Thursday, January 31, 2013

Moh Tonton PLANET KIARA

As salam duhai teman.. Drama bersiri PLANET KIARA akan keudara lagi.. Minggu ini kalau tak silap Mak dara adalah siri episod ke 5.. Moh Mak Darakongsikan bersama anda trailer drama bersiri bertajuk PLANET KIARA...


Selamat menonton drama bersiri bertajuk Planet Kiara yang akan ditayangkan di TV3 sebentar lagi jam 6:30 petang 

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini . Drama ini merupakan karya skrip terbaru Mak Dara, Adza Nasyaemie, Ayuni Zamani dan Martias Ali . Bagi pihak penerbit BLUE NAGAS, Pihak Pusat Sains Negara dan para krew krew dan semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini mengucapkan selamat menonton dan semoga anda enjoy dengan drama ini..


Mampukah Aku..

Pada tika dan saat ini.. Sedang bersiap untuk ke pusara arwah abah.. Hari ni kerja kerja pemasangan batu nisan akan dilakukan ... I really dont know how to feel.. I really dont know what to feel... My hands are sweating my feet feels numb... Mampukah aku untuk melalui semua ini.. Mampukah... Ya allah ya tuhanku.. Kau tabahkanlah diri ku ini....


Wednesday, January 30, 2013

Persediaan Ku...

Masa pantas berlalu.. Dari mula berangan pada tahun lepas.. Sehingga dihadiahkan oleh suami pakej umrah sempena harijadi yang lalu namun masih rasa seperti dalam mimpi.. Rasa macam tak percaya yang diri ini bakal ke sana.. Sehinggalah pada minggu lalu apabila mengikuti kursus umrah dan terutamanya pada pagi tadi apabila mula packing baju haaa realiti mula mengetuk .. Ish memang betul betul dah nak pergi ni... 7 hari dari tarikh hari ini aku akan berangkat ke sana..




Ada beberapa barang lagi harus dibeli dan dibawa bersama.. Dan bercadang nak siapkan bahagian packing hari ni juga. Selebihnya nak persiapkan pesedian diri , mental dan fizikal sebelum berangkat pada 6hb Feb nanti.. Doakan semoga dipermudahkan perjalan pergi dan pulang mak dara dan somi mak ye... amin...

Buat somi ku .. Terima kasih yang tidak terhingga atas hadiah ini.. Hadiah paling bermakna pernah diterima sepanjang hayat.. Semoga dipermudahkan perjalan kita ini insyaallah amin..


Tuesday, January 29, 2013

Sepetang Bersama Blogger 2013 # 3

Sepetang Bersama Blogger 2013 bersambung lagi di entry di ini. Entry ini adalah sambungan kepada entry Gambar Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 # 2 .. Dalam entry yang lepas Mak Dara tak sempat nak share semua gambar Mak Dara bersama sama rakan blogger yang sempat Mak Dara temui di majlis SBB2013 tempoh hari.. Maka moh Mak share lagi dan lagi dan lagi gambar yang telah mak snap snap bersama rakan blogger di majlis itu.. Jommm

Mak Dara dan Somi Martias Ali

Mak Dara dan Akma Omar . Tahniah sis atas kemenangan IPHONE 5 ;)

Bersama Mia Namia yang sangat comel..

bersama PEN MERAH yang makin HOTS dan AWESOME! 

bersama Hazman Fadzil

bersama cik Nurul aka Cik Siezuka

Mak bersama Shahroll Hairie

bersama Cikgu Naman

Bersama blogger NUR MISNAN yang GORGEOUS!

bersama jelitawan jelitawan di SBB2013

perghhh akhirnya dapat bertemu blogger otai dan paling hensem siapa lagi 
kalau bukan ABANG ENSEM hehehe

Terima kasih kepada semua yang sudi snap gambar bersama Mak Dara semalam.. Waduhh rasa sungguh terharu dibuatnya.. Terima kasih juga yang sudi menegur Mak Dara di majlis semalam ya.. Tak sangka betul ada yang sudi tegur blogger meroyan lagi picisan lagi kerdil ini.. Really make my day.. Kepada DENAIHATI.. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH kerana telah menganjurkan satu majlis yang sungguh hebat ini.. Awesome.. Sepetang Bersama Blogger 2013 terbaik!!!


Jom Tonton Jelajah Rasa Etnik




Assalam duhai teman.. Kepada teman teman mak dara kalau free free tu tontonlah sebuah rancangan Masakan bertajuk JELAJAH SELERA ETNIK PAMOGA yang akan di siarkan di TV3 setiap hari selalsa jam 11:30 pagi iaitu sebentar saja nanti..  Serina Redzuawan iaitu anak kepada Chef Wan menjadi pengacaranya bersama sama dengan Chef El Hadi iaitu Chef daro Morocco. Skrip untuk rancangan ini ditulis oleh Mak Dara dan juga adik Mak Dara Adza Nasyaemie..

Pada yang berada di pejabat dan tak ada TV anda boleh menonton TV3 secara live streaming di link di bawah. 


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support rancangan ini ya.. Terima kasih semuaaaaaaaaa dan selamat menonton  ;)

Mak Dara Di Temuramah Wartawan RTM

Di majlis gemilang SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013 Mak Dara telah di temuramah oleh wartawan RTM.. Apa ke he nya pulak wartawan nak interview Mak dara yang meroyan ni.. Kompom ada yang terfikir macam tu kan.. Well anda tak keseorangan sebab mak dara sendiri juga berfikir perkara yang sama semalam apabila dijemput oleh seorang wartawan dan berkata "Akak saya nak interview akak kejap boleh?" perghhhhh naik getaq lutut getaq tangan dibuatnya... Selalunya somi Mak Martias Ali aje yang selalu diinterview mengenai drama dan festival filem yang dianjurkannya dan mak dara hanya memerhati dari tepi je.. Tapi kali ni Mak pulak diinterview.. Waduhhh nebessssss tak hengat time tu..

Haaa entah apa yang Mak Dara jawap tu..

 ishhh tangan tak habis nak bergerak gerak wahaha

 Apa aku nak jawap ni hehehe

Wartawan tu banyak bertanya pasal blog Mak Dara.. Apa tanggungjawap sebagai seorang blogger.. dan beberapa soalan lagi.. Boleh kata semua jawapan Mak dara kelaut haha.. Tapi mak dara lupa nak tanya interview ni akan disiarkan di program apa.. Nak lihat sesi temuramah dan nak dengar jawapan meroyan dari Mak dara dalam temuramah itu boleh lihat video yang telah dirakamkan oleh anak Mak Dara Adza Haiqal di bawah ye.. ;)


Hehehe ok lah kan.. Tapi terus terang Mak Dara katakan yang walaupun mulut mak asyik senyum aje tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa gemuruh nya Mak Dara.. Syukurlah soalan pun tak banyak kalau tak mau meroyan pulak wartawan tu kena melayan repekkan Mak Dara hehe.. Apa apapun Mak Dara ucapkan jutaan terima kasih kepada Denaihati kerana dengan adanya majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 Mak Dara bukan saja berpeluang bertemu dan berkenalan dengan ramai blogger blogger hebat tanah air tetapi juga telah memperkenalkan blog picisan Mak Dara ini dengan lebih meluas lagi.. Diharap mak dara dapat menyertai lagi majlis
Sepetang Bersama Blogger pada tahun hadapan...

Monday, January 28, 2013

Mak Dara Menang IPAD MINI Di Cabutan Bertuah SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013

Semasa berlangsungnya majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 # SBB2013 Mak Dara duduk semeja bersama somi Mak Martias Ali, anak Mak Dara Danial Haiqal, Kazen si Mak Lady, anak saudara mak si Jejari Runcing, Blogger Faizal PJ dan siteri dan juga suami kepada blogger Cik Laili .com.. Dan semasa acara cabutan bertuah dilangsungkan.. Sorang demi sorang dari mereka menerima hadiah cabutan bertuah.. Terdetik juga di hati aiseymen meja ni memang bertuah hampir setengah dari penghuni meja ni dah menang cabutan bertuah.. tapi aku ni macam tak bertuah je hari.. Baru je nak sentap tiba tiba......

Lutut tiba tiba menjadi getar , tangan turut merasa tempias getarannya dan mulai berpeluh peluh tatkala nama Mak Dara terpampang di skrin sebagai pemenang cabutan bertuah di majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 itu..

Mak Dara bersama blogger ARIFF SHAH dan 
Big Boss MSMW En Shahul Rauther Kecil 

Waduh memang tak di sangka sangka akan menang dalam cabutan bertuah tu.. Lagilah tak sangka untuk menang IPAD MINI.. perghhhhh meroyan jap patblas minit setengah dibuatnya.. Perghhhhh tahun 2013 ni memang tahun bertuah untuk Mak Dara sekeluarga.. Sujud syukur kepadaNya atas rezeki yang diterima ini.. syukur alhamdullilah..

Namun keadaan Mak Dara semasa menerima hadiah dari En Shahul Rauther Kecil yang merupakan founder & president Malaysia social media chambers MSMW dan blogger ARIFF SHAH seperti sedang berada dalam dejavu.. Teringat lagi semasa Mak Dara menerima hadiah dari En Shahul di majlis AWARD MSMW tahun lepas..Tak sangka akan terima lagi hadiah dari tangan beliau selepas dari majlis MSMW yang lepas hehe

 

 
Mak Dara menerimawa award dari Dato' Seri Utama DrRais Yatim 
bersama En Shahur di MSMW 2012 bersama para pemenang & Ariff Shah 

Memang betul betul DEJAVU rasanya semalam bila dapat bertemu kembali kedua dua mereka.. Dan rasa bertambah terharu apabila Encik Shahul masih mengingati Mak dara.. Hehehe mesti ingat sebab blog mak dara kan worst blog of the year hahahaha

Mak Dara bersama Arif Shah di majlis SBB2013

Perghhh tiba tiba entry ni ada flashback kan.. Very the drama like kan.. almaklumlah dok tulis skrip ada babak flashback.. dalam blog pun nak jugak buat macam tu hahaha . Selain dari saudara DENAIHATI Mak dara juga nak berterima kasih kepada penaja Ipad Mini ini iaitu Tuan Haji kerana telah sudi mensponsor beberapa buah Ipad mini untuk hadiah cabutan bertuah ini dan sebagai salah seorang penerima Ipad mini ini saya amat amat menghargainya terima kasih Tuan Haji..


Tuan Haji yang telah sponsor ipad mini.. terima kasih Tuan Haji
(t.kasih DH gambar ini Mak Dara kidnap dari wall group DH jgn marah ye hehe)


Perghhhh berbaloi baloi jugak mak dara bercekang mata selama beberapa hari bagi mengarang dan menghasilkan entry dan video istimewa untuk menyertai contest IPHONE 5 GADGET IMPIAN.. Apa apapun Mak Dara amat berterima kasih kepada DENAIHATI atas hadiah yang sungguh sungguh sungguh AWESOME ini.. Akan saya gunakannya untuk terus memeriah dan memeroyankan dunia blogging ini di masa hadapan insyaallah... Sepetang Bersama Blogger 2013 terbaekkk...


Sunday, January 27, 2013

MANDI HUJAN - DULU DAN SEKARANG

Hujan yang turun bagaikan mutiara.....

Haaa bercakap tentang hujan .. tak beberapa minit yang lalu hujan lebat mulai melanda kawasan perumahan Mak Dara di Lembah Keramat ni.. Memang tak kasi warning punya... terus sekali turun dengan lebatnya... Masa itu jugak anak anak Mak Dara bersama sepupu sepupu mereka tengah sakan bermain depan rumah. Almaklumlah cuti cuti macam ni memang semua anak anak buah suka berkumpul di rumah Mak Dara... Dan tatkala itu juga mak dara dengan spontan dan separa sedar terus aje menjerit pada anak anak dan anak anak buah supaya masuk ke dalam rumah kerana tidak mahu mereka terkena air hujan. Setelah puas menjerit masuk lah satu persatu muka mereka yang masam dan mencuka.. Kesian juga pada mereka kerana permainan harus dihentikan tapi sebab tak mahu mereka demam maka keputusan dipegang kemas tiada kompromi...

MANDI HUJAN - DULU DAN SEKARANG
Maaf le takde gambar anak mandi hujan mandi air terjun ada malas pulak nak copy paste gambar milik orang so anggap jelah macam anak teruna mak dara itu sedang mandi hujan ye hahahaha. Maka bila dah masuk dalam rumah tiadalah aktiviti lasak yang dapat dilakukan mereka jadi tengok TV aje lah sambil masing masing saling memujuk sesama mereka

kesiannnn pulak nengok mereka ni tadi

Kesian jugak dengan anak anak dan anak buah Mak Dara ni .. Hujan turun dengan lebat mak terus jerit suruh masuk dan main dalam rumah aje.. Padahal masa Mak Dara kecik dulu pantang hujan turun aje terus capai sabun dan mandi hujan... huhu zaman dah berubah anak anakku.. Rasanya hujan pada zaman dulu takdelah airnya tercemar macam hujan zaman sekarang ni kan

psst pssttt anda pernah mandi hujan? 


Gambar Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 # 2

Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 sebuah majlis anjuran DENAIHATI  iaitu sebuah majlis untuk bersuaikenal dengan blogger Malaysia dan Blogger Indoensia.dan juga bertujuan untuk eraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati.Di anggarkan lebih  100 orang blogger telah menghadiri majlis ini semalam termasuklah dengan Mak Dara sendiri..


Waduhh terasa diri begitu kerdil tatkala menapak masuk kedalam dewan itu. Toleh kiri nampak blogger otai.. toleh kanan nampak blogger hebat.. Nasib baik tak meroyan dibuatnya semalam ehehe.. Syukur alhamdullilah ada juga blogger yang sudi bertegur sapa dengan blogger picisan macam Mak Dara ni hehe.. Ok semalam snap snap gambor sampai nak penuh memory card niat di hati nak je upload semua gambar dalam satu  entry tapi dikhuatiri anda semua akan mabuk gambor kalau tengok banyak gambar dalam satu satu masa maka mak buat entry berepisod ok.. Haa jangan ingat drama je ada episod entry pon boleh uols.. Ok jom layanzzzzz

mula beratur untuk masuk ke dewan majlis dan mendaftar 

para blogger mula mendapatkan tempat duduk masing masing


Yeay mak dara dan somi dapat tempat duduk


anak teruna Mak Dara Adza Haiqal



bertemu dengan blogger Sharidawati Shahrudin

bersama Puan Bee dan Sharidawati yang AWESOME

bersama blogger manis lagi ayu Ema


memang besttt dpt jumpa geng satu kepala dgn mak dara


LIVE TWEET

Acara dimulakan dengan ucapan dari DENAIHATI

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 kemudian di mulakan dengan ucapan dari DENAIHATI  . Apa yang berlaku selepas ucapan itu dibuat.. Siapakah pemenang IPHONE5 dan juga hadiah cabutan bertuah sila tunggu di episod entry yang seterusnya ya.. tungguuuuuuu.. wahh boleh gitew hehee..



Saturday, January 26, 2013

Gambar Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #1

Memang meriahhhh majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.. Mari mak dara kongsikan gambar sekitar majlis yang sedang berlangsung kini.. 




 

Nantikan update terkini mengenai majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dari masa kesemasa ya.. Waduhhhh tak sabar menanti siapakah gerangan yang akan memenangi hadiah IPHONE 5 di majlis Sepetang Bersama Blogger yang sungguh berprestij ini.  

Sepetang Bersama Blogger Here I Come


Mak Dara sekarang sedang bersiap untuk ke majlis  Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 yang akan berlangsung pada pukul 2:00 petang sebentar sahaja lagi... Berdebar debar juga hati ni untuk bertemu dengan para blogger yang lain.. Dengar khabar banyak blogger blogger otai akan hadir ke majlis yang hebat anjuran DENAIHATI ini..


Semoga ada lah yang sudi untuk menegur blogger picisan dan blogger meroyan macam mak ni di sana nanti huhu.. Ok mak dara minta diri dulu ya.. Semoga semuanya dipermudahkan amin...

Pada blogger yang akan memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 ini.. Kita jumpa di sanaaaa di sanaaa di sanaaaa

Friday, January 25, 2013

Tolong Cadangkan Nama Watak Untuk Drama Boleh?

As salam duhai teman.. Ok ini satu situasi yang amat terdesak.. Sekarang Mak Dara sedang menulis sinopsis/proposal untuk sebuah drama bersiri bertajuk RAGAM MANUSIA.. Ia lebih kurang macam cerita TANAH KUBUR di mana di setiap ending episod ada pengajaran yang dapat diambil dari apa yang telah berlaku.. Drama bersiri ini berjumlah 20 episod semuanya dan mak dara tulis bersama sama adik Mak dara iaitu ADZA EMIE.. Maka kami masing masing tulis sepuluh episod setiap sorang..


Ok di sini Mak Dara dah jadi jemmmm sesangat.. bayangkan dalam sebuah cerita pasti ada watak hero watak heroin.. tu belum masuk watak watak sampingan lagi .. Lebih kurang satu drama memerlukan sekurang kurangnya 5-7 watak utama.. Mak Dara dah siapkan beberapa episod dan kini dah habis idea nak tulis nama siapa lagi hehe.. Ada cadangan? nak letak nama anda, nama kawan kawan anda tak dalam drama ni.. Kalau stesen TV lulus aje sinopsis dan proposal ni boleh terus shooting dan nama anda cadangkan akan berada dalam drama ini insyaallah..

Tapi mak dara akan memilih nama yang sesuai dengan watak aje ye.. Kalau nama yang anda cadangkan tu mak letakkan pada watak hero ke heroin ke orang jahat ke jangan marah ye almaklum namanya pun drama so watak di dalam drama itu tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang telah tiada ye ia hanya sekadar nama.. Harap anda faham.. Dan jangan kecil hati pulak jika nama yang anda cadangkan mak dara tak ambil dan gunakan, maybe tak kena dengan watak yang mak dara tuliskan.. Jadi ada sesiapa nak bagi cadangan?

Blogger Blogger Ini Membuatku Terharu

Waduh waduh... memang tersentap hati... errrr silap tersentuh hati dan terharu dengan blogger blogger ini.. Maunya tak terharu.. Mereka ini bukan hanya ucapkan selamat hari lahir pada Mak Dara tapi telah bersusah payah membuat satu entry istimewa untuk mak dara.. Waduhhhh rasa kombang dibuatnya.. Siapakah blogger blogger yang Mak Dara maksudkan... Mereka adalah...





FARAH WAHEEDA

Terima kasih Mak Dara ucapkan kepada Blogger MIA LIANAMAMA MASZULL MIZRUHA dan FARAH WAHEEDA atas entry yang sungguh istimewa itu..Amat besar maknanya buat Mak Dara... Oh...Terasa diriku begitu berharga.. Rasa macam nak guling guling atas rumput macam citer hindustan tu je kekdahnye hehe.. Terima kasih atas ingatan itu.. You guys are AWESOME!! terima kasih... :)

pssttt psttt kalau anda ada yg buat entry mengenai mak dan mak belum terjah lagi bagitau pada mak ye.. mak akan terjah laju laju.. walawehhh mode perasannnnn hehehehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK