Sejak kebelakangan ini sekembalinya saja somi Mak Dara dari kerjanya di Kambodia dia asyik mengadu sakit sakit pinggang belakangnya.. Makin hari jadi makin sakit sehingga untuk tunduk sedikit pun dia pasti sakit. Jadi semalam Mak temani somi mak ke Hospital Ampang Puteri untuk periksa apakah yang terkadi pada tulang belakang somi Mak Dara itu..
Somi mak sedang menunggu giliran
somi mak dara sedang membuat pendaftaran
Tidak lama kemudian tibalah masanya somi Mak Dara masuk dan bertemu doktor iaitu Doktor pakar Otopedik iaitu Dato' Dr. Syed Abdul Latiff Alsagoff iaitu seorang doktor pakar dalam bidang Orthopaedic Surgery dan Trauma Surgery Setelah membuat pemeriksaan yang amat teliti dan mengambil masa yang amat lama akhirnya Doktor mengesahkan bahawa somi Mak Dara mengalami penyakit Slip Disc.. Masyaallah terkejut somi dan Mak mendengarnya...
Apa itu slip disc?
Banyak istilah digunakan, antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama prolapsed disc, atau herniated disc .Seperti dalam gambar, kita boleh lihat mana tulang dan mana disc. Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit belakang seperti sengal-sengal sahaja. Walaubagaimanapun, lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan upaya. Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5 (L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah. Dan inilah bahagian yang paling banyak berlaku slip disc dan masalah saraf kerana tekanan badan tertumpu di bahagian tersebut, dan apabila ini berlaku ada yang akan menghadapi kekebasan, kesukaran menggerakkan kaki, jalan perlahan, dan jika parah sehingga tidak boleh berjalan.

Namun syukur alhamdullilah kerana somi Mak Dara dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan dapat diubati dengan makan ubat sahaja.. Nasib baik somi mak tak membiarkan sahaja sakitnya itu dan terus membuat pemeriksaan, jika tidak pasti keadaan sakitnya menjadi lebih teruk. Kata doktor kalau dah teruk kena buat pembedahan..Syukur alhamdullilah belum ke tahap itu. Somi Mak Dara tidak mahu dimasukkan ke dalam wad dan meminta untuk pulang berehat di rumah. Namun doktor menasihatkan jika keadaan sakit somi mak dara tidak baik juga atau semakin teruk dalam masa 2 minggu, dia dinasihatkan untuk terus bertemunya secepat mungkin..
somi mak dara menunggu untuk mengambil ubat
masa untuk mengambil ubat
Terkejut juga apabila menerima ubat yang sebegitu banyakkkk.. Tapi tak apa demi untuk kesihatan somi mak janji akan habiskan kesemua ubat ubat itu.. Untuk kebaikan terpaksa lah kan...
haaaa banyak bebenorkan ubatnya
masa untuk makan ubat ye sayang.. :(
Sekarang somi mak terpaksa berehat untuk tempoh tertentu.. Katanya sebaik bangun tidur tadi.. Ubat yang diberikan doktor tu sungguh kuat rasa macam nak demam dibuatnya.. Alaaaaa kesiannya melihat wajah somi mak.. Rasa macam nak tanggung juga sakit yang dihadapinya tu..
Doakan semoga somi mak segera sembuh ya.....