfume abah tiap kali ke rumah abah.. Hanya bau air mawar dan bau bunga ros yang dikutip bagi menyirami pusara mu setiap hari... Tiada lagi dapat ku lihat abah dengan kain pelikat kegemarannya yang tinggal kini hanya lebihan kain kapan yang tersimpan. . Tiada lagi suara cucu cucu dan anak anak yang berebutkan remote control dengan abah untuk melihat siaran rancangan di TV, yang ada kini sebuah TV yang ditutupi dengan kain bagi menghormati pemergianmu....  Tiada lagi suara abah memanggil cucu cucu dan juga memarahi cucu cucu tiap kali mereka buat semak dan buat bising di rumah abah, yang kedengaran kini suara anak anak, cucu cucu dan suara mak  yang amat syahdu yang tak putus putus membacakan yasin dan sedekahkan al fatihah buat abah... bagai luruh hati ni bila melihat mak yang jatuh dan hampir pitam.. Mungkin kerana dah lima hari tak dapat lelapkan mata..


Kami redha.. Kami tahu tuhan lebih sayangkan abah.. tenanglah abah disana.. Janganlah abah berasa sunyi kerana kami akan melawat pusara abah setiap hari.. kami akan sentiasa merindui abah.. mengingati abah.. hanya doa dan al fatihah penyambung kasih sayang kita...


Al fatihah.....


Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, October 9, 2012

Jemput Ke Majlis Tahlil

Assalammualaikum.. Saya bagi pihak Puan Adza Irdawati diminta untuk sampaikan pesan dari puan Adza Irdawati dan keluarganya ingin menjemput semua rakan rakannya untuk ke majlis tahlil arwah ayahanda Encik Adenan Arshah yang telah kembali kerahmatullah pada petang semalam. Majlis tahlil akan diadakan di rumah arwah di alamt no 40, jalan au5d/3, jalan lembah keramat, 54200, kuala lumpur.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 8, 2012

Ayah Mak Dara Dalam Keadaan Kritikal.. Mohon Doakan Untuk Kesihatannya..



Salam duhai teman.. Diwaktu dan tika ini mak dara dan seluruh keluarga mak dara berada di bilik menunggu CCU di hospital Ampang. Ayah mak dara telah terkena serangan jantung yg amat serius petang semalam ketika dia jatuh pitam di masjid di bangsar..

Doktor telah melakukan semuanya. Termasuk berikan 3 dos ubat yg paling maksimum namun abah mak dara tetap dalam keadaan kritikal. Sekarang doktor telah masukkan 3 buah mesin bg membolehkab jantung abah mak dara berdenyut. Namun doktor menyatakan bahawa abah mak dara amat amat tenat.. Ya allah ya tuhanku dunia mak dara terasa amat gelappppp... Masyaallah.. Berat sungguh berita yang kami terima ini ya allah... Mohon doakan semoga abah mak dara kembali stabil ya...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, October 7, 2012

Cindy Chia Tabah Menghadapi Hari Hari Terakhirnya..

Penyakit kanser adalah satu ujian yang harus dilalui dengan tenang dan bukanlah satu pengakhiran dalam suatu kehidupan. Begitulah kata-kata semangat oleh penghidap kanser payu dara iaitu Cindy Chia yang baru berusia 32 tahun.

Cindy Chia (sebelum mengidap kanser payu dara)

Walaupun bibir mengukir senyuman namun sinar mata Cindy  menceritakan segalanya.  Mak Dara mengenali Cindy melalui teman saya yang juga menghidap kanser payu dara . Dia sering bercerita tentang Cindy. Katanya Cindy pemberi semangat untuknya untuk teruskan hidup walaupun setiap hari melawan penyakit kansernya.

Cindy berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan sama ada kemoterapi mahupun radioterapi, semuanya dilalui. Namun Cindy tidak kisah menghadapinya kerana semua kesukaran itu perlu dilalui .

Benarlah, setiap ujian itu ada rahmat yang tersembunyi. Contohnya, kanser yang dihidapinya itu mengubah Cindy menjadi wanita yang lebih tabah dan terbuka hati untuk bergiat aktif sebagai sukarelawan dan menjadi jurucakap untuk kempen kesedaran Kanser Payu Dara.


Cindy bersama seorang pesakit kanser


Dr Harun.. Doktor pakar yang merawat Cindy

Maka bermulanya kehidupan Cindy sebagai seorang sukarelawan yang dilakukan sehingga ke hari ini. Cindy berasa cukup gembira apabila berpeluang memberi khidmat nasihat dan membantu rakan-rakan lain yang memerlukan bantuan bukan saja dari aspek kewangan malah semangat.

 
Kini kehidupan seharian Cindy lebih bermakna apabila masanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti persatuan yang bertujuan menyampaikan maklumat murni kepada masyarakat senasib. Cindy berkongsi kisah hidup bersama pesakit kanser yang lain. Setiap orang ada perjalanan berbeza yang sedikit sebanyak mampu menguatkan semangat pesakit lain. Selain bertukar-tukar pengalaman, Cindy berusaha memberi kesedaran awal kepada orang ramai terutamanya kepada pesakit kanser di seluruh negara.

Cindy mahu membantu rakan-rakan senasib. Bagi saya masih ada kehidupan selepas menghidap kanser payu dara, sungguh pun ada yang tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Sentiasalah berfikiran positif dan jangan sekali-kali mengalah pada keadaan,” katanya. 

Doktor meramalkan jangka hayat Cindy akan berakhir menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada tahun hadapan.  Semoga Cindy tabah menghadapi dugaan hidup ini dan sama-samalah kita mendoakan kesihatan Cindy...

 

SENARAI PENUH KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER 2012

Salam duhai teman.. Pasti semuanya masih bercerita tentang Anugerah yang terhebat yang baru saja berlangsung sebentar tadi iaitu ANUGRAH BLOCKBUSTER 2012 kannn... 

Ada yang suka dengan yang diangkat sebagai pemenang dan pastinya ada yang tak puas hati.. Adatlah kan setiap pertandingan ada kalah dan menag.. Tapi nak marah marah pun tak boleh jugak.. Kenapa? Haa sebab semua keputusan adalah 100% daripada pengundi.. Jadi anda mengundi tak? haaaa kalau tak mengundi boleh le mengundi untuk tahun depan dan semoga filem filem peberet anda menang pada tahun depan ye.. Oklah mari Mak Dara nak kongsikan dengan anda senarai penuh keputusan ANUGERAH BLOKBUSTER 2012. Dan pemenang pemenangnya adalah....

 1. Anugerah Filem Paling Hebat - KL Gangster

2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (KL Gangster)



3. Anugerah Direktor Baru Terhebat – M Suurya (Sumpahan Puaka)

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat – Hantu Bonceng

6. Anugerah Filem Takut djchef Terhebat - Khurafat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie

8. Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)

9. Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsudin (Bini- Biniku Gangster)

10. Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikri Bakar (Klip 3GP)

11. Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu

12. Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)

13. Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shilla (Ratu The Movie)

14. Anugerah Khas PFM – Syamsul Yusof

15. Anugerah Astro First Terhebat – Kongsi

Itulah senarai pemenang yang telah memenangi dalam 15 buah kategori dalam ANUGERAH BLOKBUSTER 2012!! Tahniah kepada para pememang.. Tahniah kepada pihak penganjur dan terutama sekali tahniah kepada 3 pengacara hebat iaitu Afdlin, Lisa dan sudah semestinya Zizan.. You guys memang terbaik... 

* semua gambar gambar dari sumber google.

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?


Salam duhai teman.. Hari ni Mak Dara nak join segmen oleh si manis Lyssa Zaizureen dalam segmennya KENAPA AKU BERBLOG? 

Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis. Mak Dara dapat tahu yang Mak Dara berbakat dalam bidang penulisan semasa mak dara sekolah rendah lagi. Bila cikgu Bahasa Malaysia Mak Dara minta Mak Dara dan satu kelas buat karangan dengan ayat bermula dari... Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya telah... semua rakan sekelas Mak Dara tulis kena kejar anjing lah.. tersesatlah dan macam macam cerita yg "cliche" .. tapi mak dara tulis bagaimana Mak dara telah diculik oleh sekumpulan penculik dan menceritakan pengalaman menjadi tebusan dan bagaimana akhirnya diselamatkan dan malangnya kerana ayah terkorban dalam adengan tembak menembak antara polis dan penculik. hahaha cikgu puji meleleh leleh membuatkan Mak Dara kembang semangkok.

Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 16 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 66 buah skrip drama dan telah ditayangkan di TV.

Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!! Dalam blog Mak Dara boleh luahkan apa saja.. nak meroyan ke nak senget ke apa sahaja tanpa batasan dari pihak penerbit ke pengarah ke atau sapa saja tapi masihlah jaga batas batasnya..

Mak Dara telah mula berBLOG dari tahun 2006 lagi. Blog pertama Mak Dara iaitu mengenai band mak dara iaitu D'ADZA. Blog kedua mengenai semua skrip skrip yang pernah Mak Dara hasilkan. Tapi kedua duanya macam terlalu formal dan Mak Dara masih tak dapat meluahkan apa yang selalu bermain di kotak fikiran Mak Dara. Maka hari ni Mak Dara ambik keputusan untuk buat BLOG baru dan nak tulis apa saja yang bermain di kepala ni tanpa ada batasan..Semoga anda enjoy membaca BICARA MAK DARA..



Para Bloggers! Jom Tunjukkan Bakat Lakonan Anda!!

Para bloggers, sahabat sahabat sekalian.. Mak Dara pasti ada antara anda yang meminati bidang lakonan dan ada juga yang menyimpan dan memasang niat untuk menjadi pelakon.. Ada tak ada tak?? Kompom ada punyalah!!! hehe.. Ingat tak dalam entry Mak Dara kebelakangan ni mak asyik dok cakap yang mak dara sibuk menulis skrip drama PLANET KIARA tu.. Haaaaa Mak Dara nak khaborkan di sini bahawa hari ini sesi ujibakat/casting untuk mencari para pelakon untuk menjayakan drama bersiri 26 episod ini!!!


Date : Final Casting Day 6 Oct 2012 / Saturday
Time : 11:00am - 3:00pm
Place: Level 3 PUSAT SAINS NEGARA 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,

Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Producer: Amy Mazurah
Production: BLUE NAGAS
Director: Bade Hj Azmi
casting director : nate peter suffian khong
Script Writer: Adza Irdawati, Adza Nasyaemie, Martias Ali, Ayuni & zull edward

Drama ini bakal menjalani penggambarannya pada minggu depan. Dan bakal ditayangkan di TV3 pada hujung bulan disember setiap hari khamis!!


Haaaa cepat bebenorkan.. Sekarang pun mak bersama penulis penulis lain masih berhempas pulas untuk menghabiskan menulis skrip ini. Drama bersiri ini akan diarahkan oleh Abang Bade Hj Azmi. Jika anda ingin menceburi bidang lakonan atau ada sesiapa teman atau keluarga anda yang minat untuk berlakon tolong sampaikan tentang ujibakat ini ya.. terima kasih.. untuk keterangan lanjut sila klik di link ini ya https://www.facebook.com/events/450208381689364/

(ps: Mak Dara akan berasa gembira jika anda dapat sharekan entry ini di dalam blog anda.. just copy paste je hehe.. Bukan ape... kan bestttt kalau salah sorang teman blogger dapat join projek drama ni kannn ;)

Thursday, October 4, 2012

Oh Pening Pening.. Bila Tersalah Tarikh..

Pening memang pening.. Kenapa Mak Dara pening? Pening ni berpunca dari salah Mak dara jugak.. Disebabkan Mak Dara asyik sibuk tak hengattt dok sakan menulis skrip drama bertajuk PLANET KIARA untuk siaran TV3 yang akan diarahkan oleh Abang Bade Haji Azmi iaitu somi kepada Erma Fatima tu.. sampai mak dara terlupa dah tarikh ataupun hari.. Mati matilah Mak Dara ingat hari ni baru 3hb Oktober.. Tup tup bila check balik rupanya dah 4hb dah dan esok adalah hari harijadi somi Mak Dara?!! Oh Mak Gayah.. Mau tak pening dibuatnya bila dah plan nak cari hadiah untuk somi esok tapi sebenarnya hari ni bukannya dah siap beli tapi sepatutnya dah patut berbalut dah hadiah tu.. uwaaaaaaa....


Tapi sebabkan dah petang dan somi mak akan balik kejap je lagi maka terpaksalah batalkan niat untuk beli hadiah untuknya hari ni.. Nak tak nak.. Esok pepagi kenalah keluar awal untuk misi membeli hadiah.. Tapi still blur jugak.. Nak beli hadiah apa ek.. Ada cadangan tak?

Wednesday, October 3, 2012

MEMANG TAK TERKATA....


Entry ala ala Wordless Wednesday.. tapi version meroyan haha 


PARA BLOGGER YANG BERADA DALAM BLOG LIST BARU MAK DARA

Assalammualaikum duhai teman.. Tibanya bulan baru.. semangat berblogging pun dah baru.. semangat nak update entry baru baru bersama bloglist Mak Dara yang terbaru!!!  


wahh semua baruu tapi meroyan tetap sama hahaha .. Jutaan terima kasih kepada semua 52 blogger yang sudi join Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara. Ingatkan takde yang sudi nak tukar link dengan Mak Dara almaklumlah blog mak blog picisan aje , dah le tu pemenang WORST BLOG OF THE YEAR pulak tu hahahaha.. Syukur alhamdullilah. DI bawah adalah senarai Blogger yang berada dalam BLOGLIST Mak Dara yang terbaru..
  1. http://www.dkna.my/
  2. http://wwwpermatabiru2010.blogspot.com/
  3. http://picturesbynur.blogspot.com/
  4. http://www.yanayassin.com/
  5. http://nenscollection.blogspot.com/
  6. http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/
  7. http://bird7842.blogspot.com/
  8. http://norzillasensei.com/
  9. http://msvelentine.blogspot.com/
  10. http://www.erazfadli.com/
  11. http://eryati.blogspot.com/
  12. http://zamani84.blogspot.com/
  13. http://wanaowen.blogspot.com/
  14. http://kuyacumi.blogspot.com/
  15. http://emmaeema.blogspot.com/
  16. http://nanieybarnieylurviey.blogspot.com/
  17. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
  18. http://ohsenyum.blogspot.com/
  19. http://asmarpunyablog.blogspot.com/
  20. http://sipolanmelihatawan.blogspot.com/
  21. http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/
  22. http://www.sayeshukepink.com/
  23. http://kumahuitu.blogspot.com/
  24. http://jemarisuri1001.blogspot.com/
  25. http://betakupu.blogspot.com/
  26. http://ibuberbicara.blogspot.com/
  27. http://ezaiza.blogspot.com/
  28. http://kate-na.blogspot.com
  29. http://kesumaangsana.blogspot.com/
  30. http://izan-az.blogspot.com
  31. http://www.siezuka.com/
  32. http://livinglifesoul.blogspot.com/
  33. http://www.aimisyahirah.com/
  34. http://www.anisempoi.com/
  35. http://maszull.blogspot.com/
  36. http://flowerbucket92.blogspot.com/
  37. http://furrasbubblynotes.blogspot.com/
  38. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/
  39. http://duajiwasatuhati.blogspot.com
  40. http://www.mysyah-holiday.com/
  41. http://www.fazrol.com/
  42. http://www.aynoranur.com/
  43. http://nazlyizan.blogspot.com/
  44. http://landoflens.blogspot.com/
  45. http://suriaqistina.blogspot.com/
  46. http://luvlyqiss.blogspot.com/
  47. http://bukandua.blogspot.com
  48. http://mrslavenders.blogspot.com/
  49. http://talethatneverend.blogspot.com/
  50. http://fiezalovechocolate.blogspot.com/
  51. http://www.emarieys.com/
  52. http://fadzlyynrosli.blogspot.com/
Ok mak nak habaq mai la kat hangpa semua entry ni khas buat yang join segmen yang  Mak Dara buat aritu.. Kepada yang tak join atau yang tak sempat join jangan kecik hati  dengan mak ya jika blog anda takde dalam bloglist terbaru mak dara ni.. Insyaallah bulan depan mak akan bertukar bloglist lagi dan anda boleh le join nanti ya.. kepada peserta yang dah join tapi link atau blog anda tak ada dalam list diatas bagitau mak dara laju laju ok. Akan mak dara masukkan sepantas kilat.. Takmo marah marah ye hehe.. Terima kasih kepada semua di atas semoga dengan ini dapat eratkan lagi ukhwah antara kita ya..

Tuesday, October 2, 2012

Kecoh Tentang Fenomena Halo Yang Sedang Berlaku Sekarang!

Pada tika dan saat ini di laman Facebook agak kecoh dengan fenomena HALO yang sedang berlaku.. Ramai juga yang mengambil gambar fenomena ini dan diupload di facebook mereka. Maka Mak dara pun tak lepaskan peluang untuk mengetahui tentang fenomena ini. Maka mak dara google dan kemudian snap gambar ini.  Pasti ada yang tak tahu dan pasti dah ramai juga yang dah tahu akan fenomena Halo ini.. fenomena Halo adalah satu fenomena alam di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Mak Dara ada snap beberapa keping gambar fenomena Halo ini dari balkoni bilik Mak Dara beberapa minit sahaja tadi. Jom Mak Dara kongsikan bersama anda ya...







orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila ingin merakam gambar halo tanpa pelingungan matahari kerana ia akan memberi kesan merbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-Lens refles (SLR).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama, keadaan itu adalah satu fenomena yang semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, dalam amalan pemerhati cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Selain itu, lapisan awan yang dipanggil cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi ada kalanya matahari atau bulan juga boleh dilihat sebagai bayangan malap emallui lapisan awan yang tebal.

Difahamkan, apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

Pada teman teman Mak Dara yang nak juga snap gambar fenomena ini Mak sarankan supaya anda jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja ya.. berhati hati..

#sumber info dari Harian Metro & pada sesiapa yang nak buat entry ni boleh le copy paste takde masalah.. sharing is caring kan just jangan lupa kredit utk blog mak ni ye.. ;)

Monday, October 1, 2012

Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara


Jom kita bertukar suka sama suka? tukar apa? tukar link blog dan masukkan dalam bloglist masing masing.. bukan tukar periuk belanga ataupun tupperware ye anak anak heehehe... Rasanya dah lama dah mak dara tak tukar tukar link dari bloglist "geng meroyan" mak dara tu. Kini tiba masanya untuk Mak refresh kembali list list itu untuk bulan oktober ini..

Kepada bakal blogger yang mau bertukar link dengan Mak jangan segan segan ye.. Mak ni peramah tak makan orang.. Mak ni cuma makan cekodok aje heehe.. Jom kita bertukar link jommm.... Berminat sila tengok cara cara di bawah ye..

1) Buat satu entry : Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara 
2) tepekkan header Mak Dara dan link kan ke entry ini.
3) masukkan link mak dara ke dalam bloglist anda
4)Letakkan link url anda ke kotak komen di bawah ni.

Tarikh Tutup 2hb oktober 2012 jam 6 petang

Setelah selesai aje segmen ni esok mak akan masukkan kesemua link link blog anda ke dalam bloglist mak dara BLOGLIST MAK DARA (di sidebar sebelah) yang baru selama sepanjang bulan oktober ini. Setelah tamatnya bulan oktober ni maka kontrak pun tamat maka anda boleh le gugurkan link blog Mak Dara dalam bloglist anda tu.. Tapi kalau nak kekalkan pun apa salahnya kannnn hehe.. Mari kita bertukar tukar link jom! Errr ada ke yang sudiiii huhuhuhu

pstttt psttttt pada yang telah pun masukkan blog Mak Dara ke dalam bloglist anda sila tinggalkan link blog anda ye  (tak perlu buat entry baru, tp kalau nak buat pun amat2 digalakkan hehehe) Esok mak akan masukkan semua sekali dalam blog list Mak Dara ye.. ;)




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK